agama mutiara hikmah gema jumaatpusatislam.uum.edu.my/images/bil-23-2015.pdfhasil perubatan beliau...

2
Hukum orang Yang Berhadas Menyentuh Mashaf Al quran Yang Mempunyai Tulisan Lain di Dalamnya Sekiranya terdapat tulisan yang banyak di sebelah tepi mashaf, adakah ia masih dianggap seperti mashaf dan haram bagi orang yang berhadas menyentuhnya atau menanggungnya? Atau adakah ia dinamakan sebagai kitab tafsir mengikut penjelasananya Hukumnya sama seperti kitab tafsir, iaitu jika sekiranya huruf-huruf yang digunakan untuk menulis di tepi mashaf itu lebih banyak da- ripada huruf-huruf Al Quran maka harus orang yang berhadas me- nyentuh atau menanggungnya. Tetapi jika huruf-huruf yang ditulis itu diang- garkan lebih sedikit daripada huruf-huruf Al Quran, ia masih kekal sebagai mashaf dan haram bagi orang-orang yang berhadas menyentuh dan me- nanggungnyaWallahu'alam. MUTIARA HIKMAH Berkata Imam Hassan al Basri: Jika tidak ada ulama, nescaya jadilah manusia itu umpama binatang. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Ra- bu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Rabu & Jumaat – KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis (minggu 1&4) - DAURAH ILMU Selasa (minggu kedua dan keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM DARUL SYIFA’ Setiap Selasa bermula 10 Mac 2015 - KELAS TALLAQQI AL QURAN DAN IQRA’ 13 Jumaat 2015 - KURSUS HAJI BER- SIRI 15 November 2014 - PROGRAM DAIE SISWA Hubungi talian: 049282567/60/58/69/ 66/63 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu. AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2015 Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria ar- Razi. Dalam kalangan sarjana Barat lebih mengenali ar-Razi dengan panggi- lan Rhazes atau Rasis. Beliau dilahirkan di Rayy pada awal tahun kedua abad ke-9 Masihi/1 Syaaban 251 Hijrah/865 Masihi. Beliau merupakan seorang pemuda yang rajin dalam bekerja dan seorang ilmuan Islam yang mempunyai sifat pemurah, suka menderma, ramah dalam bergaul, suka men- gasihi dan menyayangi orang-orang miskin. Menurut Dr. Umar Faruk, ar-Razi memulakan pengajian kedoktorannya ketika berusia 30 tahun. Selain menekuni bidang perubatan, doktor Muslim ini juga turut mendalami dunia falsafah yang sangat terkenal pada saat itu. Beliau mempelajari ilmu falsafah daripada salah seorang gurunya iaitu al-Balkhi, seorang pakar falsafah dan juga ilmu-ilmu penge- tahuan klasik. Ar-Razi telah mencurahkan bakti yang besar dalam bidang kedoktoran dan berjaya mengkaji pelbagai gejala penyakit seperti penyakit cacar dan cam- pak bermula dari symptom dan cara pengubatannya. Sehingga sekarang hasil perubatan beliau diguna pakai oleh pakar-pakar kedoktoran pada hari ini. Ar-Razi telah menghasilkan keseluruhan bukunya sebanyak 148 buah. Anta- ra karyanya yang terulung ialah al-Hawi. Menurut pendapat orientalis Barat, karya ar-Razi ini banyak memberikan pengaruh terhadap ilmuan Barat Latin yang sungguh luar biasa hingga kurun waktu berabad lamanya. Beliau meninggal dunia di kota Rayy pada tahun 925 Masihi ketika situasi dan keadaan politik yang tidak menentu. Pada waktu itu, beliau berumur 60 tahun. AZ Pemilihan Rasul Rasul Pengurniaan Allah S.W.T Penentuan pangkat kenabian dan kerasulan bukanlah diperolehi secara waris atau dengan usaha ketaatan yang bersungguh-sungguh dari seseorang hamba, tetapi ia adalah adalah suatu anugrah dan perlantikan dari Allah SWT kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari kalangan hamba-Nya. Firman Allah S.W.T dari surah Ali-Imran ayat 73 yang bemaksud: “Katakan bahawa pengurniaan darjat nabi dan rasul itu ditangan Allah S.W.T. Dialah yang mengurniakannya kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Halus Rahmat-Nya lagi Maha Menge- tahui”. Rasul Sebagai Perantaraan Sebagaimana yang kita maklum zat Allah S.W.T itu berlainan dari semua makhluk, bahkan Ia adalah suatu zat yang Maha Mulia dan Maha Tinggi darjat- Nya dari segala yang lain. Oleh itu mengikut kebiasaan dalam peraturan alam yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T bahawa dua benda yang berlainan itu tid- ak dapat dibuat perhubungan secara langsung tanpa ada satu alat sebagai perantaraan, sebagaimana api tidak dapat disambung secara langsung dengan air melainkan mesti ada satu perantaraan. Demikian juga hal makhluk dengan Allah S.W.T, maka dengan sebab itu diutuskan seorang yang bersih sebagai penyambung diantara Allah S.W.T dengan makhluknya, dan kadangkala diselangi pula dengan perantaraan ma- laikat. Namun apapun yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, Ia tetap berkuasa atas segala sesuatu. Wallahua’lam. Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Pe- rundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9282563/64/6758 BIL 23/ 2015 Gema Jumaat

Upload: lydung

Post on 20-May-2019

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AGAMA MUTIARA HIKMAH Gema Jumaatpusatislam.uum.edu.my/images/BIL-23-2015.pdfhasil perubatan beliau diguna pakai oleh pakar-pakar ... ra karyanya yang terulung ialah al-Hawi. ... karya

Hukum orang Yang Berhadas Menyentuh Mashaf Al quran Yang Mempunyai

Tulisan Lain di Dalamnya

Sekiranya terdapat tulisan yang banyak di sebelah tepi mashaf,

adakah ia masih dianggap seperti mashaf dan haram bagi orang

yang berhadas menyentuhnya atau menanggungnya? Atau adakah ia

dinamakan sebagai kitab tafsir mengikut penjelasananya

Hukumnya sama seperti kitab tafsir, iaitu jika sekiranya huruf-huruf

yang digunakan untuk menulis di tepi mashaf itu lebih banyak da-

ripada huruf-huruf Al Quran maka harus orang yang berhadas me-

nyentuh atau menanggungnya. Tetapi jika huruf-huruf yang ditulis itu diang-

garkan lebih sedikit daripada huruf-huruf Al Quran, ia masih kekal sebagai

mashaf dan haram bagi orang-orang yang berhadas menyentuh dan me-

nanggungnyaWallahu'alam.

MUTIARA

HIKMAH Berkata Imam Hassan al Basri: Jika tidak ada ulama, nescaya jadilah manusia itu umpama binatang.

Ayuh kita meriahkan

program kerohanian…

Setiap Selasa dan Ra-

bu– KELAS TAHSIN

AL QURAN

Setiap Rabu & Jumaat

– KELAS ASAS

TAJWID MUSLIMAT

Khamis (minggu 1&4)

- DAURAH ILMU

Selasa (minggu kedua

dan keempat)-

PENGAJIAN

FARDHU AIN

Ahad- Khamis

BIMBINGAN AL

QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN

ISLAM DARUL

SYIFA’ Setiap Selasa bermula

10 Mac 2015 - KELAS

TALLAQQI AL

QURAN DAN IQRA’ 13 Jumaat 2015 -

KURSUS HAJI BER-

SIRI 15 November 2014 -

PROGRAM DAIE

SISWA Hubungi talian:

049282567/60/58/69/

66/63

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2015

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria ar-

Razi. Dalam kalangan sarjana Barat lebih mengenali ar-Razi dengan panggi-

lan Rhazes atau Rasis. Beliau dilahirkan di Rayy pada awal tahun kedua

abad ke-9 Masihi/1 Syaaban 251 Hijrah/865 Masihi. Beliau merupakan

seorang pemuda yang rajin dalam bekerja dan seorang ilmuan Islam yang

mempunyai sifat pemurah, suka menderma, ramah dalam bergaul, suka men-

gasihi dan menyayangi orang-orang miskin.

Menurut Dr. Umar Faruk, ar-Razi memulakan pengajian

kedoktorannya ketika berusia 30 tahun. Selain menekuni bidang perubatan,

doktor Muslim ini juga turut mendalami dunia falsafah yang sangat terkenal

pada saat itu. Beliau mempelajari ilmu falsafah daripada salah seorang

gurunya iaitu al-Balkhi, seorang pakar falsafah dan juga ilmu-ilmu penge-

tahuan klasik.

Ar-Razi telah mencurahkan bakti yang besar dalam bidang kedoktoran dan

berjaya mengkaji pelbagai gejala penyakit seperti penyakit cacar dan cam-

pak bermula dari symptom dan cara pengubatannya. Sehingga sekarang

hasil perubatan beliau diguna pakai oleh pakar-pakar kedoktoran pada hari

ini.

Ar-Razi telah menghasilkan keseluruhan bukunya sebanyak 148 buah. Anta-

ra karyanya yang terulung ialah al-Hawi. Menurut pendapat orientalis Barat,

karya ar-Razi ini banyak memberikan pengaruh terhadap ilmuan Barat Latin

yang sungguh luar biasa hingga kurun waktu berabad lamanya.

Beliau meninggal dunia di kota Rayy pada tahun 925 Masihi ketika situasi

dan keadaan politik yang tidak menentu. Pada waktu itu, beliau berumur 60

tahun.

AZ

Pemilihan Rasul

Rasul Pengurniaan Allah S.W.T

Penentuan pangkat kenabian dan kerasulan bukanlah diperolehi secara

waris atau dengan usaha ketaatan yang bersungguh-sungguh dari seseorang hamba, tetapi ia adalah adalah suatu anugrah dan perlantikan dari Allah SWT kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari kalangan hamba-Nya. Firman Allah

S.W.T dari surah Ali-Imran ayat 73 yang bemaksud: “Katakan bahawa pengurniaan darjat nabi dan rasul itu ditangan Allah S.W.T. Dialah yang mengurniakannya kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Halus Rahmat-Nya lagi Maha Menge-tahui”.

Rasul Sebagai Perantaraan

Sebagaimana yang kita maklum zat Allah S.W.T itu berlainan dari semua makhluk, bahkan Ia adalah suatu zat yang Maha Mulia dan Maha Tinggi darjat-

Nya dari segala yang lain. Oleh itu mengikut kebiasaan dalam peraturan alam yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T bahawa dua benda yang berlainan itu tid-ak dapat dibuat perhubungan secara langsung tanpa ada satu alat sebagai

perantaraan, sebagaimana api tidak dapat disambung secara langsung dengan air melainkan mesti ada satu perantaraan.

Demikian juga hal makhluk dengan Allah S.W.T, maka dengan sebab itu diutuskan seorang yang bersih sebagai penyambung diantara Allah S.W.T dengan makhluknya, dan kadangkala diselangi pula dengan perantaraan ma-

laikat. Namun apapun yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, Ia tetap berkuasa atas segala sesuatu.

Wallahua’lam.

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Pe-

rundingan, Pusat Islam

UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal

Masjid , Pusat Islam UUM

04-9282563/64/6758

BIL 23/ 2015

Gema Jumaat

Page 2: AGAMA MUTIARA HIKMAH Gema Jumaatpusatislam.uum.edu.my/images/BIL-23-2015.pdfhasil perubatan beliau diguna pakai oleh pakar-pakar ... ra karyanya yang terulung ialah al-Hawi. ... karya

m/s 2

Kemanisan Iman Daripada Anas RA daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa dia mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Huraian Hadith: 1. Terdapat 3 perkara untuk merasakan kemanisan iman iaitu: I. Mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain II. Mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah sahaja III. Benci kembali kepada kekufuran setelah mendapat hidayah dan taufik daripada Allah S.W.T. 2. Umat Islam disuruh supaya mengasihi seseorang itu hanya kerana Allah dan bukan kerana harta, kedudukan, pangkat dan sebagainya. 3. Umat Islam dituntut supaya berpegang teguh kepada agama Allah sekalipun menghadapi berbagai-bagai dugaan, rintangan dan ancaman. 4. Iman yang sempurna hanya wujud apabila seseorang itu merasa kelazatan melakukan taat, serta mengutamakan taat kepada Allah daripada harta benda dunia. 5. Cintakan Allah dan Rasul bermaksud mengutamakan keredhaan kedua-duanya daripada keredhaan yang lain (manusia dan hawa nafsu). 6. Kebencian kepada kekufuran ialah dengan menjauhi sebab yang boleh membawa kepadanya sama ada perbuatan, perkataan atau iktikad.

SIFAT HURUF

1.SIFAT BERLAWANAN

BIL SIFAT HURUF CARA BACAAN

1. 1.AL-JAHR

2.AL-HAMS

ا ب ج د ذ ر ز ض ط ظ ع غ ق ل م ن و ء ي

ت ث ح خ س ش

ه ص ف ك

Nyaring-Ketika menyebutnya

nafasnya tertahan kerana tekanan

kuat pada makhrajnya.

Mendesas –Ketika menyebutnya

nafas

terlepas kerana lemah makhrajnya.

HADITH PILIHAN

m/s 3

“SYARIAH ASAS KEMAKMURAN NEGARA”.

Kemakmuran negara dan kesejahteraan ummah samada di dunia dan akhirat adalah menjadi impian kita semua.

Justeru, agama Islam telah menyusun satu sistem yang lengkap untuk dipatuhi oleh setiap manusia yang

dinamakan syariah. Syariah menurut seorang ulama terkenal Syeikh Mahmud Syalthut ialah peraturan dan

hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi oleh manusia dalam menguruskan hubungannya den-

gan Allah S.W.T dan sesama manusia serta seluruh alam. Menurut Imam al-Syatibi bahawa Allah S.W.T telah

menetapkan syariah ini dengan mengambil kira segala bentuk kebaikan. Sebagaimana firman Allah SWT di

dalam surah al-Baqarah ayat 29:

Maksudnya:“Dialah yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju ke arah

langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Syariah merupakan asas kepada kemakmuran negara yang berteraskan kepada maqasid al-Syariah.

Secara ringkasnya Maqasid al-Syariah ialah melakukan kebaikan bertujuan untuk menjaga tatasusila,

kepentingan dan sistem hidup. Dalam hal ini Imam Ibn Taimiyah pernah menyebut bahawa: Maqasid yang

wajib bagi pemerintah ialah memastikan kebaikan agama bagi manusia, jika hilang agama, mereka akan menjadi orang yang sangat rugi dan nikmat dunia yang diperolehi tidak akan memberi manafaat kepadanya.

Manakala menurut Imam al-Ghazali bahawa lima maslahah utama yang perlu dipelihara dalam maksud syariah

iaitu; agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Firman Allah SWT dalam surah al-Haj ayat 41:

Maksudnya: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka

mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari

melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Berdasarkan kepada tanggungjawab ini, maka menjadi suatu amanah kepada pemerintah untuk

menjaga segala kepentingan-kepentingan yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan agama seperti keamanan

negara, keselamatan nyawa dan harta benda, kebajikan rakyat, keselamatan akidah serta kemudahan

menunaikan perintah agama. Pencapaian maqasid perlu didasari oleh tingkah laku serta persepsi tiga

komponen yang berkaitan dalam sesebuah negara iaitu; pertama: pihak pemerintah (pembuat dasar), kedua:

agensi-agensi pelaksana (pelaksana dasar) dan ketiga: masyarakat secara keseluruhannya menjurus ke arah

pencapaian maqasid.

Sebagai umat Islam kita perlu sedar bahawa syariah Islam yang diturunkan oleh Allah SWT adalah

asas kepada kemakmuran negara. Ketahuilah bahawa syariah itulah sebenarnya agama, yang meliputi hukum-

hakam yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Menegakkan, melaksanakan dan berusaha ke arahnya adalah

tanggungjawab kita semua. Justeru, sebagai umat Islam kita wajib mendokong tanpa berbelah bagi segala usaha

bagi meletakkan syariah Islam sebagai asas kemakmuran negara. Rasulullah SAW berpesan dalam sabdanya

yang bermaksud : “Mana-mana pemimpin yang menguruskan urusan umat Islam sedangkan ia tidak

mengambil berat dan tidak mempedulikan mereka nescaya ia tidak akan masuk syurga bersama

mereka.”(Riwayat Muslim)

Marilah sama-sama kita sekalian memperteguhkan keimanan kepada Allah, SWT memperbanyakkan

amal kebajikan, menjauhi segala perbuatan berdosa dan maksiat. Suburkan perasaan perpaduan di antara rakyat

yang berbilang kaum, eratkan hubungan silaturrahim sesama kita, semoga dengan perasaan mahabbah

berterusan dalam kehidupan harian kita dan sentiasa aman damai serta makmur. Tanggungjawab memakmurkan

negara memerlukan penglibatan semua pihak lebih-lebih lagi golongan ulama’ yang semestinya memberi

kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat. Inilah kunci utama pembangunan ummah yang menjadi prinsip

asas kejayaan generasi sahabat dalam menegakkan syariat Islam.