91514002 tugasan cik azila miskonsepsi dan pck

5
 MISKONSEPSI Dalam pembelajaran tajuk geometri ( ruangda nbentuk ), murid-murid mengala mi kesukaran untuk mengaitkan men yata kan perbezaan bagi bentuk geo metri. Par a murid mungkin sekali tidak dapat mengenalpasti sesuatu bentuk berdasarkan nama. Mur id mun gkin akan keliru dengan kubus dan kuboid. Mur id juga mungkin akan membuat kesilapan dalam mengejanama bentuk geometri . Sel ain da ripa da itu , murid j uga me mpun yai ke cen deru nga n untuk me mber i fok us kep ada bentuk obje k. Sebaga i con toh, apabila sesu atu bentuk segit iga diluki skan, pelaja rmungkin akan memberikan nama berdasarkan tafsiran mereka sendiri seperti segitiga tegak, segitiga terbalik atau se gitiga kur us. Oleh ya ng demikia n, bentu k yang ingin dilukis hendaklah dilukis pada orientasi yang berbeza. Bukan itu sa haja, para murid mun gkin tidak dap at membeza kan sepenu hnya ciri-cir i yang terdapa t pada bentuk yang berbeza seperti segiempat dan trapez ium atau beza di antara segiempat samadan rombus. Sesete ngah murid tidak mahir menggunak an alatan seperti pembaris dan jangka sudut untuk menentukan ukuran dan bacaan sudut sesuatu garisan. Malah ada murid yang tidak mengetahui fungsi dan kegunaan jangka sudut dengan menganggapnya hanya sebagai pembaris biasa. Di samping itu, murid kadangkala tidak dapat membayangkan permukaan, tepi dan sudut terlindung pada sesuatu objek. Murid juga mungkin mengalami kesukaran untuk melabel sesuatu bentuk dengan tepat. Mereka mungkin sekali tidak biasa dengan abjad huruf besar yang digunakan untuk melabel sesuatu bucu.

Upload: guekpingang

Post on 07-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MISKONSEPSI

    Dalam pembelajaran tajuk geometri ( ruangdanbentuk ), murid-murid mengalami

    kesukaran untuk mengaitkan menyatakan perbezaan bagi bentuk geometri. Para

    murid mungkin sekali tidak dapat mengenalpasti sesuatu bentuk berdasarkan nama.

    Murid mungkin akan keliru dengan kubus dan kuboid. Murid juga mungkin akan

    membuat kesilapan dalam mengejanama bentuk geometri .

    Selain daripada itu, murid juga mempunyai kecenderungan untuk memberi fokus

    kepada bentuk objek. Sebagai contoh, apabila sesuatu bentuk segitiga dilukiskan,

    pelaja rmungkin akan memberikan nama berdasarkan tafsiran mereka sendiri seperti

    segitiga tegak, segitiga terbalik atau segitiga kurus. Oleh yang demikian, bentuk yang

    ingin dilukis hendaklah dilukis pada orientasi yang berbeza.

    Bukan itu sahaja, para murid mungkin tidak dapat membezakan sepenuhnya ciri-ciri

    yang terdapat pada bentuk yang berbeza seperti segiempat dan trapezium atau beza

    di antara segiempat samadan rombus.

    Sesetengah murid tidak mahir menggunakan alatan seperti pembaris dan jangka sudut

    untuk menentukan ukuran dan bacaan sudut sesuatu garisan. Malah ada murid yang

    tidak mengetahui fungsi dan kegunaan jangka sudut dengan menganggapnya hanya

    sebagai pembaris biasa.

    Di samping itu, murid kadangkala tidak dapat membayangkan permukaan, tepi dan

    sudut terlindung pada sesuatu objek. Murid juga mungkin mengalami kesukaran untuk

    melabel sesuatu bentuk dengan tepat. Mereka mungkin sekali tidak biasa dengan abjad

    huruf besar yang digunakan untuk melabel sesuatu bucu.

  • Antara miskonsepsi lain yang murid hadapi ialah murid mungkin menganggap garis

    sejajar adalah sama dengan garis simetri. Sebagai contoh, murid menganggap garis

    pepenjuru pada parallelogram adalah garis selari memandangkan kedua-dua garisan

    pepenjuru itu adalah sejajar.

  • PCK

    PEMAHAMAN

    Dalam pengajaran dan pembelajaran bentuk 2 dimensi, satu miskonsepsi umum yang

    dialami oleh pelajar ialah kekeliruan untuk mengenalpasti diantara segitiga sama sisi

    dan segi tiga sama kaki. Mereka gagal untuk menyatakan nama dan melukiskan

    bentuk tersebut dengan tepat. Sebagai contoh, mereka akan menyatakan (melukiskan)

    segi tiga sama sisi sebagai segi tiga sama kaki dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini

    jelas sekali menunjukkan pelajar gagal untuk membayangkan bentuk yang betul.

    TRANSFORMASI

    Oleh yang demikian, satu transformasi pengetahuan perlu dilakukan untuk

    membetulkan miskonsepsi tersebut. Guru menayangkan / mempamerkan gambar segi

    tiga sama sisi kepada pelajar dan meminta pelajar untuk menyatakan nama bentuk

    tersebut. Guru membimbing para pelajar ketika pelajar memberikan respon kepada

    soalan guru. Guru mengulang proses yang sama apabila menayangkan bentuk segi

    tiga sama kaki. Seterusnya guru menyatakan ciri-ciri segi tiga sama sisi dan segi tiga

    sama kaki. Dan yang paling penting sekali ialah guru perlu untuk cuba menanamkan

    kata kunci bagi mewakili kedua-dua segi tiga.

  • ARAHAN

    Guru membahagikan murid kepada pasangan. Guru mengedarkan kepingan dan kad

    nama segi tiga sama sisi dan sama kaki kepada setiap pasangan. Guru mengarahkan

    setiap pasangan untuk memadankan bentuk segitiga yang betul kepada kad namanya.

    Di sini murid akan berkolaborasi diantara satu sama lain untuk menentukan segi tiga

    yang sepadan dengan namanya. Guru akan memantau dan membimbing setiap

    pasangan.

    KETIGA-TIGA SISINYA SAMA PANJANG

    3 bucu

    2 SISI YANG SAMA PANJANG DAN 1 TAPAK

  • PENILAIAN

    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dimana terdapat 2 bahagian. Dalam

    bahagian A, murid hanya perlu untuk memadankan gambar segi tiga yang sepadan

    dengan namanya. Dalam bahagian B pula, murid perlu menuliskan nama yang tepat

    kepada gambar segi tiga yang dipaparkan. Apabila semua murid telah siap, guru

    melakukan semakan secara serentak dimana murid akan saling bertukar lembaran

    kerja. Guru akan menyatakan jawapan yang betul sementara murid pula akan

    menyemak hasil kerja rakan. Seterusnya apabila proses menyemak telah selesai,

    lembaran kerja akan dikembalikan. Guru mengarahkan murid untuk menyemak

    kembali lembaran kerja masing-masing. Dengan ini murid akan melalui 2 kali proses

    menyemak dan ini akan mengukuhkan lagi pemahaman murid tentang kemahiran yang

    dipelajari. Sekiranya murid menjawab salah, murid dikehendaki untuk membuat

    pembetulan.

    REFLEKSI

    Akhir proses pengajaran dan pembelajaran, guru menayangkan / mempamerkan

    gambar segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Kedua-dua bentuk itu masing-

    masing dilabelkan dengan huruf besar A dan B. Guru akan menunjukkan bentuk A

    dan meminta murid untuk menyebut nama bentuk tersebut dan proses yang sama

    dilakukan untuk bentuk B. Guru membimbing murid untuk menyatakan ciri-ciri kedua-

    dua segitiga.