aj31403 pensejarahan melayu (autosaved)

28
1.1 Pendahuluan Bermula pada tahun 1536, apabila terdapatnya teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang yang mana dipercayai sebagai rujukan terawal atau yang pertama wujud yang memperkatakan secara naratif dan secara berhikayat tentang sejarah sebuah kerajaan atau kesultanan Melayu yang terletak dipinggiran timur pantai Selat Melaka di bahagian barat tebing muara sungai di Semenanjung Tanah Melayu 1 . Sulalatus Salatin banyak mencatatkan peristiwa- peristiwa yang benar-benar berlaku dan diketahui oleh masyarakat umum cuma agak kabur kerana adanya unsur-unsur sastera di samping tiada catatan tarikh bagi setiap peristiwa sejarah yang dikemukakan. Tokoh-tokoh yang dipaparkan dalam Sulalatus Salatin merupakan tokoh-tokoh Melayu Melaka yang memperlihatkan keunggulan pemerintahan seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, dan Sultan Alau'd-din Riayat Syah Turut digambarkan ialah pembesar-pembesar Melaka seperti Tun Ali dan Tun Perak dan Tun Mutahir. Sejarah Melaka dalam Sulalatus Salatin dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang tercatat di dalamnya. Peristiwa seperti pembukaan Melaka dan Singapura, kejatuhan Melaka, penyebaran Islam di Melaka, hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa lain adalah catatan sejarah yang jelas. Tujuan didedahkan dalam Sulalatus Salatin sebagai satu peristiwa yang tercatat dalam sejarah. Watak yang diceritakan ialah golongan raja, pembesar, rakyat dan hamba abdi. Selain itu Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan merupakan aspek sejarah yang penting melalui karya Sulalatus Salatin. Ekonomi Melaka begitu kukuh kerana Melaka menjadi tumpuan pedagang dan saudagar-saudagar dari Arab, benua Keling, dan China. Manakala sejarah politik, jelas bahawa sejarah telah menunjukkan Melaka suatu ketika dahulu merupakan kuasa besar dan berpengaruh. Dari segi penaklukan dan hubungan diplomatik, Melaka dianggap sebagai kuasa yang berjaya menewaskan negeri-negeri tertentu dengan mudah kerana adanya menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit, Pasai, Haru, dan Siam. Begitu juga pengaruh kedatangan agama Islam di alam Melayu sehinggalah kedatangan pihak penjajah khususnya Portugis seperti yang dicatatkan dalam Sulalatus Salatin merupakan satu sejarah yang sangat penting dan sebuah fakta yang tidak boleh disangkal sewenang-wenangnya. 2.1 Pengasasan Melaka 1 A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlmn 1

Upload: anwar-moktar

Post on 17-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

1.1 PendahuluanBermula pada tahun 1536, apabila terdapatnya teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang yang mana dipercayai sebagai rujukan terawal atau yang pertama wujud yang memperkatakan secara naratif dan secara berhikayat tentang sejarah sebuah kerajaan atau kesultanan Melayu yang terletak dipinggiran timur pantai Selat Melaka di bahagian barat tebing muara sungai di Semenanjung Tanah Melayu[footnoteRef:2]. Sulalatus Salatin banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku dan diketahui oleh masyarakat umum cuma agak kabur kerana adanya unsur-unsur sastera di samping tiada catatan tarikh bagi setiap peristiwa sejarah yang dikemukakan. Tokoh-tokoh yang dipaparkan dalam Sulalatus Salatin merupakan tokoh-tokoh Melayu Melaka yang memperlihatkan keunggulan pemerintahan seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, dan Sultan Alau'd-din Riayat Syah Turut digambarkan ialah pembesar-pembesar Melaka seperti Tun Ali dan Tun Perak dan Tun Mutahir. Sejarah Melaka dalam Sulalatus Salatin dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang tercatat di dalamnya. [2: A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlmn]

Peristiwa seperti pembukaan Melaka dan Singapura, kejatuhan Melaka, penyebaran Islam di Melaka, hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa lain adalah catatan sejarah yang jelas. Tujuan didedahkan dalam Sulalatus Salatin sebagai satu peristiwa yang tercatat dalam sejarah. Watak yang diceritakan ialah golongan raja, pembesar, rakyat dan hamba abdi. Selain itu Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan merupakan aspek sejarah yang penting melalui karya Sulalatus Salatin. Ekonomi Melaka begitu kukuh kerana Melaka menjadi tumpuan pedagang dan saudagar-saudagar dari Arab, benua Keling, dan China. Manakala sejarah politik, jelas bahawa sejarah telah menunjukkan Melaka suatu ketika dahulu merupakan kuasa besar dan berpengaruh. Dari segi penaklukan dan hubungan diplomatik, Melaka dianggap sebagai kuasa yang berjaya menewaskan negeri-negeri tertentu dengan mudah kerana adanya menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit, Pasai, Haru, dan Siam. Begitu juga pengaruh kedatangan agama Islam di alam Melayu sehinggalah kedatangan pihak penjajah khususnya Portugis seperti yang dicatatkan dalam Sulalatus Salatin merupakan satu sejarah yang sangat penting dan sebuah fakta yang tidak boleh disangkal sewenang-wenangnya.

2.1 Pengasasan MelakaParameswara pengasas Melaka merupakan tokoh yang bertanggungjawab menubuhkan kerajaan Melaka, beliau merupakan Putera Raja Palembang yang terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Baginda telah lari ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam yang berdekatan muara sungai Melaka. Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat peristiwa anjingnya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ sempena nama Melaka iaitu tempat beliau bersandar.[footnoteRef:3] [3: A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996]

Titah baginda Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah pada pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi? maka sembah segala Orang Besar-Besar, benarlah sepert titah Duli Tuanku itu. Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda apa nama kayu itu? Maka sembah orang, kayu Melaka namanya, Tuanku, Makatitah Raja Iskandar Syah, jika demikian, Melakalah nama negeri ini?(SulalatusSalatin/ SejarahMelayu, 1996: hlm. 71)Hikayat Hang Tuah;Pada tengah pulau itu ada sepohon kayu Melaka namanya, ditebang pohon kayu itu. Maka pada tempat itulah patik perbuatkan istana. Setelah baginda mendengar sembah bendaharadan Tuan Tuah itu maka titah baginda, Jika demikian, baiklah negeri itu kita namakan negeri Melaka.Riwayat-riwayat Cina telah menyatakan bahawa raja Melayu yangpaling awal memerintah di Melaka itu ialah Pa-li-su-la atau Pai-li-mi-su-la. Raja Melaka yang pertama ini iaitu palisula atau pailimisula telah mangkat pada awal tahun 1414. [footnoteRef:4]Pada mulanya Palisula telah mendirikan kerajaan di Singapura selama tiga tahun sahaja iaitu bermula dari tahun 1389 sehinggalah 1392. Kemudiannya raja ini terpaksa hidup dalam pelarian selama dua tahun iaitu tahun 1392 hingga 1394 di daerah Muar. Akhirnya kejayaan Palisula ini telah berjaya mendirikan kerajaan yang tetap di Melaka selama dua puluh tahun yang bermula tahun 1394 hingga menjelang tahun 1414 sebelumbaginda mangkat pada tahun itu. [4: Ibid]

2.2 Kegemilangan MelakaDalam Sulalatus Salatin kebesaran atau keagungan raja yang memerintah sebagai pembesar digambarkan melalui hubungan keturunan raja dengan legenda Iskandar Zulkarnain. Unsur mitos juga dimasukkan bagi mengesahkan dan mengukuhkan martabat pembesar-pembesar Malayu. Dalam aspek pembukaan negeri Melaka turut dikaitkan dengan mitos dan peristiwa yang luar biasa. Contohnya kegagahan pelanduk yang menentang anjing perburuan. Selain itu, beberapa peristiwa juga turut menggambarkan kehebatan Melaka juga tergambar melalui mitos kemasukan Islam, adat-istiadat raja-raja Melaka serta langan-larangan terhadap rakyat dan keluasan empayar dan jajahan takluk yang luas sehingga meliputi Pahang, Terengganu, Siak dan Inderagiri di Sumatera.Dalam Sulalatus Salatin juga, turut digambarkan kehebatan Melaka dalam aspek hubungan diplomatik. Hubungan diplomatik Melaka dengan negara-negara luar seperti Siam, China dan lain-lain digambarkan kehebatan Melaka tersebut melalui bagaimana Melaka mampu mengatasi negara-negara luar tersebut daripada pelbagai aspek. Adakalanya sulalatus salatin juga memperkecilkan negara-negara tersebut dan memandang rendah martabat raja-raja negeri lain. Contohnya dalam kisah Raja Pasai, Sultan Malikus Salleh tertipu mengkhawini anak gundik Raja Perlak iaitu Puteri Ganggang. Raja Pasai pernah ditangkap Awi Dicu dan dibawa ke Siam untuk dijadikan gembala ayam.[footnoteRef:5] [5: A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996]

Selain itu, Ratu Majapahit pula disindir ekoran ketiadaan putera sebagai pewaris takhta. Puteri Majapahit iaitu Raden Galoh Awi Kesuma akhirnya berkahwin dengan anak angkat penyadap iaitu budak yang ditemui hanyut. Manakala penyadap itu seterusnya dilantik sebagai Bahtera Majapahit. Raja China juga turut diperkecilkan kedudukannya. Dalam sejarah Melayu Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana kebijaksanaan utusan Melaka mengatasi pembesar-pembesar China dimana Tun Perpatih berjaya melihat wajah Maharaja China melalui tipu muslihat. Tun Perpatih Putih memberitahu bahawa makanan kegemaran orang Melaka ialah sayur kangkung dimasak tanpa dipotong. Maka ketika waktu makan tersebut, mereka terpaksa mendongak kepala termasuk Maharaja China tersebut supaya dapat disuapkan kedalam mulut. Ketika Maharaja China mendongak, maka dapatlah dilihat wajah maharaja China tadi. Nampaklah disini bagaimana pembesar Melaka dapat melihat wajah Maharaja China dengan mudah menggunakan tipu muslihat sedangkan rakyat China sendiri tidak pernah melihatnya.Terdapat juga penceritaan dalam karya Sulalatus Salatin yang mengkisahkan bagaimana akhirnya raja China menghidap penyakit kedal ekoran menerima sembah daripada sultan melaka. Justeru itu, untuk menyembuhkan penyakit kedal yang dihidap oleh raja China Cuma dengan cara raja China harus meminum air basuhan Sultan Melaka. Selain itu pembesar-pembesar yang membantu RSUltan Melaka turut diagungkan dengan gambaran sifat ketokohan mereka seperti bendahara Tun Perak yang memiliki sifat taat setia kepada Sultan. Keberanian Laksamana lima bersaudara yang menjadi hulubalang Melaka.[footnoteRef:6] [6: A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlmn]

2.3 Kejatuhan MelakaPada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua dan lama dalam membantu mengembangkan negerinya Melaka. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah yang merupakan seorang pahlawan yang setia kepada sultan. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu, baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak dan ini adalah merupakan satu faktor kelemahan pemimpin yang masih muda dalam mengawal serta mentadbir sesebuah negeri. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar Benggali Putih oleh orang tempatan ketika itu. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Bagi mengadakan satu perjanjian perdamaian. Albuquerque membuat beberapa permintaan iaitu membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Oleh itu, pihak Portugis terpaksa menggunakan kekerasan dengan mengepung negeri Melaka dengan peralatan perang yang lengkap. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China. Sulatus salatin, menceritakan bahawa Feringgi telah Berjaya menawan negeri Melaka dengan begitu mudahnya dan segala pembesar melarikan diri mereka. Sultan Ahmad telah pergi ke hulu Muar, Sultan Mahmud Syah diam di Batu hampar, manakala bendahara tinggal di Lubuk Batu. Maka dengan kekalahan Melaka, maka orang Feringgi pun menduduki Melaka. Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Sumatera dan mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526. Tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.Sulatus salatin, menceritakan bahawa Feringgi telah Berjaya menawan negeri Melaka dengan begitu mudahnya dan segala pembesar melarikan diri mereka. Sultan Ahmad telah pergi ke hulu Muar, Sultan Mahmud Syah diam di Batu hampar, manakala bendahara tinggal di Lubuk Batu. Maka dengan kekalahan Melaka, maka orang Feringgi pun menduduki Melaka.

3.1 Sistem Politik Melaka3.2 Hubungan Diplomatik3.2.1Hubungan dengan Kerajaan SiamMelaka menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun Jana Putera. Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, tidak berkelahi dan tidak berdamai." Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baikdengan Siam lalu menghantar utusan sebagai suatu tanda menghulur persahabatan. Antara isi surat raja Melaka kepada raja Siam ialah: Surat ini hendak pun tiada dilawani, takut mudarat keatas nyawa; sungguh di dalam dilawani, terlalu takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harapakan ampun dan kurnia, maka menyuruhkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera." Sultan Mansur Syah ingin hubungan dengan Siam dipulihkan. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah diutuskan ke sana. Mereka telah berjaya mengadap Paduka Bubunya dan mengangkat martabat dan menjaga maruah raja Melaka. Sultan Mansur diberikan makna sebagai raja yang dimenangkan akan Allah taala daripada segala seteru. Bila ditanya kenapa Melaka tidak dapat dikalahkan oleh Siam, Tun Telanai telah menyuruh Suir, seorang tua yang untut tetapi belakangnya tidak lut dtikam oleh lembing. Sekalian orang Melaka dikatakan seperti Suir itu, iaitu tidak lut ditikam dengan lembing. Paduka Bubunya telah percaya dengan tipu helah itu. (SulalatusSalatin, hlm 108) Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan baik. Raja Siam bertanya makna "Mansur Syah". Utusan Melaka memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah daripada segala seterunya."( SulalatusSalatin, hlm 108). Hubungan antara Melaka dengan Siam juga wujud pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Hal ini dapat dilihat melalui Sulalatus Salatin:Arakian Sultan Muzaffar Syah pun memberi titah pada sekelian menteri dan sida-sida dan Bentara dan Hulubalang sekelian. Apa bicara Kamu Sekalian? Maka Sembah Perdanan Menteri, benarlah seperti titah itu, kerana banyak seteru, baik sahabat[footnoteRef:7]. [7: Cheah Boon Kheng (susunan), Abdul Rahman Haji Ismail merumikan Dalam Sejarah Melayu Ms Raffles No. 18, Kuala Limpur: MBRAS, 1998, hlmn. 142]

Petikan diatas menunjukkan ucapan yang dilakukan oleh Tun Perak Kepada Sultan Muzaffar Syah untuk melakukan persahabatan dengan Siam. Hal ini kerana, menurut Tun Perak, Melaka sebagai sebuah kerajaan Mashur dan pelabuhan terkenal malah pusat penyebaran Islam tidak guna untuk bermusuh dengan Siam dan lebih baik untuk berbaik-baik sahaja. Tidak ada gunanya jika Melaka dan Siam terus bermusuh dengan Siam.

3.2.2Hubungan dengan chinaMaharaja Dinasti Ming (1368-1643) telah menghantar Yin Ching sebagai utusan China ke Melaka untuk mewujudkan hubungan persahabatan, perdagangan dan diplomatik dengan Melaka. Pada tahun 1407, Parameswara pula telah menghantar utusannya ke China dan pada tahun 1409, Raja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk melawat Melaka dan membawa bersamanya Parameswara, isteri dan anak Parameswara serta para pembesar Melaka bersama 450 orang ke China pada tahun 1411. Maharaja China kemudiannya telah menganugerahkan kepada Raja Melaka sebuah kapal untuk beliau kembali ke Melaka. Rombongan tersebut dianggap sebagai rombongan asing yang terbesar melawat China pada zaman Dinasti Ming. Maharaja Ming telah mengarahkan kerajaan tempatan menjamu tetamu asing selama perjalanan mereka menuju ke Nanjing, ibu kota Dinasti Ming. Maharaja Ming Zhu sendiri telah menerima kunjungan Parameswara dan rombongannya di balairung Feng Tian. Selain diadakan jamuan yang besar, maharaja Ming telah menyampaikan berbagai cenderamata berharga kepada tetamu dari Melaka. Parameswara juga telah dihadiahkan berbagai cenderamata berharga dari maharaja Ming pada 1 haribulan ke-8 di balairung Wumeng. Rombongan Parameswara telah berada di China selama tiga bulan dan mereka telah dilayan dengan penuh penghormatan oleh Maharaja Ming[footnoteRef:8]. Tujuan pengiriman utusan dan tujuan lawatan baginda ke China ialah bagi memperatkan lagi hubungan politik dan meminta perlindungan dari negara China daripada ancaman Siam khasnya[footnoteRef:9]. Dasar politik berbaik-baik dengan negara China itu diteruskan oleh anak dan cucunya hingga tahun 1435. Sri Maharaja (Sultan Muhammad Syah) ialah raja Melaka yang terakhir yang datang mengadap maharaja China di Peking pada 26 Mei 1434 dan bertolak pulang ke Melaka dari Canton pada 28 April 1435. Hubungan diplomatik antara China dan melaka ini dapat dilihat didalam Sulalatus Salatin iaitu: [8: Kong Yuanzhi, Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Bangi: Penerbit UKM,2000, hal. 58.] [9: Wang Gung Wu, The First Three Ruler Of Malacca, JMBRAS, Volume 41, 1998, hlmn. 18]

Itulah Tuanku pada seorang-seorang disuruh raja kami mengolek dia. Demikinlah peri banyak rakyat raja kami, tiada seorang pun tahu akan bilangannya.[footnoteRef:10]Raja benua China telah menghantar utusan ke Melaka untuk menjalinkan hubungan persahabatan. Dihantarkan juga hadiah seperti kain-kain sutera dan juga sebuah pilau yang sarat dengan jarum. Jarum itu menunjukkan ramainya rakyat China. Sebagai balasan Tun Perpatih Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China. Dia membawa sagu rendang sarat sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil sebiji seorang dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya. Untuk melihat Raja China, Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang. Untuk makan dibimbit hujung kangkung itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya. Raja China meminta Sultan Mansur datang ke China bagi dikahwinkan dengan puterinya. TPP menyatakan Sultan tidak dapat datang kerana ada permusuhan. Jadi baginda bersetuju supaya puterinya itu dihantarkan ke Melaka. [10: Cheah Boon Kheng (susunan), 1998,Op.cit.hlmn. 167]

3.2.3 Hubungan Dengan IndiaSelain daripada China dan India, Melaka juga mempunyai perhubungan diplomatik dengan India. Hubungan ini merupakan satu hubungan persahabatan dan perdagangan. Hal ini dijelaskan dalam Hikayat Hang Tuah: Hang Nadim, menantu Laksamana Hang Tuah, telah dititahkan ke Benua Keling untuk membeli kain batik. 40 bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga. Beliau pergi dengan kapal Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang mampu menyediakan corak kain yang dikehendaki oleh Hang Nadim itu.Setelah kain batik siap, Hang Nadim segera bersiap untuk pulang.Malangnya Hang Isap telah berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang Isap didakwa tidak menjelaskan semua bayarannya dan dia mengatakan kepada Saiyid itu sebagai wali pelir. Kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan pulang nanti. Sumpahnya menjadi kenyataan bila kapal Hang Isap telah karam dipukul ribut. Bagaimanapun Hang Nadim berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Selon. Dia berjaya pulang ke Melaka dengan membawa kain 4 helai sahaja. Sultan murka dengannya. Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia, dikebumikan di Tanjung Keling. Dia digantikan oleh menantunya iaitu Laksamana Khoja Hassan[footnoteRef:11] [11: Kassim Ahmad, Hikayat hang Tuah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975, hlmn. 340]

3.2.4Hubungan Melaka dengan MajapahitKisah hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka telah menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri Majapahit itu. Rombongan Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura. Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang Majapahit. Selain itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombaki oleh Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara yang bertujuan menghina Betara. Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa. Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara[footnoteRef:12]. [12: Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Kerajaan Melaka Dalam Hubungan AntaraBangsa, JEBAT, Volume 18, 1990, hlmn. 74]

Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan[footnoteRef:13]. [13: Ibid, hlmn 75-77]

3.3Sistem Perundangan MelakaUndang-undang Melaka trdiri daripada dua buah undang-undang. Iaitu undang undang yang dikenali sebagai Hukum kanun Melaka dan Undang Laut Melaka. Kedua-dua undang ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam mebentuk kerajaan melaka. Undang-undang Melaka atau lebih dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka pada mulanya merupakan peraturan yang tidak bertulis. Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan, rakyat, dan negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun ini sudah dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456 M) namun ia baru ditulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489-1511 M). Manakala Undang undang laut Melaka pula merupakan Sebuah undang-undang yang berkaitan Jual beli dan pelayaran[footnoteRef:14] [14: PH. S. Van Ronkel (ed.), Risalat Hoekoem Kanoen Jaitoe Oendang-oendang Melaka, Leiden: Boekhandel En Drukkerij Voorheen E. J. Brill, 1919, hlmn 3]

Hukum Kanun Melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu. Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut undang-undang negara. Tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang awam menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap dalam Hukum Kanun Melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna dalam menjalankan pemerintahan kerajaan. Kepentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka[footnoteRef:15]. [15: Ibid, hlmn 4]

Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi mempertahankan sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan raja dengan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri, maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan[footnoteRef:16]. Bagi memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka diadakan pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan Raja. Misalnya, Raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian nipis, keris berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali dianugerahkan oleh Raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara. Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka menjelaskan tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan institusi beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan yang telah termaktub ini sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik melibatkan golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba. Didalam Sulalatus Salatin yang boleh dilihat berkaitan Undang-undang ini antaranya seperti berikut[footnoteRef:17]. [16: Microfiche 15 (LUB D393/1 K1.45), Risalat Hukum Kanun Melaka, Kuala Lumpur: Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Risalat ini ditulis dengan menggunakan tulisan jawi.] [17: Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 1990, Op.cit, hlmn 71]

3.3.1 Menggunakan Hak Raja Tanpa IzinSelain derhaka, adat yang melibatkan hukuman adalah seperti menggunakan hak raja tanpa izin seperti mengambil gundik baginda. Pelaksanaan undang-undang ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah apabila Hang Tuah memakai gundik raja. Peristiwa tersebut dirakam dalam Sulalatus Salatin;Hatta beberapa lamanya datanglah hudjatul-baligh akan Hang Tuah. Maka Hang Tuah pun berkehendak dengan seorang dayang-dayang dalam istana raja. Maka ketahuan raja. Maka oleh Sultan Mansur Syah Hang Tuah disuruh bunuh pada Seri Nara Diraja[footnoteRef:18]. [18: A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlmn 47]

3.3.2 Merancang untuk Merampas KuasaUndang-undang juga menetapkan bahawa rakyat atau pembesar tidak boleh merampas kuasa. Pelaksanaan undang-undang ini agak jelas pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Baginda telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas bendahara Seri Maharaja yang memang didendaminya, setelah mendapat aduan daripada Laksamana Khoja Hassan seperti yang disampaikan oleh Raja Mendeliar. Sejarah itu telah dirakam dalam teks Sulalatus Salatin:Sahaya mengadap ini, sahaya terlepas taksir, supaya jangan sahaja dikatakan orang sebicara dengan penghulu sahaya, kerana sahaya ketahui bahawa Datuk Bendahara hendak derhaka. Hendaklah orang kaya persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia berbuat takhta kerajaan menempa cerek emas dan kaus emas, kasadnya hendak naik raja di dalam negeri Melaka ini[footnoteRef:19]. [19: Ibid, hlmn 48]

3.3.3 Peraturan menghadap rajaKetika menghadap raja dan menjunjung duli, terdapat juga peraturan yang perlu dipatuhi. Peraturan tersebut ialah, mana-mana pembesar termasuklah Bendahara, dan lain-lainnya tidak boleh disembah sebelum menyembah raja atau di hadapan baginda. Peristiwa ini tergambar sewaktu pembesar-pembesar duduk di balairung menunggu Sultan Mahmud Syah keluar untuk berhari raya. Berikut merupakan rakaman dalam teks Sejarah Melayu:Maka Raja: Mendeliar; pun datang hendak menyembah Bendahara Seri Maharaja. Maka ditepiskan Bendahara tangan, Raja Mendeliar, seraya katanya, Ceh, Keling, tiada tahu bahasa, patutkah tuan hamba menyembah hamba di balai ini? Datang ke rumah hamba tidakkah boleh? Lagipun pada yang Dipertuan belum kita menjunjung duli; bagaimana kita akan berjabat tangan dahulu?[footnoteRef:20] [20: Ibid, hlmn 51]

3.3.4 Hukuman PencuriSetelah Temenggung mendengar Sultan sendiri keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak, dia mulai mengeraskan kawalan. Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya. Membuatkan pencurian berjaya dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat di tengah negeri. Seorang penghulu ditugaskan berkawal di situ. Sesiapa yang menjumpai harta orang hendaklah dipulangkan kalau tidak tangannya akan dikerat. Setiap barang yang dijumpai dihantarkan ke balai.[footnoteRef:21] [21: A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlmn 56]

Daripada empat contoh diatas dapat dilihat bahawa, undang-undang atau Hukum Kanun Melaka merupakan sebuah peraturan yang mempunyai pelbagai kategori dan aspek. Pearuran ini juga bukan sahaja peraturan berkaitan dengan hukuman jenayah, tetapi juga berkaitan dengan ada-adat sosial, peraturan sosial dalam istana dan sebagainya. Tiga contoh diatas merupakan contoh asas sahaja. Terdapa banyak lagi contoh yang di utarakan dalam Sulalatus Salatin.Manakala Undang Laut Melaka pula dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang ini merupakan satu peraturan yang telah ditetapkan oleh Kesultanan Melayu Melaka berkaitan hukum dan peraturan di laut seperti tatacara, undangundang pelayaran dan perkapalan[footnoteRef:22]. Undang-undang Laut Melaka juga mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Hal ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. Menurut R.O Winstedt dan Josselin de Jong yang meneliti dan menyelenggara teks Undang-undang Laut Melaka, undang-undang ini dipercayai telah disusun pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Seri Maharaja[footnoteRef:23]. Undang-undang Laut Melaka ini dianggap sebagai undang-undang tambahan kepada Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Darat Melaka). Undang-undang Laut Melaka mempunyai 25 fasal di mana 24 daripadanya menyentuh soal perdagangan dan perkapalan[footnoteRef:24]. Sulalatus Salatin Menyebutkan bahawa Undang laut Melaka Wujud apabila Tiga orang nakhoda mengusulkan kepada Mahmud syah: [22: Jelani Harun, Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan. Pulau Pinang: Penerbit USM, 2008, hlmn 15] [23: Liaw Yock Fang, 2003, Op.cit, hlmn 19] [24: Mariyam Salim (peny.), Undang-Undang Laut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlmn. 12]

Ketiga tiga nakhoda tersebut bermesyuarat dengan segala nakhoda untuk membuat undang undang ini. Apabila selesai, ketiga tiga nakhoda itu mempersembahkan undang undang tersebut kepada Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah melalui Bendahara Paduka Raja yang menjadi mangkubumi pada ketika itu. Sultan Mahmud Syah menerima undang undang itu dengan baik dang mengisytiharkannya sebagai Undang Undang Laut yang sah sebagaimana titah baginda dalam upacara penyerahan undang undang tersebut. "Baik kami kabulkan seperti sembah bendahara itu. Kami kurniakan hukum ini kepada segala nakhoda datang kepada anak cucu kami dan jikalau sudah kami hukumkan di laut tiada dapat siapa mengata kami kerana hukum ini sudah titah dari bawah Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah di dalam negeri Melaka[footnoteRef:25], segala hukum dilaut itu putus di laut jua dan hukum di darat, putusnya di darat jua...." [25: Ibid, hlmn 13]

Antara peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka yang bersabit dengan hal di laut termasuklah: 1. Tugas pegawai kapal 2. Hukuman yang dijalankan di atas kapal 3. Hukum-hukum perniagaan. Antara tugas-tugas pegawai kapal termasuklah: 1. Nakhoda: Nakhoda dianggap sebagai pegawai tertinggi dan individu yang paling berkuasa dalam sesebuah kapal, jong atau balok. Beliau diberi kuasa penuh seperti seorang raja. Nakhoda mempunyai beberapa keistimewaan tertentu, antaranya termasuklah tempat duduk khas yang hanya boleh diduduki oleh nakhoda sahaja yang dikenali sebagai peterana lawang. Selain itu, terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak kapal bagi menghormati nakhoda. Antaranya, anak kapal dilarang untuk duduk terjuntai di atas anjung dan duduk menghadap ke belakang kapal. Hal ini dianggap sebagai tidak menghormati nakhoda sebagai seorang raja di laut. Tidak ada mana-mana anak kapal dibenarkan bercermin menghadap ke haluan kerana dikhuatiri mempunyai muslihat tertentu. Contohnya, jika nakhoda datang dari belakang akan kelihatan nakhoda dan isteri atau gundiknya di dalam cermin. Antara keistimewaan lain yang terdapat pada nakhoda termasuklah: Jika seseorang anak kapal turun ke darat dengan suruhan nakhoda dan mendapat apa-apa harta seperti emas atau perak, semua harta itu akan jatuh kepada raja (nakhoda). Mereka hanya akan mendapat harta itu atas belas kasihan nakhoda. Tetapi jika anak kapal turun ke darat tanpa suruhan nakhoda, nakhoda hanya mendapat 1/3 sahaja dari harta tersebut. Akan tetapi, Fasal 3 dalam Undang-undang Laut Melaka menjelaskan jika abdi atau orang berhutang mendapat harta itu walaupun tanpa suruhan nakhoda, harta itu akan menjadi milik nakhoda. Barang siapa mendapat hamba yang lari ia tetap kepunyaan nakhoda. Jika bertemu dengan tuannya, hamba itu terpaksa menebus separuh harga kepada nakhoda. Jika tidak bertemu dengan tuannya, hamba itu kekal di tangan nakhoda. Jika nakhoda mahu menjual hamba itu, hendaklah disaksikan oleh anak kapal dan orang-orang di tempat itu[footnoteRef:26]. [26: Ibid, hlmn 19]

...nakhoda itu umpama raja ia dalam perahunya[footnoteRef:27] [27: Ibid, Hlmn 20]

Dalam perniagaan pula, terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh nakhoda. Antaranya, jika nakhoda sampai ke sebuah pelabuhan atau bandar, beliau akan diberi peluang berniaga terlebih dahulu, iaitu pada empat hari yang pertama. Dalam hal tawar menawar ke atas sesuatu barang pula, jika nakhoda menawarkannya ke peringkat harga tertentu, orang lain (pegawai atau anak-anak kapal tidak dapat mengatasinya). Jika melakukannya juga, barang itu akan jatuh ke tangan nakhoda. Selain itu, jika terdapat pegawai kapal membeli hamba atau barangbarang yang berharga tanpa pengetahuan nakhoda, apabila diketahui oleh nakhoda ia akan jatuh ke tangan nakhoda. Jurumudi: Jurumudi dianggap sebagai pegawai dan individu kedua yang terpenting selepas nakhoda. Tugas utama seorang jurumudi adalah untuk mengemudi sesebuah kapal dan kuasa yang ada padanya dianggap setaraf dengan seorang Bendahara di darat. Jurumudi dan jurubatu tidak boleh meninggalkan sesebuah kapal. Jika terpaksa berbuat demikian, mereka akan dikenakan denda. Jurubatu: Kuasa yang ada pada jurubatu dianggap seperti seorang Temenggung di darat. Beliau berperanan menjaga sauh dan bahagian hadapan kapal atau perahu. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab menjaga keamanan di atas kapal. Mengikut Undang-undang Laut Melaka, jika seseorang anak kapal melanggar perintah Tukang Agung (Ketua Segala Tukang), jurubatu berhak menjatuhkan hukuman ke atas anak kapal tersebut. Tukang: Terbahagi kepada beberapa jenis mengikut tugasan. Contohnya tukang petak, tukang kiri, tukang kanan dan sebagainya. Ketua segala tukang ialah Tukang Agung. Malim: Beliau dianggap sebagai hakim dalam sesebuah kapal. Beliau juga merupakan seorang yang arif mengenai arah yang hendak ditujui, mengenali tanah dan laut, angin dan ombak dalam atau tohor, bulan dan bintang, teluk dan tanjung, gunung dan bukit, batu dan pasir dsb. Muda-muda: Dianggap seperti tentera dalam sesebuah kapal. Tugas seorang muda-muda termasuklah menjaga senjata, menjadi tentera dan mempertahankan kapal dari serangan musuh. Ketika di darat, muda-muda bertugas menjaga keselamatan dan menjadi pengiring nakhoda. Orang Berkepung: Merupakan anak kapal yang menjalankan tugas-tugas rencam termasuklah menjaga air ruang, melihat api dalam jong, melihat musuh dan melihat angin dan ribut. Undang-undang Laut Melaka tidak menjelaskan sama ada anak kapal dibayar gaji ataupun tidak. Tetapi yang jelasnya, Undang-undang Laut Melaka telah memberi panduan yang jelas kepada setiap anak kapal dan peranan mereka di atas sesebuah kapal, perahu, jong atau baluk. Selain itu, nakhoda berperanan menempatkan muatan mereka di atas kapal serta memberi pinjam wang kepada anak-anak kapalnya[footnoteRef:28]. [28: Nordin Husin, Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011, hlmn 25]

Selain menjelaskan peranan dan keistimewaan tertentu ke atas setiap pegawai dan anak kapal, Undang-undang Laut Melaka turut memuatkan bentuk hukuman yang dikenakan atas setiap kesalahan yang dilakukan di atas kapal. Antaranya termasuklah: 1. Kesalahan Berzina: Kesalahan ke atas mereka yang bersalah melakukan perzinaan dilihat mengikut undang-undang yang berasaskan Islam. Sebagai contoh, mana-mana anak kapal yang didapati berzina dan telah berkahwin, mereka akan dihukum bunuh. Kepada pesalah yang belum berkahwin, mereka akan dipalu sebanyak 100 kali. Untuk kesalahan berzina di antara seseorang yang merdeheka dengan hamba perempuan, mereka perlu membayar denda setengah harga hamba tersebut. Untuk kesalahan berzina dengan isteri nakhoda pula, hukuman bunuh akan dikenakan. Isteri nakhoda juga akan dibunuh atau dihukum masuk ulur. Kesalahan Memaki Nakhoda: Kesalahan yang dianggap serius, namun tidak sampai dikenakan hukuman bunuh. Hukuman terhadap kesalahan memaki nakhoda adalah pesalah akan dimalukan di hadapan orang ramai. 3. Kesalahan terhadap Pegawai yang Cuai: Misalnya muda-muda yang ditugaskan menjaga hamba abdi. Sekiranya hamba abdi didapati melarikan diri atau berbuat jahat atas kecuaian muda-muda, mereka dikehendaki membayar harga abdi tersebut dan disebat sebanyak 60 kali sebatan. Jika malim cuai ketika menjaga kapal atau perahu sehingga pecah, hukuman bunuh dikenakan ke atasnya. Antara kesalahan yang dianggap besar dan dikenakan hukuman bunuh termasuklah berbuat khianat, membuat pakatan hendak membunuh nakhoda, malim, tukang dsb serta seseorang yang berkelakuan amat jahat. Selain itu, Undang-undang Laut Melaka juga menetapkan hukum-hukum mengenai perniagaan. Antara hukum-hukum berkenaan perniagaan dalam Undang-undang Laut Melaka termasuklah kebenaran untuk membawa barang dagangan di atas sesebuah kapal. Di samping nakhoda, pegawai dan anak-anak kapal, perahu terdapat beberapa penumpang yang juga membawa barang untuk didagangkan. Penumpang ini dikenali sebagai mulkiwi. Kiwi merujuk kepada penyewa petak perahu yang juga menjalankan perniagaan dan terbahagi kepada empat jenis iaitu kiwi yang membeli petak, kiwi yang hanya memberi modal kepada nakhoda tetapi barangnya tiada di atas kapal serta dua jenis lagi kiwi yang tidak dinyatakan keadaannya. Kiwi hanya membayar cukai di jong dan tiada cukai negeri. Jika kiwi berhajat untuk turun dari kapal, maka hilang harga pitaknya. Jika turun dengan satu-satu sebab, seperti berbalah dengan nakhoda, tidak semua hartanya itu akan hilang. Jika sudah sampai musim berlayar, iaitu musim kasip jika jong itu terlambat, misalnya lebih dari 7 hari, nakhoda terpaksa mengembalikan harga pitak kepada kiwi. Jika kiwi yang terlambat turun, disebabkan urusan perniagaannya, iaitu lebih dari 7 hari, nakhoda boleh berlayar tanpa kiwi itu[footnoteRef:29]. Contoh Undang-undang laut Melaka yang diungkapkan dalam Sulalatus Salatin: [29: Ibid, hlmn. 27-35]

Adapun yang dinamai Khalifatul Muminin itu, didalam negeri demikianlah lagi nakhoda itu di dalam laut. Kerana segala nakhoda itu ganti raja didalam laut maka mendapat ganti ia sebagai raja laut.

3.4Pentadbiran MelakaDalam bidang pentadbiran, Melaka sememangnya Pentadbiran yang sistematik. Pentadbiran ini lah yang telah membuatkan Kerajaan melaka aman dan makmur serta gemilang. Pentadbiran ini diketuai oleh Sultan dan dibantu oleh pembesar-pembesar yang bijaksana. Sultan Melaka dibantu oleh pembesar-pembesar Melaka dalam mentadbir. Dalam Sulalatus salatin: dan tiada lagi akan sentosa kerajaannya, kerana raja-raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu, jikalau tiada kayu, diamanakah api itu bernyalaBagi melicinkan urusan pentadbiran, Sultam Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka. Dalam sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. Baginda dibantu oleh 4 orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembessar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.4.1Ekonomi MelakaKegiatan ekonomi Melaka di dorong oleh salah satu fungsinya utamanya sebagai Pelabuhan entreport. Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka. Pelabuhan Melaka sebagai pusat perdagangan Enterepot dijelaskan dalam Sulalatus Salatin: "Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu."[footnoteRef:30] [30: W.G Shellabear (ed.), Sejarah Melayu (Edisi Jawi), Singapura: Malay Publishing, House Limited, 1896, h. 317]

Kegiatan Ekonomi Melaka yang sememangnya terkenal dalam kegiatan perdagangan dikuat dan dikukuhkan lagi dengan penggunaan sistem mata wang pada Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Penggunaan Sistem Mata Wang membuatkan Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains.Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat[footnoteRef:31]. [31: Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, h. 496-497]

5.1Sistem Sosial Melaka5.1.1 Daulat dan TulahKonsep Waad Dalam Sejarah Melayu, institusi beraja ini diwarnai dan dilandasi dengan konsep waad. Perjanjian Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun adalah teras kepada pembentukan dan kewujudan konsep beraja. Waad ini juga menyatakan konsep raja serta rakyat dengan lebih jelas. Di dalam waad itu menjelaskan raja tidak dibenarkan dilwo serta dicela dan tidak boleh dikenakan hukuman tanpa berlandaskan hukum syarak. Di dalam waad antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun itu, secara tidak langsung menjelaskan tentang kuasa yang ada pada raja atau sultan iaitu raja akan tetap menuntut ketaatan rakyat di dalam apa jua keadaan. Ini kerana dalam waad ini dengan jelas menetapkan bahawa golongan rakyat dikehendaki taat setia dan patuh kepada raja, walaupun raja bersikap zalim dan kejam. Ini secara tidak langsung mewujudkan suatu konsep lain iaitu konsep "daulat". "tulah serta konsep "derhaka". Konsep daulat, tulah, dan derhaka merupakan aspek panting yang mendasari konsep negeri beraja[footnoteRef:32].Dalam Sulalatus Salatin perisitiwa waadat ini tertulis dalam petikan berikut : [32: Muhammad Yussuf hashim, Daulat, Konsepnya Dalam Budaya politik awal Kerajaan Melayu, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah UM, 1998, hlmn.1]

Maka titah Seri Teri Buana, Kabullah hamba akan janji paman itu, tetapi hambapun hendak minta janji juga pada paman. Maka sembah Demang Lebar Daun, Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia. Maka titah Seri Teri Buana, Hendaklah oleh segala cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuaku, Maka titah Seri Teri Buana, Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka bagindapun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas. Maka sembah Demang Lebar Daun, Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjiannya dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya,. Itulah dianugerahkan Allah subhanahu wa taala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu. Jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hokum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa (Sulalatus Salatin, hal. 25-26)[footnoteRef:33]. [33: Ibid, hlmn. 2]

Derhaka merupakan Pelanggaran kepada sebarang perintah raja, tidak taat setia serta ingkar kepada segala perintah diraja boleh dianggap derhaka. Dalam teks sastera sejarah iaitu Sejarah Melayu, penderhakaan ada dilakukan oleh golongan pembesar-pembesar dan rakyat jelata. Penderhakaan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar atau rakyat jelata lazimnya akan diikuti dengan tulah atau akibat yang buruk (pembalasan). Dalam Sejarah Melayu ada menyebut kisah penderhakaan terhadap raja oleh rakyat jelata. Peristiwa penderhakaan pertama dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa yang berpunca dari Raja Iskandar Syah, raja Singapura yang terakhir termakan fitnah gundik raja yang lain. Raja Iskandar Syah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa apabila anak perempuan Sang Rajuna Tapa dihukum sula Penghulu Bendahari. Sang Rajuna Tapa tidak berpuas hati lalu meminta pertolongan Bentara Majapahit agar menyerang Singapura sehingga menyebabkan Singapura jatuh ke tangan Majapahit. Akhirnya Sang Rajuna Tapa telah terkena tulah di mana rumahnya roboh. kerengkiangnya pun tumbang, beras pun habis menjadi tanah, dan dirinya serta isterinya menjadi batu.[footnoteRef:34] [34: Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka (The Laws Of Melaka), Netherlands: The Hague - Martinus Nijhoff, 1976, h. 70.]

Melalui peristiwa ini jelas bahawa rakyat tidak boleh menderhaka kepada rajanya. Penderhakaan yang kedua dilakukan oleh Hang Jebat. Beliau begitu marah kepada sultan dan orang-orang yang membuat fitnah sehingga menyebabkan Hang Tuah dijatuhi hukuman bunuh oleh sultan. Perjuangan Hang Kasturi tidak ke mana apabila beliau akhirnya terbunuh di tangan sahabatnya. Hang Tuah. Jelaslah kepada kita bahawa menderhaka kepada raja akan menerima tulah dan akan menemui kegagalan[footnoteRef:35]. [35: Lihat R.O. Winsted, Kingship And Enthronement In Malaya, JMBRAS, Singapore: Malay Publishing House Limited, vol. XX, part I, 1947, hh. 45-56.]

Kedaulatan atau daulat pula adalah satu bentuk pengishtiharan kepada raja sebagai yang mempunyai kuasa ataupun kesaktian. Jesteru itu tidak hairanlah kedaulatan raja. khususnya raja Melaka dikatakan berasal dari Raja IskandarZulkarnain dari negeri Makaduniah dan berbangsa Rom. Ketinggian raja Melaka itu sering kali diperlihatkan sama ada dari kacva mata masyarakat Melayu lama itu sendiri atau masyarakat luar. Misalnya kisah penyakit kedal yang dihadapi oleh Maharaja China, akibat daripada sikap angkuh dan sombong raja China yang menyuruh Sultan Melaka mengadap dan menyembahnya. Perbuatan Ini telah menyebabkan raja China mengidap penyakit kedal. Penyakit kedal itu hanya sembuh apabila raja China minum air basuh kaki raja Melaka. Situasi secara retorik memperlihatkan bahawa Sultan Mansur Syah mempunyai ketinggian martabat. Maka dapat dinyatakan bahawa sultan atau raja dikatakan mulia serta unggul apabila mempunyai sifat-sifat tersebut.Dapatlah dibuat kesimpulan bahawa raja merupakan teras kepada kerajaan. Jatuh atau runtuh dan bangunnya sesebuah Negara kota terletak kepada raja. Kemakmuran serta kemajuan terletak di atas bahu raja. Sesungguhnya raja yang adil dapat melahirkan rakyat yang taat serta pembesar yang bertanggungjawab. Raja yang bersikap zalim dan kejam akan menyebabkan rakyat menderhaka serta berpecah belah. Pernyataan raja merupakan payung negara, dapat dilihat dengan jelas ketika Peringgi menyerang negeri Melaka:Maka kata Seri Nara Diraja, "Hendak ke mana Tuanku berdiri di sini?'Maka titah Sultan Mahmud Syah, Kita hendak berperang dengan Peringgi kerana istiadat raja-raja itu, negeri alah rajanya mati[footnoteRef:36] [36: Ibid, hlmn 5-7]

5.2Islam di MelakaIslam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15[footnoteRef:37]. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456), Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Peranan Pedagang dari Sumatera Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam Peranan Pedagang dari Arab & India[footnoteRef:38]. Mereka menyebarkan agama Islam di samping berdagang di Melaka Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar, dan rakyat Melaka. [37: Arbaiyah Mohd Noor, Perkembangan pensejarahan islam di alam melayu, Development of Islamic Historiography in Malay Archipelago: Jurnal Al-Tamaddun Bil. 6, 2011, hlmn 29-50 ] [38: S.Q. Fatimi, Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sociological Research Institute, 1963, hlmn.83. ]

Pedagang Islam berkahwin dengan penduduk tempatan Peranan Sultan Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam .Peranan Ulama Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah. Disamping itu, Sifat Agama Islam Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk menganut agama Islam Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah. Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama. Masjid, madrasah, dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran. Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf yang terkenal ialah Abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil. Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam[footnoteRef:39]. [39: Farid Alatas, Notes on Various Theories Regarding the Islamization of the Malay Archipelago: The Muslim World, Vol. LXXV, Hartford: The Duncan Black MacDonald Center, 1985, h. 170. ]

Dalam Sulalayus Salatin ada dijelaskan kedatangan Islam ke Melaka yang mana sekaligus menjadikan agama Islam sebagai cara hidup dan agama rasmi Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Iaitu: Raja telah memberitahu Bendahara yang ia bermimpi bertemu Rasulullah. Sebagai buktinya, kalamnya kelihatan telah dikhatankan orang dan akan datang sebuah kapal pada waktu Asar nanti. Pada petang itu datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz makhdum kapal itu telah turun bersembahyang di pantai. SAA telah dibawa masuk ke istana dan semua orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada SAA itu. Raja mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar Seri Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja. Baginda membuat beberpa pantang larang termasuk melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar. Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, Perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris. Tidak boleh bergelang emas di kaki. Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak. Barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di belakang akan dirampas. Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula untuk putera raja[footnoteRef:40]. [40: Ismail Hamid, The Malay Islamic Hikayat, Monograf 1, UKM: Institut Bahasa, h. 19. Lihat juga R.Winstedt (1969), A History of Classical Malay Literature, Oxford: Oxford University Press, Edisi kedua, 1983, h. 135.]

Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi kerajaan Melaka dan pegangan Utama pada ketika itu. Ini jelas dalam Sulalatus Salatin: Maka Bendahara berwasiat pada cucunya, hei anak cucuku jangan kamu tukarkan agama dengan dunia. Adapun dunia itu tiada kekal adanya. Hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebaikan kepada Allah Subahana Wataala dan Rasulnya.[footnoteRef:41] [41: Zubir Usman, Drs., Melaka: Pusat Perkembangan Islam di Tenggara Asia. Dalam Khoo Kay Kim (ed.), Melaka dan sejarahnya, Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, cet. pertama, 1982, hlmn 17]

Segala urusan, politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah diterapkan dan digariskan dengan panduan Islam. Ini dapat dilihat ketika Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) yang mana Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Hukum-hukum ini mengandungi undang-undang yang berteraskan Alquran dan Hadis yang berkaitan Hudud dan Qisas[footnoteRef:42]. Sebagai contoh: [42: Azyumardi Azra, Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara, h. 31.]

adapun jikalau hamba rajin dan segalanya hartanya (si pencuri) itu dirantai. Jikalau Nakhoda sekalipun sedemikian juga hukumannya.

5.3 Struktur SosialSistem sosial masyarakat Melaka, Kedudukan raja sungguh tinggi dan istimewa dalam sistem kerajaannya. Titah perintahnya adalah undang-undang, gerak-gerinya boleh jadi arahan untuk bertindak, malah perbuatan dan tabiatnya tidak boleh ditegur. Sekiranya ada undang-undang yang diamalkan dalam kerajaannya, raja boleh mengatasi undang-undang tersebut. Raja yang memerintah itu sendiri sebenarnya undang-undang. Oleh itu raja dan kerajaan adalah sinonim, sebab dari segi ideal raja dipercayai seperti pohon yang rimbun, tempat rakyat tumpang berteduh. Anggapan rakyat terhadap raja yang sedang berkerajaan begitu tinggi. Sehingga Sejarah Melayu menegaskan: rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon, jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri, demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya.[footnoteRef:43]. [43: Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, No. 3/1994-1995, Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1995, hmn. 215.]

Dalam kedudukan kedua susun lapis dan sosial masyarakat Melaka, Pembesar merupakan yang terletak di kedudukan kedua Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar. Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing-masing. Golongan ini juga diduduki oleh golongan bangsawan, ahli-ahli agama, kerabat diraja. Mereka juga amat setia kepada raja[footnoteRef:44].Golongan terakhir adalah golongan rakyat biasa. Golongan rakyat biasa ini adalah mereka yang terdiri daripada orang laut, petani, nelayan, dan yang lain. Golongan rakyat biasa ini merupakan golongan yang paling taat setia dan begitu menyanjung Sultan[footnoteRef:45]. Ini Dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin: [44: Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan, Islam, Kepimpinan dan nilai-nilai hidup dalam masyarakat Melayu Tradisional. Dalam Khoo Kay Kim dan lain-lain (ed.), Tamadun Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, cet. pertama, 1980, hlmn.89. ] [45: Kassim Ahmad (editor), Kisah Pelayaran Abdullah, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlmn. 85. 34 ]

maka sultan bertitah berbuat istana dan Balairung, jelata tiada derhaka. Adapun istana itu baik pula dari istanan dahulu.

5.4Kesetiaan RakyatRakyat-rakyat Melaka merupakan yang terkenal dengan kesetiaan kepada pemimpin ataupun Sultan mereka. Mereka begitu taat sehinggakan walaupun Sultan sekalipun membunuh mereka[footnoteRef:46]. Kesestiaan ini dapat dilihat melalui Sulalatus salatin. Contoh yang pertama boleh dilihat tahap kesetiaan rakyat kepada raja ataupun Sultan Mereka adalah Kesetiaan Hang Tuah. Hang Tuah merupakan laksamana Melaka, beliau dikatakan seorang hamba Melayu yang menumpahkan kesetiaan kepada raja Melaka tanpa berbelah bahagi, ini dapat dilihat semasa beliau dijatuhkan hukuman akibat dari fitnah salah seorang pembesar yang begitu mencemburui kejayaan yang dicapai oleh beliau ini telah membawa kepada hukuman bunuh, Sulalatus Salatin menyatakan bahawa: [46: Ibid., h. 103]

Satu ketika kuda Sultan Mansur Syah jatuh ke dalam telaga tahi. Beratus-ratus orang yang melihat peristiwa itu. Seorangpun tidak mahu turun. Lalu Hang Tuah Terjun kedalam telaga dan menambat kuda dengan tali. Barulah kuda dapat ditarik naik ke atas.[footnoteRef:47] [47: A.C. Milner, Islam And Malay Kingship. Dalam Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique dan Yasmin Hussain, Reading On Islam In Southeast Asia, Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies, 1985, hlmn. 25.]

Selain Itu, kesetian rakyat Melaka juga dapat dilihat Kesetiaan Bendahara Paduka Raja. Kesetiaan Bendahara Paduka Raja dapat dilihat melalui peristiwa apabila beliau tidak bertindak balas atas kematian anakndanya Tun Besar yang dibunuh oleh putera Sultan Mansor Raja Muhammmad, sewaktu Tun Besar sedang bermain sepak raga tiba- tiba bola raga terkena pada dastar baginda, ini telah menyebabkan Raja Muhammmad merasa murka lalu membunuh Tun Besar. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengikut Bendahara Paduka Raja, tetapi atas dasar kesetiaan Tun Perak tidak bertindak balas kerana dirinya sedar sekiranya beliau menggambil tindakan sudah pasti akan menyebabkan negeri Melaka terdedah kepada kekacuaan dan sudah pasti pihak musuh akan mengambil kesempatan dan akan menyebabkan Kerajaan Melaka menjadi tidak stabil, sikap Tun Perak ini sebenarnya satu tindakan yang berpandangan jauh, malah beliau hanya menyatakan ketidak sanggupan untuk bernaung di bawah Sultan Muhammad ini menyebabkan baginda Sultan Mansor menghantarnya ke negeri Pahang untuk dijadikan raja di sana[footnoteRef:48]. [48: Ibid, hlmn 27]

Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja. Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja dapat dilihat apabila beliau telah menjadi mangsa fitnah oleh Kitul, Raja Mendeliar dan Laksamana Khoja Hassan yang mengatakan beliau telah mengumpulkan harta kekayaan melebihi kekayaan sultan. Sultan Mahmud yang telah lama mendendami Bendahara Seri Maharaja apabila Bendahara Seri Maharaja tidak menunjukkkan anak gadisnya Tun Fatimah yang rupawan dan dikahwinkan dengan Tun Ali, ini menyebabkan TunMutahir dan keluarganya telah dijatuhi hukuman bunuh dan tindakan sultan ini telah menimbulkan kemarahan para pengikutnya tetapi Bendahara Seri Maharaja telah memujuk para pengikutnya bersabar dan beliau sanggup menerima hukuman bunuh. Tindakan beliau ini merupakan satu pengorbanan yang ingin melihat keamanan yang berkekalan walaupun beliau tahu yang dirinya tidak bersalah tetapi memandangkan ia lebih pentingkan kepada ketenteraman beliau sanggup menghalang para pengikutnya dari terus memberontak. Hal ini dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin: Maka Laksamana pun masuklah mengadap Sultan Mahmud; segala kata-kata Raja Mendaliar itu semuanya dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mahmud. Setelah Sultan Mahmud mendengar sembah Laksamana itu, kabullah pada hati baginda, seperti orang mengantuk disorongi bantal; kerana baginda sedia menaruh dendam akan Bendahara Seri Maharaja raja, sebab anaknya Tun Fatimah itu; seperti kata Farsi: "Al mahabbat bain niyat, Wal 'asyiq fikr niyat," ertinya: "Yang kasih itu antara tiada, dan berahi itu bicara tiada." Maka Sultan Mahmud Syah pun menyuruh memanggil Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara; setelah keduanya datang, maka dititahkan baginda membunuh Bendahara Seri Maharaja. Maka mereka keduanya pun pergilah dengan segala hamba raja. Maka segala anak buah Bendahara dan kaum keluarganya, dan segala orangnya semuanya berkampunglah pada Bendahara Seri Maharaja, sekaliannya dengan alat senjatanya; Tun Hassan Temenggung hendak melawan, ditegah oleh Bendahara Seri Maharaja, katanya, "Hei Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah engkau? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka." Setelah Tun Hassan Temenggung mendengar kata Bendahara itu, maka Tun Hassan Temenggung pun membuangkan senjata dari tangannya, lalu berpeluk tubuh; maka kata Bendahara Seri Maharaja pada segala kaum keluarganya, dan kepada segala orangnya, "Barang siapa kamu melawan, hamba dakwa ia di akhirat." Setelah mendengar kata Bendahara Seri Maharaja itu, sekaliannya pun membuangkan Senjata dari tangan, lalu kembali ke rumah masing-masing. Maka tinggallah Bendahara Seri Maharaja dua bersaudara dengan Seri Nara Diraja; segala anak buahnya undur belaka[footnoteRef:49].. [49: Ibid, hlmn 27-27]

6.1 AnalisisSecara analisisnya, dengan adanya sumber sejarah atau pensejarahan melayu seperti teks sulalatus salatin, maka wujudlah secara dokumentasi dan bukti bertulis tentang sejarah kewujudan kerajaan melayu khususnya Melaka yang dilampirkan dalam Sejarah Melayu. Meskipun secara umumnya penulisan sejarah berasaskan sastera atau sebaliknya, sumber sebegini tetap menjadi pembekal sumber maklumat yang berharga dalam membentuk pensejarahan melayu seterusnya menjadi rujukan pada hari ini dan seterusnya. Kerajaan Melaka yang berlangsung lebih kurang 111 tahun sepanjang abad ke-15 dan awal abad ke-16. Selain itu, pensejarahan ini juga disokong dan diperkayakan lagi oleh laporan pelawat dan pedagang yang terlibat dengan hubungan diplomatik China-Melaka. Laporan ini yang seterusnya menjadi rujukan banyak membantu dalam pengkajian sejarah alam melayu. William P.Groeneveldt yang menulis tentang Gugusan Kepulauan Melayu penulisan tersebut banyak menggunakan rujukan laporan China. Hal demikian sering menjadi alternatif terutama kepada penulis barat untuk membuat tafsiran tentang sejarah melayu. Hal ini kerana penulis eropah nyata tidak mampu memahami dan mendalami penulisan dan karya yang dirawi oleh orang melayu sendiri kerana nyata perbezaan budaya.Hanya beberapa tahun selepas tahun 1511 barulah ada penulisan sejarah Melaka yang pertama kali dikarang oleh orang eropah iaitu The Suma Oriental karya Tome Pires seorang yang berbangsa Portugis. Penulisan beliau ini melakarkan suatu gambaran yang jelas . Lakaran sejarah ini juga dibuat ketika beliau berada di Melaka dari tahun 1512-1515. Beliau sempat menyaksikan peralihan kuasa Melaka ke tangan Portugis. Intinya, sekiranya kita temukan kedua watak yang menulis berdasarkan latar yang sama iaitu Tome Pires The Suma Oriental dan perawi Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) iaitu Tun Seri Lanang, kita akan dapat lihat adanya perbezaan dari hasil karya mereka kerana satu watak diresapi dengan sifat kemelayuan sementara yang satu watak lagi adalah Portugis. Dalam konteks inilah sumber dari China tadi boleh memainkan peranan yang penting sebagai pihak tengah.

7.1 KesimpulanSejarah Melayu adalah satu sumber sejarah yang berguna untuk menuliskan sejarah Malaysia di antara tahun 1400-1511, terutama sekali mengenai sejarah Melaka sebelum penaklukan oleh Feringgi. Menurut Sanusi Ahmad, hanya dengan membaca Sejarah Melayulah kita dapat menggambarkan cara hidup dan sejarah Melaka tahun 1511, seperti kebudayaan, tradisi, adat istiadat dan masyarakat serta keadaan pelabuhannya yang menjadi tumpuan para pedagang dari pelbagai negeri. Pengarang menulis Sejarah Melayu yang bertemakan kemegahan dan kesultanan Melayu, dan secara keseluruhan ceritanya berpusat kepada golongan raja-raja serta pembesar-pembesar yang berlatar berlakangkan istana dan kawasan pemerintahan. Pengarang juga menyelitkan kisah-kisah bercorak mitos, lagenda, cerita rakyat dan kisah-kisah sejarah yang dikatakan adalah unsur-unsur sastera walaupun ada yang bercorak sejarah. Tanpa sumbangan besar daripada tokoh terkemuka seperti Tun Sri Lanang ini, pastinya masyarakat dan generasi pada masa kini masih terkapai-kapai dan kekaburan dalam meneliti sejarah bangsa dan selok belok kebudayaan Melayu itu sendiri.

8.1 RujukanA. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlmn 47A.C. Milner, Islam And Malay Kingship. Dalam Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique dan Yasmin Hussain, Reading On Islam In Southeast Asia, Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies, 1985, hlmn. 25.Arbaiyah Mohd Noor, Perkembangan pensejarahan islam di alam melayu, Development of Islamic Historiography in Malay Archipelago: Jurnal Al-Tamaddun Bil. 6, 2011, hlmn 29-50Azyumardi Azra, Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara, h. 31.Cheah Boon Kheng (susunan), Abdul Rahman Haji Ismail merumikan Dalam Sejarah Melayu Ms Raffles No. 18, Kuala Limpur: MBRAS, 1998, hlmn. 142Farid Alatas, Notes on Various Theories Regarding the Islamization of the Malay Archipelago: The Muslim World, Vol. LXXV, Hartford: The Duncan Black MacDonald Center, 1985, h. 170. Ismail Hamid, The Malay Islamic Hikayat, Monograf 1, UKM: Institut Bahasa, h. 19. Lihat juga R.Winstedt (1969), A History of Classical Malay Literature, Oxford: Oxford University Press, Edisi kedua, 1983, h. 135.Jelani Harun, Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan. Pulau Pinang: Penerbit USM, 2008, hlmn 15Kassim Ahmad (editor), Kisah Pelayaran Abdullah, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlmn. 85. 34 Kassim Ahmad, Hikayat hang Tuah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975, hlmn. 340Kong Yuanzhi, Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Bangi: Penerbit UKM,2000, hal. 58.Mariyam Salim (peny.), Undang-Undang Laut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlmn. 12#Microfiche 15 (LUB D393/1 K1.45), Risalat Hukum Kanun Melaka, Kuala Lumpur: Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Risalat ini ditulis dengan menggunakan tulisan jawi.Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, No. 3/1994-1995, Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1995, hmn. 215.Muhammad Yussuf hashim, Daulat, Konsepnya Dalam Budaya politik awal Kerajaan Melayu, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah UM, 1998, hlmn.1Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan, Islam, Kepimpinan dan nilai-nilai hidup dalam masyarakat Melayu Tradisional. Dalam Khoo Kay Kim dan lain-lain (ed.), Tamadun Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, cet. pertama, 1980, hlmn.89PH. S. Van Ronkel (ed.), Risalat Hoekoem Kanoen Jaitoe Oendang-oendang Melaka, Leiden: Boekhandel En Drukkerij Voorheen E. J. Brill, 1919, hlmn 3S.Q. Fatimi, Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sociological Research Institute, 1963, hlmn.83. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, h. 496-497Wang Gung Wu, The First Three Ruler Of Malacca, JMBRAS, Volume 41, 1998, hlmn. 18Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Kerajaan Melaka Dalam Hubungan AntaraBangsa, JEBAT, Volume 18, 1990, hlmn. 74Zubir Usman, Drs., Melaka: Pusat Perkembangan Islam di Tenggara Asia. Dalam Khoo Kay Kim (ed.), Melaka dan sejarahnya, Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, cet. pertama, 1982, hlmn 17

12