tasawur tarbiyah

15
Usrah Taarif 2.1 TASAWWUR TARBIYAH ISLAMIYYAH Objektif tajuk ini : 1. Memahami pengertian tarbiyah dan matlamat tarbiyah Islamiyyah 2. Menjelaskan ruang lingkup tarbiyah Islamiyyah 3. Menghuraikan faktor – faktor keberkesanan dan halangan – halangan dalam pentarbiyahan 4. Memberikan kesedaran tentang kepentingan tarbiyah dan mempersiapkan diri untuk ditarbiyah dan mentarbiyah MUQADDIMAH Tarbiyah adalah tugas yang paling utama kepada perutusan para anbiya’. Para anbiya’ adalah para pendidik (Murabbi) yang diutuskan untuk mengasuh umat untuk mentauhidkan Allah dan memakmurkan dunia dengan acuan yang diredhai Allah. Firman Allah yang : “Dialah ( Allah ) Tuhan yang telah mengutuskan di dalam bangsa yang buta huruf ( bangsa Arab ) seorang rasul ( Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam ) daripada kalangan mereka sendiri untuk membacakan ke atas mereka ayat – ayatNya dan menyucikan jiwa mereka (daripada kekotoran akidah dan jahiliyah) serta mengajarkan mereka al kitab (al Quran) dan al hikmah ( sunnah al Rasul ), dan sesungguhnya mereka sebelumnya telah berada di dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al Jumu’ah: 2). DEFINISI TARBIYAH ISLAMIYYAH Tarbiyah Islamiyah bermaksud “ Uslub (pendekatan) yang terbaik di dalam proses berinteraksi dengan fitrah kemanusiaan dalam bentuk pengucapan langsung dengan perkataan atau secara tidak langsung dengan qudwah, berdasarkan manhaj dan wasilah-wasilah yang khas, ke arah menghasilkan perubahan di dalam diri insan kepada yang lebih baik . 1 1 Wasa’il at-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwaan al-Muslimin: Diraasah Tahleeliyyah Taareekhiyyah oleh Doktor Ali Abdul Halim Mahmud terbitan Darul Wafaa Mesir 1414H / 1993M ] 1

Upload: nurul-hazirah

Post on 11-Jan-2016

146 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

usrah

TRANSCRIPT

Page 1: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

TASAWWUR TARBIYAH ISLAMIYYAH

Objektif tajuk ini :

1. Memahami pengertian tarbiyah dan matlamat tarbiyah Islamiyyah 2. Menjelaskan ruang lingkup tarbiyah Islamiyyah 3. Menghuraikan faktor – faktor keberkesanan dan halangan – halangan dalam

pentarbiyahan4. Memberikan kesedaran tentang kepentingan tarbiyah dan mempersiapkan diri untuk

ditarbiyah dan mentarbiyah

MUQADDIMAH

Tarbiyah adalah tugas yang paling utama kepada perutusan para anbiya’. Para anbiya’ adalah para pendidik (Murabbi) yang diutuskan untuk mengasuh umat untuk mentauhidkan Allah dan memakmurkan dunia dengan acuan yang diredhai Allah.

Firman Allah yang :

“Dialah ( Allah ) Tuhan yang telah mengutuskan di dalam bangsa yang buta huruf ( bangsa Arab ) seorang rasul ( Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam ) daripada kalangan mereka sendiri untuk membacakan ke atas mereka ayat – ayatNya dan menyucikan jiwa mereka (daripada kekotoran akidah dan jahiliyah) serta mengajarkan mereka al kitab (al Quran) dan al hikmah ( sunnah al Rasul ), dan sesungguhnya mereka sebelumnya telah berada di dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al Jumu’ah: 2).

DEFINISI TARBIYAH ISLAMIYYAH

Tarbiyah Islamiyah bermaksud “ Uslub (pendekatan) yang terbaik di dalam proses berinteraksi dengan fitrah kemanusiaan dalam bentuk pengucapan langsung dengan perkataan atau secara tidak langsung dengan qudwah, berdasarkan manhaj dan wasilah-wasilah yang khas, ke arah menghasilkan perubahan di dalam diri insan kepada yang lebih baik”. 1

Fitrah dalam definisi di atas merujuk kepada tabiat semulajadi manusia yang meliputi kelebihan, kekurangan, sifat-sifat yang saling bertentangan di dalam diri seperti kebaikan, keburukan, sayang, benci, takut, harap, bersifat jama’ie dan individualistik, iltizam dan longgar pegangan serta positif dan negatif. Ia juga merangkumi elemen-elemen semulajadi dalam diri manusia iaitu rohani, emosi, aqliah (intelek) dan jasad.

1 “Wasa’il at-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwaan al-Muslimin: Diraasah Tahleeliyyah Taareekhiyyah” oleh Doktor Ali Abdul Halim Mahmud terbitan Darul Wafaa’ Mesir 1414H / 1993M]

1

Page 2: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

Tarbiyah Islamiyah juga boleh didefinisikan sebagai “suatu usaha yang berterusan untuk mengislamkan kesuburan tubuh badan (kesihatan dan kecergasan fizikal), pekerti, roh dan akal fikiran. Ia juga bertujuan untuk menyempurnakan akhlak yang memungkinkan manusia itu hidup di dunia ini dalam keadaan baik dan mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti”.

Tarbiyyah Islamiyyah adalah satu kurikulum pendidikan yang komprehensif dan dikira sebagai terbaik kerana ia adalah kaedah yang disusun dan diwajibkan oleh Allah SWT sendiri, tuhan yang mencipta dan mengetahui segala – galanya tentang manusia dan sekelilingnya.

Oleh kerana matlamat tarbiyah Islamiyah bermaksud mencipta manusia yang sempurna, maka ruang legar tarbiyah Islamiyah adalah luas dan mencakupi semua urusan yang berkaitan manusia dan kehidupannya. Ia merangkumi pembinaan di dalam ruh, akal, tubuh serta akhlak dan tingkah laku manusia.

Justeru tarbiyah Islamiyah melangkaui persoalan akidah, ruhiyah dan aqliyah, bahkan kepada persoalan kesihatan jasmaniyah, akhlak berjamaah, kemasyarakatan, politik dan sebagainya.

CIRI – CIRI MANHAJ TARBIYAH ISLAMIYAH

Ciri – ciri manhaj tarbiyah Islamiyah di bawah adalah menjadi ciri-ciri yang membezakannya dengan seluruh falsafah dan ideologi pendidikan yang lain yang rata-ratanya hanya menumpukan kepada keupayaan intelek semata-mata;

1- Manhaj yang bersumberkan Islam. Acuan tarbiyah Islamiyah adalah bersumberkan wahyu al Quran dan al Hadis. Bahkan kaedah penerapan Tarbiyah Islamiyah juga diambil daripada kebijaksaan Murabbi Terulung Rasulullah dalam mendidik generasi para sahabat yang diiktiraf sebaik-baik generasi. Selain sumber wahyu, method dan pendekatan dalam Tarbiyah Islamiyah diambil dari sumber-sumber akal yang tidak bertentangan dengan al Quran dan Sunnah serta selari dengan maslahat dan kepentingan manusia.

2- Manhaj yang praktikal. Ia bukan sekadar teori dan retorika semata – mata bahkan menjadi satu manhaj yang membina manusia beragama di dalam diri, keluarga, organisasi dan masyarakat secara praktikal dan hidup.

3- Manhaj yang menyeluruh. Ia meliputi segala asas dan aspek kehidupan, sama ada dalam konteks jehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

4- Manhaj yang waqi’ie dan realitis. Ia mengambil kira dan mengiktiraf keupayaan manusia di dalam perlaksanaan manhajnya. Ia tunduk kepada asas wahyu bahawa tiada taklif yang di luar keupayaan manusia. Justeru ia begitu anjal dan aktif di dalam menerima perubahan semasa selagi ia kekal dalam asas dan nilai ugama dan tidak memudaratkan manusia.

2

Page 3: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

5- Manhaj yang saling melengkapi. Ia saling mengikat dan memerlukan. Ia menolak pemisahan di antara juzuk – juzuknya, lalu ia menjadi cacat dan runtuh. Ini kerana binaannya bermula daripada asas – asas yang satu sumbernya. Memisahkannya bererti mencabutnya daripada sumber kekuatannya. Justeru ketika ia membina ruh dan akal, seseorang muslim itu akan cacat tanpa pembinaan jasmani dan akhlak kemasyarakatannya secara serentak.

6- Manhaj yang seimbang. Kekuatan antara juzuknya adalah sama dan selaras dengan tuntutan fitrahnya. Maka ia tidak boleh menjurus kepada pembinaan satu juzuk sehingga meminggirkan juzuk yang lain. Hilang keseimbangan di dalam perlaksanaan manhaj ini akan menyebabkan juzuk yang terbina menyerang dan meruntuhkan juzuk yang terabai. Itulah yang dapat dilihat secara nyata di dalam sistem tarbiyah yang selain daripada Islam.

7- Manhaj yang berperingkat. Ia terlaksana melalui peringkat – peringkat yang mesti diikuti, tidak boleh dialpakan dan tidak boleh diloncati. Ia tunduk kepada binaan fitrah manusia, anjal dan bertindak balas kepada keperluannya dan meraikan keutamaan tertibnya. Hassan al-Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam menggariskan tiga marhalah tarbiyah :a)    Marhalah Ta’rif     : satu tahap pembersihan aqidahb)    Marhalah Takwin  : proses pembentukan rijal ad-dakwahc)    Marhalah Tanfiz    : memastikan ahli yang ditarbiyah berkualiti dari sudut   praktikalnya.

8- Manhaj yang sejagat. Ia adalah manhaj tarbiyah yang sesuai dalam semua keadaan, masa dan tempat. Apa yang dilaksanakan di bumi Arab mungkin saja dilaksanakan dengan jayanya di tempat lain. Ini kerana sumbernya adalah Islam yang di antara ciri agungnya adalah sifat kesejagatannya. Pengambilan sumber selain Islam adalah penyebab kepada kegagalan seluruh sistem tarbiyah yang lain.

9- Manhaj yang ilmiah. Ia tunduk kepada jalan akal di dalam pengajarannya di dalam semua hal.. Ia yang bersumberkan wahyu adalah seiringan dengan ilmu dan akal. Ia tidak mungkin bertentangan kerana wahyu menunjuki akal dan meneranginya. Ia tidak meminggirkan peranan akal bahkan memuliakannya dengancara mengajak manusia menggunakan akal.

10- Manhaj yang positif dan reaktif. Ia menerima taat kepada Allah, cintakan kebaikan dan kesejahteraan serta kesediaan menggempur kejahatan. Ia menolak unsur - unsur negatif daripada merosakkan minda manusia seperti kepercayaan kepada khurafat yang meminggirkan akal. Ia menolak penyembahan sesama manusia dan nafsu syahwat selain menolak taqlid buta di dalam masyarakat yang merencatkan kerancakan akal manusia.

MATLAMAT TARBIYAH ISLAMIYYAH

Secara umumnya, matlamat Tarbiyah Islamiyah adalah: “Mencapai semua aspek yang membolehkan seorang insan itu hidup di dunia ini dengan kehidupan yang berpetunjuk dan

3

Page 4: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

baik (soleh dan Musleh) lantas membawa kepada kehidupan akhirat yang diredhai Allah SWT”

Secara yang lebih spesifik, Tarbiyyah Islamiyah bermatlamat untuk mencapai perkara-perkara berikut:

 1. Beribadah Hanya Kepada Allah Berdasarkan Kehendak Syara’

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

 “Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah Aku” (Adz-Dzariyat: 56)

Beribadah hanya kepada Allah SWT berpandukan apa yang telah ditetapkan oleh Syara’ melalui lisan Muhammad SAW adalah matlamat pertama dan paling utama Tarbiyyah Islamiyyah. Ia hanya dapat dihasilkan melalui gabungan unsur-unsur yang pelbagai termasuklah unsur Iman, Islam, Ihsan, Adil, Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar serta Jihad fi Sabilillah. Ia juga merangkumi aspek perkataan, perbuatan, akhlaq dan adab.

 2. Khilafah Allah di Muka Bumi

 Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 30:

 “Sesungguhnya Kami menjadikan (Adam) di muka bumi itu sebagai Khalifah”

 Ia dapat direalisasikan melalui perlaksaan tugas memakmurkan bumi Allah SWT serta memanfaatkan apa yang diberikanNya di dunia ini untuk kegunaan manusia, daripada kebaikan. Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 61:

 “Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)."

 3. Mengenali Sesama Manusia

4

Page 5: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

 Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 13:

 “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari jenis lelaki dan perempuan serta berbangsa-bangsa dan kaum agar kamu saling mengenali di antara satu sama lain”

Ia adalah di antara tujuan yang besar bagi Tarbiyyah Islamiyyah kerana Allah SWT menjadikan kita dari aspek berkategori dengan kategori paling utama ini, adalah dengan maksud supaya manusia itu saling kenal mengenal. Natijah daripada matlamat inilah yang membolehkan agama Allah SWT tersebar luas dan manusia menerima Islam sebagai jalan yang lurus dan bersesuaian dengan segala latar belakang mereka.

 4. Memimpin dan Memerintah Dunia dengan Teguh

 Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur ayat 55:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”

 Allah SWT telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman tiga pemberian berikut:

i. Menjadikan mereka sebagai Khalifah yang memakmurkan bumi Allah SWT dan memanfaatkan kebaikan daripada apa yang disediakanNya untuk kegunaan manusia di dunia ini.

ii. Meneguhkan kedudukan mereka di dunia dengan Islam dan manhaj mereka lantas mereka menjadi golongan yang mulia dan berkuasa serta menjadikan agama mereka tinggi dan nyata.

iii. Menukar suasana kehidupan mereka daripada ketakutan kepada keamanan.

5

Page 6: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

 5. Menghukum dengan Syariat Allah SWT

 Firman Allah SWT di dalam surah al-Jatsiah ayat 18:

 “Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”

Ini adalah matlamat Tarbiyyah Islamiyyah yang amat besar kerana matlamat-matlamat yang awal itu tadi adalah demi untuk melaksanakan maksud menghukum dengan Syariat Allah SWT. Hanya dengan terlaksanya hukum dan peraturan Allah SWT sahajalah, segala kebaikan, keadilan dan kemakmuran dapat dicapai, bukan sahaja untuk orang-orang Islam bahkan juga menjadi rahmat kepada sekalian alam.

Secara praktikal, pencapaian matlamat yang telah disebutkan di atas akan melalui beberapa fasa perlaksanaan atau pembentukaannya seperti yang digariskan oleh al Imam Hasan al Banna seperti yang berikut:

1- Mengislah (memperbaiki) peribadi2- Mengislah keluarga3- Mengislah masyarakat 4- Mengislah kerajaan5- Menyediakan negara untuk umat Islam (dengan membebaskan negara-negara

dan menyatukannya serta mengisytiharkan Khilafah)6- Menjadi Ustaz (pentadbir) kepada dunia seluruhnya

RUANG LINGKUP TARBIYAH

Tarbiyah Islamiyyah mencakupi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia. Ia bermula daripada sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara. Kenapa besar dahulu baru kecil? Kerana yang besar itu adalah asas (usul) dan yang kecil itu adalah cabang (furu’). Secara asasnya, manusia mempunyai 2 unsur utama iaitu rohani dan jasmani. Namun boleh juga kita tambahkan satu lagi unsur iaitu aqal untuk memperlihatkan perbezaan fungsinya. Maka dari yang demikian, boleh disimpulan di sini bahawa ruang lingkup tarbiyah merangkumi elemen-elemen seperti berikut :-

1) Tarbiyah Aqidah

Ini merupakan tarbiyah atau penerapan pendidikan paling asas bagi manusia. Mendidik jiwa memurnikan aqidah (pegangan) daripada unsur-unsur syirik kepada Allah Yang Maha Mencipta, yang berhak dan selayaknya disembah oleh manusia seluruhnya. Inilah tarbiyah untuk membentuk keimanan kepada yang sebenar-

6

Page 7: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

benarnya, yang tidak timbul sebarang keraguan dalam menerima syariat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2) Tarbiyah Ruhiyyah Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan ruh. Maka ruh ini perlu dihidupkan dengan pengibadahan dan pengabdian kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tarbiyah Ruhiyyah ini adalah melalui ibadah-ibadah wajib sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Islam dan juga amalan-amalan sunat lain seperti zikir, solat sunat, qiamullail, taddarus dan tadabbur al-Qur’an dan sebagainya.

3) Tarbiyah Khuluqiyyah

Matlamatnya adalah untuk membentuk akhlak (khuluq/akhlak) yang mulia hasil daripada tarbiyah ruh yang baik. Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam tarbiyah khuluqiyyah yang harus diaplikasi oleh setiap ahli :-

Sabar : Sabar dengan apa jua keadaan tanpa cenderung kepada mana-mana sikap manusia. Cara bergaul dengan manusia hendakalha dengan cara pergaulan Islam iaitu cara pergaulan yang baik

Thabat : (tetap pendirian), istiqamah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu dijadikan  Baginda sebagai uswah hasanah

Amal   : (berwawasan), mempunyai azam untuk menaikkan Islam dan memberi pengharapan terhadap kejayaannya, tidak putus asa dalam perjuangan Islam.

Mencurahkan tenaga : gigih dan berusaha dalam menggerakkan jemaah. Tidak kedekut dalam menyumbangkan masa, harta, kebahagian keluarga hatta dirinya sendiri untuk jalan dakwah

4) Tarbiyah AqliyyahMakanan bagi aqal ialah ilmu. Sebab itulah menuntut ilmu merupakan salah satu kewajipan yang disuruh dalam Islam. Fokus pendidikan aqliyyah ialah mendidik dan mengajar ahli memimpin akal untuk berfikir, memberi pandangan dan tafaqquh dalam ilmu serta boleh merancang berlandaskan sumber-sumber utama. Dalam proses ini, ahli gerakan Islam dituntut supaya :-

melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atau orang

terdahulu mendidik akal mengkaji sumber-sumber syari’ah dan melatih diri

mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli, mempertimbangkan

pandangan tersebut berlandaskan asas Islam sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan akal berlatih untuk mengembangkan pemikiran (pemikiran terbuka)

7

Page 8: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

5) Tarbiyah Jasmaniyyah (Fizikal)Menjaga kesihatan tubuh badan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Umat Islam, lebih-lebih lagi aktivis dakwah perlu menjaga tubuh badan daripada unsur-unsur yang boleh menghalang mereka daripada bergerak aktif dalam berjuang dan berdakwah. Tarbiyah ini membawa matlamat :

Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan dakwah

6) Tarbiyah Ijtima’ieFirman Allah Ta’ala :-

77. Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.

78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu*, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong. (Surah al-Hajj :77-78)*Maksudnya: dalam kitab-kitab yang Telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w.

Perkara yang perlu dilaksanakan oleh seorang petugas Islam ialah : Sebagai perubah masyarakat Membuat pemusatan untuk khidmat dalam apa jua cara sekalipun,

samada memberikan ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama

8

Page 9: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

Memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam menjalani kerja-kerja dakwah dan mahir dalam merancang strategi dakwah.

7) Tarbiyah Siasah

Tarbiyah siasah memberi perhatian kepada pembebasan dan pembentukan ummah daripada pengabdian diri kepada ideologi ciptaan manusia kepada ketaatan kepada Allah s.w.t. Ia menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah, hubungan kerajaan dengan musuh, kaitan antara Muslim dan non-Muslim dan seumpamanya. Justeru gabungan antara tarbiyah siyasah dan tarbiyah agama perlu dibina agar tidak berlaku pemisahan. Maka harus ke atas setiap aktivis dakwah untuk :-

Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa penjajah

Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran terutamanya kemahiran pembinaan siasah Islamiyyah

Menjalin hubungan baik dengan pemerintah serta non-Muslim untuk menampilkan asas agama Islam secara praktikal

Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program

siasah

8) Tarbiyah JihadTarbiyah jihad merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha bersama kawalan dan latihan serta tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Firman Allah Ta’ala :-

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). (Al-Anfal : 60).

Tarbiyah jihad memerlukan kefahaman dan amal daripada asas-asas tarbiyah yang lain, kerana tarbiyah jihad adalah praktikal kepada tarbiyah-tarbiyah yang lain. Oleh

9

Page 10: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

itu tarbiyah jihad mencakupi Kefahaman, Akhlak, Iman, Persediaan ruh, Persediaan mental, Persediaan jasad dan juga Persediaan keperluan (instrument).

Unsur-unsur yang Mempengaruhi Keberkesanan Tarbiyah

1. Individu.

Individu itu sendiri merupakan unsur yang paling utama kerana dialah yang menentukan sama ada dia tunduk ataupun tidak kepada perintah Allah SWT. FirmanNya:

“Iaitu bagi sesiapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus” (Al-takwir: 28)

Untuk melaksanakan perintah Allah swt dan inginkan usaha-usahanya diterima, setiap individu itu mestilah didorong oleh sifat-sifat iradah (berkemahuan) dan sa’a (berusaha bersungguh-sungguh).

Asas pentarbiyyahan adalah berdasarkan aqidah yang suci, lantaran itu mempertingkatkan iman kita mestilah diusahakan. Al-quran adalh sumber yang paling utama yang menjadi cahaya petunjuk kita. OLEH ITU USAHA-USAHA MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI MESTI DIJADIKAN LANGKAH PERTAMA. Individu itu juga sepatutnya mempunyai keyakinan bahawa tarbiyyahlah satu-satunya jalan merubah masyarakat, membentuk pemimpin dan mewujudkan cita-cita.

2. Bi’ah (persekitaran)

Keadaan persekitaran amat penting dalam proses tarbiyyah kerana ianya memberi kesan kepada jiwa manusia dari masa ke semasa bagi melahirkan corak manusia atau masyarakat yang dirancangkan. Manusia sebagai makhluk yangs sering lupa selalu terpengaruh dengan suasana di sekelilingnya; sama ada kesannya baik atau tidak sesuai dengan masyarakatnya. Sabda Rasulullah:

‘Tidak ada dari anak-anak terkecuali lahir dari fitrah maka dua ibu bapanya yang menyebabkan ia menjadi Yahudi atau Nasrani’ (Muttafaqun ‘alaih)

Bi’ah boleh dibentuk dengan cara bergaul dengan orang-orang yang berakhlak baik serta mendengar nasihat mereka. Pergaulan seterusnya akan mendatangkan dorongan untuk mencontohi mereka. Allah SWT memperingatkan kita:

10

Page 11: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

‘Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang-orang yang menyeru kepada tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaanNya’ (Al-Kahfi: 28)

Wujudnya biah solehah akan memudahkan lagi perjalanan syura serta kegiatan-kegiatan yang boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT. Di samping itu, para duat juga harus mewujudkan suasana baik ini di dalam rumahtangganya sendiri kerana inilah suasana yang paling hampir dan berterusan yang dialami mereka. Isteri yang solehah merupakan tiang kepada matlamat ini. Maka, usaha perkahwinan mestilah ditegakkan di atas dasar untuk mencari keredhaan Allah. Barulah suasana kasih dan sayang dapat dihidupkan dan hubungan suami isteri lebih berkesan dan bermakna dilihat dari sudut perjuangan Islam. Natijah itu, akan lahirlah kesungguhan untuk menghayati tarbiyyah secara keseluruhan.

3. Penglibatan/Amali

Usaha untuk mempertingkatkan keimanan seseorang itu termasuklah tugas untuk menjalankan tugas dakwah, satu tugas yang dituntut Allah:

‘Katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang beriman yang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah hujjah yang nyata. Maha suci Allah, tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf: 108)

Banyak kelebihan yang diperolehi hasil daripada penglibatan di dalam dakwah ini. Para duat akan dilatih mengkaji dan memahami zuruf (situasi) serta mad’u (kumpulan sasaran) di sekeliling mereka. Mereka juga akan lebih memahami perencanaan musuh dan seterusnya menyusun strategi-strategi dakwah masa depan mereka. Prinsip ‘amal jamaie akan dapat dihayati dan akan diuji. Memang ini memerlukan pengorbanan tetapi insyaallah akan melahirkan du’at yang berpandangan jauh, memahami waqi’ serta kritikal di sepanjang perjuangan mereka.

4. Mas’ul/ Naqib.

Kepentingan mas’ul dalam keberhasilan tarbiyyah terletak kepada kemampuannya sebagai pemimpin, pemimbing dan pendidik setiap ahli yang dipimpin. Rasulullah saw yang mendapat cahaya bimbingan daripada Allah telah berjaya melahirkan sebuah generasi yang agung lagi mulia.

11

Page 12: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

Pimpinan mestilah mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap Islam serta jelas akan arah jalan perjuangan Islam kerana tugas dan peranannya amatlah besar. Secara ringkas peranan ini termasuklah:

i. mewujudkan ubudiyyah kepada Allah swt di kalangan ahli-ahli.ii. Bertanggungjawab terhadap tarbiyyah dan pembentukan fikrah ahli-ahli jemaahiii. Bertanggungjawab melahirkan suasana untuk sentiasa mengadakan syura yang

meluas. Firman Allah:“Dan tetaplah engkau mengajak mereka bermusyawarah dalam memutuskan sesuatu persoalan” (Al-Imran: 159)Para ulama mengatakan ‘Tiada yang paling banyak musyawarah dengan para sahabat selain dari Rasulullah SAW.’

iv. mengendalikan aspek-aspek pentadbiran dan perjalanan jemaah dengan baik.v. Menanamkan rasa kasih sayang kepada orang-orang yang dipimpin, mengambil

tahu tentang hal-ehwal ahli jemaah serta menolong mereka yang berada dalam kesempitan dari segi kewangan ataupun kehidupan seharian.

WASILAH TARBIYAH ISLAMIYYAH

Wasilah tarbiyah Islamiyyah terbahagi kepada dua bahagian iaitu umum dan khusus. Wasilah umum adalah dalam apa sahaja bentuk pendekatan yang diterima pakai secara umumnya oleh umat Islam. Manakala wasilah khusus ialah yang menjadi program asas tarbiyah oleh kebanyakan gerakan Islam. Wasilah tersebut seperti berikut :-

1) UsrahUsrah adalah komponen tarbiyah harakiyyah yang paling asas. Dibentuk dalam satu kumpulan kecil yang dibimbing oleh seorang naqib yang bertanggungjawab dalam proses pentarbiyahan sesama ahli usrah.

2) KatibahIa adalah satu program yang menumpukan satu malam yang dikhususkan untuk ibadah secara berjemaah sesama aktivis dakwah. Aktiviti pengisiannya dilakukan secara bersama-sama seperti solat berjemaah, membaca al-Qur’an, zikir dan qiyamullail selain daripada pengajian ilmu selepas isya’, hirasah (kawalan program), bacaan al-ma’thurat serta ibadah fizikal di sebelah paginya.

3) Rehlah / Jaulah Rehlah adalah program perkelahan ke mana-mana tempat dengan matlamatnya untuk memupuk dan mengeratkan persaudaraan sesama aktivis dakwah. Ia hampir sama konsepnya dengan jaulah, cuma jaulah berbentuk ekspedisi ke tempat-tempat tertentu disertai pengisian.

4) Daurah Daurah adalah program beberapa hari yang memfokuskan untuk memberi kefahaman kepada aktivis dakwah terhadap tajuk-tajuk amal Islami yang penting secara terperinci.

5) Nadwah12

Page 13: tasawur tarbiyah

Usrah Taarif 2.1

Program seminar sehari atau lebih yang dihadiri kumpulan peserta yang besar. Program ini bermatlamatkan memahamkan ahli dan juga orang awam (sekiranya ia dibuka kepada umum) terhadap hal ehwal semasa yang melibatkan isu-isu jemaah dan juga pendedahan politik semasa.

6) Mukhayyam / TamrinMukhayyam dan tamrin adalah dua program yang sama konsepnya iaitu program di luar (outdoor) selama beberapa hari dengan dengan pengisian ceramah, perbincangan, majlis kesenian Islam dan juga program-program ibadah serta ukhuwwah. Kebiasaannya akan disertai dengan aktiviti-aktiviti tarbiyah fizikal. Ia juga adalah proses saringan pemilihan kader-kader baru untuk memastikan kelangsungan amal Islami dan juga program latihan untuk ahli.

7) MuktamarMuktamar adalah himpunan besar tahunan yang menngumpulkan ahli dan perwakilan untuk merumuskan agenda dakwah yang lebih padu dan berkesan. Ia juga medan muhasabah umum dan mesyuarat perlantikan pimpinan baru mengikut sistem yang ditetapkan.

Walaupun kesemua wasilah yang disebut kelihatan seperti berasingan, tetapi sebenarnya ia adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap aktivis dakwah semestinya melalui semua wasilah ataupun program tersebut supaya pembinaan syakhsiyyah dan pembentukan fikrah menjadi seimbang. Ia juga untuk memastikan kefahaman dan fikrah setiap ahli jernih daripada sebarang pencemaran isme-isme dan ideologi yang bertentangan dengan Islam.

 KESIMPULAN

Kesempurnaan pemahaman terhadap konsep Tarbiyah Islamiyah adalah prasyarat utama dalam membentuk syakhsiah Muslim yang soleh dan komited dalam menggerakkan agenda penambahbaikan (Islah) dalam masyarakat. Pemahaman yang sempurna ini perlu disusuli dengan perencanaan dan perlaksanaan agenda Tarbiyah Islamiyah secara sistematik dan berkesan demi memastikan natijah (output) yang menepati kualiti Muslim yang hakiki.

13