akidah dan kepimpinan - akademi tarbiyah dewan pemuda pas malaysia

5
Headlines Articles : Kenali Kami Hubungi Kami Kategori Artikel Kolumnis Penulis Tamu Kertas Kerja Weblink Rujukan RSS Type and Enter Home » Manhaj Haraki » Akidah Dan Kepimpinan Akidah Dan Kepimpinan This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Monday, 20 January 2014 Politik yang dimaksudkan dengan kepimpinan itu ialah bermuamalah dengan tabiat manusia dan melakukan sesuatu yang berkesan terhadap tingkah laku mereka serta mengarahkan mereka ke arah matlamat yang nyata dengan cara yang menjamin ketaatan, kepercayaan dan penghormatan. Perkataan akidah ditadbirkan oleh al Quran dengan iman yang menjadi dasar yang dibina di atas hukum syariat dalam segala aspeknya. Kepimpinan dalam konteks Harakah Islamiyyah mempunyai hubungan yang erat dengan akidah. Gerakan Islam di sepanjang sejarah kegemilangannya lebih menumpukan kekuatan akidah sebagai ciri paling utama di samping ciriciri yang lain yang melibatkan pendokongnya dan menjadi lebih penting di peringkat pimpinan. Kerana perjuangan ke arah yang menyentuh perubahan jiwa dan sikap manusia itu mestilah dilahirkan dari akidah yang bersebati di dalam jiwa. Peranan pimpinan amat penting dalam gerakan Islam, peranannya tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna tanpa syakhsiah kepimpinan yang sebenarnya walaupun mempunyai kepetahan bercakap dan kemampuan ilmu. Walaupun sifatsifat lahiriyyah itu tidak dinafikan pentingnya, seseorang pemimpin itu hendaklah menyedari betapa besar dan beratnya amanah yang dipikul, tidak boleh dilaksanakan tanpa pertolongan Allah dan bagi meminta pertolongan itu perlukan kebersihan jiwa yang lahir dari kekuatan dan kemurnian aqidah yang dibina dengan amalanamalan yang soleh. Persediaan Pemimpin Dalam Membentuk Syakhsiah Peranan pemimpin dalam gerakan Islam bukannya penyebar dakyah yang hanya bergantung kepada katakata yang indah dan gaya yang menarik, tetapi mereka adalah pendakwah yang membentuk ummah atau pembantu ke arah itu sehingga ke peringkat menegakkan Negara Islam yang memungkinkan Islam itu dilaksana dengan syumulnya. Walaupun terdapat sifat semula jadi yang ada pada seseorang pemimpin tetapi sifatsifat seperti itu mempunyai peranan yang terbatas. Maka mereka mestilah juga ditarbiyah ke arah kekuatan aqidah yang membina syakhsiahnya dengan sifatsifat Islam yang wajib bagi pemimpin. Di sini saya ingin mengemukakan beberapa aspek yang mesti dilakukan dan berlaku dalam membina aqidah : Ilmu Firman Allah Taala : "Dan tidaklah (betul dan elok) orangorang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Popular Posts Apakah Dalil Al Quran Mengenai Aurat Wanita? Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ... Apa Yang Rasulullah Ajar Tentang Diam? Bicara dan diam laksana dua sisi dari sekeping mata wang, yang tidak mungkin dipisahkan. Kedua duanya adalah nikmat Allah yang amat besar... Kisah Jatuh Bangun Pemerintahan Islam Di Andalus Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke tampuk kerajaan “Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang me... Surah Al Hujurat : Manhaj Pembentukan dan Penyusunan Umat Berakhlak Surah AlHujurat memiliki 18 ayat, ia merupakan surah madaniyah yang mengandungi manhaj pembentukan dan penyusunan umat beradab. Ia sekal... Beriman Kepada Qada’ dan Qadar Mengikut terminologi yang dirumuskan Prof. Dr Mohamad Rabi’ Jawhari, pensyarah Kuliah Gaza dan Masa Depan Palestin 20/09/2014

Upload: mohd-ridzuan-bin-nazri

Post on 14-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Dakwah dan Kepimpinan

TRANSCRIPT

Page 1: Akidah Dan Kepimpinan - Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia

Headlines Articles :

Kenali Kami Hubungi Kami Kategori Artikel Kolumnis Penulis Tamu Kertas Kerja Weblink Rujukan RSS

Type and Enter

Home » Manhaj Haraki » Akidah Dan Kepimpinan

Akidah Dan KepimpinanThis Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Monday, 20 January 2014

Politik yang dimaksudkan dengan kepimpinan itu ialah bermuamalah dengan tabiat manusia danmelakukan sesuatu yang berkesan terhadap tingkah laku mereka serta mengarahkan mereka kearah matlamat yang nyata dengan cara yang menjamin ketaatan, kepercayaan danpenghormatan. Perkataan akidah ditadbirkan oleh al Quran dengan iman yang menjadi dasaryang dibina di atas hukum syariat dalam segala aspeknya.

Kepimpinan dalam konteks Harakah Islamiyyah mempunyai hubungan yang erat dengan akidah.Gerakan Islam di sepanjang sejarah kegemilangannya lebih menumpukan kekuatan akidahsebagai ciri paling utama di samping ciri­ciri yang lain yang melibatkan pendokongnya danmenjadi lebih penting di peringkat pimpinan. Kerana perjuangan ke arah yang menyentuhperubahan jiwa dan sikap manusia itu mestilah dilahirkan dari akidah yang bersebati di dalamjiwa.

Peranan pimpinan amat penting dalam gerakan Islam, peranannya tidak boleh dilaksanakandengan sempurna tanpa syakhsiah kepimpinan yang sebenarnya walaupun mempunyaikepetahan bercakap dan kemampuan ilmu. Walaupun sifat­sifat lahiriyyah itu tidak dinafikanpentingnya, seseorang pemimpin itu hendaklah menyedari betapa besar dan beratnya amanahyang dipikul, tidak boleh dilaksanakan tanpa pertolongan Allah dan bagi meminta pertolongan ituperlukan kebersihan jiwa yang lahir dari kekuatan dan kemurnian aqidah yang dibina denganamalan­amalan yang soleh.

Persediaan Pemimpin Dalam Membentuk Syakhsiah

Peranan pemimpin dalam gerakan Islam bukannya penyebar dakyah yang hanya bergantungkepada kata­kata yang indah dan gaya yang menarik, tetapi mereka adalah pendakwah yangmembentuk ummah atau pembantu ke arah itu sehingga ke peringkat menegakkan Negara Islamyang memungkinkan Islam itu dilaksana dengan syumulnya. Walaupun terdapat sifat semula jadiyang ada pada seseorang pemimpin tetapi sifat­sifat seperti itu mempunyai peranan yangterbatas. Maka mereka mestilah juga ditarbiyah ke arah kekuatan aqidah yang membinasyakhsiahnya dengan sifat­sifat Islam yang wajib bagi pemimpin.

Di sini saya ingin mengemukakan beberapa aspek yang mesti dilakukan dan berlaku dalammembina aqidah :

Ilmu

Firman Allah Taala :

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang­orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang).

Popular Posts

Apakah Dalil Al Quran Mengenai AuratWanita?Aurat wanita adalah seluruhanggota tubuhnya kecuali wajahdan dua telapak tangannya. Leher

dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ...

Apa Yang Rasulullah Ajar Tentang Diam?Bicara dan diam laksana dua sisidari sekeping mata wang, yangtidak mungkin dipisahkan. Kedua­duanya adalah nikmat Allah yangamat besar...

Kisah Jatuh Bangun Pemerintahan IslamDi AndalusKejayaan pasukan Tariq ibn Ziyadmenguasai kota Andalus padatahun 711M sehingga ke tampuk

kerajaan “Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang me...

Surah Al Hujurat : Manhaj Pembentukandan Penyusunan Umat BerakhlakSurah Al­Hujurat memiliki 18 ayat,ia merupakan surah madaniyahyang mengandungi manhaj

pembentukan dan penyusunan umat beradab. Iasekal...

Beriman Kepada Qada’ dan QadarMengikut terminologi yang dirumuskan Prof. DrMohamad Rabi’ Jawhari, pensyarah Kuliah

Gaza dan Masa Depan Palestin 20/09/2014

Page 2: Akidah Dan Kepimpinan - Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia

Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap­tiap puak di antara mereka, supayaorang­orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama,dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang­orang itukembali kepada mereka; mudah­mudahan mereka dapat berjaga­jaga (dari melakukan laranganAllah)." (Taubah:122)

Seseorang pemandu hendaklah mengenal jalan dan tempat yang dituju. Adalah tidak wajarseseorang yang tidak tahu jalan dan tempat yang dituju menjadi pemandu. Pemimpin Islamhendaklah mengenal Islam dan yakin kepadanya. Aqidah Islam Itu tidak memadai denganmembaca dan memahami rukun Iman dan Islam tetapi hendaklah mencakup segalatasawwurnya, termasuk juga memahami bahawa syariatnya seperti aqidahnya juga dalammenentukan sifat­sifat Iman, kufur, syirik dan nifaq, dapat menterjemahkan Islam itu denganmaknanya yang syumul seperti yang dinyatakan oleh al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Ilmu Islam itu hendaklah difahami dengan bahasanya agar selamat dari kekeliruan bahasa danistilah yang lain daripada al Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. Para sahabat R.A menerima ilmudaripada Rasulullah S.A.W walaupun mereka dalam usia yang sudah tua dan para salaf as solehtidak mengira penat dan jauh perjalanan walaupun kerana menerima riwayat satu hadis yangringkas daripada Rasulullah S.A.W dan mereka tidak jemu belajar walaupun sudah alim danmempelajari perkara yang sama walaupun beberapa kali kerana dengan ilmu daripadasumbernya yang sebenar melahirkan aqidah yang menggerakkan seseorang itu untuk beramal.

Sabda Rasulullah S.A.W, "Keburukan yang berlaku pada agama itu ada 3 perkara, Orang alimyang jahat, pemimpin yang zalim dan mujtahid yang jahil" ­ Riwayat Imam Ad Dailami

Ilmu menjadi ciri kepimpinan penting, kerana ia laksana cahaya yang menyuluh akal dan hati bagimakrifatullah dan segala tuntutannya, serta melaksanakan tugas dengan betul bagi mengendalisegala urusan bukan sahaja dengan khalik tetapi juga dengan makhluk yang ada hubungandengan tugas­tugas khilafah yang diamanahkan kepada manusia, iaitulah ilmu yang memberimanfaat, ilmu yang berdasarkan dinullah bagi membentuk peribadi pemimpin ummah danmembina negara, ilmu yang kerapkali disebut di dalam al Quran, di antaranya ialah firman AllahTaala :

"Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka; Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadiraja bagi kamu. mereka menjawab; Bagaimana Dia mendapat kuasa memerintah Kami sedangKami lebih berhak Dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasanharta kekayaan? Nabi mereka berkata; Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadiraja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dankegagahan tubuh badan. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahankepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengumiaanNya),lagi meliputi ilmuNya." ­ (Al Baqarah:247)

Ilmu dalam konteks aqidah pula agar seseorang faham dan berfikir ke arah membentuk iman danmembuahkan amal, hendaklah mengaji dan mengkaji al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.Wdengan renungan dan fahaman ke arah menunjangkan aqidah dan melaksanakan tuntutannyaselaras dengan fitrah kita ini. Menyedari apa yang telah ditunai dan kecuaian diri sebagai hambaAllah sehinggalah melahirkan kesedaran mengeratkan hubungan dengan Allah Taala denganiman, semangat dan perasaan yang tidak berbelah bahagi sedikit pun. Seterusnya melahirkanjihad ke arah meninggikan kalimah Allah Taala yang menjadi aqidahnya.

Hakikat itu tidak berlaku jika seseorang itu tidak berilmu menurut salurannya yang sebenar dariAllah Yang Maha Mengetahui, termasuk juga mengetahui manusia dan segala perkara yangberhubung dengannya. Perlu diketahui bahawa ilmu yang membentuk manusia menurut alQurandan as Sunnah melahirkan pemimpin yang beraqidah seperti Para Sahabat R.A dan orang­orangbadwi di padang pasir yang telah menumbangkan kuasa­kuasa besar dunia dan mengajarmereka yang dianggap berilmu seperti ahli kitab dan orang­orang yang pernah membinatamadun dunia supaya benar­benar menjadi khalifah Allah di bumi­Nya.

Seseorang pemimpin itu hendaklah lebih mengetahui tentang mafhum Islam yang menjadi jalandan matlamat dengan penuh iman sehingga tidak berpaling kepada segala bentuk gangguandalam menegakkan cita­cita Islam bermula daripada mentauhidkan Allah Taala, mengumpulmanusia kepada mengakuiNya, sehinggalah tegaknya kalimah Allah dan bersihnya bumi inidaripada segala kufur dan syirik dengan terlaksananya segala peraturan yang ada di dalamajaran Islam. Perlu difahami bahawa wujudnya Islam di muka bumi ini mestilah diwujudkanhakimiyyah Allah dengan hukum Allah itu memerintah urusan hamba­Nya, bukanlah sekadarhamba itu beribadah dengan melakukan syiarnya sahaja.

Oleh itu, menjadi satu hikmah yang besar, apabila Allah menurunkan ayat yang menyatakan ilmu,jalan dan dasarnya sebagai ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah S.A.W dan betapamajlis ilmu diberi keutamaan kepada angkatan pertama Para Sahabat R.A, bukan sekadar untukmaklumat semata­mata tetapi untuk kekuatan aqidah yang dilahirkan pula dengan amalan danperjuangan yang penuh dengan pengorbanan yang menjadi bukti kekuatan aqidah kepadapemimpin­pemimpin pertama jemaah Islam.

Amal Dan Tazkiyah

Usuluddin di Universiti Al­Azhar,bahawa Qada’ adal...

Kisah Khalifah Adil Umar Al KhattabMembuka Kota Al QudsPeperangan Yarmouk adalahpertempuran yang berlaku antaratentera Islam dan tentera Rom

Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera I...

Kejujuran Hud-Hud dan Ketegasan NabiSulaimanBanyak kisah ditampilkan di dalamAl Quran memiliki pengajaran yangrelevan sepanjang zaman dengan

kehidupan sosial kita. Al Quran telah ...

Al-Munafiqun : Membongkar Sisi PsikologiKaum MunafiqKearifan Allah Taala meliputi apayang tersembunyi di langit dandibumi sekalipun ia tersimpan

dalam anotomi seorang manusia bernama “hat...

Dakwah Islamiyah dan Cabaran Alaf BaruDakwah merupakan suatutanggungjawab agama yang mestidipikul oleh setiap muslim. Iaadalah usaha untuk menyampaikansaranan agama dan me...

Kisah Ka'ab Bin Malik Dihukum RasulullahSiapapun dipecat, siapapundihukum, siapapun dikenakantindakan serta merta pasti akanmengalami kejutan yang luar biasa.Fitrah manusia ...

Artikel Pilihan Pembaca

Apakah Dalil Al Quran Mengenai AuratWanita?Aurat wanita adalah seluruhanggota tubuhnya kecuali wajahdan dua telapak tangannya. Leher

dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ...

Beriman Kepada Qada’ dan QadarMengikut terminologi yangdirumuskan Prof. Dr MohamadRabi’ Jawhari, pensyarah KuliahUsuluddin di Universiti Al­Azhar,bahawa Qada’ adal...

Like Us

Page 3: Akidah Dan Kepimpinan - Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia

Menuju ke arah cita­cita Islam dan melaksanakan tugas­tugas Islam seseorang itu hendaklahmelakukan muhasabah ke atas diri sendiri dan menyedari sejauh mana kedudukannya dalamIslam di mana dia mendakwahkan orang lain kepadanya, dari segi iltizamnya dengan Islamdengan menginsafi firman Allah Taala :

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamusendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (Al Baqarah:44)

Dan janganlah amal yang dikerjakan itu menjadi sia­sia seperti firman Allah Taala :

"(Iaitu) orang­orang yang telah sia­sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang merekamenyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.".(Kahfi:104)

Mereka yang sebenar­benarnya rugi ialah apabila kerugian di akhirat walapun mendapatkeuntungan yang banyak di dunia ini. Keuntungan yang sebenamya ialah menurut pertimbangandi akhirat walaupun mengalami kerugian besar di dunia. Keuntungan itu hanyalah kepada orang­orang yang baik yang mengerjakan amal soleh bermula daripada dirinya sebelum daripada oranglain. Sabda Rasulullah S.A.W, "Hamba yang paling dimurkai Allah ialah sesiapa yang pakaiannyalebih baik daripada amalannya. Bahawa pakaiannya seperti pakaian Nabi­Nabi dan amalannyaamalan pembesar­pembesar angkuh" ­ Riwayat Imam ad Dailami

Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Datang seorang lelaki pada hari Kiamat, dia dicampak ke dalamneraka tiba­tiba perutnya keluar berjela maka dia berpusing di dalamnya seperti keldai yangberpusing pada pinggulnya. Penghuni neraka berkumpul kepadanya lalu mereka bertanya;BUkankah awak dahulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran? Dia menjawab;Ya, sayalah menyuruh orang kepada kebaikan tetapi saya tidak mengerjakannya dan saya jugamelarang kemungkaran, tetapi saya melakukannya." (Muttafaqun 'Alaihi)

Sepatutnya seorang pemimpin Harakah Islamiyah hendaklah menjadi contoh kepada orang laindengan amal­amal soleh yang lebih baik, kalau tidak, dia lebih layak menjadi menjadi seorangpenipu umat.

Setiap orang yang melibatkan diri dengan gerakan Islam hendaklah menyedari jalan­jalan yangberdasarkan kepada fikrah semata­mata tidak mendatangkan hasil yang baik, bahkan tidak akanmenjadi pegangan yang kukuh dalam masa yang panjang kalau tidak disertakan dengan amalyang ikhlas kerana Allah. Iman dan amal yang soleh merupakan dua perkara yang berlazimandan tidak boleh berpisah, amal soleh adalah kenyataan daripada iman, dan iman pulamelazimkan seseorang itu melakukan amal soleh.

Di dalam al Quran disebut berulangkali tentang iman dan amal soleh, dan boleh dikatakanbahawa amal soleh itu lahir dari iman dan taqwa yang ditadbir juga dengan aqidah, di samping ituamal soleh pula menjadi pembekal iman dan taqwa.

Amal soleh juga adalah perlaksanaan ilmu yang dipelajari samada melalui membaca ataumendengar dan menjadi hujah yang kuat kalau diamal dan menjadi akasnya kalau tidak diamal.Dengan beramal akan meneguhkan ilmu dan menguatkan aqidah, terkeluar dari alam teori dankhayalan semata­mata, dan melayakkan seseorang itu berada di medan jihad dan mujahadah.Meningkatkan diri, membina peribadi sebagai anggota jamaah Islam dan pemimpinnya yangsebenar.

Amal yang soleh juga boleh memutus pertarungan di antara dua dorongan yang wujud di dalamdiri manusia, iaitu dorongan ke arah kebaikan dan dorongan ke arah kejahatan. Apabilaseseorang itu beramal soleh, bermakna dia memberi kemenangan kepada kebaikan danmengalahkan dorongan kejahatan yang ada di dalam dirinya. Misalannya; Apabila kita membacatentang kelebihan orang­orang yang membelanjakan harta bendanya fi sabilillah, tiba­tiba lahirperasaan takut untuk mengeluarkan harta, maka lahirlah pula sifat bakhil dan kasihkan harta,serta perkara itu menjadi penghalang. Tetapi apabila kita menunaikannya secara amali bukannyasahaja kita berjaya mengatasi penghalang yang tidak baik itu, tetapi membuktikan adanya aqidahkepada apa yang dibaca tentang kelebihan membelanjakan harta fisabilillah begitulah seterusnyadengan amal­amal yang lain.

Sesungguhnya amal itu mempunyai medan yang luas, mencakupi segala bidang kehidupanmanusia kerana Islam itu meliputi seluruhnya. Tetapi hendaklah diketahui bahawa amalan yangmenyuburkan hubungan dengan Allah itu mempunyai peranan yang besar dalam membinaaqidah dan syakhsiah. Apabila terlaksananya ciri­ciri taqwa dan meningkat pula kepada darjatihsan yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, "Bahawa engkau menyembah Allah seolah­olahengkau melihatnya, maka jika engkau tidak melihatnya maka dia melihat engkau." (Muttafaqun'Alaihi)

Sehinggalah beramal dengan setiap kebaikan yang dikasihi oleh Allah dan Rasul­Nya danmeninggalkan setiap keburukan yang dimurkai Allah dan Rasul­Nya, bahkan tidak merasa jemudan keberatan untuk menyerahkan apa sahaja bagi mencapai keredhaan Allah. Sesungguhnyamemilih jalan bagi menyuburkan hubungan dengan Allah Taala adalah suatu perkara yang tidakboleh dianggap ringan melalui jalannya, memerlukan kekuatan rohani dan keyakinan yang kuatyang boleh dihasilkan dengan amalan, antaranya :

1. Mendirikan solat, bukan sahaja yang wajib ditunaikan, tetapi juga solat­solat sunat. Sebaik­baiknya dengan cara bersuci diri manusia ke arah menguatkan hubungan dengan Allah,dengan cara yang lebih melahirkan keikhlasan terutamanya di waktu tengah malam dansepertiganya yang akhir, kerana manusia itu seringkali dihinggapi sifat buruk yang

Page 4: Akidah Dan Kepimpinan - Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia

tertanam di hati, seperti riak, ujub dan sum'ah. Kadang­kadang boleh membinasakanperibadinya dan mengsia­siakan amalannya. Sifat ini menghinggapi juga amalan yang lain.

2. Berpuasa, bukan sahaja puasa fardu tetapi juga puasa­puasa sunat seperti yang diajaroleh sunnah Rasulullah S.A.W dengan menghasilkan tujuannya yang dikehendaki olehAllah Taala.

3. Zikrullah (mengingati Allah), yang sepatutnya tidak terputus dari ingatan manusia dalamsemua keadaan dengan cara yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W, bukannya cara yangdiilhamkan dari unsur­unsur yang bukan Islam. Di sana banyak doa­doa dan zikir­zikir yangma'thurah dari Rasulullah S.A.W, Para Sahabatnya dan salafussoleh. Bukan sekadarmenghafal dan menggerakkan lidah tanpa memahami tujuannya.

4. Berbelanja pada jalan Allah, bukan sekadar zakat yang wajib tetapi juga sedekah­sedekahsunat sekadar kemampuan. Perlu difahami bahawa nilaiannya bukanlah jumlah yangdisumbangkan tetapi menurut keikhlasan hati kerana Allah. Seorang miskin yang memberibeberapa sen yang amat dihajatinya kerana Allah lebih besar dan mulia di sisi Allah dariribuan ringgit yang diberi oleh seorang jutawan yang menganggapnya satu sumbanganyang dirasakan tidak menyentuh sedikit pun perasaan hatinya dengan kadar itu.Sesungguhnya sumbangan harta itu menurut apa yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul­Nya, antara jalan untuk membersihkan hati.

Perlu diketahui oleh setiap Mukmin khususnya pendokong cita­cita Islam bagi mentarbiyahkanhati yang melahirkan kecintaan kepada Allah Taala yang melahirkan pengorbanan dan jihadserta sifat­sifat yang menjadi ciri mencapai pertolongan Allah. Cinta dan kasihkan Allah tidakdilahirkan melalui iman dalam pengertian ilmu semata­mata. Kalaulah ilmu semata­mata menjadialasan maka para orientalislah menjadi orang­orang yang pertama menganut Islam danmengasihi Allah dengan menegakkan agama­Nya dan melaksanakan perintah serta menjauhilarangannya. Kedudukan mereka menjadi penentang paling berdepan dan sejarah ahli kitab dizaman Rasulullah jugalah menjadi iktibar kepada kita semua.

Kecintaan kepada Allah itu setelah beriman kepadaNya hendaklah dipupuk dengan memikirkanayat­ayat­Nya yang dibaca dan ayat yang dilihat melalui kejadian alam dan nikmatnya yang tidakterhingga dan mengamati kebesarannya. Kemudian diikuti pula dengan memperbanyakkan zikirdengan hati dan lidah. Bagi menyempurnakan semua itu ialah dengan memisahkan diri beberapaketika dari urusan dunia, kekalutannya dan kemashyghulannya (kesibukannya) secaraberterusan untuk menghayati betapa kebesaran Allah sehingga memandang kecil segala yangbesar di bumi ini. Memandang sepi kepada segala godaannya, menganggap ringan segalatekanan dan penyeksaan, segala fitnah dan sendaan dipandang ringan. Itulah persediaan yangdiajar oleh Allah kepada Nabi Muhammad yang menjadi qudwah kepada kita pendakwah danpemimpinnya.

Bermujahadah dalam beramal dan mentazkiahkan diri merupakan perkara yang amat pentingdalam menghayati Islam, seperti yang dibicarakan oleh ilmu yang dinamakan tasawuf olehkebanyakan ulama'. Sesetengahnya pula menamakannya dengan ihsan dan setengah ulama' diantaranya Ibnu Taimiyah menamakannya dengan ilmu akhlak. Hendaklah diketahui segala­galanya itu hendaklah dengan berdasarkan al Quran dan Sunnah Rasulullah tanpa diresapi olehsebarang unsur yang asing dari Islam.

Bagi mengukur pencapaian amal dan tazkiah itu, tidak seperti yang difahamkan oleh orang­orangyang tidak memahami hakikat ajaran Allah dan Rasul­Nya dengan menunggu mimpi­mimpi ataulahirnya karamah atau kelihatan perkara­perkara yang menyalahi adat. Tetapi dengan ukuranhati yang dikurniakan oleh Allah kepada semua manusia yang menyedari keikhlasan diri masing­masing dengan cara yang ikhlas juga terhadap bai'ah dan ikrar hati dan lidah dalam beriman danmentasdiqkan Allah dan Rasul seterusnya bersikap istiqamah dengan itu semua.

Mehnah (Ujian)

Firman Allah Taala :

"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepadapenjara dari apa yang perempuan­perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidakmenjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, danaku menjadi dari orang­orang yang tidak mengamalkan ilmunya." (Yusuf:33)

Begitulah berlakunya sejarah perjuangan Islam bahkan menjadi sunnahnya dahulu, sekarangdan akan datang. Lantaran Iman itu bukan sahaja kalimah yang yang diucap tetapi juga hakikatyang mempunyai tanggungjawab, amanah yang menjadi bebanan, jihad yang memerlukankesabaran, maka tidaklah memadai bahawa manusia itu bercakap­cakap bahawa kami telahberiman sekadar itu sahaja tanpa diuji bagi memurnikan keimanan itu, sehingga tidak bolehdipura­purakan oleh orang­orang yang bukan ahlinya. Iman atau aqidah itu juga amanah Allah diatas muka bumi ini. Kemurnian iman mampu dibawa oleh orang­orang yang benar­benar ahlinyayang memiliki sifat­sifatnya bagi dinyatakan dengan terlaksananya kewajipan khilafah di mukabumi dan memandu manusia ke jalan Allah Taala.

Seseorang itu boleh menepuk dada mengaku ikhlas, kuat, berani, bersedia untuk mati dansebagainya. Dan adalah menjadi suatu perkara yang baik seseorang yang beriman itu ditarbiyahbukannya dengan cakap­cakap dan kertas­kertas yang dibaca sahaja tetapi mengalaminya padaperingkat kenyataan dan ujian praktikal dan Allah Yang Maha Mengetahui untuk menguji danmentarbiyahkan hamba­hambaNya dengan ujian untuk mengisi sifat­sifat kesabaran, kesyukurandan pembetulan­pembetulan jiwa kepada golongan­golongan Islam dan pimpinannyasehinggalah mereka layak bagi menegakkan kalimah­Nya di muka bumi ini.

Itulah jawapan kepada persoalan mengapa golongan Islam ini diuji terlebih dahulu, sedangkanpenegak kebatilan kelihatan bersenang­senang dan menang di peringkat awalnya? Mengapakemenangan Islam itu diperlukan jarak masa yang begitu rupa? Persoalan yang lahir dari hati

Page 5: Akidah Dan Kepimpinan - Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tweet 0 0 10Share this article :

Newer Post Older Post

generasi perjuangan Islam di sepanjang zaman.

Iman atau aqidah yang sebenar mestilah hidup dan berkembang dengan sifat­sifat keteguhandengan pegangannya dan ketabahan menghadapi cabaran, disertakan pengorbanan apa sahajapangkat, kedudukannya dan harta benda bahkan tidak ada tawar menawar dan tolak ansurdalam menegakkan apa yang menjadi iman dan aqidah itu. Dan orang yang mengaku berimandan beraqidah itu memilih jalan yang dikira paling baik bagi menyebar dan menegakkannyawalaupun jiwa raga dan harta menjadi bayarannya.

Menjadi suatu hakikat yang ditentukan oleh Allah apabila golongan iman dan aqidah itumemenuhi sifat­sifatnya, maka dikurniakanlah kelebihan dan pertolongannya yang tidakterhingga sehingga membawa kemenangan di dunia dan akhirat.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Parti IslamSeMalaysia

Labels: Manhaj Haraki

Home

SUBSCRIBED BY EMAIL

+57 Recommend this on Google

Penasihat Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz | Timbalan Penasihat Ustaz Khalil bin Abdul Hadi Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318­A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur . Copyright © 2013. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia ­ All Rights Reserved

The views expressed on this website are independent perspectives that do not necessarily represent the views of Akademi Tarbiyah DPPM | Remodify by : Qutuz's Legacy

Email address... Submit