slide ijmak dan qias

26
IJMAK DAN QIAS NAMA : NURUL NATASHA BINTI NGADIMAN PRAKTIKUM : E2P7 NAMA PENSYARAH : USTAZ TAUFIK BIN ALI

Upload: nurul-natasha

Post on 28-Apr-2015

108 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide Ijmak Dan Qias

IJMAK DAN QIAS

NAMA : NURUL NATASHABINTI NGADIMANPRAKTIKUM : E2P7NAMA PENSYARAH : USTAZ TAUFIK BIN ALI

Page 2: Slide Ijmak Dan Qias

PENGENALAN : Ulama sepakat mengatakan bahawa

wajib beramal dengan sunnah Rasulullah.

Ini berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis yang menyuruh umat Islam supaya berpegang teguh kepada kedua-duanya.

Para fiqah juga sepakat menyatakan Sunnah adalah sumber kedua syariat Islam.

Page 3: Slide Ijmak Dan Qias

IJMAK

Adakah anda mengetahui maksud ijmak ?

Page 4: Slide Ijmak Dan Qias

Merupakan

Ijmak

Kesepakatan para ulama dalam menetapkan sesuatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Al-Hadis tentang suatu perkara yang telah terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasulullah S.A.W.

Merupakan sumber ketiga hukum Islam

dan ia menjadi hujah dalam

perkara agama.

Allah telah memelihara

umat ini daripada

bersepakat di atas kesesatan sepertimana

sabda baginda yang berbunyi :

“ Tidak berhimpun umatku atas kesesatan” ( Riwayat

At-Tirmizi )

Page 5: Slide Ijmak Dan Qias

Ijmak

Ijmak menjadi hujah pada

setiap zaman.

Ini bermaksud ijmak ulama pada kurun kedua ( sebagai contoh ), juga terpakai untuk kurun-

kurun yang selepasnya dan ia bukan terpakai

untuk kurun yang kedua sahaja.

Apabila para ulama mujtahid telah bersepakat dalam sesuatu

perkara, maka termaktublah ijmak untuk perkara tersebut .

Page 6: Slide Ijmak Dan Qias

PERKARA BERLAKUNYA IJMAK Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang

sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadis.

Page 7: Slide Ijmak Dan Qias

QIYAS

Apakah pula yang dimaksudkan dengan Qiyas ?

Page 8: Slide Ijmak Dan Qias

Q

I

Y

A

S

Pengertian Bahasa : Ukuran

PersamaanIktibar atau ambil

pengajaran.

Pengertian Istilah : Menzahirkan

persamaan sesuatu perkara yang tidak ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya

mempunyai persamaan pada illah atau sebab

pada hukum.

Page 9: Slide Ijmak Dan Qias

RUKUN AL - QIYAS

Hukum Maslah Utama ( al-

Hukmu )

Furu’ atau Cabang ( al-far’u )

Illah atau Sebab( As-Sabab)

Masalah Utama ( al-

ashl )

Page 10: Slide Ijmak Dan Qias

Hukum Asal :

Merupakan hukum syarak

yang telah sabit atau ditetapkan

oleh nas.

Hendaklah hukum yang mana illahnya dapat difahami oleh akal, sekiranya akal tidak

mengetahui illah hukum asal, maka al-Qiyas tidak

boleh dilakukan.

Sekiranya terdapat dalil yang

menunjukkan pengkhususan hukum dengan asal melalui nas, maka al-Qiyas

tidak boleh dilakukan, kerana Ia menyalahi

dalil,

Antara contoh yang dikatakan

khusus, dalil yang menunjukkan

sesuatu hukum itu hanya berlaku

untuk asal sahaja, seperti : Kahwin

lebih empat isteri dalam satu masa

adalah khusus untuk Nabi sahaja.

Page 11: Slide Ijmak Dan Qias

Furu’ atau CabangTidak terdapat nas atau ijmak

yang menunjukkan

sesuatu hukum yang berlawanan dengan al-Qiyas.

Antara contoh al-

Qiyas yang bertentangan dengan ijmak, seperti : Orang musafir harus

meninggalkan puasa berdasarkan firman

Allah :

Hukum furu’tidak boleh

mendahului hukum asal dari segi sabitnya,

contohnya tidak sah qiyas quduk

terhadap tayammum dari segi wajib niat dengan illah

kedua-duanya merupakn

bersuci atau beribadat.

Page 12: Slide Ijmak Dan Qias

DALIL AL-QURAN :SURAH AL- BAQARAH AYAT 185

Page 13: Slide Ijmak Dan Qias

Maksudnya :

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Page 14: Slide Ijmak Dan Qias

Illah atau Sebab

Merupakan suatu keadaan atau sifat zahir, difahami oleh pancaindera, kerana

ia merupakan tanda hukum.

Illah itu hendaklah suatu sifat dan keadaan yang sesuai dan munasabah dengan hukum, sifat yang

mana pensyariatan hukum untuk memberi faedah dan mencegah bahaya terhadap manusia.

Contohnya : Mabuk dalam nisbah pengharaman arak.

Page 15: Slide Ijmak Dan Qias

CONTOH PEMBINAAN HUKUM Qiyas bermaksud perbandingan dan di dalam

konteks pembinaan hukum, ia bermaksud mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara membandingkan perkara yang belum pasti hukumnya dengan sesuatu hukum yang sudah pasti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh, dalil yang terdapat di dalam hadis mewajibkan seseorang mengeluarkan zakat gandum. Jika sesuatu kawasan padi pula, maka zakat padi diwajibkan kerana terdapat banyak persamaan atau illat di antara padi dengan gandum selepas perbandingan atau Qiyas dilakukan.

Page 16: Slide Ijmak Dan Qias

HADIS RASULULLAH S.A.W Hadis riwayat Ibnu Umar ra yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah dari

bulan Ramadan kepada manusia, iaitu satu sha` (gantang) kurma atau satu sha` (gantang) gandum atas setiap muslim, merdeka atau budak, lelaki maupun wanita.”

Hadis dalam kitab Sahih Muslim : 1635)[1] Contoh penggunaan Qiyas : misalnya gandum, seperti disebutkan dalam hadis

sebagai yang utama (al-ashlu)-nya. lalu al-far’u-nya adalah padi (tidak tercantum dalam Al-

Quran dan Hadis). al-hukmu, atau hukum gandum itu wajib zakatnya. as-sabab atau alasan hukumnya kerana padi dan

gandum adalah makanan utama.

Page 17: Slide Ijmak Dan Qias

HUKUM IJTIHAD

Page 18: Slide Ijmak Dan Qias

IJTIHAD

Suatu proses penyelidikan yang dilakukan secara bersungguh-

sungguh oleh sarjana Islam( digelar mujtahid ) untuk

menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali.

Hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran

dan As-Sunnah.

Page 19: Slide Ijmak Dan Qias

SYARAT-SYARAT IJTIHAD Di antara syarat-syarat al-Ijtihad ialah:

Mengetahui dalil-dalil Syara' yang diperlukan dalam ijtihadnya, seperti ayat-ayat hukum dan hadith-hadith hukum.

Mengetahui apa yang berkaitan dengan kesahihan dan kedhaifan hadith, seperti pengetahuan tentang periwayat-periwayat hadith, peribadi periwayat dan lain-lain.

Mengetahui perihal al-Nasikh (yang memansuhkan) dan al-Mansukh (yang dimansuhkan) serta tempat-tempat al-Ijma‘ supaya tidak menghukum dengan yang al-Mansukh (yang dimansuhkan) atau dengan menyalahi al-Ijma' (persepakatan ulama').

Page 20: Slide Ijmak Dan Qias

Mengetahui dalil-dalil yang boleh mengubah hukum seperti pengkhususan, perkaitan dan lain-lain supaya tidak menghukum dengan menyalahi perkara tersebut.

Mengetahui ilmu Bahasa Arab dan Ushul al-Fiqh yang berkaitan dengan petunjuk lafaz-lafaz seperti umum, khusus, yang dibiarkan, yang dikaitkan , yang samar, yang dijelaskan dan sebagainya supaya dapat menghukum bersesuaian dengan petunjuk-petunjuk tersebut.

Al-Ijtihad boleh berpecah dan bercabang menjadi ijtihad dalam satu bab keilmuan atau satu permasalahan ilmu sahaja.

Page 21: Slide Ijmak Dan Qias

PERKARA-PERKARA YANG DITUNTUT DARIPADA SEORANG MUJTAHID Seseorang al-mujtahid itu dituntut supaya mengerahkan

tenaganya dalam usaha untuk mengenal pasti sesuatu kebenaran kemudian menghukum dengan apa yang didapatinya sebagai kebenaran.

Sekiranya dia menyalahi kebenaran, dia memperoleh satu pahala dan kesalahannya diampunkan. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:

  AُهC َفCَل

C CْخHَطCَأ َأ KَّمA ُث CَدCَهC َت HاْجCَف CَّمC َحCَك WَذCا َوCِإ Wاِن CَرHْجC َأ AُهC َفCَل CاَبCَصC َأ KَّمA ُث CَدCَهC َت HاْجCَف AَّمWاِكCَحH اْل CَّمC َحCَك WَذCا ِإ

. aَرHْجC [1]َأ

Maksudnya: Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati kebenaran, baginya dua pahala. Dan apabila dia menghukum lalu dia berijtihad kemudian menyalahi kebenaran, baginya satu pahala.

Page 22: Slide Ijmak Dan Qias

DALIL HARUS BERIJTIHAD Firman Allah S.W.T yang bermaksud :“ Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai

orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”(Surah Al-Hasyr ayat 2).

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

  َواَحَد اْجَرا َفَلُه َفَأْخَطَأ اْجَتَهَد َواَذا اْجَراِن َفَلُه َواَصاَب اْلَحاِكَّم اْجَتَهَد اَذا) َومسَلَّم) اْلبخارى رَواه

“Apabila seseorang hakim menjatuhkan hukuman lalu ia berijtihad dan didapati apa yang ia ijtihadkan itu benar, maka ia mendapatkan 2 pahala, sekiranya pula ia menjatuhkan hukuman dan berijtihad serta salah maka ia mendapat satu pahala sahaja.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Page 23: Slide Ijmak Dan Qias

SYARAT DAN CARA BERIJTIHAD Seseorang mujtahid itu mestilah mengikuti cara tertentu untuk

berijtihad, seperti berikut :

Mestilah terlebih dahulu meneliti nas yang terkandung dalam al-Quran, kemudian meneliti pula hadis mutawatir dalam penetapan hukum serta menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Sekiranya mujtahid tidak menemui nas yang menjelaskan hukum dalam al-Quran dan hadis, maka mujtahid mestilah berpegang dan mengambil zahir nas al-Quran dan Hadis serta apa yang dapat diambil daripada keduanya itu tentang apa-apa sahaja yang dapat dijadikan pegangan yang berbentuk mantuk dan mafhumnya.

Sekiranya mujtahid tidak menemui hukum melalui jalan kedua, ia mestilah meneliti dan menilai segala perbuatan Nabi dan selepas itu taqrir baginda.

Selain itu, apabila mujtahid itu menemui dua dalil atau nas yang bertentangan, maka ia hendaklah terlebih dahulu mencari dan menilai serta melihat dalil itu dari sudut ia dapat diterima kedua-duanya sebagai dalil hukum. Ini kerana, dengan berpegang kepada kedua dalil itu adalah lebih baik daripada meninggalkan salah satu daripadanya.

Page 24: Slide Ijmak Dan Qias

SYARAT-SYARAT MUJTAHID Islam dan bersifap adil. Mengetahui tentang al-Quran beserta

makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan sempurna, hal ini supaya dapat mentafsirkan al-Quran dan As-Sunnah dengan baik.

Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya mampu membezakan pendapat yang benar dan pendapat yang salah.

Page 25: Slide Ijmak Dan Qias

RUJUKAN : Pengantar Usul Fiqh Tingkatan 6 oleh

Abd. Latif/Rosmawati Ali terbitan Ilham Abati Enterprise 1997.

Manhaj Ilmu Fiqah oleh Abdul Azib Hussain terbitan Telaga Biru.

Kitab Qurratul’Ain Syarah Waraqat Imam Al-Haramain, m/s 70, Edisi 1 2001, Dar Al-Masyari, Lubnan.

Buku Al-Hadis, Darjah Khas Jabatan Agama Islam terbitan Aras Mega Sendirian Berhad.

Internet :

Page 26: Slide Ijmak Dan Qias

Sekian Terima Kasih, Assalamualaikum