agama mutiara hikmah gema jumaatpusatislam.uum.edu.my/images/bil-13-2013.pdf · oleh umat islam...

2
Terlupa hafazan al-Quran Apakah hukum orang yang telah menghafaz ayat-ayat al-quran kemudian ia lupa hafazannya dan adakah wajib ia menghafal kembali? Haram hukumnya bagi mereka yang telah menghafaz al-Quran dan selepas itu mereka meninggalkannya dan tidak membacan- ya lagi hingga lupa ayat-ayat yang telah mereka hafaz . Disebut dalam sebuah hadis Rasul SAW yang bermaksud: “Diperlihatkan kepadaku segala (dosa) seorang lelaki yang telah menghafaz beberapa ayat surah al-Quran atau beberapa ayat al-Quran kemudian ia terus meninggalkannya sehingga lupa.” Dalam riwayat lain ada menyebut yang bermaksud: “Sesiapa menghafaz al-Quran kemudian ia (meninggalkan sehingga) lupa, pada hari kiamat nanti ia akan menemui Allah dalam keadaan tangannya kudung.” Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud. Maka wajib ke atas mereka yang tidak lagi mengingati ayat-ayat yang telah di hafazkannya supaya duduk menghafaznya semula. Sekadar mana yang termampu, dan tidak memadai kalau mereka hanya membaca dengan melihat kepa- da al-Quran. MUTIARA HIKMAH Berkata Syeikh Abu Turoob: Tidaklah ada sesuatu ibadat yang lebih bermanfaat selain daripada memperbaiki lintasan hati. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Selasa –KELAS PENGAJIAN ASAS FARDHU AIN Setiap Rabu– KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis - PENGAJIAN KITAB TURATH Selasa (minggu kedua dan keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS- LAM DARUL SYIFA’ 14 November 2013 - CE- RAMAH KETRAMPILAN : INDAHNYA AKHLAK KERANA PERIBADI 17 November 2013- GOTONG ROYONG ME- MASAK BUBUR ASYURA 22 November 2013– KEJO- HANAN BADMINTON MASJID IMAM AS SYAFIE 22 November 2013 - KURSUS PERKAHWINAN ISLAM Hubungi talian:049285867/ 64/60/08/18/36 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my Fb : Pusat Islam UUM AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani dilahirkan di Sijistan, Iran pada tahun 202H/ 817M. Beliau adalah salah seorang perawi hadith Nabi Muham- mad S.A.W. Beliau juga adalah penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama. Semasa hayatnya, beliau pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi dan banyak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah S.A.W. Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum, iaitu hadis yang mengandungi hukum- hukum fiqh yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah sebanyak 50,000 Hadis. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,800 Hadis telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam kitab Sunannya. Selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil. Dalam kitab ini, sebanyak 600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in meri- wayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan sahabat. Imam Abu Daud meninggal dunia pada tahun 276H/888M. AZ BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T PERBICARAAAN SIFAT WAJIB BAGI ALLAH SWT WUJUD (SIFAT NAFSIAH) Wajib wujud Allah S.W.T. Adanya tidak dengan sesuatu sebab. Sesungguhnya wujud Al- lah itu adalah suatu kebenaran yang tidak dapat diragukan lagi, kerana segala apa yang ada dalam alam ini semuanya menjadi bukti diatas kewujudan Allah S.W.T. Segala yang wujud seperti matahari, bulan, bintang, langit, tumbuhan, binatang dan sebagainya adalah menjadi dalil adan- ya Allah S.W.T yang menciptakannya. Hal ini kerana tidak mungkin sesuatu benda itu wujud tanpa ada pencipta. Namun begitu, jangan kita silap faham dengan beranggapan bahawa setiap yang wujud mesti boleh dilihat, dapat dipegang atau dirasa. Kelemahan untuk memahami sesuatu hakikat, bukan bererti tidak wujud sesuatu benda itu, se- bagaimana lemah kita untuk memahami hakikat wujud roh, akal, cahaya se- dangkan perkara itu sudah ada dalam fahaman kita bahawa ianya tetap wujud. Firman Allah S.W.T ayat 25 dari surah Luqman yang bermaksud: “Dan jika kamu tanya (wahai Muhammad) kepa- da orang-orang kafir musrik siapakah yang menjadikan langit dan bumi? Ten- tu mereka menjawab: Allah (yang menjadikannya)”. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60/03/06 BIL 13/2013 Gema Jumaat

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Terlupa hafazan al-Quran

Apakah hukum orang yang telah menghafaz ayat-ayat al-quran

kemudian ia lupa hafazannya dan adakah wajib ia menghafal

kembali?

Haram hukumnya bagi mereka yang telah menghafaz al-Quran

dan selepas itu mereka meninggalkannya dan tidak membacan-

ya lagi hingga lupa ayat-ayat yang telah mereka hafaz . Disebut

dalam sebuah hadis Rasul SAW yang bermaksud:

“Diperlihatkan kepadaku segala (dosa) seorang lelaki yang telah

menghafaz beberapa ayat surah al-Quran atau beberapa ayat al-Quran

kemudian ia terus meninggalkannya sehingga lupa.”

Dalam riwayat lain ada menyebut yang bermaksud: “Sesiapa menghafaz

al-Quran kemudian ia (meninggalkan sehingga) lupa, pada hari kiamat

nanti ia akan menemui Allah dalam keadaan tangannya kudung.”

Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud. Maka wajib ke atas

mereka yang tidak lagi mengingati ayat-ayat yang telah di hafazkannya

supaya duduk menghafaznya semula. Sekadar mana yang termampu,

dan tidak memadai kalau mereka hanya membaca dengan melihat kepa-

da al-Quran.

MUTIARA

HIKMAH

Berkata Syeikh Abu Turoob: Tidaklah ada sesuatu ibadat yang lebih bermanfaat selain daripada memperbaiki lintasan hati.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Rabu– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis - PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dan

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’ 14 November 2013 - CE-

RAMAH KETRAMPILAN :

INDAHNYA AKHLAK

KERANA PERIBADI 17 November 2013-

GOTONG ROYONG ME-

MASAK BUBUR ASYURA 22 November 2013– KEJO-

HANAN BADMINTON

MASJID IMAM AS SYAFIE 22 November 2013 -

KURSUS PERKAHWINAN

ISLAM Hubungi talian:049285867/

64/60/08/18/36

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

Fb : Pusat Islam UUM

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani dilahirkan di Sijistan, Iran pada tahun 202H/

817M. Beliau adalah salah seorang perawi hadith Nabi Muham-mad S.A.W. Beliau juga adalah penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu

kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama.

Semasa hayatnya, be l iau pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi dan banyak lagi untuk mengumpulkan

Hadis Rasulullah S.A.W. Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum, iaitu hadis yang mengandungi hukum-

hukum fiqh yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah

sebanyak 50,000 Hadis. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,800 Hadis telah

beliau pilih untuk dimasukkan dalam kitab Sunannya. Selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil. Dalam kitab ini, sebanyak

600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in meri-wayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan sahabat.

Imam Abu Daud meninggal dunia pada tahun 276H/888M.

AZ

BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T

PERBICARAAAN SIFAT

WAJIB BAGI ALLAH SWT

WUJUD (SIFAT NAFSIAH)

Wajib wujud Allah S.W.T.

Adanya tidak dengan

s e s u a t u s e b a b .

Sesungguhnya wujud Al-

lah itu adalah suatu

kebenaran yang tidak

dapat diragukan lagi,

kerana segala apa yang

ada dalam alam ini

semuanya menjadi bukti

diatas kewujudan Allah

S.W.T. Segala yang wujud

seperti matahari, bulan,

bintang, langit, tumbuhan, binatang dan sebagainya adalah menjadi dalil adan-

ya Allah S.W.T yang menciptakannya.

Hal ini kerana tidak mungkin sesuatu benda itu wujud tanpa ada pencipta.

Namun begitu, jangan kita silap faham dengan beranggapan bahawa setiap

yang wujud mesti boleh dilihat, dapat dipegang atau dirasa. Kelemahan untuk

memahami sesuatu hakikat, bukan bererti tidak wujud sesuatu benda itu, se-

bagaimana lemah kita untuk memahami hakikat wujud roh, akal, cahaya se-

dangkan perkara itu sudah ada dalam fahaman kita bahawa ianya tetap

wujud.

Firman Allah S.W.T ayat 25 dari surah Luqman yang bermaksud: “Dan jika

kamu tanya (wahai Muhammad) kepa-

da orang-orang kafir musrik siapakah

yang menjadikan langit dan bumi? Ten-

tu mereka menjawab: Allah (yang

menjadikannya)”. Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 13/2013

Gema Jumaat

m/s 2

Golongan Yang Menjadi Ahli SyurgaGolongan Yang Menjadi Ahli SyurgaGolongan Yang Menjadi Ahli Syurga

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu

orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih

sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka

meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluar-

ga yang ramai. (Riwayat Muslim)

Huraian:

Golongan yang menjadi ahli syurga ialah:

1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.

2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluar-

ga dan umumnya kepada sesama Islam.

3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengeluh dan mengharap-

kan pertolongan orang lain. Golongan ini juga meredhoi qada’ dan qadar Allah S.W.T ke atasnya.

TANDA BACAAN

TANDA

BACAAN CONTOH

Syaddah

( )

Ditekankan

ا أن رب أم

Sukun (Mati)

) )

Dijelaskan

أنعمت لم يلد

m/s 3

“HIJRAH KE ARAH PENYATUAN UMMAH”

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dengan ber-

sungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah S.W.T

di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah, sekarang kita berada di tahun baru hijrah 1435. Pelbagai cara dilakukan

oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini bagi menggambarkan beta-

pa pentingnya tarikh 1 Muharram ini kepada kita.

Kita membaca doa akhir tahun pada waktu hampir Maghrib hari terakhir hijrah tahun

1434 dan kita memasuki tahun baru 1435 dengan doa awal tahun. Firman Allah S.W.T dalam

surah an-Nisa' ayat 100 yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat

berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk

berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hi-

jrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Hijrah adalah satu tuntutan tuhan kepada para hambaNya. Keimanan kepada Allah

S.W.T telah menjadikan semua perintah Allah S.W.T tetap dijunjung dan disempurnakan wa-

laupun ianya sulit dan sukar. Rasulullah S.A.W telah membuktikan ketaatan kepada Allah

S.W.T melalui hijrah agung baginda dengan meninggalkan Kota Mekah bumi kelahiran baginda

menuju ke Kota Madinah. Penghijrahan baginda semata - mata kerana memenuhi tuntutan

menegakkan sebuah negara setelah dibuang dan ditolak di negara sendiri kerana cuba mene-

gakkan cara hidup Islam. Biar pun peristiwa tersebut telah berlalu lebih 1400 tahun yang lam-

pau, namun tuntutan melakukan hijrah demi mencari kehidupan yang lebih sempurna di sisi

agama amat dituntut sehinggalah hari kiamat.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“Hijrah tidak akan berakhir sehinggalah berakhirnya peluang bertaubat dan peluang bertau-

bat tidak berakhir sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat” - Riwayat Abu Daud

Umat Islam juga harus diberi kefahaman dengan konsep hijrah yang sebenar iaitu

melakukan penghijrahan dari perkara yang kurang baik kepada perkara yang baik, perkara yang

telah baik menjadi yang lebih baik. Sentiasa melakukan yang terbaik dan bersesuaian dengan

syariat Allah S.W.T

Mimbar juga ingin mengajak semua melakukan penghijrahan pemikiran dan tindakan

dengan menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan menjaga agama (hifz ad deen) adalah

kewajipan bersama, sama ada dari sudut agama dan kenegaraan. Semua umat Islam hendaklah

sentiasa mementingkan perpaduan, bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama

lain dengan tidak membelakangi tuntutan Allah S.W.T dan rasul-Nya. Hal ini supaya kehidupan

kita di dunia ini dan di hari akhirat kelak benar-benar mendapat keredhoan Ilahi.