penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjana

20
1.0 PENGENALAN Dunia kini dilonggokkan dengan penghasilan pelbagai jenis karya sejarah yang asasnya terbentuk daripada usaha keras para sejarawan terdahulu dalam mencorak, menstruktur, dan menghasilkan kembali peristiwa lampau dengan mengembleng semua sumber dan bukti yang ada bagi merakam semula serta membina siri-siri pensejarahan yang gemilang. 1 Inti patinya, sesebuah pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan para sasterawan terhadap perkara yang benar-benar berlaku. Permasalahan dan cabaran kekurangan sumber untuk mendapatkan bukti mengakibatkan para sejarawan untuk menganalisis dan mentafsir sesuatu pensejarahan itu melalui sudut kaca mata mereka sendiri. Sikap semula jadi manusia akan mempengaruhi bentuk penulisan seseorang ahli sejarah apabila mereka membuat penilaian terhadap sesuatu peristiwa yang diriwayatkan dalam sesebuah karya pensejarahan. 2 Realitinya, dalam penghasilan sesuatu ideologi mahupun penulisan sejarah, para sejarawan acap kali menimbulkan persoalan mengenai kewajaran penerapan unsur pengadilan moral dalam sesebuah pensejarahan. Persoalan ini muncul apabila wujudnya segelintir golongan sejarawan yang dipengaruhi oleh unsur agama atau ideologi tertentu, tidak dapat bersikap neutral, sebaliknya akan melibatkan diri atau komited di dalamnya dengan mangadunkan karya sejarah yang bersifat fakta dgn nilai emosi sejarawan itu sendiri tatkala merencanakan sesebuah karya sejarah. 3 Ringkasnya, pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan hukuman, ataupun tindakan mengenakan penilaian 1 Qasim Ahmad, 15 Jun 1985, “Pengadilan Moral Dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman,” dalam Dewan Masyarakat , hlm 54-60. 2 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican. Kuala Lumpur, 1985, hlm.90. 3 Herbert Butterfield, 1951, History and Human relations, London, hlm. 104. 1

Upload: eika-sempoi

Post on 20-Jun-2015

1.158 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

1.0 PENGENALAN

Dunia kini dilonggokkan dengan penghasilan pelbagai jenis karya sejarah yang

asasnya terbentuk daripada usaha keras para sejarawan terdahulu dalam mencorak,

menstruktur, dan menghasilkan kembali peristiwa lampau dengan mengembleng semua

sumber dan bukti yang ada bagi merakam semula serta membina siri-siri pensejarahan yang

gemilang.1 Inti patinya, sesebuah pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada

penyelidikan para sasterawan terhadap perkara yang benar-benar berlaku. Permasalahan dan

cabaran kekurangan sumber untuk mendapatkan bukti mengakibatkan para sejarawan untuk

menganalisis dan mentafsir sesuatu pensejarahan itu melalui sudut kaca mata mereka sendiri.

Sikap semula jadi manusia akan mempengaruhi bentuk penulisan seseorang ahli sejarah

apabila mereka membuat penilaian terhadap sesuatu peristiwa yang diriwayatkan dalam

sesebuah karya pensejarahan. 2

Realitinya, dalam penghasilan sesuatu ideologi mahupun penulisan sejarah, para

sejarawan acap kali menimbulkan persoalan mengenai kewajaran penerapan unsur

pengadilan moral dalam sesebuah pensejarahan. Persoalan ini muncul apabila wujudnya

segelintir golongan sejarawan yang dipengaruhi oleh unsur agama atau ideologi tertentu,

tidak dapat bersikap neutral, sebaliknya akan melibatkan diri atau komited di dalamnya

dengan mangadunkan karya sejarah yang bersifat fakta dgn nilai emosi sejarawan itu sendiri

tatkala merencanakan sesebuah karya sejarah.3 Ringkasnya, pengadilan moral ialah

perlakuan menjatuhkan hukuman, ataupun tindakan mengenakan penilaian tertentu

terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku di dalam sejarah.

Menurut Qasim Ahmad, pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan hukuman

ataupun mengenakan penilaian terhadap sesuatu peristiwa atau kepada seorang pelaku dalam

1 Qasim Ahmad, 15 Jun 1985, “Pengadilan Moral Dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman,” dalam Dewan Masyarakat , hlm 54-60.2 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican. Kuala Lumpur, 1985, hlm.90.3 Herbert Butterfield, 1951, History and Human relations, London, hlm. 104.

1

Page 2: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

sejarah. Misalnya, dalam sesebuah penulisan seseorang ahli sejarah menyatakan sesuatu

peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur,sistem

politik ini progresif dan sebagainya sebenarnya mereka telah melakukan pengadilan moral

dengan menghukum dan menilai.4 Penilaian etika atau pengadilan moral dapat dikesan

apabila seseorang sejarawan dengan senjaga atau tidak sengaja menjatuhkan, menghukum

dan menilai sesuatu. Hal ini juga boleh didapati apabila seseorang ahli sejarawan itu mula

memuji, mengkeji dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam,

ganas dan sebagainya . Hakikatnya, pengadilan moral juga boleh wujud dalam bentuk pujian

dan kutukan.

Pengkajian sejarah perlulah dirakamkan dan dipaparkan agar menjadi panduan yang

berguna untuk generasi akan datang. Pengadilan moral yang dibuat dapat mewarnai penulisan

sejarah dan mempengaruhi pemikiran pembaca dan masyarakat umumnya supaya

dapatmemikirkan baik buruk kesannya kepada masa depan sesebuah peradaban. 5 Hujahnya

mudahiaitu tanpa sejarah kita tidak mampu untuk memahami masalah-masalah sezaman dan

tanpa pengetahuan asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan kebijaksanaan untuk

berhadapan dengan masa depan. Bertitik tolak daripada perbezaan pandangan para sejarawan

tentang isu pengadilan moral telah mendorong pengkajian khusus dijalankan untuk mengkaji

sebab dan alasan mengapa sesetengah sejarawan menolak kehadiran pengadilan moral dalam

pensejarahan.6

4 EH Carr, Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm. 27.5 A. Marwick, The Nature of History, London: Macmillan Education Ltd, 1989, hlm 17.6 R. Bonney, “Ke Arah Penulisan Sejarah Malaysia”, Foram Sejarah kedua Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1971, hlm. 28

2

Page 3: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

2.0 ISU PERBINCANGAN

2.1 PERBAHASAN BERKAITAN PENGADILAN MORAL

Hakikatnya, terdapat tiga aliran utama yang memberi pandangan tentang pengadilan

moral iaitu golongan yang menyokong, golongan yang menentang dan golongan pertengahan.

Antara sarjana yang menentang pengadilan moral atau dikenali sebagai golongan progresif

dalam sejarah ialah Leopold von Ranke, G. Kitson Clarke, Benedetto Croce dan Hebert

Butterfield.Bagi golongan progresif, mereka mengatakan pengadilan moral tidak patut

dilakukan kerana apabila sejarawan membuat pengadilan moral mereka mungkin tidak

bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang dikaji atau di adilinya.7 Manakala golongan

yang penyokong pengadilan moral pula seperti Voltaire, Adrian Oldfield dan Agnes Heller.

Mereka yang menyokong pengadilan moral ini juga digelar sebagai golongan konservatif.

Golongan pertengahan pula dipolopori oleh E.H.Carr. Tokoh bagi golongan pertengahan

menolak pengadilan moral tetapi pada masa yang sama dia menggalakkan moral ke atas

institusi atau dasar masa lampau kerana baginya sejarah merupakan proses berterusan

interaksi diantara ahli sejarah dengan fakta-faktanya yang merupakan satu dialog yang tiada

kesudahan diantara masa kini dengan masa lampau..8

Percangahan dan perbezaan pandangan dari sudut kajian sejarah tersebut telah membawa

perubahan yang besar terhadap pengkajian dan penulisan sejarah.. Para sejarawan cuba untuk

mempertahankan hujahan masing-masing dengan beberapa alasan dan bukti yang relevan.

Bertitik tolak daripada itu, para sejarawan telah mengambil iktibar, garis panduan dan

menjana idea masing-masing untuk meneliti, memahami, menganalisis dan menilai

kebenaran kenyataan yang dikaji.

2.2 FAKTOR SESETENGAH SEJARAWAN MENOLAK PENGADILAN MORAL

7 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985,hlm. 110.8 Qasim Ahmad, “Kontroversi pendekatan Europe-centric – Malaysia centric: suatu tinjauan semula”, dalam Mahani Musa dan Tan Liok Ee (peny.), Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia, hlm. 24

3

Page 4: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

2.2.1(PENGADILAN MORAL BERTENTANGAN DENGAN KONSEP

OBJEKTIVITI)

Leopold von Ranke merupakan seorang sejarawan dari Jerman yang memainkan peranan

penting dalam perkembangan pensejarahan moden di Barat pada pertengahan kurun ke

sembilan belas telah menentang keras kehadiran pengadilan moral dalam sesebuah karya

sejarah. Pada abad ke-19, ilmu sejarah dianggap suatu bidang pengajian atau disiplin yang

tersendiri. Sumbangan Ranke dalam pemikiran sejarah sangat bermakna sehingga beliau

dianggap sebagai perintis perkembangan ilmu sejarah pada zaman tersebut. Menurut Ranke,

sejarah harus dipaparkan seperti yang sebenar-benarnya berlaku, maka unsur pengadilan

moral hahuslah diketepikan kerana bukanlah tugas ahli sejarah untuk melakukan pengadilan

moral.9 Kehadiran pengadilan moral dalam pensejarahan menyebabkan penulisan sejarah

objektif tidak dapat dicapai kerana ahli sejarah telah dipengaruhi oleh pengaruh dan nilai

sezaman.

Ranke merupakan sejarawan yang bersikap kritis dalam menghasilkan penulisan

sejarahnya. Bagi mencapai sejarah yang objektif, Ranke telah menekankan penggunaan

konsep quellenkritik secara amnya merupakan suatu kajian kritis terhadap sumber-sumber

sejarah.10 Melalui pendekatan kaedah ini, kebenaran sejarah dapat ditentukan dengan

menjalankan penyelidikan terhadap sumber arkib yang berkaitan sejarah atau peristiwa yang

dikaji. Kritikan sumber ini bertujuan untuk menolak apa yang tidak benar dan menerima apa

yang benar.

Leopold von Ranke telah mengetengahkan pandangannya yang tersendiri dalam

mengungkapkan konsep sejarah yang sebenarnya. Ranke berpegang teguh kepada teori

Historicism iaitu sesuatu kajian ke atas sesuatu peristiwa harus dikaji seperti yang telah

berlaku pada masa lalu dan bukannya dengan membuat penilaian atau pengukuran terhadap

9 Pieter Geyl, Debates With Historians, hlm. 17.10 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.

4

Page 5: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

masa lalu dengan menggunakan nilai-nilai masa kini. Menurut Ranke, sejarah haruslah dikaji

“sebagaimana ia benar-benar berlaku” atau “ziegen wie es eigentlich gewesen.”11 Teori

sejarah inilah yang telah meletakkan sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang mampu berdiri

sendiri seperti ilmu-ilmu lain. Teori ini telah dikemukakannya dalam karya pertamanya iaitu

History of the Latin and Tentonic Nations. Melalui konsep ini, Ranke mengatakan bahawa

sejarawan mampu memaparkan peristiwa sejarah “seperti sebenarnya berlaku”. Oleh itu,

adalah penting bagi sejarawan untuk melaporkan atau menunjukkan apa yang berlaku di masa

lalu tanpa membuat sebarang penilaian dan pengadilan moral.12Selari dengan aliran

pensejarahan yang diperjuangkan oleh Ranke, konsep “ziegen wie es eigentlich gewesen” ini

mampu mencapai makna sejarah yang sebenarnya iaitu melahirkan sejarah yang objektif.

2.2.2 ( PENGADILAN MORAL ASING DENGAN RUANG INTELEK SEJARAH)

Berikutnya, sejarawan seperti Butterfield turut menolak sekeras-kerasnya kehadiran

pengadilan moral melalui rencananya yang bertajuk “ Moral Judgement In History ”

beliau mengutarakan pandangan bahawa tugas mengendalikan pengadilan moral akan

menimbulkan pelbagai jenis kerumitan.13 Beliau telah menegaskan bahawa tugas para ahli

sejarah ialah menceritakan peristiwa dalam sejarah itu sejelas mungkin. Bagi Butterfield,

sesiapa yang membaca kisah itu, mempunyai perasaan kemanusiaan, mempunyai peraturan

etika, maka dengan sendirinya pembaca akan menghukum jahat, bagi sesiapa yang patut

dihukum jahat. Sebaliknya, kalau pembaca memang tidak mempunyai kehalusan perasaan,

maka sebanyak manapun penilaian dan penganalisaan moral yang diutarakan , tidak mungkin

akan mengusik hatinya. Butterfield telah meletakkan sepenuhnya tanggungjawab untuk

11 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning Of History, The University Of Chcago Press, London, 1977, hlm. 4.12 Qasim Ahmad, “Kontroversi pendekatan Europe-centric – Malaysia centric: suatu tinjauan semula” , dalam Mahani Musa dan Tan Liok Ee (peny.), Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia, hlm. 34-3513 Tan Liok Ee. “Menulis sejarah Malaysia: beberapa persoalan tentang pendekatan dan kaedah kajian”, dalam Mahani Musa dan Tan Liok Ee (peny.), Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2000, hlm. 4

5

Page 6: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

mengadili atau menghukum sesebuah karya sejarah di atas bahu pembaca dan bukannya

sejarawan.14

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Butterfiel pengadilan moral tidak dianggap penting

dalam penyiasatan sejarah kerana ketidakupayaan ahli sejarah untuk melihat sesuatu

peristiwa dari lubuk hati si pelaku. Menurut Butterfield apabila ahli sejarah yang membuat

sesuatu kajian, mereka akan menjatuhkan hukuman moral berdasarkan kepada tindakan –

tindakan lahiriah si pelaku yang disokong oleh bukti–bukti dan sumber–sumber sejarah yang

ditemui oleh beliau semata-mata.15 Dan hal ini akan menghalang seseorang ahli sejarah itu

untuk bersikap objektif dalam menjatuhkan hukuman moral. Beliau turut menyatakan bahawa

sekirannya sesebuah penulisan sejarah menerapkan nilai pengadilan moral di dalamnya maka

pensejarahan tersebut telah hilang nilai inteleknya.16

Walau bagaimanapun, pendapat Butterfiel ini telah dipertikaikan oleh Qasim Ahmad.

Bagi Qasim Ahmad, hasrat Butterfield yang mahu menjaga dengan rapi unsur keadilan dan

kebijaksanaan dalam pengadilan moral telah melakukan kesalahan kerana bersikap terlalu

rapi dan Butterfield telah membuat kesilapan dengan menyerahkan tugas pengadilan itu

kepada pembaca sahaja. Qasim Ahmad mengakui dan bersetuju ada sebahagian pembaca

yang arif dalam menilai tetapi tidak semua pembaca begitu.

2.2.3 (PENGADILAN MORAL MENGGALAKKAN PENILAIAN NEGATIF)

Selain itu, kita juga dapat merungkai persoalan mengapa pengadilan moral ditentang

dalam penulisan sejarah menerusi karya Benedetto Croce yang bertajuk “ History as The

Story of Liberty ”. Karya ini mempersoalkan peranan Mahkamah Tinggi dalam meneliti

semua pengadilan sulit, membetulkan dan menjatuhkan satu keputusan yang muktamad

sebagai satu pengadilan sejagat yang membezakan orang yang mulia daripada orang

14 Pieter Geyl, Debates With Historians, hlm. 17.15 Ann Low-Beer, 1967, “Moral Jugments in History and History Teaching,” dalam W.H. Burston dan D. Thompson, (peny.) Studies in the Nature and Teaching of History, London, hlm. 137-158.16Leonard Krieger, Ranke : The Meaning Of History, The University Of Chcago Press, London, 1977, hlm. 4.

6

Page 7: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

yang berdosa. Pendapat Croce ini berdasarkan beberapa alasan seperti ketidakupayaan para

ahli sejarah untuk menembusi lubuk hati manusia yang bertanggungjawab mencetuskan

sesuatu kejadian sejarah. Kecenderungan para sejarawan untuk memasukkkan unsur

prasangka dalam pengadilan mereka disebabkan kekurangan bukti serta ketidakmampuan

untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah.17

Croce juga menumpukan kajiannya terhadap perbezaan yang wujud daripada

persoalan bagaimana pengadilan dijatuhkan di mahkamah sedangkan mahkamah mengadili

seseorang tertuduh yang masih hidup dan boleh membela diri. Menurut Croce sejarah

pula adalah sebaliknya, iaitu mengadili orang yang sudah meninggal dunia dan tidak

boleh membela diri, serta menggunakan nilai–nilai yang tidak diiktiraf pada zaman

tersebut.18 Misalnya, Julius Caesar telah mencabuli hak kebebasan berpolitik rakyat Rom

dan dikutuk oleh ahli–ahli sejarah telah disifatkan suatu keputusan ganjil oleh Croce.

Alasan lain yang digunakan oleh Croce untuk menentang pengadilan moral adalah kerana

beliau memandang pengadilan moral sebagai satu kegiatan yang tidak berguna,di samping

menganggu ketenangan orang yang sudah meninggal dunia.19

2.2.4 (PENGADILAN MORAL MERUMITKAN PENGKAJIAN)

Realitinya kerumitan dalam melakukan sesuatu pengadilan moral timbul apabila

merujuk sejarah dalam usahanya mengadili tindakan-tindakan tertentu yang dilakukan dalam

keadaan paksaan. bahawa Walaupun pada lazimnya si pelaku dalam sejarah mempunyai

kebebasan untuk mengambil sesuatu tindakan, yang mana pemilihan akan dibuat dari

beberapa alternatif yang wujud, namun terdapat keadaan-keadaan tertentu yang mana

kebebasan ini disekat.20 Lord Acton dalam karyanya telah mengariskan peristiwa yang

17 R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican. Kuala Lumpur, hlm, 91.

18

19 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.20 Tan Liok Ee. “Menulis sejarah Malaysia: beberapa persoalan tentang pendekatan dan kaedah kajian”, dalam Mahani Musa dan Tan Liok Ee (peny.), Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia, hlm. 6

7

Page 8: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

berlaku semasa Perang Dunia Kedua dan berkaitan dengan nasib kaum Yuhudi di bawah

kekejaman pemerintahan Nazi merupakan contoh yang terbaik untuk menunjukkan betapa

rumitnya untuk mewujudkan pengadilan moral dalam pensejarahan. Para pengkaji yang

meninjau peristiwa sedih ini telah mencetuskan satu perbahasan hangat berkenaan peranan

para pemimpinYuhudi yang dikatakan telah berkerjasama dengan Nazi. J.B.Burry

menyatakan gagasan kerjasama tidak boleh digunakan untuk memaparkan tindakan para

pemimpin Yuhudi kerana ia bukanlah sesuatu yang dilakukan secara rela tetapi melalui

paksaan dan takutan. Menurut beliau mereka tidak mempunyai kemampuan rohani untuk

melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa kaum mereka.

Penyataan ini berbeza dengan Arendt yang menyatakan bahawa para pemimpin

Yuhudi telah berkerjasama dengan Nazi untuk keselamatan diri mereka dalam unit-unit khas

yang dipanggil Sonderkommandos. Walaupun pemimpin Yuhudi tanpa pengecualian telah

bekerjasama dengan Nazi, maka mereka turut dituduh sebagai bersubahat dengan tentera

Nazi dan menyebabkan lebih daripad 6 juta orang Yahudi telah dibunuh.

Daripada peristiwa tersebut dapatlah dirumuskan bahawa setiap ahli sejarah

mempunyai pandangan yang berlainan mereka memandangkan peristiwa itu daripada

beberapa aspek yang berlainan. Perkara inilah yang menjadi kerumitan utama dalam

mewujudkan pengadilan moral.

2.2.5 (TUGAS MENGADILI BUKANLAH TUGAS SEORANG SEJARAWAN)

Ahli sarjana seperti Kitson Clarke juga mempunyai pendirian yang tegas untuk

menentang pengadilan moral dalam sejarah. Beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik

jika ahli sejarah cuba memahami dan menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai

seorang hakim.21 Bagi beliau, masalah – masalah moral terpisah daripada sejarah, dan ia

menyarankan agar diserahkan sahaja masalah tersebut kepada golongan lain seperti ahli

agama, ahli falsafah atau ahli perundangan.

21 R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican. Kuala Lumpur, hlm, 93.

8

Page 9: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

Selain itu, beliau tidak mahu memasukkan unsur pengadilan moral kerana unsur

tersebut bukan sahaja berhasrat mahu mencari sebuah keadilan malahan juga akan

menimbulkan perasaan balas dendam.22 Beliau amat menentang akan alasan yang

digunakan oleh para sarjana seperti Voltaire yang menyokong pengadilan moral dijatuhkan.

Voltaire merupakan seorang yang beraliran progresif telah melihat tugas sejarah sebagai

“ mengajar kita kewajiban - kewajiban kita dan hak-hak kita. Voltaire juga mahukan

sejarah bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang berjasa dan

memalukan mereka yang berdosa.23 Bagi Kitson, sikap Voltaire itu akan menimbulkan

perasaan benci dan dendam dalam diri masyarakat terhadap pelaku sejarah tersebut. Beliau

berharap agar tabiat buruk manusia untuk membalas dendam boleh dikikiskan sekiranya

para ahli sejarah tidak cuba untuk mengutuk orang, tetapi cuba menanam nilai yang murni

agar sesuatu penulisan karya sejarah tidak dipengaruhi dengan perasaan emosi yang

tinggi.

Hujahnya mudah, iaitu tanpa objektiviti kita tidak mampu untuk memahami masalah-

masalah sezaman dan tanpa pengetahuan asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan

kebijaksanaan untuk berhadapan dengan masa hadapan. Melalui penelitian yang rapi

dapatlah kita rumuskan bahawan para sejarawan yang menentang pengadilan moral ini

bukanlah sekadar menentang semata-mata namun mereka telah memberi hujahan berserta

pautan bukti-bukti yang lengkap untuk mengukuhkan ideologi mereka tentang ketidakpatutan

kehadiran pengadilan moral dalam sesebuah karya sejarah.24 Sejarah dipercayai perlu

diasingkan sepenuhnya daripada melibatkan penghukuman dan pengadialan moral daripada

para sejarawan untuk melahirkan karya pensejarahan yang benar-benar tulus.

3.0 ANALISIS

22 Ibid, hlm. 93.23 Ab. Rahman Haji Ismail, (terj.), Apakah Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 1724 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.

9

Page 10: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

Natijahnya, pandangan sesetengan sejarawan yang menolak

pengadilan moral dalam pensejarahan adalah merupakan tindakan yang

wajar kerana mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak

kehadiran pengadilan moral. Walau bagaimanapun, saya tetap

berpegang teguh dengan pendirian sendiri kerana menurut saya sebagai

seorang ahli sejarah, kehadiran pengadilan moral dalam pentafsiran sejarah tidak semestinya

diketepikan begitu sahaja. Seandainya pentafsiran sejarah tidak dipaparkan tentang

pengadilan moral maka paparan sejarah tersebut dilihat tidak bermakna dan tidak lengkap.

Pembaca akan terasa digantung tanpa penghujungnya kerana pembacaan mereka sudah pasti

tidak menarik. Semestinya sesuatu pentafsiran sejarah tentang pengadilan moral harus

dipaparkan supaya menjadi pengajaran kepada genarasi akan datang. Tanpa sejarah

kehidupan kita tidak lengkap dan menyukarkan kita untuk maju kehadapan kerana sejarah

akan menjadi panduan kepada kita.

Natijahnya, memang soal menjatuhkan pengadilan moral tidak seharusnya

diketepikan dalam pentafsiran sejarah. Ini kerana seseorang ahli sejarah perlu memikul

tanggungjawab tersebut. Pengadilan moral sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan

sejarawan . Ini berlaku apabila menggunakan sesuatu perkataan dalam bentuk pujian

mahupun cacian maka sudah menunjukkan satu bentuk pengadilan moral telah berlaku sama

ada secara sedar ataupun tidak sedar. Agak sukar bagi seseorang sejarawan untuk tidak

menggunakan perkataan membunuh, berperang, penindasan, rampasan, rogol dan sebagainya

dipisahkan daripada penulisan dan pentafsiran sejarah. Seandainya dipisahkan juga maka

penulisan itu akan pincang tanpa makna. Malah catatan sejarah yang dipaparkan akan

menjadi amat mati dan kaku. Lantaran itu pengadilan moral merupakan antara unsur atau

kaedah penting dalam melakukan penyelidikan bagi menghasilkan sesuatu penulisan sejarah

yang baik. Mahu tidak mahu seseorang ahli sejarah harus membuat penilaian moral dalam

10

Page 11: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

penganalisaan penulisan dan pentafsiran sejarah yang dipaparkan. Sikap pro, anti atau neutral

dalam persoalan pengadilan moral sudah pasti mengakibatkan rentetan sejarah seterusnya.

Kalau ahli sejarah tidak mahu menjatuhkan pengadilan moral di atas sesuatu peristiwa

sejarah, sudah tentu pembaca pasti membuat pengadilan moral untuk mereka. Pokoknya,

jalan keluar daripada masalah ini bukanlah lari daripadanya tetapi seseorang ahli sejarah

perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran penulisan yang secukupnya.

Lanjutan dari itu, pada pendapat saya seseorang ahli sejarah tidak dapat bebas

daripada daripada menjatuhkan pengadilan moral ke atas peristiwa yang dikajinya. Realitinya

penyelidikan atau kajian seseorang ahli sejarah adalah berasaskan kepada pemahaman

beliau ,terhadap pelaku–pelaku atau watak–watak manusia yang mencetuskan peristiwa

tersebut ditambah pula dengan sokongan sumber–sumber yang ditemui atau disandarkan oleh

seorang ahli sejarah tadi. Hasil daripada ini, tindakan atau perlakuan manusia itulah yang

membawa kesan yang besar kepada sesebuah negara atau masyarakat.

Justeru itu, dapatlah ditegaskan bahawa pengadilan moral tidak harus diketepikan

dalam penulisan sejarah kerana sekurang–kurangnya penulisan sejarah ini dapat memberi

satu pedoman atau panduan serta pengajaran kepada kita untuk mewujudkan satu kehidupan

yang lebih baik. Pada kebiasaannya sesuatu pengadilan moral hanya akan dijatuhkan pada

penghujung sesuatu kajian dan bukannya di awal kajian. Malahan, ahli sejarah dalam

penulisannya ada mengemukakan bukti–bukti dan sumber–sumber sejarah dengan teliti,

terlebih dahulu sebelum mengadili peristiwa tersebut atau dengan erti kata lain bukti atau

sumber mestilah terlebih dahulu melalui proses saringan. Oleh sebab itu ahli sejarah boleh

menjatuhkan hukuman moral diakhir penulisannya terhadap peristiwa sejarah yang

ditulisnya.

11

Page 12: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, walaupun terdapat sesetengah sejarawan menolak kehadiran pengadilan

moral dalam pensejarahan namun melalui penelitian yang jitu dapatlah saya simpulkan

bahawa sebenarnya pengadilan moral merupakan satu unsur sosial dalam penulisan sejarah

yang bertujuan memberikan panduan, pengajaran, iktibar pada generasi akan datang. Oleh

itu, sejarah merupakan medium dan alat pengajaran moral kepada masyarakat hari ini agar

tidak mengulangi peristiwa pada masa lalu. Pengadilan moral wajar digunakan sejujur-

jujurnya dan tidak harus diketepikan oleh sarjana dalam penulisan sejarah. Jika pengadilan

moral ditolak dalam suatu penulisan sejarah, Oldfield berpendapat bahawa sejarah tinggal

tidak lebih dari sebuah cerita. Pengadilan moral bukanlah digunakan untuk mendedahkan

kesalahan dan keaiban tokoh masa lampau atau menutup kesalahan sendiri sebaliknya

penilaian etika ini dibuat atas dasar memberi kesedaran dan menjelaskan sesuatu peristiwa

dengan lebih tepat.

Walaupun pahit untuk ditelan, pensejarahan yang sebenarnya harus digali dan dibongkar

lalu dijelaskan kepada umum supaya menjadi tatapan dan iktibar bagi generasi mendatang.

Jalan terbaik kepada permasalahan ini adalah bukan mengelakkan diri dari menjatuhkan

hukuman moral tetapi melengkapkan lagi para ahli sejarah dengan kemahiran yang berkaitan

jika pengadilan moral ditolak dalam pemaparan sesebuah pensejarahan maka penulisan itu

tidak menarik dan nampak kaku, sebaliknya kita haruslah mencorakkan sejarah itu dengan

unsur pedoman dan pengajaran. Oleh itu, aspek pengadilan moral ini sangat penting dalam

menghidupkan kembali sejarah masa lalu.

12

Page 13: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

5.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia: Apakah Sejarah , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bonney, R. 1971 . Malaysia : “Ke Arah Penulisan Sejarah Malaysia”,Foram Sejarah kedua Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang : Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Butterfield, Herbert. 1951. London : History and Human relations, London: London Press.

Carr, Eh. 1984. Malaysia : Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gey, Pieter. 1967 . Moral Jugments in History and History Teaching, London : Studies in the Nature and Teaching of History.

Gey, Pieter. 1967 . Debates With Historians , London : Studies in the Nature and Teaching of History.

Krieger, Leonard . 1977 , Ranke : The Meaning Of History, London : The University Of Chcago Press .

Marwick , A. 1989 , London : The Nature of History, Macmillan : Education Ltd.

Qasim Ahmad. 15 Jun 1985, Malaysia : Pengadilan Moral Dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman, Dewan Masyarakat.

Stern, Frizt. 1970, London : The Varieties of History, Macmillan: London Press.

Suntharalingam, R.1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican. Kuala Lumpur : Dewan Masyarakat.

Tan Liok Ee. 1975, Malaysia : Menulis sejarah Malaysia: beberapa persoalan tentang pendekatan dan kaedah kajian, Kuala Lumpur: Sorotan Terpilih dalam Sejarah Malaysia.

13

Page 14: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

6.0 LAMPIRAN

Benedetto Groce

Benedetto Groce was an Italian idealist philosopher and occasionally

also politician. He wrote on numerous topics, including philosopy

history methodology of history writing and aesthetics.

Name : Benedetto Groce

Born : 25 February 1866, Pescasseroli

Died : 20 November 1952, Naples

Awards : Butler Gold Medal

Nominations : Nobel Prize in Literature

Books : History As The Story Of Liberty

14

Page 15: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

Herbert Butterfield

Sir Herbert Butterfield was a British Historian and philosopher of

history who is remembered chiefly for two books - a short volume

early in is career entitled The Whig Interpretation of History and his

Origin of Modern Science.

Name : Sir Herbert Butterfield

Born : 7 October 1990, England

Died : 20 July 1979

Education : Peterhouse, Cambridge

Books : Whig Interpretation of History

Man On His Part

15

Page 16: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

Leopold Von Ranke

Leopold von Ranke dilahirkan di daerah Wieche, Saxony pada 21 Disember 1795.

Sejarawan Jerman ini berasal daripada keluarga Lutheran yang berpendidikan. Ranke telah

mendapatkan pendidikan awal di sekolah Dondorf dan Pforta. Kemudiannya Ranke

memasuki Universiti Leipsic (1814-1818) dengan mengkhusus dalam bidang filologi dan

teologi yang melibatkan kerja-kerja pemterjemahan dan penganalisaan teks klasik. Setelah

menamatkan pelajarannya di universiti tersebut, Ranke menjadi tenaga pengajar di sekolah

Frankfurt selama tujuh tahun (1818-1825). Minat Ranke terhadap sejarah dikatakan bermula

sejak mula mengajar di sekolah ini.

Name : Leopold Von Ranke

Born : 21 December 1795, Wiche

Died : 23 May 1886

Nationality : German

16

Page 17: penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana

Alma Mater : University of Leipizg

Books : The Secret Word of World,

The Secret World of History

KITSON CLARKE

He is known as a revisionist historian of the Repeal of the Corn

Laws. G. D. H. Cole identified a "Kitson Clark" school of historians revising

the assessment of the Anti-Corn Law League and the Chartists.

He was educated at Shrewsbury School and Trinity College,

Cambridge. He lived the life of a bachelor don as Fellow of Trinity, from

1922 to 1975. He was Reader in Constitutional History from 1954 to 1967

17