ajaran akidah wahhabiyyah : satu pengamatan awal
TRANSCRIPT
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
AJARAN AKIDAH WAHHABIYYAH : SATU
PENGAMATAN AWAL DALAM KONTEKS FAHAM ILMU AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
(ASWJ)1
Oleh :
Prof. Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady2
Dalam nota ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan dengan
ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab khususnya yang menyentuh konsep tauhid dan
syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga
beberapa fakta sejarah. Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut
mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta
yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang primer dan juga teks-teks yang
muktabar. Kemudian implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan berdasarkan
kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya dan kemungkinan-kemungkinan
yang boleh timbul akibat daripada perkembangan pendekatan itu.
Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, iaitu Muhammad bin
Abdul Wahhab. Imam Muhammad Abu Zahrah3 di dalam kitabnya Tarikh al-Madhahib al-
Islamiyyah ada mengatakan beberapa perkara utama berkaitan dengannya. Aliran
Wahhabiyyah ini muncul dalam negeri Arab, iaitu di kawasan padang pasir. Aliran ini timbul
akibat daripada keadaan masyarakat pada waktu itu yang terlampau memuliakan peribadi-
peribadi dan mengambil berkat daripada mereka (menurut pandangan Wahhabiyy). Mereka
pada waktu itu berdamping dengan Allah dengan cara melawat kubur, banyak melakukan
perkara-perkara bid’ah iaitu yang bukan daripada agama (laisat min al-din). Wahhabiyyah
muncul pada waktu itu bertujuan untuk memerangi perkara-perkara tersebut, lalu dihidupkan
mazhab atau aliran pemikiran yang dicetuskan oleh Ibn Taimiyyah.
Muhammad bin Abdul Wahhab meninggal dunia pada tahun 1787. Ketika hidupnya,
beliau banyak mempelajari teks-teks tulisan Ibn Taimiyyah walaupun pada zamannya ajaran
1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam usrah bulanan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 8 Disember 2009 di Cyberjaya. 2 Beliau ialah Fellow Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), UIAM. 3 Diterbitkan oleh Dar al-Fikri al-‘Arabi, h.212ff
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
dan pemikiran Ibn Taimiyyah tidak terkenal dan tidak
disebarkan dengan meluas. Dalam zaman Sultan Salim III (1204 - 1222), antara fitnah-fitnah
yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan Muhammad bin Abdul
Wahhab di Hijjaz, mereka mengambil al-Haramain dari pemerintahan Uthmaniyyah dan
menghalang orang menunaikan haji yang datang dari Syam, Mesir dan sebagainya. Dalam
buku yang berkaitan dengan ulama`-ulama` mazhab Hanbali karangan Syeikh Muhammad
bin Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Makkah (meninggal pada tahun 1295H) yang
berjudul al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara`ih al-Hanabilah4 disebutkan bahawa “…‘Abd al-
Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah bapa kepada Muhammad, penggerak dakwah (sahib
al-dakwah) yang tersebar keburukannya di bumi (intasyara shararuha fil afaq), tetapi ada
kelainan di antara mereka berdua, walau bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan
dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu dan diberitahu kepada saya (kata pengarang
al-Suhub al-Wabilah) oleh orang semasa dengan Muhammad bin Abdul Wahhab bahawa
bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk
menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu. Demikian pula
anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad bin Abdul Wahhab tidak bersetuju dengannya
dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan
menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis; dan (Muhammad bin Abdul Wahhab) tidak
memandang kepada pendapat ulama` (yang dahulu atau yang kemudian), siapa juga
orangnya selain daripada Syeikh Taqiyyuddin Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Al-Qayyim,
beliau memandang pendapat kedua-dua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta`wil..”5
Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara
golongan Wahhabiyy dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib bin Abu Sa’id yang dilantik oleh Sultan
Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijjaz. Sebelum itu pihak
Wahhabiyy mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan orang Arab dalam
kawasan mereka. Mereka membunuh muslimin dalam proses itu, menghalalkan mengambil
harta mereka dan menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan ajaran Muhammad
bin Abdul Wahhab yang berasal dari Bani Tamim. Dalam Tarikh Najdin, disebut bahawa
golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan ‘Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu
syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang mati.
Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia zaman kita bukan
menyembah malaikat dan ‘Isa, tetapi menyembah manusia).
4 Maktabah Al-Imam Ahmad, 1989, h.275 5 Ibid, h.275
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum
Muslimin adalah kafir, musyrik dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal atau lebih sesat
lagi daripada itu. Kata beliau : “Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh
syaitan dan syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap
Allah dan ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang soleh dan
membesar-besarkan mereka. Sesungguhnya orang-orang (muslimin yang menjadi) musyrikin
zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah S.A.W. Maka tidak
terselindung lagi daripada anda bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah
berhala.”6 Kalau itu dikaitkan dengan hadis yang menyebut manusia akhirnya menyembah
berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi
atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin
halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka
itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya`
dan meminta keberkatan daripada mereka atau bertawassul dengan mereka. Perkara ini
terdapat dalam hadis Sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekalian mereka yang
beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu.7
Dalam hubungan dengan kerajaan Uthmaniyyah, apabila wakil kerajaan Uthmaniyyah
hendak meminta perjanjian perdamaian (al-Hudnah wa al-Sulh) maka dijawab dalam surat
kepada rombongan itu seperti berikut : “Ada dalam surat (yang berkenaan itu) Adapun
berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam itu perkara yang tidak mungkin,
dengan daya dan upaya Allah dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta
dari kami kali demi kali. Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga
puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu dan kami tidak memberi
jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka sesungguhnya kalau anda menerima
Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan,
sebagaimana yang difirmankan Allah Ta’ala : “Maka kalau mereka berpaling maka mereka
berada dalam permusuhan (dengan kamu) maka memadailah Allah untuk kamu, Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.” – Surah Al-Baqarah : 1378
6 Husain Ibn Ghannam, Tarikh Najdin, ed. Dr. Nasir al-Din al-Asad, 1985, Dar al-Syarq, h.243 -244 7 “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan angin dari Yaman yang lebih lembut daripada sutera, maka (semua akan mati dan) tidak meninggalkan seorangpun yang ada dalam kalbunya iman sebesar biji sawi, melainkan dimatikannya orang itu.” Huraiannya lihat Imam al-Nawawi, Syarh Muslim, j.2, h.132. Manusia yang ada selepas inilah yang menyembah berhala itu, bukan sebagaimana yang ditafsirkan oleh golongan Wahhabiyyah itu. 8 Ibn Bishr, ‘Unwan al-Majdi, j.1, h.323 hamish.
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
Berlakulah penentangan terhadap ‘Uthmaniyyah itu, sehingga akhirnya dengan
mereka menolong British dan Perancis, jatuhlah kerajaan itu, walaupun itu bukan satu-
satunya faktor kejatuhan tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada
kejatuhan itu. Tidak ada mazhab fiqh dalam Ahli Sunnah yang mengizinkan ulil amri itu
disanggahi sedemikian.9 Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah10 bahawa mereka
mengangkat pedang dan berperang itu bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid’ah
(li iqamatissunnah wa imatati al-bid’ah). Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah
tentang mereka memperluas-luaskan bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti
pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid’ah, kerana terlalu amat sangat
penentangan mereka itu terhadapnya, mereka mengatakan bahawa orang yang menghisap
rokok itu seolah-olah musyrikin.11
Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami
adalah benar tidak mungkin tersilap, pegangan anda tersilap tidak mungkin benar (anna
ulama` al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara`ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata` wa fi ara`
ghairihim al-khata` alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum minal wathaniyyah wa hum fi
hadha yuqaribunanal-khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum
kama dhakarna…)12 Adapun ulama` Wahhabiyy itu memfardhukan bahawa pendirian mereka
adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan dan pendirian yang lain daripada mereka
adalah salah, tak mungkin diterima betulnya. Ini berlawanan dengan dasar Ahli Sunnah yang
mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami
tidak benar, tetapi boleh jadi ada benarnya. Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku
iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan
pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad bin Abdul Wahhab, ertinya dua perkara
besar itu adalah sebagai pusaka dalam dua keluarga itu. Wallahu a’lam. Pokoknya kalau
aliran itu kekal pada tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan ke negeri-negeri
lain, maka itu masalah. Di mana berkembangnya cara berfikir seperti ini di situlah timbulnya
pergaduhan, sampai ke tahap berlaku pembunuhan.
Beberapa Unsur Wahhabiyyah
9 Ijmak dalam Ahli Sunnah bahawa Ulil Amri tidak boleh ditentang kecuali bila zahir kufur yang nyata padanya. 10 Op.cit, h.212 dst 11 Ibid, h.212 12 Ibid, h.214
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
Di bawah ini diperturunkan beberapa unsur
Wahhabiyyah yang bermula dengan ajaran Syeikh Muhammad Abdul Wahhab yang berasal
dari Najd, berdasarkan kepada teks-teks dari kalangan mereka yang berpegang kepada
ajaran itu. Untuk mendapat pendirian Wahhabiyyah atau ajaran Muhammad bin Abdul
Wahhab, maka tepat sekali kalau diambil data-data tentang pendiriannya daripada sumber-
sumbernya yang primer supaya adil. Antara buku-buku itu ialah :
1. Kitab al-Tauhid, Ibn Abdul Wahhab
2. Kitab al-Shubhat fi al-Tauhid oleh Muhammad bin Abdul Wahhab
3. Solah al-Nabi oleh al-Albani
4. Al-Khojandi al-Ma’sumi hal Al-Muslim Mulzam bi al-Tiba’ Madhhabin Mu’ayyanin min
al-Madhhab al-Arba’ah
5. Al-Fatawa Al-Kubra, Ibn Taimiyyah
6. Abu Aminah, Bilal Philips (beberapa bukunya dalam Bahasa Inggeris)
7. Al-Zahawi (Arab dan Inggeris)
8. ‘Unwan al-Majdi oleh Ibn Abi Bishr
9. Tarikh Najdin, oleh Ibn Ghannam dll.
10. Kaifa Nafhamu al-Tauhid oleh Muhammad bin Ahmad Bashmil, yang mewakili
golongan ini, ada dalam internet.
Unsur-unsur ajarannya, antaranya adalah seperti berikut :
1. Tafsiran tentang syahadah yang tidak ada dalam ijma’ Ahli Sunnah
Ini terdapat dalam teks Kitab al-Tauhid karangan Syeikh Muhammad bin Abdul
Wahhab dalam Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tauhid karangan al-Syeikh ‘Abd al-Rahman
bin Hassan al-Syeikh13 :
Ertinya : Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan syahadah) sabda Nabi S.A.W. :
“Sesiapa yang berkata la ilaha illa Allah dan kufur ia terhadap apa yang disembah selain
daripada Allah maka haramlah hartanya dan darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi,
misalnya dalam jihad), dan hisab tentangnya adalah terletak pada Allah, ini adalah perkara
yang sebesar-besarnya yang menerangkan makna la ilaha illa Allah; ia tidak menjadikan
13 Kitab ini diterbitkan oleh Dar al-Hadith (tanpa tarikh), h.119
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa Allah) itu
menyelamatkan darah dan hartanya, bahkan tidak (juga menyelamatnya dengan)
mengetahui maknanya berserta dengan lafaznya, bahkan (tidak juga selamat harta dan
nyawanya itu dengan) berikrar dengan itu (iaitu berikrar dengan la ilaha illa Allah) bahkan
tidak (juga selamat nyawa dan harta itu) dengan ia tidak menyeru melainkan kepada Allah
yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya, bahkan tidaklah haram hartanya dan darahnya
sehingga ia menambahkan kepada itu (yang empat perkara sebelum ini iaitu) kufur
terhadap apa yang disembah selain daripada Allah; kalau ia syak atau tawaquf maka tidak
haram hartanya dan darahnya.” Maka alangkah hebat dan agungnya masalah ini,
alangkah memutuskan pertikaian (dengan penjelasan yang sebegitu nyata itu).
Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Dalam Ahli Sunnah, Islamnya seseorang itu adalah dengan
melafazkan “la ilaha illa Allah”, dengan itu selamatlah harta dan nyawanya. Ini antaranya
jelas daripada hadis sahih yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diperintah untuk
berjihad dengan manusia sehingga mereka mengatakan ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’.
Apabila mereka berkata sedemikian, maka nyawa dan harta mereka selamat dan hisab
tentang mereka adalah terpulang kepada Allah.” Sebab itu dalam masa jihad Nabi S.A.W.
apabila terdengar azan di sesuatu tempat maka tentera muslimin tidak lagi pergi ke situ.
Dalam hadis sahih berkenaan dengan sahabat membunuh orang yang mengucap
syahadah, Rasulullah bertanya kepada sahabat itu, “Anda membelah dadanya? Anda
membelah dadanya?...” Mungkin tafsiran secara beginilah yang menghalalkan
sesetengah muslimin berperang melawan tentera Khilafah Uthmaniyyah, benteng terakhir
menjaga umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan Barat. Subhanallah. Kalau Kerajaan
Uthmaniyyah yang sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada itu lebih mudah
lagi ditentang. La haula wa la quwwata illa billahi al-‘Aliyyi al-‘Adhim.
2. Adam Syirik
Adam syirik dalam ketaatan. Ini adalah bercanggah dengan ijmak Ahli Sunnah
tentang maksumnya para Nabi A.S. Dalam Kitab al-Tauhid yang sama, dengan syarahnya
sekali seperti di atas (Kitab al-Tauhid dalam koleksi al-Jami’ al-Farid, keluaran Dar al-
Isfahani li al-Tib’ah, 1393H, Jeddah, h.182) dinyatakan dalam hubungan dengan ayat 190
Surah al-A’raf yang bermaksud : “Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
yang soleh, maka keduanya menjadikan sekutu bagi
Allah tentang anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu…”
Ayat dalam kitab itu demikian.14 Disebutkan bahawa apabila Adam mendatangi
Hawa maka ia mengandung, maka datang Iblis kepada (Adam dan Hawa), katanya : “Aku
sahabat kamu berdua yang mengeluarkan kamu daripada syurga supaya kamu taat
kepadaku…” kemudian disebut apabila ia tidak ditaati maka dua kali anak yang dikandung
itu keluar mati, apabila ia mengandung kali ketiga, maka Iblis datang, maka takut anak itu
mati iapun menamakan anaknya ‘Abd al-Harith, kemudian dikatakan dalam riwayat itu
“syuraka fi ta’atihi” (syirik dalam taat kepada Iblis) bukan syirik dalam ibadat kepadanya
(syuraka fi ta’tihi wa lam yakun fi ‘ibadatihi).15
Dalam Tafsir Ibn Kathir dinyatakan : “Riwayat ini ialah dari kalangan Ahli Kitab,
tidak boleh dijadikan sandaran.” Kalau kita hendak pilih sebagai ahli ilmu yang disuruh
oleh Quran, sebagai ahli Hadis dan ahli Tafsir, tentulah kita memilih Ibn Kathir yang diakui
dalam Ahli Sunnah, bukannya pengarang kitab tauhid yang memberi huraian seperti ini.
Tidak patut ada riwayat seperti ini dalam kitab tauhid. Ini bercanggah dengan pegangan
Ahli Sunnah tentang Nabi-nabi itu ma’sum, apa lagi hendak dikatakan ia “syirik dalam taat
kepada Iblis.”
3. Al-Busiri dituduh syirik kerana menyebut ia minta syafaat kepada Nabi pada hari
kiamat
Pada Muhammad bin Abdul Wahhab, Al-Busiri syirik kerana minta tolong Nabi
memberi syafaat kepadanya. Ini terdapat dalam al-Burdahnya dalam bait yang bermaksud
: Sabda Baginda S.A.W. : “Adakah anda menjadikan aku saingan bagi Allah? (tentulah
sahabat tidak menjadikan Nabi saingan bagi Allah) dengan terkeluar daripada mulutnya
‘Apa yang dikehendaki Allah dan apa yang dikehendaki oleh Muhammad.’ Kemudian kata
pengarang kitab tauhid itu : ‘Maka bagaimanakah pula dengan al-Busiri (pengarang al-
Burdah) yang mengatakan Bagaimanakah aku wahai Nabi, siapakah yang aku hendak
14 Ibid, h.517 15 Ibid
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
minta (syafaat) selain daripada engkau’ dan dua bait
selepas itu (iaitu pada hari yang bencana terkena ke atas semua tanpa kecuali)?”
Di sini ada tuduhan kepada pengarang al-Burdah R.H bahawa dengan kata-kata
meminta syafaat daripada Nabi itu (sebagaimana yang kisahnya ada dalam hadis sahih,
hanya Nabi Muhammad sahaja yang memberi syafaat uzma itu) pada hari Hisab nanti. Ia
mengadakan sekutu terhadap Allah. Ini berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah yang
mengajarkan tentang syafaat uzma ini dan yang mengizinkan kita menyebut nama Nabi
dalam doa. Bahkan dalam tahiyat pun kita menyebut ‘ayyuhannabi’, wahai Nabi, seolah-
olah Nabi ‘ada’ hampir dengan kita.
4. Mengikut mazhab syirik kafir
Ini juga bercanggah dengan ijmak dalam Ahli Sunnah, yakni orang awam wajib
mengikut mujtahid, sebagaimana yang jelas daripada Al-Quran yang bermaksud :
“Hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dhikr) kalau kamu tidak mengetahui.”
Dan ahli ilmu yang tertinggi dalam umat ini dalam hubungan dengan syariat ialah imam
mujtahid. Ada pandangan di kalangan mereka ini tentang mengikut mazhab tertentu
adalah kafir – syirik sama dengan kristian (nasara) mengambil rahib-rahib dan ahli-ahli
hukum agama sebagai tuhan selain daripada Allah. Ini terdapat dalam kitab Hal al-Muslim
Mulzam bi al-tiba’ Madhhab Mu’ayyanin min al-Madhahib al-Arba’ah?, karangan Al-
Khojandi al-Ma’sumi yang menyatakan :
Kata Syeikh Taqiyyuddin Ibn Taimiyyah : “Sesiapa yang mewajibkan taqlid kepada
seseorang imam tertentu (katakanlah Imam Syafi’i, di Malaysia) maka hendaklah disuruh
ia bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh kerana mewajibkan (mengikut imam tertentu,
seperti yang difahami dalam Ahli Sunnah nisbah bagi orang bukan mujtahid adalah syirik
terhadap Allah dalam tasyri’ yang ianya adalah satu daripada khususiah sifat rububiyyah
bagi Tuhan – h.55). Sudah tentu fahaman seperti ini tidak selaras bahkan bercanggah
dengan ijmak Ahli Sunnah tentang wajib mengikut imam bagi orang yang bukan mujtahid,
asalkan imam tersebut adalah imam yang mujtahid. Kalau bagi orang yang mujtahid pula,
haram ia mengikut orang lain.”
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
Cara memahami agama seperti ini yang tidak
ada dalam Ahli Sunnah mengingatkan kita kepada maklumat bahawa pengarang Kitab al-
Tauhid yang disebut di atas (Muhammad bin Abdul Wahhab), yang menjadi ikutan bagi
al-Khojandi al-Ma’sumi ini menyatakan (h.464) : “Keadaan berubah sampai ke tahap
jadilah pada kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat kepada rahib-rahib itu
amalan yang paling afdal, dipanggil sebagai darjah wali dan beribadat kepada orang-
orang alim dalam hukum agama sebagai ilmu dan fahaman yang mendalam, kemudian
berubahlah hal keadaan sampai ke tahap disembah yang selain daripada Allah, orang
yang bukan dalam kalangan solihin dan disembah dalam erti yang kedua itu orang dari
kalangan yang jahil.”
Fahaman ini menyebabkan pengikut al-Khojandi al-Ma’sumi memahami bahawa
mewajibkan mengikut mazhab imam tertentu adalah kesyirikan. Tidak hairanlah orang
seperti Nasir al-Din al-Albani dalam kitab Solah al-Nabi menyerang pengikut mazhab dan
mengajak mereka sembahyang mengikut kitabnya, dikatakan ‘itulah sembahyang Nabi’,
sembahyang dalam mazhab adalah ‘sembahyang mengikut imam mazhab’, itu boleh
membawa kepada apa yang disebut oleh al-Khojandi al-Ma’sumi. Cara berfikir dan
memahami agama yang menyalahi ijmak seperti ini janganlah dibiarkan berkembang di
Malaysia ini. Kalau ia berada di negeri lain, itu soal lain pula. Kewajipan kita ialah mula-
mulanya menjaga negara kita ini.
Tentang wajib mengikut imam mazhab ini menjadi pegangan Ahl al-Sunnah Wal
Jamaah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Munawi R.A. dalam Syarh al-Jami’ al-
Saghir, katanya : Wajib atas kita beri’tiqad bahawa imam empat, Sufyan yang dua itu
(Sufyan bin ’Uyainah dan Sufyan al-Thauri), Auza’i, Daud Zahiri, Ishaq bin Rahawaih dan
lain-lain (imam mujtahid) berada dalam hidayat (yang benar di jalan Allah) dan tidak
diberikan perhatian kepada orang-orang yang bercakap berkenaan dengan mereka walhal
mereka bersih daripada perkara itu, yang sahih dan mengikut jumhur bahawa orang yang
benar dalam perkara furu’ satu pihak, dan terserah kepada Allah tentang apa yang
dihukumkan atasnya sebagai tanda perjalanan (hidup beragama); dan mujtahid itu
dipertanggungjawabkan untuk berusaha mencari kebenaran dan orang yang tersilap
(kalau ia mujtahid) tidak berdosa bahkan diberi pahala. Yang betul mendapat dua pahala,
kalau mujtahid itu taksir (dalam usahanya, ia tidak mencukupi syaratnya) ia berdosa, itu
ittifaq ulama` tentangnya; dan orang yang bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid
yang tertentu (seperti Syafi’e atau lainnya yang ada dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah);
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
maka terlarang mengikut yang lain daripada mazhab
empat dalam membuat keputusan hukum dan memberi fatwa kerana mazhab empat itu
telah tersebar dan telah tertulis dengan teguhnya sehingga jelas huraian tentang kaitan-
kaitan perkara mutlaknya dan perkara-perkara yang bersifat am daripada yang
khususnya, lain halnya dengan (aliran yang) selain daripada aliran mereka kerana
pengikutnya sudah tidak ada lagi. Imam Fakhruddin al-Razi (mujaddid abad ke-7H itu)
menyebutkan bahawa telah ijmak ulama` muhaqqiqin bahawa orang awam tertegah
daripada mengikut peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan sahabat dan para pemimpin
besar mereka (kerana orang awam tidak tahu tentang perjalanan mereka yang
sebenarnya).
Dalam hubungan dengan ulama` tasawuf pula, jelas ahli tasawuf yang ditentang
oleh golongan ini adalah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sangat dihormati
sebagaimana yang dijelaskan oleh ’Abd al-Qadir al-Baghdadi R.H. dalam al-Farq bayn al-
Firaq sebagaimana yang tersebut dalam makalah penulis ini berkenaan dengan golongan
mukminin dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dasar mengikut ulama` fiqh, atau mujtahid
dalam fiqh ialah mengikut keilmuan yang muktabar (following qualified scholarship), bukan
menyembah ulama` fiqh dan mengikut ajaran sufi atau memuliakan mereka, meminta doa
kepada Tuhan dengan menyebut keberkatan bukan menyembah mereka. Itu tidak sama
dengan penyembah berhala. Menyembah berhala ialah perbuatan menjadikan berhala
sebagai objek sembahan, adapun meminta doa secara bertawassul itu ialah berdoa
kepada Tuhan, tetapi dengan menyebut kedudukan seseorang yang mulia di sisi Allah,
bukan orang mati atau kubur.
5. Tawassul syirik, bercanggah dengan ijmak Sunni
Tawassul dengan makna ‘istighathah’ terdapat dalam hadis riwayat al-Bukhari
seperti berikut, yang bermaksud :
“Sesungguhnya matahari hampir pada hari kiamat sampai peluh ke tahap separuh telinga
(manusia), maka mereka meminta pertolongan dengan Nabi Adam, kemudian dengan
Musa, kemudian dengan Muhammad.” Tawassul dan istighathah (meminta tolong
maknanya satu) seperti dinyatakan oleh al-Hafiz al-Lughawi Taqiyuddin al-Subki, yang
berkenaan dengan itu dikatakan oleh al-Suyuti, iaitu ia hafiz mujtahid lughawi faqih usuli
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
nahwi mutakallim.16 Syirik bertawassul kepada orang
yang telah mati. Dalam hubungan dengan tawassul, yang dikatakan syirik oleh golongan
Wahhabiyyah ini terdapat nasnya dalam hadis Nabi S.A.W. Hadis berkenaan dengan
tawassul (walaupun dalam hubungan dengan nama orang yang sudah meninggal dunia)
ialah seperti berikut :
Diriwayatkan dalam hadis Ibn Majah dengan sanad yang sahih dari Abu Sa’id al-
Khudri R.A. katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda : “Sesiapa yang keluar dari rumahnya
untuk melakukan sembahyang kemudian ia berdoa, katanya ‘Wahai Tuhan, hamba
bermohon dengan hak mereka yang berdoa meminta kepada Engkau dan hamba
memohon dengan hak mereka yang berjalan di jalan ini menuju kepada Engkau, dengan
hamba keluar ini bukan dengan main-main, dengan sombong atau menunjuk-nunjuk
kelebihan diri, bukan untuk mendapat nama. Hamba keluar hanya untuk mengelak
daripada murka Engkau dan untuk mendapat keredhaan Engkau. Oleh itu hamba
memohon, selamatkan hamba daripada api neraka dan ampunkanlah dosa-dosa hamba
kerana tidak ada sesiapa yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.’ Allah akan
memandang kepadanya dengan belas kasihan dan tujuh puluh ribu malaikat akan
memohon ampun untuknya.”17
Ghazali menyebutnya dalam Ihya` dan Iraqi menyebut ia hadis hasan. Nawawi
menyebut dalam Ibn al-Sani dua jalur riwayat dalam Adhkar dan menyatakan ia lemah.
Bagaimanapun Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan ia hasan dalam al-Amali al-Masriyy dan
takhrij kitab Nawawi, menyatakan bahawa yang kemudian itu meninggalkan riwayat dari
jalur Abu Said al-Khudri dan tidak menyebut riwayat Ibn Majah. Dengan cara ini Nabi
S.A.W. membuat tawassul apabila Baginda bersabda “hamba memohon dengan hak
mereka yang meminta kepada Engkau ..” iaitu dengan setiap orang yang beriman. Lebih
lagi daripada itu Baginda menyuruh para sahabatnya selalu menggunakan doa ini bila
mereka berdoa sebagaimana bagainda melakukan tawassul demikian. Generasi Salaf al-
Soleh dalam umat ini dalam kalangan para tabi’in selepas sahabat dan tabi’ al-Tabi’in
mengamalkan doa ini apabila mereka keluar untuk sembahyang dan tidak ada yang
menolaknya.
16 http://www.sunna.info/books/albani_sunna_9 as retrieved on 5 Dec 2005, 14:03:26 GMT 17 Diriwayatkan dalam Musnad Ahmad (3:21), Ibn Majah (Masajid), al-Mundhiri dalam al-Targhib (1:79), Ibn
Khuzaymah dalam sahihnya,, Ibn al-Sani dan Abu Nu’aym.
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
Kemudian ada lagi riwayat berkenaan dengan
amalan ini. Riwayatnya adalah seperti berikut : Apabila Nabi S.A.W. berdoa dari riwayat
Anas bin Malik : “Wahai Tuhan, ampunkanlah bondaku, Fatimah binti Asad dan
perluaskanlah tempat yang ditujunya itu (kuburnya) dengan hak Nabi Engkau dan Nabi-
nabi yang datang sebelumku..” demikian seterusnya sehingga akhir hadis itu. Tabrani
meriwayatkannya dalam Al-Kabir. Ibn Hibban dan al-Hakim menyatakan ianya sahih.
Fatimah ialah bonda Saidina Ali R.A., yang memelihara Nabi S.A.W. Ibn Abi Syaiba
meriwayatkan perkara yang sama, demikian juga riwayat yang ada pada Ibn Abd al-Barr
dari Ibn ‘Abbas dan Abu Nu’aim pula dalam Hilyahnya dari Anas bin Malik, sebagaimana
al-Hafiz al-Suyuti menyebutnya dalam Jami’ al-Kabir. Haithami menyebut dalam Majma’
al-Zawaid : “Sanad Tabrani mengandungi nama Rawh bin Salah yang ada sedikit
sebanyak kelemahan, tetapi Ibn Hibban dan al-Hakim menyebutnya sebagai periwayat
yang boleh dipercayai. Orang-orang lain dari kalangan para periwayat adalah orang-orang
yang sahih hadisnya.”
Kemudian sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Tirmidhi, al-Nasa’I, al-Baihaqi
dan al-Tabarani bahawa seorang yang buta datang bertemu dengan Baginda S.A.W.
katanya : “Doakanlah kepada Allah supaya membuang penderitaan saya ini.” Nabi
bersabda : “Kalau engkau mahu saya akan berdoa dan kalau engkau mahu engkau boleh
bersabar, itu lebih baik lagi daripada memohon supaya engkau celik. Kemudian baginda
berdoa untuk orang itu dan menyuruhnya mengambil wudhuk dengan baik dan membaca
doa ini : ‘Wahai Tuhan, hamba bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau
melalui Nabi Engkau Muhammad, Nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad, hamba
meminta kepada Tuhan dengan menyebut tuan hamba dalam keperluan hamba yang
sangat, wahai Tuhan, terimalah syafaatnya untuk hamba ini.’”
Kemudian orang itu kembali pulang dan matanya celik boleh melihat. Al-Bukhari
meriwayatkan hadits ini dalam Tarikhnya. Ibn Majah dan al-Hakim dalam al-Mustadrak
menyebutnya dengan sanad yang sahih. Suyuti dalam al-Jami’ al-Kabir dan al-Saghir juga
menyebutnya. Maka tetaplah riwayat dan maklumat bahawa Nabi S.A.W. menyuruh orang
buta itu berdoa dan memohon kepada Allah dengan menyebut namanya itu, supaya
dikabulkan hajatnya itu. Kalau orang yang mengikut fahaman Wahhabiyy itu berfikir Nabi
S.A.W. tidak memberi keizinan untuk bertawassul seperti itu selepas ia meninggal dunia,
maka riwayat yang berikutnya membuktikan bahawa itu bukan demikian. Doa ini telah
digunakan oleh para sahabat dan tabi’in untuk menunaikan hajat mereka. Al-Tabarani dan
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki
yang bertemu dengan ‘Uthman bin Affan R.A. berkenaan dengan sesuatu hajatnya, tetapi
khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada
‘Uthman bin Hunayf yang memberi nasihat kepadanya : “Pergilah mengambil wudhu`.
Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini : Wahai Tuhan, hamba meminta Engkau
menumpukan diriku kepadaMu dengan menyebut Nabi Muhammad, Nabi pembawa
rahmat. Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan
menyebut Engkau, supaya Dia menunaikan hajat hamba. Kemudian sebutkan hajat
engkau.”
Maka orang itu pergi dan ia lakukan benar-benar mengikut apa yang diberitahu
kepadanya itu dan kemudian ia pergi ke pintu kediaman ‘Uthman bin ‘Affan. Kemudian
penjaga pintu datang kepadanya, memegang tangannya lalu membawanya ke hadapan
‘Uthman dan menyuruhnya duduk dengannya. ‘Uthman berkata : “Beritahu kepada saya
apa keperluan anda.” Lalu dia pun menyebut hajatnya dan hajatnya itu ditunaikan.
Kemudian khalifah berkata kepadanya : “Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya.”
Apabila lelaki itu keluar dari situ, dia bertemu dengan ‘Uthman bin Hunayf, katanya :
“Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak
akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.” Tetapi
Ibn Hunayf berkata : “Demi Allah, saya tidak bercakap dengan Baginda, tetapi saya
melihat Rasulullah S.A.W. apabila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu
berkenaan dengan matanya tidak boleh melihat.”18 Perbuatan demikian ialah tawassul dan
orang itu menyeru baginda S.A.W. selepas wafatnya, atas dasar Baginda sedang hidup
dalam kuburnya dan darjatnya ialah darjat syuhada` yang Allah sebutkan bahawa mereka
itu hidup dan diberikan rezeki yang mulia di sisi Allah.
6. Syafaat syirik
Syirik meminta syafaat adalah fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Ini kerana syafaat itu disebutkan dalam hadis yang sahih.
18 Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Bayhaqi, Abu Nu’aym dalam Ma’rifah, al-Mundhiri (Targhib : 1 : 473 -474, al-Haythami dan al-Tabarani dalam al-Kabir : 9 : 17 – 18 dan al-Saghir : 1 : 184 / 201 – 202 dari anak saudara ‘Uthman
bin Hunayf, Abu Imam Ibn Sahl Ibn Hunayf.)
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
7. Syirik kecil tak terpisah dengan syirik besar
Bercanggahan dengan ijmak, syirik kecil itu sebahagian yang tidak terpisah
daripada syirik yang besar, yang membawa kepada menghalalkan darah orang yang
terlibat di dalamnya.
8. Tauhid ulama` Ahli Sunnah dituduh sebagai salah
Ini menyalahi ijmak atau tuduhan bahawa kefahaman ulama` Ahli Sunnah Wal
Jamaah tentang tauhid umumnya salah. Muhammad bin Abd Wahhab dan mereka yang
mengikutinya (yang terkena pengaruh pembahagian tauhid kepada tiga : tauhid
rububiyyah, uluhiyyah dan asma` wa sifat) membahagikan tauhid kepada tiga itu adalah
perkara yang tidak ada dalam ASWJ. Ia tidak ada dalam Al-Quran, hadis, tidak ada dalam
kalangan sahabat, tabi’in, tabi’ al-Tabi’in, demikian seterusnya (tidak ada dalam kalangan
generasi salaf), ia hanya ada pada abad ke lapan. Ertinya selama tujuh abad, umat Islam
bertauhid dengan tauhid yang difahamkan itu tanpa membahagikannya kepada tiga.
Akibat daripada pembahagian tauhid kepada tiga itu timbul sangkaan (yang tidak
ada alasan dalam sistem peristilahan dan makna pengetahuan Ahli Sunnah) bahawa
penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah dengan mereka mengakui
adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, hanya tidak bertauhid dengan tauhid
uluhiyyah kerana tidak taat kepada Allah dan menyembahnya. Dengan itu maka orang
Islam yang mengakui Tuhan itu Esa dan tidak beramal dengan baik agamanya, ia hanya
bertauhid dengan tauhid rububiyyah sahaja. Kedua-dua penyembah berhala dan orang
Islam yang bertawassul meminta berkat di kubur para wali adalah sama dalam bertauhid
dengan tauhid rububiyyah; dengan itu orang Islam sudah menjadi penyembah berhala,
hukum atasnya adalah hukum penyembah berhala; maka halallah darah dan hartanya.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.
Mana mungkin penyembah berhala dikatakan bertauhid dengan tauhid
rububiyyah? Dia tidak mempunyai tauhid dalam apa-apa pengertian sekalipun sebab ia
musyrik menyembah berhala. Bagaimanakah sistem peristilahan syara’ ini menjadi kacau
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
seolah-olah dipermainkan sampai penyembah berhala
pun dikatakan bertauhid?? Ini tidak pernah ada dalam sejarah perkembangan ilmu teologi
Sunni. Kemudian pembahagian tauhid kepada tiga itupun tidak ada dalilnya dalam nas-
nas yang diterima Ahli Sunnah. Dengan itu konsep pembahagian tauhid kepada tiga ini
mesti disemak kembali. Ini kerana beberapa sebab : tidak ada dalil dan nas yang diterima
dalam ASWJ, bercanggah dengan tauhid ASWJ yang dihuraikan secara definitif oleh
Imam Asy’ari dan al-Maturidi dan imam-imam selepas mereka, satu lagi sebab ia
membolehkan orang menyamakan orang yang beriman dan beramal dengan bertawassul
dan meminta berkat di kubur solihin dengan penyembah berhala dan mengenakan hukum
penyembah berhala ke atas mereka dan sudah tentu inilah tauhid yang memusnahkan
kerajaan ‘Uthmaniyyah, khilafah Islam yang terakhir dalam zaman moden. Kita mesti
kembali kepada tauhid mainstream yang benar dan menyelamatkan, bukan yang salah
dan mencelakakan.
9. Abu Jahal lebih tahu tentang “la ilaha illa Allah” daripada ulama` Islam vs ijmak
atau Abu Jahal lebih mengetahui tentang “la ilaha illa Allah” daripada ulama`
Islam
Berbanding dengan apa yang diterangkan dalam kitab Kayfa Nafham al-Tawhid
oleh Muhammad Ahmad Bashmil yang mengambil pendirian tentang Abu Jahal dan Abu
Lahab ikhlas dalam tauhid rububiyyah mereka. Banding pula dengan kenyataan
Muhammad bin Abdul Wahhab yang membuat kenyataan tentang para sahabat yang
bersama-sama dengan baginda dalam ghazwah menentang kerajaan Rom menjadi kafir
kerana kalimah yang mereka ucapkan dalam gurauan dan secara bermain-main.
10. Syirik bermula di muka bumi dengan perbuatan ahli agama vs ijmak
Tuduhan bahawa kesyirikan di muka bumi bermula dengan perbuatan ahli ilmu
dan agama kerana mereka cinta kepada para wali. Ini timbul daripada sangkaan yang
salah bahawa mengikut ulama` adalah menyembah mereka, oleh itu syirik dan kufur.
11. Kuffar lebih tahu hal kekufuran mereka daripada orang yang beriman
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
Ini bercanggah dengan ijmak atau tuduhan
bahawa para kuffar yang mengetahui tentang kekufuran mereka adalah lebih baik
terbimbing daripada orang-orang yang beriman.
12. Qadi al-Qudah
Tuduhan bahawa panggilan qadi al-qudah yang bermaksud qadi dari sekalian qadi
sama dengan syahin syah iaitu raja dari sekalian raja; yang membawa kepada
menghukumkan orang yang berkenaan sebagai kafir.
13. Allah ada dua tangan dan seterusnya
Allah ada dua tangan dan seterusnya yang bercanggah dengan ijmak kerana
mentafsirkan ayat-ayat dan hadis-hadis mutasyabihat secara literal sehingga membawa
kepada fahaman bahawa : “Allah S.W.T. mempunyai dua tangan, tangan kanan
memegang langit dan yang satu lagi memegang bumi.”
14. Sifat dua puluh bid’ah?
Ajaran ASWJ berkenaan dengan 20 sifat Allah atau sekurang-kurangnya tiga belas
sifat itu berupa persepakatan ulama` ASWJ sebagai kunci mengenal Allah, sifat-sifat Allah
dan nama-namaNya tidak terkira tetapi yang wajib diketahui sekurang-kurangnya
demikian. Tentang penggunaan istilah-istilah seperti jauhar dan ‘arad itu adalah
perbincangan untuk membantu dalam mengenali sifat-sifatNya supaya jelas dan tidak
terkeliru dengan sifat-sifat makhluk. Sifat-sifat itu bukannya diambil daripada luar, ia
berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak di kalangan ulama`.
Kalau sekarang mungkin boleh dimasukkan perbincangan berkenaan dengan teori
quantum dan yang seumpama dengannya, atau ditambahkan huraian dengan
mengambilkira pengetahuan sains seperti yang dilakukan oleh Prof. Osman Bakar, atau
kita boleh ambil kira pendekatan Said Nursi sebagaimana yang didapati dalam tulisan-
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
tulisannya. Pokoknya kita kembali kepada
perbincangan tentang sifat-sifatNya sebagaimana yang ada dalam ASWJ dan bukan
membahagi-bahagikannya seperti yang dilakukan oleh golongan Wahhabiyyah yang
membawa kepada tafsiran bahawa orang Islam hanya bertauhid kepada tauhid
rububiyyah, halal darahnya, hartanya sama seperti penyembah berhala. Dalam ASWJ,
rububiyyah itu digabungkan dengan uluhiyyah, sebab itu apabila kita beribadah, kita
menyeru Tuhan sebagai Rabbana, bukan hanya Ilahana, seperti dalam surah al-Fatihah
dan doa di hujung surah al-Baqarah.
15. Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Tauhid Asma` wa Sifat oleh Ibn Taimiyyah
Tidak ada sandaran dari al-Quran, Sunnah, ijmak dan ulama` Salaf. Ia pendapat
peribadi Ibn Taimiyyah. Adakah patut ada pihak menyatakan bahawa sifat-sifat Tuhan
sebagaimana yang ada dalam ajaran Imam Asy’ari dan al-Maturidi itu bid’ah, walhal sifat-
sifat itu ada dalam Al-Quran dan Sunnah, malah diijmakkan. Kalau mereka mengajarkan
tauhid yang dibahagikan kepada tiga itu dan tidak menyesatkan golongan Asy’ari dan
Maturidi serta mengakui kebenaran mereka, itu tidak menjadi masalah sangat. Tetapi
apabila mereka membid’ahkan dan sesetengahnya mengkafirkan, inilah yang menjadi
masalah yang besar. Kerangka tauhid seperti ini boleh menjadi motivasi terbesar bagi
keganasan dan budaya anti-establishment. Maka perlu diusahakan supaya pengajaran
tauhid dikembalikan kepada cara asal dalam ASWJ dengan mengambilkira
perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam pengetahuan masakini :
- Track record dengan Kerajaan Uthmaniyyah bagaimana ia menganggap ulil
amr kerajaan itu sebagai tidak Islam.
- Bagaimana ia menentang dan memberontak walhal tidak ada mazhab ASWJ
yang membolehkan demikian itu.
- Tabiatnya yang seperti Khawarij zaman klasik yang berperang dengan
golongan yang tidak bersetuju dengan mereka. Mereka senang menghalalkan
darah dan harta orang lain sebagaimana yang jelas dalam sejarah dan ajaran
mereka.
- Maka perlu diawasi supaya ia tidak berkembang kepada rakyat Malaysia.
- Penyebarannya mesti disekat melainkan dalam kalangan mereka yang asalnya
bermazhab demikian. Wallahu a’lam.
Jabatan Agama Islam Selangor
Ajaran Akidah Wahhabiyyah : Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ)
Kesimpulan
Jelas bahawa ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab dalam beberapa perkara asasi
dari segi aqidah dan syariat serta akhlak dan ajaran ruhaniyyahnya tidak mengikut ajaran
ASWJ. Pemahaman tauhidnya yang tidak mengikut arus perdana ASWJ dengan
pembahagian tauhidnya kepada tiga yang membawa kepada menyamakan orang Islam
dengan penyembah berhala dan hukum yang berikutnya, huraiannya tentang syahadah,
sikapnya menentang aliran Imam Asy’ari secara terang-terangan, konsepnya tentang taqlid
dan bid’ah (termasuk yang menganggap bahawa ilmu kalam adalah bid’ah yang sesat atau
kufur), sikapnya yang negatif terhadap ulil amri sebagaimana yang jelas berhubungan dengan
khilafah Uthmaniyyah, sikapnya menjadikan mazhab empat sebagai sesuatu yang negatif,
peringanan ijmak, demikian seterusnya memberi pendekatan dan kedudukan yang berlainan
sama sekali daripada ASWJ. Sudah tentu ini bercanggah sekali dengan apa yang menjadi
pegangan di negeri ini.
Sayangnya, golongan ini sedang mencanangkan bahawa merekalah yang sebenarnya
Ahli Sunnah dan golongan lain tidak termasuk dalam Ahli Sunnah. Mereka adalah saudara-
saudara kita yang membid’ah bahkan kadang-kadang mengkafirkan kita. Cara berfikir dan
sikap demikian tidak perlu dibiarkan berkembang di kalangan umat Islam di Malaysia.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Mawardi R.H. dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah, ulil amr
negeri ini bertanggungjawab untuk menjaga supaya ajaran dan amalan ASWJ disemarakkan
dan tidak terganggu. Wallahu a’lam.