ifolio.ukm.my · web viewmelalui program ini kami dapat memberi nafas yang baru kepada persekitaran...

27
KERTAS KERJA PROGRAM SIMPULAN KASIH KE RUMAH WARGA EMAS TARIKH 13 DISEMBER 2014 TEMPAT NO 23, JALAN MAJU 2, TAMAN MAJU, 43000 KAJANG, SELANGOR, MALAYSIA ANJURAN EKSEKUTIF KEROHANIAN DAN SIVIK MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ PENDETA ZA'BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA “Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”

Upload: dangtu

Post on 09-May-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

PROGRAM SIMPULAN KASIH

KE RUMAH WARGA EMAS

TARIKH

13 DISEMBER 2014

TEMPAT

NO 23, JALAN MAJU 2,

TAMAN MAJU,

43000 KAJANG,

SELANGOR, MALAYSIA

ANJURAN

EKSEKUTIF KEROHANIAN DAN SIVIK MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

KOLEJ PENDETA ZA'BA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

KERTAS KERJA

PROGRAM SIMPULAN KASIH

KOLEJ PENDETA ZA’BA 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dilaksanakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan Program Simpulan Kasih bersama warga emas.

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG

2.1 Biro Kerohanian dan Sivik merupakan sebuah organisasi yang menjalankan program

dan aktiviti yang berunsurkan keagamaan, kerohanian dan sivik. Secara dasarnya biro ini

menjana aktiviti dan program yang dapat memupuk rasa cinta dan minat mahasiswa/i kearah

melaksanakan perkara-perkara yang mempunyai nilai keagamaan yang tinggi selain dapat

menjalin hubungan dengan masyarakat luar agar dapat menambah nilai sivik dalam diri.

2.2 Biro Kerohanian dan Sivik telah melaksanakan pelbagai program dengan jayanya di peringkat kolej dan mendapat sambutan yang baik dan memberansangkan. Antara program

yang telah kami laksanakan adalah qiamullail, iftar jama’ie, tadarus al-quran, dan program

sambutan awal muharam.

2.3 Program Simpulan Kasih ke Rumah Warga Emas ini merupakan program anjuran

Eksekutif Kerohanian dan Sivik, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za’ba. Program ini

dicetuskan setelah perbincangan dengan ahli biro yang telah sebulat suara memilih untuk

mengadakan lawatan ke rumah orang tua bagi meningkatkan keyakinan diri mahasiswa/i

dalam berhadapan dengan masyarakat luar yang kurang bernasib baik. Selain itu, program ini

juga dapat melatih mahasiswa/i mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti

kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan, keharmonian dan bertanggungjawab dalam

menjalankan tugas. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i

yang penyayang dan prihatin dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat

sekaligus dapat mengharumkan nama Universiti Keangsaan Malaysia sebagai sebuah

universiti yang mampu melahirkan mahasiswa berkemahiran.

2

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

3.0 OBJEKTIF

Objektif program “Simpulan kasih: Infiniti dalam ukhuwah” adalah:

3.1 Meningkatkan keyakinan diri mahasiswa/i dalam berhadapan dengan masyarakat luar yang kurang bernasib baik.

3.2 Melatih dan mendidik mahasiswa/i mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan, keharmonian dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

3.3 Melahirkan mahasiswa/i yang penyayang dan prihatin dalam memberikan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

3.4 Menggembirakan golongan yang tidak bernasib baik dengan aktiviti yang menceriakan.

3.5 Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik

3.6 Meningkatkan jati diri dan kemahiran insaniah mahasiswa/i

4.0 TEMA

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”

Tema ini dipilih untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia tanpa mengira

lingkungan umur, bangsa, dan agama. Selain itu, mahasiswa/i dapat mengukuhkan lagi sifat

tanggungjawab dan keprihatinan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dan

memerlukan lebih perhatian disamping berbudi kepada masyarakat sepertimana hadis

Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi – “ Yang terbesar daripada

apa yang diletakkan dalam Al-Mizan (timbangan) ialah budi yang baik.

5.0 ANJURAN

Eksekutif Kerohanian dan Sivik Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Pendeta Za’ba

Universiti Kebangsaan Malaysia

3

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

6.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 13 Disember 2014

Hari : Sabtu

7.0 TEMPAT PROGRAM

Pusat Jagaan Siti Noraini, No 23, Jalan Maju 2, Taman Maju, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia .

8.0 INOVASI

Melalui program ini kami dapat memberi nafas yang baru kepada persekitaran rumah warga emas ini dengan aktiviti gotong-royong untuk memperindahkan kawasan supaya mereka dapat tinggal dengan selesa dan gembira.

9.0 PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan dalam bentuk poster dan banner di sekitar kawasan Pusat

Jagaan Siti Noraini. Golongan sasaran adalah warga emas. Selain itu, media sosial seperti

Facebook juga akan digunakan bagi menjemput dan mengajak ahli biro Kerohanian untuk

menyertai program ini.

10.0 CADANGAN PERASMI

a. Perasmi Pembukaan

Y.Bhg. Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long, Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM

b. Perasmi Penutup

Y.Bhg. Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long, Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM

4

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah warga emas : 40 orang

Jumlah peserta yang menyertai program : 44 orang

Jumlah staf di rumah jagaan : 26 orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 Sesi Ramah Mesra

Program Simpulan Kasih ini dimulakan dengan sesi ramah mesra di antara mahasiswa/i dengan warga emas dan anak yatim. Kemudian diikuti pula dengan sesi

“sharing moment” bertujuan untuk merapatkan jalinan dan menyelami hati mereka iaitu warga emas.

14.2 Gotong-royong

Gotong-royong diadakan untuk membersihakan kawasan rumah orang tua di samping memperindahkan kawasan sekeliling agar penghuni-penghuni dapat mendiami rumah tersebut dengan lebih selesa.

5

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

14.3 Persembahan

Persembahan yang berunsurkan keislaman seperti nasyid akan diadakan pada majlis penutup program “simpulan kasih: Infiniti dalam ukhuwah”.

14.4 Sesi Jamuan

Acara kemuncak majlis adalah sesi jamuan. Semua warga emas dijamu dengan hidangan yang telah disediakan.

15.0 LANGKAH KESELAMATAN

15.1 Memasak

a. Tempat Memasak

Sebelum memasak urusetia haruslah memilih tempat yang bersesuaian dengan mengambil kira ruang yang cukup untuk kerja-kerja memasak, pengudaraan yang baik dan persekitaran yang bersih.

b. Kawalan Risiko

Urusetia yang bertanggungjawab haruslah memastikan setiap peralatan memasak selamat digunakan dan tidak membahayakan orang lain. Peti kecemasan juga akan disediakan bagi menghadapi segala kemungkinan.

c. Kawalan Keselamatan

Urusetia akan memberi taklimat keselamatan kepada peserta agar segala peralatan memasak digunakan dengan cermat dan meminta orang-orang yang berpengalaman untuk mengawasi peserta yang memasak.

6

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

15.2 Gotong-Royong

a. Kawalan Risiko

Urusetia yang bertanggungjawab haruslah memastikan peralatan yang digunakan

berada dalam keadaan yang baik dan tidak berkarat agar tidak membahayakan

pengguna. Peti Kecemasan juga akan disediakan bagi menghadapi sebarang

kemungkinan.

b. Kawalan Keselamatan

Peserta yang terlibat dengan gotong-royong akan diberi taklimat keselamatan terlebih dahulu akan cara-cara untuk mengendalikan peralatan dengan baik agar tidak membahayakan diri.

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

17.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM

Rujuk Lampiran E

18.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat sila hubungi:

MARDHIYYAH BINTI AHMAD MOSADIK Ketua Pengarah Program Simpulan Kasih Kolej Pendeta Za’ba 2014Universiti Kebangsaan MalaysiaTel : 019-2843828Pej : 03-89217116Faks : 03-89216846E-mel : [email protected] m

7

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

19.0 PENUTUP

Besarlah harapan dan kebanggaan kami sekiranya pihak yang berkaitan iaitu pentadbiran

Kolej Pendeta Za’ba dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dapat meluluskan kertas kerja

ini dan dapat membantu kami dari sudut kewangan dalam menjayakan Program Simpulan

Kasih 2014. Segala pengesahan dan sokongan daripada pihak pentadbiran kolej dan pihak

Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) amatlah kami hargai. Semoga program ini dapat

berjalan dengan lancar dan jayanya serta dapat memberi manfaat dan pengisian yang baik

kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za’ba Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekalung

penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada

secara langsung atau pun tidak langsung kerana dengan segala bantuan diharapkan program

ini dapat berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya.

8

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

9

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASIPROGRAM SIMPULAN KASIHKOLEJ PENDETA ZA’BA 2014

PenaungYBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

PengerusiProf. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), UKM

PenyelarasTuan Hj. Musa Zainal Abidin

Timbalan PendaftarJabatan Perkhidmatan Pelajar UKM

PenasihatMardhiyyah Binti Ahmad Mosadik

FPI/2A144752

019-2843828

Ketua PengarahMohd Zulfiqar Bin Mohd Nor

FPEND/1A150592

019-6336812

Timbalan PengarahMirda Mariq binti Akbarudin

FTSM/1A150883

0195470911

SetiausahaFatimah binti Adnan

FTSM/1 A150103

0102408892

BendahariNur Fatin Binti Abu Bakar

FKAB/1A148144

011-19721582

10

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

Pengarah Perhubungan Awam : Farah Dayana Binti Sepun@Sapuan (FPI/1)(A151807)

Pengarah Pemasaran : Siti Norfirdaus Bt Mohammed Ashaari(FPEND/1)(A149324)

Pengarah Publisiti & Media : Amir Firdaus Bin Amaruddin (FKAB/1) (A147793)

Pengarah Cenderamata & Penerbitan : Nur Amirah Binti Md Rowai (FTSM/1)(A150052)

Pengarah Teknologi Dokumentari : Syahira Anis Bt Hazri(FST/1) (A148171)

Pengarah Teknikal : Abid Afiq Aidid Bin Mohd Nazri (FKAB/1) (A149365)

Pengarah Keselamatan & Pengangkutan : Mohamad Faris Bin Izani (FKAB/1)(A148266)

Pengarah Kebajikan & Tugas-tugas Khas : Mohamad Hanafi Bin Salleh Huddin(FTSM/1) (A148070)

11

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

AKTIVITI BERSAMA WARGA EMAS

MASA AKTIVITI TEMPAT

13 Disember 2014

6.30 am - 8.00 am Berkumpul dan bertolak dari Kolej Pendeta Za’ba Pusat Jagaan Siti Noraini

8.00 am - 8.30 am Sesi pengenalan dan sarapan

8.30 am – 9.00 am Taklimat & Pembahagian tugas

9.00 am – 11.30 am Aktiviti Memasak dan Gotong-royong

11.30am – 12.30am Makan tengah hari

12.30 pm - 1.30 pm Rehat & Solat

1.30 pm – 4.00 pm Sesi ramah mesra bersama orang tua

Persembahan

4.00 pm – 5.00 pm Solat & Minum petang

5.00 pm – 6.00 pm Riadah

6.00 pm – 7.00 pm Majlis penutup

7.00 pm – 8.30 pm Sesi Kerohanian

8.30 pm – 10.00pm Bersurai & Bertolak balik ke Kolej Pendeta Za’ba

12

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran PendapatanBIL PERKARA RM1 Sumbangan

Jabatan Perkhidmatan Pelajar 1,500.00 Sumbangan Kolej 1,000.00 Sumbangan Luar 1000.00

JUMLAH PENDAPATAN KESULURUHAN 3,500.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM1

Makanan

-Bahan mentah 1000-Bahan kering

Minuman

Peralatan2 -Gotong-royong

-Memasak dan jamuan 1000-Aktiviti

3 Cenderamata 1000

-VIP-Warga emas dan anak-anak yatim

Majlis penutupan5004 - Backdrop

- Bannner (RM100 X 1)

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM3,500.00

13

“Simpulan Kasih: Infiniti Dalam Ukhuwah”13 Disember 2014

LAMPIRAN E

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI_____________________________________________________________________________________

KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM

A. KENDERAAN Bil Perkara Kuantiti Bil Perkara Kuantiti1 Bas 1 4 Lori/ Pick Up2 Bas Mini/Coaster 5 Pacuan Empat Roda3 Kereta 6 Van/ Window Van/ MPV

B. PERALATAN MAJLIS Bil Perkara Kuantiti Bil Perkara Kuantiti1 Kerusi untuk Pentas (Sofa 9 Papan Pameran 3’ x6’ x 6’

Single)

2 Kerusi Tetamu Khas (Banquet) 10 Booth 10’ x 10’

3 Kerusi Plastik 11 Meja Jamuan 3’ x 3’

4 Pentas (Platform) 4’ x 8’ x 6’ 12 Meja Bulat untuk Jamuan

5 Kanopi 20’ x 20’ 13 Meja Peperiksaan

6 Kanopi 15’ x 15’ 14 Meja Pameran

7 Papan Pameran 4’ x 4’ x 6’ 15 Meja Kopi

8 Papan Pameran 4’ x 6’ x 6’

C. KEPERLUAN ELEKTRIK Bil Perkara Kuantiti Bil Perkara Kuantiti1 Set Sistem Siaraya 5 Kipas Siling Khemah

2 Mikrofon 6 Lampu Khemah

3 DVD Player 7 Soket Kuasa di Khemah

4 Rostrum 8 Kipas Berdiri

14