web viewmelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya...

39
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 10 Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon) Teknik Permainan Bahasa Teknik Latih Tubi Teknik Bercerita Sinopsis Teknik pengajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan teknik pengajaran perlu dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Antara teknik yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran bahasa adalah: Teknik Drama Teknik Permainan Bahasa Teknik Latih Tubi Teknik Bercerita Teknik Main Peranan Teknik Simulasi Teknik-teknik pengajaran bahasa dapat ‘menghidupkan’ proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai aktiviti. Dengan 1

Upload: phamdien

Post on 30-Jan-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 10Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi, main peranan,

simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon) Teknik Permainan Bahasa Teknik Latih Tubi Teknik Bercerita

Sinopsis

Teknik pengajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan teknik pengajaran perlu dilakukan dengan

teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang

dirancang. Antara teknik yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran bahasa

adalah:

Teknik Drama

Teknik Permainan Bahasa

Teknik Latih Tubi

Teknik Bercerita

Teknik Main Peranan

Teknik Simulasi

Teknik-teknik pengajaran bahasa dapat ‘menghidupkan’ proses pengajaran dan

pembelajaran melalui pelbagai aktiviti. Dengan demikian proses pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

1

Page 2: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran

2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa

terjemahan dan terus.

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mikro.

Kerangka konsep

Teknik Pengajaran Bahasa

2

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi,

Pendekatan, Kaedah

dan Teknik

Pengajaran dan

Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 3: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam

bilik darjah

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu

hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau

strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang

maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya

Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai

pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah

yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi

menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-

pelajarnya. Teknik yang dipilih perlu sejajar dengan kaedah yang digunakan

dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

 Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik drama

2. Teknik permainan bahasa

3. Teknik latih tubi

4. Teknik bercerita

5. Teknik main peranan

6. Teknik simulasi

7. Teknik inkuiri

8. Teknik perbahasan

9. Teknik kuiz

10.Teknik sumbangsaran

11.Teknik soal jawab

12.Teknik perbincangan

13.Teknik forum

14.Teknik dialog

3

Page 4: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 

Tujuan teknik

1. Menarik Minat murid

2. Mengekalkan perhatian

3. Membangkitkan rasa ingin tahu 

10.1 Teknik Drama

Menurut Sir John Pollock (1958), drama ialah satu pertunjukan yang berlaku

penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta

melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan,

tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan.

Antara teknik drama ialah mimos,arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater

bercerita, pentomin, mestamu, dikon.

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan

pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur

paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak

tangan, kepala dan sebagainya) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi

bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk

menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan

berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat

bantu pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada

pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

4

Page 5: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Teknik drama:

1. Mimos

2. Arca

3. Improvisasi

4. Main peranan

5. Simulasi

6. Teater bercerita

7. Pentomin

8. Mestamu

9. Dikon

1. Mimos

Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka

bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa

dialog.Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan

menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun

selepas aktiviti.

Bahan untuk aktiviti :

Kisah pendek, bahagian - bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang

lengkap.

Contoh aktivti mimos :

i. Individu

Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar.

a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup

5

Page 6: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

kencang.

b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau

silat.

ii. Berpasangan

Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku

(aksi spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi

pelakon)

a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.

b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.

2. Arca

Patung yang menyerupai seseorang

Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera

Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal

Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya

sastera

3. Improvisasi

Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian ,

keadaan/situasi dalam kehidupanseharian.

Contoh aktiviti :

Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal

berdekatan dan selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi

malas di beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa

6

Page 7: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

bersedih sejak ditinggalkan oleh anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk

menjadi askar.Anaknya tidak pulang-pulang tetapi perempuan tua itu

percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua wang untuk

perkahwinan anaknya kelak.

4. Main peranan

Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada

peristiwa, novel,cerita atau situasi.

Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras

bahasa yang sesuai.

Contoh situasi:

a) Situasi menziarahi orang sakit

b) Situasi di pejabat sekolah.

5. Simulasi

Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta

dipersembahkan di dalam bilik darjah.

Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan

yang dilakukan murid.

Contoh aktiviti :

a) Memandu kapal terbang

b) Menerima rawatan di wad kecemasan

6. Teater bercerita

Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan

antara pencerita dengan pelakon.

Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan.

Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.

7

Page 8: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat

boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang

disebut oleh pencerita.

7. Pentomin

Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang

mengiringi lakonan tersebut.

Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah

untuk menghafal dialog.

Contoh aktiviti :

Peristiwa malam kemerdekaan negara

8. Mestamu

Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.

Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan

sajak atau puisi yang dipelajari.

Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan

seloka.

9. Dikon

Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.

Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan

maksud sajak/puisi.

Teknik ini sesuai untuk sajak.

8

Page 9: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10.2 Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui

teknik permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar

memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat

diagnostik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran

berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan

dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam

permainan bahasa tersebut iaitu :

merangsang interaksi verbal pelajar

menambah kefasihan dan keyakinan

menyediakan konteks pembelajaran

bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

 

10.3 Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang

dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin

ketekalannya.

Teknik latih tubi sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu

9

Page 10: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran

menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,

memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang

penggunaan perkataan-perkataan itu.

Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya

digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan

menggunakan bahasa iaitu :

i. Sebutan (accent)

Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk

intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

ii. Tatabahasa (grammer)

Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum tatabahasa daripada

semua aspek.

iii. Perbendaharaan kata (vocabulary)

Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut

konteks dalam situasi tertentu.

iv. Kefasihan (fluency)

Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa

memikirkan apakah maksudnya.

v. Kefahaman (comprehension)

Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

10

Page 11: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan

menumpukan daya kreativiti murid.

Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan

pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

 

10.4 Teknik Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina

kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik

minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca

dan menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,

kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik

persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya

jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-

kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh bercerita tanpa alat atau dengan menggunakan alat sebagai bahan

bantu.

11

Page 12: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10.5 Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau

peristiwa yang dianggap penting.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan

dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip.

Pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada

pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan

peranan yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.

Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau

memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan

sebagainya.

10.6 Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai

keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri

berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan

masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti

mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu

dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang

dipertanggungjawabkan.

Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

12

Page 13: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan

dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi

kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Tugasan:

Berdasarkan satu hasil pembelajaran yang dipilih daripada Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu, jelaskan bagaimana anda dapat melaksanakan pengajaran

dengan menggunakan satu teknik pengajaran bahasa di bawah;

• Teknik Drama

• Teknik Permainan Bahasa

• Teknik Latih Tubi

• Teknik Bercerita

Tajuk 11 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran Kajian Masa Depan Kemahiran Berfikir

13

Page 14: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sinopsis

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah, dan dapat

diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. KBT yang

dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,

kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran

konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pengaplikasian kemahiran bernilai

tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat tiga kemahiran

bernilai tambah yang dimuatkan dalam tajuk ini:

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran Kajian Masa Depan

Kemahiran Berfikir

Hasil Pembelajaran

Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Kerangka Konsep

14

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran Kajian Masa Depan Kemahiran Berfikir

Page 15: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Fikirkan:

Fahami maksud Kemahiran Bernilai Tambah dan pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Kemahiran Bernilai Tambah

Umumnya terdapat tiga kemahiran bernilai tambah dalam tajuk ini, iaitu :

Kemahiran Belajar.Cara Belajar

Kemahiran Kajian Masa Depan

Kemahiran Berfikir

l

11.1 Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB)

15

Mengapa Kemahiran Bernilai Tambah penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

Kemahiran Bernilai Tambah penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebagai guru anda perlu tahu khususnya kemahiran kajian masa depan dan kemahiran berfikir untuk memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Hal ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis.

Pengaplikasian

Kemahiran Bernilai Tambah dalam

Pengajaran dan

Pembelajaran

Bahasa Melayu

Page 16: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran

yang berkesan

Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan,

cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan

mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa

guru.

Rasional Belajar Cara Belajar Diperkenalkan atas beberapa sebab

Masa di bilik darjah terhad

Pengetahuan dan maklumat yang diterima di kelas juga terhad

Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka

Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu

persekolahan

Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu

Sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar

seumur hidup dalam kalangan murid

Objektif Belajar Cara Belajar Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru

Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan

lain sebagai sumber pembelajaran

Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri

Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi

lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan

Peranan Guru Menentukan objektif pembelajaran

Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid

Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan pengajaran dan

pembelajaran

Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

Berbincang dengan murid

Menilai secara formatif dan sumatif dan merekodkan pencapaian murid

16

Page 17: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Peranan Murid Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran

Menilai keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya

Menetapkan matlamat dan diharapkan dapat menjayakannya

Berbincang dengan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai

atau tidak

Merancang pembelajaran secara terperinci

Melaksanakan perancangan

Melaporkan kemajuan pencapaian

Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek, dan

penguasaan kosa kata

Membuat refleksi dan menilai pencapaian

Memberikan ganjaran atas kejayaan sendiri

Kemahiran Belajar Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu

pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran

- Mendengar

- Membaca

- Mencatat nota

- Menulis

- Mengingat

i. Kemahiran Mendengar Sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia

Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana melibatkan kefahaman

dan pemprosesan maklumat yang didengar

Kemahiran mendengar melibatkan

- Perkara yang didengar

- Sebab perlu mendengar

- Penyampai yang didengar

- Cara mendengar dengan berkesan

17

Page 18: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

- Cara meningkatkan kemahiran mendengar

ii. Kemahiran Membaca Penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta tentang

sesuatu perkara

Proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca

dengan penulis melalui tulisan yang dibaca

Empat jenis gaya bacaan:

1. Skimming / Luncuran- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas

tentang sesuatu bahan atau maklumat

- Bertujuan untuk membuat pandangan umum tentang dokumen dengan

segera

- Dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan, dan rumusan

sesuatu bahan atau dokumen atau membaca menggunakan

pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya

pada bahan yang dibaca

2. Scanning / Imbasan- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih

mendalam daripada skimming

- Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai

jawapan kepada sesuatu persoalan

- Membaca pendahuluan, dan rumusan teks secara mendalam,

membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata

kunci dan konsep yang dinyatakan.

-

3. Bacaan Intensif- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci

- Memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang

dibaca

- Ketekunan dalam pembacaan mesti tinggi

- Mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna perkara

18

Page 19: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

yang dibaca Tujuannya adalah semata-mata untuk mendapatkan semua

maklumat dengan mendalam.

- Catatan perlu dibuat untuk mengumpul maklumat

4. Bacaan Laju- Teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan

laju dan mampu memahami dengan serentak perkara yang dibaca

- Tumpuan utama pada idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan

bacaan

- Penguasaan bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa

yang terhad secara optimum, dapat menjimatkan masa dan untuk

memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat

iii. Kemahiran Mencatat Nota Aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca,

dilihat atau didengar

Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah,

penerangan, temu duga, dan membaca buku

Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan

iv. Kemahiran Menulis1. Kemahiran Menulis Laporan

Perkara-perkara yang berikut perlu diberi pertimbangan

- Memilih topik sekiranya tidak diberikan

- Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber

- Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik

- Membuat nota

- Menyediakan kerangka laporan

- Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber

- Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik

- Menyemak draf

- Membuat pemurnian dan menulis draf kedua

- Menerbitkan laporan

19

Page 20: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2. Kemahiran Menulis Cepat Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan

kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain

Kriteria menulis cepat

- Kelajuan menulis

- Tulisan yang boleh dibaca

- Kandungannya difahami

Kebaikan menulis cepat

- Dapat menulis lebih banyak maklumat

- Dapat menjimatkan masa

- Dapat mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat

v. Kemahiran Mengingat Proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan

penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik

Satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau

menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama

Jenis Ingatan Ingatan jangka pendek - maklumat tersimpan sebentar sahaja

Ingatan jangka panjang - maklumat yang kekal dalam ingatan

Proses Ingatan Terdapat tiga langkah proses ingatan

1. mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan

(enkoding)

2. menyimpan maklumat

3. mengingat kembali maklumat (decoding)

Cara mengingat Mereka cerita

Mencipta irama atau lagu

20

Page 21: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Membuat catatan

Membuat lakonan

Membuat senarai semak

Mencipta akronim

Membuat rantaian atau berlawan

Melakar grafik dan ilustrasi – peta, graf, dan peta minda

Mengingat secara kumpulan ( Contoh: nombor telefon)

Mengulang

Melatih tubi

11.2 Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD)

Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap

sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa

depan.

Murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan

perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum

Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid

dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan

Bertujuan untuk mendidik generasi baharu yang bersedia menghadapi cabaran

dan perubahan

Akan membantu generasi akan datang menyedari bahawa masa depan pasti

berubah, dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka boleh merancang

masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia

berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani

perubahan

Masa depan sukar diramalkan, justeru kita perlu tahu cara meramalkan masa

depan supaya boleh menangani perkara yang akan dihadapi

Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (Empat prinsip)

1. Prinsip Perubahan

21

Page 22: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri,

ekonomi dan sebagainya berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya

boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang

2. Prinsip Pandangan Jauh Pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah

pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku,

seseorang masih berupaya menangani perubahan dan kesan daripada krisis

tersebut

.

3. Prinsip Perancangan Strategik Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan

mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh hal yang demikian,

bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara

strategik untuk mencapai masa depan yang diingini

4. Prinsip Pengupayaan Remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa

depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan

strategik, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri

agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau

sesuatu yang tidak dijangka.

Objektif Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal

masa depan

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan

Membina sikap dan nilai tentang masa depan

22

Page 23: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Faedah kepada murid merangsang murid berfikir

menyemai semangat optimistik tentang masa depan

menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu

berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal

menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa depan

menyemai keyakinan diri untuk menghadapi masalah dan membuat

keputusan

murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan idea dan

pandangan tentang sesuatu tema

Faedah kepada guru pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid

guru berperanan sebagai fasilitator kerana murid memainkan peranan sebagai

peneroka yang aktif

pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, audio, kinestatik, dan komunikasi

berpusatkan murid boleh digunakan.

iklim dalam bilik darjah seronok, dan menarik dengan suasana kreatif serta

persekitaran yang boleh merangsang murid untuk belajar

Perancangan seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Masa Depan Aspek yang perlu diambil kira

perancangan yang strategik

isu dan tema yang relevan

berpusatkan murid

aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat

peranan guru sebagai fasilitator

11.3 Kemahiran Berfikir (KB)

Merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau

ciptaan, dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan

23

Page 24: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif

terhadap proses yang dialami.

Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran

kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis

Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan

masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan

kerjaya murid pada masa depan

Kemahiran berfikir merupakan operasi yang diskrit dan ringkas, manakala operasi

yang kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir

11.3 Kemahiran Berfikir1. Kemahiran Berfikir secara Kritis

1.1 Menganalisis secara Kritis

Menganalisis Idea

• membandingkan dan membeza

• mengelas

• meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan

• membuat urutan

Menganalisis Hujah

• mencari sebab dan kesimpulan

• mengusul periksa andaian

1.2 Menilai secara Kritis

Menilai Maklumat

• Menentukan kebolehpercayaan sumber

Menilai Inferens

• menerangkan sebab

• membuat ramalan

• membuat generalisasi

• menaakul melalui analogi

• membuat penaakulan bersyarat

2. Kemahiran Berfikir secara KreatifMenjana Idea-Idea Alternatif

• Menjana kemungkinan-kemungkinan

24

Page 25: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Mencantum Idea-Idea

• Mencipta metafora

Proses Berfikir(a) Membuat Keputusan

(b) Menyelesaikan Masalah

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama, iaitu

1. Kemahiran Berfikir secara Kritis

2. Kemahiran Berfikir secara Kreatif

Kemahiran Berfikir secara Kritis Didefinisikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk

menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,

kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang

wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah

Pemikiran kritis ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas

untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam

Hanya terhad kepada penghasilan huraian idea-idea yang sedia ada

sahaja

dan tidak menghasilkan idea-idea baharu

Kemahiran Berfikir secara Kreatif Didefinisikan sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk

menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baharu, asli,

dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan

Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas

untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baharu, estetik, dan

membina.

Ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Cara ini

digunakan untuk menghasilkan pelbagai kemungkinan, cadangan, idea dan

tindakan

Proses Berfikir Kemahiran membuat keputusan ialah keupayaan minda untuk memilih satu

25

Page 26: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan untuk mencapai tujuan atau

objektif yang ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.

Kemahiran menyelesaikan masalah ialah keupayaan minda untuk mencari

idea-idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau

halangan yang ada bagi mencapai objektif yang dihasratkan

Kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah

berperanan sebagai proses terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran adalah menuju ke arah membuat keputusan atau menyelesaikan

masalah

Model Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

- mencirikan

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

- menjana idea

26

Page 27: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

- membanding dan membeza

- mengumpul dan mengelas

- membuat urutan

- menyusun mengikut

keutamaan

- menganalisis

- mengesan kecondongan

- menilai

- membuat kesimpulan

- menghubung kait

- membuat inferens

- meramal

- membuat hipotesis

- mensintesis

- mengitlak

- membuat gambaran

mental

- menganalogi

- mereka cipta

Membuat Keputusan

dan

Menyelesaikan Masalah

Objektif Mengajar Kemahiran Berfikir Dunia memerlukan manusia yang lebih canggih pemikiran, iaitu manusia yang

memiliki kemahiran berfikir pada peringkat tinggi, bijaksana dan berfikiran

cemerlang.

Sebagai usaha membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran kognitif dan

metakognitif

Untuk meningkatkan keupayaan atau kemahiran pelajar-pelajar berfikir pada

tahap tinggi, melalui isi-isi pelajaran dalam subjek-subjekyang diajarkan di

sekolah-sekolah

Untuk mencapai kemahiran berfikir dalam proses “broad thinking” seperti

penyelesaian masalah, pengkonsepsian dan membuat keputusan.

Menyediakan pelajar-pelajar yang mahir berfikir secara menyeluruh

27

Page 28: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran-kemhairan kognitif tahap

tinggi dalam interaksi mereka dengan bahan-bahan pembelajaran, guru dan

sebagainya

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang kemahiran bernilai tambah yang dimuatkan dalam

tajuk ini.

Setelah anda menguasai kemahiran bernilai tambah yang dibincangkan, rancang

satu pengajaran yang menerapkan kemahiran-kemahiran tersebut, seterusnya di

amalikan dalam sesi tutorial.

Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang

kemahiran ini dan buat rujukan lanjutan.

Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

28

Page 29: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sinopsis

Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu guru

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dua Kemahiran

Bernilai Tambah yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

Hasil Pembelajaran

3.. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Kerangka konsep

Kemahiran Bernilai Tambah

29Sebagai guru yang berjaya, anda perlu tahu cara menyerapkan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Anda perlu memilih dan menentukan kemahiran bernilai tambah yang sesuai dengan tajuk

Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu

1. Kemahiran TMK2. Kemahiran

Kecerdasan Pelbagai

Page 30: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Nota ringkas:

12.1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk

meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.

Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer

untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan

aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses

maklumat melalui internet.

Objektif TMK dalam pembelajaran Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran

Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai

keupayaan

Meningkatkan motivasi murid

Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)

Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh

Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau

terlalu mahal untuk diperoleh

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar

Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu

mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa

Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid

30

Sebagai guru yang berjaya, anda perlu tahu cara menyerapkan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Anda perlu memilih dan menentukan kemahiran bernilai tambah yang sesuai dengan tajuk

Page 31: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang

minimum

Meningkatkan kemahiran TMK

12.2 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik,

visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.

Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan

murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat

dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan

dan kebolehan yang berbeza

i. Kecerdasan Verbal- Linguistik Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan

perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam

bentuk lisan atau penulisan.

Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka pada

makna yang kompleks

Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain

Contoh aktiviti : menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan

ii. Kecerdasan Logik- Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang

menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan

abstrak.

Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan

masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta

boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira

dan menggunakan komputer dengan cekap

Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis

iii. Kecerdasan Muzik

31

Page 32: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama

yang terdapat di persekitaran

Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta

dapat bermain alat muzik, dan menghafal lirik muzik

Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak

dan tempo dengan mudah

Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, dan berpuisi

dengan iringan muzik

iv. Kecerdasan Kinestetik Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan

perasaan, serta menyelesaikan masalah.

Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak geri, dan

perimbangan tubuh badan

Contoh aktiviti : pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan

lakonan

v. Kecerdasan Visual-Ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan

garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara

grafik

Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta

secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan

pengalaman yang pernah dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara objek

dan ruang

Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar jalan cerita

vi. Kecerdasan Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan,

hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau

perbezaan persepsi individu.

Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal

kemarahan dan kesedihan

32

Page 33: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis puisi tentang diri

sendiri

vii. Kecerdasan Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain

Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang

lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah

Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan perbincangan

viii. Kecerdasan Naturalis Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian

Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian

yang terdapat di sekeliling

Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara

kehidupan flora dan fauna

Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca, mengkaji serta

mengkategorikan flora dan fauna

Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Petunjuk kepada potensi murid

Mempelbagaikan cara penilaian

Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

Membangunkan bakat dan kebolehan murid

Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid

Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya

Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan

Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK

dan keperluan murid

Arahan:

Sila baca dan fahami konsep Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai

33

Page 34: Web viewMelalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca ... dan kemahiran menyelesaikan masalah

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Aplikasi Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai dalam kelas tutorial anda.

Anda dikehendaki bersedia untuk melaksanakan tugasan tersebut

34