a bmk1 ujianupsr_set5_08

10
SET 5 Soalan 1 - 17 Gambar 1 1 Budak-budak nakal itu sedang bermain di _______________ jalan. A bawah B puncak C tengah D pangkal Gambar 2 2 Pekerja-pekerja warga Indonesia itu sedang melakukan kerja-kerja __________ lantai dengan simen. A merata B menurap C menampal D menampung 3 __________ yang datang semalam? A Apakah B Bilakah C Siapakah D Bagaimanakah 4 Hazim telah diisytiharkan sebagai pelajar cemerlang. __________, dia masih belum berpuas hati dengan kejayaannya itu. A Walau bagaimanapun B Hal demikian C Kemudian D Mungkin http://gudangsoalan.blogspot.com http://gudangsoalan.blogspot.com

Upload: khairul-bin-anua

Post on 30-Jun-2015

347 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: A bmk1 ujianupsr_set5_08

SET 5

Soalan 1 - 17

Gambar 1

1 Budak-budak nakal itu sedang bermain di _______________ jalan.

A bawah

B puncak

C tengah

D pangkal

Gambar 2

2 Pekerja-pekerja warga Indonesia itu sedang melakukan kerja-kerja __________ lantai dengan simen.

A merata

B menurap

C menampal

D menampung

3 __________ yang datang semalam?

A Apakah

B Bilakah

C Siapakah

D Bagaimanakah

4 Hazim telah diisytiharkan sebagai pelajar cemerlang. __________, dia masih belum berpuas hati dengan kejayaannya itu.

A Walau bagaimanapun

B Hal demikian

C Kemudian

D Mungkin

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 2: A bmk1 ujianupsr_set5_08

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

5 Yang Berhormat Encik Hasan sangat pemurah. _________ selalu menghulurkan bantuan kepada _________ yang memerlukan.

A Dia … mereka

B Baginda … kalian

C Beliau … mereka

D Dia … kami

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

6 Majlis perkahwinan abang berlangsung __________ pukul 12.00 tengah hari hingga _________ pukul 6.00 petang.

A dari … kepada

B daripada … ke

C dari … ke

D daripada … kepada

7 Kasut yang dipakai oleh Syafiq berbau _____ kerana sudah seminggu tidak berbasuh.

A hapak

B hangit

C harum

D masam

8 _______ menunggu padi masak, Pak Mat menanam sayur-sayuran di belakang rumahnya.

A Akan

B Setelah

C Semenjak

D Sementara

9 Segala kemudahan yang diterima __________ kerajaan perlulah digunakan dengan sebaik mungkin

A daripada

B dari

C di

D ke

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 3: A bmk1 ujianupsr_set5_08

Gambar 3

10 Hamid mesti __________ menghafal sifir Matematik dalam masa yang singkat sahaja

A harus

B belum

C dapat

11 __________ masukkan buku-buku itu ke dalam beg.

A Jemputlah

B Jemput

C Harap

D Sila

12 Selekoh berbahaya di Jalan Kuala Lipis itu telah meragut nyawa pemandu hampir _________ hari

A setiap

B banyak

C setengah

13 Majlis perkahwinan diraja itu berlangsung dalam suasana yang __________

A segar-bugar

B remeh-temeh

C gilang-gemilang

D kontang-kanting

14 Mereka ______ sama seperti kamu, berasal dari tanah seberang.

A pun

B juga

C lagi

D sahaja

Pilih perumpamaan yang betul bagi ayat yang diberikan.

15 Walaupun umur Fatin dengan suaminya, Datuk Johari ________, tetapi mereka tetap bahagia.

A Seperti langit dengan bumi

B Seperti bulan dengan matahari

C Seperti bangau kasihkan kerbau

D Seperti mentimun dengan durian

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 4: A bmk1 ujianupsr_set5_08

16 Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan atau dosa. Penerangan ini sesuai sekali dengan peribahasa ...

A bukan tanah menjadi padi.

B enggang lalu, ranting patah.

C bumi mana tak ditimpa hujan.

D sudah terhantuk baru tengadah.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

17 Ayah saya bekerja di ladang. ______ bekerja tanpa mengira waktu untuk menambahkan ______ keluarga.

A Beliau ... pendapatan

B Dia ... pengayaan

C Engkau ... peningkatan

D Awak ... penurunan

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

18 Semua atlet Malaysia kecundang dalam Sukan Olimpik di Athens 2004.

A tewas

B lemah

C menang

D dukacita

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

19 Safura dan Suhana sering memakai baju yang sama coraknya.

A bercerai

B berlainan

C sedondong

Soalan 20 - 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

20 I. Hutang saya dengan Pak Salleh sudah jelas. II. Hari ini Sidek memakai baju yang berwarna jelas.

III. Berdasarkan keterangannya, jelaslah dia tidak bersalah. IV. Penerangan yang diberikan oleh cikgu tadi begitu jelas.

A I dan II sahaja

B I, II, dan III sahaja

C I, III, dan IV sahaja

D II, III, dan IV sahaja

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I. Tubuhnya hancur dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 5: A bmk1 ujianupsr_set5_08

II. Biskut dalam tin hancur apabila tinnya terhempas ke lantai. III. Letupan bom itu telah hancur kubu pertahanan mereka. IV. Hancur rasa hatinya apabila teringatkan anaknya yang tidak mengenang jasa.

A I dan III sahaja

B II dan III sahaja

C I, II dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22 Letupan bom itu telah hancur kubu lawan mereka.

I. Cuti sekolah sudah hampir berakhir. II. Tubuhnya hancur dan kepalanya pecah akibat kemalangan.

III. Rumah Pak Atan telah hancur ke tanah.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja

D I, II dan IV sahaja

Pilih jawapan yang paling sesuai kepada soalan yang bergaris.

23 Apakah yang dicari oleh emak kamu?

A Dia mencari cincinnya yang hilang.

B Cincinnya telah hilang pada pagi tadi.

C Ya, dia mencari cincinnya yang hilang itu.

D Dia mencari cincinnya yang hilang itu di halaman rumah.

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

Gambar 4

24

A Siapakah yang kemalangan?

B Kenapakah kemalangan itu berlaku?

C Di manakah kemalangan itu berlaku?

D Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 6: A bmk1 ujianupsr_set5_08

Soalan 25 - 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

25 �"Cukuplah, tidak payah kamu bertekak lagi tentang hal itu,�" kata Zainal kepada rakan-rakannya.

A Zainal dinasihati oleh rakan-rakannya supaya teruskan bahas hal itu.

B Rakan-rakannya dinasihatkan oleh Zainal supaya tidak berbahas lagi.

C Zainal dinasihatkan oleh rakannya supaya tidak bertekak tentang hal itu.

D Zainal berkata kepada rakan-rakannya supaya jangan lagi berbahas tentang hal itu.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

26 Kenyataan itu ditulis dengan dakwat merah untuk menarik perhatian semua.

A Dakwat merah telah digunakan pada kenyataan untuk perhatian.

B Dakwat merah digunakan pada kenyataan itu supaya mendapat perhatian.

C Untuk menarik perhatian, dakwat merah telah digunakan di papan kenyataan.

D Perhatian semua dapat ditarik apabila kenyataan ditulis dengan dakwat merah.

Soalan 27 - 30

Pilih ayat yang betul.

27

A Semua para guru dijemput hadir ke majlis itu.

B Rumahnya terletak antara tali air dan sawah padi.

C Di dalam hal itu semua yang hadir telah bersetuju.

D Separuh bahagian harta akan diserahkan kepada cucunya.

Pilih ayat-ayat yang betul.

28 Amri berniaga secara kecil untuk membantu kehidupan keluarganya.

I. Jika ada apa keraguan mintalah bantuan kami. II. Samsul lebih kaya daripada Hashim, abangnya.

III. Kakak dihadiahi sebentuk cincin berlian sempena ulang tahun perkahwinannya.

A I dan II sahaja

B I, II dan IV sahaja

C III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

29 Pilih ayat-ayat yang betul.

Pelajar-pelajar termiskin itu menerima bantuan Skim Baucar Tuisyen daripada kerajaan.

I. Abang membeli keledek goreng di gerai Mak Yam. II. Saki-baki makanan itu saya berikan ke ayam.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 7: A bmk1 ujianupsr_set5_08

III. Buah tembikai itu sudah ranum.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Pilih ayat-ayat yang betul.

30 Hari ini cuaca panas terik.

I. Ahmad bergesa-gesa ke sekolah. II. Ahli bomba itu menarik segolong paip getah.

III. Emak melambai-lambai tangan kepada adik.

A I dan III sahaja

B I dan IV sahaja

C II dan III sahaja

D II dan IV sahaja

Soalan 31 - 35

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil lagi arif, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Saya berdiri di sini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Perlunya mengawal anak-anak menonton televisyen." Televisyen merupakan alat sebaran am yang popular dewasa ini. Televisyen ditonton oleh pelbagai peringkat umur sama ada orang tua, orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Tuan-tuan dan puan-puan, Ibu bapa tidak boleh menyekat anak-anak daripada menonton televisyen. Namun demikian, mereka perlu mengawal anak-anak untuk menonton televisyen. Kanak-kanak perlu dielakkan daripada menonton rancangan bercorak ganas, cerita-cerita seram, dan rancangan hiburan yang agak keterlaluan. Hal ini demikian kerana akan mempengaruhi pemikiran kanak-kanak. Jika seseorang kanak-kanak itu terlalu banyak menonton televisyen, dia akan lupa kepada pelajaran. Dia akan menjadi malas belajar dan tidak berminat langsung kepada pelajaran. Ini menyebabkan kanak-kanak tersebut membuang masa dengan sia-sia. Malahan, kanak-kanak juga cepat terpengaruh dengan watak-watak di televisyen. Umpamanya, mereka akan terpengaruh dengan watak pencuri, kekejaman, dan peperangan. Secara tidak langsung, mereka mungkin meniru watak tersebut dan terus melekat dalam diri mereka. Namun demikian, televisyen juga banyak mendatangkan kebaikan kepada penonton. Antaranya, dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui berita-berita atau cerita-cerita yang mempunyai tauladan yang baik. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh menghalang terus anak-anak mereka daripada menonton televisyen cuma perlu menentukan rancangan-rancangan yang patut ditonton oleh anak-anak mereka.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 8: A bmk1 ujianupsr_set5_08

Setakat ini sahaja syarahan saya pada kali ini. Saya memohon maaf seandainya ada salah silap dalam masa saya menyampaikan syarahan tadi. Sekian, terima kasih.

31 Mengapakah ibu bapa perlu mengawal anak-anak mereka menonton televisyen?

A Kerana menonton televisyen ada kesan buruknya

B Kerana boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak

C Kerana kanak-kanak tidak dapat mengawal diri sendiri

D Kerana rancangan televisyen tidak sesuai untuk kanak-kanak

32 Apakah kesannya jika terlalu banyak menonton televisyen?

A Murid-murid akan rosak akhlaknya

B Murid-murid akan mudah dipengaruhi

C Murid-murid akan lupa terhadap pelajaran

D Murid-murid akan meniru watak di televisyen

33 Antara berikut manakah kebaikan menonton televisyen?

A Dapat mengisi masa lapang

B Dapat menambahkan pengetahuan

C Dapat menghilangkan rasa malas belajar

D Dapat bergaul dengan orang lebih dewasa

34 Ibu bapa tidak boleh menghalang terus anak-anaknya daripada menonton televisyen kerana

A anak-anak perlu kepada hiburan.

B anak-anak akan melawan ibu bapanya.

C ada juga rancangannya yang bermanfaat.

D fikiran anak-anak tidak akan berkembang.

35 Perkataan terpengaruh dalam petikan bermaksud

A ditiru.

B diikuti.

C dikuasai.

D diteladani.

Soalan 36 - 40

Teliti peta di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 9: A bmk1 ujianupsr_set5_08

36 Apa pendapat anda tentang peta di atas?

A Kawasan peranginan dan pelancongan

B Satu kawasan pertanian yang berpotensi

C Bandar-bandar utama di kawasan pedalaman

D Kawasan hutan yang didiami oleh orang-orang asli

37 Berapa buah ladangkah yang terdapat dalam peta di atas?

A Dua buah ladang

B Tiga buah ladang

C Empat buah ladang

D Lima buah ladang

38 Apakah aktiviti-aktiviti yang paling sesuai untuk kita lakukan apabila berada di sini?

A Mendaki gunung dan berkelah

B Mendaki gunung dan berkayak

C Mendaki gunung, berenang dan berkelah

D Mendaki gunung, berkelah di air terjun dan menikmati alam semulajadi

39 Apakah kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan ini?

A Pelancongan dan pusat membeli-belah

B Pusat pelancongan, perusahaan batik dan pusat membeli-belah

C Pelancongan, perusahaan menanam teh, dan perusahaan menanam strawberi

D Perusahaan menanam teh, perusahaan menanam strawberi, perusahaan menanam sayur, dan perusahaan pelancongan

40 Mengapakah terdapat petempatan orang asli di sini?

A Mereka yang menjaga kawasan ini

B Mereka penduduk asli di kawasan ini

C Kerajaan hendak menjaga kebajikan mereka

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 10: A bmk1 ujianupsr_set5_08

D Mereka bergantung kepada sumber alam di kawasan ini

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com