perlembagaan pas (pindaan) 2011

Upload: amirul-amin-iv

Post on 24-Feb-2018

292 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    1/185

    1

    PERLEMBAGAANPARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

    MUQADDIMAH

    BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untukmenyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepadasesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan ALAMRU BILMARUF WAN NAHYU ANIL MUNKAR dalam kehidupanbermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah

    pertubuhan yang dinamakan PARTI ISLAM SE-MALAYSIA

    BAB YANG PERTAMANAMA DAN PEJABAT YANG DIDAFTARKAN

    FASAL 1. Nama

    Nama pertubuhan ini ialah Parti Islam Se-Malaysiaringkasnya disebut PASsahaja

    FASAL 2. Pejabat yang didaftarkan

    Pejabat Agung PAS yang didaftar pada masa iniialah:

    Pejabat Agung PAS,No. 318-A, Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    2/185

    2

    BAB YANG KEDUADASAR DAN SERUAN

    FASAL 3. Dasar

    Dasar PAS ialahISLAM

    FASAL 4. Seruan

    Seruan PAS ialahALLAHU AKBAR

    BAB YANG KETIGATUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN

    FASAL 5. Tujuan PAS ialah:

    (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara inisebuah masyarakat dan pemerintahan yangterlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam

    dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

    (2) Mempertahan kesucian Islam sertakemerdekaan dan kedaulatan negara.

    FASAL 6. Usaha-usaha

    (1) Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah

    dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secaralisan, tulisan dan amalan.

    (2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dansyariat serta menjadikannya sebagai panduanberpolitik dan bernegara serta memperkenalkannilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkankeadilan dan kemajuan di segenap bidangtermasuk pemerintahan dan pentadbiran,

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    3/185

    3

    ekonomi dan sosial serta pelajaran danpendidikan.

    (3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah

    Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan dikalangan rakyat bagi memelihara kehidupanpolitik dan masyarakat yang sihat danberkebajikan.

    (4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan,pertubuhan-pertubuhan dan orang-orangperseorangan bagi mengenali dan memahamiserta memperjuangkan konsep dan pandanganhidup Islam.

    (5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindakbagi memperbaiki susunan serta institusi-institusimasyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomidan negara, untuk membela kepentingan umatIslam dan rakyat seluruhnya.

    (6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannyadengan PAS bilamana dan selama ianyamustahak dan sesuai serta tidak bercanggahdengan undang-undang negara.

    (7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai

    bahasa rasmi negara yang tunggal dalamamalannya di samping berusahamengembangkan bahasa al-Quran.

    (8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negaraberasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggahdengan ajaran-ajaran Islam.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    4/185

    4

    (9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umatIslam di negara ini tanpa mengabaikantanggungjawab melaksanakan keadilan terhadapseluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab

    mewujudkan keharmonian antara kaum di dalamnegara ini.

    (10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sahbagi mengekalkan keamanan dan menjaminhak-hak asasi manusia serta menghapuskansegala macam kezaliman, kepalsuan,perhambaan dan penindasan di kalangan umatmanusia.

    (11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakandalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

    FASAL 7. Hukum dan Kekuasaan

    (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalampegangan PAS ialah KITABULLAH danSUNNAH RASUL serta IJMAK ULAMAK danQIAS yang terang dan nyata, dengan tertaklukkepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaanPAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

    (2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalamceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiranPAS adalah dijalankan di bawah perintah dankekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itusendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yangterkandung dalam Perlembagaan PAS danaturan peraturan Muktamar atau MesyuaratAgung PAS.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    5/185

    5

    FASAL 8. Majlis Syura Ulamak

    (1) Bagi menjamin kekuasaan PAS yangdiperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan

    badan-badan yang diberikan kepadanya kuasaoleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidakterkeluar daripada kehendak-kehendak yangdiperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidakberlawanan dengan dasar PAS seperti yangdiperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini,maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yangdinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberikepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

    (a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkandasar PAS dan mana-mana peruntukan didalam Perlembagaan ini yang menimbulkankesamaran mengenai maksud dantujuannya dan membuat ketetapanmengenainya.

    (b) Mengeluarkan arahan dan perintah supayadasar dan ketetapan itu dipatuhi dandilaksanakan oleh mana-mana pihak ataubadan di dalam PAS dan mengawasi sertamemelihara supaya dasar dan ketetapanserta kehendak-kehendak dalamPerlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan,

    gerakan dan pentadbiran PAS.

    (c) Mendengar dan memutuskan semua rayuansemula tatatertib yang dikemukakan olehahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaanini.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    6/185

    6

    (2) Ahli-ahli Majlis Syura Ulamak hendaklah terdiridaripada tidak lebih tujuh belas orang iaitu:

    (a) Seorang Mursyidul Am

    (b) Seorang Timbalan Mursyidul Am

    (c) Seorang Setiausaha Majlis Syura Ulamak,dan

    (d) Tidak lebih empat belas orang Ahli MajlisSyura Ulamak

    (3) Seseorang yang hendak dilantik menjadi AhliMajlis Syura Ulamak itu hendaklah seseorangyang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmakdan Qias dengan faham akan maksud danmaknanya yang muktabar dan hendaklah

    seorang yang adil yakni tidak melakukan dosabesar atau terus menerus melakukan dosa kecildan hendaklah terpelihara maruahnya sertahendaklah seorang ahli PAS.

    (4) Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamakitu hendaklah dipilih dan dilantik olehJawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat

    orang yang dipilih dan dilantik olehJawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusatdan masing-masing dua orang yang dipilih dandilantik oleh Jawatankuasa Kerja DewanPemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa KerjaDewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih limaorang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh MajlisSyura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang

    ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    7/185

    7

    memilih/melantiknya setelah tamat tempohtersebut.

    (5) Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah

    memegang jawatannya selama lima tahun.Walau bagaimanapun ahli-ahli majlis ini bolehberhenti sebelum cukup tempoh lima tahun danboleh diberhentikan oleh Majlis Syura 'Ulamakyang mempunyai kuasa menentukan kelayakanseseorang ahli mengikut peruntukan Ceraian (3)Fasal ini dan sebab-sebab seseorang ahli itupatut diberhentikan.

    (6) Seorang Ketua Majlis Syura 'Ulamak yangdikenali sebagai Mursyidul 'Am dan seorangTimbalannya yang dikenali sebagai TimbalanMursyidul 'Am hendaklah dipilih di dalam dandengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura'Ulamak tersebut dari kalangan ahli-ahlinya danakan memegang jawatan itu selama lima tahundengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup

    tempoh tersebut dan boleh diberhentikandengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu dan bolehdiperbaharui perlantikannya setelah tamattempoh dia memegang jawatan itu.

    (7) Seorang Setiausaha Majlis Syura Ulamakhendaklah dilantik oleh Mursyidul Am di dalam

    dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis SyuraUlamak dari kalangan ahli-ahlinya, danhendaklah memegang jawatan itu selama limatahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelumcukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikandengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura'Ulamak dan boleh diperbaharui perlantikannyasetelah tamat tempoh dia memegang jawatan

    itu.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    8/185

    8

    (8) Mursyidul 'Am hendaklah mempengerusikansemua mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura'Ulamak. Sekiranya ketiadaan Mursyidul 'Amdengan apa-apa sebab sekalipun, tugas

    mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura'Ulamak itu hendaklah dijalankan oleh TimbalanMursyidul 'Am. Jika kedua-duanya berhalanganatas apa-apa sebab, maka mesyuarat MajlisSyura 'Ulamak hendaklah melantik salahseorang dari kalangan ahli-ahlinya untukmempengerusikan mesyuarat itu.

    (9) Majlis Syura 'Ulamak hendaklah mengadakanmesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalammasa tiga bulan, atau pada sebarang masa yanglain yang dikehendaki oleh Mursyidul 'Am. Notismesyuarat hendaklah dihantar kepada tiap-tiapahli Majlis Syura 'Ulamak tidak kurang 14 haridaripada tarikh yang ditetapkan untukbermesyuarat.

    (10) Cukup bilang bagi mengadakan mesyuaratMajlis Syura 'Ulamak itu ialah sembilan orangdaripada ahli-ahlinya yang hadir.

    (11) Adapun seseorang Ahli Majlis Syura Ulamak itubolehlah dilucutkan jawatannya denganpersetujuan mesyuarat Majlis Syura Ulamak jikagagal hadir mesyuarat sebanyak tiga kali

    berturut-turut tanpa sebarang makluman kepadaSetiausaha Majlis Syura Ulamak.

    (12) Majlis Syura 'Ulamak boleh, mengikut budibicaranya, membuat apa-apa peraturan bagimelicinkan pelaksanaan tugas dan kuasa-kuasayang diberikan kepadanya dan menjaga sertamemelihara keutuhan dan kehormatan serta

    kewibawaan Majlis Syura 'Ulamak tersebut.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    9/185

    9

    FASAL 9. Tugas-tugas Majlis Syura Ulamak

    (1) Mursyidul 'Am

    (a) Bertanggungjawab sebagai ketua MajlisSyura 'Ulamak bagi melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Fasal 8(1)(a), (b) dan (c) Perlembagaan ini.

    (b) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak.

    (c) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlubagi mengawasi dan memeliharaPerlembagaan, dasar dan hukum PASdipatuhi dalam kegiatan, gerakan danpentadbiran PAS.

    (2) Timbalan Mursyidul 'Am

    (a) Membantu tugas-tugas Mursyidul Am

    (b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuaratMajlis Syura 'Ulamak apabila Mursyidul 'Amberhalangan atau tidak hadir.

    (3) Setiausaha Majlis Syura 'Ulamak

    (a) Bertanggungjawab secara langsung kepada

    Mursyidul 'Am dan Majlis Syura 'Ulamak.

    (b) Bertanggungjawab melaporkan kepadaMursyidul 'Am dan Majlis Syura 'Ulamakatas segala tindakan yang dijalankanberhubung dengan pentadbiran PejabatMajlis Syura 'Ulamak.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    10/185

    10

    (c) Bertanggungjawab di atas kesempurnaansemua mesyuarat dan muzakarah MajlisSyura 'Ulamak.

    (d) Menerima permohonan rayuan semulatatatertib mengikut Fasal 83 Perlembagaanini dan permohonan pentafsiranPerlembagaan PAS mengikut Fasal 88(1)Perlembagaan ini daripada mana-mana ahliPAS.

    (4) Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak

    (a) Melaksanakan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukan oleh Fasal 8(1)(a), (b) dan (c).

    (b) Mendengar dan mempertimbangkan rayuansemula tatatertib menurut Fasal 83.

    (c) Menyediakan peraturan pemilih calon pilihanraya menurut Fasal 26(9)(f).

    BAB YANG KEEMPATDARI HAL AHLI-AHLI

    FASAL 10. Ahli PAS

    Hanya satu sahaja jenis keahlian dalam PAS, iaitudinamakan Ahli PAS.

    FASAL 11. Syarat-syarat Menjadi Ahli

    Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS ituialah:

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    11/185

    11

    (1) Warganegara Malaysia.

    (2) Beragama Islam

    (3) Aqil baligh menurut Hukum Syara.

    (4) Mengaku menerima serta taat kepadaPerlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahandan keputusan-keputusan Parti dari masa kesemasa.

    (5) Seorang pelajar Universiti atau kolej Universititidak boleh menjadi ahli tanpa mendapatkebenaran bertulis daripada NaibCenselor/Rektor Universiti berkenaan.

    FASAL 12. Permohonan Menjadi Ahli

    (1) Seseorang yang hendak menjadi ahli PASmestilah menghantar permohonan kepadaSetiausaha Cawangan di mana ia berkehendak

    masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatusebab yang munasabah maka bolehlahdilakukan seperti berikut:

    (a) Di mana-mana tempat yang tidak adacawangan hendaklah dihantar terus kepadaSetiausaha Kawasan ataupun;

    (b) Di mana-mana tempat yang tidak adacawangan dan/atau Kawasan hendaklah iamenghantar terus permohonan kepadaSetiausaha Agung PAS bagi menjadi ahliPAS yang berdaftar terus.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    12/185

    12

    (c) Dengan tidak mengendahkan apapun yangterkandung dalam butiran-butiran di atasdalam Fasal ini, maka Setiausaha Agungdalam keadaan dan sebab-sebab yang

    tertentu bolehlah menerima sebarangpermohonan menjadi ahli yang berdaftarterus ke Pejabat Agung.

    (2) Sebarang permohonan menjadi ahli PAShendaklah menggunakan borang yang telahditentukan oleh Jawatankuasa Harian PASPusat.

    (3) Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklahditandatangani atau dengan apa-apa keteranganoleh permohonan itu, dan juga oleh seorang ahliyang menjadi pencadang dan seorang ahli yangmenjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yangmenjadi pencadang dan penyokong ituhendaklah tahu benar-benar akan orang yangmemohon itu.

    FASAL 13. Memilih Ahli

    (1) (a) Setiausaha Cawangan hendaklahmengangkatkan semua permohonanmenjadi ahli kepada Setiausaha Kawasandengan memberikan keterangan-keteranganseberapa yang boleh tentang pemohon-

    pemohon yang berkenaan.

    (b) Setiausaha Kawasan hendaklahmengangkatkan semua permohonanmenjadi ahli, samada dari cawangan-cawangan atau terus kepadanya, kepadaSetiausaha Agung dengan disertakanketerangan-keterangan seberapa yang

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    13/185

    13

    boleh tentang pemohon-pemohon yangberkenaan.

    (c) Setiausaha Agung hendaklah

    mengemukakan semua permohonanmenjadi ahli PAS dari kawasan-kawasandan/atau ahli berdaftar terus kepadaJawatankuasa Harian PAS Pusat denganseberapa segera yang boleh bagimenimbangkan permohonan-permohonanitu.

    (2) Mana-mana permohonan menjadi ahli yang telahditolak tidaklah boleh mengulangi permohonanmelainkan selepas enam bulan dari tarikhpermohonan itu ditolak.

    FASAL 14. Sijil Ahli

    (1) Tiap-tiap seseorang ahli PAS itu hendaklahmempunyai sekeping Sijil Akuan menjadi ahli

    PAS.

    (2) Sijil-sijil hendaklah dikeluarkan oleh PejabatAgung PAS melalui Setiausaha PAS Kawasandan Cawangan atau terus kepada ahli bagi ahli-ahli yang berdaftar terus.

    (3) Sijil yang dikeluarkan kepada ahli-ahli itu

    hendaklah ditandatangani oleh Presiden PAS,Setiausaha Agung dan Setiausaha PASKawasan di tempat yang ada kawasan, danhendaklah mempunyai cop mohor parti.

    (4) Seseorang ahli itu tidaklah diakui menjadi ahliPAS sekiranya tiada atau sebelum daripadamempunyai sijil itu.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    14/185

    14

    (5) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalahberkuasa membuat Aturan dan Peraturanberkenaan dengan mengadakan sijil-sijil ahliPAS dan mengeluarkan serta menggunakan

    ataupun berkenaan apa-apa perkara yangberkaitan dengan sijil itu.

    FASAL 15. Keberhentian Ahli

    (1) Keberhentian ahli ialah disebabkan:

    (a) Permintaan sendiri

    (b) Dipecat

    (c) Mengisytihar diri keluar PAS atau menyertaiparti politik lain.

    (2) Seseorang ahli bolehlah memaklumkankeberhentiannya daripada menjadi ahli denganbersurat kepada Setiausaha Agung, dan

    sesudah dimaklumkan kepada JawatankuasaHarian PAS Pusat, maka Setiausaha Agunghendaklah memberitahu keberhentian ahli yangberkenaan itu kepada PAS Kawasan yangbersangkutan beserta salinannya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri danWilayah Persekutuan.

    (3) (a) Pemecatan seseorang ahli itu bolehlahdilakukan apabila terbukti ianya telahmelanggar Perlembagaan PAS, Aturan danPeraturan serta arahan-arahan, dankeputusan-keputusan parti, atau telahmelakukan sebarang perbuatan yangberlawanan dengan kepentingan parti atau

    menyalahi tatatertib parti.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    15/185

    15

    (b) PAS kawasan dan/atau Perhubungan-perhubungan negeri bolehlahmengemukakan cadangan untuk memecat

    seseorang ahli kepada Setiausaha Agungbagi dipertimbangkan dan diputuskan olehJawatankuasa Tatatertib PAS.

    (c) Seseorang ahli PAS yang terlucutkewarganegaraannya maka dengansendirinya ia terlucut daripada menjadi ahliPAS.

    (d) Kecuali ahli yang dipecat mengikut Fasal82(9), seseorang ahli yang dipecat daripadamenjadi ahli PAS, bolehlah mengemukakanrayuannya kepada Setiausaha Agung untukdibawa ke dalam pertimbangan MesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Pusat dengansyarat rayuan itu hendaklah dibuat dalamtempoh tidak lewat dari tiga puluh hari dari

    tarikh pemecatannya.

    (e) Seseorang ahli yang dipecat daripadamenjadi ahli PAS mengikut Fasal 82(9),bolehlah mengemukakan rayuannya teruskepada Setiausaha Majlis Syura 'Ulamakuntuk dibawa ke dalam pertimbangan MajlisSyura 'Ulamak dengan syarat rayuan itu

    hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluhhari daripada tarikh pemecatannya olehJawatankuasa PAS Pusat.

    (f) Seseorang ahli itu boleh dikenakan tindakanpemecatannya jika ia tidak menafikansecara bertulis kepada Setiausaha Agungakan sebarang maklumat, khabar atau berita

    mengenai pengisytiharan dirinya keluar PAS

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    16/185

    16

    atau menyertai parti politik lain dalamtempoh tiga puluh hari dan tarikh suratmeminta penjelasan kerananya daripadaSetiausaha Agung ke alamat terakhir ahli

    yang berkenaan diketahui.

    FASAL 16. Hak-Hak dan Kewajipan Ahli

    (1) Hak-hak ahli ialah:

    (a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilihuntuk memegang mana-mana jawatandalam parti dan boleh dicadang untukmewakili parti.

    (b) Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundidalam parti mengikut ketentuan-ketentuanyang terdapat di dalam Perlembagaan PASserta Aturan dan Peraturannya.

    (c) Setiap ahli PAS berhak menghadiri

    perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapatparti.

    (d) Setiap ahli PAS berhak memberikanpendapat dan pandangan kepada parti.

    (e) Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apagelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut

    yang diputuskan oleh Muktamar Tahunanparti apabila dan pada bila-bila masa adausul yang demikian.

    (2) (a) Setiap ahli PAS berhak memohon berpindahCawangan PAS dalam Kawasan PAS yangsama dan berkewajipan untukmengemukakan satu permohonan bertulis

    untuk berpindah Cawangan dengan

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    17/185

    17

    keterangan-keterangan yang perlu kepadaSetiausaha PAS Kawasan yang hendaklahmengemukakan permohonan itu kepadaJawatankuasa Kerja PAS Kawasan dengan

    seberapa segera yang boleh bagimenimbangkan permohonan yangberkenaan itu.

    (b) Setiap ahli PAS yang berpindah Cawanganitu tidak berhak memilih dan dipilih untukmemegang mana-mana jawatan dalamCawangan barunya melainkan setelahmendapat akuan kelulusan berpindahCawangan dari Setiausaha PAS Kawasan.

    (3) Kewajipan-kewajipan ahli:

    (a) Menunaikan yuran dan lain-lain menurutkeputusan parti dari masa ke semasa.

    (b) Melaksanakan arahan-arahan dan

    keputusan-keputusan parti sama ada umumatau khusus.

    (c) Menghadiri mana-mana kursus-kursus,tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yangditetap dan diarahkan.

    (d) Memperdalamkan ilmu pengetahuankhususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.

    (e) Memperkuat kedudukan dan menjagakehormatan parti samada di dalam atau diluar negeri.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    18/185

    18

    (f) Pada amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

    (4) (a) Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah

    Kawasan PAS dan berkewajipan untukmengemukakan satu permohonan bertulisuntuk berpindah Kawasan denganketerangan-keterangan yang perlu kepadaSetiausaha Agung yang hendaklahmengemukakan permohonan itu kepadaJawatankuasa Harian PAS Pusat denganseberapa segera yang boleh bagimenimbangkan permohonan yangberkenaan itu.

    (b) Setiap ahli PAS yang berdaftar terus kePejabat Agung juga berhak memohonmenjadi ahli sesebuah Kawasan PASdengan memohon mengikut kaedah yangsama yang disebutkan dalam ceraian (4)(a)Fasal ini.

    (c) Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itutidak berhak memilih dan dipilih untukmemegang mana-mana jawatan dalamKawasan barunya melainkan setelahmendapat akuan kelulusan berpindahKawasan dari Setiausaha Agung.

    FASAL 17. Buku Daftar Ahli

    (1) Tiap-tiap cawangan hendaklah mempunyaisebuah buku daftar ahli cawangannya denganmembutirkan di dalamnya akan nama, alamat,nombor kad pengenalan, pekerjaan, nombor sijilahli dan lain-lain syarat yang ditetapkan olehSetiausaha Agung.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    19/185

    19

    (2) Pejabat Setiausaha PAS Kawasan hendaklahjuga mempunyai sebuah buku daftar ahli dalamkawasannya dan ahli-ahli daripada cawangan-cawangannya dengan membutirkan akan nama,

    alamat, nombor kad pengenalan, pekerjaan,nombor sijil ahli dan lain-lain syarat yangditetapkan oleh Setiausaha Agung.

    (3) Pejabat Agung hendaklah menyedia danmenyimpan buku-buku daftar besar ahli PASdengan membutirkan di dalamnya akan nama,alamat, kawasan, nombor kad pengenalan,pekerjaan dan lain-lain yang difikirkan patut olehSetiausaha Agung.

    (4) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalahberkuasa membuat sebarang Aturan danPeraturan berkenaan dengan buku daftar ahli itu.

    BAB YANG KELIMA

    MUKTAMAR DAN MESYUARAT AGUNG

    FASAL 18. Muktamar PAS

    (1) Muktamar PAS itu terbahagi kepada:

    (a) Muktamar TahunanMuktamar Tahunan ituhendaklah diadakan sekali dalam setahun,

    seboleh-bolehnya pada bulan April, ataupada bila-bila masa yang dikehendaki olehPresiden atau dengan permintaan bersuratdaripada sekurang-kurangnya lapan orangAhli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ataudaripada sekurang-kurangnya satu pertigadaripada bilangan ahli-ahli Muktamar ituselain daripada Ahli Jawatankuasa Kerja

    PAS Pusat.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    20/185

    20

    (b) Muktamar Khas Muktamar Khas PASbolehlah diadakan beberapa kali dalamsetahun sekiranya dikehendaki oleh

    Presiden atau dengan permintaan bersuratdaripada sekurang-kurangnya satu pertigadaripada Ahli Jawatankuasa Kerja PASPusat atau satu pertiga daripada PASKawasan-kawasan. Maka dalam MuktamarKhas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yangkerananya Muktamar itu diadakan.

    (c) Notis bagi mengadakan Muktamar Tahunandan Khas hendaklah dihantar kepada paraperwakilan tidak kurang 14 hari daripadatarikh mesyuarat hendak diadakan.

    (d) Mana-mana Muktamar Tahunan PAS yangada pemilihan, dengan sebab-sebab tertentubolehlah ditangguhkan agenda pemilihannya

    kepada Muktamar tahun berikutnya olehmesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusatdengan syarat ia dipersetujui oleh duapertiga daripada ahlinya yang hadir.

    (2) Muktamar Tahunan dan/atau Khas PAS ituadalah mengandungi ahli-ahli yang berikut:

    (a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.

    (b) Ahli-ahli Majlis Syura Ulamak dan Ahli-ahliJawatankuasa Kerja PAS Pusat.

    (c) Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri danWilayah Persekutuan.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    21/185

    21

    (d) Yang Dipertua-Yang Dipertua PASKawasan, dan jika sekiranya dia tidak dapathadir sendiri maka hendaklah seorang AhliJawatankuasa Kerja Kawasan itu diwakili

    dengan bersurat oleh Yang Dipertua PASKawasan itu.

    (e) Tidak kurang dari empat orang dan tidaklebih dari sepuluh orang wakil daripada dandiangkat oleh Mesyuarat Agung Tahunantiap-tiap Kawasan yang telah menunaikanyuran tahunannya bagi tahun itu ke PejabatAgung dengan tertakluk kepada Fasal 19(5).

    (f) Dua puluh orang wakil daripada dandiangkat oleh Muktamar Dewan UlamakPAS Pusat.

    (g) Dua puluh orang wakil daripada diangkatoleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat,dan

    (h) Dua puluh orang wakil daripada dandiangkat oleh Muktamar Dewan MuslimatPAS Pusat.

    (3) Pengerusi bagi Muktamar PAS itu ialahPengerusi Tetap dan/atau Timbalannya yangdipilih akan dia dalam Muktamar Tahunan PAS

    yang terakhir. Mereka akan memegang jawatantersebut selama dua tahun, atau sehinggakepada Muktamar Tahunan yang adapemilihannya.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    22/185

    22

    (4) Dengan dikecualikan ceraian (2)(b) dan (c) Fasalini, maka satu perdua daripada ahli-ahliMuktamar itu hadir adalah menjadi cukup bilangbagi menjalankan Muktamar Tahunan dan/atau

    Khas itu.

    FASAL 19. Wakil-wakil ke Muktamar dan MesyuaratAgung

    (1) Wakil-wakil hanya dapat menyertai dalamMuktamar Tahunan PAS apabila mereka dapatmenunjukkan suratkuasa yang ditandatanganioleh Yang Dipertua dan/atau Setiausaha PASKawasan. Adapun wakil-wakil dari dewan-dewan, maka hendaklah suratkuasa ituditandatangani oleh Ketua dan/atau SetiausahaDewan berkenaan.

    (2) Wakil-wakil yang diangkat kepada mana-manaMuktamar atau Mesyuarat Agung PAS ituhendaklah terdiri dari ahli-ahli PAS dalam

    Cawangan atau Kawasan atau Dewan-dewanyang mengangkatnya dan telah berumur tidakkurang daripada 18 tahun.

    (3) Tiap-tiap seorang wakil itu hendaklah sanggupmenerima dan taat kepada keputusan-keputusandan ketetapan-ketetapan Muktamar danMesyuarat Agung.

    (4) Tiap-tiap seorang wakil tidaklah boleh mewakililebih daripada satu pihak.

    (5) Tiap-tiap sebuah Kawasan berhak mengangkatempat orang wakil kepada mana-manaMuktamar PAS jika bilangan ahli PAS yangberdaftar dalam Kawasan itu berjumlah kurang

    dari dua ribu orang.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    23/185

    23

    Adapun sesebuah Kawasan yang mempunyaibilangan ahli PAS yang berdaftar melebihi duaribu orang berhak menambah wakil-wakilnya keMuktamar PAS dengan kadar seorang wakil lagi

    bagi setiap pertambahan seribu orang ahli yangberdaftar dengan tidak melebihi sepuluh orangwakil semuanya.

    (6) Setiap wakil yang diangkat oleh mana-manaMuktamar dan/atau Mesyuarat Agung TahunanPAS Cawangan dan Kawasan serta Dewan-dewan 'Ulamak, Pemuda dan Muslimat, makaberkuasalah mereka mewakili Muktamardan/atau Mesyuarat Agung Tahunan yangmengangkatnya ke mana-mana Muktamar atauMesyuarat Agung yang lebih tinggi sehinggaMuktamar dan/atau Mesyuarat Agung Tahunanakan datang.

    (7) Adapun sekiranya mana-mana perwakilan yangdiangkat oleh Muktamar dan/atau Mesyuarat

    Agung Tahunan itu meninggal dunia atau lebihumur atau berpindah Kawasan/Cawangan ataumeletak jawatan atau sebab-sebab lain, makaberkuasalah Jawatankuasa Kerja masing-masing mengangkat pengganti.

    FASAL 20. Mesyuarat Agung PAS Kawasan

    (1) Adapun gerakan dan pentadbiran sebuahkawasan PAS itu adalah dijalankan olehJawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu di bawahkekuasaan Majlis Mesyuarat Agung PASKawasan itu. Akan tetapi Majlis MesyuaratAgung itu sendiri adalah tertakluk di bawahsyarat-syarat yang terkandung di dalamPerlembagaan PAS dan juga Aturan dan

    Peraturan mesyuarat kawasan itu.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    24/185

    24

    (2) (a) Sesebuah Kawasan hendaklah mengadakanMajlis Mesyuarat Agung Tahunannya sekalidalam setahun, seboleh-bolehnya pada

    bulan Februari, atau pada bila-bila masayang dikehendaki oleh Yang Dipertuakawasan itu ataupun dengan permintaanbersurat daripada sekurang-kurangnya satupertiga daripada ahli Jawatankuasa KerjaPAS Kawasan itu.

    (b) Mesyuarat Agung Khas Kawasan bolehlahdiadakan pada bila-bila masapun jikadikehendaki oleh Yang Dipertua Kawasanitu, atau dengan kehendak, sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlahcawangan-cawangan atau daripada ahli-ahlikawasan itu. Maka dalam Mesyuarat AgungKhas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa selain daripada perkara yang kerananyaMesyuarat Agung Khas itu diadakan.

    (c) Notis Mesyuarat Agung Tahunan kawasandan Mesyuarat Agung Khas Kawasanhendaklah dihantar kepada perwakilandalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarathendak diadakan.

    (3) Ahli-ahli bagi Mesyuarat Agung Tahunan/Khas

    PAS Kawasan itu adalah mengandungi:

    (a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.

    (b) Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.

    (c) Ketua-ketua Cawangan PAS dalamKawasan itu,

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    25/185

    25

    (d) Wakil-wakil daripada dan diangkat olehcawangan-cawangan dalam MesyuaratAgungnya sebanyak mana yang ditetapkanoleh Jawatankuasa Kerja Kawasan itu, dan

    (e) Lima belas orang wakil dari Dewan PemudaPAS dan lima belas orang wakil di DewanMuslimat PAS Kawasan yang diangkat dandilantik oleh Mesyuarat Agung DewanPemuda PAS dan Dewan Muslimat PASKawasan itu termasuk Ketua danSetiausaha Dewan Pemuda PAS danDewan Muslimat PAS kawasan itu.

    (4) Dengan dikecualikan ceraian (3)(b) Fasal ini,maka cukup bilang bagi menjalankan MesyuaratAgung PAS Kawasan itu hendaklah satu pertigadaripada ahli-ahli mesyuarat agung itu hadir.

    (5) Pengerusi Mesyuarat Agung itu ialah PengerusiTetap PAS Kawasan atau Timbalannya yang

    dipilih pada tiap-tiap dua tahun atau padaMesyuarat Agung Tahunan Kawasan yang adapemilihannya.

    (6) Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasanhendaklah mengangkat tidak kurang daripadaempat orang dan tidak lebih 10 orang wakil keMuktamar Tahunan PAS mengikut kaedah yang

    ditetapkan oleh Fasal 19(5) Perlembagaan ini.

    (7) Segala keputusan Mesyuarat Agung ituhendaklah dihantar ke Pejabat PerhubunganPAS Negeri/Wilayah dan Pejabat Agung PASuntuk pengetahuannya.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    26/185

    26

    FASAL 21. Mesyuarat Agung PAS Cawangan

    (1) Sesebuah Cawangan itu hendaklahmengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya

    sekali dalam setahun, seboleh-bolehnyahendaklah sebelum berlangsungnya MajlisMesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan. Satunotis mesyuarat hendaklah dihantar kepada ahlidalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarathendak diadakan.

    (2) Mesyuarat Agung Khas bolehlah diadakan padabila-bila masa yang dikehendaki oleh KetuaCawangan itu atau dengan kehendak sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah ahlidalam Cawangan itu termasuk Ahli-ahliJawatankuasa Kerjanya.

    (3) Ahli-ahli bagi Mesyuarat Agung PAS Cawanganitu ialah:

    (a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.

    (b) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan.

    (c) Ahli-ahli PAS dalam Cawangan itu.

    (4) Satu pertiga daripada ahli-ahli di atas termasukJawatankuasa Kerja Cawangan itu hadir adalah

    menjadi cukup bilang bagi menjalankanMesyuarat Agung itu.

    (5) Pengerusi bagi Mesyuarat Agung itu ialahPengerusi Tetap atau Timbalannya yang dipilihpada tiap-tiap dua tahun sekali atau padaMesyuarat Agung Tahunan PAS Cawanganyang ada pemilihannya.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    27/185

    27

    (6) Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawanganhendaklah mengangkat sejumlah wakil mengikutyang ditetapkan oleh PAS Kawasan keMesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan.

    (7) Segala perkara yang diputuskan dan yangberbangkit di dalam Mesyuarat Agung ituhendaklah dimaklumkan kepada PAS Kawasandan Perhubungan PAS Negeri.

    FASAL 22. Tugas dan Kekuasaan Muktamar danMesyuarat Agung PAS

    Adapun tugas dan pekerjaan Muktamar danmesyuarat-mesyuarat agung PAS itu ialah:

    (1) Mengesahkan peringatan Muktamar atauMesyuarat agung yang lalu.

    (2) Membentang dan menerima penyata-penyatadan laporan-laporan kewangan dan perjalanantahunan PAS.

    (3) Memilih Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerjaseperti yang ditetapkan oleh PerlembagaanPAS.

    (4) Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan PengerusiTetap dan dua orang pemeriksa Kira-kira

    mengikut Perlembagaan.

    (5) Mengangkat wakil-wakil ke Muktamar/MesyuaratAgung yang lebih tinggi mengikut peruntukanPerlembagaan ini.

    (6) Membahas ucapan dasar di peringkatkebangsaan.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    28/185

    28

    (7) Membahas usul-usul dan resolusi-resolusi.

    (8) Ucapan-ucapan penangguhan.

    (9) Lain-lain perkara yang ditetapkan olehJawatankuasa-Jawatankuasa Kerja masing-masing.

    BAB YANG KEENAMPENUBUHAN KAWASAN DAN CAWANGAN

    Fasal 23. Penubuhan PAS Kawasan

    (1) Kawasan PAS hendaklah ditubuhkan hanyasebuah sahaja bagi tiap-tiap satu daerah(bagi negeri Kelantan, Jajahan) mengikutsempadan kekuasaan Pegawai Daerah (baginegeri Kelantan Pegawai Jajahan) ataukawasan pilihan raya Parlimen dengan syarattelah sedia ada tidak kurang daripada dua ratusorang ahli PAS yang telah berdaftar, kecuali jikadipandang sangat mustahak oleh BadanPerhubungan PAS Negeri dan/atau WilayahPersekutuan, dan diluluskan oleh JawatankuasaKerja PAS Pusat mengikut cara yang lain.

    (2) Pesuruhjaya PAS Negeri dan/atau WilayahPersekutuan dengan persetujuan Jawatankuasa

    Kerja PAS Pusat sahajalah yang berkuasamenubuhkan Kawasan-kawasan PAS di daerah-daerah (Jajahan-jajahan bagi negeri Kelantan)atau kawasan-kawasan Parlimen yang belumada Kawasan PAS atau dalammenyempurnakan kehendak-kehendak ceraian(1) Fasal ini, dan bagi negeri-negeri/WilayahPersekutuan yang belum ada Pesuruhjaya PAS

    atau Badan Perhubungan ini adalah tertakluk di

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    29/185

    29

    bawah kekuasaan Jawatankuasa Kerja PASPusat.

    FASAL 24. Penubuhan PAS Cawangan

    (1) Adapun Cawangan-cawangan PAS bagisesebuah Kawasan itu bolehlah ditubuhkan dimana-mana saja tempat di dalam daerahkekuasaan PAS Kawasan oleh Yang DipertuaPAS Kawasan dengan persetujuan PesuruhjayaPAS Negeri/Wilayah Persekutuan, dengansyarat telah sedia ada tidak kurang daripada duapuluh lima orang ahli PAS yang telah berdaftar.

    (2) Adapun bagi kawasan-kawasan yang tiada ataubelum ditubuhkan PAS Kawasan, makaCawangan PAS hendaklah ditubuhkan olehJawatankuasa Kerja PAS Pusat denganpersetujuan Pesuruhjaya PAS Negeri/WilayahPersekutuan dengan syarat telah sedia ada tidakkurang daripada dua puluh lima orang ahli PAS

    yang telah berdaftar.

    (3) Adapun bagi PAS Kawasan yang digantung ataudibubarkan mengikut Fasal 26(9)(j)Perlembagaan ini atau dibatal pendaftarannyaoleh Pendaftar Pertubuhan, maka CawanganPAS hendaklah ditubuhkan oleh PengerusiJawatankuasa Tadbir Sementara PAS Kawasan

    berkenaan dengan persetujuan JawatankuasaKerja PAS Pusat atau ditubuhkan mengikut apa-apa ketetapan lain yang dibuat olehJawatankuasa Kerja PAS Pusat.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    30/185

    30

    BAB YANG KETUJUHJAWATANKUASA KERJA

    FASAL 25. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

    (1) Adapun Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ituialah:

    (a) Seorang Presiden

    (b) Seorang Timbalan Presiden

    (c) Tiga orang Naib Presiden

    (d) Tiga orang Ketua Dewan-dewan

    (e) Seorang Setiausaha Agung

    (f) Tidak lebih tiga orang Penolong SetiausahaAgung

    (g) Seorang Bendahari

    (h) Seorang Ketua Penerangan,

    (i) Seorang Ketua Pengarah Pilihan Raya, dan

    (j) Dua puluh empat orang Ahli JawatankuasaKerja Biasa.

    (2) Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orangNaib Presiden hendaklah dipilih dan dilantikakan dia oleh Muktamar Tahunan PAS padatiap-tiap dua tahun daripada ahli-ahli PAS ataudengan apa-apa cara jua yang dipersetujui olehMuktamar Tahunan PAS itu.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    31/185

    31

    (3) Tiga orang daripada Ketua dari Dewan-dewanitu ialah Ketua Dewan Ulamak, ketua DewanPemuda dan Ketua Dewan Muslimat yang telahdipilih dan dilantik akan dia oleh Muktamar

    masing-masing, yang diadakan sebelumdaripada Muktamar Tahunan PAS yang adapemilihan, dan mereka dengan sendirinyamenjadi Naib-naib Presiden.

    (4) Setiausaha Agung, tidak lebih tiga orangPenolong Setiausaha Agung, Bendahari, KetuaPenerangan dan Ketua Pengarah Pilihan RayaPAS Pusat hendaklah dilantik oleh Presiden didalam dan dengan persetujuan MesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Pusat daripada ahli-ahli PAS atau daripada kalangan ahli-ahliJawatankuasa Kerja PAS Pusat dan akanmemegang jawatan itu sehingga pada MuktamarTahunan PAS yang ada pemilihan atau sehinggaia meminta berhenti atau diberhentikan olehJawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan apa-apa

    sebab sekalipun.

    (5) Lapan belas orang daripada Ahli-ahliJawatankuasa Kerja PAS Pusat yang disebutkandalam ceraian(1)(j) Fasal ini, hendaklah dipilihdan dilantik di dalam Muktamar Tahunan PAStiap-tiap dua tahun sekali, dan enamdaripadanya hendaklah dilantik akan dia oleh

    Presiden di dalam dan dengan persetujuanMesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusatdaripada ahli-ahli PAS, dan akan memegangjawatan itu sehingga Muktamar Tahunan PASyang ada pemilihan atau dia meminta berhentiatau diberhentikan oleh Jawatankuasa KerjaPAS Pusat dengan apa-apa sebab sekalipun.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    32/185

    32

    (6) Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat itu tidak lagi menjawat jawatan itusama ada dengan sebab meninggal duniaataupun dengan sebab ia meminta berhenti atau

    diberhentikan atau dengan apa-apa sebab yangmenjadi halangan daripada menjawat jawatantersebut, maka Jawatankuasa Kerja PAS Pusatdalam mesyuaratnya adalah berkuasa melantikpenggantinya daripada sesiapa sahaja ahli PASsehingga Muktamar Tahunan PAS memilihsemula Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

    (7) Seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusatbolehlah meminta berhenti daripada jawatannyadengan menyatakan kehendak-kehendak itudengan bersurat kepada Setiausaha Agung, danpemberhentiannya itu hendaklah dimaklumkankepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat supayadiangkat dan dilantik gantinya daripada ahli-ahliPAS yang difikirkan layak oleh JawatankuasaKerja PAS Pusat.

    (8) Jika sekiranya Presiden berhenti ataudiberhentikan atau dengan apa-apa jua sebabyang menjadikan ia terhalang daripadamemegang jawatannya itu, maka TimbalanPresiden dengan sendirinya memangku jawatanPresiden sehingga Presiden itu dapat dipilihsemula, atau dapat memegang jawatannya

    semula.

    (9) Jika sekiranya Presiden dan Timbalannyaberhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa sebab juapun yang menjadikan merekaterhalang daripada memegang jawatan-jawatanitu, maka salah seorang daripada Naib-NaibPresiden yang dilantik oleh Muktamar Tahunan

    hendaklah dipilih oleh Jawatankuasa Kerja PAS

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    33/185

    33

    Pusat untuk memangku jawatan Presiden danseorang lagi memangku jawatan TimbalanPresiden bagi menjalankan pentadbiran dankerja-kerja Presiden dan Timbalannya sehingga

    seorang Presiden dan Timbalan Presiden dapatdipilih semula atau dapat memegang semulajawatannya itu, maka hendaklah dipilih di antarakalangan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PASPusat bagi memangku jawatan Naib-NaibPresiden itu sehingga mereka dapat dipilihsemula atau dapat memegang jawatan itusemula setelah Presiden dan Timbalannyamemegang jawatan mereka semula.

    (10) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hendaklahmengadakan mesyuarat sekurang-kurangnyasekali dalam masa tiga bulan, atau padasebarang masa yang lain yang diadakan olehPresiden atau sebarang masa yang dikehendakioleh satu pertiga daripada Ahli JawatankuasaKerja PAS Pusat dengan syarat mereka

    menghantar surat yang menyatakan kehendakdan sebab kemustahakan mesyuarat itudiadakan kepada Setiausaha Agung.

    (11) Presiden atau Timbalannya atau gantinya atausesiapa sahaja daripada Ahli-ahli JawatankuasaKerja PAS Pusat yang hadir yang dipersetujuioleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu bolehlah

    mempengerusikan mesyuaratnya ketika salahseorang daripadanya berhalangan atau/dankedua-duanya berhalangan untukmempengerusikan mesyuarat tersebut.

    (12) Cukup bilang bagi menjalankan MesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Pusat itu ialah limabelas orang daripada ahli-ahlinya.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    34/185

    34

    (13) Adapun seseorang ahli Jawatankuasa KerjaPAS Pusat itu bolehlah dilucutkan jawatannyadengan persetujuan Mesyuarat JawatankuasaKerjanya jika gagal hadir mesyuarat sebanyak

    tiga kali berturut-turut tanpa sebarang maklumankepada Setiausaha Agung.

    (14) Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naibPresiden, Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemudadan Muslimat, Setiausaha Agung, Bendahari,Ketua Penerangan dan Ketua Pengarah PilihanRaya PAS Pusat adalah dengan sendirinyamenjadi Ahli Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

    (15) Pengerusi bagi mesyuarat Jawatankuasa HarianPAS Pusat itu ialah Presiden, dan jika iaberhalangan, maka Timbalan Presiden, dan jikaTimbalan Presiden itu berhalangan juga, makasalah seorang daripada Naib-naib Presidenhendaklah mempengerusikan mesyuarattersebut.

    (16) Cukup bilang bagi menjalankan mesyuaratJawatankuasa Harian itu ialah tujuh orangdaripada ahli-ahlinya yang hadir.

    (17) Jika Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda danMuslimat PAS Pusat itu berhalangan atau apa-apa jua sebab yang ia tidak dapat hadir dalam

    mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Kerjaatau Jawatankuasa Harian PAS Pusat, makaTimbalan Ketua masing-masing bolehlahdiwakilkan secara bersurat untuk hadir di dalammesyuarat-mesyuarat itu.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    35/185

    35

    (18) Sekiranya Setiausaha Agung berkeuzuran dantidak dapat menghadiri mesyuarat JawatankuasaHarian PAS Pusat, maka mana-mana seorangPenolong Setiausaha Agung bolehlah

    menggantikan beliau secara bersurat dalammesyuarat tersebut.

    FASAL 26. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PASPusat

    (1) Presiden

    (a) Bertanggungjawab sebagai ketua bagimelaksanakan pentadbiran, gerakan dankegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuanyang termaktub dalam Perlembagaan inimengikut dasar yang diperuntukannya danyang diputuskan oleh mana-mana badanyang diberi kuasa oleh Perlembagaan inibagi menghurai, menjelas dan mentafsirkandasar PAS serta membuat ketetapan-

    ketetapan mengenainya.

    (b) Bertanggungjawab ke atas semua kerja danurusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusatserta menyelaraskan tugas-tugasJawatankuasa Kerja PAS Pusat.

    (c) Melantik Setiausaha Agung, Penolong

    Setiausaha Agung, Bendahari, KetuaPenerangan, Ketua Pengarah Pilihan Rayadan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yangdilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PASNegeri/Wilayah Persekutuan menurutperuntukan-peruntukan Perlembagaan ini didalam dan dengan persetujuan mesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Pusat.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    36/185

    36

    (d) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlubagi menjamin perpaduan, persefahamandan kesungguhan Ahli-ahli JawatankuasaKerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas

    masing-masing.

    (e) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusatdan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

    (2) Timbalan Presiden

    (a) Membantu tugas-tugas Presiden

    (b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Pusat danJawatankuasa Harian PAS Pusat apabilaPresiden berhalangan atau tidak hadir.

    (3) Naib-naib Presiden

    (a) Membantu tugas-tugas Presiden

    (b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Pusat danJawatankuasa Harian PAS Pusat apabilaPresiden dan Timbalannya berhalanganatau tidak hadir.

    (4) Setiausaha Agung

    (a) Bertanggungjawab secara langsung kepadaPresiden dan Jawatankuasa Kerja PASPusat.

    (b) Menjadi ketua pegawai yangbertanggungjawab bagi pelaksanaan

    pentadbiran Pejabat Agung PAS dan

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    37/185

    37

    penyelaras kepada kerja-kerja dan tugas-tugas yang diperuntukkan kepadaSetiausaha Dewan-dewan Ulamak, Pemudadan Muslimat PAS Pusat.

    (c) Bertanggungjawab melaporkan kepadaPresiden dan Jawatankuasa Kerja PASPusat atas segala tindakan yang dijalankanberhubung dengan pentadbiran PejabatAgung dan kegiatan kepartian seluruhnya.

    (d) Bertanggungjawab atas kesempurnaansemua mesyuarat-mesyuarat JawatankuasaKerja PAS Pusat, Jawatankuasa HarianPAS Pusat dan Muktamar Tahunan/KhasPAS Pusat.

    (e) Bertanggungjawab atas penyusunan danpengambilan pegawai-pegawai dankakitangan Pejabat Agung denganpersetujuan Jawatankuasa Harian PAS

    Pusat.

    (f) Menyediakan sebarang penyata mengenaikerja dan kemajuan parti bagi tujuanMuktamar Tahunan/Khas dan mana-manaMesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusatdan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

    (5) Penolong-penolong Setiausaha Agung

    (a) Bertanggungjawab kepada SetiausahaAgung.

    (b) Membantu Setiausaha Agung dalam urusanpentadbiran Pejabat Agung PAS danpenyelaras kepada kerja-kerja dan tugas-

    tugas yang diperuntukan kepada Setiausaha

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    38/185

    38

    Dewan-dewan 'Ulamak, Pemuda danMuslimat PAS Pusat.

    (c) Membantu tugas-tugas Setiausaha Agung.

    (6) Bendahari

    (a) Bertanggungjawab atas kesempurnaankewangan Pejabat Agung.

    (b) Menyediakan anggaran belanjawan kepadaJawatankuasa Kerja PAS Pusat.

    (c) Bertanggungjawab menyediakan penyatakewangan tahunan untuk diperiksa olehPemeriksa Kira-kira PAS Pusat dan jugaoleh Pemeriksa Kira-kira bertauliah yangdilantik oleh Jawatankuasa Kerja PASPusat.

    (d) Membentangkan penyata kewangan kepada

    Muktamar Tahunannya.

    (e) Menyediakan rancangan-rancangan untukmengukuhkan kedudukan kewangan parti.

    (7) Ketua Penerangan

    (a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan

    seluruh kegiatan dakwah dan peneranganPAS.

    (b) Menyedia, menyusun dan menyelarasprogram dan kegiatan penerangan yangsesuai dengan tujuan dan dasar perjuanganPAS.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    39/185

    39

    (c) Bertanggungjawab melaporkan kepadaPresiden dan Jawatankuasa Kerja PASPusat atas segala tindakan dan usaha yangdijalankan berhubung dengan kegiatan

    dakwah dan penerangan itu.

    (d) Menyedia dan mengeluarkan kenyataan,risalah dan apa jua penerbitan parti yangsesuai dengan dasar, tujuan dan ketetapan-ketetapan parti dari masa ke semasa.

    (8) Ketua Pengarah Pilihan Raya

    (a) Bertanggungjawab atas kesempurnaanseluruh urusan pilihan raya PAS.

    (b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskanaktiviti-aktiviti pilihan raya PAS.

    (c) Bertanggungjawab melaporkan kepadaPresiden dan Jawatankuasa Kerja PAS

    Pusat atas segala usaha dan tindakanberhubung dengan kegiatan pilihan raya.

    (9) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja

    (a) Melaksana, menyusun dan mengaturstrategi dan mengambil langkah-langkahyang perlu bagi menjalankan program

    politik, ekonomi, pelajaran, kemasyarakatandan lain-lain mengikut dasar yang ditentukankepadanya oleh mana-mana peruntukandalam Perlembagaan ini dan oleh mana-mana badan yang diberi kepadanya kuasamenetapkan dasar oleh mana-manaperuntukan dalam Perlembagaan ini.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    40/185

    40

    (b) Memberi perhatian terhadap kegiatan umumkerajaan dan menyelaraskan sikap danpendirian ahli-ahli PAS dalam Parlimensupaya dapat dipertanggungjawabkan

    kepada dasar dan keutuhan Parti.

    (c) Memelihara, menjaga dan mengawaltatatertib PAS dan melantik Ahli-ahliJawatankuasa Tatatertib PAS seperti yangdiperuntukan dalam Fasal 82(5)Perlembagaan ini.

    (d) Mengambil apa-apa tindakan tatatertib tanpamenghiraukan Jawatankuasa Tatatertib keatas mana-mana ahli PAS yang diadukankepadanya menurut Fasal 82(9).

    (e) Mendengar dan mempertimbangkan rayuantatatertib mengikut Fasal 83(2)Perlembagaan ini.

    (f) Memilih dan memuktamadkan calon-calonbagi Dewan Rakyat dan Dewan UndanganNegeri dengan syarat hendaklah pemilihandan keputusan mengenainya tertaklukkepada peraturan pemilihan calon yangditentukan oleh Majlis Syura Ulamak.

    (g) Membuat semua Aturan dan Peraturan

    berhubung dengan pentadbiran partitermasuk soal-soal mengenai pilihan rayadan soal-soal yang berbangkit mengikutFasal 84 dan 85 Perlembagaan ini.

    (h) Membentuk Jawatankuasa-jawatankuasaatau lajnah-lajnah yang diperlukan bagimenjalan dan melicinkan pentadbiran,

    gerakan dan kegiatan PAS serta melantik

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    41/185

    41

    ahli-ahlinya dan menyediakan peraturan-peraturannya.

    (i) Menyelaraskan kegiatan gerakan dan

    pentadbiran Badan-badan PerhubunganPAS Negeri/Wilayah Persekutuan danDewan-dewan yang ditubuhkan di bawahperuntukan Perlembagaan ini.

    (j) Menyelesaikan perselisihan yang berlakudalam parti, dan berkuasa menggantungdan membubarkan serta mengambil alihmana-mana Badan Perhubungan PASNegeri/Wilayah Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan denganmelantik satu Jawatankuasa Tadbirsementara yang akan mempunyai kuasasebagaimana sesebuah Jawatankuasayang diambil menurut Perlembagaan iniuntuk tempoh masa yang ditentukan.

    (k) Membuat pertimbangan untuk bekerjasamadengan pertubuhan-pertubuhan lain yangtidak bercanggah dengan dasar dan tujuanPAS dan membuat keputusan mengenainyasetelah dipersetujui oleh Majlis SyuraUlamak.

    (l) Memberhentikan, mengganti dan melantik

    baru mana-mana Ahli Jawatankuasa Kecilyang ditubuhkan di bawah Ceraian (9)(h)Fasal ini dari semasa ke semasatermasuklah membubarkan mana-manaJawatankuasa Kecil itu yang difikirkan tidakmustahak lagi. Mesyuarat JawatankuasaKerja PAS Pusat adalah berkuasa melantikmana-mana ahli PAS bagi memenuhi mana-

    mana kekosongan dalam Jawatankuasa

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    42/185

    42

    Kerja PAS Pusat sama ada keranaseseorang ahli itu berhenti, diberhentikan,meninggal dunia atau kerana ianya bercutiyang melebihi daripada 2 bulan.

    (m) Pada amnya menjalankan tugas danarahan-arahan oleh Presiden sertamelaksanakan apa saja usaha untukkemajuan parti akan keutuhan umat Islam.

    FASAL 27. Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Pusat

    (1) Menimbang sebarang permohonan menjadi ahliPAS, permohonan berhenti menjadi ahli PASdan permohonan ahli berpindah Kawasan.

    (2) Membuat sebarang keputusan untuk kelicinankerja-kerja pentadbiran Pejabat Agung danurusan-urusan biasa parti.

    (3) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan

    pelbagai pihak selagi tidak bertentangan dengandasar-dasar parti.

    (4) Menimbang sesuatu hal yang mustahak yangterpaksa disegerakan.

    (5) Melaksanakan sebarang tugas-tugas tertentuyang diperturunkan kuasanya oleh

    Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

    (6) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat olehjawatankuasa ini mengikut Ceraian (1), (2), (3)dan (4) Fasal ini hendaklah dimaklumkan dandisahkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    43/185

    43

    FASAL 28. Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan

    (1) Adapun Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan ituialah:

    (a) Seorang Yang Dipertua

    (b) Seorang Timbalan Yang Dipertua

    (c) Seorang Naib Yang Dipertua

    (d) Seorang Ketua UrusanUlamak

    (e) Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan

    (f) Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan.

    (g) Seorang Setiausaha

    (h) Tidak lebih tiga orang Penolong Setiausaha

    (i) Seorang Bendahari

    (j) Seorang Ketua Penerangan

    (k) Seorang Pengarah Pilihan Raya

    (l) Tidak lebih daripada dua puluh empat orangdan tidak kurang daripada dua belas orang

    Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa.

    (2) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua danNaib Yang Dipertua dan Ketua Urusan UlamakPAS Kawasan itu hendaklah dipilih dan dilantiktiap-tiap dua tahun sekali daripada ahli-ahli PASKawasan itu dalam Mesyuarat Agung Tahunanyang ada pemilihannya.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    44/185

    44

    (3) Dua orang daripada Ketua Dewan-dewan ituialah Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PASKawasan yang dipilih dan dilantik dalamMesyuarat Agung Dewan Pemuda dan Muslimat

    PAS Kawasan yang diadakan sebelumMesyuarat Agung PAS Kawasan itu.

    (4) Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha,Bendahari, Ketua Penerangan dan PengarahPilihan Raya PAS Kawasan hendaklah dilantikoleh Yang Dipertua PAS Kawasan di dalam dandengan persetujuan mesyuarat JawatankuasaKerja PAS Kawasan, dan akan memegangjawatan masing-masing sehingga dua kaliMesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan yangakan datang atau sehingga ia meletakkanjawatan atau dengan apa-apa jua sebab yangmenghalang bagi pemegang jawatan-jawatan itudari menjalankan tugas yang ditentukankepadanya.

    (5) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasanyang disebutkan dalam ceraian (1)(l) Fasal inihendaklah dua pertiga daripadanya dipilih dalamMesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan padatiap-tiap dua tahun sekali dan satu pertigadaripadanya dilantik oleh Yang Dipertua PASKawasan di dalam dan dengan persetujuanmesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan

    daripada ahli-ahli PAS dalam Kawasan itu, danmereka hendaklah memegang jawatan masing-masing sehingga dua kali Mesyuarat AgungTahunan PAS Kawasan yang akan datang atausehingga mereka meminta berhenti ataudiberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PASKawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    45/185

    45

    (6) (a) Tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Kerja PASKawasan yang disebutkan dalam ceraian(1) Fasal ini kecuali Ketua-ketua Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat PAS

    Kawasan, bolehlah meminta berhentidaripada jawatannya dengan bersurat danbolehlah ditimbang dan diluluskan dalammesyuarat Jawatankuasa Kerja PASKawasan. Kemudian Jawatankuasa KerjaPAS Kawasan itu bolehlah mengangkatpenggantinya daripada ahli PAS dalamkawasan itu.

    (b) Ketua-ketua Dewan bolehlah memintaberhenti daripada Jawatankuasa KerjaDewan-dewan PAS Kawasan itu, danmemberitahu keberhentiannya itu kepadaSetiausaha PAS Kawasan untukdimaklumkan kepada Jawatankuasa KerjaPAS Kawasan dalam mesyuarat ataudengan surat pekeliling, dan selama jawatan

    itu belum dipenuhkan, maka Timbalannyabolehlah menduduki tempat di dalamJawatankuasa Kerja PAS Kawasan danJawatankuasa Harian PAS Kawasan itu.

    (c) Setiausaha PAS Kawasan bolehlah memintaberhenti dengan menyatakan kehendak itudengan bersurat kepada Yang Dipertua PAS

    Kawasan itu sebelum tarikh yang ia hendakberhenti itu, Jawatankuasa Kerja PASKawasan bolehlah meluluskan permintaanitu.

    (d) Setiausaha PAS Kawasan yang dipecatsebagai ahli Perhubungan PAS Negerimengikut Fasal 40(16) Perlembagaan ini

    dengan sendirinya terlucut jawatan sebagai

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    46/185

    46

    Setiausaha PAS Kawasan, dan YangDipertua PAS Kawasan hendaklah melantikmana-mana ahli PAS dalam Kawasan itusebagai Setiausaha PAS Kawasan mengikut

    Ceraian (4) Fasal ini.

    (7) Jika sekiranya Yang Dipertua PAS Kawasan ituberhenti atau diberhentikan atau apa-apa juasebab yang menjadikan ia terhalang daripadadapat menunaikan tugasnya, maka TimbalanYang Dipertua PAS Kawasan itu hendaklahmenjalankan tugas dan kerja-kerjanya sehinggakepada Mesyuarat Agung Kawasan yang akandatang yang apa padanya pemilihan, jika kedua-duanya berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebabpun, maka Naib Yang Dipertuahendaklah dilantik memangku jawatan YangDipertua dan seorang dari Jawatankuasa KerjaPAS Kawasan hendaklah dilantik memangkujawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasandan seorang lagi dari Jawatankuasa Kerja PAS

    Kawasan hendaklah dilantik memangku jawatanNaib Yang Dipertua PAS Kawasan di dalam dandengan persetujuan mesyuarat JawatankuasaKerja PAS Kawasan sehingga ke mesyuaratAgung Kawasan yang akan datang yang adapemilihan. Dan di tempat mereka yang merekakosongkan bolehlah dilantik gantinya olehmesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan

    itu daripada mana-mana jua ahli PAS diKawasan itu.

    (8) Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yangterkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan(6) di atas, maka Jawatankuasa Kerja PASKawasan adalah berkuasa memberhentikan ataumenahan seseorang Ahli Jawatankuasa PAS

    Kawasan daripada menjalankan kerja-kerjanya

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    47/185

    47

    pada/atau dalam masa yang ditentukan. Akantetapi tidaklah boleh diberhentikan seseorangAhli Jawatankuasa Kerja itu melainkan denganpersetujuan sekurang-kurangnya satu perdua

    daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa KerjaPAS Kawasan itu.

    (9) Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan ituhendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekalidalam masa tiga bulan atau pada bila-bila masayang dikehendaki oleh Yang Dipertua PASKawasan itu, atau pada sebarang masa yangdikehendaki oleh satu pertiga daripada jumlahAhli-ahli Jawatankuasa itu yang meminta denganbersurat kepada Setiausaha PAS Kawasan itudan menyatakan sebab-sebabnya.

    (10) Satu pertiga daripada Ahli-ahli JawatankuasaKerja PAS Kawasan itu hadir adalah menjadicukup bilang bagi menjalankan mesyuaratnya.

    (11) Adapun seseorang Ahli Jawatankausa KerjaPAS Kawasan itu bolehlah dilucutkanjawatannya dengan persetujuan mesyuaratJawatankuasa Kerja jika gagal hadir mesyuaratsebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarangmakluman kepada Setiausaha PAS Kawasan.

    (12) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib

    Yang Dipertua, Ketua Urusan Ulamak, KetuaDewan Pemuda, Ketua Dewan Muslimat,Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha,Bendahari, Ketua Penerangan dan PengarahPilihan Raya PAS Kawasan adalah dengansendirinya menjadi Jawatankuasa Harian PASKawasan itu.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    48/185

    48

    (13) Tujuh orang dari jumlah Ahli-ahli JawatankuasaHarian itu hadir adalah menjadi cukup bilangbagi menjalankan mesyuaratnya.

    (14) Jawatankuasa ini hendaklah mengadakanmesyuaratnya seberapa banyak yang boleh danhendaklah tidak kurang daripada enam kalidalam setahun.

    (15) Yang Dipertua atau Timbalannya, jika YangDipertua itu berhalangan, hendaklahmempengerusikan mesyuarat-mesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Kawasan danJawatankuasa Harian PAS Kawasan itu. Jikasekiranya Yang Dipertua atau Timbalannyaberhalangan juga, maka hendaklah Naibnyamempengerusikan mesyuarat itu dan jikaNaibnya juga berhalangan maka hendaklahsalah seorang daripada ahli-ahli yang hadirdipilih menjadi pengerusi mesyuarat itu.

    FASAL 29. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PASKawasan

    (1) Yang Dipertua

    (a) Bertanggungjawab atas kesempurnaanperjalanan Parti dalam kawasannya.

    (b) Mengambil segala langkah yang perlu bagimenjaga dan memelihara perpaduan,persefahaman dan kesungguhan ahli-ahliJawatankuasa Kerja PAS Kawasan dalammenjalankan tugas dan melaksanakantugas, kegiatan dan pentadbiran PASKawasan.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    49/185

    49

    (c) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PASKawasan dan Jawatankuasa Harian PASKawasan.

    (2) Timbalan Yang Dipertua

    (a) Membantu tugas-tugas Yang Dipertua PASKawasan.

    (b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Kawasan, danJawatankuasa Harian PAS Kawasan apabilaYang Dipertua PAS Kawasan berhalanganatau tidak hadir.

    (c) Menggantikan Yang Dipertua PAS Kawasansebagai ahli Perhubungan PAS Negeri jikaYang Dipertua PAS Kawasan dipecatsebagai ahli Perhubungan PAS Negerimengikut Fasal 40(16) Perlembagaan ini.

    (3) Naib Yang Dipertua

    (a) Membantu tugas-tugas Yang Dipertua PASKawasan.

    (b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Kawasan, dan

    Jawatankuasa Harian PAS Kawasan apabilaYang Dipertua PAS Kawasan danTimbalannya berhalangan atau tidak hadir.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    50/185

    50

    (4) Ketua Urusan Ulamak

    (a) Bertanggungjawab menyatukan Ulamak-ulamak PAS dalam Kawasan itu serta

    Ulamak-ulamak yang belum menyertai PASsupaya menyertai PAS.

    (b) Membantu menyusun dan menyelaras apa-apa program dan kegiatan yang berkaitandengan tarbiyah, pengajian dan usrah disemua peringkat dalam kawasanberkenaan.

    (c) Membentuk Jawatankuasa Urusan UlamakPAS Kawasan serta melantik ahli-ahlinyadari kalangan ulamak ahli PAS dalamKawasan itu mengikut Fasal 30Perlembagaan ini di dalam dan denganpersetujuan Mesyuarat Jawatankuasa KerjaPAS Kawasan.

    (5) Setiausaha

    (a) Bertanggungjawab secara langsung kepadaYang Dipertua dan Jawatankuasa KerjaPAS Kawasan.

    (b) Bertanggungjawab atas kesempurnaanpentadbiran Pejabat PAS Kawasan dan

    kesempurnaan mesyuarat-mesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Kawasan,Jawatankuasa Harian dan Mesyuarat AgungTahunan dan/atau Khas Kawasan.

    (c) Melaporkan semua tindakan pentadbiranyang dilakukan kepada Yang Dipertua PASKawasan.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    51/185

    51

    (d) Menyediakan penyata-penyata atau laporan-laporan kemajuan PAS Kawasan kepadamesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan,Perhubungan PAS Negeri/Wilayah

    Persekutuan dan seterusnya Pejabat Agung.

    (e) Mengambil kakitangan Pejabat PASKawasan samada bergaji atau tidak denganpersetujuan Jawatankuasa Harian PASKawasan.

    (6) Penolong Setiausaha

    (a) Membantu tugas-tugas Setiausaha PASKawasan

    (b) Memangku jawatan Setiausaha ketikaketiadaan Setiausaha.

    (7) Bendahari

    (a) Bertanggungjawab atas kesempurnaanperjalanan kewangan PAS Kawasan.

    (b) Bertanggungjawab bagi menyediakanpenyata tahunan PAS Kawasan diperiksaoleh Pemeriksa Kira-kira, danmembentangkan penyata itu kepadaMesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan.

    (c) Menyediakan rancangan-rancangan untukmengukuhkan kedudukan kewangan PASKawasan.

    (8) Ketua Penerangan

    (a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan

    kegiatan dakwah dan penerangan Kawasan.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    52/185

    52

    (b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskanprogram dan kegiatan penerangan dalamKawasan.

    (c) Bertanggungjawab melaporkan kepadaYang Dipertua PAS Kawasan danJawatankuasa Kerja PAS Kawasan atassegala tindakan dan usaha yang dijalankanberhubung dengan kegiatan dakwah danpenerangan dalam Kawasan.

    (9) Pengarah Pilihan Raya

    (a) Bertanggungjawab atas kesempurnaanseluruh urusan pilihan raya PAS Kawasan.

    (b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskanaktiviti-aktiviti pilihan raya PAS Kawasan.

    (c) Bertanggungjawab melaporkan kepada

    Yang Dipertua PAS Kawasan danJawatankuasa Kerja PAS Kawasan atassegala usaha dan tindakan berhubungdengan kegiatan pilihan raya.

    (10) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja

    (a) Bertanggungjawab membantu menjalankan

    tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PASKawasan yang lain dan menjalankanarahan-arahan Yang Dipertua PASKawasan bagi meluas dan mengembangkanpengaruh PAS dalam kawasannya danmenubuhkan cawangan-cawangan sertamembimbingnya ke arah kemajuan.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    53/185

    53

    (b) Menggalakkan semua kegiatan parti dalamsemua bidang dan lapangan, termasukpemuda, muslimat dan soal-soalkemasyarakatan amnya.

    (c) Mengambil berat terhadap masalah-masalahditempatnya, dan jika perlu mengemukakanmasalah itu hingga ke peringkatPerhubungan PAS Negeri/WilayahPersekutuan.

    (d) Memberi sepenuh kerjasama kepada BadanPerhubungan PAS Negeri/WilayahPersekutuan untuk penyatuan tenaga, sikapdan tindakan dalam segenap bidang.

    (e) Membentuk Jawatankuasa-jawatankuasakecil atau lajnah-lajnah yang difikirkan perlu.

    (f) Memilih dan melantik ahli-ahli PAS bagimewakili PAS Kawasan ke dalam sebarang

    kumpulan atau jemaah mesyuarat ataumajlis-majlis perundingan dan perjumpaandalam Kawasan itu. MesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Kawasan jugaadalah berkuasa melantik daripada mana-mana ahli PAS dalam kawasan itu bagimemenuhi kekosongan mana-mana AhliJawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu,

    sama ada oleh kerana ianya diberhenti,diberhentikan, meninggal dunia atau bercutiyang melebihi daripada 2 bulan.

    (g) Mengangkat wakil ke Muktamar PAS yangdisebut dalam Fasal 18 Perlembagaan ini,jika wakil yang diangkat oleh MesyuaratAgung PAS Kawasan tidak lagi menjadi

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    54/185

    54

    wakil mengikut Fasal 19(7) Perlembagaanini.

    (h) Pada amnya menjalankan tugas dan

    arahan-arahan yang diarahkan oleh YangDipertua PAS Kawasan sertabertanggungjawab bagi menjalankan usaha-usaha politik dan hal ehwal kawasannyasesuai dengan kehendak dan dasar PAS.

    (11) Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PASKawasan

    (a) Membuat sebarang keputusan untukkelicinan dan kelancaran kerja-kerja danpentadbiran Pejabat PAS Kawasan danurusan-urusan biasa parti di Kawasan.

    (b) Menimbangkan sesuatu hal yang mustahakdan terpaksa disegerakan.

    (c) Mengadakan hubungan dan diplomasidengan mana-mana pihak di peringkatKawasan selagi tidak bertentangan dengandasar-dasar parti.

    (d) Melaksanakan tugas-tugas yangdiperturunkan kepadanya olehJawatankuasa Kerja PAS Kawasan dari

    masa ke semasa.

    (e) Semua keputusan dan tindakan yang dibuatoleh jawatankuasa ini mengikut pecahan (a),(b) dan (c) Ceraian ini hendaklah dimaklumdan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja PASKawasan.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    55/185

    55

    FASAL 30. Jawatankuasa Urusan Ulamak PAS Kawasan

    (1) Bagi memajukan dan mempergiatkan lagiperjalanan dan pergerakan parti serta

    menyatukan 'Ulamak-'ulamak PAS dalamsesebuah Kawasan, maka Jawatankuasa KerjaPAS Kawasan hendaklah membentuk danmenubuhkan sebuah Jawatankuasa Urusan'Ulamak PAS Kawasan yang terdiri daripada:

    (a) Seorang Ketua

    (b) Seorang Naib Ketua

    (c) Seorang Setiausaha

    (d) Seorang Bendahari

    (e) Tidak lebih daripada tujuh orang AhliJawatankuasa Biasa.

    (2) Ahli-ahli Jawatankuasa Urusan Ulamak PASKawasan itu hendaklah dilantik daripadakalangan ulamak ahli PAS dalam Kawasan ituoleh Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan didalam dan dengan persetujuan mana-manamesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasanselepas Mesyuarat Agung PAS Kawasan yangada pemilihan, dan hendaklah memegang

    jawatan masing-masing selama dua tahun atausehingga Mesyuarat Agung Tahunan PASKawasan itu yang ada pemilihan atau sehinggaia meminta berhenti atau, diberhentikan denganapa-apa jua sebab sekalipun.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    56/185

    56

    (3) Jawatankuasa ini hendaklah menyediakansebuah buku daftar ahli yang dicatatkan didalamnya nama, nombor kad pengenalan,pekerjaan, kelulusan pengajian dan nombor sijil

    PAS ulamak-ulamak dalam Kawasan itu.

    (4) Jawatankuasa ini bolehlah menjalankankegiatannya masing-masing dengan syarat tidakberlawanan dengan dasar dan kehendak-kehendak Perlembagaan PAS dan tidakbercanggah dengan undang-undang negara,serta mendapat persetujuan daripadaJawatankuasa Kerja PAS Kawasan.

    (5) Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan dan tidaklebih dari tiga orang Ulamak yang dilantik olehmesyuarat Jawatankuasa ini adalah menjadi ahlikepada Muktamar Tahunan/Khas DewanUlamak PAS Negeri dan/atau Pusat.

    (6) Enam orang yang hadir daripada Jawatankuasa-

    Jawatankuasa ini adalah menjadi cukup bilangbagi menjalankan mesyuaratnya masing-masing.

    (7) Ketua, atau Naibnya jika Ketua Jawatankuasa iniberhalangan hendaklah mempengerusikansemua mesyuaratnya.

    FASAL 31. Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan

    (1) Adapun Jawatankuasa Kerja bagi sesebuahcawangan PAS itu ialah:

    (a) Seorang Ketua

    (b) Seorang Naib Ketua

    (c) Seorang Setiausaha

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    57/185

    57

    (d) Seorang Bendahari

    (e) Seorang Ketua Penerangan

    (f) Seorang Ketua Jawatankuasa Pemuda

    (g) Seorang Ketua Jawatankuasa Muslimat

    (h) Tidak lebih daripada dua belas orang dantidak kurang daripada enam orang AhliJawatankuasa Biasa PAS Cawangan.

    (2) Ketua, Naib Ketua, Ketua-Ketua JawatankuasaPemuda dan Muslimat PAS Cawangan, sertadua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Kerjaseperti yang disebutkan dalam Ceraian (1)(h)Fasal ini hendaklah dipilih dalam mesyuaratagung tahunan daripada ahli-ahli PAS dalamCawangan itu, dan akan memegang jawatanmasing-masing selama dua tahun atau sehingga

    mereka meminta berhenti atau diberhentikanoleh Jawatankuasa Kerja PAS Cawangandengan apa-apa sebab sekalipun.

    (3) Dengan tidak terikat kepada ceraian (2) Fasalini, sekiranya Mesyuarat Agung Tahunan PASmana-mana cawangan gagal melantik KetuaJawatankuasa Pemuda atau Muslimat di atasapa-apa sebab sekalipun, maka JawatankuasaKerja PAS Cawangan itu adalah berkuasamelantik Ketua Jawatankuasa Kerja Pemudaatau Muslimatnya daripada ahli-ahli PemudaPAS atau Muslimat PAS dalam Cawangan itupada bila-bila masa di dalam dan denganpersetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja itu.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    58/185

    58

    (4) Setiausaha, Bendahari dan Ketua Peneranganserta satu pertiga daripada Ahli-ahliJawatankuasa Kerja yang disebutkan dalamCeraian (1)(h) di atas hendaklah dilantik oleh

    Ketua Cawangan di dalam dan denganpersetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PASCawangan daripada ahli-ahli PAS dalamCawangan itu.

    (5) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Cawanganyang dilantik itu hendaklah memegang jawatanmasing-masing selama dua tahun atau sehinggaMesyuarat Agung Tahunan yang ada pemilihanatau sehingga ia meletakkan jawatan ataudiberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PASCawangan dengan apa-apa sebab sekalipun.

    (6) Jika Ketua Cawangan itu berhenti ataudiberhentikan, maka Naibnya hendaklahmemangku jawatan itu dan untuk mengisikekosongan pada jawatannya itu boleh diangkatseorang daripada Ahli Jawatankuasa KerjaCawangan itu sebagai pemangku Naib Ketuadan akan memegang jawatan itu sehingga keMesyuarat Agung Tahunan Cawangan yang adapemilihan.

    (7) Seseorang Jawatankuasa Kerja PAS Cawanganbolehlah meminta berhenti daripada

    Jawatankuasa itu dengan menyatakankehendaknya dengan bersurat kepadaSetiausaha PAS Cawangan itu, danpermintaannya itu bolehlah diluluskan di dalammesyuarat Jawatankuasa PAS Cawangan. Danmesyuarat itu kemudiannya bolehlahmengangkat penggantinya daripada ahli-ahliPAS dalam Cawangan itu.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    59/185

    59

    (8) Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan hendaklahmengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnyatiga bulan sekali atau pada bila-bila masa yangdikehendaki oleh Ketua Cawangan atau dengan

    kehendak satu pertiga daripada AhliJawatankuasa Kerja PAS Cawangan itu.

    (9) Satu pertiga daripada jumlah Ahli JawatankuasaKerja PAS Cawangan itu hadir adalah menjadicukup bilang bagi menjalankan mesyuaratnya.

    (10) Adapun seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja

    PAS Cawangan itu bolehlah dilucutkanjawatannya dengan persetujuan mesyuaratJawatankuasa Kerja jika gagal hadir mesyuaratsebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarangmakluman kepada Setiausaha PAS Cawangan.

    (11) Ketua PAS Cawangan atau jika dia berhalangan,maka Naibnya hendaklah menjadi pengerusimesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PASCawangan.

    FASAL 32. Jawatankuasa Kerja Pemuda dan MuslimatPAS Cawangan

    (1) Bagi memajukan dan mempergiatkan lagiperjalanan dan pergerakan parti dalam bidang-bidang kepemudaan dan kewanitaan, makaJawatankuasa Kerja PAS Cawangan hendaklahmembentuk dan menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Pemuda dan Muslimat PASCawangan yang terdiri daripada:

    (a) Seorang Ketua

    (b) Seorang Naib Ketua

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    60/185

    60

    (c) Seorang Setiausaha

    (d) Seorang Bendahari

    (e) Tidak lebih daripada enam orang AhliJawatankuasa Biasa.

    (2) (a) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PASCawangan itu hendaklah dilantik daripadakalangan pemuda-pemuda ahli PAS dalamCawangan itu yang berumur 40 tahun kebawah oleh Ketua Jawatankuasa Kerja

    Pemuda PAS Cawangan di dalam dandengan persetujuan mana-mana mesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Cawanganselepas Mesyuarat Agung PAS Cawanganyang ada pemilihan, dan hendaklahmemegang jawatan masing-masing selamadua tahun atau sehingga Mesyuarat AgungTahunan PAS Cawangan itu yang adapemilihan atau sehingga ia memintaberhenti atau diberhentikan olehJawatankuasa Kerjanya dengan apa-apa juasebab sekalipun.

    (b) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Muslimat PASCawangan itu hendaklah dilantik daripadakalangan muslimat-muslimat ahli PAS dalamCawangan itu oleh Ketua Jawatankuasa

    Kerja Muslimat PAS Cawangan di dalamdan dengan persetujuan mana-manamesyuarat Jawatankuasa Kerja PASCawangan selepas Mesyuarat Agung PASCawangan yang ada pemilihan, danhendaklah memegang jawatan masing-masing selama dua tahun atau sehinggaMesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan

    itu yang ada pemilihan atau sehingga ia

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    61/185

    61

    meminta berhenti atau diberhentikan olehJawatankuasa Kerjanya dengan apa-apa juasebab sekalipun.

    (3) Jawatankuasa-jawatankuasa ini hendaklahmenyediakan sebuah buku daftar ahli yangdicatatkan di dalamnya nama, nombor kadpengenalan, umur (bagi pemuda), pekerjaan dannombor sijil PAS pemuda-pemuda dan muslimatdalam Cawangan itu.

    (4) Jawatankuasa-Jawatankuasa ini bolehlah

    menjalankan kegiatannya masing-masingdengan syarat tidak berlawanan dengan dasardan kehendak-kehendak Perlembagaan PASdan tidak bercanggah dengan undang-undangnegara, serta mendapat persetujuan daripadaJawatankuasa Kerja PAS Cawangan.

    (5) Ketua dan Setiausaha Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja Pemuda dan Muslimat PASCawangan dan tidak lebih dari lima orang ahliPemuda atau Muslimat yang dilantik olehmesyuarat Jawatankuasa Kerjanya masing-masing adalah menjadi ahli kepada MesyuaratAgung Tahunan/Khas Dewan-Dewan Pemudadan Muslimat Kawasan.

    (6) Lima orang yang hadir daripada Jawatankuasa-

    Jawatankuasa ini adalah menjadi cukup bilangbagi menjalankan mesyuaratnya masing-masing.

    (7) Ketua, atau Naibnya jika Ketua Jawatankuasa-Jawatankuasa ini berhalangan hendaklahmempengerusikan semua mesyuarat-mesyuaratnya masing-masing.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    62/185

    62

    FASAL 33. Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PASCawangan

    (1) Berikhtiar dengan seluas-luasnya

    mengembangkan pengaruh dan membanyakkanahli-ahli PAS dalam Cawangannya.

    (2) Menjalankan tugas seperti yang diarahkan olehPAS dari masa ke semasa.

    (3) Menyelaras dan membimbing kegiatan-kegiatanpemuda dan muslimat di cawangannya.

    (4) Pada amnya adalah bertanggungjawab bagimenjalankan pentadbiran cawangan denganbaik dan memajukan parti dalam lingkungancawangannya.

    (5) Mengangkat wakil-wakil ke Mesyuarat AgungTahunan/Khas PAS Kawasan jika wakil yang

    diangkat oleh Mesyuarat Agung PAS Cawangantidak lagi menjadi wakil mengikut Fasal 19(7)Perlembagaan ini.

    FASAL 34. Notis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

    (1) Satu notis hendaklah dihantar oleh Setiausahaatau Penolong Setiausaha ketika ketiadaannya

    dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarathendak dijalankan oleh mana-manaJawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harianyang disebut dalam Fasal 25, 28 dan 31Perlembagaan ini.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    63/185

    63

    (2) Satu notis hendaklah dihantar oleh Setiausahaatau Penolong Setiausaha ketika ketiadaannyabagi Dewan-dewan Ulamak, Pemuda danMuslimat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh

    mesyuarat hendak dijalankan oleh mana-manaJawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa HarianDewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimatyang disebut dalam Fasal 45, 49, 53, 57, 61, 65,69 dan 73 Perlembagaan ini.

    (3) Satu notis hendaklah dihantar oleh Setiausahaatau Penolong Setiausaha Perhubungan PASNegeri ketika ketiadaannya dalam tempoh 14hari daripada tarikh mesyuarat hendakdijalankan oleh mana-mana Badan PerhubunganPAS Negeri dan Jawatankuasa HarianPerhubungan Negeri yang disebut dalam Fasal40 Perlembagaan ini.

    (4) Dengan mengabaikan Ceraian (1), (2) dan (3)Fasal ini, mana-mana mesyuarat khasJawatankuasa Kerja yang disebut dalamCeraian-ceraian di atas bolehlah diadakan padabila-bila yang dikehendaki oleh Presiden atauPesuruhjaya PAS Negeri atau Yang DipertuaPAS Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atauKetua Dewan-dewan berkenaan. SetiausahaAgung atau Setiausaha yang berkenaanhendaklah mengeluarkan notis mesyuarat pada

    bila-bila masa yang sesuai dengan apa-apa carayang difikirkan munasabah untuk menyampaikannotis tersebut.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    64/185

    64

    BAB YANG KELAPANPEJABAT-PEJABAT PAS

    FASAL 35. Pejabat Setiausaha Agung

    (1) Pejabat Setiausaha Agung ialah di PejabatAgung PAS sebagaimana yang disebutkandalam Fasal 2 Perlembagaan ini.

    (2) Dengan tidak terhalang oleh Fasal 2 itu, makaPejabat Agung PAS bolehlah ditempatkan dimana jua tempat dalam negara ini yang

    dipersetujui oleh Presiden di dalam mesyuaratJawatankuasa Kerja PAS Pusat ataupun denganapa-apa cara jua dipersetujui oleh Presiden danJawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan syaratmendapat kelulusan daripada PendaftarPertubuhan terlebih dahulu.

    FASAL 36. Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri

    (1) Pejabat Perhubungan PAS Negeri itu ialahPejabat Setiausaha Perhubungan PASNegeri/Wilayah Persekutuan.

    (2) Pejabat itu boleh ditempatkan di mana-mana juadalam negeri/Wilayah Persekutuan itu mengikutarahan Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah

    Persekutuan dengan persetujuan JawatankuasaHarian Perhubungan PAS Negeri/WilayahPersekutuan itu.

    FASAL 37. Pejabat Setiausaha Kawasan

    (1) Adapun Pejabat bagi satu-satu Kawasan PAS ituialah Pejabat Setiausahanya.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    65/185

    65

    (2) Pejabat Setiausaha Kawasan itu bolehditempatkan di mana-mana pun di dalamkawasannya yang dipersetujui oleh YangDipertua Kawasan itu dalam mesyuarat

    Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.

    FASAL 38. Pejabat Setiausaha Cawangan

    (1) Pejabat bagi satu-satu cawangan PAS itu ialahPejabat Setiausahanya.

    (2) Pejabat itu boleh ditempatkan di mana-mana jua

    tempat yang dipersetujui oleh JawatankuasaKerja PAS Cawangan itu di dalam KawasanCawangannya.

    FASAL 39. Pejabat Dewan-Dewan

    (1) Pejabat Dewan-dewan Ulamak, Pemuda danMuslimat PAS Pusat itu ialah di Pejabat Agung

    PAS atau di mana-mana juga tempat dalamnegara ini yang ditetapkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Dewan-dewan itu.

    (2) Pejabat Dewan-dewan Ulamak, Pemuda danMuslimat PAS Negeri-negeri ialah di PejabatPerhubungan PAS Negeri atau di mana-manajuga tempat dalam negeri itu yang dipersetujui

    oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan-Dewan Ulamak, Pemuda dan MuslimatNegeri/Wilayah Persekutuan.

    (3) Pejabat bagi Dewan-dewan Pemuda danMuslimat PAS Kawasan ialah di PejabatSetiausaha PAS Kawasan-kawasan, atau dimana-mana jua tempat yang dipersetujui oleh

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    66/185

    66

    Jawatankuasa Kerja Dewan-dewan itu di dalamkawasannya masing-masing.

    (4) Pejabat Jawatankuasa Urusan Ulamak PAS

    Kawasan ialah di Pejabat Setiausaha PASKawasan atau di mana-mana jua tempat yangdipersetujui oleh Jawatankuasa Urusan UlamakPAS Kawasan.

    (5) Pejabat Jawatankuasa-jawatankuasa Pemudadan Muslimat PAS Cawangan ialah di PejabatSetiausaha PAS Cawangan atau di mana-mana

    jua tempat yang dipersetujui oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Pemuda dan Muslimat PASCawangan di dalam lingkungan Cawangan itu.

    BAB YANG KESEMBILANPERHUBUNGAN PAS NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN

    FASAL 40. Perhubungan PAS Negeri/WilayahPersekutuan

    (1) Di dalam bab ini perkataan Perhubungan PASNegeri adalah dikira telah termasukPerhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

    (2) Pada tiap-tiap negeri hendaklah ditubuhkan

    sebuah badan yang dinamakan PerhubunganPAS Negeri dan Perhubungan PAS WilayahPersekutuan bagi Wilayah Persekutuan.

    (3) Adapun ahli-ahli bagi Perhubungan PAS Negeriitu ialah:

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    67/185

    67

    (a) Seorang Pesuruhjaya

    (b) Tidak lebih daripada tiga orang TimbalanPesuruhjaya.

    (c) Seorang Setiausaha

    (d) Tidak lebih daripada tiga orang PenolongSetiausaha

    (e) Seorang Bendahari

    (f) Seorang Ketua Penerangan

    (g) Seorang Pengarah Pilihan Raya

    (h) Ketua dan Setiausaha Dewan Ulamak PASNegeri

    (i) Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda PASNegeri

    (j) Ketua dan Setiausaha Dewan Muslimat PASNegeri

    (k) Yang Dipertua-Yang Dipertua PAS Kawasan

    (l) Setiausaha-setiausaha PAS Kawasan

    (m) Tidak lebih daripada tujuh orang ahli yangdilantik

    (4) Presiden hendaklah melantik seorang daripadaahli PAS untuk menjadi Pesuruhjaya PAS Negeribagi tiap-tiap negeri di dalam dan denganpersetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PASPusat, dan mereka adalah dengan sendirinya

    menjadi wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    68/185

    68

    Adapun Pesuruhjaya PAS Negeri itu akanmemegang jawatannya selama dua tahun atausehingga kepada Muktamar Tahunan PAS yangada pemilihan dan boleh berhenti dan

    diberhentikan dengan apa-apa jua sebabsekalipun.

    (5) Pesuruhjaya PAS Negeri di dalam dan denganpersetujuan mesyuarat Perhubungan PASNegeri hendaklah melantik Timbalan-timbalannya, Setiausaha, Penolong-penolongSetiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan,Pengarah Pilihan Raya dan tujuh orang AhliPerhubungan PAS Negeri menurut Ceraian(3)(b), (c), (d), (e), (f), (g) dan (m) dalam Fasal inidaripada ahli-ahli PAS dalam negeri itu.

    (6) Pesuruhjaya dengan persetujuan mesyuaratPerhubungan PAS Negeri bolehlahmemberhentikan Timbalan-timbalannya,Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha,

    Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah PilihanRaya dan Ahli Perhubungan PAS Negeri yangdisebut dalam Ceraian (3)(m) Fasal ini danberkuasa untuk melantik penggantinya menurutcara ceraian (5) Fasal ini.

    (7) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat padabila-bila masa mengikut timbangannya berkuasa

    membubar, menggantung dan mengambilalihpentadbiran Perhubungan PAS Negeri itu, danpada ketika itu Pesuruhjaya PAS Negerisahajalah yang berkuasa menjalankan tugas-tugas Perhubungan PAS Negeri denganpanduan terus daripada Jawatankuasa KerjaPAS Pusat.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    69/185

    69

    (8) Perhubungan PAS Negeri-negeri hendaklahmenubuhkan Jawatankuasa Hariannya bagimenjalankan tugas-tugas biasa danmenyelesaikan perkara-perkara yang perlu

    disegerakan demi untuk kelancaran dankelicinan pentadbiran dan perjalananPerhubungan PAS Negeri itu.

    (9) Adapun anggota-anggota bagi JawatankuasaHarian PAS Negeri-negeri itu hendaklah terdiridaripada:

    (a) Pesuruhjaya

    (b) Timbalan-timbalan Pesuruhjaya

    (c) Setiausaha

    (d) Bendahari

    (e) Ketua Penerangan

    (f) Pengarah Pilihan Raya

    (g) Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri

    (h) Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri

    (i) Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri

    (10) Sekiranya Setiausaha Perhubunganberkeuzuran dan tidak dapat menghadirimesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Negeri,maka mana-mana seorang Penolong SetiausahaPerhubungan PAS Negeri bolehlah diwakilkansecara bersurat dan hadir dalam mesyuarattersebut.

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    70/185

    70

    (11) Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri ituhendaklah diadakan sekurang-kurangnya tigabulan sekali, dan seboleh-bolehnya sebelumsidang Dewan Undangan Negeri di negeri itu

    atau pada bila-bila masa yang dikehendaki olehPesuruhjaya atau dengan permintaan bersuratdaripada tidak kurang dari satu pertiga darijumlah ahli-ahli Perhubungan PAS Negeri itu.

    (12) Jika Yang Dipertua dan Setiausaha satu-satuKawasan PAS itu berhalangan untuk hadirdalam mana-mana mesyuarat PerhubunganPAS Negeri atau dengan sebab-sebab yang lain,

    maka Timbalan Yang Dipertua dan PenolongSetiausaha PAS Kawasan dengan suratmewakilkannya daripada Yang Dipertua danSetiausaha Kawasan itu bolehlah hadir,bersuara dan mengundi di dalam mana-manamesyuarat Perhubungan PAS Negeri itu.

    (13) Jawatankuasa Harian PAS Negeri itu hendaklah

    mengadakan mesyuaratnya seberapa banyakyang boleh dan hendaklah tidak kurang darienam kali dalam setahun.

    (14) Satu perdua daripada Ahli Perhubungan bagimesyuarat Perhubungan PAS Negeri dan satuperdua daripada Ahli Jawatankuasa Harian PASNegeri bagi mesyuarat Jawatankuasa Harian

    PAS Negeri yang hadir adalah menjadi cukupbilang bagi menjalankan kedua-dua mesyuaratitu.

    (15) Adapun seseorang Ahli Perhubungan PASNegeri itu bolehlah dilucutkan jawatannyadengan persetujuan mesyuarat PerhubunganPAS Negeri jika gagal hadir mesyuarat sebanyak

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    71/185

    71

    tiga kali berturut-turut tanpa sebarang maklumankepada Setiausaha Perhubungan PAS Negeri.

    (16) Adapun Ketua-ketua dan Setiausaha-setiausaha

    Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PASNegeri, serta Yang Dipertua dan SetiausahaPAS Kawasan yang disebut dalam Ceraian(3)(h), (i), (j), (k) dan (l) Fasal ini bolehlahdiberhentikan jawatannya sebagai AhliPerhubungan PAS Negeri di dalam dan denganpersetujuan mesyuarat Perhubungan PASNegeri jika gagal hadir mesyuarat PerhubunganPAS Negeri sebanyak tiga kali berturut-turut

    tanpa sebarang makluman kepada SetiausahaPerhubungan PAS Negeri.

    (17) Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda danMuslimat PAS Negeri serta Yang Dipertua PASKawasan yang dilucutkan jawatannya olehPerhubungan PAS Negeri mengikut Fasal 40(16)tidaklah terlucut jawatan di peringkat Dewan-

    dewan dan Kawasan masing-masing. Timbalan-timbalan Ketua Dewan Ulamak, Pemuda danMuslimat PAS Negeri serta Timbalan YangDipertua PAS Kawasan berkenaan dengansendirinya menjadi Ahli Perhubungan PASNegeri menggantikan Ketua-ketua DewanUlamak, Pemuda dan Muslimat PAS Negeri,serta Yang Dipertua PAS Kawasan yang

    diberhentikan jawatannya.

    (18) Kecuali pemegang jawatan yang disebut dalamCeraian (17) Fasal ini, adapun pemegangjawatan yang dilucutkan jawatannya mengikutFasal 40(16) dengan sendirinya terlucut jawatandi Dewan-dewan Ulamak, Pemuda danMuslimat PAS Negeri serta PAS Kawasan

    berkenaan. Ketua-ketua Dewan Ulamak,

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    72/185

    72

    Pemuda dan Muslimat PAS Negeri hendaklahmelantik seorang Setiausaha Dewan baru darikalangan mana-mana ahli Dewan berkenaan,manakala Yang Dipertua PAS Kawasan

    hendaklah melantik seorang Setiausaha PASKawasan dari kalangan ahli PAS dalamKawasan berkenaan untuk menggantikanSetiausaha yang dilucutkan jawatannya olehPerhubungan PAS Negeri.

    (19) Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda danMuslimat PAS Negeri yang dilucutkanjawatannya sebagai Ahli Perhubungan PAS

    Negeri mengikut Ceraian (16) Fasal ini dengansendirinya terlucut jawatan sebagai AhliJawatankuasa Harian PAS Negeri yang disebutdalam Ceraian (9)(g), (h) dan (i) Fasal ini.Tempat mereka dalam Jawatankuasa HarianPAS Negeri akan digantikan oleh Timbalanmasing-masing.

    (20) Pengerusi bagi mesyuarat Perhubungan danJawatankuasa Harian PAS Negeri itu ialahPesuruhjaya PAS Negeri, dan jika iaberhalangan atau apa-apa jua sebab yang iatidak dapat hadir dalam mesyuarat-mesyuarattersebut, maka salah seorang daripadaTimbalan-timbalannya hendaklahmempengerusikan mesyuarat-mesyuarat

    tersebut.

    (21) Jika Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda danMuslimat PAS Negeri itu berhalangan atau apa-apa jua sebab yang tidak dapat hadir dalammana-mana mesyuarat Perhubungan atauJawatankuasa Harian PAS Negeri, makaTimbalan Ketua masing-masing bolehlah diwakili

  • 7/25/2019 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

    73/185

    73

    secara bersurat untuk hadir, bersuara danmengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat itu.

    FASAL 41. Tugas-tugas Perhubungan PAS Negeri

    (1) Pesuruhjaya

    (a) Bertanggungjawab sebagai wakilJawatankuasa Kerja PAS Pusat yangmengetuai kesempurnaan perjalananpentadbiran, gerakan dan kegiatan PASdalam negerinya.

    (b) Mengambil segala langkah yang perlu bagimenjaga dan memelihara perpaduanpersefahaman dan kesungguhan Ahli-ahliPerhubungan PAS Negeri dalammenjalankan tugas masing-masing.

    (c) Melantik Timbalan-timbalan Pesuruhjaya,Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha,

    Bendahari, Ketua Penerangan, PengarahPilihan Raya dan Ahli Perhubungan PASNegeri di dalam dan dengan persetujuan