agama mutiara hikmah gema jumaatpusatislam.uum.edu.my/images/bil-14-2013.pdf · wajib iaitu sesuatu...

2
Bidaah Adakah benar pendapat yang mengatakan terdapat bi- daah wajib, bidaah sunat, bidaah makruh dan bidaah ha- ram? Benar terdapat bidaah-bidaah tersebut seperti bidaah wajib iaitu sesuatu yang tidak ada pada zaman rasul S.A.W tetapi dituntut dan diwajibkan supaya melakukannya, Contohnya kita diwajibkan mempelajari ilmu nahu dan saraf untuk memahami dan mentafsir al-Quran. Bidaah yang haram seperti fahaman Qadariah, Murjiah dan Mujassimah. Bi- daah yang harus seperti berjabat tangan setiap kali selepas solat berjamaah. Bidaah yang makruh seperti menghias masjid-masjid dan tempat-tempat pengajian. Adapun bidaah yang tercela (mazmunah) seperti perkara-perkara yang menyalahi syara’ kerana setiap bidaah yang termasuk dalam ketegori ini adalah dikira sesat. MUTIARA HIKMAH Berkata Basyar Al Harith: Berteman dengan orang jahat menyebabkan bu- ruk sangka terhadap orang baik. Ayuh kita meriahkan pro- gram kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Selasa –KELAS PENGAJIAN ASAS FARDHU AIN Setiap Rabu– KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis - PENGAJIAN KITAB TURATH Selasa (minggu kedua dan keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS- LAM DARUL SYIFA’ 9 Disember 2013– KUR- SUS PENGURUSAN JE- NAZAH 19 Disember 2013– KUR- SUS PRA PERKAHWINAN Hubungi talian: 049282567/60/58/69/66/ 63 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my Fb : Pusat Islam UUM AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM Imam Ibnu Majah dilahirkan pada 207H /209H (824M /826M) di Qazwin. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid Ar-Rabi’ bin Majah Al-Qazwinî Al-Hâfidz, namun beliau biasa dipanggil Ibnu Majah. Sebutan Majah ini dinisbatkan kepada ayahnya Yazid, yang juga dikenal dengan sebutan Majah Maula Rab’at. Sejak usia remaja, Imam Ibnu Majah menekuni bidang hadits pada seorang guru yang ternama pada masa itu, yaitu Ali bin Muhammad At-Tanafasy (wafat, 233H). Bakat dan minat yang sangat besar yang dimilikinyalah yang akhirnya membawa beliau berkelana ke penjuru negeri untuk menelusuri ilmu hadits. Sepanjang hayatnya beliau telah mendedikasikan pikiran dan jiwanya dengan menulis beberapa buku Islam, seperti buku fikh, tafsir, hadits, dan se- jarah. Imam Ibnu Majah mempunyai beberapa hasil karya yang terkenal an- taranya kitab As-Sunan, yang merupakan salah satu Kutubus Sittah (Enam Kitab Hadits yang Pokok), kitab Tafsir Al-Qur’an dan kitab Tarikh, berkaitan sejarah sejak masa sahabat sampai masa Ibn Majah. Imam Ibnu Majah dipanggil oleh yang Maha Kuasa pada hari Isnin, tanggal 22 Ramadhan 273 H/887 M. Almarhum dimakamkan hari Selasa di tanah kelahirannya Qazwîn, Iraq. AZ BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T PERBICARAAAN SIFAT WAJIB BAGI ALLAH SWT (SIFAT SALBIAH) ertinya tiada permulaan bagi wujud Allah SWT dan wujudnya tidak pernah didahului oleh tiada sebelumnya. ertinya tiada kesudahan yang memberi maksud tiada kesudahan bagi wujud Allah S.W.T dan Allah S.W.T akan kekal terus-menerus yang tidak ada kesudahan. Allah itu bersifat dengan sedia kala, tiada awal mula baginya. Allah S.W.T itu azali dan abadi. Wujudnya tiada permulaan permulaan dan penghabisan. Hal ini kerana Dialah yang menjadikan seluruh makhluk dan tiada suatu makhluk pun yang terdahulu da- ripadanya. Kedua-dua sifat qidam dan baqa’ bagi Allah merupakan hakiki dan sebenarnya. Firman Allah dari surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud: “Dialah yang Maha Awal dan Dialah yang Maha Akhir, Maha Terang dan maha Maha Tersembunyi. Dialah amat mengetahui dengan segala sesuatu. Maha Awal: Allah S.W.T terdahulu wujudnya dan tidak didahului oleh tiada sebe- lumnya Maha Akhir: Allah S.W.T kekal selamanya walaupun semua makhluk binasa. Maha Terang: Seluruh makhluk menjadi bukti yang nyata tentang wujud Allah. Maha Tersembunyi: Zat Allah S.W.T tidak dapat dicapai oleh kuasa tanggapan manusia. ertinya bersalahan dengan segala yang baharu. Kita wajib membersihkan Allah S.W.T dari segala sifat kekurangan, seperti Allah S.W.T tidak berjisim, tidak mempunyai rupa ben- tuk, tidak mempunyai ukuran dan sukatan yang membolehkan dipisah-pisahkan, dibelah atau dibahagi-bahagikan. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60/03/06 BIL 14/2013 Qidam Baqa Mukhalafatuhulilhawadis Gema Jumaat

Upload: nguyenhanh

Post on 13-Jun-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bidaah Adakah benar pendapat yang mengatakan terdapat bi-daah wajib, bidaah sunat, bidaah makruh dan bidaah ha-ram?

Benar terdapat bidaah-bidaah tersebut seperti bidaah wajib iaitu sesuatu yang tidak ada pada zaman rasul S.A.W tetapi dituntut dan diwajibkan supaya

melakukannya, Contohnya kita diwajibkan mempelajari ilmu nahu dan saraf untuk memahami dan mentafsir al-Quran. Bidaah yang haram seperti fahaman Qadariah, Murjiah dan Mujassimah. Bi-daah yang harus seperti berjabat tangan setiap kali selepas solat berjamaah. Bidaah yang makruh seperti menghias masjid-masjid dan tempat-tempat pengajian. Adapun bidaah yang tercela (mazmunah) seperti perkara-perkara yang menyalahi syara’ kerana setiap bidaah yang termasuk dalam ketegori ini adalah dikira sesat.

MUTIARA

HIKMAH

Berkata Basyar Al Harith: Berteman dengan orang jahat menyebabkan bu-ruk sangka terhadap orang baik.

Ayuh kita meriahkan pro-

gram kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Rabu– KELAS

ASAS TAJWID

MUSLIMAT

Khamis - PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dan

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Ahad- Khamis

BIMBINGAN AL QURAN

INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’ 9 Disember 2013– KUR-

SUS PENGURUSAN JE-

NAZAH 19 Disember 2013– KUR-

SUS PRA

PERKAHWINAN

Hubungi talian:

049282567/60/58/69/66/

63

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

Fb : Pusat Islam UUM

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Imam Ibnu Majah dilahirkan pada 207H /209H (824M /826M) di Qazwin. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid Ar-Rabi’ bin Majah Al-Qazwinî Al-Hâfidz, namun beliau biasa dipanggil Ibnu Majah. Sebutan Majah ini dinisbatkan kepada ayahnya Yazid, yang juga dikenal dengan sebutan Majah Maula Rab’at. Sejak usia remaja, Imam Ibnu Majah menekuni bidang hadits pada seorang guru yang ternama pada masa itu, yaitu Ali bin Muhammad At-Tanafasy (wafat, 233H). Bakat dan minat yang sangat besar yang dimilikinyalah yang akhirnya membawa beliau berkelana ke penjuru negeri untuk menelusuri ilmu hadits. Sepanjang hayatnya beliau telah mendedikasikan pikiran dan jiwanya dengan menulis beberapa buku Islam, seperti buku fikh, tafsir, hadits, dan se-jarah. Imam Ibnu Majah mempunyai beberapa hasil karya yang terkenal an-taranya kitab As-Sunan, yang merupakan salah satu Kutubus Sittah (Enam Kitab Hadits yang Pokok), kitab Tafsir Al-Qur’an dan kitab Tarikh, berkaitan sejarah sejak masa sahabat sampai masa Ibn Majah. Imam Ibnu Majah dipanggil oleh yang Maha Kuasa pada hari Isnin, tanggal 22 Ramadhan 273 H/887 M. Almarhum dimakamkan hari Selasa di tanah kelahirannya Qazwîn, Iraq.

AZ

BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T

PERBICARAAAN SIFAT

WAJIB BAGI ALLAH SWT

(SIFAT SALBIAH)

ertinya tiada permulaan bagi wujud Allah SWT dan wujudnya tidak

pernah didahului oleh tiada sebelumnya.

ertinya tiada kesudahan yang memberi maksud tiada kesudahan bagi

wujud Allah S.W.T dan Allah S.W.T akan kekal terus-menerus yang tidak

ada kesudahan.

Allah itu bersifat dengan sedia kala, tiada awal mula baginya. Allah S.W.T itu azali dan

abadi. Wujudnya tiada permulaan permulaan dan penghabisan. Hal ini kerana Dialah

yang menjadikan seluruh makhluk dan tiada suatu makhluk pun yang terdahulu da-

ripadanya.

Kedua-dua sifat qidam dan baqa’ bagi Allah merupakan hakiki dan sebenarnya.

Firman Allah dari surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud: “Dialah yang Maha Awal dan

Dialah yang Maha Akhir, Maha Terang dan maha Maha Tersembunyi. Dialah amat

mengetahui dengan segala sesuatu.

Maha Awal: Allah S.W.T terdahulu wujudnya dan tidak didahului oleh tiada sebe-

lumnya

Maha Akhir: Allah S.W.T kekal selamanya walaupun semua makhluk binasa.

Maha Terang: Seluruh makhluk menjadi bukti yang nyata tentang wujud Allah.

Maha Tersembunyi: Zat Allah S.W.T tidak dapat dicapai oleh kuasa tanggapan

manusia.

ertinya bersalahan dengan segala yang baharu.

Kita wajib membersihkan Allah S.W.T dari segala sifat kekurangan, seperti Allah S.W.T

tidak berjisim, tidak mempunyai rupa ben-

tuk, tidak mempunyai ukuran dan sukatan

yang membolehkan dipisah-pisahkan,

dibelah atau dibahagi-bahagikan.

Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 14/2013

Qidam

Baqa

Mukhalafatuhulilhawadis

Gema Jumaat

m/s 2

Bersegera Dalam Mengerja Amal SolehBersegera Dalam Mengerja Amal SolehBersegera Dalam Mengerja Amal Soleh

Daripada Abi Hurairah RA bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda “Bersegeralah

kamu mengerjakan amal-amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam

yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya muk-

min dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin

dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedi-

kit”. Riwayat Bukhari

Huraian Hadith:

Seseorang mukmin dan muslim dikehendaki berpegang teguh dengan agama

(Islam) dan berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan semasa masih muda, ada

kelapangan masa dan sihat tubuh badan.

Rasullullah S.A.W mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dengan fitnah dunia

akhir zaman kerana ia mendorong manusia melakukan maksiat.

Pada akhir zaman terdapat ramai manusia menjual agama kerana mengejar habuan

dunia.

TANDA BACAAN

TANDA

BACAAN CONTOH

Lin

Huruf wau dan ya’

sebelumnya berbaris atas

Lembut

خوف عليهم

Saktah

) س )

Berhenti sebentar tanpa

Bernafas

من مرقدنا هذا

m/s 3

MEMBINA KEYAKINAN DIRIMEMBINA KEYAKINAN DIRIMEMBINA KEYAKINAN DIRI

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, kerana hanya mereka yang bertaqwa sahaja yang akan beroleh kejayaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Kita telah diingatkan bahawa untuk kita mencapai kecemerlangan bagi diri, keluarga, dan masyarakat kita, keyakinan diri menjadi pra syaratnya. Tanpa rasa yakin akan kemampu-an dan keupayaan kita, samada secara individu atau secara kolektif, pastinya kemajuan serta kecemerlangan yang kita hasratkan tidak akan dapat berada di dalam genggaman kita selama-lamanya. Ketahuilah, saudara-saudara sekelian, Allah menjadikan manusia ini dengan penuh kemuliaan dan keunggulan. Demikianlah harga diri kita, dan demikianlah juga darjat kedudukan kita di dalam ruang kehidupan ini. Firman Allah di dalam surah Al-Israa’ ayat 70 : Maksudnya, “Dan sesungguhnya Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan (yakni, Allah mudahkan unutk manusia pengangkutan-pangangkutan di darat dan di laut untuk memperoleh penghidupan), Kami kurniakan mereka rezeki dari yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” Saudara-saudara sekelian, kita sebagai umat Islam merupakan golongan yang yakin sepenuhnya akan kandungan kitab Al-Quran. Oleh itu, tidak ada sebab lagi untuk kita merasa hina dan lemah tak berdaya! Tidak sepatutnya kita mereka-reka alasan lagi untuk membisikkan ke dalam jiwa kita sendiri bahawa kononnya kita sebagai individu Muslim, atau sebagai masyarakat Islam, sudah ditentukan suratan untuk selamanya mundur dan ketinggalan. Dengan kemuliaan dan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita sebagai manu-sia inilah, kita dilantik pula menjadi khalifah di bumi. Dengan lain perkataan, kitalah yang di-tugaskan untuk mengatur dan menyusun kemakmuran makhluk-makhluk Allah di dunia. Sebagai Muslim, apabila kita berjaya menggunakan otak kiri untuk berfikiran rasional tentang nilai dan harga diri kita, berdasarkan panduan Al-Quran yang kita bentangkan tadi, insyaAllah, otak kanan kita akan mendorong kita membentuk satu sikap yang positif, dan keyakinan dalaman yang tinggi, untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat kita. Sekiranya pada satu-satu masa, saudara-saudara merasa ujian hidup yang melanda terlalu berat untuk dipikul, atau mungkin berasa kurang yakin akan masa depan yang akan dihadapi serta rasa kerdil dan hina dengan kemampuan diri sendiri untuk membina kecemer-langan, maka berbicaralah kepada diri sendiri dengan suara yang tegas:

Siapakah aku ini? Bukankah aku yang bergelar manusia? Semulia-mulia umat, khalifah Allah di muka bumi, yang telah dianugerahkan kemuliaan dan keunggulan oleh Allah S.W.T, Tuhan sekelian alam yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.