perjalanan hidup ulamak

25
PERJALANAN HIDUP ULAMAK Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan NAMA lengkapnya ialah Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail Qadhi bin Haji Mahmud bin Cik Seman. Beliau meninggal dunia pada 1384 Hijrah/1964 Masihi. Ibunya bernama Wan Aisyah binti Wan Utsman. GURU-GURUNYA Ayahnya, Haji Nik Wan Ismail Qadhi bin Haji Nik Wan Mahmud adalah sahabat Syeikh Ahmad al-Fathani. Kedua-duanya adalah ulama besar. Oleh itu Nik Mahmud mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri di Kelantan. Setelah ayahnya wafat pada 1315 Hijrah/1898 Masihi, dalam tahun itu juga ibunya Wan Aisyah membawa Nik Mahmud dan tiga orang anaknya yang lain ke Mekah. Nik Mahmud diserahkan pengurusannya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Oleh sebab ilmu-ilmu dalam bidang keislaman yang dipelajari oleh Nik Mahmud daripada ayahnya dipandang sudah memadai, maka al-Fathani hanya mendidik Nik Mahmud dalam bidang-bidang ilmu khusus, terutama ilmu pentadbiran dan siasah, serta diperlengkapkan lagi dengan ilmu 1

Upload: khairulaku

Post on 20-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Ulamak

TRANSCRIPT

PERJALANAN HIDUP ULAMAK Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan

Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan

NAMA lengkapnya ialah Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail Qadhi bin Haji Mahmud bin Cik Seman. Beliau meninggal dunia pada 1384 Hijrah/1964 Masihi. Ibunya bernama Wan Aisyah binti Wan Utsman.

GURU-GURUNYAAyahnya, Haji Nik Wan Ismail Qadhi bin Haji Nik Wan Mahmud adalah sahabat Syeikh Ahmad al-Fathani. Kedua-duanya adalah ulama besar. Oleh itu Nik Mahmud mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri di Kelantan.Setelah ayahnya wafat pada 1315 Hijrah/1898 Masihi, dalam tahun itu juga ibunya Wan Aisyah membawa Nik Mahmud dan tiga orang anaknya yang lain ke Mekah. Nik Mahmud diserahkan pengurusannya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.Oleh sebab ilmu-ilmu dalam bidang keislaman yang dipelajari oleh Nik Mahmud daripada ayahnya dipandang sudah memadai, maka al-Fathani hanya mendidik Nik Mahmud dalam bidang-bidang ilmu khusus, terutama ilmu pentadbiran dan siasah, serta diperlengkapkan lagi dengan ilmu pertahanan diri. Sepanjang pendidikan pengkaderan putera-putera Melayu di Mekah yang dilakukan oleh al-Fathani, tidak ramai yang berbakat dalam ilmu pentadbiran dan siasah. Tetapi yang pasti, tercatat dua orang dari kerajaan Riau-Lingga, iaitu Raja Ali Kelana dan Raja Khalid Haitami (cucu Raja Ali Haji). Mereka yang berasal dari Kelantan pula ialah Nik Mahmud dan Haji Muhammad bin Muhammad Sa'id yang kemudian dikenali memperoleh gelaran Datuk Laksamana.Hubungan antara Nik Mahmud dengan Muhammad bin Muhammad Sa'id selanjutnya adalah saudara ipar, kerana Nik Mahmud berkahwin dengan Che Aisyah, adik kepada Haji Muhammad bin Muhammad Sa'id. Walaupun pendidikan di Mekah yang diperoleh Nik Mahmud tidak begitu lama, namun semua guru kepada ulama-ulama yang saya tulis dalam artikel terdahulu juga menjadi guru kepada Nik Mahmud. Selanjut al-Fathani mengirim Nik Mahmud ke Mesir. Pendidikan khusus untuk Nik Mahmud diberikan oleh al-Fathani di Bukit Jabal Suaidan, Mekah. Pendidikan siasah diberikan dengan menggunakan permainan catur. Sedangkan pendidikan pertahanan diri diberikan di tanah lapang, di tempat yang sama dengan menggunakan pedang, keris dan lainnya. Untuk memahirkan ilmu pertahanan diri, Nik Mahmud sentiasa membuat latihan di Bukit Jabal Suaidan yang disaksikan sendiri oleh al-Fathani. Sebelum menceritakan pendidikan Nik Mahmud di Mesir, di sini saya petik satu peristiwa mengenai Nik Mahmud, Tok Kenali dan lain-lainnya bersama guru mereka, al-Fathani dalam perjalanan ke Beirut dan Mesir. Sewaktu al-Fathani mendapat mandat daripada ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan peristiwa khilafiyah antara Sayid Yusuf bin Ismail an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir), al-Fathani telah mengajak beberapa orang muridnya menemui kedua-dua ulama tersebut. Telah menjadi tradisi al-Fathani dan ulama-ulama lainnya, jika akan menyelesaikan masalah-masalah besar, mereka sentiasa bermunajat di tempat-tempat yang makbul. Oleh itu ketika sampai di Tursina, beliau berdoa secara berjamaah. Untuk Nik Mahmud, al-Fathani berdoa, ``minta supaya Allah memberinya kedudukan orang besar di kerajaan Kelantan ... `` Doa di Tursina ternyata dikabulkan Allah, kerana setelah Nik Mahmud kembali ke Kelantan, akhirnya beliau digelar sebagai Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan.Beberapa pucuk surat al-Fathani di Mekah kepada Nik Mahmud ketika belajar di Mesir sebagai bukti kesungguhan al-Fathani memberikan pendidikan untuk mengangkat martabat bangsa Melayu, sebagaimana pesannya kepada Nik Mahmud, ``Dan mudah-mudahan anakanda meninggikan hemah pada mendapatkan barang yang sayugia mendapatkan dia, bagi seumpama diri anakanda di dalam ini masa, supaya terangkat dengan yang demikian itu oleh nama jenis Melayu, berat dan terhebat dengan dia oleh kerajaannya pada segala hati ajanib (orang asing, pen:). Dan tertamadun dengan dia oleh siasah mereka itu sebagai tamadun yang muafakat dengan syara.'' (Surat bertarikh 19 Rabiulakhir 1324 Hijrah/11 Jun 1906 Masihi).Surat yang sama maksudnya dengan bahagian yang saya petik ini juga pernah dikirim kepada Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, dan sultan-sultan dalam negeri Melayu lainnya.Bukti kesungguhan dan penuh rasa tanggungjawab al-Fathani terhadap Nik Mahmud dapat kita pelajari daripada kalimat beliau, ``Dan tatkala sampai surat anakanda kepada bonda anakanda, daripada kenyataan minta tambah lima junaih itu, maka ia beri kepada Abang Awan Kenali dua junaih sahaja. Maka Abang Awan Kenali pun terima hendak pergi kirim kepada anakanda atas tangan Syeikh Abdul Hamid Kudus. Maka sampai khabar itu kepada ayahanda. Maka ayahanda hentikan dia dahulu. Dan ayahanda suruh akan dia minta tambah biar cukup lima junaih. Kemudian datang bonda anakanda ke rumah ayahanda bermusyawarat pada demikian itu, lalu ayahanda minta daripadanya kirim cukup juga kerana takut kepayahan hendak mengirim ...'' (Surat bertarikh 19 Rabiulakhir 1324 Hijrah/11 Jun 1906 Masihi).

AKTIVITI DI KELANTANNik Mahmud sewaktu bergelar Dato' Bentara Setia, bersama-sama Tok Kenali dan Haji Muhammad bin Haji Muhammad Sa'id, berhasil menubuhkan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Perisytiharan oleh Sultan Muhammad IV di Istana Balai Besar pada 24 Disember 1915.Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhasil menerbitkan majalah Pengasuh, Tok Kenali sebagai Ketua Pengarang yang pertama. Terbitan pertama 11 Julai 1918. Majalah Pengasuh masih terbit sampai sekarang, bererti majalah inilah majalah Islam di dunia Melayu yang paling lama dapat bertahan.Nik Mahmud secara rasmi sebagai pentadbir dan diplomat tertinggi Kelantan mulai 29 April 1921, dengan gelar Dato' Perdana Menteri Paduka Raja. Beliau menggantikan Che Hassan bin Mohd. Salleh yang memegang jawatan Dato' Menteri Kelantan yang meninggal dunia pada 22 Januari 1921. Datuk Nik Mahmud meletak jawatan pada 27 Disember 1945, diganti oleh anaknya Nik Ahmad Kamil hingga tahun 1953. Istilah yang digunakan setelah terbentuk Persekutuan Tanah Melayu tidak lagi memakai Perdana Menteri, diganti dengan Menteri Besar.Sangat banyak aktiviti Datuk Nik Mahmud sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan saya tinggalkan saja, saya berkesimpulan bahawa beliau adalah Perdana Menteri Kelantan/Menteri Besar yang paling terkenal dalam sejarah Kelantan sama ada sebelum atau pun sesudahnya.

KARYA-KARYAWalau pun Datuk Nik Mahmud merupakan tokoh dan ulama sebagai pentadbir tertinggi di dalam pemerintahan kerajaan negeri Kelantan pada zamannya, namun beliau sempat juga menghasilkan beberapa buah karya. Di antaranya yang sempat diterbitkan ialah:* Cahaya Purnama Bagi Menerangkan Jalan Ugama. Ia diselesaikan di Kota Bharu, Kelantan pada 1 Syaaban 1336 Hijrah/12 Mei 1918 Masihi. Dicetak oleh Mathba'ah Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan. Kandungannya membicarakan perkara-perkara fardu ain, dimulai perbicaraan ilmu tauhid dan disudahi mengenai mengerjakan haji.* Tajuk Kemuliaan. Diselesaikan pada 21 Syaaban 1350 Hijrah/31 Disember 1931 Masihi. Dicetak oleh Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Mathba'ah Asasiyah, Kelantan, 1350 Hijrah/1932 Masihi. Kandungannya membicarakan akhlak.* Ringkasan Cetera Kelantan Mengandungi Silsilah Raja-raja Dan Tarikhnya. Diselesaikan pada 8 Ramadan 1351 Hijrah/4 Januari 1933 Masihi. Dicetak oleh Mathba'ah al-Asasiyah Company Kelantan, tanpa dinyatakan tarikh. Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Kelantan, Patani, raja-raja yang memerintah dari peringkat awal hingga ke zaman pengarangnya (Datuk Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan lain-lain. Pada kata Pendahuluan/dinyatakan bahawa sejarah ini disalin daripada tulisan Pak Wan Mahmud, Menteri Besar yang ditulis dalam tahun 1197 Hijrah, diambil daripada perkataan Pak Bedulah (Abdullah). Dinyatakan oleh pengarang bahawa beliau telah membandingkan dengan naskhah yang lain dengan cermat, maka yang diatur ini adalah yang lebih sahnya.* Perbendaharaan Mustika. Diselesaikan hari Isnin, 2 Jamadilawal 1363 Hijrah. Cetakan pertama Ismailiyah Press, Kota Bharu, Kelantan (tanpa tahun cetak). Dicetak atas kebenaran Nik Mustafa Fadhil (Datuk Seri Amar Diraja) bin Nik Mahmud. Ditandatangani oleh Raja Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan pada tarikh 21 Julai 1946 Masihi. Kandungannya mengupas Al-Asmaul Husna, menghuraikan ilmu hikmah yang diamalkan oleh golongan khas.* Pati Rahsia. Diselesaikan pada 1 Rejab 1363 Hijrah. Cetakan yang ketiga Haji Daud bin Haji Abu Bakar al-Ahmadi, 3296-B, Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu, Kelantan, 1389 Hijrah/1969 Masihi. Dicetak atas perbelanjaan Nik Ahmad Kamil (Datuk Seri Setia Raja) bin Nik Mahmud, dan dicetak atas kebenarannya. Ditandatangani oleh Raja Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan pada tarikh 15 Jun 1946 Masihi, bilangan (3) 136/46. Kandungannya mengupas ilmu hikmah menggunakan berbagai-bagai, isim, wirid, doa, dan lain-lain.

KETURUNANNYADi antara anak Datuk Nik Mahmud yang menjadi tokoh atau pembesar sama ada di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa ialah Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil (meninggal dunia 20 Disember 1977). Di antara anak Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil pula ialah Tan Sri Datuk Nik Ibrahim Kamil, sekarang Pengerusi Southern Investment Bank Berhad, Kuala Lumpur.

Sumber: Utusan Malaysia (ARKIB : 15/03/2004)

Mufti Haji Nor al-Kelantani (1905M - 1987M)

Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim adalah seorang ulama Kelantan yang terkemuka dan dianggap tokoh paling masyhur selepas Tok Kenali. Dilahirkan pada 20hb. Ogos 1905 di Kota Bharu, beliau adalah anak kepada Haji Ibrahim Yusuff, Mufti Kerajaan Kelantan antara 1928-1941. Setelah menamatkan persekolahan awalnya di Madrasah Muhammadiah, Majlis Agama Islam Kelantan, beliau melanjutkan pelajaran ugamanya di Mekah pada tahun 1923. Bidang ilmu yang beliau pelajari meliputi bukan sahaja ilmu-ilmu agama tradisional seperti usuluddin, fiqh, hadith dan tafsir, tetapi juga ilmu-ilmu falak dan qiraat. Guru-guru beliau di Mekah antara lain ialah Syaikh Hasan al-Masyath, Tok Senggora, Syeikh Nuh Jamaludin Kelantan, Syeikh Mohd. Nor Patani, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani, Chek Pak Ya al-Ramani dan lain-lain. Jawatan beliau yang pertama selepas pulang ke Kelantan ialah menjadi Qadhi Besar Kelantan pada tahun 1937.

Pernah memangku jawatan Mufti Khas antara 1hb. September 1941 hingga 28hb. Oktober 1944, iaitu sehingga jawatan berkenaan dihapuskan. Antara 1949 hingga pertengahan 1965, beliau menjadi guru di Jami Merbau al-Ismail (kemudiannya Maahad Muhammadi) dan sekaligus mengajar di Masjid Muhammadi. Selang waktu antara pertengahan 1965 hingga April 1968, beliau habiskan di Masjid Negara Kuala Lumpur, berkhidmat di Kelas Tahfiz al-Quran yang baru ditubuhkan sekarang (Dar-al-Quran) dan menyusun tafsir pimpinan ar-Rahman yang terkenal itu.Dilantik menjadi Mufti pada 1hb. Mei 1968 berikutan kematian sahabatnya Dato Haji Ahmad Maher. Jawatan ini beliau sandang sehingga ke akhir hayatnya pada 13hb. Februari 1987. Lebih dari seorang ulama, beliau adalah seorang hafiz dan ahli falak yang terkenal, pun juga seorang penulis dan orang alim yang menguasai bahasa Inggeris. Kemasyhuran beliau lebih banyak terserlah dalam bidang-bidang qiraat, falak, tafsir dan usuluddin, ketimbang bidang fiqh sebagaimana layaknya seorang Mufti.

TOK KENALI

AMALAN SELAWAT TOK KENALI AL-KELANTANI

Selawat 1: .

Selawat 2: , .

Nama Sebenar: Muhammad Yusuf bin AhmadMuhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 1933) ialah seorang tokoh tokoh Ulama , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia sebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

Tokoh Besar Ulama Kelantan

Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki sejarah kelantan maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar padabeberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah Pengasuh, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah Al-Hikmah sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.

Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Kelahiran Tok KenaliBeliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Latar BelakangnyaMuhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.

Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.

Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi. Keempat-empat anak Tok Kenali kesemuanya mengikut jejak langkah ayah mereka dengan bergelar Tok Guru.

Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.

Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

Menyambung Pelajaran Ke Kota BahruSewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.

Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahanda DatukPerdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi Mufti Kerajaan Kelantan Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci MekahSebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Pulang ke Tanah AirPada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.

Murid-murid dari seluruh kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan Mufti kelantan) dan lain-lain.

Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.

Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung. Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Inilah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.

Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.

Menghembus Nafas Terakhir

Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.

Majalah Pengasuh keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi; kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raajiuun:.

Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Taala.

Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.

Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.

Jawatan-jawatan Tok KenaliTuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:

1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19 November 1933).

2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama. Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.

3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah).

4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.

6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.

7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu.

8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar).

9.0 Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok KenaliSelain daripada mengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.

Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan setia hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.

Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk Lubaab at-Ta,wiil fil Maaani At-Tanzil ke dalam bahasa melayu. Tugas berat ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang berbahagia tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang berguna daripada Tuk kenali. Majalah pengetahuan ini diterbitkan tiga kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu didatangi oleh Tuk kenali danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.

Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimpan sebuah buku cetera Raja Muda . salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah diberikan kepada pengaranag buku Hikayat Seri kelantan.

- dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan suatu getakan perhimpunan umat islam yang di namakan Jam ,iyyatul Asriyyah] [Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] , pebincangan=perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tebgah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.

Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah MelayuSistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) . Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak. Tuan-tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa tempat di seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain.

Guru-guru pondok lepasan kenali inilah kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula sistem pondok.

Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem persekolahan.

Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.

Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah ini lebih dikenal dengan nama Sekolah Agama Majlis.

Kemudian pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis dengan nama Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan Sekolah Melayu Majlis, manakala sekolah yang baru tadi disebut Sekolah Arab Majlis. Akhir sekolah aliran melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran daripada sekolah aliran arab tadi )

Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi Ai-Uluum, Bukit mertajam pada tahun 1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem pondok).Di samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain. Beliau tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam yang suci.

Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan

Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tuk kenali didapati agak gemar sekali membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali oleh AQHAS - halaman 76), Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).

Artikel disedut dariTabung Amanah Tok Kenali

Tuan Tabal

Tuan Tabal - Penyebar Tarikat Ahmadiyah pertama di Nusantara

Hubungan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani dengan Tuan Tabal yang diriwayatkan sebagai saudara ipar dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, Isnin, 13 September 2004/28 Rejab 1425H, masih dirasakan perlu diberi keterangan lanjut. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Samad bin Muhammad Saleh Tabal al-Fathani al-Kalantani. Sebelum bergelar Tuan Tabal beliau juga pernah digelar Tuan Kutan.

Para penulis Kelantan selama ini menyebut bahawa isteri Tuan Tabal itu bernama Wan Tsum atau Wan Kaltsum anak Tok Semian. Maklumat daripada keluarga ini di Terengganu menyebut bahawa Tok Semian adalah nama gelar kepada Haji Abdur Rahman. Apabila kita teliti maklumat ini, maka salasilah yang diperoleh dari Terengganu ada benarnya, kerana ayah Syeikh Wan Ali Kutan dan Wan Kaltsum, adiknya memang bernama Abdur Rahman. Cuma ayah Abdur Rahman di sini bernama Abdul Ghafur, sedangkan ayah Abdur Rahman pada konteks isteri Tuan Tabal sebelum ini dikatakan bernama Lebai Muda. Kemungkinan Lebai Muda di sini adalah nama gelar juga bagi Abdur Ghafur pada konteks datuk kepada Syeikh Wan Ali Kutan dan saudaranya Wan Kaltsum tersebut.

Untuk lebih jelas, dari tulisan al-marhoum di Bicara Agama dalam tajuk Syeikh Wan Senik Karisiqi moyang Syeikh Daud Al-Fathani.Syeikh Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur, ayah pada Syeikh Jalaluddin, adalah adik -beradik dengan Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur. Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur adalah orang yang sama dengan Syeikh Wan Abdur Rahman al-Kalantani, yang ketika mudanya tinggal di Lorong Tok Semian Kelantan.Beliau juga digelar dengan Tok Semian. Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur berkahwin dengan Hajah Wan Zainab binti Wan Abdul Qadir, anak perempuannya bernama Hajah Wan Kaltsum, menjadi isteri Tuan Tabal al-Kalantani. Hajah Wan Kaltsum adalah kakak Syeikh Wan Ali Kutan, dapat disemak dalam artikel tarikh 27 September 2004 atau dalam koleksi lepas.

KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN

Ada pertikaian pendapat tentang tahun kelahiran Tuan Tabal. Yang pertama mengatakan bahawa beliau lahir tahun 1816 Masihi, dan pendapat yang kedua menyebut tahun 1840 Masihi. Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan dalam buku Sejarah Perkembangan Ulama Kelantan menentukan bahawa Tuan Tabal lahir pada tahun 1840 Masihi, yang diikuti oleh Hamdan Hassan dalam bukunya Tarekat Ahmadiyah di Malaysia Suatu Analisa Fakta Secara Ilmiah (DBP, 1990, hlm.72). Disebabkan ada dua pendapat di atas, maka penulis masih ragu dengan kedua-dua tahun yang disebutkan itu. Kedua-dua tahun yang disebutkan penulis-penulis lain tidak menyebutkan tahun Arabiyahnya. Padahal pada zaman itu tidak ada ulama kita mencatatkan tahun kelahiran dan tahun wafat menggunakan tahun Masihi. Pemindahan dari tahun Arabiyah kepada tahun Masihi sering terjadi kekeliruan, sebagai contoh Nik Abdul Aziz dalam buku yang sama tersebut di atas (lihat hlm. 99) menyebut bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani lahir tahun 1872, padahal hanya salah menyalinnya sahaja daripada tulisan penulis dalam majalah Dian bil. 49, 1972, yang penulis tulis tahun 1272 Hijrah bukan 1872 Masihi.

Tulisan terawalTuan Tabalialah Munabbihul Ghafilin yang beliau selesaikan dalam tahun 1285 Hijrah yang jika dijadikan tahun Masihi lebih kurang tahun 1868 Masihi, bererti ketika itu Tuan Tabal baru berusia 28 tahun. Kitab yang tersebut itu walaupun nipis sahaja, namun mencorakkan falsafah mistik peringkat tinggi, yang menurut tradisi ulama dunia Melayu, ilmu tasawuf semacam itu tidak pernah ditulis oleh orang-orang yang berumur 28 tahun. Walaupun mereka menguasai ilmu tasawuf, namun mereka lebih suka menulis ilmu-ilmu yang bercorak zahir saja. Oleh sebab hal-hal yang tersebut di atas tahun 1840 Masihi itu perlu penyelidikan lebih lanjut.

Setelah memperoleh ilmu di Patani,Tuan Tabalmelanjutkan pelajarannya ke Mekah. Oleh sebab ilmu Arabiyah beliau kurang kemas sewaktu di Patani, beliau diperintah oleh gurunya Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki memperdalam ilmu-ilmu Arabiyah itu daripada Syeikh Ahmad al-Fathani, walaupun Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri jauh lebih muda daripada Tuan Tabal. Tuan Tabal lebih muda sedikit umurnya daripada Syeikh Muhammad Zain al-Fathani, ayah kepadaSyeikh Ahmad al-Fathani.

"...dipercayai Tuan Tabal adalah orang pertama menyebarkan thariqat Ahmadiyah di Kelantan dan sekitarnya.."

Mengenai Tuan Tabal belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani itu sangat masyhur diceritakan oleh guru-guru pondok. Juga telah dirakamkan berupa tulisan oleh beberapa orang di antaranya Muhammad Uthman El-Muhammady, Hamdan Hassan (dalam buku yang sama di atas) dan lain-lain. Namun demikian tulisan Hamdan Hassan mengenai kepulangan Tuan Tabal dari Mekah sebelum tahun 1860 Masihi (lihat hlm. 74) masih meragukan. Sebab, dalam tahun 1860 Masihi itu Syeikh Ahmad al-Fathani baru berumur 4 tahun, jadi dalam tahun berapakah Tuan Tabal belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani ? Sebab itu mahu tidak mahu kita terpaksa memilih salah satu daripada dua, iaitu Tuan Tabal benar pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani jauh sesudah tahun 1860 Masihi, atau Tuan Tabal tidak pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani kerana ketika beliau turun dari Mekah pada tahun 1860 Masihi, Syeikh al-Fathani masih kanak-kanak.

Tuan Tabal memang pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, namun yang perlu penelitian ialah tahun-tahun yang bersangkutan dengan Tuan Tabal kerana masih banyak yang diragui. Ada pun tahun-tahun yang melibatkan Syeikh Ahmad al-Fathani mulai lahir, aktiviti kepelbagaian dalam kehidupan dan tarikh wafat semuanya cukup jelas kerana dokumen mengenai beliau memang tercatat secara teratur.

Dalam waktu yang samaTuan Tabal,Syeikh Wan Ali Kutandan Syeikh Ahmad al-Fathani menerima Thariqat Ahmadiyah daripada Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi. Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi adalah murid kepada Sidi Ahmad Idris, iaitu daripadanya dinisbahkan Thariqat Ahmadiyah yang tersebut. Oleh sebab Tuan Tabal pulang ke Kelantan sedangkan Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani tetap tinggal di Mekah, maka dipercayaiTuan Tabaladalah orang pertama menyebarkan thariqat tersebut di Kelantan dan sekitarnya, atau tempat-tempat lain di Nusantara.

AKTIVITI

Maklumat mengenaiTuan Tabal, pengamal Thariqat Ahmadiyah yang tersebut dapat disemak daripada surat Raja Kelantan ibnu Sultan Muhammad kepada Syeikh Ahmad al-Fathani tarikh 14 Ramadan 1323 Hijrah, tertulis,''... orang yang dahulu beberapa banyak terima Thariqat Rasyidi, seperti Tuan Haji Abdus Shamad Tabal ...'' Dipercayai beliau telah mengajar thariqat yang tersebut terutama kepada anak-anak beliau.

Bagaimanapun pengajaran Thariqat Ahmadiyah yang disebarkan oleh Tuan Tabal bukanlah merupakan pengajian asas. Pengajian yang asas dan pemantapan beliau mula mengajarnya di kampung Kutan, Kelantan, selanjutnya pindah ke Terengganu. Di antara muridnya di Terengganu ialah Bentara Guru Haji Wan Saleh, iaitu Dato' Bentara Guru Mufti Terengganu. Selanjutnya beliau mengajar pondok di kampung Tempoyak Tabal. Setelah berpindah ke Kota Bharu, Kelantan, pengajaran dan dakwah lebih dipergiatkan lagi. Beliau telah berhasil membangun sebuah surau tempat beribadat dan mendidik umat di Lorong Semian.

PENULISAN

Karya Tuan Tabal yang telah ditemui ialah:

1. Munabbihul Ghafilin, diselesaikan hari Sabtu, 2 Muharam 1285 Hijrah/ 1868 Masihi. Kandungannya membicarakan tasawuf, merupakan petikan daripada kitab Ihya Ulumid Din dan Masyariqul Anwar. Naskhah yang dicetak berasal daripada salinan anak beliau, Nik Abdullah pada hari Sabtu, 29 Syaaban 1320 Hijrah.

2. Jalalul Qulub bi Zikrillah, diselesaikan pada waktu Zuhur, hari Rabu, 18 Muharam 1287 Hijrah/1870 Masihi. Kandungannya juga mengenai tasawuf. Cetakan pertama oleh Majlis Ugama Islam Kelantan, 29 Zulhijjah 1254 Hijrah/ 1935 Masihi. Cetakan yang kedua, Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan. Diberi kata pendahuluan oleh Tuan Guru Haji Nik Daud bin Ahmad Jambu, di Bukit Rahmah Tanah Merah, Kelantan.

3. Kifayatul `Awam fima Yajibu `alaihim min Umuril Islam, diselesaikan 14 Safar 1295 Hijrah/1878 Masihi. Manuskrip kitab ini telah penulis miliki pada 3 Syawal 1411 Hijrah, dihadiahkan oleh salah seorang keturunan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Manan (ulama Kelantan murid Syeikh Ahmad al-Fathani). Manuskrip tersebut tidak lengkap dan merupakan salinan yang dilakukan pada akhir bulan Syawal 1321 Hijrah/1903 Masihi. Selain manuskrip penulis juga memiliki cetakan batu yang diperoleh di Senggora (1991). Tempat dan tarikh cetakan tiada tersebut dalam cetakan huruf batu tersebut.

4. Mun-yatu Ahlil Auwab fi Bayanit Taubah, oleh sebab saya tidak dapat merujuk kitab asli, maka tidak dapat memastikan yang mana sebenarnya judul yang betul, apakah seperti yang penulis tulis itu atau yang satu lagi tertulis "... al-Awbah ...'' bukan " ... Auwab ...''. Tertulis Auwab berdasarkan senarai tulisan tangan yang penulis peroleh daripada salah seorang keturunan Tuan Tabal, dalam senarai Nik Abdul Aziz juga sama demikian. Yang menulis al-Awbah ditulis oleh beberapa penulis termasuk Hamdan Hassan (lihat hlm. 238). Daripada senarai Hamdan Hassan diperoleh maklumat bahawa kitab ini pernah diterbitkan oleh Mustafa Press, Kota Bharu (tanpa tahun).

5. Bab Harap, dicetak oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1359 Hijrah/ 1940 Masihi.

6. Bidayatu Ta'limil `Awam fi Tarafi min Arkanil Islam, tanpa menyebut tarikh. Pernah dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1323 Hijrah/1906 Masihi. Cetakan kelima oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu.

7. Manhatul Qaribil Mujib wa Mughnir Raghibin fit Taqrib, diselesaikan pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1300 Hijrah/1882 Masihi. Kandungan kitab ini ialah usuluddin, fikah dan tasawuf. Tetapi yang terpenting ialah fikah. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1354 Hijrah/ 1935 Masihi. Kitab ini adalah karya Tuan Tabal yang paling tebal, 327 halaman menurut ukuran model kitab-kitab Melayu/Jawi.

8. Mun-yatul Muridin fi Ba'dhi Ausafi Saiyidil Mursalin, kitab ini tidak sempat diselesaikan kerana beliau meninggal dunia. Kitab ini pernah diterbitkan oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1345 Hijrah/1926 Masihi.

Beberapa orang anak dan keturunan Tuan Tabal yang menjadi ulama, di antaranya Mufti Haji Wan Muhammad Bin Haji Abdul Samad (1870M-1920M) mufti ketiga kerajaan Islam Kelantan abang kepada Mufti Haji Wan Musa Bin Haji Abdul Samad menjadi mufti ke empat kelantan selepas menggantikan adiknya(1875M-1939M).

Tokku Paloh Syed Abdul Rahman Al-Idrus

Tokku Paloh Secara Ringkas (1817 1918)

Dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, beliau adalah nasab ke 32 daripada Rasulullah S.A.W di kalangan keluarga Al-Idrus.Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein ra, anak Sayidatina Fatimah az-Zahrah ra binti Rasulullah hasil perkahwinan dengan Saidina Ali.Tokku Paloh yang diterima sebagai penasihat pertama dan utama sultan dalam pelbagai hal itu mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa ulama tempatan sebelum mengikut jejak langkah ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pengetahuan di Makkah.Gelaran-gelaranNama penuh Tok Ku Paloh ialah Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus.Saiyid Abdur Rahman Al-Idrus juga mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh.Gelaran lain ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu.Tasawuf, Tarikat Dan PentadbiranUlama besar itu bukan saja arif dalam ilmu tasawuf dan tereqat, malah beliau pernah menghasilkan kitab dan risalah mengenai soal kerohaniaan. Sekembalinya dari Makkah , Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga,Terengganu.Langkah awal itu diikuti kegiatan lebih mencabar dalam bidang pentadbiran, pemerintahan dan penentangan penjajahan British. Selain memainkan peranan penting untuk menentang British, beliau diamanahkan Sultan Zainal Abidin mentadbir kawasan Paloh disamping mengawasi daerah Hulu Terengganu, termasuk Kuala Berang hingga Cabang Tiga.Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang Sultan silih berganti dan beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Oleh kerana Sayyid Abdur Rahman Al-Idrus atau Tok Ku Paloh berasal daripada keturunan Sayyid atau Syed, maka sudah menjadi satu tradisi keturunan itu lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Sayyid Muhammad Al-Idrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan hal ehwal Islam di negeri Terengganu.Guru Dan Rakan MuzakarahTok Syaikh Duyong amat menyayangi Tok Ku paloh kerana anak muridnya itu amat taat, alim, warak dan mempunyai ciri-ciri ketokohan dalam bidang keagamaan dan memiliki karamah.Selepas itu, Tok Ku Paloh melanjutkan pelajarannya di Makkah.Di sana beliau bersahabat dengan Syaikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani yang juga merupakan anak kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu dan ramai lagi.Antara orang yang menjadi guru mereka di Makkah ialah Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.Tok Ku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawuf dan tarekat. Dalam hal ini, beliau telah mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian.Setelah berada di Makkah selama 10 tahun, Tok Ku Paloh pulang sebagai seorang tokoh ulama besar, seorang yang amat warak dan juga terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan tarekat Naqsyabandiyyah.Setelah pulang dari Makkah, Tok Ku Paloh telah memulakan pengajarannya di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan sahaja dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan, malah berjihad menentang kemungkaran dan penjajahan British.Di antara anak murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III, Haji Abdur Rahman Limbung, Tuan Haji Muhammad Shafei Losong, Sayyid Saggaf bin Sayyid Abdul Rahman (Engku Kelana), Haji Dollah Langkawi, Haji Muhammad Syam Pahang, Sayyid Abu Bakar (Tuan Embong) dan Sayyid Akil (Tuan Pengeran Engku Seri Bijaya Sura).Adik Beradik Tokku PalohAyahanda Tok Ku Paloh pula adalah:Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin Hussain al-AidarusZainal Abidin Hussain bin Mustafa al-Aidarus (Tok Ku Tuan Besar Syaikh al-Ulama Paduka Indera pada zaman pemerintahan Baginda Omar).Tok Ku Paloh merupakan anak kedua daripada perkahwinan Tok Ku Tuan Besar dengan isteri pertamanya iaitu Hajjah Aminah.Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu.Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah1. Sayyid Zain al-Aidrus yang digelar dengan Engku Sayyid Seri Perdana,2. Tok Ku Paloh (Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-aidrus)3. Sayyid Ahmad al-Aidrus digelar Tuan Ngah Seberang Baroh,4. Sayyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tuan Dalam dan5. Sayyid Hassan yang dikenali Tuan Senik Parit.Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah:Sayyid Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embong Solok atau Tuan Kecik,Sayyid Abdul Kadir yang dikenali sebagai Engku Sayyid Syaikh Aishadatdan Sayyid Hussain juga digelar Tuan Muda Wakaf.Manakala adik beradik perempuannya pula terdiri daripada:Tuan Nik,Tuan Hitam,Tuan Senik (Tuan Seni Isteri kepada Moyang Aki, Tuan Syeikh Syed Abdul Mutahir),Tuan Puteh,Tuan Mariam,Tuan Saripahdan Tuan WookSyair Tokku Paloh:Syair Yang Dikarang Sebelum Tokku Paloh Belayar Ke MekahSyair ini sesuai didendangkan dengan irama rodat, salah satu seni muzik klasik Terengganu yang biasanya menjadi permainan istana.Syair ini juga sering menjadi siulan ibu-ibu semasa mendodoikan bayi tidur di dalam buaian.(Pastikan sesiapa yang ingin menyalinsyair ini mensedekahkan Al-Fatihah kepada Aki dan keluarganya)Fikir Itulah Pelita bagi Hati, Yang Membuat Kita Ingat Akan MatiIngat-Ingat Serta Fikir Sehari Hari, Dalam Kubur Kita Duduk Seorang DiriJika Hidup Kita Dapat Harta Jenuh, Itu Akhir Tinggal Masuk Ke Dalam TanahGhalib Ikut Ke Nafasu Dengan Hawa, Dari Masa Tubuh Muda Sampai TuaDari Petang Nanti Pula Akan Pagi, Lama-lama Hingga Sampai Tanggal GigiRumah Besar Kampung Luas Ada Dia, Itu Akhir Tinggal Juga Akan DiaDengar-dengarlah Olehmu Sekelian Adik Kakak, Sementara Tubuh Muda Belum BongkokHai Segala Anak Aku Sungguh-sungguh Sekelian, Jangan Tinggalkan SembahyangMaka Barang Siapa Baik Fikirnya, Dunia Ini Tinggal Juga AkhirnyaDemikian Lagi Zakat Dan Puasa, Itu Buatlah Olehmu SenantiasaDengan Susah Yang Sedikit Kamu Dapat, Akan Senang Lama Kamu Di AkhiratTokku Paloh Dan MatKilauTok Ku Paloh ialah seorang ulama yang mempunyai darah kepahlawanan yang tulen dan beliau tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu.Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang.Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.Mat Kilau Menguji Kepandaian Silat Tokku Paloh8)Seperti apa yang dimaklumkan kepada Aki oleh salah seorang anak murid Tokku Paloh yang masih hidup sehingga tahun awal 90-an (Pok Leh) semasa beliau bertandang ke rumah Aki. Pahlawan Mat Kilau yang pernah berlindung di rumah Tokku Paloh pernah bermuzakarah perihal keagamaan dan persilatan.Mat Kilau ingin mencuba kehebatan persilatan Tokku Paloh dan kedua-duanya bersetuju sambil berdiri memegang sebilah keris.Apa bila saat memulakan langkah, tiba-tiba Tokku Paloh ghaib dari pandangan mata Mat Kilau dan secara tiba-tiba juga Tokku Paloh mengunci Mat Kilau dari belakang dan meletakkan kerisnya ke leher Mat Kilau dan sepantas itu juga permainan mereka tamat.

Mat Kilau pernah beradu kepandaian silat Tokku Paloh.Pasukan BudakRajaPasukan Budak Raja itu bertanggungjawab menjaga keamanan seperti tugas yang dipikul oleh pasukan polis hari ini. Untuk memastikan keselamatan kebajikan masyarakat setempatCacatan sejarah menyatakan Tokku gemar keluar pada malam hari, malah pada hari tertentu beliau keluar dengan berselubung kain di kepala.Tindakannya itu untuk memudahkan beliau meninjau kehidupan masyarakat ddan sekiranya ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh memerintah Budak Raja untuk membuat tangkapan pada keesokan hari. Sikap dan keprihatinanya itu memperlihatkan tanggungjawab Tokku Paloh terhadap keselamatan anak buah seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Umar al-Khattab ra.Selain gemar keluar pada waktu malam, beliau juga mempunyai mahkamah keadilan sendiri di Paloh yang diberikan mandat oleh sultan untuk menyelesaikan persoalan besar serta mengadili penjahat di kawasa pentadbirannya.

Masjid Paloh yang asal.Masjid ini terselamat daripada dirobohkan atas usaha untuk mendirikan Muzium Losong Terengganu.Namun sebuah masjid baru telah didirikan tidak jauh dari masjid lama ini. Akhirnya, tinggallah masjid yang asal ini menjadi sebuah surau yang kesepian (downgraded).

1