agenda dialog prestasi.docx

8
AGENDA DIALOG PRESTASI 4.3 LAPORAN DISIPLIN MURID DAN INTERVENSI 4.3.1 Statistik Kes Disiplin ( Umum ) Secara umumnya kes disiplin di Smk Pengalat ini masih lagi dalam keadaan terkawal oleh Badan disiplin sekolah. Pada tahun 2014 sebanyak 7 kes salahlaku berat yang melibatkan gantung sekolah di kalangan murid tingkatan dua. Statistik kes ini boleh dirujuk melalui graf bar yang ditunjukkan di bawah ini Tindakan Gantung Tanpa Tarikh Tindakan Gantung Bertarikh Kesalahan umum / Salahlaku 0 1 2 3 4 5 6 GRAF BAR MENUNJUKKAN JUMLAH KES SALAHLAKU BAGI TAHUN 2014 DI SMK PENGALAT, PAPAR Series 1 Series 2 Series 4

Upload: amnisofia

Post on 26-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

AGENDA DIALOG PRESTASI

4.3 LAPORAN DISIPLIN MURID DAN INTERVENSI4.3.1 Statistik Kes Disiplin ( Umum )Secara umumnya kes disiplin di Smk Pengalat ini masih lagi dalam keadaan terkawal oleh Badan disiplin sekolah. Pada tahun 2014 sebanyak 7 kes salahlaku berat yang melibatkan gantung sekolah di kalangan murid tingkatan dua. Statistik kes ini boleh dirujuk melalui graf bar yang ditunjukkan di bawah ini

Untuk makluman , kes salahlaku yang berat ini membabitkan sebahagian besar pelajar tingkatan dua yang terdiri daripada pelajar lelaki 2 orang bagi kes gantung tanpa tarikh dan kes gantung bertarikh melibatkan pelajar lelaki seramai 3 orang tingkatan 2 dan 1 orang dari tingkatan 1 serta seorang pelajar perempuan tingkatan 2. Sementara bagi kes salahlaku yang umum pula adalah terdiri dari kes-kes salahlaku yang ringan sebanyak 6 kes sahaja.

Perancangan pihak Lembaga Disiplin sekolah mensasarkan para pelajar Smk Pengalat dalam situasi Zero Rokok dan ponteng sifar . Dengan tujuan ini, diharapkan pihak Lembaga Disiplin dapat menggembleng tenaga serta komitmen yang padu dari kalangan para guru untuk sama-sama merealisasikan matlamat tersebut. Manakala pada tahun ini, belum ada kes salahlaku lagi setakat bulan Januari 2015 ini. Namun demikian, kes salahlaku yang berlaku pada tahun lepas dapat dilihat melalui carta pai di bawah ini.

4.3.2 Kekerapan Murid Terlibat Dalam Kes-kes DisiplinBagi kes-kes disiplin yang melibatkan salahlaku, ia terbahagi kepada 3 kategori iaitu salahlaku bersifat ringan, sederhana dan berat. Jenis salahlaku ini dapat dilihat dalam jadual berikut :BilKategori Salah LakuContoh Salah Laku

1.RinganTidak memakai stokin, tali pinggang, tiada tanda nama, lencana , ponteng kelas, tidak membawa buku teks, tidak memakai tali leher dan sebagainya.

2.SederhanaKes ringan yang sama tetapi berulang sebanyak 2 kali

3.BeratKes ringan yang sama tetapi berulang sebanyak 3 kali atau lebih

Bagi kes salah laku di atas maka tindakan yang dikenakan kepada pelajar berkenaan adalah melalui teguran dan nasihat secara lisan iaitu :1. Amaran 1 Kes Ringan2. Amaran 2 Kes Sederhana3. Amaran 3 Kes Berat

4.3.3 Tindakan Pencegahan Tindakan pencegahan yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin sekolah SMK Pengalat adalah melalui beberapa langkah iaitu :4.3.3.1 Teguran dan nasihat - Amaran 1, 2 , 3Pihak Lembaga Disiplin sekolah melalui PK HEM, iaitu Pn. Naimah selalu mengingatkan para pelajar agar senantiasa mematuhi peraturan dan disiplin sekolah yang telah ditetapkan baik itu di peringkat perhimpunan rasmi maupun pada sesi perhimpunan harian. 4.3.3.2 Perbincangan Ibu bapaLangkah seterusnya dalam menjamin kualiti disiplin di sekolah adalahdengan cara berbincang dengan ibu bapa pelajar yang terlibat. Melalui langkah ini, pihak ibu bapa perlu mengetahui tingkah laku anak mereka di sekolah dan jenis kesalahan yang telah mereka lakukan. Dengan cara ini, maka pihak ibu bapa mampu memantau perlakuan anak dan perlu membimbing mereka dengan cara yang betul .4.3.3.3 Tindakan Tata TertibTindakan tata tertib ini terdiri dari dua jenis iaitu Gantung Tanpa Tarikhdan Gantung Bertarikh. Tindakan dan hukuman yang dikenakan ini, lebih kepada kes berat seperti ponteng kelas ( lebih 3 kali ), bergaduh ( bertumbuk ) dan merokok.

4.3.3.4 Program Bersama PolisLangkah efektif dalam membasmi penyakit dadah di kalangan pelajar. Melalui kerja sama dengan pihak polis ini diharapkan mampu membendung penyakit dadah ini agar tidak berleluasa dan memusnahkan para pelajar di Smk Pengalat ini.

4.3.3.5 Program Bersama Pusat SerentiProgram ini juga mempunyai fungsi yang sama seperti bersama polis dimana tujuan utamanya adalah menangani isu dadah di kalangan para pelajar Smk Pengalat, Papar ini.

Prosedur / Carta Alir Tindakan HukumanOleh Lembaga Disiplin Sekolah