zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · web viewdalam usaha menjadi sebuah negara maju...

22
PENGETAHUAN, SIKAP, AMALAN DAN KESEDARAN AMALAN 3R MENERUSI AKTIVITI KITAR SEMULA BATANG AISKRIM Majdiyah Omar @ Wahab, Suheirfiza Mat Jap, Illey Izyani Ibrahim, Pasheena A/P Ramathas Anusia A/P Radakrishnan, Nurul Huda Yazit @ Yajit ______________________________________________________________ _____________ ABSTRAK Kajian ini merupakan satu tinjauan yang dijalankan terhadap 40 orang pelajar iaitu 34 pelajar perempuan dan enam orang pelajar lelaki daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kesedaran, amalan serta sikap pelajar terhadap amalan 3R. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau keberkesanan aktiviti 3R dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dan sebagai cara untuk mengatasi isu alam sekitar. Data kajian telah diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada kesemua 40 orang pelajar yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula batang aiskrim untuk menghasilkan tiga produk iaitu penanda buku, bingkai gambar dan alat muzik harmonika. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan dalam 3R adalah paling tinggi berbanding dengan tahap sikap terhadap 3R adalah paling rendah (M = 3.32 dengan SP = 0.38). Secara keseluruhannya, sampel kajian mempunyai tahap pengetahuan tentang 3R yang tinggi (M = 4.18, SP = 0.51). Bagi tahap kesedaran 3R, skor min yang diperoleh berada tahap tinggi dengan nilai keseluruhan min, M = 3.86 dengan SP = 0.49. Bagi konstruk amalan, min keseluruhan adalah M = 3.66 dengan SP = 0.51 pada tahap sederhana. Kata Kunci: Alam sekitar, 3R, pengetahuan, kesedaran, amalan, sikap ABSTRACT 1

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

PENGETAHUAN, SIKAP, AMALAN DAN KESEDARAN AMALAN 3R MENERUSI

AKTIVITI KITAR SEMULA BATANG AISKRIM

Majdiyah Omar @ Wahab, Suheirfiza Mat Jap, Illey Izyani Ibrahim, Pasheena A/P Ramathas

Anusia A/P Radakrishnan, Nurul Huda Yazit @ Yajit

___________________________________________________________________________

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan yang dijalankan terhadap 40 orang pelajar iaitu 34 pelajar perempuan dan enam orang pelajar lelaki daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kesedaran, amalan serta sikap pelajar terhadap amalan 3R. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau keberkesanan aktiviti 3R dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dan sebagai cara untuk mengatasi isu alam sekitar. Data kajian telah diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada kesemua 40 orang pelajar yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula batang aiskrim untuk menghasilkan tiga produk iaitu penanda buku, bingkai gambar dan alat muzik harmonika. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan dalam 3R adalah paling tinggi berbanding dengan tahap sikap terhadap 3R adalah paling rendah (M = 3.32 dengan SP = 0.38). Secara keseluruhannya, sampel kajian mempunyai tahap pengetahuan tentang 3R yang tinggi (M = 4.18, SP = 0.51). Bagi tahap kesedaran 3R, skor min yang diperoleh berada tahap tinggi dengan nilai keseluruhan min, M = 3.86 dengan SP = 0.49. Bagi konstruk amalan, min keseluruhan adalah M = 3.66 dengan SP = 0.51 pada tahap sederhana.

Kata Kunci: Alam sekitar, 3R, pengetahuan, kesedaran, amalan, sikap

ABSTRACT

This study is a survey conducted over 40 students, 34 female and 6 male students from Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas. The main purpose of this study is to identify the level of awareness, knowledge, attitude and practice of students against 3R. In addition, the research also aims to review the effectiveness of the 3R activities among students to increase environmental awareness and as a means to address environmental issues. Data was obtained in quantitative studies through questionnaires. Questionnaires were distributed to each of the 40 students who have taken part in the activities of the recycling ice cream stick to produce three products, namely bookmarks, frames and musical harmonika. The study found the level of knowledge in the 3R is the highest compared with the level of attitude towards 3R is the lowest (M = 3.32 with SP = 0.38). On the whole, the samples have the level of knowledge about high 3R (M = 4.18, SP = 0.51). For greater awareness 3R, mean score obtained are high level with overall value min, M = 3.86 with SP = 0.49. For constructs practice, mean total M = 3.66 with SP = 0.51 at a moderate level.

Keywords: Environment, 3R, knowledge, awareness, attitudes, practice

_________________________________________________________________________

1

Page 2: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

PENGENALAN

Kitar semula bahan terbuang dan terpakai merupakan satu usaha yang sangat mulia malahan

ia mampu mengurangkan kadar pencemaran yang semakin meningkat saban tahun. Program

3R iaitu reduce (pengurangan), reuse (penggunaan semula) dan recycle (kitar semula)

merupakan usaha kerajaan untuk menanam sifat mencintai alam sekitar dalam jiwa

masyarakat Malaysia. Hasnah Ali et al. (2012) menyatakan bahawa kitar semula adalah salah

satu aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang memberi fokus kepada

keharmonian hidup manusia sejagat dan alam sekitar.

Dalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang

perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini termasuklah sistem pengurusan alam sekitar

yang perlu berjalan dengan sistematik. Ini bertujuan untuk memastikan generasi akan datang

masih dapat menikmati kehidupan dalam alam sekitar yang aman dan damai. Oleh itu, kitar

semula bahan terpakai bukan sahaja mampu memelihara alam sekitar dan mengurangkan

pencemaran, malahan ia juga mampu mengurangkan kos pengurusan penghasilan bahan baru

dan pelupusan bahan terpakai yang secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi

negara.

Antara contoh bahan terpakai yang boleh dikitar semula ialah kertas. Kertas yang

diperbuat daripada pokok mampu dikitar semula sekiranya semua pihak bersama-sama

menjayakan program 3R tersebut. Selain daripada kitar semula, batang aiskrim juga boleh

diguna semula dan dijadikan pelbagai bahan yang berguna dalam kehidupan seharian seperti

penanda buku, pasu, bekas letak alat tulis, bingkai gambar, alat muzik harmonika dan

sebagainya.

Usaha untuk menggunakan semula bahan terpakai seperti ini memerlukan unsur

kreativiti. Kreatif dan inovatif merupakan nilai yang ingin diterapkan dalam diri pelajar masa

kini. Oleh itu, penghasilan bahan guna semula daripada bahan terpakai akan membantu

melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai

elemen keusahawanan dalam diri mereka kerana pelajar boleh menjana pendapatan daripada

penghasilan bahan guna semula.

2

Page 3: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

KAJIAN LITERATUR

Kesedaran Alam Sekitar di Malaysia

Alam sekitar amat penting kepada kehidupan manusia. Seperti sedia maklum alam sekitar

merangkumi benda hidup dan benda bukan hidup. Alam sekitar mengandungi pelbagai jenis

sumber yang dapat memberi manfaat kepada kita semua sebagai contoh sumber air, udara dan

sebagainya. Sumber-sumber alam sekitar ini adalah penting bagi memenuhi kehendak dan

memastikan kelangsungan hidup untuk masa yang akan datang.

Seiring dengan peningkatan kapasiti negara, kehidupan kita secara tidak langsung

juga memberi tekanan kepada alam sekitar. Apabila tekanan meningkat akibat peningkatan

keperluan manusia yang melebihi carrying capacity alam sekitar sedia ada maka pencemaran

dan kemusnahan alam sekitar boleh berlaku. Sebagai contoh ialah apabila manusia rakus

menggunakan sumber alam sekitar seperti air bawah tanah yang melebihi had

penggantiannya sudah pasti generasi akan datang tidak dapat merasai sumber tersebut lagi.

Atas sebab inilah kesedaran terhadap alam sekitar adalah penting dan perlu ada pada

setiap warganegara yang bertanggungjawab. Kesedaran alam sekitar adalah satu usaha untuk

memahami tentang sejauh mana kerosakan keadaan persekitaran alam kita dan apakah

kepentingannya dalam melindungi alam sekitar daripada tercemar. Kesedaran terhadap alam

sekitar juga merupakan elemen penting dalam membira kelestarian sesebuah negara. Menurut

Jamilah et al. (2011), peningkatan kesedaran alam sekitar merupakan salah satu elemen

penting dalam pembinaan kapasiti negara menuju pembangunan lestari.

Namun bergitu sejauh manakah kesedaran alam sekitar dalam kalangan rakyat di

Malaysia. Adalah penting bagi setiap warganegara sedar akan tanggungjawab mereka untuk

melindungi dan menjaga sumber-sumber alam sekitar daripada tercemar. Berdasarkan kajian

yang telah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (2007), menyatakan bahawa masyarakat

Malaysia belum lagi mencapai tahap yang membanggakan jika dibandingkan dengan negara

maju seperti di Jepun, Denmark dan di Jerman. Kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran

atau kepekaan sesorang terhadap alam sekitar di Malaysia masih ditahap yang rendah. Malah,

kajian yang dilakukan Hidayah et al. (2013) menunjukkan bahawa kesedaran murid terhadap

alam sekitar adalah dalam tahap yang sederhana.

3

Page 4: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

Menurut Selvam dan A. Nazar (2011), kesedaran alam sekitar adalah kepekaan

seseorang terhadap alam sekitar dan masalah-masalah berkaitan dengan alam sekitar.

Perkembangan kepada kesedaran alam sekitar pula bermaksud kesedaran seseorang untuk

memahami masalah-masalah yang berkaitan dan membina pemikiran kritikal serta kemahiran

penyelesaian masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Kesedaran dan kepekaan ini

seharusnya ada dalam diri setiap warganegara yang bertanggungjawab. Namun usaha ini

memerlukan pihak-pihak yang tertentu sebagai penggerak dalam menanamkan kesedaran

terhadap alam sekitar ini.

Oleh itu, di Malaysia terdapat pelbagai agensi-agensi kerajaan mahupun swasta

terlibat dan memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran dalam hal-hal yang berkaitan

dengan alam sekitar. Sebagai contoh badan kerajaan yang terlibat adalah Kementerian

Sumber Asli & Alam Sekitar yang mana menetapkan satu dasar Alam Sekitar Negara, Dasar

Perubahan Iklim Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebagai asas pengurusan

alam sekitar di negara kita. Malah terdapat beberapa jabatan yang dibina dalam menjayakan

usaha untuk melindungi alam sekitar daripada terus tercemar. Sebagai contoh Jabatan Alam

Sekitar (JAS) menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar manakala Bahagian Pengurusan

Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI), NRE bertanggungjawab untuk dasar-dasar

yang berkaitan dengan perubahan alam sekitar dan iklim seperti Dasar Alam Sekitar

Kebangsaan dan Dasar Perubahan Iklim Negara. Selain itu, Kementerian Sumber Asli &

Alam Sekitar NRE ada melaksanakan program-program alam sekitar atau projek-projek yang

memberi manfaat kepada persekitaran global secara berkesan.

Terdapat juga badan-badan bukan kerajaan yang bergerak untuk memelihara alam

sekitar di samping meningkatkan kesedaran awam tentang pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar. Antaranya adalah World Wide Fund for Nature atau lebih dikenali sebagai

WWF. Badan ini pada awalnya hanya menfokuskan kepada pemeliharaan haiwan-haiwan

terancam namun kini telah memperkembangkan usaha yang mana melibatkan pemuliharaan

hidupan marin, pemeliharaan hutan, tanah tinggi, sungai dan lautan. Badan ini juga terlibat

secara langsung dalam menjalankan kajian- kajian berkaitan dengan alam sekitar disamping

menyebarkan kempen-kempen kesedaran alam sekitar dan sebagai badan yang

bertanggungjawab mendidik masyarakat berkaitan dengan dasar-dasar sokongan dalam usaha

pemuliharaan alam sekitar. Badan-badan seperti ini menggunakan media massa dan

elektronik untuk menyampai mesej-mesej kesedaran berkenaan dengan alam sekitar. Media

4

Page 5: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

massa terutamanya media digital seperti radio, televisyen, internet surat khabar dan majalah

mampu meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar. (S. Vibha 2015; Sypsas et al. 2012).

Selain peranan agensi kerajaan dan bukan kerajaan ini untuk meningkatkan kesedaran

alam sekitar kepada masyarakat, guru juga dapat memainkan peranan mereka pada peringkat

sekolah. Hal ini selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Noor Azizah dan Zanaton (2015)

yang menyatakan guru adalah ajen perubahan dan pendidik yang mempunyai pengaruh dalam

amalan lestari dan boleh memberi kesedaran dan dorongan kepada pelajar-pelajar di sekolah

tentang kepentingan alam sekitar. A. Romana dan Bipasha Sinha (2012) dan Hidayah et al.

(2013) juga perpendapat sistem pendidikan adalah medium yang berkuasa untuk memastikan

pemeliharaan alam sekitar dan mampu menyumbang kepada kesedaran sikap yang lebih baik

kepada alam sekitar. Pada peringkat institusi kekeluargaan pula Hidayah et al. (2013)

mengatakan bahawa ibu bapa merupakan pihak yang bertanggungjawab meningkatkan

kesedaran anak terhadap alam sekitar.

Walaubagaimanapun Jamilah et al (2011) berpendapat bahawa beban guru semakin

kini semakin berat yang melibatkan dengan tugas mengajar dan pentadbiran sehinggakan

mereka meminggirkan program kesedaran alam sekitar. Tetapi usaha untuk meningkatkan

kesedaran alam sekitar ini boleh dilaksanakan secara tidak langsung dengan

menintegrasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam apa jua subjek (Noor

Azizah & Zanaton 2015). Menurutnya lagi kesedaran amalan lestari perlu dijiwai dan

difahami oleh guru.

Secara keseluruhannya, usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar

adalah melibatkan satu kumpulan masyarakat yang pelbagai tidak kiralah dari pihak kerajaan,

bukan kerajaan (NGO), media massa dan elektronik, guru, ibu-bapa dan orang awam.

Kumpulan ini seharusnya mengambil pelbagai inisiatif dan langkah yang serius dalam

meningkatkan kesedaran tentang pemanasan global, bencana alam dan pencemaran alam

sekitar. Malah, kesedaran alam sekitar dan sikap dalam kalangan pelajar adalah penting

kerana masa depan negara adalah ditentukan generasi masa kini. Jika pelajar sedar tentang

masalah global tentang alam sekitar, adalah lebih mudah untuk memelihara alam sekitar

dengan lebih berkesan. (Selvam & A. Nazar 2011).

5

Page 6: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

PERNYATAAN MASALAH

Masalah sampah menjadi satu isu yang utama bagi pihak berkuasa tempatan kerana terpaksa

mengeluarkan belanja yang banyak untuk memungut dan melupuskan sampah. Masyarakat di

semua peringkat umur membuang sampah tanpa mempedulikan sama ada sampah yang

dibuang boleh dikitar semula atau sebaliknya. Justeru itu, Pendidikan Alam sekitar telah mula

dilaksanakan secara merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran di sekolah oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2004.

Melalui Pendidikan Alam Sekitar, tiga elemen utama yang menjadi dasar perancangan

kurikulum Pendidikan Alam Sekitar telah diperkenalkan iaitu pendidikan mengenai alam

sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikan melalui atau dalam alam sekitar itu

sendiri (Kartini 2008). Namun, hubungan antara ketiga-tiga elemen ini perlu difahami

terlebih dahulu semasa membina kurikulum Pendidikan Alam Sekitar.

Kajian terhadap 400 responden yang terdiri daripada guru pelatih Institut Pendidikan

Guru Kampus Pendidikan Islam di Bangi telah dijalankan oleh Fazida (2012) dan didapati

kesemua responden memahami tentang bahan yang boleh dibuang dalam tong kitar semula,

akan tetapi 42% gagal memadankan dengan tepat warna tong kitar semula dengan bahan

yang boleh dibuang ke dalamnya. Hal ini memberi gambaran bahawa terdapat ramai pelajar

yang masih tidak mengambil berat dengan kepentingan mengasingkan bahan untuk dikitar

semula.

Selain itu, kajian Zurina dan Norjan (200) juga mendapati tahap kesedaran alam

sekitar dalam kalangan pelajar universiti adalah tinggi, namun kesediaan pelajar untuk

terlibat dalam mengatasi masalah alam sekitar adalah rendah. Dapatan ini turut disokong oleh

kajian yang dilakukan Mohd Yusop et. al. (2003). Keadaan ini turut berlaku di luar negara

seperti dalam kajian yang dilakukan oleh Berenguer (2007) yang mendapati masyarakat

mempunyai kesedaran terhadap semua masalah alam sekitar walau bagaimanapun,

tanggungjawab untuk memulihara alam sekitar tidak menjadi sesuatu yang rutin dalam

kalangan masyarakat.

Penglibatan segenap lapisan masyarakat terutama golongan pelajar dalam

pemuliharaan alam sekitar adalah penting kerana tahap kesediaan yang minimum ini akan

menyebabkan saranan kerajaan dalam program kitar semula akan menjadi kurang berkesan.

Dapatan kajian Fazida (2012) yang mendapati pembuangan sampah yang tidak diurus dengan 6

Page 7: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

baik dalam kalangan pelajar seperti tidak menggunakan tong sampah kitar semula yang telah

disediakan menunjukkan golongan ini tidak menyumbang ke arah membantu menyelesaikan

masalah sampah. Kadangkala pelajar-pelajar sememangnya mempunyai kesedaran yang baik

mengenai alam sekitar tetapi kesedaran ini tidak diubah kepada satu tindakan atau praktikal

yang perlu diamalkan (Sulaiman & Abidah Raudzah 2010).

Pengetahuan alam sekitar jika diperolehi akan meningkatkan kesedaran dan

keprihatinan (sikap) serta seterusnya akan melahirkan individu yang mengamalkan amalan

pemuliharaan alam sekitar atau sekurang-kurangnya mempunyai tingkah laku yang lebih

positif terhadap alam sekitar (Kollmus & Agyeman 2002). Walau bagaimanapun, umum

menyedari penerapan elemen-elemen ini memerlukan masa dan perlu dilakukan secara

berperingkat-peringkat. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti

tahap amalan, sikap, pengetahuan dan kesedaran mengenai amalan kitar semula selepas

didedahkan dengan bahan kitar semula batang aiskrim yang jarang dijadikan sebagai salah

satu bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas dan botol plastik yang banyak dikitar

semula dalam kalangan pelajar. Hal ini adalah kerana penglibatan pelajar dalam aktiviti kitar

semula sebagai contoh pendedahan kitar semula batang aiskrim amatlah penting kerana

mereka adalah pewaris masa depan negara yang akan mencorakkan negara pada masa

hadapan.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara umumnya meninjau keberkesanan aktiviti 3R dalam kalangan pelajar untuk

meningkatkan kesedaran alam sekitar dan sebagai cara untuk mengatasi isu alam sekitar.

Objektif kajian ini adalah untuk:

1) Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tentang amalan 3R.

2) Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar terhadap amalan 3R.

3) Mengenalpasti sikap pelajar terhadap amalan 3R.

4) Mengenalpasti tahap amalan 3R dalam kalangan pelajar.

PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa persoalan kajian dikemukakan seperti berikut:

1) Apakah tahap pengetahuan terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar?

2) Apakah tahap kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar?

7

Page 8: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

3) Apakah sikap terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar?

4) Apakah tahap amalan 3R dalam kalangan pelajar?

METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif manakala kaedah yang dipilih

ialah kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan merupakan satu jenis reka bentuk bukan eksperimen.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian adalah seramai 40 pelajar

daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas. Responden terdiri dari pelajar

Tingkatan 4 Zuhal iaitu lelaki dan perempuan telah melakukan aktiviti 3R.

Sebelum soal selidik diedarkan, pelajar terlebih dahulu didedahkan dengan aktiviti

kitar semula batang aiskrim untuk menghasilkan tiga produk iaitu penanda buku, bingkai

gambar dan alat muzik harmonika. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar

terhadap bahan yang boleh di kitar semula selain daripada kertas dan botol plastik yang

banyak digunakan.

Sejurus selepas aktiviti selesai, satu soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu

Bahagian A dan Bahagian B diedarkan kepada para pelajar. Bahagian A adalah maklumat

demografi yang perlu diisi oleh para pelajar manakala soalan-soalan yang dikemukakan

dalam Bahagian B pula mengandungi 20 item berskalan Likert merangkumi konstruk

pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan. Data dianalisis menggunakan program Statistical

Package for Social Science (SPSS) versi 23.0

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Pengetahuan, Kesedaran, Sikap dan Amalan dalam 3R

Bahagian ini membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan. Hasil kajian ini

adalah berdasarkan kepada skor mentah responden yang diperoleh melalui soal selidik. Data

daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan ujian min dan sisihan piawai melalui

Program SPSS versi 23.0.

Kajian ini melibatkan responden seramai 40 orang yang terdiri daripada 34 pelajar

perempuan (85%) dan enam pelajar lelaki (15%) tingkatan empat SMK Seri Hartamas, Kuala

Lumpur. Jadual 1 menunjukkan taburan responden kajian ini.

8

Page 9: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

Jadual 1: Taburan Jantina Responden Kajian

Jantina

Lelaki (%) Perempuan (%) 6 (15) 34 (85)

Daripada segi bangsa, majoriti responden adalah terdiri daripada bangsa Melayu iaitu 67.5% dan jauh lebih besar daripada bangsa Cina iaitu 25% dan India sebanyak 7.5%.

Jadual 2: Taburan Bangsa Responden Kajian

Bangsa

Melayu (%) Cina (%) India (%)

27 (67.5) 10 (25) 3 (7.5)

Hasil daripada analisis terhadap data mentah yang diperolehi direkodkan dalam Jadual 3 seperti berikut:

Jadual 3: Min dan Sisihan Piawai bagi Aspek Pengetahuan, Kesedaran, Sikap dan Amalan 3R

Konstruk Min Sisihan Piawai

Pengetahuan 4.18 0.51

Kesedaran 3.86 0.49

Sikap 3.32 0.38

Amalan 3.66 0.51

Berdasarkan Jadual 2, tahap pengetahuan dalam 3R adalah paling tinggi berbanding

dengan tahap sikap terhadap 3R adalah paling rendah. Secara keseluruhannya, sampel kajian

mempunyai tahap pengetahuan tentang 3R yang tinggi (M = 4.18, SP = 0.51). Bagi tahap

kesedaran 3R, skor min yang diperoleh berada tahap tinggi dengan nilai keseluruhan min, M

= 3.86 dengan SP = 0.49. Dapatan ini diperoleh disebabkan pendedahan pelajar kepada

program 3R di sekolah adalah tinggi. Selain pelajar didedahkan dengan ceramah kesedaran

alam sekitar dan aktiviti berkaitan kitar semula, sekolah turut menganjurkan program ‘Bumi

Hijau’ yang diwajibkan setiap kelas menyertai program ini. Ini bertepatan dengan Kollmuss

dan Agyeman (2002) dalam model awal tingkah laku pro- alam sekitar pengetahuan tentang

alam sekitar dan pemuliharaannya memainkan peranan penting dalam menentukan corak

tingkah laku sikap terhadap alam sekitar.

9

Page 10: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

Majoriti pelajar dengan bilangan 33 (82.5%) dapat membezakan tong kitar semula

berdasarkan warna. Dapatan ini tidak selari dengan dapatan daripada (Jamilah et al. 2011)

yang menyatakan terdapat masyarakat yang masih keliru dengan empat jenis tong sampah

iaitu untuk kaca, kertas, plastik dan aluminium.

Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas responden, didapati item sikap, min

keseluruhan ialah M = 3.32 dengan SP = 0.38, iaitu pada tahap sederhana. Sikap responden

yang paling tinggi ialah bagi item ‘saya sayangkan alam sekitar saya’ iaitu seramai 21

(52.5%) responden menyatakan sangat setuju. Walau bagaimanapun, bagi item ‘saya sanggup

menyusahkan hidup saya seperti berjalan kaki ke sekolah demi menjaga alam sekitar’

menunjukkan responden menyatakan kurang setuju paling tinggi 13 (32.5%). Ini mungkin

disebabkan jarak sekolah yang jauh dari rumah serta kurang kemudahan pengangkutan awam

seperti keretapi transit aliran ringan dan komuter di kawasan sekitar sekolah. Selain itu lokasi

sekolah yang terletak berhampiran jalan utama turut menjadi faktor pelajar tidak berminat

untuk berjalan kaki ke sekolah. Ini menunjukkan kesedaran dan sikap yang ditunjukkan oleh

pelajar ke atas pemuliharaan alam sekitar masih kurang. Hasil kajian ini menyokong dapatan

Zurina dan Norjan (2003) yang menyatakan bahawa kesedaran masyarakat untuk terlibat

dalam mengatasi masalah alam sekitar adalah minima.

Bagi konstruk amalan, min keseluruhan adalah M = 3.66 dengan SP = 0.51 pada tahap

sederhana. Secara keseluruhannya, tahap amalan pelajar masih di tahap yang rendah. Hasil

kajian mendapati 14 (35%) pelajar mengamalkan kitar semula hanya sekali sekala. Ini

mungkin kerana mereka tidak didik atau diberi contoh oleh orang dewasa tentang amalan

kitar semula ini. Menurut Jamilah et al. (2011), masyarakat mampu memulihara alam sekitar

dengan mengamalkan kitar semula tetapi tidak mempunyai masa untuk melakukannya.

CADANGAN

Berdasarkan dapatan yang diperoleh dalam kajian ini mendapati tahap pengetahuan dan

kesedaran pelajar tentang 3R adalah tinggi. Menurut Jamilah et. al. (2011) tahap pendidikan

yang lebih tinggi mampu mempengaruhi tahap pengetahuan tentang isu alam sekitar dan

sekaligus dapat membantu masyarakat menyedari dan memahami isu alam sekitar dengan

menguasai kemahiran serta kesungguhan mengatasi serta mengekalkan kualiti alam sekitar.

Namun, tahap sikap dan amalan para pelajar terhadap 3R masih lagi sederhana dan

perlu dititikberatkan. Masyarakat berpendapat bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar

10

Page 11: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

adalah di bawah tanggungjwab kerajaan (Jamilah et. al. 2011). Selain itu, kebanyakan pusat

pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah menyebabkan

pelajar lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya.

Berikut adalah cadangan yang dapat membantu meningkatkan tahap sikap dan amalan

pelajar terhadap 3R. Pihak kerajaan perlu kerap mengadakan kempen untuk melahirkan

pelajar yang lebih prihatin terhadap alam sekitar dan dapat menjadikannya amalan dalam

hidup pelajar supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.

Seterusnya, pendidik juga perlu memainkan peranan penting dalam memberikan

galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan 3R. Pendidik perlu menyatakan bahawa

amalan dan sikap yang baik pelajar terhadap 3R mampu menyelamatkan bumi daripada

ancaman kemusnahan dan menggunakan pendekatan yang menarik untuk memupuk minat

pelajar untuk mencintai alam sekitar serta perbanyakkan aktiviti 3R yang melibatkan para

pelajar.

Disamping itu, peranan media massa juga amat penting untuk menyebarkan

kepentingan amalan dan skiap yang baik terhadap 3R dalam kehidupan dengan cepat dan

berpengaruh kerana medium ini sering dilayari oleh para pelajar seperti media sesawang

disebabkan kemudahan internet di mana-mana untuk mengakses informasi baharu.

Peranan ibu bapa juga adalah sama penting dengan pendidik malahan lebih penting

kerana pembelajaran dan pembentukan pelajar bermula dari rumah. Ibu bapa perlu

menunjukkan contoh amalan dan sikap terhadap 3R dihadapan anak-anak sekaligus

menggalakkan anak-anak melakukan perkara yang sama supaya sikap dan amalan ini dapat

dipupuk dalam diri anak-anak serta dapat dipraktikkan walau di mana jua mereka berada.

Selain itu, terapkan ilmu agama dalam diri pelajar supaya mereka dapat menghargai

alam sekitar dengan lebih baik dalam kehidupan seharian kerana diterapkan nilai-nilai murni

yang baik dengan menjadikan pelajar bertanggungjwab dan prihatin bahawa alam ini saling

bergantungan serta perlu mempunyai sikap dan amalan 3R yang baik untuk menjaga

kebajikan setiap hidupan di dunia.

KESIMPULAN

Pengurusan sisa merupakan salah satu cabaran paling penting bagi kerajaan untuk mengawal

kesan-kesan yang paling buruk dari segi kesihatan awam, pengurusan sumber alam sekitar

11

Page 12: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

dan perubahan iklim. Ia adalah masa yang terbaik bagi pihak yang berkepentingan (agensi-

agensi antarabangsa dan serantau, kerajaan Nasional dan tempatan, sektor swasta, masyarakat

perusahaan dan generator sisa) untuk menyediakan sistem pengurusan sisa yang sesuai dan

bersepadu di peringkat tempatan dan Kebangsaan. Kebanyakan sisa boleh dijadikan satu

sumber untuk mengurangkan jumlah sisa yang akhir dan seterusnya kos akhir pelupusan sisa.

Sisa pencegahan dan pengurangan adalah satu lagi aspek untuk mengurangkan kos

pengurusan sisa dan kesan negatif dari bahan buangan.

Di sinilah pendidikan memainkan peranan yang penting. Komitmen kerajaan terhadap

perkara ini jelas dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) iaitu

kementerian-kementerian berkenaan akan membangunkan polisi, strategi dan program

mengenai pendidikan, kesedaran dan latihan alam sekitar. Peyebaran pengetahuan dan

pemupukan kesedaran ini diharapkan dapat membantu rakyat Malaysia mengambil sikap

kepenggunaan dan cara hidup yang lebih mesra alam.

Di samping itu, kita boleh belajar dari pengalaman yang ada di negara-negara lain

dalam bidang polisi, penubuhan institusi, pembiayaan mekanisme, teknologi dan

infrastruktur, peranan dan tanggungjawab pihak-pihak berkepentingan, dan kekuatan politik

dan kesedaran dalam amalan 3R. Ini juga akan membawa harapan yang positif dan peluang

kepada Negara kita untuk terus maju.

RUJUKAN

Berenguer, J. 2007. The Effect of Empathy in Proenvironmental Attitudes and Behaviors.

Journal of Environment and Behaviour 39 (2): 269-283.

Fazida Othman. 2012. Amalan Pembuangan Sampah dalam Kalangan Pensyarah, Pelajar dan

Pekerja Kafeteria di IPG Kampus Pendidikan Islam. Persidangan Kebangsaan

Pembangunan Pendidikan Lestari. IPG Kampus Tuanku Bainun.

Hanifah M., Shaharudin A., Noraziah A., Mohamad Suhaily Yusry C.N. 2015. Sains

Humanika. Tahap amalan penggunaan lestari dalam kalangan guru di Puchong, Selangor.

5:1 (19-26). ISSN 2289-6996. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.

Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob. 2012.

Masyarakat Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Ke Arah Kelestarian Komuniti: Kes

12

Page 13: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

Isi Rumah Wanita Di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and

Space 8 issue 5 (64 - 75) Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar

(MATRA), ISSN 2180-249.

Jamilah A., Hasrina M., Hamidah A.H., & Juliana A.B. 2011. Akademika. Pengetahuan, sikap

dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar. 81 (3): 103-115.

Jabatan Alam Sekitar. 2007. Pengenalan Kepada Status Air Sungai. Diperoleh melalui

https://www.doe.gov.my/portalv1/info-umum/kualiti-air-sungai/275 pada 1 November

2016.

Kartini Abdul Mutalib. 2008. Keberkesanan Modul Pengajaran Ekosistem Hutam Tropika

dalam Meningkatkan Pengetahuan dan Sikap Pelajar. Tesis PhD. Fakulti Pengajian Alam

Sekitar. Universiti Putra Malaysia.

Kollmuss, A. Dan Agyeman, J. 2002. Mind The Gap: Why Do People Act Environmentally

and What Are The Barriers to Pro-Environmental Behaviour?. Environmental Education

Research 8(3) 239-260.

Mohd Yusop, A.H., Jailani, M.Y. dan Esa, A. 2003. Meningkatkan Pengetahuan, Amalan dan

Sikap Terhadap Pendidikan ALam Sekitar Di kalangan Pelajar. Prosiding Seminar

Kebangsaan Pengurusan Persekitaran. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Azizah Samsudin dan Zanaton H.Iksan. 2015. Kesedaran Alam Sekitar Menerusi

Aplikasi KAKAS. Jurnal Personalia Pelajar 18 (2) (2015):31-44.

Nurul Hidayah LA, Haryati S, Seow Ta Wee (2013) Pengetahuan murid dan perkaitan ibu

bapa terhadap kesedaran alam sekitar: Satu kajian awal. Jurnal Teknologi 64 (1), 51-57.

Romana, A. & Bipasha, S. 2013. A Study of Environmental Awareness and Ecological

Behaviour among Female B.Ed. Students. International Multidiciplinary Refereed E

Journal. 2(1): 41-50.

Selvam, V. Dan Abdul Nazar. 2011. An Analysis Of Environmental Awareness And

Responsibilities Among University Students. International Journal Of Current Research.

3 (11). 202-205.

13

Page 14: zanatonmdnoor.files.wordpress.com€¦  · Web viewDalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, banyak aspek yang perlu dipertingkatkan oleh negara kita. Hal ini

Sulaiman Kadikon dan Abidah Raudzah Othman. 2010. Persepsi Pelajar Universiti Teknologi

Malaysia Terhadap Program Kitar Semula Menurut Perspektif Islam. Universiti

Teknologi Malaysia.

Sypsas, A., Nikoletta T., Mallidisleta D., & Jenny P. 2012. The role of media in the Enhancement of environmental Awareness. Unpublised journal.

Vibha, S. 2015. Mass Media In Disseminating Environmental Awareness. International

Journal Research. 9(3):1-4

Zurina, M., dan Norjan, Y. 2003. Environment Awareness Among Students at National

Universiti of Malaysia. National Seminar Proceeding on Environment. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

14