agama gema jumaat hikmah - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/bil-8-2013.pdfsyaratnya...

2
Puasa Pada Hari Syak Adakah puasanya diterima sekiranya seorang yang mening- galkan puasa Ramadhan dan menggantikannya pada hari syak? Pada dasarnya puasa sunat tidak boleh dilakukan pada hari syak. Bagaimana pun, puasa ganti ialah puasa yang termasuk kategori wajib dilaksanakan sebelum masuk tahun puasa yang akan datang. Walaupun jatuh pada hari syak, dia diwajibkan menggantikan puasa hutang berkenaan dan puasanya sah dan insyaAllah diterima Allah S.W.T. Jika tidak digantikan dan dibiarkan sehingga melepasi bulan puasa selepasnya, maka wajib berpuasa dan membayar fidyah bersamanya iaitu secupak beras bagi setiap sehari. MUTIARA HIKMAH Telah berkata Luqman kepada anaknya: Wahai anakku! Juallah duniamu untuk mendapat akhirat, nescaya kamu akan dapat keuntungan kedua- duanya sekali. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Selasa –KELAS PENGAJIAN ASAS FARDHU AIN Setiap Khamis– KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis 2013-PENGAJIAN KITAB TURATH Selasa (minggu kedua dabn keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Setiap Jumaat- KURSUS ASAS HAJI BERSIRI Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM DARUL SYIFA’ 4 Julai 2013 – GOTONG ROYONG PRA RAMADHAN 4 Julai 2013 - CERAMAH AHLAN RAMADHAN 18 Julai 2013 — CERAMAH RAMADHAN Bermula 10 Julai 2013– GOTONG ROYONG BU- BUR LAMBUK & SOLAT TARAWIH AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM Nama sebenar Imam Hanbali ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdul- lah bin Hayyain bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Syai- ban. Beliau merupakan pengasas mazhab Hanbali iaitu salahsatu mazhab dari mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau dilahirkan di bandar Baghdad pada bulan Rabiul Awwal tahun 1641H, Zulmarah, di utara Madinah Al Munawwarah. Beliau digelar Al Mururi dan kemudian Al Baghdadi. Imam Malik adalah seorang penghafaz Al Quran dan suka mempelajari bahasa. Beliau mengembara hampir ke seluruh se- menanjung tanah Arab untuk menuntut ilmu. Imam Ahmad juga adalah adalah seorang yang sangat berpegang kepada hadith malah beliau juga seorang mufti dan ahli ijtihad pada zamannya. Beliau meninggal dunia pada pagi Jumaat, 12 Rabiul Awwal ta- hun 241H dan dikebumikan di Baghdad. AZHAB Pecahan Hukum Akal Hukum akal ialah ketetapan yang didapati melalui akal. Ia terbahagi kepada tiga bahagi- an: Pecahan Hukum Adat Hukum adat pula pula ialah sesuatu ketetapan yang ditentukan mengikut adat dan kebiasaan berla- ku, contohnya api panas dan membakar atau sifat air sejuk dan menghilangkan dahaga. Allah telah menjadikan peraturan-peraturan dan tabiat kepada makhluknya ( ه فى خلقهسنة اال( akan manusia mesti berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baik dalam kehidupan dirinya dan menjauhi perkara yang boleh merosakkan dirinya. Hukum adat itu ada tiga pecahan sebagaimana hukum akal juga. Cumanya ketetapan itu ditentukan mengikut adat (kebiasaan). Wallahua‟lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60/03/06 BIL 8/2013 HUKUM PENERANGAN WAJIB maksudnya suatu perkara yang tidak diterima oleh akal tiadanya. Con- tohnya Allah itu wajib ada. MUSTAHIL maksudnya suatu perkara yang tidak diterima oleh akal adanya. Con- tohnya mustahil Allah itu binasa. HARUS maksudnya suatu perkara yang diterima oleh akal adanya dan tiadanya. Contohnya harus bagi Allah mengadakan mumkinat. Gema Jumaat

Upload: buihanh

Post on 30-Jun-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AGAMA Gema Jumaat HIKMAH - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-8-2013.pdfsyaratnya yang tertentu dengan tujuan melatih kita menjadi umat yang bersistem dan berperaturan,

Puasa Pada Hari Syak

Adakah puasanya diterima sekiranya seorang yang mening-

galkan puasa Ramadhan dan menggantikannya pada hari

syak?

Pada dasarnya puasa sunat tidak boleh dilakukan pada hari

syak. Bagaimana pun, puasa ganti ialah puasa yang termasuk

kategori wajib dilaksanakan sebelum masuk tahun puasa yang

akan datang. Walaupun jatuh pada hari syak, dia diwajibkan

menggantikan puasa hutang berkenaan dan puasanya sah dan

insyaAllah diterima Allah S.W.T. Jika tidak digantikan dan

dibiarkan sehingga melepasi bulan puasa selepasnya, maka

wajib berpuasa dan membayar fidyah bersamanya iaitu secupak

beras bagi setiap sehari.

MUTIARA

HIKMAH

Telah berkata Luqman kepada anaknya: Wahai anakku! Juallah duniamu untuk mendapat akhirat, nescaya kamu akan dapat keuntungan kedua-duanya sekali.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Khamis– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis 2013-PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dabn

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Setiap Jumaat- KURSUS

ASAS HAJI BERSIRI

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM

DARUL SYIFA’

4 Julai 2013 – GOTONG

ROYONG PRA RAMADHAN

4 Julai 2013 - CERAMAH

AHLAN RAMADHAN

18 Julai 2013 — CERAMAH

RAMADHAN

Bermula 10 Julai 2013–

GOTONG ROYONG BU-

BUR LAMBUK & SOLAT

TARAWIH

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Nama sebenar Imam Hanbali ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdul-lah bin Hayyain bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Syai-ban. Beliau merupakan pengasas mazhab Hanbali iaitu salahsatu mazhab dari mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau dilahirkan di bandar Baghdad pada bulan Rabiul Awwal tahun 1641H, Zulmarah, di utara Madinah Al Munawwarah. Beliau digelar Al Mururi dan kemudian Al Baghdadi.

Imam Malik adalah seorang penghafaz Al Quran dan suka mempelajari bahasa. Beliau mengembara hampir ke seluruh se-menanjung tanah Arab untuk menuntut ilmu. Imam Ahmad juga adalah adalah seorang yang sangat berpegang kepada hadith malah beliau juga seorang mufti dan ahli ijtihad pada zamannya. Beliau meninggal dunia pada pagi Jumaat, 12 Rabiul Awwal ta-hun 241H dan dikebumikan di Baghdad.

AZHAB

Pecahan Hukum Akal

Hukum akal ialah ketetapan yang didapati melalui akal. Ia terbahagi kepada tiga bahagi-

an:

Pecahan Hukum Adat

Hukum adat pula pula ialah sesuatu ketetapan yang ditentukan mengikut adat dan kebiasaan berla-

ku, contohnya api panas dan membakar atau sifat air sejuk dan menghilangkan dahaga.

Allah telah menjadikan peraturan-peraturan dan tabiat kepada

makhluknya ( سنة االه فى خلقه( akan manusia mesti berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan

sesuatu perkara yang baik dalam kehidupan dirinya dan menjauhi perkara yang boleh merosakkan

dirinya. Hukum adat itu ada tiga pecahan sebagaimana hukum akal juga. Cumanya ketetapan itu

ditentukan mengikut adat (kebiasaan).

Wallahua‟lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 8/2013

HUKUM PENERANGAN

WAJIB maksudnya suatu perkara yang tidak diterima oleh akal tiadanya. Con-

tohnya Allah itu wajib ada.

MUSTAHIL maksudnya suatu perkara yang tidak diterima oleh akal adanya. Con-

tohnya mustahil Allah itu binasa.

HARUS maksudnya suatu perkara yang diterima oleh akal adanya dan tiadanya.

Contohnya harus bagi Allah mengadakan mumkinat.

Gema Jumaat

Page 2: AGAMA Gema Jumaat HIKMAH - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-8-2013.pdfsyaratnya yang tertentu dengan tujuan melatih kita menjadi umat yang bersistem dan berperaturan,

m/s 2

Larangan Berpuasa Pada Hari Yang Diragukan (Hari Syak)

Daripada Abu al-Yakzan iaitu Amar bin Yasir r.a. katanya: “Sesiapa yang berpuasa pada hari

yang diragukan apakah bulan Syaaban sudah habis atau sudah bermulanya bulan Ramadhan,

sesungguhnya ia telah melanggar perintah Nabi S.A.W.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Huraian Hadith:

1.Salah satu bentuk persiapan dalam menghadapi Ramadhan yang seharusnya dilakukan oleh

kaum muslimin adalah menghitung bulan Syaaban, kerana satu bulan dalam hitungan Islam adalah

29 hari atau 30 hari sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW: "Satu bulan itu 29 malam.

Maka jangan berpuasa sampai kalian melihatnya (anak bulan). Jika kalian terhalang (dari

melihatnya), maka genapkanlah 30 hari." (al-Bukhari).

2. Puasa Ramadhan adalah puasa yang diwajibkan oleh Allah ke atas orang-orang mukmin dan ia

merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima.

3. Sesungguhnya setiap ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam mempunyai rukun dan

syaratnya yang tertentu dengan tujuan melatih kita menjadi umat yang bersistem dan berperaturan,

sesuai dengan matlamat Islam untuk menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.

Tujuan Mempelajari Hukum Tajwid

Mempelajarinya dengan tujuan agar dapat memelihara lidah dari kesalahan dan kesilapan keti-ka membaca Al-Quran

Faedah Mempelajari Ilmu Tajwid

Individu yang mempelajari ilmu tajwid akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia

dan akhirat. Sebagaimana maksud hadis: ‘Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya’.

Dalil Wajib Membaca Al Quran

ل ٱلقرءان ترتيلا ورتMaksud ayat: Dan bacalah Al Quran secara tartil (tajwid) Surah Al Muzammil ayat 3.

m/s 3

KHUTBAH KHAS JEREBU

Pada beberapa hari lepas kita diperlihatkan dengan kuasa Allah S.W.T yang Maha Agung iaitu kejadian jerebu. Fe-

nomena ini berlaku disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera pada kepekatan yang tinggi sehingga menje-

jaskan kualiti udara. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah S.W.T yang mampu mengubah segalanya pada bila-bila

masa dan tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada‟ dan Qadar Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T di

dalam surah Yasin ayat 82 yang bermaksud:

“Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada

benda itu: Jadilah engkau! Maka jadilah ia.”.

Oleh itu jika berlaku kejadian jerebu, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan

mengkhuatirkan, tetapi ianya berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala

sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.

Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga perubahan

yang berlaku kepada fenomena cuaca, sudah pastinya mengandungi hikmat yang tertentu, antaranya memberi

peringatan kepada hamba-Nya agar tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah. Jika kita lihat di dalam al-

Quran, banyak menceritakan fenomena alam yang berlaku. Antaranya peristiwa banjir besar, kemarau yang ber-

panjangan, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Benar, semua fenomena alam ini menceritakan tentang

kekuasaan Allah SWT dan mengajak umat-Nya untuk berfikir dan merenung tentang hubungan antara seorang ham-

ba dengan tuhannya dan hubungan antara seorang manusia dengan alam tabii. Oleh itu, marilah sama-sama kita

mengambil peringatan dan kembali melakukan muhasabah diri di atas tindakan dan perbuatan kita selama ini. Fir-

man Allah SWT di dalam surah al-Ankabut ayat 40 yang bermaksud :

“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantar-

kan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempar-

kan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan

(ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.”

Sesungguhnya fenomena jerebu merupakan peringatan Allah S.W.T untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di

atas perintah Allah S.W.T dan menjauhi larangan-Nya dan akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran Allah

SWT di atas segala ketelanjuran yang dilakukan oleh hamba-Nya.

Kita dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W ketika berlaku jerebu untuk melakukan solat istisqa‟, kita juga diwajarkan

berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh seperti berdoa, berzikir,

bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara

mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Daripada „Aishah RA

berkata:

“Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah S.A.W kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan

agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan

ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk melaksanakan solat) pada hari yang

ditentukan”.

Sesungguhnya fenomena jerebu ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Marilah sama sama kita berdoa kepada Allah S.W.T semoga jerebu yang berlaku ketika ini tidak mengakibatkan

berlakunya malapetaka alam seperti perubahan angin dan kemarau berpanjangan yang akan memungkinkan kesan

kepada alam sekitar dan memberi kesan kepada perubahan tabii alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia.

Kita juga hendaklah berdoa agar seluruh rakyat di negara kita terpelihara dari wabak penyakit akibat kesan

sampingan darinya. Sesungguhnya kuasa Allah S.W.T mengatasi segalanya