ifolio.ukm.my · web viewmelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah...

12
PEMBUKTIAN BAGI KURSUS: PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PENYELIA DR. KHAIRUL AZMAN BIN AZIZ NAMA MOHD RAHMAT BIN RAHIM NOMBOR MATRIK A143277

Upload: hoangnguyet

Post on 03-Jul-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan

PEMBUKTIAN BAGI KURSUS: PENGURUSAN

MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG

HAYAT

PENYELIA

DR. KHAIRUL AZMAN BIN AZIZ

NAMA

MOHD RAHMAT BIN RAHIM

NOMBOR MATRIK

A143277

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan

PENGENALAN

Bagi memenuhi objektif kursus ini, saya telah menyertai program Baksis 5 yang diadakan di Kampung Sungai Pial, Merbok, Kedah. Program ini adalah anjuran Exco Hubungan Luar, Alumni dan Antarabangsa Kolej Tun Hussien Onn (KTHO). Saya memilih untuk menjadi salah seorang ajk untuk program ini kerana merasakan banyak pengalaman dan maklumat baru saya akan dapat semasa menjadi ajk program ini. Program ini telah dijalankan pada 4-8 April 2014 selama 4 hari 4 malam.Program ini bertujuan untuk memupuk dan menyemai sifat kesukarelaan dalam diri mahasiswa/i Kolej Tun Hussein Onn dan peka tentang peranan mereka terhadap tanggungjawab kepada masyakat sekeliling sejajar dengan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.

Saya telah dilantik sebagai AJK Teknikal yang bertanggungjawab untuk memastikan segala keperluan teknikal sebelum, semasa dan selepas program dapat disediakan agar perjalanan program dapat berjalan dengan lancar. Walaupun saya dilantik sebagai ajk teknikal, tugas kami tidak terhad untuk menjaga teknikal sahaja, tetapi membantu ajk-ajk lain yang menghadapi masalah dan selalu melakukan perbincangan.

Melalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan perjumpaan ahli-ahli ajk dan penduduk kampung serta penyediaan barang-barang keperluan untuk menjayakan program ini. Semasa perjumpaan dijalankan antara ajk, saya dapat mengetahui cara yang betul untuk bermesyuarat. Saya juga dapat mempelajari semasa mesyuarat kita dapat menyuarakan pendapat dan mendengar pendapat orang lain yang menyebabkan selalunya mesyuarat yang dijalankan lama kerana untuk mencari persepakatan dan ada sesetengah pendapat yang kita suarakan tidak dapat diselesaikan pada waktu itu kerana menunggu kebenaran pihak atasan. Seperti yang kita maklum juga program in telah dijalankan di luar kawasan UKM. Oleh itu, sebelum program ini dijalankan kami juga perlu berbincang dengan penduduk kampung untuk mengatur tentatif dan perasmi yang sesuai untuk program ini. Saya telah dipilih bersama dengan ketua pengarah dan beberapa ajk lain untuk berjumpa dengan penduduk kampung Sungai Pial. Di sini saya dapat mempelajari bagaimana untuk berinteraksi dan bermesyuarat dengan JKKK kampung tersebut. Kami terpaksa menukar tentatif 3 kali kerana ada masalah- masalah di saat akhir yang tidak dijangka seperti kekurangan bajet, musim kemarau dan perasmi tidak dapat hadir. Saya dapat mempelajari bahawa untuk menyiapkan 1 tentatif program memerlukan sekurang- kurangnya 3 pelan A,B dan C. sebelum program dijalankan. Saya bersama ahli ajk teknikal yang lain hendaklah memastikan segala barang-barang teknikal yang diperlukan hendaklah disediakan, dipinjam ataupun dibeli seperti pembesar suara, layar dan lagu-lagu yang digunakan semasa program dijalankan nanti. Hal ini mengajar saya untuk menguruskan segala keperluan dan maklumat dengan betul. Semasa mesyuarat yang dijalankan saya hendaklah menulis segala benda yang berkaitan dengan teknikal agar dapat menjalankan

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan

tugas dengan baik dan apabila meminjam barang daripada pihak kolej atau JPEL ia memerlukan beberapa prosedur yang diperlukan sebelum meminjam.

Seterusnya, semasa program Baksis 5 ini dijalankan yang melibatkan pelaksanaan apa yang dirancang. Hari pertama bermula dengan majlis penyerahan anak angkat. Ini adalah majlis pertama program Baksis5. Semasa program ini, saya ditugaskan untuk menjaga PA sistem dibantu oleh abang teknikal kampung tersebut bersama ajk-ajk lain. Di sini saya mestilah mengumpulkan data dengan teratur sebagai contoh penyusunan lagu negaraku, varsiti kita dan muzik latar kedatangan perasmi. Hal ini penting bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Pada hari ini juga bermula tugas saya bersama ajk yang lain untuk menjaga segala barang yang digunakan sepanjang program terutamanya barang yang dipinjam. aktiviti pada sebelah petang adalah perlawanan futsal antara peserta dan penduduk kampung. Perlawanan futsal ini sebagai langkah awal untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung dan peserta baksis. Hari kedua bermula dengan pelbagai acara sukaneka diadakan. Pelbagai sukan dan pertandingan diadakan antara penduduk kampung dan peserta baksis. Pada ketika ini Ajk Program yang paling sibuk dan kami akan membantu bagi memastikan perjalanan sukan tersebut berjalan lancar. Kami akan sama-sama menyediakan peralatan dan susun atur untuk memastikan peserta yang mengambil bahgian selesa. Di sini saya dapat melihat kerjasama ajk-ajk lain dalam membuat kerja dan hasilnya diluar jangkaan di mana penyertaan dari penduduk kampung adalah banyak. Antara sukan yang diadakan ialah boling kelapa, kukur buah kelapa dan tarik upih. Di sini saya dapat mempelajar perancagan masa yang kita buat untuk setiap program adalah boleh lambat dan awal habis. Hal ini bergantung kepada situasi contohnya kehadiran peserta dan peyediaan tempat sukan. Hari ketiga, kami mengadakan program gotong royong membersihkan kawasan kampung. Antara tempat yang dipilih ialah kawasan kubur, tadika dan masjid. Di sini saya dapat merasai sendiri bagaimana suasana gotong royong yang sebenarnya yang juga mendapat sambutan daripada penduduk kampung.di sini saya dapat mempelajari apabila kita merancang dengan teratur dan rapi dengan mengambil kira factor-faktor diluar jangkaan , perjalanan program akan berjalan lancar walaupun ada masalah yang tiba-yiba tetapi dapat di atasi kerana sudah membuat persiapan yang rapi.

Yang terakhir, selepas program dijalankan yang melibatkan pemulangan barang-barang yang dipinjam dan post-moterm. Di sini saya dapat mempelajari apabila kita meminjam barang hendak lah menjaganya dan mengetahui kedudukan barang tersebut kerana kerap kali dipindahkan ke satu tempat ke tempat yang lain. Semasa meminjam kita hendaklah menulis barang yang kita pinjam dengan jelas agar di akhir program nanti kita dapa memastikan jumlah yang kita pinjam. Hal ini kerana sebiji bola telah hilang yang kami pinjam dari Pusat Sukan. Sepanjang program ini juga, saya dapat merasai suasana kampung di negeri Kedah, dapat merasai bagaimana mereka hidup secara sederhana, dapat merasai masakan yang sedap di kampung tersebut dan yang paling penting dapat bemesra dan saling kenal mengenali di antara anak angkat dan keluarga angkat.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan

NAMA : MOHD RAHMAT BIN RAHIM (A143277)

PROGRAM : BAKTI SISWA (BAKSIS 5)

ANJURAN : EXCO HUBUNGAN LUAR, ALUMNI DAN ANTARABANGSA

TEMPAT : KAMPUNG SUNGAI PIAL, MERBOK, KEDAH

TARIKH : 4 – 8 APRIL 2014

JAWATAN : AJK TEKNIKAL

Sebelum Program Dijalankan

Ini merupakan gambar semasa mesyuarat ajk dengan penduduk kampung dan mesyuarat bersama pihak pentadbiran sedang dijalankan..

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan

Semasa Program Baksis dijalankan

Hari Pertama : Majlis Penyerahan Anak Angkat dan Pertandingan Futsal

Gambar di atas menunjukkan majlis Penyerahan Anak Angkat di mana saya telah mendapat Abang Angkat bernama Abg Halim.

Gambar semasa menjadi ajk teknikal dan semasa pertandingan futsal dijalankan.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan

Hari Kedua : Sukaneka dan Majlis Perasmian Hari Mesra Koperasi

Gambar di atas menujukkan sukaneka yang sedang dijalankan dan Majlis Perasmian Hari mesra Koperasi.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan

Hari Ketiga: Gotong royong bersama penduduk Kampung Sungai Pial.

Suasana semasa kami mengadakan gotong royong bersama penduduk kampung. Kami sempat bergambar dengan YB Adun Tanjung Dawai.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan

Hari Keempat : Hari bersama Keluarga Angkat dan Majlis Penutupan

Merupakan hari terakhir bersama abang angkat dan adik beradik angkat di Kampung Sungai Pial dan Majlis Penutupan Baksis 5.

Kesimpulan

Dengan menyertai program ini saya dapat banyak pengalaman terutamanya merasai suasana Kampung Sungai Pial yang berdekatan dengan laut. Saya juga dapat menjadi lebih yakin kerana banyak berurusan dengan orang atasan dan dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan
Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewMelalui program ini, apa yang saya dapat kaitkan dengan kursus ini adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Yang pertama, sebelum program berlangsung yang melibatkan