agama mutiara hikmah gema jumaatpusatislam.uum.edu.my/images/bil-22-2014.pdfbagi negerinya serta...

2
Hukum Makan Makanan Masak Tapi Berdarah Kekadang di setengah restoran masakan seperti ayam tidak di- masak sepenuhnya, di bahagian tulang terdapat darah. Dari segi hukum bolehkan kita makan ayam tersebut (dengan tidak memakan bahagian yang berdarah)? Darah kelihatan pada ayam atau daging yang telah dimasak adalah dibolehkan (dimaafkan). Apa yang haram ialah darah yang mengalir. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam berkata : "Yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya mengenai hukum limpa, beliau menjawab: “Kamu boleh me- makannya.” Mereka berkata lagi: “Bukanlah ia darah?” Beliau menjawab lagi: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu ialah darah yang mengalir.'" Maka jelaslah bahawa darah yang ada pada ayam atau daging yang telah dimasak, makanan tersebut halal dimakan. Apa yang diharamkan ialah darah yang mengalir seperti mana yang telah dijelaskan di atas. Walla- hu'alam. MUTIARA HIKMAH Berkata Imam Sufian: Rahmat Allah akan turun ketika disebut nama orang soleh. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Ra- bu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Rabu & Jumaat – KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis (minggu 1&4) - DAURAH ILMU Selasa (minggu kedua dan keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM DARUL SYIFA’ 13 November 2014 - CERAMAH BINA SA- HSIAH 15 November 2014 - KURSUS UMRAH 15 November 2014 - PROGRAM DAIE SISWA Hubungi talian: 049282567/60/58/69/ 66/63 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu. my Fb : Pusat Islam UUM AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2014 Nama lengkap Umar Khayyam ialah Ghyasuddin Abul Fatih Ibnu Ibrahim al-Khayyam. Beliau dilahirkan pada tahun 1048 di Ni- shapur, ibu kota Khurasan, suatu daerah di Parsi. Sejak kecil lagi Umar Khayyam sudah memperoleh pendidikan yang teratur. Salah seorang gurunya adalah Imam Muwaffak seorang pendidik yang terkenal di Nishapur pada waktu itu. Umar Khayyam terkenal namanya sebagai seorang penyair unggul Parsi dan sebagai seorang astronomi yang gemilang. Beliau juga dikenali sebagai ahli matematik. Beliau diangkat menjadi ketua merangkap anggota dari sebuah kelompok sarjana yang terdiri dari lapan orang mengkaji ilmu astronomi di Perguruan Tinggi Nizamiah, Baghdad, Iraq.Mereka telah berjaya melakukan perubahan perkiraan calendar Muslim. Umar Khayyam juga terkenal di dalam bidang matematik, khususnya mengenai aljabar (Agebra). Karyanya tentang aljabar, misalnya Al-Jabr (Algebra) yang telah diterjemahkan dan diedit ke dalam bahasa Perancis merupakan sumbangan yang amat berharga bagi negerinya serta dalam bidang matematik umumnya. Beliau merupakan orang yang pertama yang secara ilmiahnya mengklasifikasikan persamaan-persamaan tingkat satu (persamaan Linear) serta memikirkan kemungkinan dan mengutamakan persa- maan tingkat tiga (kubik) yang berpangkal dari persamaan umum. Beliau meninggal dunia pada 517 Hijrah/1123-1124 Masihi. AZ Tujuan Dibangkitkan Rasul Manusia telah dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini, samada dari bentuk jasmani atau rohani. Namun demikian manusia tetap makhluk yang mempunyai kelemahan untuk menentukan di antara sesuatu yang baik dengan sesuatu yang buruk, di antara sesuatu yang benar dengan sesuatu yang salah. Begitulah juga akal manusia yang lemah ini tidak dapat mengakui kebenaran perkara- perkara ghaib seperti berkaitan dengan sifat ketuhanan, hari kiamat, nikmat di dalam sy- urga, seksaan di dalam neraka, mizan, sirat, buku catatan amalan dan sebagainya. Oleh yang demikian Allah S.W.T mengutuskan Rasul kepada manusia dengan tujuan menyeru manusia supaya bersaksi dan beribadat kepada Allah S.W.T yang sebenar serta menegakkan ajaran-ajaran agama-Nya seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al Anbiya’ ayat 25 yang bermaksud: “Tidak kami utuskan sebelum engkau rasul melainkan kami wahyu kepadanya, bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku”. Firman-Nya lagi dari surah An-Nahl ayat 36 yang bermaksud: “ Dan sesungguhnya kami telah bangkitkan untuk tiap-tiap umat Rasul, supaya mereka menyembah Allah S.W.T dan menjauhi thaghut”. Rasul juga menjelaskan kepada manusia perkara-perkara ghaib yang tidak dapat difikirkan dengan akal semata-mata, kerana daya kebolehan akal manusia adalah terbatas setakad apa yang dapat dicapai melalui pancaindera sahaja. Manusia yang wa- ras tetap akan menerima perkara-perkara ghaib apabila diterangkan oleh Rasul dengan keterangan yang nyata dan jelas. Rasul juga diutuskan untuk memberi rahmat keseluruh alam, kerana dengan pengajaran-pengajaran yang dibawanya dapat memberi kebaikan kepada manusia dan kepada seluruh makhluk. Allah S.W.T juga tidak akan bertindak ke atas seseorang untuk diberinya dosa sebelum diutuskan Rasul. Firman Allah S.W.T dari surah Al Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud : “Dan kami tidak utuskan engkau wahai Muhammad melainkan un- tuk menjadi rahmat kepada seluruh alam”. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Pe- rundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9282563/64/6758 BIL 22/ 2014 Gema Jumaat

Upload: dangmien

Post on 04-Apr-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Hukum Makan Makanan Masak Tapi Berdarah

Kekadang di setengah restoran masakan seperti ayam tidak di-

masak sepenuhnya, di bahagian tulang terdapat darah. Dari segi

hukum bolehkan kita makan ayam tersebut (dengan tidak memakan

bahagian yang berdarah)?

Darah kelihatan pada ayam atau daging yang telah dimasak adalah

dibolehkan (dimaafkan). Apa yang haram ialah darah yang mengalir.

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku Al-Halal wa Al-Haram fi

Al-Islam berkata : "Yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas

pernah ditanya mengenai hukum limpa, beliau menjawab: “Kamu boleh me-

makannya.” Mereka berkata lagi: “Bukanlah ia darah?” Beliau menjawab lagi:

“Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu ialah darah yang mengalir.'"

Maka jelaslah bahawa darah yang ada pada ayam atau daging yang

telah dimasak, makanan tersebut halal dimakan. Apa yang diharamkan ialah

darah yang mengalir seperti mana yang telah dijelaskan di atas. Walla-

hu'alam.

MUTIARA

HIKMAH Berkata Imam Sufian: Rahmat Allah akan turun ketika disebut nama orang soleh.

Ayuh kita meriahkan

program kerohanian…

Setiap Selasa dan Ra-

bu– KELAS TAHSIN

AL QURAN

Setiap Rabu & Jumaat

– KELAS ASAS

TAJWID MUSLIMAT

Khamis (minggu 1&4)

- DAURAH ILMU

Selasa (minggu kedua

dan keempat)-

PENGAJIAN

FARDHU AIN

Ahad- Khamis

BIMBINGAN AL

QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN

ISLAM DARUL

SYIFA’ 13 November 2014 -

CERAMAH BINA SA-

HSIAH 15 November 2014 -

KURSUS UMRAH 15 November 2014 -

PROGRAM DAIE

SISWA Hubungi talian:

049282567/60/58/69/

66/63

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.

my

Fb : Pusat Islam UUM

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2014

Nama lengkap Umar Khayyam ialah Ghyasuddin Abul Fatih

Ibnu Ibrahim al-Khayyam. Beliau dilahirkan pada tahun 1048 di Ni-

shapur, ibu kota Khurasan, suatu daerah di Parsi. Sejak kecil lagi

Umar Khayyam sudah memperoleh pendidikan yang teratur. Salah

seorang gurunya adalah Imam Muwaffak seorang pendidik yang

terkenal di Nishapur pada waktu itu.

Umar Khayyam terkenal namanya sebagai seorang penyair

unggul Parsi dan sebagai seorang astronomi yang gemilang. Beliau

juga dikenali sebagai ahli matematik. Beliau diangkat menjadi ketua

merangkap anggota dari sebuah kelompok sarjana yang terdiri dari

lapan orang mengkaji ilmu astronomi di Perguruan Tinggi Nizamiah,

Baghdad, Iraq.Mereka telah berjaya melakukan perubahan perkiraan

calendar Muslim.

Umar Khayyam juga terkenal di dalam bidang matematik,

khususnya mengenai aljabar (Agebra). Karyanya tentang aljabar,

misalnya Al-Jabr (Algebra) yang telah diterjemahkan dan diedit ke

dalam bahasa Perancis merupakan sumbangan yang amat berharga

bagi negerinya serta dalam bidang matematik umumnya.

Beliau merupakan orang yang pertama yang secara ilmiahnya

mengklasifikasikan persamaan-persamaan tingkat satu (persamaan

Linear) serta memikirkan kemungkinan dan mengutamakan persa-

maan tingkat tiga (kubik) yang berpangkal dari persamaan umum.

Beliau meninggal dunia pada 517 Hijrah/1123-1124 Masihi.

AZ

Tujuan Dibangkitkan Rasul Manusia telah dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini, samada dari bentuk jasmani atau rohani. Namun demikian manusia tetap makhluk yang mempunyai kelemahan untuk menentukan di antara sesuatu yang baik dengan sesuatu yang buruk, di antara sesuatu yang benar dengan sesuatu yang salah. Begitulah juga akal manusia yang lemah ini tidak dapat mengakui kebenaran perkara-perkara ghaib seperti berkaitan dengan sifat ketuhanan, hari kiamat, nikmat di dalam sy-urga, seksaan di dalam neraka, mizan, sirat, buku catatan amalan dan sebagainya.

Oleh yang demikian Allah S.W.T mengutuskan Rasul kepada manusia dengan tujuan menyeru manusia supaya bersaksi dan beribadat kepada Allah S.W.T yang sebenar serta menegakkan ajaran-ajaran agama-Nya seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al Anbiya’ ayat 25 yang bermaksud: “Tidak kami utuskan sebelum engkau rasul melainkan kami wahyu kepadanya, bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku”. Firman-Nya lagi dari surah An-Nahl ayat 36 yang bermaksud: “ Dan sesungguhnya kami telah bangkitkan untuk tiap-tiap umat Rasul, supaya mereka menyembah Allah S.W.T dan menjauhi thaghut”.

Rasul juga menjelaskan kepada manusia perkara-perkara ghaib yang tidak dapat difikirkan dengan akal semata-mata, kerana daya kebolehan akal manusia adalah terbatas setakad apa yang dapat dicapai melalui pancaindera sahaja. Manusia yang wa-ras tetap akan menerima perkara-perkara ghaib apabila diterangkan oleh Rasul dengan keterangan yang nyata dan jelas.

Rasul juga diutuskan untuk memberi rahmat keseluruh alam, kerana dengan

pengajaran-pengajaran yang dibawanya dapat memberi kebaikan kepada manusia dan

kepada seluruh makhluk. Allah S.W.T juga tidak akan bertindak ke atas seseorang untuk

diberinya dosa sebelum diutuskan Rasul. Firman Allah S.W.T dari surah Al Anbiya’ ayat

107 yang bermaksud : “Dan kami tidak utuskan engkau wahai Muhammad melainkan un-

tuk menjadi rahmat kepada seluruh alam”.

Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Pe-

rundingan, Pusat Islam

UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal

Masjid , Pusat Islam UUM

04-9282563/64/6758

BIL 22/ 2014

Gema Jumaat

m/s 2

Istiqamah Dengan Islam

Daripada Abu Amru yang dikenali juga dengan Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah as-

Saqafi ra katanya, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan jelas supa-

ya aku tidak perlu lagi bertanya kepada seseorang selain daripada engkau.” Sabda Rasulullah,

“Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berpegang teguhlah di atas jalan yang lu-

rus.” (Riwayat Muslim)

Huraian Hadis:

1. Istiqamah ialah memelihara batas-batas syarak dengan melakukan segala suruhan

wajib dan mengambil berat suruhan sunat serta meninggalkan perkara-perkara yang haram

dan berusaha supaya tidak melakukan perkara-perkara makruh. Saidina Umar al-Khatab ra

berkata: Istiqamah itu ialah melakukan suruhan dan menjauhi larangan, dan tidak menyim-

pang ke sana dan ke sini seperti kelakuan seekor musang.

2. Dakwaan beriman semata-mata tidak memadai jika tidak dibuktikan dengan amalan

yang betul mengikut syarak. Ini kerana amalan zahir baik atau buruk itu adalah terjemahan

kepada iman yang tersemat di dalam jantung hati.

3. Orang-orang mukmin wajiblah istiqamah mengerjakan ibadat fardu dan mengambil

berat ibadat sunat bukan dengan cara bermusim seumpama apabila datangnya bulan Rama-

dan, umat Islam berpusu-pusu ke masjid, apabila tiba bulan Rabiulawal ramai yang menga-

malkan sunnah Rasul namun apabila lenyapnya bulan-bulan ini kita kembali ke tabiat asal.

4. Iman adalah perkara asas di dalam Islam, oleh itu tingkatkanlah keimanan kerana

dengan iman yang kuat akan mendorong seseorang untuk beristiqamah melakukan ibadah

wajib dan sunat seikhlas-ikhlasnya dan melahirkan diri sebagai seorang hamba Allah.

5. Sebagai kesimpulannya, sekiranya kita berpegang teguh dengan tuntutan agama pasti

Allah S.W.T akan mempermudahkan segala urusan kehidupan kita di dunia dan yang lebih

utama di akhirat kelak sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Muhammad ayat 7 yang

bermaksud "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan

menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

SIFAT HURUF

Sifat huruf pada bahasa bermaksud bentuk atau rupa.

Sifat huruf pada istilah pula bermaksud cara mengeluarkan sesuatu huruf samada nyaring, kuat,

lembut dan sebagainya.

SIFAT HURUF TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN

1.Sifat berlawanan

2.Sifat tunggal (Tidak berlawanan)

HADITH PILIHAN

m/s 3

“IHSAN TERAS INTEGRITI”

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Rasuah menjadi penyakit dan jenayah yang telah menular dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Tidak ada nega-

ra yang boleh mendakwa dirinya bebas dari rasuah, cuma yang boleh dibezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi

tahap keseriusan jenayah rasuah yang berlaku. Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram berdasarkan dalil yang qat‟ie

iaitu al-Qur‟an, as-Sunnah dan ijmak ulama‟. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188: Maksud“ Dan janganlah kamu

makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan har-

ta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia

dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)”.Dan Sabda Rasulullah S.A.W: Mafhumnya: “Pemberi rasuah dan

penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”.(Riwayat at-Thobrani)

Antara sebab berlakunya perkara yang keji ini ialah pelakunya hilang sifat Ihsan. Sifat Ihsan bermaksud kita melaksanakan sesua-

tu perkara untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan perasaan yakin seolah-olah kita dilihat dan dipantau oleh Allah

S.W.T. Sabda Rasullullah S.A.W ketika ditanya oleh Jibril tentang ihsan: Maksudnya: “Apakah ihsan itu?, sesungguhnya kamu

menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu”.

(Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan pengertian sebenar sifat Ihsan ini, akan melahirkan mereka yang takut kepada pencipta dengan merasa

setiap perbuatannya diawasi oleh Allah S.W.T, samada ketika berhadapan dengan orang ramai atau di tempat yang sunyi, ketika

bersama dengan majikan ataupun ketika ketiadaan majikan. Seseorang akan merasa takut untuk melakukan perbuatan keji, tercela

seperti melakukan kerosakan, penipuan, rasuah, mencuri tulang, ponteng kerja, dan perbuatan negatif yang lain.

Sedar ataupun tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk

seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasa berlaku

kezaliman dalam masyarakat. Ingatlah semua wang kekayaan yang didapati dengan cara haram adalah wang dan harta yang tidak

berkat. Kekayaan secara haram hakikatnya tidak membawa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, tetapi akan membawa

kesengsaraan dan kecelakaan di dunia dan akhirat. Jiwa manusia pada asalnya adalah sesuatu yang suci. Tetapi bila mana harta

yang diperolehi secara tidak halal tidak mungkin dapat memberi ketenangan pada jiwa kita.

Sebenarnya kita telah diperingatkan dengan beberapa kisah daripada sejarah tamadun manusia yang hebat, unggul dan

cemerlang seperti tamadun kaum „Add, Thamud, Tamadun Greek, Yunani, Parsi dan sebagainya. Kesemua tamadun ini telah

menerima pembalasan daripada oleh Allah S.W.T disebabkan kerakusan perbuatan mereka yang tidak berintegriti. Sifat mazmu-

mah telah beraja di hati terutama sifat tamak haloba, dengki khianat, tindas menindas, kezaliman dan seumpamanya sehingga

mendatangkan kemudaratan dan kesengsaraan yang lebih merbahaya sehingga boleh mendedahkan negara kepada pelbagai risiko

bahaya kehancuran. Berdasarkan kesan buruk yang telah menimpa umat terdahulu, jelas bahawa kaum yang tercemar integritinya

mempunyai kaitan dengan amalan kaum jahiliyah. Mohamad Qutb dalam bukunya Masyarakat Islam menjelaskan terdapat empat

ciri jahiliyah iaitu: (1) Syirik dalam ibadah; (2) Wujud sikap menjauhi agama Allah; (3) Wujud Taghut (penegak kesesatan) yang

memujuk manusia agar jangan mematuhi hukum Allah; dan (4) Menjatuhkan hukuman secara tidak adil kerana mengikut hawa

nafsu.

Justeru, Ingatlah wahai umat Islam sekalian sekiranya kita terlibat dalam penyelewengan dan penipuan ketika

melaksanakan tanggungjawab dan pekerjaan kita, maka rezeki yang kita perolehi adalah haram, makanan dan minuman kita ada-

lah haram, pakaian yang dipakai juga haram kerana datang dari sumber yang haram. Cuba bayangkan adakah kita sanggup melihat

anak cucu kita memakan dari sumber yang haram serta membesar dari hasil yang haram. Renungkanlah dan sesungguhnya per-

buatan ini akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Rasulullah S.A.W bersabda: Mafhumnya: “Setiap daging

yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah tempat yang selayaknya” (Riwayat at- Tirmizi)

Akhir sekali marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dengan melakukan kebaikan, mengelak dari melakukan seba-

rang kemungkaran dan kemaksiatan di dalam kehidupan. Ingatlah wahai umat Islam sekalian bahawa setiap amal perbuatan kita

senantiasa diperhatikan oleh dua malaikat Raqib dan Atid yang berada di kanan dan kiri kita untuk melaksanakan tugas merekod-

kan amalan baik dan buruk yang kita lakukan pada setiap masa. Sedarlah bahawa sebaik-baik manusia ialah mereka yang mem-

iliki sifat Ihsan dengan senantiasa rasa takut kepada Allah S.W.T dan melakukan kebaikan di sepanjang kehidupannya. Marilah

sama-sama kita merenung firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 105: Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad),

beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah SWT dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa

yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah SWT). yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan

yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”