aktiviti 2-interaksi 5

4
Aktiviti 2 Kekangan dan masalah yang dihadapi semasa proses p&p dan cara mengatasi masalah. Semasa hendak memulakan aktiviti pengajaran menggunakan komputer, murid-murid didapati begitu teruja untuk masuk ke bilik makmal komputer. Mereka mula menyentuh peralatan seperti tetikus dan menekan papan kekunci. Namun saya telah mengawal keadaan dengan meminta mereka tidak menyentuh sebarang peralatan sebelum menerima arahan dari saya. Mereka telah mengikuti peraturan yang dinyatakan oleh saya. Seterusnya saya memulakan aktiviti dengan meminta murid memandang ke hadapan dan melihat paparan di skrin. Saya memperkenalkan kepada mereka peralatan yang berkaitan dengan komputer. Mereka kelihatan tidak sabar untuk menyentuh peralatan tersebut. Kemudian, saya meneruskan dengan langkah pengajaran pertama. Saya meminta murid menyentuh tetikus dan membawa cursor ke arah start. Kebanyakan daripada murid-murid di sekolah saya terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, murid- murid kurang mendapat pendedahan tentang penggunaan computer.

Upload: putri-ismaida-zainur-azizi

Post on 17-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oll

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti 2-Interaksi 5

Aktiviti 2

Kekangan dan masalah yang dihadapi semasa proses p&p dan cara mengatasi masalah.

Semasa hendak memulakan aktiviti pengajaran menggunakan komputer,

murid-murid didapati begitu teruja untuk masuk ke bilik makmal komputer. Mereka

mula menyentuh peralatan seperti tetikus dan menekan papan kekunci. Namun saya

telah mengawal keadaan dengan meminta mereka tidak menyentuh sebarang

peralatan sebelum menerima arahan dari saya. Mereka telah mengikuti peraturan

yang dinyatakan oleh saya.

Seterusnya saya memulakan aktiviti dengan meminta murid memandang ke

hadapan dan melihat paparan di skrin. Saya memperkenalkan kepada mereka

peralatan yang berkaitan dengan komputer. Mereka kelihatan tidak sabar untuk

menyentuh peralatan tersebut. Kemudian, saya meneruskan dengan langkah

pengajaran pertama. Saya meminta murid menyentuh tetikus dan membawa cursor

ke arah start.

Kebanyakan daripada murid-murid di sekolah saya terdiri daripada golongan

yang berpendapatan rendah. Oleh itu, murid-murid kurang mendapat pendedahan

tentang penggunaan computer. Oleh itu, saya terpaksa mengambil masa yang agak

lama untuk mengawal murid-murid.

Ramai murid yang belum mahir menggunakan komputer. Mereka mengalami

kesukaran untuk membawa cursor ke tempat yang sepatutnya. Ada yang menggigil

dan membawa cursor jauh dari butang start. Saya mengatasi masalah ini dengan

meminta murid bertenang dan memegang tangan murid membawa gerakan tetikus

perlahan-lahan ke arah butang start.

Page 2: Aktiviti 2-Interaksi 5

Kemudian, apabila saya meminta murid klik butang di sebelah kiri tetikus, ada

murid yang tertekan sebelah kanan. Maka terteralah perkataan properties. Murid

menjadi gabrah. Sekali lagi saya meminta murid bertenang dan saya menekan jari

murid ke bahagian kiri tetikus. Terteralah All program. Saya meminta murid

membawa cursor ke bahagian Microsoft Office Word 2007 dan menekan klik kiri dan

terbukalah paparan Microsoft Word 2007.

Proses tersebut mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, saya perlu

bersabar melayan karenah murid-murid. Tambahan pula, bilangan computer yang

terdapat di makmal computer tidak mencukupi. Murid-murid perlu berkongsi

computer. Sebuah computer dikongsi dengan dua orang murid.

Kemudian, saya meminta murid pergi ke bahagian pilihan tulisan dan memilih

tulisan Comic Sans Ms saiz fon 12. Saya telah menunjukkan cara melalui paparan

skrin di hadapan kelas. Namun, terdapat murid yang agak lambat untuk mengikuti isi

pelajaran. Saya telah pergi dari satu tempat ke satu tempat murid untuk memastikan

mereka telah menekan butang yang betul. Proses ini agak memakan masa

memandangkan mereka tidak biasa dengan penggunaan Microsoft Office.

Untuk memastikan semua murid dapat mengikuti pelajaran, saya meminta

murid-murid yang lain menunggu sambil saya membimbing murid yang lambat untuk

menekan butang yang sepatutnya. Kemudian, saya beralih ke langkah seterusnya.

Murid diminta menekan butang nombor di bahagian atas skrin.

Seterusnya, saya meminta murid menaip perkataan yang disebut oleh saya

seperti ‘guli’. Murid tercari-cari huruf di papan kekunci. Mereka mempunyai masalah

untuk memadam perkataan yang tersilap eja. Saya menunjukkan tempat backspace

dan enter setelah siap menaip perkataan tersebut agar nombor berikutnya tertera.

Page 3: Aktiviti 2-Interaksi 5

Langkah ini diulangi dengan menaip 5 lagi perkataan lain. Akhirnya murid nampak

agak biasa dengan penggunaan aplikasi Microsoft Word.

Setelah murid siap menulis perkataan dengan menggunakan Mirosoft Word,

murid cuba untuk menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Saya membimbing

murid untuk menyalin perkataan-perkataan yang ditulis pada MS Word ke dalam MS

Powerpoint. Pada aktiviti ini, bimbingan guru amat penting. Ini adalah supaya murid

tidak rasa sukar untuk melakukan aktiviti tersebut. Tambahan pula, tujuan aktiviti ini

dijalankan adalah untuk memupuk semangat murid untuk meminati bidang teknologi

pendidikan selaras dengan perkembangan teknologi Negara pada masa sekarang

dan akan datang.