mutiara kata...pengenalan umat lslam hari ini menghadapi pelbagai cabaran ,khasnya caba-ran akidah...

8
EDISI APRIL 2018 BIL. 4/2018 AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU SURA HUJUNG, 23000 QALAM Penasihat Dr. Azarudin Awang Editor Nor Adila Mohd Noor Sidang Redaksi Ruhaizah Abd. Ghani Che Norzila Sulong

Upload: others

Post on 13-Feb-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EDISI APRIL 2018 BIL. 4/2018

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU

SURA HUJUNG, 23000

QALAM

Penasihat

Dr. Azarudin Awang

Editor

Nor Adila Mohd Noor

Sidang Redaksi

Ruhaizah Abd. Ghani

Che Norzila Sulong

Pengenalan

Umat lslam hari ini menghadapi pelbagai cabaran ,khasnya caba-

ran akidah yang boleh mengancam keselamatan akidah umat

lslam sendiri.Ancaman ajaran sesat adalah paling merbahaya

kepada akidah umat lslam yang dibawa oleh individu atau golon-

gan tertentu.

Kini di seluruh rantau negara ini diresapi oleh pelbagai bentuk

ajaran sesat yang datang dari merata tempat.Sebilangan daripada

ajaran tersebut secara terbuka boleh membawa pengikut-

pengikutnya terkeluar dari ajaran lslam,kerana amalan dan kon-

sep yang terdapat dalam ajaran tersebut bercanggah dengan

akidah dan syariat lslam yang sebenar.Bahkan ada pula pengikut

ajaran-ajaran itu sanggup keluar dari agama lslam kerana mereka

mempercayai bahawa ajaran yang mereka anuti itu benar dan

bukan sesat.Situasi sebeginilah yang benar-benar menjadi caba-

ran kepada umat lslam dan mengancam keselamatan negara jika

tidak dibendung dari sekarang dan langkah-langkah pencegahan

yang efektif wajar dikuatkuasakan demi menjaga kesahihan

akidah lslam.

Latar Belakang Ajaran Sesat

Kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah lslamiah ini

bukanlah satu perkara baru.la bermula sejak zaman Sahabat iaitu

semasa permulaannya wafat junjungan kita Nabi Muhammad

SAW.Pada masa itu telah lahir beberapa orang yang mengakui

dirinya menjadi nabi selepas rasulullah SAW dan menyebarkan

ajaran-ajarannya kepada umat lslam pada masa itu,iaitu seperti

Musailamah al-Kazzab,Talihah al-Asdy dari Kabilah Bani Assad

da al-Aswad al-Unusi di Yaman.

Mutiara Kata

“Aku akan menyesal sekiranya ilmu ku

tidak bertambah setiap hari”

lmam as-Syafie

“Menuntut ilmu di usia muda ibarat men-

gukir di atas batu, manakala menuntut

ilmu di usia tua ibarat mengukir di atas

air”

Rujukan

al-Qardhawi yusuf. 1978. Saqafah al-Da’yah. Berut: Muassasah al_Risalah.

Darwis,’Abd.Hamid. 1992.al-falsafah al-‘Itiqadiyah fi al-lslam. Al-Qahirah:

Maktabah al-Wahbah.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (Dr) . 2008. Isu-isu Pemikiran lslam. Kuala

Terengganu: MAIDAM

Mohd Aizam bin Mas’od. 2015. Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran semasa Di

Malaysia. Putrajaya: JAKIM

Mohd Zamir bin Bahall. 2006. Ajaran sesat Subur Kerana Jahil Agama dalam

Sinar Rohani. Putrajaya: JAKIM

Sabiq,Sayyid t.th. al-Aqaid al-lslamiyyah. Qahirah: al-fath Li I’lam al-Arabi.

Saliba,Jamil. 1973. Al-Mu’jam al-falsafi.Juz 23.Jil 5. Beirut: Dar al-Kitab al-

barani.

Shaltut,Sheikh Mahmud. 1966. Al-Islam Aqidah Wa Syariah. Cairo: Dar al-

Qalam.

Nukilan Oleh

Che Norzila Sulong

Pensyarah ACIS UiTMCTKD

Di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang mun-

cul dari semasa ke semasa.Jika kita tinjau masalah ajaran sesat ini,ia

bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat lslam,bahkan semua aga-

ma dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran

yang menyeleweng daripada ajaran asal agama mereka.

Ajaran sesat yang telah dikesan dipercayai paling lama usianya ialah

ajaran Taslim.la diasaskan pada akhir abad ke 19 di Kampong Sero-

nok, Pulau Pinang. Setelah pengasasnya meninggal dunia,ajaran ini

dipimpin oleh khalifah atau orang-orang kanannya hingga ajaran ini

merebak di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kini ajaran sesat merebak di hampir ke semua negeri di Malay-

sia.Terdapat ajaran sesat yang disebarkan secara senyap,ditambah

pula ajaran-ajaran itu mendapat sokongan dari tokoh-tokoh kecil

agama tempatan yang belum faham dengan kandungan sebenarnya

ajaran yang dibawa oleh guru-guru ajaran tersebut.Di samping itu

terdapat pula beberapa ajaran dalam bentuk aliran tarekat yang

masih dipertikaikan kebenarannya oleh guru-guru agama

sendiri.Fenomena inilah menjadikan ajaran-ajaran sesat itu semakin

sukar untuk ditumpaskan dan perlu diberi penerangan kepada

masyarakat mengenainya.

Definisi Ajaran Sesat

Secara ringkas definisi ajaran sesat yang dimaksudkan ialah “ seba-

rang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang lslam atau

orang-orang bukan lslam yang mendakwa bahawa ajaran dan ama-

lan yang dibawa mereka itu berdasarkan kepada ajaran lslam.Namun

Namun pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu

bertentangan dan berlawanan dengan akidah dan syariah lslami-

ah, bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah,bertentangan

dengan mazhab yang mu’tabar dan bertentangan dengan Ahli

Sunnah Wa al-Jamaah “.

Takrif yang dinyatakan dalam Tafsir Pimpinan Rahman sebagai

orang yang sesat ialah “orang yang tidak berpengetahuan agama

kerana tidak berusaha mempelajarinya atau orang yang berpenge-

tahuan agama yang tidak betulkerana dipelajari dengan tidak

menurut peraturan dan jalan sebenarnya”.

Bentuk-bentuk Ajaran sesat

Di Malaysia terdapat beberapa bentuk ajaran sesat dan ia dapat

diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu:

a)-Bentuk Ajaran Baru

b)-Bentuk Tarekat

c)-Bentuk kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung

dengan perkara-perkara tentang mistik dan kultus

Bentuk Ajaran Baru

Ajaran yang selalunya lahir dari pelbagai ajaran yang baru direka

dan diciptakan oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat

menggunakan berbagai-bagai nama.Sebagai contoh ialah ajaran

Syed al-Masyor,ajaran Taslim ,ajaran Crypto,ajaran Ilmu Hakikat

dan lain-lain.

Kebanyakkan ajaran sesat itu diperkenalkan kepada orang-orang

yang tidak mempunyai pendidikan agama secara formal yang

secukupnya bagi membolehkan mereka membezakan ajaran-

ajaran lslam sebenar dan yang bukan lslam,tetapi dikatakan lslam

oleh para penyebar ajaran sesat tersebut.

masa agar kehidupan yang ditempuhi terselamat daripada ajaran sesat dan sentiasa

disinari hidayah llahi.Dengan keyakinan terhadap rukun iman yang enam menjadi

dasar penting kepada umat lslam untuk menjalani kehidupan yang sejajar dengan

ajaran lslam.

Sesungguhnya aqidah merupakan benteng kepada rukun iman yang

melindunginya daripada perkara-perkara yang meruntuhkan iman.Dengan mem-

iliki keimanan yang mantap sudah tentu ia membuahkan amal-amal soleh yang

menjadi bekalan hidup di dunia dan di akhirat.ltilah ajaran lslam yang tidak akan

lenyap daripada pengetahuan msnusia dan akan tetap tinggal buat selama-

lamanya.la merupakan suatu himpunan hakikat-hakikat dalam bidang

aqidah,syariah dan akhlak.la merupakan risalah dakwah yang terakhir yang men-

jadi penutup bagi segala risalah samawiyyah dan ketiadaan risalah lain selepas

risalah lslam membawa erti bahawa dialah yang terakhir dan penutup bagi

semuanya dan yang kekal abadi sehingga ke hari akhirat.Maka sedarlah umat

lslam kini untuk membasmi penyebaran ajaran sesat yang nenyeleweng daripada

aqidah lslam.

Penutup

Tidak dinafikan punca utama berlakunya gejala ajaran sesat adalah disebabkan

kejahilan pengamal dan pengikut terhadap ajaran lslam yang sebenarnya.Lantas

kejahilan terhadap lslam dan kekosongan jiwa menjadi punca utama yang memu-

dahkan ajaran sesat untuk berkembang di sesuatu tempat.

Selain itu kemungkinan besar juga ,gejala ajaran sesat sengaja dirancang oleh

anasir-anasir jahat yang berselindung di sebalik imej lslam bagi menimbulkan

perpecahan,kekacauan dan huru hara dalam masyarakat lslam.

Sekiranya ada sesuatu perkara yang menjadi kekeliruan dan persoalan,maka

segeralah merujuk kepada pihak-pihak berwajib agama agar mendapat penjelasan

yang secukupnya serta menyelamatkan diri daripada terjebak dan terpengaruh

kepada ajaran sesat yang merugikan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Janganlah kita sekali-kali terjebak dan tertipu dengan penyelewengan ajaran sesat

seperti di atas.Lantas bangkit menegakkan kebenaran dan dalamilah ilmu daripada

sumber yang dipercayai kebenarannya menurut ajaran lslam.

i). Simpulan iaitu seperti dikatakan ‘aqada al-habla (menyimpul ta-

li).Dalam hal ini Allah ketika menyatakan kejahatan tukang-tukang sihir

dan memerintahkan agar Rasulullah SAW berlindung dengan Allah da-

ripadanya.Firman Allah yang bermaksud:

“……….aku minta berlindung dari kejahatan tukang-tukang sihir yang

meniup pada simpulan-simpulan tali”. (al-Falaq: Ayat 4)

ii).Perjanjian contohnya firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman,tunaikanlah perjanjian-perjanjian

itu…… (al-Maidah; Ayat 1)

Aqidah dari segi bahasa feqah adalah mufrad daripada perkataan ‘aqaid

yang bermaksud ketetapan yang idak dapat diragui lagi bagi mereka yang

berpegang dengannya iaitu apa yang diniatkan oleh seseorang atau I’tiqad

tanpa amal.

Maka dari segi bahasa rangkaian ‘aqada ialah untuk memastikan dan

mengukuhkan sesuatu.Kemudian perkataan tersebut digunakan untuk sua-

tu keyakinan atau kepercayaan yang kukuh dan kuat.

Aqidah dari segi istilah ialah al-lsm al-Jami’ bagi rukun-rukun lman.

Aqidah merujuk kepada apa yang diimani dan dipercayai oleh manusia

tentang wujudnya Allah,perutusan para rasul,keseksaan,masalah pahala

dan dosa dan lain-lain.Aqidah merupakan suatu yang wajib diyakini oleh

setiap muslim dalam melaksanakan tuntutan ibadah,kehidupan dan ama-

lan seluruhnya sama ada dalam kehidupan individu atau masyarakat.lnilah

aqidah lslam yang terangkum di dalamnya beriman kepada Al-

lah,malaikat,rasul-rasul,kitab-kitab,hari akhirat dan beriman kepada qada

dan qadar.

Aqidah Yang Mantap Benteng Kekuatan Ummah

Dalam kehidupan umah yang semakin mencabar ini,aqidah yang mantap

tidak mungkin dapat dilunturkan oleh perubahan masa dan suaana.la perlu

diperteguhkan dalam jiwa ummah sepanjang

Sehubungan itu guru atau pengasas ajaran sesat tersebut pada

asasnya tidak mempunyai pengetahuan agama yang men-

dalam,terutamanya dalam bidang akidah.Hal ini jelas kelihatan

pada Mustapha bin Salleh yang mendakwa dirinya sebagai nabi

pilihan yang menerima ilham secara langsung daripada Al-

lah.Begitu juga dengan pemimpin ajaran sesat iaitu Ayah Hasan

dan Ayah Pin yang buta huruf iaitu tidak pandai membaca dan

menulis.

Bentuk Tarekat

Ajaran bentuk tarekat ini biasanya menggunakan nama-nama

tarekat yang termasyhur di kalangan umat lslam,kerana tarekat

tersebut telah diamalkan oleh ulama’-ulama’ dan mereka itu

mengamalkan amalan-amalan tarekat itu dengan berpandukan al-

Quran dan al-Sunnah.maka melalui bentuk ini mereka

menggunakan nama-nama tarekat itu seperti tarekat Ahmadiah,

Naqsyabandiah,Shadhiah,Samaniah dan Qadiriah.Kadang-

kadang terjadi nama tarekat ini diciptakan mengikut nama ajaran

tarekat itu.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan di antara tarekat

yang direka dengan tarekat asal,tetapi ternyata daripada ajaran-

ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep-konsep yang ter-

dapat dalam ajaran tarekat rekaan itu ada mengandungi unsur-

unsur atau bahan-bahan yang boleh membawa kepada penye-

lewengan akidah lslamiah dan boleh membawa pengikut-

pengikutnya terpesong daripada ajaran lslam yang sebenar.

Kepercayaan dan Amalan Mistik dan kultus

Bentuk ini memang lumrah di kalangan orang-orang melayu

lslam di Negara ini kerana ia bersifat:

i)-Pemujaan terhadap tempat-tempat yang dianggap keramat

ii)-Pemujaan terhadap orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai

kelebihan

iii)-Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan

seni mempertahankan diri dan sebagainya.

iv)-Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang men-

dakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-

orang halus(bunian atau orang sampingan) melalui amalan cara

menurun dan sebagainya.

Justeru berdasarkan bentuk-bentuk yang disebutkan di atas menunjuk-

kan bahawa umat lslam kini masih lagi mencampuradukkan antara pola

-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama lslam.Hal

yang seperti inilah membuka ruang dan peluang kepada pembawa-

pembawa ajaran -ajaran sesat memperkembangkan ajaran mereka.lni

ditambah lagi dengan pertumbuhan amalan-amalan khurafat dalam ka-

langan masyarakat yang kadangkala terang-terangan bertentangan

dengan akidah lslamiah.

Punca Penyelewengan Ajaran Sesat

Terdapat dalam ajaran sesat ini beberapa penyelewengan yang menjadi

punca yang dilakukan oleh guru-gurunya di antaranya ialah:

Penyelewengan Mentafsirkan al-Quran dan Menggunakan Hadis

Ini dapat dilihat daripada ajaran tersebut yang secara terang-terangan

menyelewengkan ayat-ayat al_Quran sesuai dengan kehendak ajaran

mereka.Sebagai contoh dalam ajaran Qadiani bahawa Mirza Ghulam

Ahmad mendakwa dirinya menjadi Nabi dan Rasul seseudah Nabi Mu-

hammad SAW bukan sahaja mendakwa dirinya lmam Mahadi.Pengikut

-pengikut ajaran Qadiani mengatakan bahawa Mirza Ghulam ZAhmad

benar-benar Nabi yang sah senagaimana tersebut di dalam al-

Quran.Mereka menunjukkan dalili Firman Allah dalam Surah al-

Saf :ayat 6 maksudnya:

perbandingan yang amat keji dan penghinaan yang besar terhadap agama

lslam.lni kerana nikmat pengabdian diri kepada Allah adalah perkara ruhiy-

yah dan bukan perkara syahwat badan atau nikmat jasad.

Zikir yang dilakukan dalam ajaran ini adalah menepati dengan meditasi da-

lam mistisisme.di antara zikir yang paling kemuncak ialah “ah..ah.ah” yang

diambil daripada huruf pertama dan terakhir daripada lafaz al-jalalah

(Allah) dan ditafsirkan huruf alif itu adalah kemaluan lelaki dan ha adalah

alat kelamin perempuan.

Zikir “ah” adalah zikir ma’rifat Allah kerana diambil daripada lafaz Allah

yang tajali dari ahadiah,wahdah,wahidiyyah,alam arwah,alam mithal,alam

ajsam dan alam insan.Alam insan adalah benih lelaki dan alam ajsam ada-

lah benih perempuan dan kedua-duanya datang dari Allah.Oleh kerana itu

diambil alif dan ha simbol alat kelamin lelaki dan perempuan sehingga men-

jadi sebutan ah.Sebutan ah dua kali dikatakan dua rakaat Subuh.Allah empat

huruf adalah empat rakaat Zuhur.Adam tiga huruf adalah tiga rakaat Ma-

ghrib.Hawa’ empat huruf adalah empat rakaat lsyak.

Maka jelas bahawa buku tersebut cuba menyebarkan jaran Batiniyyah yang

dicampur dengan ajaran Wujudiyah (Wahdat al-Wujud) termasuk ajaran

martabat Tujuh yang bercanggah dengan ahli sunnah Wal Jamaah.

Aqidah lslam Penyelamat Daripada Ajaran Sesat

Aqidah merupakan kepercayaan dan keyakinan yang pasti (qat’i) terhadap

sesuatu tanpa sebarang rasa syak dan keraguan.Aqidah adalah dasar per-

juangan hidup umat lslam dan ia merupakan aspek kepercayaan yang di-

tuntut terlebih dahulu iaitu wajib diimani yang tidak boleh diragukan dan

tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan lain seperti syubhah.aqidah merupa-

kan sumber kebahagian yang menjadi matlamat kehidupan setiap insan di

dunia dan di akhirat.

Definisi Aqidah dari segi bahasa dan istilah

Aqidah berasal; dari bahasa Arab.lanya pecahan daripada perkataan ‘aqada,

ya’qidu. ‘aqdan yang membawa maksud berikut:

a).la ilahaillalah ertinya “kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yang

nyata pada diri kita hanya Allah semata”.lni bererti kita menafikan tubuh

kita dan kita sabitkan kewujudan Allah semata-

b).Muhammmad rasulullah ertinya “dan bersaksilah aku bahawa diriku

yang zahir ini adalah menanggung diri rahsia Allah semata-mata”.Dengan

itu terjemahan Muhammad pesuruh Allah adalah tidak tepat pada pan-

dangan Ahmad Laksamana.

Selain itu lafaz syahadah Asyhadu alla ila haillallah waasyhadu muham-

mada rasulullah telah dipecah dan diregukan kalimah-kalimah tersebut

dengan istilah dan bentuk yang bermacam ragam.Sebagai contoh la

ilahaillalah muhammada rasul yang mengandungi 24 huruf adalah

sempena 24 jam sehari semalam.

Hakikat sembahyang dan zikir

Sembahyang diertikan dengan menyaksikan diri sendiri.bahawa tiada

yang nyata pada kita ,tetapi yang nyata hanya Allah sebagai diri batin.dan

Muhammad sebagai diri zahir iaitu yang membina dan menanggung

rahsia Allah..

Ahmad Laksamana juga mengatakan bshswa sembahyang yang dilakukan

oleh umat lslam semuanya salah.baginya sembahyang yang betul ialah

dengan cara yang didapati dari mimpi,diajar oleh Rasulullah

SAW,disaksikan oleh Nabi Yusuf,wali Qutub jaded,syeikh Abdul Qadir

Jailani dan Imam Syafie.beliau mengatakan “mereka datang kepada aku

sembahyang yang disahkan oleh Nabi Khidir dan direstui oleh guru

Hakikat yang mursyid”.

Cara sembahyang yang tepat sebagaimana yang diperolehi melalui mimpi

iaitu tiada bacaan surah pendek selepas bacaan al-fatihah,tidak perlu

membaca al-fatihah dengan kuat dalam apa-apa sembahyang sekalipun

dan tiada I’tidal selepas ruku’.

Selain penyelewengan yang dilakukan dalam bentuk perbuatan atau pen-

gucapan (fi’li dan qauli),Ahmad Laksamana turut membandingkan ke-

lazatan sembahyang adalah sama dengan persetubuhan.lni adalah satu

(Dan lngatlah peristiwa) juga ketika Nabi lsa lbnu Mariam berkata :

Wahai Bani lsrael! Sesungguhnya aku itu pesuruh Allah kepada kamu

mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang diturunkan sebelum ku iaitu

Kitab Taurat dan member berita gembira dengan kedatangan seorang

Rasul yang akan datang kemudian kepada kamu bernama Ahmad,maka

tatkala ia datang kepada mereka dengan membwa dalil keterangan

yang nyata mereka berkata ini adalah sihir yang nyata).

Dalam ayat di atas orang-orang Qadiani mengatakan bahawa apa yang

dimaksudkan dengan Ahmad itu ialah Mirza Ghulam Ahmad.Tetapi

yang sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran itu ialah

Nabi kita Muhammad SAW kerana Nabi kita namanya Ahmad dan

juga Muhammad.

Kekeliruan tentang kedudukan Hadis Rasulullah SAW dan penye-

lewengan tentang memberi erti Hadis.adalah banyak dan di antara Had-

is-hadis yang mereka gunakan adalah Hadis-hadis daif,Hadis mauduk

bahkan kadangkala mereka menggunakan cerita lsrailiyat contohnya.

a). Orang yang meninggal rohnya tidak akan sampai kepada Allah jika

ia tidak memiliki Nur.Rohnya terumbang ambing di awing-awangan

entah ke mana,kerana untuk sampai kepada Allah seseorang itu wajib

memiliki frekuensi tidak terhingga iaitu al-Nur.

b). Kalimah Allah mampu menggagalkan kiamat.Mereka berpandukan

sebuah hadis(Maksudnya) “ Tidakkan datang kiamat kecuali kalau tid-

ak ada lagi orang yang membaca kalimah Allah,Allah,Allah”. Jelaslah

dalam konsep ini bahawasanya menggunakan zikir kepada Allah boleh

menggagalkan kiamat dan pegangan seumpama ini akan menafikan

kekuasaan mutlak yang ada pada Allah SWT.

Kefahaman Kebatinan

Unsur-unsur Batiniah Arab ini terdapat di dalam beberapa ajaran yang

mengemukakan prinsip bahawa tiap-tiap yang zahir ada batin dan tiap-

tiap yang tersurat ada yang tersirat.dari fahaman inilah wujud beberapa

konsep seperti sembahyang batin dan nikah batin dan amalan-amalan

kebatinan sahaja yang digunakan oleh beberapa ajaran sesat. Di samping

itu juga dari konsep kebatinan Jawa telah mengutarakan amalan-amalan

kesaktian seperti yang terdapat dalam amalan ilmu kebal,seni silat dan

sebagainya.

Adanya Konsep Kasyaf

Konsep ini antaranya menjadikan orang-orang tertentu mengetahui perka-

ra-perkara ghaib,umpamanya dapat melihat wajah orang-orang yang telah

mati yang berada di dalam kubur dan sebagainya.Konsep ini digunakan

oleh orang-orang tertentu untuk mendiayahkan dan mendakwa dirinya

atau orang-orang lain yang dipuja sebagai orang yang mempunyai kelebi-

han istimewa dengan adanya daya kasyaf ilmu-ilmu ghaib tersebut.Hal

yang seperti inilah banyak berlaku di kalangan guru-guru ajaran

sesat.Maka terjadilah amalan mendewa-dewakan diri,ketua atau kum-

pulan sebagai memiliki kelebihan yang bertentangan dengan akidah ahli

sunnah wal jamaah seperti ahli syurga,boleh tebus dosa,boleh berkahwin

lebih daripada empat dan seumpamanya.

Kitab Lama yang Membicarakan Perkara yang Sukar dan perkara

yang ghaib.

Di antara kitab-kitab yang membicarakan perkara yang sukar dan perkara

yang ghaib adalah seperti yang kitab Kashf al-Asrar,al-lnsan al-Kamil,al-

Futuhat al-Makiyyah,Rahsia Mutiara dan banyak lagi. Terdapat kitab lain

yang boleh membawa penyelewengan akidah lslamiyyah,jika tidak diawasi dan

dipelajari melalui guru yang diakui.

Gerakan pembaharuan lslam Berasaskan Fikiran Rasional

Wujud satu gerakan pembaharuan pemikiran dari kalangan para intelek di

mana mereka menganggap bahawa suatu cara baru dalam membentuk

fahaman lslam berdasarkan pemikiran rasional,yang tidak berasaskan

kepada sumber-sumber syariat lslam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.Ada

di kalangan mereka yang mempertikaikan kebenaran al-Quran dan me-

nolak al-Hadis yang bergerak melalui lapangan penulisan.Malah muncul

mereka yang mentafsir dan menghuraikan al-Quran atau al-Hadis

dengan sesuka hati tanpa sekelumit ilmu.

mata.Jadi terjemahan tiada tuhan melainkan Allah adalah tidak tepat.

Wujud juga orang yang mendakwa diri sebagai nabi terakhir,sebagai nabi

lsa,sebagai lmam Mahdi dan sebagainya.Ada yang percaya bahawa aga-

ma yang patut dianuti oleh manusia ialah hasil gabungan semua ajaran

agama yang terdapat pada hari ini.

Contoh Ajaran sesat –Ajaran IImu Hakikat

Di Malaysia penyelewengan akidah atau ajaran sesat berlaku dengan

lebih hebat dengan kemunculan satu ajaran yang dikenali dengan aja-

ran Ilmu Hakikat yang muncul sekitar tahun 1980an.Ajaran ini

dipelopori oleh haji Ahmad Laksamana bin Haji omar yang terkenal

melalui tulisannya dalam buku Hakikat Insan.Sebahagian besar isi

kandungan buku berkenaan mempunyai persamaan dengan Hidayatul

Anwar oleh syed jamalullail pengasas ajaran Taslim.

Pengaruh ajaran ini tersebar luas dan mensdapat sambutan dalam ka-

langan sebilangan kecil masyarakat di beberapa buah negeri seperti

Kelantan,PulauPinang,selangao,Perak,Terengganu,Pahang,Negeri

Sembilan dan lain-lain negeri di Malaysia Barat.

Ciri-Ciri Ajaran IImu hakikat

Hubungan manusia dengan Allah

Menurut Ahmad Laksamana,insan itu mempunyai dua unsur iaitu unsur

zahir (jasmani) dan unsur batin(rohani).Unsur batin (rohani).Unsur

batin (rohani) itu adalah Allah dan zahir (jasmani) itu adalah Muham-

mad.Oleh itu diri manusia gabungan antara Allah dan Muhammad.

Pengertian Dua Kalimah Syahadah

Dalam buku Hakikat Insan,Ahmad Laksamana mengatakan bahawa pen-

tafsiran yang dibuat oleh ulamak bagi lafaz syahadah adalah salah dan

tidak tepat.Terjemahan yang tepat mengikut pandangan ajarannya

yang digelar “IImu Hakikat dan Ma’rifat” adalah seperti berikut: