amanat pengurusan risda-2007 · penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu...

33
Amanat Pengurusan Risda Amanat Pengurusan RISDA 2007 DISAMPAIKAN OLEH Y.BHG. DATO’ MOHAMMAD IZAT HASAN KETUA PENGARAH RISDA Di Kuantan, Pahang Tarikh: 26 Disember 2006 Tema : Kembali Ke Asas “Back To Basic” 1. Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya, dapat saya menyampaikan Amanat Pengurusan RISDA 2007. Tahun 2007 ini merupakan tahun kedua bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua dalam memperkasakan pekebun kecil kearah kemiskinan sifar. RISDA perlu terus mantapkan strateginya, untuk memastikan matlamat dalam wawasan negara dicapai. Amanat ini hendaklah dijadikan asas dan panduan bagi semua golongan staf dalam melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil dalam tahun 2007. 2. Strategi pembangunan 2007 telah digubal setelah mengambil kira saranan YAB Perdana Menteri semasa pembentangan bajet 2007, pandangan-pandangan YB Menteri KKLW semasa retreat penyediaan RMK-9 RISDA pada September 2006 di Port Dickson keputusan-keputusan Pihak Berkuasa dan maklumbalas dari pihak-pihak lain berkaitan langkah-langkah memantapkan taraf hidup pekebun kecil dalam sektor industri getah dan sawit khususnya maklumbalas dari pekebun kecil sendiri. RISDA bertanggungjawab terhadap pembangunan pekebun kecil sejajar dengan VISI RISDA untuk menjadi “Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil” dan juga Misi RISDA untuk “Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif Dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan Dan Komersial” ke arah mencapai matlamat pendapatan pekebun kecil sekeluarga RM2,000 sebulan menjelang akhir 2010. 3. RISDA perlu kembali ke peranan asas yang ditetapkan oleh Kerajaan (back to basic). Kita akan memberi fokus kepada kumpulan sasar iaitu pekebun kecil atau “S Factor” dalam RISDA dan juga Industri getah itu sendiri. Dengan istilah lain, RISDA dan semua anak syarikat perlu menjadikan matlamat utama dalam semua aktiviti dan programnya demi menaikkan martabat dan taraf pekebun kecil dalam semua segi termasuk minda, sosial dan ekonomi khasnya.

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

Amanat Pengurusan Risda

Amanat Pengurusan RISDA 2007

DISAMPAIKAN OLEH

Y.BHG. DATO’ MOHAMMAD IZAT HASAN

KETUA PENGARAH RISDA

Di Kuantan, Pahang

Tarikh: 26 Disember 2006

Tema : Kembali Ke Asas “Back To Basic”

1. Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya, dapat saya

menyampaikan Amanat Pengurusan RISDA 2007. Tahun 2007 ini merupakan tahun kedua bagi

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua dalam memperkasakan pekebun

kecil kearah kemiskinan sifar. RISDA perlu terus mantapkan strateginya, untuk memastikan

matlamat dalam wawasan negara dicapai. Amanat ini hendaklah dijadikan asas dan panduan

bagi semua golongan staf dalam melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil dalam

tahun 2007.

2. Strategi pembangunan 2007 telah digubal setelah mengambil kira saranan YAB Perdana

Menteri semasa pembentangan bajet 2007, pandangan-pandangan YB Menteri KKLW semasa

retreat penyediaan RMK-9 RISDA pada September 2006 di Port Dickson keputusan-keputusan

Pihak Berkuasa dan maklumbalas dari pihak-pihak lain berkaitan langkah-langkah

memantapkan taraf hidup pekebun kecil dalam sektor industri getah dan sawit khususnya

maklumbalas dari pekebun kecil sendiri. RISDA bertanggungjawab terhadap pembangunan

pekebun kecil sejajar dengan VISI RISDA untuk menjadi “Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil”

dan juga Misi RISDA untuk “Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif Dan

Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan Dan Komersial” ke arah mencapai matlamat pendapatan

pekebun kecil sekeluarga RM2,000 sebulan menjelang akhir 2010.

3. RISDA perlu kembali ke peranan asas yang ditetapkan oleh Kerajaan (back to basic). Kita

akan memberi fokus kepada kumpulan sasar iaitu pekebun kecil atau “S Factor” dalam RISDA

dan juga Industri getah itu sendiri. Dengan istilah lain, RISDA dan semua anak syarikat perlu

menjadikan matlamat utama dalam semua aktiviti dan programnya demi menaikkan martabat

dan taraf pekebun kecil dalam semua segi termasuk minda, sosial dan ekonomi khasnya.

Page 2: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

4. Saya juga berharap amanat ini akan dijadikan asas untuk penyediaan pelan tindakan oleh

semua PTJ dan diterjemahkan dalam bentuk yang lebih jelas dan praktikal dalam SKT setiap

pegawai dan kakitangan RISDA bagi tahun 2007.

OVERVIEW SEKTOR PERTANIAN DAN KOMODITI GETAH DAN SAWIT DALAM 2006

5. Malaysia telah dapat mengekalkan kemajuan pesat dalam pembangunan ekonomi dan

peningkatan kualiti hidup rakyatnya, meskipun dalam keadaan persekitaran luar yang sukar dan

tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pengurusan ekonomi pada tahun 2006

kekal mencabar dalam persekitaran harga minyak mentah yang berterusan tinggi, kenaikan

kadar faedah global, peningkatan persaingan dari Negara China, India dan lain-lain pengeluar

kos rendah serta tekanan untuk membuka domestik pasaran bebas di bawah perjanjian AFTA

dan WTO.

6. Sungguhpun begitu, dengan adanya dasar makroekonomi yang pragmatik, beserta asas

ekonomi yang kukuh, termasuk pelaburan swasta yang menggalakkan, pengangguran yang

rendah serta perbelanjaan pengguna yang kekal mampan, Keluaran Dalam Negeri Kasar

(KDNK) bagi tahun 2006 telah berkembang pada kadar 5.8% berbanding tahun 2005 iaitu

sebanyak 5.2%.

7. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK walaupun menurun daripada 8.9% pada tahun

2000 kepada 8.2% pada tahun 2005, telah menunjukkan peningkatan jumlah nilai tambah

(value added) sebanyak 15.5% iaitu daripada RM18.7 billion dalam tahun 2002 kepada RM21.6

billion pada tahun 2005. Perolehan eksport pertanian juga meningkat dari RM33.2 billion pada

tahun 2005 kepada RM38.6 billion pada tahun 2006. Kenaikan harga komoditi yang baik

merupakan satu faktor yang menyumbang ke arah peningkatan nilai eksport ini. Peningkatan ini

menunjukkan bahawa sektor pertanian masih berdaya saing dan mampu menjadi salah satu

teras kepada pendapatan negara. Cuma, penggantungan kepada import makanan masih lagi di

tahap yang tinggi bagi memenuhi permintaan dalam negara.

8. Pengeluaran getah setakat Oktober 2006 adalah sebanyak 1.075 juta mt iaitu meningkat

sebanyak 5.2% berbanding tempoh yang sama tahun 2005 disebabkan oleh kenaikan harga

serta pertambahan keluasan kawasan yang ditoreh dan pengurangan kebun getah terbiar. Nilai

eksport bagi tempoh tersebut ialah sebanyak RM6.9 billion.

9. Pada masa yang sama, pengeluaran sawit adalah sebanyak 13.184 juta mt, iaitu meningkat

sebanyak 8.2% berbanding tahun 2005. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan Kadar

Page 3: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

Perahan Minyak (OER), pembangunan ladang-ladang baru dan peningkatan pengeluaran BTS

Ladang. Nilai eksport bagi tempoh yang sama ialah sebanyak RM17.8 billion.

10. Sektor Pertanian Dan Industri Getah/Sawit sepanjang tahun 2006 terus berhadapan dengan

beberapa isu utama iaitu menghadapi cabaran persaingan dari pengeluar kos rendah yang

menimbulkan kesukaran untuk mengeksport keluaran pertanian selain getah dan sawit.

Pengeluar kita juga menghadapi diskriminasi dalam bentuk tariff dan non-tariff. Di samping itu,

sektor pertanian termasuk getah/sawit juga masih bergantung kepada pekerja-pekerja asing

kerana penduduk tempatan tidak menunjukkan minat untuk bekerja di sektor pertanian. Dari

segi pemasaran juga sistem pemasaran produk pertanian masih lemah kecuali bagi komoditi

getah dan sawit. Hasil pertanian negara kita hanya tertumpu kepada pasaran tempatan.

11. Dari segi budaya bertani, masyarakat petani luar bandar masih melihat sektor pertanian

sebagai satu aktiviti subsistence dan bukan sebagai satu aktiviti keusahawanan.

12. Sepanjang 2006 Industri Getah dan Sawit juga berdepan dengan isu turun naik harga getah

yang mendadak. Harga purata bulanan SMR 20 Januari hingga November 2006 ialah antara

584.84 sen/kg hingga 852.09 sen/kg. Harga purata 2006 ialah 721.27 sen/kg. Harga tertinggi

SMR20 ialah 894.50 sen/kg pada 4 Julai 2006 dan terendah ialah 531.50 sen/kg pada 27

November 2006. Iaitu penurunan lebih kurang 35% dari paras yang tertinggi dalam tempoh 5

bulan. Sejak 2-3 minggu kebelakangan ini harga getah telah beransur meningkat ke

RM581.00/kg. Minat yang tinggi oleh Pekebun Kecil di luar bandar terhadap getah boleh terjejas

jika harga getah turun ke tahap yang lebih rendah.

13. Selain itu industri getah sektor pekebun kecil juga mengalami isu produktiviti yang rendah.

Purata produktiviti pekebun kecil tahun 2006 iaitu 1,320 kg/hektar/tahun masih rendah

berbanding dengan sektor estet iaitu 1,450 kg/hektar/tahun. Malahan, purata ini jauh lebih

rendah daripada matlamat RISDA 1,800 kg/hektar/tahun.

14. Isu produktiviti yang rendah ini juga membawa kesan kepada pendapatan-pendapatan

pekebun kecil yang tertakluk kepada faktor harga getah di pasaran dunia, jumlah pokok

sehektar, jumlah keluasan kebun, bilangan hari menoreh dan hasil setiap pokok yang ditoreh

(GTT). Pada masa ini purata jumlah pokok ialah 353 sehektar dan purata bilangan hari

menoreh 11 hari sebulan. Ini menghasilkan pengeluaran sebanyak 1,300 kg/hektar/tahun.

Berdasarkan 3 tahap harga iaitu 550.00 sen/kg, 650.00 sen/kg dan 750.00 sen/kg pekebun kecil

yang mempunyai purata keluasan tanah 2.5 hektar dijangka memperolehi pendapatan

sebanyak RM1,200.00, RM1,478.00 dan RM1,705.00 sebulan.

15. Industri Getah juga berhadapan dengan isu pengurangan keluasan pengeluaran. Keluasan

kawasan getah yang berhasil semakin berkurangan. Setakat Oktober 2006, terdapat seluas

Page 4: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

1.282 juta hektar tanah getah. Daripada keluasan ini, seluas 123,163 hektar sedang ditanam

semula. Ini bermakna keluasan getah yang berhasil pada tahun 2006 ialah sebanyak 1.159 juta

hektar. Pada masa yang sama seluas 502,074 hektar merupakan kawasan getah yang berumur

melebihi 25 tahun dan perlu ditanam semula. Berdasarkan peruntukan yang ada, kawasan

getah tua akan ditanam semula pada kadar 40,000 hektar setahun. Dengan kadar tanam

semula ini, bermakna 160,000 hektar saja yang dapat ditanam semula dalam tempoh 2007 –

2010 dan 342,074 akan menjangkau umur lebih 30 tahun sebelum dapat ditanam semula

selepas 2010.

16. Kerajaan juga telah menyarankan untuk menjadikan Industri Getah sebagai penyumbang

bekalan kayu negara. Perdana Menteri dalam ucapan semasa melancarkan Ladang Getah

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Bengkoka pada 9 Jun 2006 telah menyatakan

bahawa tanaman getah berpotensi untuk menjadi tanaman ‘harapan’ berikutan permintaan

dunia terhadap produk kayu getah yang tinggi ”. Kini kayu getah mempunyai nilai yang tinggi

dan mendapat permintaan yang baik daripada peniaga perabot luar negara. Penglibatan

pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi

permintaan kayu dalam negara yang begitu tinggi hingga tidak dapat di penuhi. Memandangkan

minat sektor estet ke atas getah telah berkurangan tanggungjawab memenuhi kehendak negara

untuk mengekalkan getah sebagai “strategic crop” terbeban kepada pekebun kecil.

PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9

17. Dalam tempoh RMK-9, sektor pertanian terus diberi penekanan supaya tampil sebagai

tunggak ketiga pertumbuhan ekonomi. Program Pertanian Baru akan dilaksanakan termasuk

mengorientasi semula sektor tersebut ke arah pengeluaran lebih moden dan berskala

komersial, penggunaan teknologi moden yang lebih meluas, pengeluaran yang berkualiti dan

mempunyai nilai tambah yang tinggi, memanfaatkan sepenuhnya potensi bioteknologi,

penggabungan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan juga penglibatan

usahawan tani dan tenaga kerja yang mahir.

18. Sumbangan sektor pertanian dalam KDNK (GDP) pada tahun 2005 sebanyak RM21.5

billion dijangka akan tumbuh dalam RMK-9 pada kadar sebanyak 5.0% setahun, menjadikan

sumbangan sektor ini kepada KDNK pada tahun 2010 sebanyak RM27.5 billion bersamaan 7.8

%.

19. Pengeluaran komoditi pertanian dijangka terus mencatat pertumbuhan positif. Peningkatan

pengeluaran adalah berikutan harga yang tinggi dan peluasan pasaran serta kesan positif

Page 5: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

pelaksanaan program dan projek secara berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti

output.

20. Pengeluaran getah sebanyak 11.26 juta mt dalam tahun 2005 dijangka meningkat pada

kadar 1.8% setahun kepada 1,188 juta mt dalam tahun 2008. Peningkatan ini ialah hasil

kenaikan permintaan khususnya dari Negara Cina. Pengeluaran yang lebih tinggi juga berikutan

peningkatan aktiviti penorehan dan penggunaan kaedah rangsangan yang meluas dikalangan

pekebun kecil. Negara pengeluar utama yang lain iaitu Thailand dan Indonesia masing-masing

akan menambah pengeluaran pada kadar 4.7% dan 5.1%.

21. Walaupun tedapat peningkatan pengeluaran, namun ia tidak dapat memenuhi permintaan.

”Gap” antara pengeluaran dan permintaan mula berlaku dalam tahun 2005 dan dijangka akan

terus meluas sehingga 2008.

22. Berdasarkan unjuran IRSG (International Rubber Study Group) harga getah akan terus naik

hingga ke paras USD 2.5 (RM 9.00) menjelang tahun 2010. Harga jualan di peringkat kebun

juga dijangka turut meningkat kepada RM4.00 bagi DRC 50% jika harga komoditi di pasaran

dunia naik seperti diramalkan.

23. Pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) dijangka meningkat pada kadar purata 6.7%

setahun berikutan pembangunan kawasan baru, peningkatan hasil peningkatan kadar perahan

minyak (OER), pertambahan keluasan kawasan matang serta harga minyak sawit yang lebih

tinggi. Industri minyak sawit dijangka akan mendapat manfaat daripada kekurangan bekalan

minyak dan lelemak sayuran di pasaran dunia yang menyebabkan harga minyak sawit

mencapai paras yang tinggi dalam tempoh RMK-9.

24. Harga CPO dijangka mencecah RM1,900/mt manakala harga BTS meningkat pada harga

RM 332.10/mt dalam 2007.

CABARAN SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI GETAH DAN SAWIT DALAM RMK 9

25. Turun naik harga akan terus menjadi cabaran utama sektor pertanian. Harga hasil komoditi

pertanian sukar dikawal kerana ia bergantung dengan permintaan dan penawaran di pasaran

dunia. Bagi hasil pertanian makanan dan buah-buahan saingan dari negara-negara lain seperti

Thailand boleh menyebabkan lambakan.

26. Sektor pertanian yang dijangka berkembang sebanyak 5% akan mengakibatkan

pertambahan permintaan ke atas gunatenaga. Namun demikian, masih berlaku kurang minat di

kalangan penduduk tempatan untuk menceburi bidang ini. Keadaan ini akan menggalakkan

Page 6: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

pengunaan buruh asing. Oleh itu, penyatuan kebun-kebun, penggunaan teknologi dan langkah-

langkah menggalakan generasi kedua dijangka dapat mengatasi cabaran ini.

27. Persaingan dengan produk dari negara-negara pengeluar kos rendah akan terus berlaku.

Produk-produk pertanian tempatan perlu ada nilai tambah agar lebih menarik, murah serta

mudah dijual di peringkat dalam dan luar negara. Ke arah itu, perlu ada usaha berterusan untuk

inovasi dan R&D bagi meningkatkan Unique Selling Point (USP) dan dayajual setiap produk.

28. Operasi sesuatu aktiviti pertanian perlu sesuai dan selaras dengan competitive edge iaitu

dari segi kos, saiz, kualiti, produktiviti, pasaran, dan seterusnya boleh bertanding di peringkat

antarabangsa. Pembudayaan ekonomi bidangan merupakan satu cabaran besar dalam Industri

getah dan sawit.

PRESTASI RISDA 2006

29. Dari segi prestasi kewangan RISDA tidak dapat membelanjakan sepenuhnya peruntukan

pembangunan yang disediakan iaitu RM411.68 juta yang merangkumi sumber Bantuan

Langsung Kerajaan sebanyak RM193.00 juta dan sumber Kumpulan Wang RISDA sebanyak

RM218.68 juta.

Hanya sejumlah RM224.10 juta (54.44%) telah dibelanjakan setakat 30 November 2006. Jika

mengambil kira peruntukan Bantuan Langsung Kerajaan sahaja sebanyak RM164.18 juta atau

85.07% telah dibelanjakan. Manakala, hanya sebanyak RM59.93 juta (27.40%) sahaja dari

peruntukan sumber Kumpulan Wang RISDA saja telah dibelanjakan. Kelemahan dalam

perbelanjaan wang ses tahunan 2006 perlu diperbaiki dalam tahun 2006 perlu diperbaiki dalam

tahun 2007.

30. RISDA juga telah menerima peruntukan Wang Amanah KKLW sebanyak RM39.25 juta

tahun 2006. Dari jumlah tersebut sebanyak RM11.27 juta (28.71%) telah dibelanjakan untuk

melaksanakan program pembangunan setakat 30 November 2006.

31. Dari segi prestasi fizikal pula, RISDA telah mencapai tahap yang memberangsangkan

dimana hampir kesemua program mencapai 100%. Saya ucapkan syabas atas dedikasi dan

komitment yang ditunjukan.

32. Dari segi prestasi anak syarikat pula, dari 9 anak syarikat, enam (6) beroleh keuntungan,

sementara tiga (3) syarikat mengalami kerugian. Setakat November 2006, jumlah keseluruhan

perolehan Anak Syarikat RISDA meningkat dari RM436.22 juta dalam tahun 2005 kepada

RM500.32 juta dalam tempoh yang sama tahun 2006. Keuntungan pula menurun dari RM20.38

juta kepada RM18.80 juta.

Page 7: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

Keuntungan sebelum cukai anak syarikat RISDA setakat November 2006 adalah seperti

berikut:

Keuntungan Sebelum Cukai Anak Syarikat RISDA 2006

ANAK SYARIKAT KEUNTUNGAN(RM JUTA)

ESPEK 2.42

PRB 3.87

RSPSB 11.22

SHDC (0.88)

RSSB 2.09

PROTAC (0.02)

KOLEJ RISDA 0.50

WCSB (0.62)

RISDA FLEET 0.22

JUMLAH 18.80

33. Bagi ladang-ladang RISDA, pencapaian keuntungan operasi 27 buah ladang RISDA setakat

30 November 2006 sebanyak RM37.524 juta adalah 18.4% lebih tinggi daripada RM31.682 juta

yang dicapai pada tahun 2005. Peningkatan ini adalah berikutan pertambahan hasil BTS

sebanyak 12.8% dan kenaikan harga jualan BTS sebanyak 5.2%. Pencapaian hasil sebanyak

14.91 mt/hektar setakat November 2006 adalah rendah walaupun meningkat 1.15 mt lebih dari

tahun 2005. Kos pengeluaran setakat 30 November 2006 sebanyak RM2,701.20 sehektar juga

adalah terlalu tinggi dan 8.1% lebih tinggi dari 2005. Ini disebabkan oleh peningkatan kos

penyenggaraan, penuaian, pengutipan, dan perbelanjaan am.

34. Mengenai prestasi kilang-kilang pula setakat November 2006, kilang-kilang RISDA telah

mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak RM2.411 juta berbanding keuntungan RM0.941

juta bagi tempoh yang sama tahun 2005. Kerugian ini bermula dari awal tahun 2006 dengan

kemuncak RM3.966 juta pada bulan Julai 2006. Kerugian dapat dikurangkan dengan tindakan-

tindakan menyelaras operasi ladang dan kilang serta operasi belian BTS luar. RISDA juga telah

mengambil langkah-langkah menyewakan Kilang Sungai Ambat kepada pengusaha luar.

35. RISDA juga memantau perjalanan 60 koperasi KPK yang ada. Sepanjang tahun 2006, KPK

telah menerima kontrak lebih daripada RM60 juta daripada anak syarikat RISDA. Sebanyak 24

Page 8: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

KPK telah memperolehi keuntungan melebihi RM100,000. Pencapaian ini masih lemah dan

perlu dipertingkatkan.

36. Keanggotaan KPK menurun sebanyak 0.17% berbanding tahun 2006, kesan daripada

operasi pemutihan ke atas anggota yang tidak dapat dikesan, tidak memenuhkan saham

selepas tempoh yang diberikan dan sebagainya. Berbanding bilangan pekebun kecil seluruh

negara seramai 316,885 orang (pengkalan data pekebun kecil) hanya 191,549 orang (60.45%)

sahaja yang menjadi anggota KPK. Dari jumlah tersebut, hanya 60% anggota KPK yang

memiliki saham penuh berbanding 80% matlamat asal yang telah ditetapkan.

37. Jumlah pendapatan KPK menunjukkan peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun 2005,

tetapi keuntungan hanya meningkat sebanyak 0.6% sahaja kesan daripada purata margin

keuntungan yang sangat kecil (3.61%) yang diperolehi oleh KPK. Ini disebabkan sikap setengah

KPK lebih suka mengambil jalan mudah dengan memberi kepada pihak ketiga dalam projek–

projek yang di perolehi.

38. Sebagai bukti kejayaan RISDA sepanjang 2006, RISDA telah menerima beberapa anugerah

antaranya ialah:-

• Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006 yang dimenangi oleh Kg.

Kundang, Selangor, iatu sebagai Kg. GDW yang dijaga oleh RISDA.

• Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh Sektor Awam Tahun 2006 Yang dimenangi oleh

Kesatuan Pekerja-pekerja RISDA Semenanjung (KPPR).

• Anugerah Koperasi Terbaik Peringkat Kebangsaan 2006 yang dimenangi oleh KPK

Muar, Johor.

• Anugerah Ladang Berkelompok Terbaik – MPOB 2006, dimenangi oleh TSK Simpai 1,

Pahang.

• Sijil Bersih Ketua Audit Negara Untuk Penyata Kewangan 2005.

• Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan 2005 dari Kg. GDW. Kg. Laklok,

Machang yang dijaga oleh RISDA.

STRATEGI PELAKSANAAN 2007

39. Back to basic

RISDA kini menjangkau usia 33 tahun dan telah berkembang, baik dari segi saiz mahupun

aktiviti. Banyak aktiviti baru yang telah diamanahkan kepada RISDA dan kepelbagaian aktiviti

ini serba sedikit mengalihkan fokus RISDA dalam membangunkan masyarakat pekebun kecil

dan kebun-kebun mereka. Dengan cadangan untuk pengkoperatan pada pertengahan tahun

Page 9: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

1990an, juga mengubah kaedah RISDA melaksanakan tugasnya dengan memindahkan

beberapa peranan dan tanggungjawab kepada Anak Syarikat. Saya rasa sudah sampai

masanya RISDA kembali kepada peranan asalnya selaras dengan pendekatan “Back to Basic”.

40. “Back to Basic” meliputi 4 fokus utama iaitu:

• The Basic Target Group

• The Basic Crop

• The Basic Function

• The Basic Delivery System

41. Basic Target Group

Apabila Pengerusi RISDA menyarankan “RISDA has to come back to its original role”,

bermaksud kita perlu melihat kepada asal atau asas kenapa RISDA ditubuhkan. Huruf “s”

smallholders / dalam perkataan RISDA bermaksud RISDA berperanan meningkatkan

keupayaan mereka dari segi minda, sikap, nilai, kemahiran dan ekonomi, iaitu pembangunan

secara holistik. Setiap pekebun kecil perlu didampingi pegawai lapangan sekerap mungkin

untuk diperkasakan. Dengan itu, pekebun kecil tidak lagi hanya dianggap sebagai penerima

tetapi juga sebagai participant dalam program-program RISDA. Pada akhirnya PK akan mampu

berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri dengan bantuan minima dari Kerajaan.

42. Basic Crop

Dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke189 pada 28 November 2006, Pengerusi

RISDA menegaskan, “Fokus kita kepada getah dan kita ingin melihat RISDA berdiri sebagai

pakar dalam bidang getah. RISDA boleh menjadi sebuah institusi yang besar dan unggul dalam

penanaman getah”. RISDA tidak dapat lari dari tanggungjawab memastikan kejayaan Industri

getah negara kerana 95% keseluruhan getah bergantung kepada pengeluaran pekebun kecil.

Andainya Industri getah gagal, RISDA akan di persalahkan. Kita akan pastikan setiap anggota

RISDA diberi pengetahuan secukupnya dalam bidang Industri getah. Kursus secara

komprehensif dan intensif berkaitan getah akan diwajibkan bagi setiap staf RISDA. Hanya

dengan ilmu yang mantap, pegawai RISDA akan mampu menasihati pekebun kecil, dan pada

masa yang sama, RISDA juga bertanggungjawab mewujudkan sistem pengutipan dan

penyimpanan data berkaitan industri getah dalam sektor pekebun kecil.

43. Basic Function

Saya berpendapat RISDA mempunyai 3 fungsi utama. Pertama ialah membangunkan tanah

melalui program Tanam Semula. Ini bertujuan untuk memastikan keluasan tanah getah dapat di

pertahankan pada kadar 800,000 hektar pada bila-bila masa. Kedua memastikan kebun-kebun

matang diusahakan untuk mengeluarkan getah. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran

Page 10: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

hasil, meningkatkan pendapatan PK dan memastikan pengeluaran mantap pada kadar 1.1 juta

mt setahun. Dan ketiga, memastikan getah yang dikeluarkan oleh Pekebun Kecil dapat

dipasarkan dan mendapat harga yang terbaik. Untuk memastikan fungsi-fungsi dapat

dilaksanakan RISDA perlu menyediakan khidmat pengembangan yang cekap dan berkesan.

44. Basic Delivery System

Sistem penyampaian RISDA perlu dimantapkan dengan meningkatkan keupayaan asas RISDA

dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian secara berkesan supaya setiap

projek itu menepati masa, kualiti dan kuantiti yang ditetapkan. Antara tugas yang akan diberi

penekanan ialah proses meluluskan permohonan, penyampaian bekalan input pertanian,

penyampaian perkhidmatan pengembangan dan pemindahan teknologi diperingkat pra matang

dan peringkat pengeluaran hasil, pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan dan

pemasaran.

45. Dalam sistem penyampaian ini, RISDA melalui PRN, PRD dan Stesen akan kembali

menjadi peneraju utama serta pemimpin dan pihak-pihak lain seperti Anak Syarikat, KPK dan

syarikat swasta sebagai pembantu kepada RISDA. Aktiviti Pengembangan akan menjadi

penentu utama dalam memastikan kejayaan RISDA melaksanakan tanggungjawab dan

mencapai matlamatnya. RISDA tidak boleh melepaskan tanggungjawab semata-mata kepada

Anak Syarikat. Kejayaan RISDA bergantung kepada kejayaan aktiviti khidmat

pengembangannya. Setiap Pegawai RISDA harus mampu bertindak sebagai pegawai

pengembangan.

STRATEGI PEMBANGUNAN TANAMAN GETAH 2007

46. Strategi pembangunan tanaman getah harus memiliki 3 ciri utama iaitu menanam semula

kawasan getah tua, memastikan pengeluaran maksima getah matang dan memasarkan hasil

getah pada harga farm-gate yang terbaik.

47. Dari segi penanaman semula, untuk memastikan pengeluaran getah dapat menampung

keperluan industri getah negara iaitu 1.1 juta mt, sekurang-kurangnya seluas 800,000 hektar

kawasan getah matang perlu dikekalkan menjelang tahun 2010. Untuk mencapai matlamat ini

seluas 100,000 hektar kebun getah tua perlu ditanam semula dalam RMK-9 dengan jumlah

peruntukan sebanyak RM 230 juta.

48. Selain daripada itu, kerajaan juga menyediakan kemudahan untuk pekebun kecil menanam

semula kebun getah tua dengan tanam lain seperti kelapa sawit dan buah-buahan. Seluas

100,000 hektar akan ditanam dalam RMK-9 dengan peruntukan sebanyak RM 249 juta.

Page 11: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

49. Bagi tahun 2007, luas kawasan yang akan ditanam semula dengan getah ialah seluas

20,000 hektar dengan peruntukan sebanyak RM70.0 juta dan dengan tanaman lain seluas

20,000 hektar dengan peruntukan sebanyak RM28.3 juta. Peruntukan ini diagihkan kepada

negeri dan daerah mengikut luas kawasan getah tua yang perlu ditanam semula.

50. Pembangunan Kebun Tanam Semula Secara Berkumpulan

Mulai tahun 2007, RISDA menetapkan supaya aktiviti tanam semula memberi tumpuan kepada

berkumpulan. Pengurusan kebun secara berkumpulan memberi banyak faedah. Selain

mewujudkan ekonomi bidangan melalui penyatuan kebun-kebun kecil, ia memudahkan proses

pemindahan dan penggunaan teknologi. Ia juga mampu meningkatkan kecekapan pemasaran

melalui penjualan secara berkelompok. Untuk itu, pengurusan secara berkumpulan akan

dilaksanakan secara agresif disemua peringkat sama ada peringkat pembangunan, peringkat

pengeluaran hasil ataupun peringkat getah tua (pra–tanam semula). Bagi tanaman semula

getah, seluas 6,000 dari 20,000 hektar hendaklah dalam bentuk berkumpulan. Dalam tahun

2007 jumlah keluasan yang patut diuruskan secara berkumpulan hendaklah mencapai 254,000

hektar dengan pecahan berikut:-

i. Memulihkan dan memantapkan 70% dari 2183 TSB/TSK sedia ada tetapi kurang aktif

yang meliputi 124,642 hektar

ii. Penubuhan kumpulan-kumpulan baru bagi kawasan-kawasan yang sedang berhasil

meliputi 100,000 hektar.

iii. Penubuhan kumpulan bagi 6,000 hektar keluasan Tanam Semula Baru

iv. Menggiatkan kumpulan bagi kawasan TSK/TSB bawah RSPSB seluas 60,000 hektar.

51. Pemantapan Pengurusan TSB/TSK sedia ada

Penglibatan Pekebun Kecil adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan mana-mana

TSB/TSK/ME. Jawatankuasa TSB yang sedia ada hendaklah diaktifkan dan digerakkan supaya

dapat berperanan secara bersama dengan RISDA dalam memajukan dan menyelesaikan

masalah pengurusan projek. Bagi TSK yang masih belum mempunyai AJK, tindakan hendaklah

diambil untuk menubuhkan AJK supaya peserta dapat dilibatkan secara langsung dalam

perlaksanaan dan pemantauan pembangunan projek. Selain daripada itu, mesyuarat

Jawatankuasa dan mesyuarat agong TSB/TSK hendaklah diadakan mengikut kekerapan dan

jadual yang ditetapkan.

52. Pengawasan dan pemantauan yang rapi oleh Pegawai-Pegawai RISDA diperingkat

perlaksanaan adalah penting untuk menjamin kejayaan projek TSB/TSK. Tindakan berikut

hendaklah diambil oleh setiap PRD/Ketua Stesen

Page 12: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

• Mewujudkan sub-unit TSB/TSK dibawah Unit Tanam Semula.

• Pembantu Pertanian diberi tanggungjawab untuk membimbing Jawatankuasa setiap

projek TSB peringkat pembangunan, penghasilan dan getah tua. Setiap PPR hendaklah

memantau 2 TSB peringkat tanam semula dan 2 TSB peringkat matang.

• Menjadikan agenda tetap pemantauan kemajuan TSB dalam Mesyuarat Bulanan 2P

stesyen dan daerah.

• Memilih peserta-peserta yang patut diberi latihan di IKPK.

53. Pemulihan Kebun TSK Dan TSB Yang Gagal

Rancangan Khas Pemulihan Kebun (RKPK) diwujudkan khusus untuk memulihkan kebun-

kebun dalam projek TSK dan TSB yang gagal disebabkan faktor-faktor di luar kawalan seperti

cuaca dan serangan binatang liar. Kebun-kebun yang gagal akan dipulihkan berdasarkan farm

budget tanpa mengira samada kebun-kebun tersebut masih lagi menerima bantuan atau telah

terkeluar daripada rancangan tanam semula. Ini adalah untuk memastikan semua kebun milik

pekebun kecil yang dibangunkan dibawah projek TSK dan TSB berjaya ditanam semula hingga

mengeluarkan hasil.

54. Terdapat 186 buah TSK dengan keluasan 3,969 hektar dan 30 buah TSB dengan keluasan

1,076 hektar telah dikenalpasti ntuk dipulih dalam tahun 2007 dengan peruntukan sebanyak

RM18 juta. Untuk memastikan pemulihan kebun-kebun ini dilaksanakan dengan licin dan

berkesan, PRN/PRD/PRS hendaklah mengikut jadual seperti berikut:-

• Permohonan bantuan RKPK - Sebelum 31 Januari 2007

• Kelulusan bantuan RKPK - Sebelum 31 Mac 2007

• Bayaran dilakukan - Sebelum 31 Oktober 2007

55. Insentif Untuk Menggalakkan Tanam Semula Berkumpulan

Untuk menggalakkan penanaman semula secara berkumpulan beberapa insentif akan diberi. Di

peringkat pembangunan, pengurusan-pengurusan sedia ada hendaklah memberi keutamaan

kepada projek-projek berkumpulan seperti program kemudahan Prasarana Asas, kemudahan

Program AET dan kemudahan Dewan RPK atau Pusat PPPK jika bersesuaian. Selain itu,

program-program baru seperti Bantuan Tanah Kosong dan Bantuan Pemulihan Khas hendaklah

memberi keutamaan kepada projek-projek berkumpulan.

56. Di peringkat penghasilan pula keutamaan kepada program-program seperti PPG termasuk

depo pengumpulan, Prasarana untuk tujuan pengeluaran hasil, PPPH, Kemudahan jualan

berkelompok, Pakej AET dan bantuan untuk menjadi Super dealer.

57. Di peringkat Kebun Tua (Senile Rubber) pula program-program berikut hendaklah diberi

keutamaan iaitu PPG termasuk depo pengumpulan, bantuan premium tanah, kemudahan jualan

Page 13: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

berkelompok, pakej AET berkelompok dan bantuan untuk menjadi usahawan dalam pemasaran

atau kontraktor pembangunan.

58. Strategi Meningkatkan Produktiviti Dan Pengeluaran Kebun

Matlamat produktiviti yang perlu dicapai oleh pekebun kecil getah adalah 1,800 kg/hektar/tahun.

Terdapat perbezaan sebanyak 500 kg/hektar/tahun, jika dibandingkan dengan produktiviti

semasa iaitu 1,300 kg/hektar/tahun. Jumlah hasil pengeluaran yang rendah iaitu

1300kg/hek/tahun ialah kerana bilangan pokok yang rendah (353 pokok) dan jumlah hari

menoreh rendah (11 hari sebulan) dan hasil setiap pokok yang rendah. Strategi yang perlu

ditekankan ialah pengamalan teknologi yang boleh meningkatkan bilangan hari menoreh

kepada 15 hari sebulan, penggunaan alat rangsangan (gas/tidak bergas), pengamalan teknik

penorehan yang betul dan juga penyenggaraan kebun terutama sekali pembajaan mengikut

pengesyoran dan jadual. Satu kempen ”Impian 500” akan dilancarkan untuk mempastikan

setiap hektar mempunyai 500 pokok yang berhasil. Penggunaan benih klon LTC yang berhasil

tinggi pada peringkat 2 tingkat daun digalakkan. Nisbah penanaman klon kumpulan 1 kepada

klon kumpulan 2 dikekalkan pada kadar 60:40. Bagi pekebun kecil yang mempunyai kebun

yang luas atau mempunyai kerja sampingan lain, atau mengalami kekurangan tenaga penoreh

digalakkan melaksanakan program LITS dengan sistem penorehan S2D3 atau S2D4 atau

S2D6.

59. Strategi Meningkatkan Pemindahan Teknologi Dan Pengembangan Melalui Pendampingan.

Program pemindahan teknologi dan pengembangan amat penting untuk memastikan pekebun

kecil mengamalkan amalan pekebunan yang baik. Kaedah terbaik adalah melalui pemesatan

latihan formal, in-formal dan susulan yang berterusan di kalangan pekebun kecil.

60. Program pemantauan 3:3:1:3 perlu diteruskan dan dipesatkan. Pada tahun 2007 setiap

PPR mestilah memantau sekurang-kurangnya 60 orang pekebun kecil di bawah program

3:3:1:3. Jumlah yang akan dipantau dalam tahun 2007 ialah seramai 59,340 orang pekebun

kecil.

61. Setiap Pegawai Luar Kawasan perlu menyampaikan maklumat terkini dan

melaksanakannya bersama-sama dengan pekebun kecil. Teknologi-teknologi yang bertujuan

untuk memendekkan tempoh keremajaan pokok dan penambahan hasil pokok perlu diberi

perhatian dalam pengisian pemantauan 3:3:1:3, dengan kekerapan 4 kali sebulan bagi kursus

informal dan 2 kali sebulan bagi kursus formal.

62. Pada tahun 2007, RISDA akan melancarkan Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) di Kg.

Awah, Temerloh Pahang untuk memesatkan pelaksanaan kursus formal. Institut ini akan

beroperasi sebagai satu unit di bawah pengurusan Kolej RISDA. Kursus-kursus yang dijalankan

Page 14: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

di IKPK perlu memberi tumpuan kepada pekebun kecil, petani dan peladang lain serta anak-

anak mereka yang ingin mewarisi kerja-kerja di ladang. Pada masa yang sama, kursus-kursus

secara formal yang dijalankan di IKPK akan memberi tumpuan kepada tahap 60% amali dan

40% teori di bilik kuliah.

63. Selain daripada kursus yang dijalankan di IKPK, semua Pusat Tanggungjawab juga perlu

melaksanakan kursus formal teknikal di tempat masing-masing, iaitu sekurang-kurangnya 2 kali

sebulan.

64. Strategi Pembangunan Pekebun Kecil

“………… The moment of truth ialah bila pegawai lapangan bertemu pekebun kecil. Penentu

kejayaan kita adalah mereka di lapangan dan bukannya kita di Ibu Pejabat....”

65. Berdasarkan kepada pengkalan data pekebun kecil RISDA semasa, bilangan pekebun kecil

seluruh negara ialah seramai 316,885 orang di mana 180,000 adalah pemilik pengusaha. Mulai

bulan September 2006, bilangan Pembantu Pertanian (PPR) menjaga kawasan telah

bertambah kepada 989 orang, iaitu setelah beberapa orang PPR yang kembali bertugas

dengan RISDA daripada anak-anak syarikat dan KPK. Bagi tahun 2007 semua PPR hendaklah

medampingi kesemua 180,000 orang pekebun kecil ini dengan membuat kunjungan sekurang-

kurangnya 5 kali dalam tahun berkenaan. Ini bermakna bahawa setiap PPR kawasan perlu

berjumpa dan berdamping dengan 190 orang pekebun kecil sekurang-kurangnya 5 kali

setahun.

66. Pada tahun 2007 RISDA menyediakan peruntukan kira-kira RM10 juta untuk pembangunan

modal Insan pekebun kecil. Setiap PPR kawasan perlu menjalankan kerja-kerja

pengembangan, temasuk latihan informal kepada pekebun kecil sekurang-kurangnya 4 kali

sebulan. Ini bermakna bahawa sasaran tahunan ialah sebanyak 47,472 kali aktiviti

pengembangan dapat dijalankan. Jika mengambilkira kehadiran satu-satu kursus informal

tersebut akan dihadiri oleh 10 orang pekebun kecil, maka bilangan pekebun kecil yang terlibat

ialah seramai 474,720 orang.

67. Semua pekebun kecil yang akan terlibat dengan program-program RISDA seperti PPG,

AET, LITS dan SPKR dan sebagainya adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus

pembangunan minda insan dan kemahiran. Tujuan utama kursus seumpama ini adalah untuk

memberi kesedaran dan motivasi kepada pekebun kecil agar dapat merubah sikap dan

seterusnya membawa perubahan yang lebih baik di masa hadapan.

68. Kursus perubahan minda pekebun kecil akan terus dilakukan. Setiap Pusat

Tanggungjawab, khasnya PRN dan PRD dikehendaki menjalankan kursus sekurang-kurangnya

2 kali dalam setahun.

Page 15: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

69. Bilangan usahawan pekebun kecil di kalangan anggota KPK, AET dan ahli PWPK perlu

ditingkatkan. Maklumat keahlian Teman Usahawan di peringkat Negeri dan Daerah perlu

dikemaskini dengan mendaftarkan semua usahawan di bawah AET, KPK dan PWPK, bagi

memudahkan perancangan program, pertukaran maklumat, dan urusniaga sesama mereka.

Bagi tahun 2007, selain program-program sedia ada, beberapa langkah lain akan diambil iaitu :-

• Mewujudkan 4 orang usahawan pembiak bakaan kambing boer

• Mewujudkan 10 orang usahawan PWPK akan di jadikan anchor kepada usahawan yang

berpotensi lain.

• Setiap KPK yang terlibat dalam pemasaran getah/sawit di wajibkan menaja usahawan

depo pembelian getah atau pusat timbang pengumpulan BTS.

• Melahirkan 11 orang usahawan industri makanan ringan yang terlibat menerusi projek

AET.

• Mewujudkan 11 orang usahawan berasaskan pertanian sama ada sebagai pemborong

ataupun pengedar.

70. Bilangan usahawan di kalangan ahli PWPK perlu ditingkatkan 5% lagi kepada 556 orang

supaya mencapai matlamat 20% ahli PWPK menjadi usahawan menjelang akhir RMK-9.

71. Mulai tahun 2007 RISDA akan mulamelaksanakan program tuisyen desa. Keutamaan akan

diberi kepada anak-anak pekebun kecil yang tergolong dalam kelompok miskin dan mereka

akan mengambil peperiksaan utama pada tahun semasa. Sebanyak 50 pusat tuisyen desa

hendaklah ditubuhkan.

72. Pengiktirafan Sumbangan Pekebun Kecil

Pekebun kecil getah menyumbang 95 % daripada pengeluaran getah negara dan perlu diiktiraf

di atas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Mulai tahun 2007 RISDA akan

meraikan para pekebun kecil menerusi pemberian anugerah-anugerah di peringkat

kebangsaan, antaranya:-

i. Anugerah Pekebun Kecil Jaya

ii. Anugerah Pengeluaran Hasil Tertinggi Projek Individu (Getah/Sawit)

iii. Anugerah Pengurusan Projek Berkumpulan Terbaik (Getah/Sawit)

iv. Anugerah Amalan Teknologi Yang Terbaik (Getah/Sawit)

v. Anugerah Usahawan Pekebun Kecil Berjaya (Lelaki/Wanita)

vi. Anugerah Generasi Kedua Harapan

73. Majlis penganugerahan ini akan dijalankan sempena Seminar Pekebun Kecil 2007 pada

September 2007 sempena penutupan bulan kemerdekaan ke 50 tahun negara. Sambutan

Page 16: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

besar-besaran akan dibuat termasuklah kembara bermotor seluruh negara daripada kalangan

pekebun kecil.

74. Pembasmian Kemiskinan

Di bawah RMK-9, Kerajaan begitu serius untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk

luar bandar, khasnya pekebun kecil, di mana kerajaan mensasarkan matlamat untuk

menghapuskan sepenuhnya pekebun kecil miskin tegar dan mengurangkan kadar pekebun

kecil miskin ke paras 0.5 % pada akhir tahun 2010. Berdasarkan kepada data SMPK RISDA

dan sistem SPKR KKLW setakat 31 Mei 2006, bilangan pekebun miskin tegar adalah seramai

2,392 orang. Manakala pekebun kecil miskin pula ialah seramai 7,817 orang. Ini bermakna

jumlah pekebun kecil miskin tegar dan miskin ialah seramai 10,209 orang.

75. Usaha-usaha untuk menghapuskan mereka yang tergolong dalam kelompok miskin tegar

hendaklah terus dilakukan oleh semua PTJ. Semua PPR diminta menggiatkan program

pendampingan.

76. Dalam tahun 2007, RISDA menetapkan matlamat pengurangan kadar miskin tegar

sebanyak 56% iaitu daripada 926 orang kepada 400 orang. Bagi kategori miskin pula,

disasarkan pengurangan sebanyak 24% iaitu daripada 6,261 orang kepada 4,705 orang. Untuk

menepati sasaran tersebut, RISDA perlu mengenalpasti pekebun kecil miskin tegar dan miskin

menggunakan Sistem Maklumat Pekebun Kecil (SMPK). Setiap pegawai luar dengan

kerjasama PMPK diwajibkan untuk mengenalpasti setiap orang miskin dan miskin tegar dan

mengemaskini maklumat mereka dalam SMPK secara mingguan. Seterusnya, pegawai luar

hendaklah menganalisa dan mengenalpasti program-program yang bersesuaian untuk mereka.

Mulai tahun 2007 kumpulan sasaran pekebun kecil miskin tegar dan miskin adalah mereka

yang berdaftar dalam SMPK setelah diselaraskan dengan data dalam Sistem SPKR KKLW.

Pekebun kecil yang tercicir daripada rekod miskin tegar KKLW perlu didaftarkan dengan

Pejabat Pembangunan Negeri/Pejabat Daerah secara berterusan supaya pekebun kecil miskin

tidak ketinggalan daripada menerima bantuan yang sewajarnya.

77. Tahun 2007 juga merupakan bermulanya kita melaksanakan Projek Agropolitan Lonjakan

Mega. RISDA telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan projek lonjakan mega di negeri

Pahang, Perak dan Terengganu. Ianya bertujuan untuk menghapuskan masyarakat miskin

tegar melalui pembangunan ladang rakyat, pusat pertanian komersil dan kawasan penempatan.

Projek ini dipantau oleh National Implementation Directorate (NID).

78. Agropolitan Gahai, Pahang

Projek ini melibatkan kawasan seluas 216.16 hektar, dimana 202 hektar untuk kawasan ladang

rakyat dan 14.16 hektar untuk kawasan pertanian komersil disamping kawasan IKS, pusat

Page 17: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

perniagaan dan kawasan perumahan. Apabila projek selesai, ia akan memberi ma nfaat kepada

80 peserta miskin tegar. Pembangunan keseluruhan projek melibatkan peruntukan sejumlah

RM12.6 juta.

79. Agropolitan Ganda, Perak

Projek ini melibatkan kawasan seluas 1,174 hektar, dimana 1,012 hektar untuk kawasan ladang

rakyat dan 162 hektar untuk kawasan pertanian komersil disamping kawasan IKS, pusat

perniagaan dan kawasan perumahan. Apabila projek selesai, ia akan memberi manfaat kepada

400 peserta miskin tegar. Pembangunan keseluruhan projek melibatkan peruntukan sejumlah

RM50.6 juta.

80. Bagi projek-projek di Pekan, Pahang dan Setiu, Terengganu kerja harus dimulakan sebelum

April 2007.

STRATEGI PENINGKATAN DELIVERY SYSTEM

81. Memantapkan Team RISDA

Pencapaian misi dan matlamat RISDA tidak akan sempurna sekiranya RISDA melakukannya

secara bersendirian. RISDA memerlukan sokongan mantap dan berkesan daripada komponen

lain seperti anak syarikat RISDA, KPK, malah pekebun kecil sendiri tanpa menjejaskan

kedudukannya sebagai peneraju atau pemimpin. Dalam satu pasukan besar RISDA, Ibu

Pejabat RISDA, PRN, PRD dan PRS merupakan sistem penyampai utama dan tidak boleh lari

dari tanggungjawab menanam semula dan program lain yang telah ditetapkan. Anak syarikat

sebagai penyokong kepada RISDA berperanan antara lain iaitu penyediaan dan pembekalan

benih, pengangkutan dan pengurusan ladang. Manakala KPK/NARSCO pula merupakan

lambang penglibatan masyarakat pekebun kecil dengan penumpuan kepada pembekalan input

pertanian dan pemasaran hasil pekebun kecil. Di samping itu, pihak swasta berperanan sebagai

kontraktor, pembekal dan juga perunding bagi bekalan dan perkhidmatan lain-lain. Dan,

pekebun kecil sendiri berperanan mempersiapkan diri mereka baik dari segi fizikal, mental dan

semangat mahupun ilmu dan kemahiran supaya dapat menyambut apa sahaja program yang di

anjurkan dengan baiknya.

82. Untuk kelancaran sistem penyampaian, setiap komponen tersebut mestilah melaksanakan

peranan masing-masing dengan sungguh-sungguh, penuh kreatif, berinisiatif dan profesional.

Team Besar RISDA perlu bergerak bagaikan “ very well oiled machine”.

83. Memperkemaskan Proses Kerja

Page 18: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

Cara kita menjalankan tugas adalah sama penting dengan pencapaian tujuan projek itu sendiri.

Pelaksanaan program-program secara tersusun memerlukan kita memberi semula sistem kerja

yang diamalkan dalam RISDA. Bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan berkualiti,

hendaklah menuju kepada pengurusan kualiti yang total, dengan memberi tumpuan kepada

perkara-perkara dan usaha-usaha ke arah mengamalkan sistem pengurusan kualiti melalui

pelaksanaan MS ISO 9000 dan aktiviti bekalan benih perlu mendapat sijil ISO untuk tahun

2007. Aktiviti KMK juga perlu ditingkatkan di samping penglibatan dalam anugerah-anugerah

kebangsaan.

84. Dalam usaha untuk penambahbaikan kepada proses kerja dan selaras dengan perubahan

struktur organisasi semasa, maka beberapa pindaan dan pengubahsuaian perlu dibuat kepada

MPK sedia ada. Kesemua 14 bidang, 120 aktiviti dan 400 prosedur yang sedia ada perlu

dilengkapkan dan dikemaskini. Fail meja bagi semua jawatan juga hendaklah disiapkan

sepenuhnya dalam tahun 2007.

85. Menambah PPR Dan Menambah Stesen

Bilangan PPR yang menjaga kawasan akan ditambah daripada 673 orang kepada 989 orang.

Apabila semua PPR kembali bertugas di RISDA daripada anak-anak syarikat dan KPK, pada

masa yang sama, bilangan PPR yang sebelum ini ditempatkan di Pejabat RISDA Negeri dan

Daerah juga akan dikurangkan dan hanya dibenarkan 3 orang dan 2 orang sahaja. Mereka

akan ditempatkan di Pejabat Stesen dan sub-stesen. Bilangan Pejabat RISDA Stesen juga

akan ditambah, disesuaikan dengan keadaan, daripada 112 buah kepada 200 buah. PRD diberi

kuasa untuk menubuhkan stesen-stesen baru mengikut keperluan.

86. Perlantikan PMPK akan dimulakan pada tahun 2007. Di bawah RMK 9, kerajaan telah

menyediakan peruntukan sebanyak RM 7 juta untuk melantik PMPK di seluiruh negara. Mereka

akan dilantik mulai tahun 2007 iaitu seramai 602 orang. Semua PPR harus dapat menggunakan

khidmat PMPK untuk membantu dalam usaha-usaha pengembangan.

87. Menambah kepakaran Staf

Bagi tujuan menambah keberkesanan pegawai, penekanan akan turut diberi kepada program

latihan. Untuk jangka pendek, RISDA akan bekerja sama dengan agensi-agensi kerajaan dan

swasta yang berkaitan untuk mendapatkan kepakaran dalam memberikan latihan dalam bidang

penanaman getah/sawit, pengurusan dan penyenggaraan ladang, pemasaran, pengembangan,

perancangan projek, holticulture dan ternakan serta pengurusan anak syarikat.

88. Selaras dengan hasrat mewujudkan knowledge workers, penekanan juga akan diberi

kepada latihan ‘technical for non-technical staff’. Ini untuk mempastikan setiap peringkat staf

tanpa mengira bidang dilengkapi dengan ilmu asas (basic knowledge) dan pengetahuan dalam

Page 19: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

bidang terknikal terutama yang berkaitan dengan program tanam semula dan perladangan.

89. Selain daripada latihan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan tugas semasa

(functional course), penekanan juga akan turut diberikan kepada latihan generic (generic

course) untuk pembangunan seperti kursus-kursus kepimpinan, motivasi dan kecemerlangan

diri.

90. Sebagai strategi jangka panjang untuk memastikan tidak berlakunya ketandusan pegawai

yang mahir dan pakar rujuk, RISDA akan mewujudkan pegawai-pegawai pakar atau Subject

Matter Specialist (SMS) dalam bidang agronomi, ruminan, hortikultur, sains tanah dan baja.

91. Meningkatkan Pengurusan Prestasi (Performance Management )

Prestasi mesti diurus dengan kemas, kejap dan berkesan. Penilaian prestasi tidak lagi menjadi

aktiviti tahunan sekadar memenuhi formality sebaliknya ia perlu menjadi aktiviti yang perlu

diuruskan sebagaimana pengurusan aktiviti lain. Ini adalah untuk mempastikan, pegawai dan

kakitangan diberikan penilaian yang lebih adil dan telus. Bagi tahun 2007, pengurusan RISDA

akan mengambil pendekatan ‘managing performance’ dan bukan sekadar penilaian prestasi

(performance appraisal) sahaja. Ia perlu meliputi langkah-langkah penambahbaikan prestasi

(performance improvement), pembangunan prestasi (performance development), latihan

(training), maklumbalas 360 o (360 o feedback), tugasan khas (challenging assignments) dan

maklumbalas prestasi berterusan (regular performance feedback). Bagi tujuan tersebut, semua

Ketua Pusat Tanggungjawab akan bertanggungjawab sebagai pengurus prestasi dalam

memantau, memberi maklumbalas, membuat cadangan latihan (TNA) dan seterusnya

mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk pembangunan staf yang berkenaan.

92. Pusingan Kerja

Sebagai langkah menambah pengalaman, pendedahan dan semangat baru, setiap pegawai

perlu melalui semua proses penempatan di daerah, negeri dan ibu pejabat untuk melengkapkan

diri bagi pertimbangan kenaikan pangkat. Bagi pegawai gred sokongan 1 dan 2, pusingan perlu

dalam satu tempoh yang sesuai. Bagi pegawai kumpulan pengurusan dan professional

pertukaran kerja hendaklah setiap 3-5 tahun.

93. Dengan menggunakan pendekatan yang sama, mulai tahun 2007, setiap Pengarah

Bahagian dan PRN dikehendaki menyedia dan membentangkan Pelan Tindakan dan hala tuju

Bahagian serta negeri masing-masing berdasarkan amanat ini. Pelan Tindakan ini akan

diterjemahkan dalam bentuk KPI ( Key Performance Indicator ) dan dijadikan SKT untuk tahun

berkenaan. SKT ini akan dibentangkan kepada pengurusan tertinggi RISDA dan akan dinilai

semula pada pertengahan tahun.

Page 20: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

94. Prestasi pegawai dan kakitangan akan lebih meningkat apabila mendapat penilaian yang

adil dan telus serta diberikan ganjaran yang setimpal. Ganjaran perlu diuruskan sewajarnya.

Seringkali kelemahan yang sering digembargemburkan, tetapi kekuatan dikesampingkan.

Ganjaran boleh datang dalam bentuk intrinsic dan extrinsic. Mulai tahun 2007, ganjaran perlu

dijadikan salah satu agenda memotivasi pegawai dan kakitangan. Anugerah Khidmat

Cemerlang dan Anugerah Kualiti dan anugerah-anugerah lain akan terus diberikan.

95. Sistem Maklumat Kakitangan

Pengurusan maklumat berhubung perjawatan, perkhidmatan dan lain-lain maklumat personel

akan diperluaskan pemakaiannya dengan melibatkan sistem iaitu Sistem Personel Jabatan

(SISPEN). Semua Unit Pentadbiran di PRN dan PRD dikehendaki mengemaskini maklumat

kakitangan di PT masing-masing.

96. Penyediaan Pelan Penggantian ( Succession Planning )

Sebagai perancangan strategik sumber manusia dan untuk memastikan RISDA mempunyai

bekalan calon yang berkelayakan untuk menjawat jawatan penting, Pelan Penggantian atau

Succession Planning akan dirangka. Dengan menggunakan pendekatan Talent Pool

Management (TPM), pegawai dan kakitangan yang telah dikenalpasti berdasarkan prestasi

kerja serta pengalaman yang baik akan dibimbing (groom) terlebih dahulu untuk melengkapkan

diri mereka dalam kepelbagaian tugas pada masa akan datang. Bagi tahun 2007, RISDA akan

memberi fokus kepada program pembangunan eksekutif (Executive Development Programme).

termasuk kursus jangka pendek di dalam dan luar negara, attachment dengan syarikat-syarikat

tempatan dan MNC, dan juga program kursus untuk peningkatan kemahiran dalam pengurusan.

Selain daripada latihan secara formal, kaedah coaching and mentoring akan turut dilaksanakan.

Pegawai dan kakitangan yang telah dikenal pasti akan diletakkan dibawah pengawasan

pegawai yang lebih berpengalaman sebagai salah satu daripada proses job rotation dan job

enrichment.

97. Target Spesifik Pelanggan Melalui ICT

Penggunaan ICT dalam menguruskan maklumat kumpulan sasar akan dipergiatkan. Pewujudan

pangkalan data pekebun kecil yang kemaskini adalah syarat mutlak untuk membolehkan PPR

mengenalpasti dan mendapatkan senarai pekebun kecil yang perlu didampingi. Bagi tahun

2007, semua PTJ dan PPR kawasan perlu mengemaskinikan rekod dan maklumat pekebun

kecil kawasan masing-masing dengan mengintegrasikan data banci 2002, SMPK, SPKR KKLW

dan juga rekod tanam semula. SMPK akan dilaksanakan sepenuhnya disemua Pusat

Tanggungjawab RISDA. Sasaran kemaskini ialah kesemua 400,000 pekebun kecil dan 1.0 juta

hektar lot tanah getah. Bagi tahun 2007, senarai lengkap 180,000 pekebun kecil pemilik

Page 21: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

pengusaha hendaklah disediakan dan diedarkan kepada semua PPR. Keperluan peralatan dan

infrastruktur dan latihan intensif kepada semua peringkat staf telah dilaksanakan sepanjang

tahun 2006.

98. Langkah pengumpulan daftar pekebun dan kebun akan dilaksanakan melalui tindakan

penggabungan data SMB ke dalam SMPK, semakan daftar faharasat lot dan kad tanam

semula, semakan daftar permohonan yang ditolak, semakan dan penggabungan data yang

disimpan oleh RSPSB, FELDA, FELCRA, KESEDAR dan JHEOA, semakan pengesahan lot

dan pekebun kecil dilapangan dan penandaan litho-sheet.

99. Pembangunan Sistem

Aktiviti pembangunan sistem baru akan diteruskan dalam tahun 2007 bagi memenuhi keperluan

di peringkat operasi dan pengurusan. Di peringkat operasi, Sistem Maklumat Bersepadu akan

ditambah dengan Modul TSB dan Modul Pinjaman Tanam Semula Sawit (untuk Tanam Semula

Sawit ke Sawit). Di peringkat pengurusan, Sistem Maklumat Eksekutif akan dilaksanakan untuk

membantu pihak pengurusan mengukur KPI bagi projek pembangunan yang dilaksanakan

untuk pekebun kecil.

100. Sistem On-Line

Selaras dengan perkembangan pesat ICT dan Internet, RISDA akan membangunkan sistem

secara online berasaskan web bagi memberi kemudahan kepada orang ramai dan juga

pekebun kecil berurusan dengan RISDA secara interaktif, termasuk e-TS, e-Jawatan dan e-

Produk. Laman Web RISDA juga akan terus diperbaiki dan ditingkatkan agar ia menjadi saluran

penyebaran maklumat tentang sektor pekebun kecil.

101. RISDA*Net

Prasarana ICT di semua Pusat Tanggungjawab akan ditingkatkan bagi memastikan perkakasan

komputer adalah mencukupi, rangkaian kawasan setempat dan RISDA*Net dapat beroperasi

dengan cekap supaya aliran data dan maklumat antara PT dan Ibu Pejabat dan sebaliknya

berjalan dengan lancar. RISDA*Net akan diperluaskan kepada lapan Pusat Tanggungjawab

baru yang mula beroperasi pada awal tahun 2007. Kemudahan internet akan dibekalkan

kepada Pejabat RISDA Stesen bagi membolehkan mereka membuat capaian kepada SMPK

dan Internet.

102. Bahagian Teknologi Maklumat akan mula ditubuhkan pada Januari 2007. Sistem

pengurusan desktop akan diperolehi bagi memudahkan pemantauan dan penyenggaraan

komputer serta sistem di Pusat Tanggungjawab RISDA.

103. Dasar Open Source Software (OSS)

Page 22: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

Selaras dengan usaha kerajaan melaksanakan dasar Open Source Software (OSS), RISDA

akan mula merancang beberapa aplikasi yang sesuai untuk dibangunkan menggunakan OSS

dalam tahun 2007. RISDA akan terus bekerjasama dengan KKLW untuk mewujudkan pelan ISP

yang baru dalam tahun 2007, bagi memastikan aktiviti pengkomputeran dan kemudahan ICT

menyokong dan selaras dengan visi, misi dan objektif KKLW dan agensi. Dengan adanya Pelan

ISP ini, RISDA dan KKLW akan saling lengkap melengkapi dan tidak berlaku pertindihan projek

ICT yang merugikan semua pihak.

104. Meningkatkan Peranan BIAD

Selaras dengan usaha untuk memastikan supaya pegawai dan anggota RISDA melaksanakan

tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab serta sentiasa menjaga imej

perkhidmatan RISDA, peranan Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam (BIAD) akan

ditingkatkan. BIAD akan menetapkan bidang-bidang yang kritikal dan menetapkan jadual

pemeriksaan di pusat tanggungjawab. Dalam tahun 2007 biad akan melakukan semakan

dengan menggunakan kaedah ‘risk base’. Auditan ke atas anak syarikat milikan RISDA akan

diperluaskan lagi bagi memastikan kawalan dalaman di anak syarikat mencapai tahap yang

telah digariskan oleh pengurusan RISDA.

105. Ke arah mencapai kejayaan pengauditan ’zero defect’, BIAD akan terus memastikan

pengurusan di pusat tanggungjawab dan anak syarikat melaksanakan program menepati

dengan polisi, undang-undang/peraturan yang telah ditetapkan oleh RISDA/kerajaan supaya

pelaksanaan setiap aktiviti akan lebih lancar dan seterusnya meningkatkan prestasi untuk

membantu masyarakat pekebun kecil.

106. Peranan Unit Inspektorat BIAD akan ditingkatkan supaya berupaya memantau

pelaksanaan projek-projek perladangan dan AET dengan lebih berkesan. Pegawai-pegawai

yang mahir untuk bertindak sebagai “visiting agent” akan ditempatkan di BIAD mulai 2007.

107. MENINGKATKAN IMEJ KORPORAT RISDA

Sebagai sebuah badan memperkasa pekebun kecil, tujuan meningkatkan imej korporat RISDA

adalah untuk memaparkan RISDA sebagai sebuah agensi yang berdaya maju, proaktif dan

mesra pelanggan.

108. Penampilan Staf RISDA

Ketrampilan kakitangan RISDA adalah penting supaya pekebun kecil berasa lebih yakin untuk

berurusan dengan mereka. Mulai tahun 2007 RISDA akan memperkenalkan pemakaian

‘uniform’ untuk tugas rasmi di lapangan semasa berhubung dengan pelanggan atau kumpulan

sasar dalam aktiviti-aktiviti seperti lawatan kebun, khidmat pengembangan, majlis

penerangan/perasmian/perjumpaan bagi pegawai dan kakitangan lelaki sahaja.

Page 23: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

109. Di samping komunikasi yang berkesan, hubungan interpersonal dengan pekebun kecil

perlu dipertingkatkan. Staf RISDA hendaklah menjauhi rasuah dalam setiap tugasan dan ikhlas

dalam menjalankan tugas yang melibatkan pekebun kecil termasuklah menghadiri kenduri

kendara, gotong-royong, majlis keagamaan dan sebagainya.

110. Penampilan Jenama RISDA

Jenama RISDA perlu di pamerkan dengan terang ,jelas dan menarik di semua bangunan

pejabat, kenderaan, papan tanda projek, termasuklah bagi projek yang diuruskan oleh anak

syarikat. Ia perlu memberi identiti yang seragam dari segi warna dan penampilan.

111. Publisiti Media-Massa

Success story perlu di sebarkan melalui media cetak, elektronik dan media papar tentang

kejayaan kumpulan sasar RISDA. Inisiatif untuk menghebahkan program RISDA kepada

masyarakat umum adalah dengan menerbitkan filem-filem dokumentari/video korporat berkaitan

RISDA, mengadakan slot dokumentari di stesen televisyen dan menyertai forum/pameran yang

dianjurkan. Bagi tahun 2007, lebih banyak artikel-artikel mengenai industri getah pekebun kecil

perlu di cetak di akhbar-akhbar.

MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENGURUSAN KEWANGAN

112. Penyediaan Akaun Tahun 2006

RISDA menerima Sijil Bersih buat kali ke 10 bagi Penyata Kewangan Tahun 2005. Cabaran

yang lebih hebat bagi RISDA ialah untuk mengekalkan sijil bersih bagi tahun-tahun seterusnya.

Semua pusat tanggungjawab dan anak syarikat hendaklah memastikan jadual penyediaan

Penyata Kewangan RISDA bagi tahun 2006 dipatuhi sepenuhnya. Target penyerahan Penyata

Kewangan RISDA disatukan 2006 kepada Ketua Audit Negara ialah 20 April 2007.

113. Penghutang RISD

Penghutang RISDA terdiri daripada pekebun kecil, anak-anak syarikat dan individu tertentu.

Bagi tahun 2007 usaha-usaha kutipan hutang perlu dipertingkatkan. Pegawai luar RISDA perlu

membantu mengenalpasti pekebun kecil yang berada dikawasan mereka yang masih berhutang

dengan RISDA. Mana-mana penghutang yang tidak berupaya untuk membayar atau telah

meninggal dunia hendaklah dilaporkan kepada Pengarah Program untuk diambil tindakan

pelupusan dan membuat pelarasan dengan pihak KKLW untuk kelulusan.

TUGAS-TUGAS SAMPINGAN (BEYOND BASIC)

Page 24: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

114. Selain daripada melaksanakan tugas utama, RISDA juga telah diberi tanggungjawab untuk

melaksanakan program-program lain seperti Tanam Semula Sawit Ke Sawit. Program ini akan

dimulakan pada tahun 2007. Di bawah program ini pekebun kecil yang mahu menanam semula

kebun sawit mereka dengan sawit akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman dan khidmat

nasihat. Oleh kerana ini merupakan program baru kepada RISDA , ‘subject matter specialist’

dalam bidang penanaman sawit perlu diwujudkan di kalangan kakitangan RISDA. Di samping

itu, RISDA juga terlibat dalam pembangunan industri ternakan dan seni taman yang

dilaksanakan melalui anak-anak syarikat RISDA dan pembangunan industri kraftangan dan

Tuisyen Desa yang dilaksanakan di bawah program pengembangan.

HUBUNGAN RISDA DENGAN KPK, NARSCO, ANAK SYARIKAT, NGO DAN SWASTA

115. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, RISDA perlu dibantu oleh anak syarikat,

NARSCO, KPK, sektor swasta dan NGO. Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna RISDA

melepaskan tanggungjawab itu terus kepada pihak-pihak ini. RISDA akan terus menjadi

peneraju dan pemimpin kepada semua pihak dan dalam masa yang sama memperkasakan

pihak-pihak ini supaya boleh berdikari dan berkembang. Bagi tahun 2007, beberapa langkah

perlu diambil antaranya :-

i. Pertindihan perlu diminimakan, sebaliknya kerjasama ditingkatkan.

ii. NARSCO perlu memberi tumpuan dan bertindak sebagai penaung KPK dan bukan

pesaing. Masalah-masalah KPK harus diselesaikan di peringkat NARSCO dahulu

sebelum ke RISDA.KPK harus lebih cergas dalam bidang pemasaran dan bekalan input

pertanian.

iii. Anak syarikat perlu mengadakan persaingan dengan KPK dan menumpu kepada

bidang-bidang yang besar, kos tinggi dan perniagaan bercorak Interstate.

116. KPK/NARSCO hendaklah lebih cekap dalam membantu menyediakan perkhidmatan

bekalan input pertanian dan pemasaran hasil, serta mengelakkan persaingan sesama sendiri.

NARSCO boleh menjadi pembekal utama input pertanian, tetapi urusan sebagai stokis

hendaklah dimainkan oleh KPK Daerah/Jajahan. KPK hendaklah diberi tanggungjawab

menguruskan Pusat Pengumpulan Hasil (PPH) dan Pusat Timbang/Stor (PTS). Walau apa pun

jua, PRN dan PRD hendaklah mengambil tindakan tegas kepada NARSCO atau KPK termasuk

mengheret ke mahkamah jika NARSCO dan KPK tidak mematuhi syarat bekalan yang

ditetapkan.

Page 25: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

Meningkatkan Keupayaan KPK

117. Setelah 25 tahun KPK ditubuhkan, pencapaiannya masih menyedihkan. RISDA masih

menggunakan keuntungan RM100,000/tahun sebagai ukuran kejayaan. Mulai tahun 2007,

ukuran kejayaan KPK ialah RM300,000 keuntungan setahun. Tahun 2007 hendaklah dijadikan

tahun penilaian bagi memilih KPK yang berpotensi untuk diperbesarkan dan KPK mana yang

tidak ada potensi langsung, lebih wajar ditutup sahaja.

Bagi memastikan KPK diurus dengan baik dan menguntungkan beberapa langkah berikut diberi

pertimbangan. Antaranya seperti berikut :-

• KPK perlu terlibat dalam aktiviti perniagaan yang menjaga ”group interest”nya dan KPK

akan kekal relevan jika ia mampu menjaga kepentingan ahli-ahlinya seperti mengelak

dari eksploitasi orang tengah, kos bekalan input yang rendah dan dividen keuntungan

yang tinggi.

• KPK perlu diurus oleh pengurus-pengurus profesional yang dapat melihat perniagaan

”beyond RISDA”. RISDA akan memberi bantuan sebanyak RM 1,500.00 sebulan bagi

tujuan membayar elaun pengurus bagi KPK yang layak.

• RISDA akan mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk dibangunkan pusat

pengumpulan getah atau sawit dan akan memberi bantuan untuk pembinaan pusat

tersebut. Pusat-pusat pengumpulan ini akan diuruskan oleh KPK untuk membantu

dalam pemasaran melalui kaedah ‘super dealer’.

• RISDA akan bantu KPK yang kurang upaya tetapi berpotensi untuk membayar sewa

ruang pejabat.

• RISDA akan memberi bantuan dalam bentuk latihan kepada kepada pegawai dan staf

sokongan.

• Semua KPK perlu berusaha mewujudkan teras perniagaan (core business) terutamanya

dalam bidang pemasaran dan juga bekalan input pertanian.

• KPK perlu bersedia ke arah berdikari dan tidak mengharap kepada projek RISDA

semata-mata.

MENINGKATKAN PRESTASI ANAK SYARIKAT

Review Business Plan

118. Bagi meningkatkan prestasi Anak Syarikat, pelan perniagaan perlu dikaji semula untuk

melihat semula semua aspek persaingan termasuk bidang perniagaan asas, kekuatan-kekuatan

Page 26: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

dan kelemahan-kelemahan, kecekapan pengeluaran, market size dan share, keuntungan dan

kerugian dan sebagainya. Jika ada syarikat tidak berkemampuan untuk mengkaji secara in-

home, bantuan konsultan luar boleh diperolehi. Bagi tahun 2007, semua anak syarikat mesti

menunjukkan keuntungan.

Review Kecekapan

119. Kecekapan anak syarikat di dalam mengendalikan urusan perniagaan perlu diteliti semula

supaya perniagaan dapat menghasilkan keuntungan. Perkara ini dapat dilihat daripada

berbagai aspek seperti berikut :-

120. Kos Kepada RISDA

Anak syarikat perlu bergiat ke arah memperolehi keuntungan dan segala pinjaman dan

pendahuluan daripada RISDA dapat dibayar. Kecekapan di dalam pengurusan kewangan

adalah mustahak bagi memastikan aliran tunai anak syarikat sentiasa sihat. RISDA tidak akan

memberi bantuan kewangan kepada mana-mana anak syarikat yang rugi, malah langkah-

langkah akan diambil untuk menutup syarikat ini.

121. Kos Kepada Pekebun Kecil

Dalam projek-projek yang melibatkan harta pekebun kecil, kos kepada pekebun kecil hendaklah

dikurangkan. Ini boleh dibuat melalui pengurangan yuran pengurusan dan kos terendah bagi

bekalan dan perkhidmatan yang diperolehi.

122. Lowest Cost dan Leaner Management

Bagi meningkatkan produktiviti, Anak Syarikat perlu mengamalkan pengurusan “Lowest Cost

dan Leaner Management”. Melalui kaedah ini, nisbah pendapatan bagi setiap pekerja dapat

dioptimakan. Usaha ke arah right-sizing kakitangan perlu diambil. Dengan mengecilkan struktur

organisasi, dan penggunaan teknologi (automation & mechanization), kos pengurusan dan

operasi syarikat dapat dikurangkan.

123. Meningkatkan Pengeluaran

Langkah-langkah perlu diambil supaya hasil pengeluaran setanding atau lebih daripada

piawaian industri. Peranan Key Performance Indicators (KPI), adalah mustahak supaya syarikat

mempunyai pengukur dan penanda aras kepada pencapaian yang diharapkan.

124. Meningkatkan Dividen

Pembahagian dividen perlu dibuat dan diagihkan kepada pekebun kecil serta pemegang saham

seperti mengikut perjanjian. Jumlah agihan dividen yang diterima mestilah munasabah selaras

dengan keadaan pasaran dan pelaburan yang dilaksanakan.

125. Fokus Kepada Keuntungan

Page 27: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

Keuntungan merupakan sasaran utama anak syarikat dan keuntungan ini perlu dikembalikan

kepada pemegang saham dan dikongsi bersama dengan Masyarakat Pekebun Kecil samaada

dalam bentuk faedah-faedah lain seperti penganjuran dalam aktiviti sosial kepada kumpulan

sasar.

126. Menjaga Nama Baik RISDA

Imej RISDA perlu dijaga oleh semua pegawai dan kakitangan Anak Syarikat. Mereka perlu

tingkatkan imej Syarikat dan RISDA melalui :-

• Pembayaran kepada pembekal tidak melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan

• Membekal barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang kompetitif

• Memberi imej yang positif serta berintegriti semasa berurusan dengan pelanggan.

• Proaktif dalam menyelesaikan masalah operasi syarikat supaya tidak tersebar luas dan

menimbulkan masalah kepada RISDA dan kerajaan.

ISU-ISU UTAMA ANAK SYARIKAT

Permodalan Risda Berhad (PRB)

127. PRB perlu berundur dari aktiviti pasaran saham dan pelaburan yang berisiko rendah dan

menguntungkan.

128. Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd. (ESPEK)

Pada tahun 2007, tumpuan akan diberi untuk memaksimumkan keuntungan Akaun Estet

RISDA dan Akaun Kilang RISDA agar dividen lebih tinggi dapat dibayar kepada peserta RTBB.

Oleh itu, usaha ke arah meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos. Perlu diberi

pertimbangan termasuk kos operasi ladang dan kilang, kos pengurusan dan lain-lain. Peranan

VA perlu dikembalikan.

129. RISDA Smallholders Plantation Sdn. Bhd. (RSPSB)

RSPSB sebagai agen mengurus ladang perlu berusaha lebih gigih untuk memberi bayaran

dividen yang maksimum kepada peserta projek. Mulai tahun 2007, Jawatankuasa TSK akan

diwujudkan sebagai badan perhubungan antara RSPSB dan peserta. RSPSB juga perlu

menyediakan akaun individu bagi setiap peserta.

130. RISDA Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd. (RSSB)

• Dalam tahun 2007, RSSB perlu menekankan kepada perkara-perkara berikut :-

Memastikan bekalan benih getah kepada pekebun kecil mengikut jadual dan kualiti yang

ditetapkan.

Page 28: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

• Mengadakan kawalan yang lebih ketat kepada ”vendor-vendor” yang dilantik termasuk

KPK dan memastikan kontrak dipatuhi.

• Mengkaji kemungkinan memulakan kaedah ”tisu kultur” untuk sawit.

• Memberi tanah ladang baru

131. Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (SHDC)

SHDC masih belum mantap dalam pemilihan core-business-nya. Dalam tahun 2007, SHDC

hendaklah memilih dan memantapkan bidang “core-business” hendak diberi tumpuan.

132. Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRIS)

Dalam tahun 2007, KRIS hendaklah mula menggunakan IKPK untuk melatih pekebun kecil

mengikut perancangan Bahagian Pengembangan.

133. RISDA Fleet Sdn. Bhd. (RFSB)

Bagi tahun 2007, Smartpartnership antara KPK dan RFSB akan dipertingkatkan terutamanya

melibatkan pekebun kecil untuk mengelakkan persaingan.

134. Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd. (PROTAC)

PROTAC perlu mencari rakan kongsi dalam tahun 2007 jika mahu kekal mencatat keuntungan.

135. Benaris Property Sdn Bhd

Bagi tahun 2007, Benaris Property Sdn. Bhd. perlu menyelesaikan segala kerugian RISDA

dalam perjanjian dengan pemilik harta.

PELAKSANAAN PROGRAM 2007

136. RISDA telah diluluskan peruntukan sebanyak RM345.09 juta untuk melaksanakan 13

program pembangunan. Terdapat 5 program tambahan iaitu Tanam Semula Sawit Ke Sawit

(TSSS), Rancangan Khas Pemulihan Kebun (RKPK), Pembangunan Pemasaran Hasil (PPH),

Tuisyen Desa dan Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK). Daripada jumlah tersebut

sebanyak RM228.23 juta adalah secara bantuan langsung, RM106.10 juta daripada sumber ses

dan bakinya RM10.75 juta adalah pinjaman Kerajaan bagi program TSSS. Negeri Pahang

menerima peruntukan terbesar diikuti oleh Negeri Sembilan, Kedah, Johor dan Perak.

137. Tanam Semula Berturut

Bagi program TSGGI berturut, TSGL (komited 2001 dan <2.5 hektar) dan Rancangan

Pemulihan Kebun, matlamat program pada tahun 2007 adalah sebanyak 82,561 hektar dengan

jumlah peruntukan sebanyak RM 73.9 juta.

138. Tanam Semula Getah ke Getah Integrasi (TSGGI)

Page 29: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

Matlamat program ialah sebanyak 20,000 hektar setahun dengan peruntukan sebanyak RM70.0

juta.

139. Program Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) <5.0 hektar

Melibatkan matlamat seluas 20,000 hektar setahun. Peruntukan yang disediakan bagi tahun

2007 sebanyak RM28.3 juta.

140. Program Pembangunan Manusia & Institusi

Terdiri daripada 5 komponen iaitu Khidmat Pengembangan, Rancangan Pembangunan

Kawasan, Latihan Bina Insan, Latihan Kemahiran dan Latihan Keusahawanan dengan

peruntukan sebanyak RM6.5 juta. Dianggarkan seramai 150,000 keluarga pekebun kecil (KIR,

SIR dan AIR) yang mendapat faedah daripada program ini.

141. Program Prasarana Asas

Dengan peruntukan RM11.25 juta terdiri daripada jalan pertanian, parit, jambatan dan

pembetung untuk mengangkut masuk input pertanian dan membawa keluar hasil-hasil kebun

untuk pasaran secara mudah, cepat dan efisyen. Tumpuan program ini kepada kawasan projek

berkumpulan dijangkakan 6,500 pekebun kecil mendapat faedah dengan keluasan 4,000

hektar.

142. Program Pusat Pembakaan dan Pembiakan Ternakan pula dengan peruntukan RM6.8 juta

untuk membekalkan anak baka ternakan kepada pekebun kecil sebagai menambahkan sumber

dan jumlah pendapatan pekebun kecil. Di samping menambahbaik 4 pusat pembakaan dan

pembiakan yang sedia ada, pendekatan baru yang akan diambil adalah melalui penubuhan 4

pusat pembakaan dan pembiakan kambing kacukan boer yang dikendalikan oleh usahawan

pekebun kecil yang berjaya.

143. Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)

Memberi tumpuan khusus pekebun kecil miskin tegar dan miskin mendapat peruntukan RM8.75

juta. Tumpuan program ini kepada 3 sektor iaitu Aktiviti Ekonomi Desa, Ternakan dan

Tanaman. Kuota projek mengikut bidang bagi tahun 2007 dan sepanjang RMK 9 iaitu Ekonomi

Desa (40%), Ternakan (35%) dan Tanaman (25%). Dengan kadar bantuan RM10,000 bagi

setiap keluarga, seramai 875 keluarga akan mendapat faedah daripada program ini.

144. Program Pengekalan Pengeluaran Getah (PPG)

Dengan peruntukan sebanyak RM3.5 juta khusus untuk pekebun kecil miskin tegar dan miskin

meningkatkan pendapatan melalui peningkatan produktiviti kebun getah. Melalui program ini,

pekebun kecil akan dibekalkan dengan baja, racun rumpai, alat rangsangan seperti

RRIMFLOW, LET Sistem, G-Flex, alat kalis hujan, alatan penorehan dan depo pengumpulan

hasil dalam projek. Seramai 4,000 orang pekebun kecil dijangka mendapat faedah melibatkan

Page 30: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

kawasan 10,000 hektar. Keutamaan akan diberi kepada kawasan projek berkumpulan dan

kumpulan 3:3:1:3.

145. Program Tanam Semula Sawit Ke Sawit (TSSS)

Melibatkan peruntukan sebanyak RM10.75 juta diberi secara pinjaman. Matlamat program pada

tahun 2007 adalah sebanyak 5,000 hektar khusus untuk pekebun kecil sawit yang dahulunya

menyertai program tanam semula dengan RISDA. Program ini akan dijalankan secara

berkumpulan bagi memudahkan pemasaran hasil dan pengutipan bayaran balik pinjaman.

Dijangkakan 2,000 orang peserta akan mendapat manfaat daripada program ini.

146. Program Pembangunan Pemasaran Hasil (PPPH)

Peruntukan RM5.2 juta terdiri daripada Pusat Pemasaran Hasil (PPH) dan Pusat Timbang / Stor

(PTS). PPH pekebun kecil ialah pusat pengumpulan dan pemasaran produk hasil pekebun kecil

sebelum ia dijual kepada pembeli luar. Ia juga menyediakan premis bagi aktiviti pengumpulan,

menyimpan dan jual beli semua hasil pengeluaran aktiviti pertanian (kecuali getah dan sawit).

Pusat Timbang / Stor pula, bertujuan untuk memberikan kemudahan penimbang, penyimpan

dan pengumpulan hasil getah / sawit kepada pekebun kecil sebelum dijual kepada ”super

dealer”. Matlamat tahun 2007 ialah membina 74 buah PPH dan 15 buah PTS. Program ini

dijangka memberikan manfaat kepada 4,500 orang yang menjual hasil pertanian/getah/kelapa

sawit secara berkumpulan.

147. Program Tuisyen Desa

Program baru untuk membantu membiayai tuisyen anak-anak pekebun kecil yang akan

menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dengan peruntukan sebanyak RM500,000,

sebanyak 50 buah pusat tuisyen akan diwujudkan melibatkan 2,000 orang pelajar dengan kadar

RM50/bln/pelajar. Fokus utama adalah terhadap anak-anak pekebun kecil di kawasan terpencil

dalam kategori miskin dan tidak mendapat pembiayaan tuisyen daripada sumber lain.

148. Program Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK)

Bertujuan untuk mengeratkan hubungan yang erat antara RISDA dengan pekebun kecil

khususnya untuk menangani masalah-masalah pekebun kecil dengan kadar segera. PMPK di

pilih di kalangan pemimpin tempatan (Local Leaders), JKKK, GDW atau ”Key Farmers”. Dengan

peruntukan sebanyak RM1.75 juta, seramai 602 orang PMPK telah dilantik dan akan dibayar

elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.

149. Program RISDA*Net

Peruntukan RM1.394 juta bertujuan untuk meningkatkan sistem maklumat / aplikasi serta

prasarana asas seperti perkakasan komputer, rangkaian komputer dan perisian melalui

rangkaian RISDA*Net, aliran maklumat antara Pusat Tanggungjawab dengan Ibu Pejabat dapat

Page 31: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

ditingkatkan. Maklumat yang terkini tentang projek RISDA secara fizikal dan kewangan dapat

diperolehi dengan cepat untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian.

150. Program Kemudahan Pengurusan

Peruntukan sebanyak RM10.38 juta bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan

produktiviti Pusat Tanggungjawab serta memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan

kepada pekebun kecil, memberi keselesaan bekerja pada staf dan menjadi tempat rujukan

pekebun kecil. Program ini terdiri daripada pembinaan dan penyelenggaraan bangunan dan

kenderaan serta pembangunan ICT.

KAJIAN 2007

151. Kajian-kajian yang dimulakan akhir tahun 2006 hendaklah diselesaikan dalam tahun 2007.

152. Kajian Viabiliti Ladang dan RSPSB

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti viabiliti syarikat dan ladang yang diuruskan oleh

RSPSB dari sudut pengurusan syarikat, pengurusan ladang, pulangan projek kepada pekebun

kecil, viabiliti kewangan dan kemampuan membayar hutang, dividen kepada RISDA dan

pekebun kecil dan sebagainya. Kajian ini akan dilaksanakan oleh juru perunding yang akan

dilantik oleh RISDA. Penemuan daripada kajian ini, diharap dapat membantu menambahbaik

pengurusan syarikat dan ladang RSPSB.

153. Kajian Kesan Kenaikan Harga Getah Ke Atas Pekebun Kecil

Objektif kajian adalah untuk mengkaji harga getah di peringkat ladang yang diperolehi dan

mengkaji impak kenaikan harga getah kepada pendapatan sebenar pekebun kecil. Ia akan

dilaksanakan oleh juru perunding yang akan dilantik oleh RISDA dengan menggunakan

peruntukan KKLW. Penemuan ini membolehkan RISDA mengetahui impak yang dialami oleh

pekebun kecil dan merancang untuk menghapuskan sebarang eksploitasi dan kebocoran yang

berlaku.

154. Kajian Impak Keberkesanan Pemindahan Teknologi Getah/Sawit

Kajian ini adalah untuk melihat bilangan pekebun kecil yang mencapai tempoh keremajaan 4 ½

tahun bagi getah dan 2 ½ tahun bagi sawit, serta hasil-hasil yang dikeluarkan. Penemuan ini

membolehkan RISDA mengukur keberkesanan aktiviti pengembangan di lapangan.

155. Kajian Impak Projek AET Pekebun Kecil

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui impak projek serta kadar peningkatan pendapatan

bulanan peserta. Responden yang terlibat ialah semua pekebun kecil yang telah menyertai

Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) pada tahun 2003-2006 seramai 1,547 responden.

Page 32: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

Penemuan kajian ini membolehkan RISDA mengetahui pendekatan pemasaran yang

dilaksanakan, isu-isu, masalah yang dihadapi oleh peserta serta dapat menambahbaik

pelaksanaan Projek AET.

156. Kajian Impak Tanam Semula Komersil (TSK)

Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pendekatan TSK telah berjaya membantu

pekebun kecil dalam menanam semula kebun mereka. Skop kajian adalah bagi TSK yang

ditanam dengan getah dan sawit yang dibangunkan dari tahun 1999 hingga 2005. Responden

terdiri daripada peserta TSK yang diuruskan oleh RSPSB. Penemuan ini membolehkan RISDA

merancang program TSK dengan cekap dan berkesan dari segi kos pembangunan, tempoh

keremajaan pokok, produktiviti, pengutipan dan pemasaran hasil, serta pendapatan pekebun

kecil.

157. Dalam tahun 2007 kajian baru seperti berikut telah disenarai untuk dilaksanakan :-

• Kajian Keberkesanan Pengurusan Ladang Dan Kilang RISDA yang diuruskan oleh

ESPEK

• Kajian Kemungkinan Pembelian Aset Tanah

• Kajian Kegunaan Program RTBB Untuk Membantu Menghapuskan Kemiskinan Tegar

• Penyatuan Pengurusan Anak Syarikat

• Projek Tanam Semula Berkelompok Baling

PENYUSUNAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI

158. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan cadangan PSOR ini dengan

mengeluarkan waran peruntukan yang berkuat kuasa mulai 16 Jun 2006. Jumlah jawatan yang

diluluskan ialah sebanyak 4,549 jawatan, iaitu berkurangan sebanyak 421 jawatan berbanding

kelulusan sebelum ini. Kekurangan ini disebabkan pengurangan ke atas beberapa jawatan

Kumpulan Sokongan II seperti Penyelia Rancangan Tanah Gred G17, Pemandu Kenderaan

Bermotor Gred R3, Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 dan Pekerja Rendah Awam Gred R1.

Bagaimanapun, dari segi kedudukan jawatan kenaikan pangkat, berlaku pertambahan

sebanyak 182 jawatan, iaitu 70 bagi jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 112

bagi jawatan Kumpulan Sokongan.

159. Sehubungan dengan ini, proses kenaikan pangkat sedang dilaksanakan dan dijangka

selesai pada Januari 2007. Seterusnya, pengisian ke atas jawatan-jawatan yang kosong akibat

dari urusan kenaikan pangkat, persaraan dan penamatan daripada perkhidmatan juga sedang

Page 33: AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17

dijalankan dan dijangka selesai pada Mac 2007. Pada masa yang sama, beberapa buah Pusat

Tanggungjawab baru akan mula beroperasi berkuatkuasa Januari 2007.

PENUTUP

160. Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmatnya jua khususnya

pekebun kecil getah hari ini masih dapat menikmati harga getah yang tinggi dan secara lansung

telah dapat meningkatkan pendapatan mereka. Insya’Allah dengan usaha yang gigih serta padu

oleh seluruh warga RISDA disemua peringkat, terutamanya mereka yang berada di lapangan,

saya berkeyakinan matlamat utama perlaksanaan program pembangunan RISDA untuk

meningkatkan pendapatan pekebun kecil akan dapat direalisasikan bersesuaian dengan tema

Amanat Pengurusan ini.

161. Saya juga berharap semua PTJ menggunakan amanat ini sebagai asas menyediakan

pelan tindakan dan SKT pegawai di bawah jagaan masing-masing. Sekian, selamat bertugas

dan beribadah. Wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum.