Terlupa hafazan al-Quran
Apakah hukum orang yang telah menghafaz ayat-ayat al-quran
kemudian ia lupa hafazannya dan adakah wajib ia menghafal
kembali?
Haram hukumnya bagi mereka yang telah menghafaz al-Quran
dan selepas itu mereka meninggalkannya dan tidak membacan-
ya lagi hingga lupa ayat-ayat yang telah mereka hafaz . Disebut
dalam sebuah hadis Rasul SAW yang bermaksud:
“Diperlihatkan kepadaku segala (dosa) seorang lelaki yang telah
menghafaz beberapa ayat surah al-Quran atau beberapa ayat al-Quran
kemudian ia terus meninggalkannya sehingga lupa.”
Dalam riwayat lain ada menyebut yang bermaksud: “Sesiapa menghafaz
al-Quran kemudian ia (meninggalkan sehingga) lupa, pada hari kiamat
nanti ia akan menemui Allah dalam keadaan tangannya kudung.”
Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud. Maka wajib ke atas
mereka yang tidak lagi mengingati ayat-ayat yang telah di hafazkannya
supaya duduk menghafaznya semula. Sekadar mana yang termampu,
dan tidak memadai kalau mereka hanya membaca dengan melihat kepa-
da al-Quran.
MUTIARA
HIKMAH
Berkata Syeikh Abu Turoob: Tidaklah ada sesuatu ibadat yang lebih bermanfaat selain daripada memperbaiki lintasan hati.
Ayuh kita meriahkan program
kerohanian…
Setiap Selasa dan Rabu–
KELAS TAHSIN AL
QURAN
Setiap Selasa –KELAS
PENGAJIAN ASAS
FARDHU AIN
Setiap Rabu– KELAS
ASAS TAJWID MUSLIMAT
Khamis - PENGAJIAN
KITAB TURATH
Selasa (minggu kedua dan
keempat)- PENGAJIAN
FARDHU AIN
Ahad- Khamis BIMBINGAN
AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-
LAM DARUL SYIFA’ 14 November 2013 - CE-
RAMAH KETRAMPILAN :
INDAHNYA AKHLAK
KERANA PERIBADI 17 November 2013-
GOTONG ROYONG ME-
MASAK BUBUR ASYURA 22 November 2013– KEJO-
HANAN BADMINTON
MASJID IMAM AS SYAFIE 22 November 2013 -
KURSUS PERKAHWINAN
ISLAM Hubungi talian:049285867/
64/60/08/18/36
Dan layari…
www.pusatislam.uum.edu.my
Fb : Pusat Islam UUM
AGAMA
m/s 4
S
J
TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM
Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani dilahirkan di Sijistan, Iran pada tahun 202H/
817M. Beliau adalah salah seorang perawi hadith Nabi Muham-mad S.A.W. Beliau juga adalah penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu
kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama.
Semasa hayatnya, be l iau pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi dan banyak lagi untuk mengumpulkan
Hadis Rasulullah S.A.W. Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum, iaitu hadis yang mengandungi hukum-
hukum fiqh yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah
sebanyak 50,000 Hadis. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,800 Hadis telah
beliau pilih untuk dimasukkan dalam kitab Sunannya. Selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil. Dalam kitab ini, sebanyak
600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in meri-wayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan sahabat.
Imam Abu Daud meninggal dunia pada tahun 276H/888M.
AZ
BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T
PERBICARAAAN SIFAT
WAJIB BAGI ALLAH SWT
WUJUD (SIFAT NAFSIAH)
Wajib wujud Allah S.W.T.
Adanya tidak dengan
s e s u a t u s e b a b .
Sesungguhnya wujud Al-
lah itu adalah suatu
kebenaran yang tidak
dapat diragukan lagi,
kerana segala apa yang
ada dalam alam ini
semuanya menjadi bukti
diatas kewujudan Allah
S.W.T. Segala yang wujud
seperti matahari, bulan,
bintang, langit, tumbuhan, binatang dan sebagainya adalah menjadi dalil adan-
ya Allah S.W.T yang menciptakannya.
Hal ini kerana tidak mungkin sesuatu benda itu wujud tanpa ada pencipta.
Namun begitu, jangan kita silap faham dengan beranggapan bahawa setiap
yang wujud mesti boleh dilihat, dapat dipegang atau dirasa. Kelemahan untuk
memahami sesuatu hakikat, bukan bererti tidak wujud sesuatu benda itu, se-
bagaimana lemah kita untuk memahami hakikat wujud roh, akal, cahaya se-
dangkan perkara itu sudah ada dalam fahaman kita bahawa ianya tetap
wujud.
Firman Allah S.W.T ayat 25 dari surah Luqman yang bermaksud: “Dan jika
kamu tanya (wahai Muhammad) kepa-
da orang-orang kafir musrik siapakah
yang menjadikan langit dan bumi? Ten-
tu mereka menjawab: Allah (yang
menjadikannya)”. Wallahua’lam
Sidang Redaksi
Pengarang:
Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:
Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM
04-9285867/64/60/03/06
BIL 13/2013
Gema Jumaat
m/s 2
Golongan Yang Menjadi Ahli SyurgaGolongan Yang Menjadi Ahli SyurgaGolongan Yang Menjadi Ahli Syurga
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu
orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih
sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka
meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluar-
ga yang ramai. (Riwayat Muslim)
Huraian:
Golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluar-
ga dan umumnya kepada sesama Islam.
3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengeluh dan mengharap-
kan pertolongan orang lain. Golongan ini juga meredhoi qada’ dan qadar Allah S.W.T ke atasnya.
TANDA BACAAN
TANDA
BACAAN CONTOH
Syaddah
( )
Ditekankan
ا أن رب أم
Sukun (Mati)
) )
Dijelaskan
أنعمت لم يلد
“
m/s 3
“HIJRAH KE ARAH PENYATUAN UMMAH”
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dengan ber-
sungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah S.W.T
di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah, sekarang kita berada di tahun baru hijrah 1435. Pelbagai cara dilakukan
oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini bagi menggambarkan beta-
pa pentingnya tarikh 1 Muharram ini kepada kita.
Kita membaca doa akhir tahun pada waktu hampir Maghrib hari terakhir hijrah tahun
1434 dan kita memasuki tahun baru 1435 dengan doa awal tahun. Firman Allah S.W.T dalam
surah an-Nisa' ayat 100 yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat
berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk
berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hi-
jrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
Hijrah adalah satu tuntutan tuhan kepada para hambaNya. Keimanan kepada Allah
S.W.T telah menjadikan semua perintah Allah S.W.T tetap dijunjung dan disempurnakan wa-
laupun ianya sulit dan sukar. Rasulullah S.A.W telah membuktikan ketaatan kepada Allah
S.W.T melalui hijrah agung baginda dengan meninggalkan Kota Mekah bumi kelahiran baginda
menuju ke Kota Madinah. Penghijrahan baginda semata - mata kerana memenuhi tuntutan
menegakkan sebuah negara setelah dibuang dan ditolak di negara sendiri kerana cuba mene-
gakkan cara hidup Islam. Biar pun peristiwa tersebut telah berlalu lebih 1400 tahun yang lam-
pau, namun tuntutan melakukan hijrah demi mencari kehidupan yang lebih sempurna di sisi
agama amat dituntut sehinggalah hari kiamat.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“Hijrah tidak akan berakhir sehinggalah berakhirnya peluang bertaubat dan peluang bertau-
bat tidak berakhir sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat” - Riwayat Abu Daud
Umat Islam juga harus diberi kefahaman dengan konsep hijrah yang sebenar iaitu
melakukan penghijrahan dari perkara yang kurang baik kepada perkara yang baik, perkara yang
telah baik menjadi yang lebih baik. Sentiasa melakukan yang terbaik dan bersesuaian dengan
syariat Allah S.W.T
Mimbar juga ingin mengajak semua melakukan penghijrahan pemikiran dan tindakan
dengan menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan menjaga agama (hifz ad deen) adalah
kewajipan bersama, sama ada dari sudut agama dan kenegaraan. Semua umat Islam hendaklah
sentiasa mementingkan perpaduan, bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama
lain dengan tidak membelakangi tuntutan Allah S.W.T dan rasul-Nya. Hal ini supaya kehidupan
kita di dunia ini dan di hari akhirat kelak benar-benar mendapat keredhoan Ilahi.