tesis cik la

93
KEBERKESANAN PENGAJARAN PENULISAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KOOPERATIF NORZAILA BT MUHAMMAD YUSOF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Upload: azhelmi-helmi

Post on 19-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tesis

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN PENGAJARAN PENULISAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN

KAEDAH KOOPERATIF

NORZAILA BT MUHAMMAD YUSOF

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2015

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat

saya menyiapkan dengan jayanya Kajian Ilmiah ini dalam masa yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, saya tujukan kepada pensyarah

pembimbing, iaitu Dr.Abdul Talib Bin Mohamed Hashim yang banyak memberi bimbingan,

tunjuk ajar dan saranan kepada saya untuk menyiapkan kajian ilmiah ini.

Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan rakan yang

banyak membantu dan bekerjasama bagi menyiapakan kajian ilmiah ini. Segala pandangan,

cadangan serta teguran anda semua, hanya Allah swt sahaja yang akan membalasnya.

Akhirnya, penghargaan ini saya tujukan kepada semua ahli keluarga saya kerana dapat

memahami suasana dan mengorbankan keselesaan yang sepatutnya dikecapi bersama sepanjang

proses saya menyiapkan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua anak-anak saya kerana memahami bebanan ibu mereka dan sentiasa memberi

kerjasama yang sangat baik hingga saya berjaya menyiapkan kajian ilmiah ini.

Sekian wasalam.

Norzaila Muhammad Yusof,

D20111049740 KUMPULAN 11

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM,PERAK.

ABSTRAK

Kajian ini membentangkan tentang pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu

strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain. Menurut

Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-

pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran

koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu

untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran

dengan meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi

kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu.

Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri daripada empat hingga enam orang

ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam

beberapa minggu (Sharan dan Sharan,1992). Semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan

pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada

pembelajaran mereka sendiri.

Selain daripada idea berkerjasama, kaedah pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan

kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua

ahli dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan (Slavin, 1990).

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar yang berada di dalam kelas sederhana serta kurang

menunjukkan minat terhadap pelajaran Bahasa Melayu lebih lebih lagi dalam pembelajaran

penulisan.

Data kualitatif dan kuantitatif telah didapatkan melalui pengajaran di bilik darjah, borang maklum

balas dan temubual dengan pelajar tersebut. Secara umum, dapatan kajian menunjukkan bahawa

terdapat perubahan dalam sikap dan motivasi para pelajar ini terhadap pembelajaran Bahasa

Melayu. Kajian ini juga diharap dapat meninjau bagaimana kaedah ini berupaya memberikan satu

suntikan semangat kepada para pendidik agar menggunakan Pembelajaran Kooperatif bagi

menimbulkan keseronokan belajar dan dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menarik.

Abstract

The present study on cooperative learning. Cooperative learning is a teaching strategy in which

students help each other in each other. According Effandi Zakaria (1998), cooperative learning is

a teaching strategy in which students help each other to each other in small groups. Cooperative

learning occurs when students work in groups, share ideas, help each other to solve problems,

and make sure all team members to master their subject matter by asking for help from the

teacher. Teachers examine and give a grade based on the group's performance, sometimes by

individual grades.

In cooperative learning groups are usually made up of four to six members. Members in this

group usually remain for a certain period, for example, in a few weeks (Sharan and Sharan,

1992). All methods of cooperative learning requires students responsible for learning their team

mates other than their own learning.

Apart from the idea of collaboration, team teaching method emphasizes student team goals and

team success, it can be achieved when all members of the team gave the necessary commitments

(Slavin, 1990).

The study involved 30 students who are in the middle class and the less shown interest in the

Malay Language is more in the learning of writing.

Qualitative and quantitative data were obtained through classroom teaching, feedback forms and

interviews with students. In general, the results show that there is a change in attitude and

motivation of the students towards learning English. This study also aims to look at how this

method can give a boost to the teachers to use cooperative learning to create learning and fun at

the same time help make teaching and learning more meaningful and interesting.

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 6 - 7

1.2 Latar Belakang Kajian 7 - 10

1.3 Pernyataan Masalah 10 - 12

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Kerangka Konsep Kajian 13

1.5 Persoalan Kajian 13

1.6 Kepentingan Kajian 14 - 15

1.7 Batasan Kajian 15

1.8 Definisi Istilah 15 - 17

1.9 Rumusan 18

Bab 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 19 - 20

2.1.1 Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam

penulisan bahasa Melayu.

2.2 Teori Dan Konsep 20 - 21

2.3 Kajian Lepas 21 - 22

2.4 Rumusan 22

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan 22 - 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23 - 24

3.3 Populasi Dan Persampelan 24

3.4 Kajian Rintis 24 - 25

3.5 Instrumen Kajian 25 - 26

3.6 Pengumpulan Data 26 - 27

3.7 Analisis Data 27

3.8 Rumusan 27 - 28

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 4 - 9

4.2 Analisa Dapatan Kajian 9 - 10

4.2.1 Saranan Saranan 10 - 11

4.3 Rumusan 11 - 12

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 12

5.2 Perbincangan Berdasarkan Soalan Kajian 12

5.2.1 Persoalan Kajian 1 12 - 13

5.2.2 Persoalan Kajian 2 13 - 14

5.2.3 Persoalan Kajian 3 15

5.2.4 Persoalan Kajian 4 15

5.3 Cadangan Kajian 16

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 17

5,5 Penutup 17

RUJUKAN 81

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 41

Jadual 3.2: 42

Jadual 3.3 : 44

Jadual 3.4 : 46

Jadual 3.5 : 47

Jadual 4.1: 52

Jadual 4.2: 53

Jadual 4.3: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif 55

Jadual 4.4: Perbezaan tahap penglibatan pelajar dalam 66

pembelajaran koperatif berdasarkan jantina

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 11

3.1 Kerangka Operasi Kajian 48

SENARAI LAMPIRAN

A Pemerhatian situasi pembelajaran biasa sebelum kajian 89

B Pemerhatian situasi pembelajaran kaedah koperatif selepas kajian. 92

C Surat & borang pengesahan 99

D 105

E Dapatan Analisis Kajian Sebenar 10

F

G Ujian Pra.

H Ujian Pos

BAB 1

PENGENALAN 

1.1 Pendahuluan 

Pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang

dikehendaki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada

perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Tugas

guru semakin mencabar dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk

membantu setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Perancangan

pengajaran yang baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk

menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan bermotivasi kepada pelajar. Pelajar juga

digalakkan untuk membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan

idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd.Fazli, 2001).

Salah satu pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran

kooperatif. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk

memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman

mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan pelajar. Di peringkat sekolah rendah pelajar-pelajar yang baru

memasuki peringkat ini perlu diajar dan diterapkan nilai pembelajaran kendiri dan berdikari agar

mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Kaedah kumpulan sama kebolehan

membolehkan guru membimbing pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-

aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan

pelbagai kebolehan telah memberi peluang mengamalkan pengajaran rakan sebaya, memupuk

semangat kerjasama dan bertimbangrasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial.

Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah

dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi pencapaian akademik ,kepekaan positif kepada

kepelbagaian dan pemantapan kemahiran sosial

Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu

pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang

diterangkan di bawah:

K Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)

I Include everyone (libatkan semua ahli – elakkan passenger)

S Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)

S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)

E Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)

S Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua /berempat dalam jarak lebih

kurang 6 inci.)

Oleh kerana itu, pendidik memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar untuk

meningkatkan minat kecenderungan pelajar ke arah pembelajaran. Oleh yang demikian, sebagai

pendidik, kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan

kecenderungan mereka ke arah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian

terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina.

1.2 Latar Belakang Kajian

 Kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu

dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan jenis fakta untuk murid-

murid Tahun 5 Inovatif demi meningkatkan pencapaian mereka dalam  Bahasa Melayu. Kajian

ini juga digunakan sebagai alat pengukur bagaimana kaedah ini boleh memantapkan pencapaian

murid dalam Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid di SK Slim River, Slim

River,Perak dari kelas Tahun 5 Inovatif seramai 30 orang. Murid-murid dari kelas ini datangnya

dari keluarga yang berpendidikan sederhana. Kebanyakan daripada mereka hanya mengharapkan

pengajaran daripada guru semata-mata. Hasil temuramah yang dibuat terhadap murid-murid

didapati kebanyakkan ibu bapa mereka tidak ada masa untuk mengajar anak mereka di rumah.

Lebih-lebih lagi pada masa sekarang mata  pelajaran Bahasa Melayu dianggap tinggi arasnya

berbanding semasa ibu bapa mereka di zaman persekolahan dahulu.

Banyak istilah-istilah yang tidak difahami oleh mereka. Daripada pemerhatian pengkaji murid-

murid kurang mahir menulis karangan terutamanya karangan yang berbentuk fakta. Lantaran itu

pengkaji sebagai seorang  pendidik Bahasa Melayu merasakan tanggungjawab dalam membantu

mereka untuk menguasai kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu. Dengan itu, pengkaji telah

memilih kaedah koperatif untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran yang diajar di

bilik darjah. Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai

(Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran

bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd.  Nor, 2005).

Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa

dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002).

Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu  pemikiran sebelum

menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas

karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa

penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan

penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut,  pengajaran bahasa memerlukan masa dan

peluang yang sesuai bagi menjadikan murid  penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan

karangan, murid-murid mengalami dua  proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti

Zaleha M. Hashim, 2005).

Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara  jelas,

tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk

tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan

huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh

itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di

bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan

bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta,

naratif, sajak, pantun, dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis

mengakibatkan  pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan.Kemahiran

mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja kiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan

juga  penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001).

Proses kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan

yang dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang

tinggi. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), guru harus

melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin ilmu

dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mesti sesuai dengan

kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian

masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid

terhadap pelajaran.

Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri pembelajaran

konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial. Pembelajaran secara

konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa kemahiran seperti lebih

berfikir, lebih memahami, lebih mengingati, berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokan (Pusat

Perkembangan Kurikulum 2001). Kaedah yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu

faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam

melakukan tugasan. Oleh itu salah satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam

melancarkan  proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran

Koperatif (KPK). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri

daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat

yang sama (Salvin, 1982).

Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi

juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling

bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka,

akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan

kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya

terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan  pergaulan antara individu dan motivasi diri

(Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan

dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin

Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong-menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu

dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar

(Johnson & Johnson, 1989).

1.3. Pernyataan Masalah

 Bahasa Melayu juga sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dalam kalangan

pelajar Melayu apatah lagi pelajar bukan Melayu. Pemasalahan dalam pengajaran dan

pembelajaran memang tidak dinafikan. Hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat menguasai dan

mencapai prestasi yang baik dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana kaedah pengajaran yang

kurang efektif. Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan memastikan kemahirannya dapat

dikuasai oleh pelajar dengan baik. Justeru itu, pengkaji menganggap  bahawa Bahasa Melayu

boleh menjadi satu mata pelajaran yang mudah dan digemari sekiranya pelajar diajar dengan

menggunakan kaedah koperatif. Pelajar selalu menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran

yang diajar di dalam  bilik darjah kerana kebanyakannya telah membina satu konsep dan

anggapan yang salah  bahawa Bahasa Melayu adalah sukar.

Ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak tahu apa tujuan sebenarnya mereka belajar Bahasa

Melayu, sama ada untuk tujuan peperiksaan semata-mata atau untuk kegunaan penyelesaian

masalah harian dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sering beranggapan bahawa tidak

perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana bahasa pertuturan harian mereka sudah

cukup untuk difahami untuk menyampaikan maklumat. Pelajar yang lemah selalu menghadapi

masalah untuk memahami sesuatu kemahiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perasaan takut

dan bosan juga selalu menjadi tabiat, khasnya bagi subjek yang mereka tidak diminati.

Perkara seperti ini sering berlaku di dalam bilik darjah. Lantaran itu, untuk mengatasi masalah-

masalah di atas, satu kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan kaedah kooperatif. Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi

oleh seseorang ialah untuk memulakan penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar

persoalan kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang

berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang serupa (Flower, 1985

dalam Roselan Baki, 2003).

Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai keputusan

yang baik dalam peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah (PMR)

mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan bahasa yang lemah dalam

kalangan murid Cina menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang akademik rendah kerana

mereka tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan berkesan melalui tulisan. Penutur

Bahasa Melayu keturunan Cina adalah yang paling banyak menghadapi masalah gangguan

bahasa ibunda dan pengaruh dialek tempatan dalam penguasaan bahasa (Abdul Aziz Abd. Talib,

2000). Hal ini disebabkan struktur Bahasa Cina berbeza dengan Bahasa Melayu.

Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam  penulisan.

Murid kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan guru. Ini  berlaku terutama

bagi karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk naratif. Pemeriksaan terhadap beberapa

buah buku karangan yang ditulis oleh murid dan dalam ujian di sekolah memperlihatkan bahawa

pencapaian dalam penulisan karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang

memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan dalam

kalangan murid bukan Melayu kurang memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata (diksi), kosa

kata, struktur ayat, jenis ayat dan sebagainya. Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga

tidak dapat dinafikan dengan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam

kelas.

Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan

murid menjadi  pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan (Roselan

Baki, 2003). Cara dan gaya pengajaran guru dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan

secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk dan mengamalkan pendekatan membincangkan isi untuk

menghabiskan sukatan pelajaran Tambahan pula, suasana dalam kelas lebih  berorentasikan

peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.

Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan khususnya

dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk meneroka maklumat

sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal dari segi isi, bukan berperanan

membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan

begini sebenarnya akan mendorong murid terlalu banyak  bergantung kepada guru. Keadaan ini

seterusnya menyebabkan murid kurang  berkemahiran untuk mengarang.

1.4 Objektif Kajian

 Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam

pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta. Objektif kajian secara terperincinya ialah

ingin mencapai objektif berikut:-:

1. Untuk mengkaji sikap murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar

dengan menggunakan kaedah koperatif.

2. Untuk mengkaji motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar

dengan menggunakan kaedah koperatif.

3. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan prestasi murid-

murid Tahun 5 dalam penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

1.5 Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian bagi pembelajaran koperatif yang

mengandungi tujuh elemen pembelajaran berkumpulan iaitu saling bergantungan yang

positif, bertanggungjawaban individu, kemahiran antara perseorangan dan kumpulan

kecil, peruntukan dan pengurusan masa, pembentukan kumpulan dan heterogenous,

arahan dan objektif pembelajaran yang jelas dan interaksi bersemuka. Daripada tujuh

elemen tersebut pengkaji mengenalpasti penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif

di dalam kelas. Seterusnya, di akhir kajian pengkaji dapat mengetahui sama ada tahap

penglibatan pelajar berada pada tahap yang rendah atau tinggi dan dapat meningkatkan

prestasi pelajar dalam pembelajaran mereka.

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian (Stahl, 1994) : Sumber internet

1.6 Persoalan Kajian

 Persoalan kajian merupakan persoalan yang mana jawapannya akan dapat membantu dalam

bidang kajian yang dilakukan kelak. Ia juga merupakan suatu pernyataan yang mengenalpasti

fenomena kajian yang diselidik. Ia ditulis dalam bentuk soalan. Untuk mencapai tujuan dan

objektif kajian, soalan kajian berikut telah digunakan :-

Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah sikap murid-murid Tahun 5

terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?

1. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah motivasi murid-murid

Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?

3. Apakah Kaedah koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam

penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 ?

1.7 Kepentingan Kajian

Pembelajaran koperatif di dalam kelas murid-murid dapat mengembangkan minat mereka

terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Kaedah ini juga telah membantu mereka untuk

menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu yang diajar.

Melalui kaedah ini, murid-murid dapat membiasakan diri dalam perbincangan dan mengeluarkan

idea-idea dan pendapat bersama. Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan berfikiran

terbuka dan kreatif. Komunikasi dalam kumpulan telah melatih mereka menjadi lebih berani dan

dapat berinteraksi dengan rakan lain tanpa rasa malu dan segan. Murid-murid dapat meneruskan

sesi pembelajaran dengan lebih seronok tanpa  bosan. Mereka juga dapat melibatkan diri dengan

aktif dalam pembelajaran seterusnya. Ini sudah tentu dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka

dalam peperiksaan.

Hasil kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada tenaga pengajar untuk menangani

masalah dan tanggapan serta pendapat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Disamping

itu kajian ini juga dapat merintis jalan untuk menarik minat dan memotivasikan murid-murid

terhadap Bahasa Melayu. Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaikan

buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya

Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil

bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan

tertinggal tanpa keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan

tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Mahrom Mamat, 2000). Justeru,

kajian ini diharap dapat memberi maklumat tentang keberkesanan kemahiran menulis karangan

fakta kepada murid, guru-guru dan juga para penyelidik  pada masa akan datang.

Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai masalah tidak  berminat

untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran dan  pembelajaran dan

pelajar yang sering menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Oleh demikian, kajian ini

dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di SK Slim

River, Slim River, Perak dalam  penguasaan kemahiran menulis karangan fakta. Kepada guru-

guru Bahasa Melayu, kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran kooperatif yang boleh dicuba

dalam pengajaran menulis karangan Bahasa Melayu.

Justeru, kajian ini diharap akan menjadi satu amalan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan

mencuba kaedah baru dalam pengajaran penulisan. Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu menjadi lebih menarik. Kajian ini juga diharap dapat menambah koleksi bahan

rujukan tentang penyelidikan yang dijalankan dalam bidang penulisan pada masa akan datang

yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada para penyelidik.

1.8 Batasan Kajian

 Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan murid-murid Tahun 5 seramai 30 orang. Kajian

ini dijalankan di SK Slim River, Slim River, Perak. Semua aktiviti kajian dilaksanakan di dalam

kelas. Kajian ini hanya tertumpu kepada kaedah kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan satu topik

kemahiran iaitu kemahiran menulis karangan fakta. Soalan- soalan ujian diambil daripada topik

yang diajar pada masa itu.

Namun begitu ada beberapa aspek yang mungkin menjadi penghalang semasa kajian dijalankan.

Antaranya ialah:-

1. Motivasi dan minat murid-murid berbeza.

2. Pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu adalah berbeza.

3. Waktu mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza (pagi / tengahari ).

4. Pelajar mungkin mahir dalam kemahiran menulis jika telah mempelajarinya di kelas

tambahan.

1.9 Definisi Pembolehubah

 Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu dijelaskan. Antara

istilah dan konsep yang perlu dijelaskan ialah:

a. Keberkesanan pembelajaran

 Perkataan 'keberkesanan' berasal daripada 'kesan'. Kamus Dewan (2002:663) 'kesan' membawa

maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau keburukan.

Manakala 'keberkesanan' membawa maksud berkesannya sesuatu tindakan atau perbuatan. Dalam

kontek kajian ini 'keberkesanan' bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada  penggunaan

kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan karangan fakta dalam kalangan murid

Melayu dan bukan Melayu.

b. Kaedah Pembelajaran Kooperatif 

Perkataan 'kaedah' mengikut Kamus Dewan (1993:513) bermaksud cara atau aturan membuat

sesuatu. Selain itu 'kaedah' merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa bagi mencapai tujuan-

tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh satu-satu kaedah itu

(Arbak Othman, 1989:13). 'Kaedah' juga membawa maksud langkah-langkah dan peringkat-

peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau  bahagiannya, sesuai dengan

pendekatan yang dipegang (Abdullah Hassan, 1996:114).

Manakala Kaedah Pembelajaran Kooperatif ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem

pembelajaran dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, murid-murid digalakkan

berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini

membolehkan pelajar heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat

bersama (Gan, 1999). Hal ini bermakna, pengelompokan murid kepada kumpulan kecil

merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini.

Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan -kumpulan murid berkenaan untuk berbincang

dan melantik ketua, pencatat,  pelopor dan seumpamanya.

Aktiviti ini sangat penting kepada murid yang lemah menguasai literasi membaca dan menulis.

Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran Giliran dan Meja

Bulat. Melalui KPK murid dapat belajar secara bekerjasama untuk mencapai matlamat

pembelajaran dalam penulisan karangan. Teknik Putaran Giliran (Round Robin), setiap ahli

dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran

giliran mereka (Kagen, 1994: Zawiyah Abd Shukor, 2001).

Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing

sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah

proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih

jelas dan bermakna. Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat

berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. (Kagan,

1994; Zawiah Abd Shukor, 2001). Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan

tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar

perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat  bermakna. Akhirnya,

menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.

 Menulis karangan adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi

(Yahya Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis

sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai

jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan

ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas. Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999)

penulisan ialah urutan ayat-ayat yang disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara

satu sama lain dengan cara-cara tertentu. Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek.

Walau  bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk satu kesatuan yang jelas

maksudnya. Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa

dalam menyusun perkataan, rangkaikata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang

mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang

jelas dan tersusun. (Kamarudin Hj. Husin, 1998). Dalam konteks kajian ini, penyelidik membuat

penilaian tentang karangan karangan fakta. Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta

dan huraian yang mantap.

Segala tanggapan yang bertentangan sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan hujah-

hujah dan fakta sebagai pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian

sokongan yang mengandungi keterangan, contoh, analogi, anekdot atau ungkapan berwibawa

(Roselan Baki, 2003). Dalam konteks kajian ini, karangan fakta merujuk kepada suatu tajuk

perbincangan atau pendapat yang memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti

untuk menyokong pernyataan.

10.0 Rumusan

Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa sebelum

menjalankan sesuatu kajian kita perlulah menyelidik beberapa perkara terlebih dahulu seperti

bidang kajian, sasaran, objektif kajian dan persoalan-persoalan yang perlu diketahui serta

beberapa maklumat lain yang perlu terlebih dahulu agar kajian yang akan kita jalankan akan

mendapat manfaatnya bersama.

Di dalam Bab 1 ini penyelidik telah menjelaskan pengenalan kepada kajian yang dijalankan.

Seterusnya dijelaskan juga beberapa isu yang wujud di dalam pembelajaran kooperatif bagi

menyokong pernyataan masalah. Tumpuan diberikan kepada penglibatan pelajar dalam

pembelajaran kooperatif bagi meningkatkan pencapaian akademik dan serta mengetahui masalah

pelajar semasa menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Bab 1 ini

juga menerangkan mengenai perangkaan awal bagi melaksanakan kajian, sebagai panduan bagi

memastikan setiap langkah yang diambil dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

BAB 2

 

TINJAUAN LITERATURE

2.1 Pengenalan

  Bab ini akan mempersembahkan hasil kajian-kajian yang terdahulu berkaitan dengan

pembelajaran kooperatif. Ia juga melihat kelebihan dalam menggunakan kaedah kooperatif untuk

meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bab ini

juga membincangkan aspek yang berkaitan tinjauan literature seperti teori yang mendasari

pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis karangan, rajah pembelajaran koperatif, ciri-

ciri karangan yang bermutu, prinsip-prinsip  pembelajaran kooperatif, kesan pembelajaran

koperatif dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan pembelajaran kooperatif.

2.1.1 Kaedah Pembelajaran Kooperatif dalam penulisan bahasa Melayu

 

Dalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa sepanjang proses menulis karangan,

murid seringkali berinteraksi dengan kawan-kawan walaupun guru tidak membenarkan mereka

bercakap dan berkongsi pendapat ketika menulis karangan dalam bilik darjah. Sauders dalam

Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya  bekerjasama dengan rakan sebaya dalam

pembelajaran menulis terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan

bersama dan menerbitkan bersama.

Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Melayu iaitu

menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan

karya yang diingini. Menulis berkolaboratif dilakukan secara  berpasangan secara bergilir-gilir

untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan  perenggan dalam karangan untuk

membantu murid yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkooperatif ialah satu

kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan

murid akan sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-

sama mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian.

Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan penting untuk menghubungkan orang yang lebih

berkebolehan, iaitu guru dan murid-murid yang lebih pintar dengan  pelajar yang sedang

menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003).

Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan membawa

memberi idea atau pendapat dalam penulisan karangan seperti yang terkandung dalam Kaedah

Pembelajaran Kooperatif. Berdasarkan teknik-teknik dan prinsip-prinsip Kaedah Pembelajaran

Kooperatif (KPK), pengkaji menggunakan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat dalam

penulisan karangan fakta. Dalam teknik ini setiap ahli kumpulan akan mengutarakan pendapat

masing-masing secara lisan mengikut giliran. Dengan proses ini berlakulah proses  pertukaran

pandangan antara satu sama lain untuk mendapat idea yang lebih jelas dan  bermakna.

Aktiviti berkongsi maklumat ini dilaksanakan oleh ahli kumpulan agar perkara yang

dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang boleh di bawa dalam bentuk  penulisan. Menerusi

teknik ini murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Jika dijalankan dengan

sempurna , setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk menguasai sesuatu topik serta

berpeluang berkongsi pengetahuan dengan ahli kumpulan yang lain.

Untuk tujuan ini, pelajar perlu memahami topik dan bukan hanya sekadar menghafal sahaja. Ini

akan mengakibatkan pemprosesan yang tinggi, yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya

membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang baik. Justeru, kumpulan murid yang diajar

dengan pendekatan pembelajaran koperatif mencatat pencapaian yang lebih tinggi berbanding

kumpulan yang diajar melalui kaedah tradisional (cheah dan Poon, 1998). Dengan menggunakan

kaedah kumpulan kecil,  pelajar-pelajar dapat berkongsi kekuatan dan membaiki kelemahan

masing-masing.

Selain itu, kemahiran interpersonal dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesai masalah

bersama-sama. Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran

koperatif dalam menulis karangan Bahasa Melayu, mendapati  bahawa terdapat perbezaan dan

peningkatan dari segi penulisan karangan.Terdapat  perbezaan yang signifikan antara pencapaian

pelajar dalam menulis karangan sebelum dan selepas dirawat dengan kaedah pembelajaran

koperatif. Hasil hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya

meningkatkan pengetahuan kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.

2.2.1 Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif

Menurut Mok Soo Sang (2002) terdapat beberapa ciri-ciri pembelajaran kooperatif. Antaranya

ialah :

i. Pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan kooperatif dalam pembelajaran kumpulan.

Pembelajaran kooperatif merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan

pelajar berfikir secara aktif. Pelajar digalakkan berfikir sendiri kemudian berbincang secara

berkumpulan. Para pelajar juga diminta memberi pendapat atau pandangan dan banyak

bertanyakan soalan mengenai topk pembelajaran yang telah dipelajari. Pelajar juga digalakkan

mencari maklumat tambahan atau bahan rujukan lain bagi memantapkan lagi pemahaman dalam

bahasa Melayu Penulisan.

ii. Pelajar dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab berkongsi.

Dalam pembelajaran kooperatif sikap akauntabiliti dan tanggungjawab berkongsi adalah tinggi.

Pelajar yang lemah akan sentiasa dibantu oleh pelajar kumpulan kooperatif lain. Antara ahli

kumpulan akan berkongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

iii. Kemahiran sosial dapat dipupuk dalam pembelajaran kooperatif.

Pembelajaran kooperatif merupakan satu sosial. Ini adalah disebabkan pembelajaran koopertif

berupaya menghasilkan perasaan yang positif antara satu sama lain, mengurangkan rasa tersisih

dan kesunyian, membina perhubungan saling membantu, meningkatkan pencapaian melalui

aktiviti-aktiviti kognotif sera memperbaiki kemahiran sosial.

iv. Kesedaran bahawa pembelajaran kooperatif adalah kunci pencapaian yang lebih baik

daripada pembelajaran diri sendiri.

Di dalam pembelajaran kooperatif , kesedaran motivasi dapat ditingkatkan melalui perbincangan

bersama ahli kumpulan yang lain. Pelajar akan mudah faham menerusi pembelajaran kooperatif

kerana jika maklumat atau konsep yang tidak fahami asalah seorang ahlli kumpulan, ahli

kumpulan yang lain akan menolong menerangkannya.

2.2 Teori Dan Konsep

Rosni Yusof (1999) telah mengunakan kaedah pembelajaran kooperatif STAD (Students

Teams- Achievement Division) atau dikenali sebagai Kumpulan Pembahagian Pencapaian Murid,

bagi melihat pencapaian pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Melaka

dalam aspek tersebut. Hasil eksperimen selama empat minggu mendapati bahawa pendekatan

kooperatif amat berjaya berbanding dengan kaedah tradisional.

Kajian yang serupa dilakukan oleh Suraya (1999) dalam Masitah Zainuddin (2005), di Negara

Brunei Darul Salam. Beliau menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif STAD, ke atas pelajar

tingkatan tiga dalam jangka masa enam minggu. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan

pembelajaran kooperatif begitu berkesan berbanding tradisional.

Ahmad Zaini Yaacob (2000) yang mengkaji tentang kesan pembelajaran kooperatif dalam

kalangan pelajar tingkatan empat di luar bandar. Beliau telah menyelidik cara pembelajaran

kooperatif dapat meningkatkan mutu penulisan pelajar. Enam aspek yang spesifik dalam

penulisan karangan telah ditumpukan dalam kajian beliau iaitu kematangan fikiran,

perbendaharaan kata, olahan, struktur kata, isi dan kesalahan bahasa. Beliau telah mendedahkan

teknik kooperatif kepada kumpulan rawatan. Mereka diajar cara bekerjasama dalam kumpulan

untuk menghasilkan karangan. Pelajar yang didedahkan dengan kaedah ini didapati meningkat

dari segi perancangan, penjanaan idea, mencari bahan, olahan dan struktur kata dalam karangan

pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan pembelajaran kooperatif dapat meningkatkan aspek-

aspek tersebut dalam mutu penulisan pelajar.

Mengikut Slavin (1990), fungsi utama STAD ialah kumpulan pelajar yang mengikuti

KPK memberi sokongan antara ahli kumpulan untuk pencapaian akademik yang

cemerlang.Interaksi dalam kumpulan kecil membantu pelajar menganalisis, berbincang dan

sintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar dalam konteks yang

lebih bermakna.Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa terdapat dua teori yang menyumbang

ke arah pencapaian KPK iaitu teori motivasi dan teori kognitif.

Menurut perspektif motivasi, struktur insentif secara kooperatif membentuk satu situasi di mana

cara untuk seseorang pelajar mencapai matlamat sendiri ialah apabila kumpulannnya mencapai

matlamat tersebut.Dengan itu pelajar adalah didorong untuk mengambil inisiatif diri dalam usaha

membantu ahli kumpulannya untuk belajar dan berjaya bersama.

Dalam perspektif kognitif pula, pembelajaran dianggap sebagai satu proses pemikiran dan

pembinaan, pelajar akan terlibat secara aktif dalam proses integrasi pengetahuan baru dengan

pengetahuan sedia ada untuk mencapai objektif pembelajaran yang dijangkakan.Vygotsky

(1978), menyatakan aktiviti kolaboratif antara kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan

fikiran yang matang. Manakala Piaget (1926), percaya bahawa pengetahuan seperti bahasa, nilai

dan sistem simbol hanya dapat dikuasai melalui interaksi antara satu sama lain.

Zakaria Kassim (2003) bersetuju bahawa kaedah pembelajaran kooperatif dapat mengendalikan

pelajar melaksanakan tugas-tugas secara bersemuka. Kaedah pembelajaran kooperatif juga

mendorong pelajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya secara harmoni. Dengan

cara demikian, kaedah pembelajaran koperatif memupuk nilai-nilai murni seperti kejujuran,

bekerjasama, saling menghormati, bertanggungjawab, bertolak-ansur berperikemanusiaan,

sanggup berkorban sepakat dan berinisiatif. Pelaksanaan tugas secara berkooperatif dapat

menumpukan pelakuan dan keyakinan diri murid

Walaupun dapat dilihat kesan Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran,

kajian yang dijalankan terhadap para pelajar dan pengajaran Bahasa Melayu seperti ketandusan.

Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji keberkesanannya dari perspektif yang berbeza sebagai seorang

guru Bahasa Melayu.

Secara ringkasnya, interaksi dalam kumpulan kecil membantu pelajar menganalisis, berbincang

dan bersintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar dalam konteks

yang lebih bermakna. Dengan menggunakan kaedah kumpulan kecil, pelajar-pelajar dapat

berkongsi kekuatan dan membaiki kelemahan masing-masing. Selain itu, kemahiran interpersonal

dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesaikan masalah bersama-sama. Melalui

penempatan ke dalam kumpulan dan memberi tugasan kepada mereka menyebabkan mereka

perlu bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain. Tanggungjawab menyelesaikan

tugasan merupakan kaedah yang amat baik untuk memberi peluang kepada pelajar memenuhi

keperluan sosial mereka. Permuafakatan ini akan membantu dan menggalakkan pembelajaran

yang aktif.

2.3 Kajian Lepas

Terdapat banyak kajian-kajian yang lepas yang ada berkaitan dengan pembelajaran

kooperatif yang dijalankan oleh penyelidik samada dari dalam negara dan luar negara. Kajian-

kajian lepas yang telah dijalankan merupakan kajian yang berkaitan dengan tahap amalan

pembelajaran koopertif di sekolah-sekolah.

2.3.1 Kajian Dalam Negara

Dalam konteks di Malaysia, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat

pembelajaran serta aktiviti dalam Pembelajaran Kooperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga

mendapati pendekatan Pembelajaran Kooperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni,

mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di

kalangan murid, maka Pembelajaran Kooperatif adalah amat sesuai dilaksanakan di sekolah-

sekolah di Malaysia.

Dalam kajian Zulkifli bin Abd Wahab daripada Universiti Putera Malaysia yang telah

menjalankan kajian tentang keberkesanan pembelajaran kooperatif dalam matapelajaran bahasa

Melayu Penulisan adalah berkisar di tiga buah sekolah di sekitar Daerah Muar. Kajian ini

dilakukan pada 2007. Menurut beliau,tahap amalan pembelajaran kooperatif dikalangan murid

adalah tinggi dan manakala menurut perspetif guru adalah sederhana. Bagaimanapun,

pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian murid.

Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam Pembelajaran Kooperatif ialah murid

dilatih untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan, semuanya

merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa depan.

Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah Pembelajaran

Kooperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil

adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma Pendidikan Malaysia

terus memberikan penekanan dalam kaedah Pembelajaran Kooperatif .

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji mengenai Pembelajaran

Kooperatif dan kesannya terhadap pembelajaran. Dalam kajian mereka, Nor Azizah Salleh, Siti

Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001) mendapati bahawa Pembelajaran Kooperatif adalah

kaedah yang menarik dan dapat menerapkan nilai-nilai murni.Selain itu, kajian mereka

membuktikan Pembelajaran Kooperatif dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar-pelajar

terhadap pelajaran Sains.

Abdul Halim Mohd Noh (2000), dalam kajian kesnya terhadap Pembelajaran Kooperatif dalam

Mata Pelajaran Sains di Selangor, mendapati terdapat persepsi yang baik terhadap penerapan

nilai-nilai murni kemahiran belajar dan pencapaian serta sikap yang baik lagi positif terhadap

subjek Sains dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Kajian Abdul Halim ini disokong oleh

Effendi Zakaria dan Zanaton Iksan (2007) dalam artikel yang menekankan bahawa Pembelajaran

Kooperatif harus digunakan sebagai menggantikan kaedah mengajar Matematiks dan Sains yang

tradisional di Malaysia. Ini dapat membantu mempertingkatkan pembelajaran di negara itu.

2.3.2 Kajian Luar Negara

Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008) telah membuat kajian yang

meninjau keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam menangani masalah gangguan

pembelajaran dalam kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah di Chicago, Illinois

pada tahun 2008. Dapatan kajian menunjukkan Pembelajaran Kooperatif merupakan strategi yang

berkesan untuk mengurangkan masalah gangguan di bilik darjah serta berupaya meningkatkan

kemahiran sosial yang positif.

Ini disokong oleh Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999) yang mendapati Pembelajaran

Kooperatif bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi juga berkesan

untuk memupuk kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan

berkomunikasi.Walaupun dapat dilihat kesan Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran dan

pembelajaran, kajian yang dijalankan terhadap para pelajar dan pengajaran Bahasa Melayu

seperti ketandusan.Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji keberkesanannya dari perspektif yang

berbeza sebagai seorang guru Bahasa Melayu.

2.4 Rumusan 

Daripada tinjauan literatur yang dibuat, ketidakbolehan menguasai teknik menulis karangan

memang merupakan suatu fenomena yang perlu diatasi sebelum murid mempelajari sesuatu ke

peringkat yang lebih lanjut. Berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pembelajaran

kooperatif mampu memberikan kesan yang positif terhadap murid. Ini adalah kerana

pembelajaran kooperatif ini dapat membentuk sifat keyakinan pada diri sendiri dan ini membantu

para murid untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajaran. Guru juga dapat menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa strategi pengajaran dan

pembelajaran secara kooperatif mendatangkan kesan yang positif sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas rawatan.Sikap dan perlakuan mereka didapati mengalami perubahan

menerusi pembelajaran kooperatif.Mereka melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang

dirancang oleh guru kerana mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan imej kumpulan masing-

masing.Semangat perpaduan, kerjasama dan saling membantu amat penting memandangkan

kaedah pembelajaran yang menekankan persaingan. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa

pembelajaran kooperatif juga sesuai digunakan dalam apa jua mata pelajaran yang hendak

diajarkan kepada pelajar. Kesimpulan yang dapat kita buat di sini ialah peningkatan pencapaian

murid dalam bahasa Melayu Penulisan adalah bergantung kepada kesesuaian kaedah yang

digunakan.

BAB 3

 

METODOLOGI KAJIAN

 

3.1 Pengenalan

 Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian

ini.Aspek-aspek yang dibincangkan ialah reka bentuk kajian, pemilihan sampel kajian, proses

pengumpulan data, dan analisis data yang merupakan aspek-aspek penting yang menentukan

kejayaan kajian ini.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk eksperimen yang merangkumi kajian kuantitatif dengan mencari

frekuensi dan peratus.Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpul maklumat

serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan menggunakan

kaedah kooperatif, pengkaji telah melihat sejauh mana keberkesanan kaedah tersebut dan

seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam  bahasa Melayu. Pengkaji pada mulanya,

telah memerhatikan pengajaran dan  pembelajaran bahasa Melayu yang dijalankan di dalam bilik

darjah.Selepas pemerhatian tersebut, pengkaji telah mengedarkan satu borang latar belakang

kepada semua murid yang terlibat dalam kajian.

Tujuan utamanya adalah untuk memperolehi maklumat-malumat mengenai latarbelakang

pengetahuan, minat terhadap bahasa Melayu dan juga cara pembelajaran mereka. Seterusnya satu

ujian pra telah diberikan kepada murid untuk mengetahui  pencapaian mereka. Setelah mendapat

maklumat-maklumat yang diperlukan, pengkaji telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran

secara koperatif. Sehabisnya pengajaran  penulisan karangan fakta, pengkaji telah memberi satu

lagi ujian pos kepada murid untuk mengetahui pencapaian mereka dengan menggunakan kaedah

kooperatif. Keputusan murid telah disemak dan dibandingkan dengan pencapaian mereka

sebelum penggunaan kaedah kooperatif.

3.3 Populasi dan Persampelan

 

Sample yang dipilih terdiri daripada murid Tahun 5 seramai 30 orang di SK Slim River, Slim

River,Perak. Mereka dibahagikan kepada kumpulan kecil yang mempunyai tahap kepintaran,

sikap dan motivasi yang lebih kurang sama. Murid-murid ini menghadapi masalah dalam

pembelajaran khasnya dalam menguasai kemahiran menulis karangan jenis fakta. Oleh itu satu

pendekatan telah diambil untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran kooperatif

digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran kooperatif digunakan untuk

mengatasi masalah di mana murid-murid sukar untuk memahami kemahiran yang diajar. Kajian

ini lebih berfokuskan kepada pembinaan minat dan motivasi pelajar terhadap penguasaan

kemahiran menulis karangan jenis fakta. Jumlah sample hendaklah melebihi 30 unit kerana

andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sample melebihi 30 unit (Mohd Majid

konting, 2005).

3.4 Kajian Rintis

 

Secara amnya kajian ini dijalankan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama,  pengkaji

menjalankan aktiviti eksperimental seperti penerangan, pra ujian, kaedah belajar secara

kumpulan. Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran kepada  pelajar tentang

kaedah pembelajaran secara kooperatif. Peringkat kedua merupakan sesi rawatan. Jenis rawatan

yang diberikan ialah menulis karangan secara kerjasama dan berkongsi idea atau menulis secara

berkooperatif dengan menggunakan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat. Dalam pengajaran

dan  pembelajaran menulis karangan fakta, murid dilatih untuk bekerjasama memberi  pendapat,

menghurai isi, memberi contoh bagi isi karangan, dan membaiki kesalahan bersama rakan dalam

kumpulan. Disamping itu, murid dilatih untuk membanding hasil kerja sendiri dengan hasil kerja

rakan-rakan dalam bilik darjah. Peringkat ketiga dalam eksperimen ialah setelah selesai

menjalani pembelajaran menulis secara berkooperatif, satu ujian pos diberikan kepada pelajar.

Data yang dikumpulkan melalui ujian ini dibandingkan dengan data yang diperolehi dalam pra

ujian untuk melihat keberkesanan KPK ke atas pengajaran dan pembelajaran ke atas  pengajaran

penulisan karangan fakta.

3.5 Instrumen Kajian

Pengkaji dalam kajian ini menggunakan empat jenis instrumen untuk menyelidik masalah yang

dihadapi. Ia adalah seperti di bawah:

3.5.1 Pemerhatian

 

Dalam kajian eksperimen ini, pengkaji telah memerhatikan dulu pengajaran dan  pembelajaran

Bahasa Melayu yang dijalankan di dalam bilik darjah dengan menggunakan lampiran

pemerhatian sebelum memulakan kajiannya. Pemerhatian juga dilakukan sepanjang kajian ini

dibuat dari awal pembelajaran hinggalah di akhir pembelajaran.

3.5.2 Soal Selidik

 Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi murid tentang kaedah  pembelajaran

koperatif.Satu borang soal selidik telah diberikan kepada setiap kumpulan murid sebelum

memulakan penyelidikan untuk mengukur sikap dan motivasi terhadap Bahasa melayu dan juga

untuk mengetahui latar belakang mereka. Borang soal selidik kedua pula telah diberikan kepada

murid setelah kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan

pembelajaran kooperatif di dalam bilik darjah. Cara ini telah membantu pengkaji untuk

mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pelaksanaan kaedah pembelajaran kooperatif.

3.5.3 Ujian Pra 

Ujian pra ini diberikan untuk mendapatkan gambaran terhadap prestasi pelajar sebelum

pembelajaran koperatif dimulakan dalam penulisan karangan jenis fakta.

3.5.4 Ujian Pos

Ujian pos ini telah diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan

menggunakan kaedah kooperatif untuk mengetahui keberkesanan kaedah kooperatif dalam

pembelajaran. Ujian ini dapat membandingkan-bezakan pencapaian murid-murid tersebut.

3.6 Pengumpulan Data

 

Dalam kajian ini, seperti yang telah dinyatakan tadi, untuk pengumpulan data instrumen-

instrumen pemerhatian, borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos telah digunakan. Sebelum

memulakan kajian, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid yang hendak

dijadikan sample. Hasil pemerhatian dicatatkan ke dalam  borang pemerhatian

 (Lampiran 1).

Pemerhatian akan dibuat pada aspek-aspek tingkah laku sebelum guru masuk kelas, semasa guru

mengajar, cara mereka menjawab soalan, perasaan apabila diberi kerja rumah dan juga

tingkahlaku apabila guru meninggalkan kelas.

Kajian telah dimulakan dengan pengedaran borang soal selidik   (Lampiran 3 & 4)

untuk mengetahui latarbelakang pelajar dan juga minat dan motivasi mereka terhadap mata

pelajaran Bahasa Melayu. Setelah mengetahui maklumat tersebut, pengkaji telah mula mengajar

tajuk penulisan karangan jenis fakta kepada murid tersebut dengan menggunakan kaedah

tradisional. Seterusnya satu set ujian pra (Lampiran 5) diberikan kepada mereka mengenai tajuk

yang diajar. Pencapaian dan prestasi mereka direkodkan Setelah memperolehi data prestasi murid

sample, pengkaji memulakan eksperimennya iaitu penggunaan kaedah kooperatif dalam

pengajarannya bagi tajuk yang sama. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan kaedah kooperatif dijalankan dalam bilik darjah. Murid-murid dibahagikan kepada

kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang ahli. Ketua kumpulan telah

dilantik bagi setiap kumpulan. Sehingga kajian ini selesai mereka telah berada dalam kumpulan

yang sama semasa mata pelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Pengkaji mengajar dengan

menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif. Pengkaji juga telah membuat pemerhatian

sepanjang pengajaran dan pembelajaran  berlaku dan juga selepas pembelajaran koperatif

(Lampiran 2).

 

Pemerhatian ini termasuklah kerjasama murid, penglibatan diri dalam perbincangan, pengeluaran

idea dan cara menyelesaikan masalah yang diberikan. Setelah selesai pengajaran tajuk tersebut,

satu set ujian pos (Lampiran 6) telah diberikan kepada sampel kajian iaitu murid-murid kajian.

Pencapaian mereka selepas  penggunaan kaedah kooperatif juga direkodkan. Pengkaji juga

mengedarkan borang soal selidik yang sama sekali lagi kepada pelajar untuk mengetahui

perubahan sikap dan motivasi mereka setelah penggunaan kaedah kooperatif dalam

pembelajaran. Dengan ini  juga dapat dilihat reaksi murid terhadap cara pembelajaran dan juga

kefahaman mereka tentang topik yang diajar.

3.7 Analisis Data

Pengkaji mesti memastikan semua murid menjawab kesemua soalan dalam borang soal selidik.

Pengkaji harus merekodkan setiap aktiviti dan hasil dapatan. Semua ujian pra dan pos mesti

diperiksa untuk mendapatkan markah supaya dapat dibuat perbandingan sebelum dan selepas

kaedah pembelajaran kooperatif dilaksanakan. Data yang diperolehi daripada ujian pra dan pos

telah dianalisis secara kaedah kuantitatif dengan mencari frekuensi dan peratus. Perbandingan

antara ujian pra dan ujian  pos telah dibuat dengan menggunakan peratus dan telah dijelaskan

dengan lebih terperinci. Dapatan daripada pemerhatian yang dijalankan telah dihuraikan secara

diskriptif.

3.8 Rumusan

 

Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian eksperimen. Sampel kajian adalah terdiri

daripada murid-murd Tahun 5 seramai 30 orang di SK Slim River, Slim River, Perak. Di antara

instrumen kajian yang digunakan adalah pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Data

dikumpulkan dan dianalisis dengan membandingkan keadaan sebelum dan selepas penggunaan

kaedah  pembelajaran kooperatif. Pengumpulan dan penganalisisan data harus dilaksanakan

dengan teratur dan sistematik supaya pengkaji mendapat maklumat yang tepat tentang kajiannya.

Dapatan daripada soal selidik dan ujian pos adalah sangat penting untuk menunjukkan sama ada

terdapat perbezaan prestasi dalam kalangan murid-murid ini.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Pembelajaran koperatif adalah satu teknik pengajaran moden. Ia dapat meningkatkan pemahaman

pelajar, meningkatkan pencapaian pelajar, kemahiran berfikir, motivasi dan juga menguasai

pengetahuan secara berterusan oleh pelajar. Pembelajaran koperatif telah meningkatkan motivasi

pelajar dan juga suasana bilik darjah.

Menurut Salleh (2005), ketidakupayaan pelajar dalam menguasai pengetahuan secara berterusan

dan memahami topik-topik yang telah dipelajari adalah disebabkan oleh proses pembelajaran

yang tidak melibatkan pelajar secara aktif. Pelajar-pelajar yang terlibat secara aktif dalam

komuniti pelajar dapat mengusai pengetahuan secara berterusan. Maka satu kaedah yang

dikenalpasti bagi menyediakan peluang kepada untuk memaksimakan pembelajaran mereka

adalah melalui pembelajaran koperatif.

Bahagian ini memaparkan secara terperinci dapatan kajian berhubung sikap murid terhadap

pengajaran dan pembelajaran kemahiran penulisan secara kooperatif di sekolah rendah. Analisis

ini diperoleh berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan kepada murid murid Tahun 5 Inovatif

yang telah dikaji.

Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, para pelajar menerima baik strategi

Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Melalui Borang Soal Selidik, bagi

Item 1: ‘Saya mendapati Pengajaran Kooperatif menarik.’, pelajar didapati memberi respons

positif seperti yang berikut:

Item 1 : Saya mendapati Pengajaran Kooperatif menarik.

Sangat Setuju - 57.1%

Setuju - 42.9%

Para pelajar juga menyatakan bahawa mereka gemar belajar secara berkumpulan (Item 2), dan

lebih terlibat secara aktif dalam pembelajaran (Item 5), seperti yang dilihat melalui respons-

respons yang berikut:

Item 2 : Saya gemar belajar secara berkumpulan.

Sangat Setuju – 57.1%

Setuju – 42.9%

Item 5 : Pembelajaran Kooperatif membantu saya melibatkan diri

secara aktif dalam pembelajaran.

Sangat Setuju - 57.1%

Setuju - 42.9%

Pembelajaran Kooperatif juga menjadikan pembelajaran lebih berfokus dan ini membuat pelajar

lebih memahami pelajaran yang diajarkan. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan

guru membimbing pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti

pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai

kebolehan telah memberi peluang mengamalkan pengajaran rakan sebaya,Malah, mereka lebih

faham sekiranya konsep itu dterangkan oleh rakan sendiri. Ini terbukti melalui dapatan berikut:

Item 3 : Saya lebih fokus terhadap apa yang guru ajarkan melalui aktiviti Pembelajaran Kooperatif.

Sangat Setuju - 35.7%

Setuju 64.3%

Item 6 : Saya lebih memahami apabila rakan saya memberi penerangan dalam kumpulan.

Sangat Setuju - 42.9%

Setuju - 57.1%

Dapatan ini juga dikukuhkan lagi melalui analisis borang temu bual pelajar yang menunjukkan

bahawa kesemua responden bersetuju bahawa pengajaran Pembelajaran Kooperatif membantu

mereka lebih fokus dalam pelajaran. Tiga daripada mereka yang ditemu bual berpendapat bahawa

Pembelajaran Kooperatif menarik dan berkesan untuk membuat mereka lebih faham akan apa

yang dipelajari. Dua orang pelajar menyatakan mereka terdorong untuk lebih fokus disebabkan

ganjaran yang diterima daripada guru dan rakan-rakan mereka. Oleh itu, Pembelajaran Kooperatif

berupaya menambahkan minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran.

“Adakah masalah gangguan di bilik darjah dapat ditangani melalui Pembelajaran

Kooperatif?”

Melalui temu bual, kesemua pelajar menyatakan mereka tidak melihat masalah disiplin di kelas

pengkaji, seperti yang berlaku di kelas guru-guru lain. Sebabnya ialah kerana mereka dapati

Pembelajaran Kooperatif yang dijalankan oleh guru secara berkumpulan membuat mereka lebih

fokus terhadap apa yang diajarkan. Pelajar lebih mudah merujuk kepada rakan-rakan sekumpulan

untuk masalah yang dihadapi sebelum merujuk guru. Empat orang pelajar menyatakan aktiviti-

aktiviti dalam Pembelajaran Kooperatif tidak memberikan mereka ‘peluang’ untuk memberikan

masalah disiplin di kelas pengkaji. Ini disebabkan mereka aktif melakukan aktiviti pembelajaran

di kelas. Keenam-enam responden juga bersetuju bahawa gangguan pembelajaran (off-task

behaviours) dapat dikurangkan sekiranya guru menggunakan cara pengajaran yang lebih menarik

seperti Pembelajaran Kooperatif.

Dalam soal selidik pula, pelajar menyatakan Pembelajaran Kooperatif mengurangkan masalah

gangguan pembelajaran di bilik darjah. Ini terbukti melalui dapatan berikut apabila 100% pelajar

memberikan respons yang positif.

Item 7 : Melalui aktiviti Pembelajaran Kooperatif, saya kurang memberi

gangguan dalam bilik darjah.

Sangat Setuju - 28.6%

Setuju - 71.4%

Item 8 : Saya mendapati rakan saya kurang memberi gangguan di dalam bilik

darjah apabila Pembelajaran Kooperatif dijalankan.

Sangat Setuju - 35.7%

Setuju - 64.3%

No Item setuju (%) sangat setuju ( %)

1 Pembelajaran Kooperatif menggalakkan saya 35.7 64.3

bekerjasama dengan rakan- rakan sekumpulan.

2 Saya gemar belajar secara berkumpulan. 42.9 57.1

3 Saya lebih fokus terhadap apa yang guru

ajarkan melalui aktiviti Pembelajaran Kooperatif. 64.3 35.7

4 Pembelajaran Kooperatif menggalakkan saya

bekerjasama dengan rakan-rakan sekumpulan. 35.7 64.3

5 Pembelajaran Kooperatif membantu saya

melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. 42. 9 57.1

6 Saya lebih memahami apabila rakan saya memberi

penerangan dalam kumpulan. 57.1 42.9

7 Melalui aktiviti Pembelajaran Kooperatif, saya

kurang memberi gangguan dalam bilik darjah. 71.4 28.6

8 Saya mendapati rakan saya kurang memberi

gangguan di dalam bilik darjah apabila

Pembelajaran Kooperatif dijalankan. 64.3 35.7

Apabila pengkaji merujuk kepada Borang Catatan Perlakuan yang digunakan, data seperti Jadual

1 didapati:

Jadual 1 : Data Daripada Borang Catatan Perlakuan

Masalah gangguan Pra – 1 Pra – 2 Pasca - 1 Pasca - 2

i. lewat ke kelas 5 kali 7 kali 3 kali 1kali

ii. berbual-bual dengan rakan (tidak

berkaitan dengan pelajaran)

7kali 5kali 2 kali 3 kali

iii. berjalan di dalam kelas (tanpa

kebenaran)

2 kali 2 kali 1 kali 0

iv. mencelah dengan kurang sopan 4 kali 3 kali 1kali 1 kali

Nota:

Pra – 1 - Pelajaran 1 tanpa strategi Pembelajaran Kooperatif

Pra – 2 - Pelajaran 2 tanpa strategi Pembelajaran Kooperatif

Pasca-1- Pelajaran 1 sewaktu Pembelajaran Kooperatif dijalankan

Pasca-2- Pelajaran 2 sewaktu Pembelajaran Kooperatif dijalankan

Sebelum menjalankan Pembelajaran Kooperatif, para pelajar ini agak bosan diajar dengan cara

pengajaran yang bersifat ‘teacher-centred’ atau berpusat kepada guru. Menurut empat orang

pelajar yang ditemu bual, tiga daripada enam orang guru yang mengajar mereka pada tahun ini

lebih gemar menjalankan pengajaran didaktik yang seperti syarahan. Kebosanan itu yang

menyebabkan mereka melakukan gangguan-gangguan pembelajaran seperti yang tersenarai di

atas, sehingga menjadi kebiasaan. Ternyata, apabila pengkaji menjalankan pengajaran yang sama

yang tidak berpusat kepada pelajar, masalah-masalah gangguan itu didapati lebih ketara.

Melalui strategi Pembelajaran Kooperatif, dapatan menunjukkan kurangnya perlakuan gangguan

tersebut. Misalnya, masalah pelajar yang lewat ke kelas Bahasa Melaysia turun daripada 12 kali

kepada 4 kali apabila Pembelajaran Kooperatif dijalankan. Masalah pelajar yang berbual-bual

tanpa kaitan dengan pelajaran juga merosot daripada 12 kali kepada 5 kali. Yang lebih penting

lagi, pelajar didapati semakin kurang membuat celahan secara kurang sopan, iaitu kekerapannya

turun daripada 7 kali kepada hanya 2 kali. Begitu juga dengan masalah gangguan yang lain,

kesemuanya merosot bilangannya, seperti yang tertera dalam rajah di atas.

Dapatan ini dikuatkan lagi dengan dapatan temu bual di mana bagi soalan 2, keenam-enam

responden menyatakan mereka dapat melihat gangguan-gangguan pembelajaran di kelas Bahasa

Melayu semakin berkurangan. Kesemua mereka menambah bahawa salah satu sebab utamanya

ialah cara pengajaran Pembelajaran Kooperatif yang dijalankan oleh guru yang dirasakan

menarik. Ini lantas membuktikan bahawa Pembelajaran Kooperatif berkesan untuk membantu

guru mengawal disiplin dan masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah.

Pembelajaran Kooperatif juga berupaya menerapkan sebahagian daripada nilai murni seperti

bekerjasama, bertanggungjawab dan hormat. Respons para pelajar menunjukkan bahawa

Pembelajaran Kooperatif dapat menerapkan nilai-nilai seperti bekerjasama, bertanggungjawab

dan hormat melalui:

Item 4 : Pembelajaran Kooperatif menggalakkan saya bekerjasama dengan rakan-

rakan sekumpulan.

Sangat Setuju - 64.3%

Setuju - 35.7%

Melalui temu bual pengkaji dengan pelajar pula, kesemua enam responden menyatakan bahawa

mereka dapat melihat sikap-sikap dan nilai-nilai positif dalam diri mereka sendiri serta rakan-

rakan mereka, seperti bekerjasama, membina keyakinan diri, menghormati pandangan orang lain,

berkongsi pendapat dan idea, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul dalam

kumpulan masing-masing untuk menjayakan sesuatu tugasan yang diberi.

Kesemua pelajar yang ditemu bual itu juga menyatakan dalam aktiviti kumpulan, mereka belajar

untuk menunjukkan sikap hormat ketika rakan lain sedang berbual atau memberikan pandangan

atau input. Keenam-enam pelajar mengakui bahawa mereka dapat bekerjasama dengan lebih baik

dan saling membantu. Mereka menambah bahawa mereka lebih gembira kerana berpeluang

memberikan pendapat tanpa diperkecilkan, justeru membantu membina keyakinan diri mereka.

4.2 Analisis Dapatan Kajian

Melalui dapatan kajian ini, pengkaji telah membuktikan bahawa Pembelajaran Kooperatif ialah

satu pendekatan pedagogi yang dapat membantu guru mengurangkan masalah disiplin yang

mengganggu pembelajaran di bilik darjah. Strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif bukan

sahaja menarik, tetapi melibatkan para pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar akan

mempunyai motivasi untuk belajar dan ini secara sendirinya akan mendorongnya agar lebih fokus

terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Masalah gangguan pembelajaran akan dapat dikurangkan,

jika tidak dihapuskan sama sekali.

Melalui kaedah berkumpulan dalam Pembelajaran Kooperatif, ini didapati memberi kesan kepada

pembinaan sahsiah pelajar melalui pengajaran kemahiran sosial dan kemahiran kolaboratif.

Pembelajaran Kooperatif dilihat sebagai satu jambatan dalam aspek pengkaedahan yang dapat

menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, hormat dan bekerjasama dalam kalangan

pelajar. Melalui kaedah ini, guru berupaya mengajarkan kepada para pelajar akan nilai-nilai

murni yang ingin ditekankan melalui aktiviti-aktiviti dalam Pembelajaran Kooperatif. Yang

penting sekali, kajian ini membuktikan bahawa Pembelajaran Kooperatif dapat meningkatkan

minat dan motivasi pelajar-pelajar dalam pembelajaran, khususnya dalam pembelajaran Bahasa

Melayu.

Melalui strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif, pelajar-pelajar yang dahulunya tidak

menunjukkan minat dalam pembelajaran, menjadi lebih bersemangat dalam melibatkan diri

secara aktif dalam pembelajaran, sehingga motivasi mereka terhadap pembelajaran Bahasa

Melayu terus meningkat.

Dengan ini,secara tidak langsung pelajar akan lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran

mereka apabila mereka belajar secara berkumpulan. Setiap anggota di dalam kumpulan

digalakkan nasihat menasihati antara satu sama lain pada perkara kebaikan. Seorang pelajar yang

biasanya malas belajar atau membuat tugasan apabila pelajar tersebut diarahkan melakukan

tugasan dalam satu kumpulan, maka dengan sendirinya dia akan merasakan dirinya mempunyai

tanggungjawab yang bukan sahaja terhadap dirinya sendiri tetapi juga tanggungjawab terhadap

anggota lain dalam kumpulannya.

4.2.1 Saranan-Saranan

Pengkaji ingin mengemukakan beberapa saranan mengenai kajian ini.

1. Sebaik mungkin, dengan masa yang lebih panjang, pengkaji boleh menjalankan desain

kajian yang lebih kukuh lagi, iaitu ‘The Randomised Posttest-Only Control Group Design’.

Melalui cara kajian sebegini, pengkaji dapat mengeksperimen kesan Pembelajaran Kooperatif

dalam meningkatkan motivasi pelajar dengan menggunakan dua kumpulan berbeza. Satu

kumpulan boleh diberikan rawatan atau ‘treatment’ berupa pengajaran secara Pembelajaran

Kooperatif, manakala yang satu lagi tidak diberikan rawatan sedemikian. Kemudian, keduadua

kumpulan diberikan ‘posttest’ untuk melihat perubahan yang berlaku ke atas sikap pelajar-pelajar

berkenaan. Lebih baik lagi sekiranya subjek yang dieksperimen itu melebihi 40 orang supaya

lebih kukuh lagi dapatannya.

2. Guru-guru, khususnya para guru Bahasa Melaysia haruslah berusaha menjadikan

pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik lagi. Kajian-kajian yang dijalankan di peringkat

rantau dan global menunjukkan pemenerimaan yang positif terhadap Pembelajaran Kooperatif

dan kesannya untuk mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar serta melibatkan

mereka secara aktif. Namun, masih ada dalam kalangan guru yang masih selesa berada di takuk

lama dan menjalankan pengajaran Bahasa Melaysia yang hanya memberi perhatian kepada

persiapan bagi pelajar menduduki peperiksaan. Pembelajaran Kooperatif harus diteroka sebagai

satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang harus difahami pada

tahap prinsipnya dan bukan sekadar strategi strateginya sahaja.

3. Pengajaran yang menarik dan berpusat kepada pelajar akan mendatangkan banyak manfaat

kepada kedua-dua guru dan pelajar. Dalam Pembelajaran Kooperatif, guru hanya perlu bertindak

sebagai fasilitator yang memandu pelajar agar lebih bersikap mandiri dalam penimbaan ilmu.

Inilah yang sepatutnya dibentuk oleh setiap guru – pelajar yang bertanggungjawab ke atas

pembelajarannya sendiri dan pelajar yang berpegang pada nilainilai murni yang membentuk

sahsiahnya sebagai insan yang mulia. Dengan kesedaran sedemikian, keadaan di dalam bilik

darjah menjadi satu situasi ‘win-win’ di mana kedua-dua guru dan pelajar merasakan

keseronokan dalam menyampaikan dan menerima ilmu.

4.3 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Pembelajaran Kooperatif merupakan satu kaedah pengajaran yang bukan

sahaja menarik dan dapat menimbulkan keseronokan dan minat, malah ia dapat membantu guru

menangani masalah di bilik darjah. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan melaluinya untuk

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih positif dan tidak tertekan akibat gangguan-

gangguan di dalam bilik darjah. Guru-guru Bahasa Melayu harus lebih kerap dan mahir

menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran Bahasa Melayu agar para pelajar kita lebih

berminat untuk mempelajari bahasa tersebut dan meningkatkan motivasi mereka untuk

mendalaminya.

Selain itu, Pembelajaran Kooperatif juga dapat membentuk sifat kepemimpinan dan kepercayaan

iaitu setiap kumpulan memerlukan seorang ketua, pencatat, pembentang dan sebagainya yang

mana kesemuanya mempunyai peranan penting dalam menjayakan suatu projek atau tugasan. Di

samping itu, mereka juga diberi kepercayaan oleh anggota lain dalam kumpulan untuk

menjalankan tugas sebagaimana yang ditetapkan. Pembelajaran Kooperatif juga akan

meningkatkan harga diri pelajar.

Menurut Idris (2000), pelajar percaya bahawa mereka adalah individu yang begitu berharga dan

penting yang mempunyai keupayaan menghadapi kekecewaan hidup, sentiasa gembira, dan

menjadi individu yang produktif. Oleh itu, apabila sesebuah kumpulan telah berjaya menyiapkan

suatu projek atau tugasan dengan baik, maka setiap anggota yang berada dalam kumpulan

tersebut akan berasa lebih berkeyakinan dan seterusnya meningkatkan harga diri mereka.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan data yang diperolehi dalam kajian. Bab ini juga mengemukakan

rumusan dan cadangan untuk kajian lanjut yang boleh dilakukan pada masa akan datang.

5.2 Perbincangan Berdasarkan Soalan Kajian

5.2.1 Persoalan Kajian 1

“Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah sikap murid-murid

Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?”

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra mengikut gred

Ujian Gred Bilangan

responden

Peratus %

PRA

A 2 6.67

B 10 33.33

C 10 33.33

D 8 26.67

E 0 0

Jumlah 30

A B C D E0

5

10

15

20

25

30

35

ujian PRA mengikut gred

Series1 Series2

Jadual 2: Statistik Ujian Pra

Ujian Kadar Skala Frekuensi ( f ) Peratus

PRA

Tinggi 2 6.67

Sederhana 10 33.33

Rendah 18 60

Statistik Ujian Pra

Tinggi Sederhana Rendah

Jadual menunjukkan kadar skor responden menjawab soalan Ujian Pra. Sebanyak 6.67 %

responden dapat menjawab dengan skor yang tinggi. Seterusnya 33.33% responden dapat

menjawab dengan skor yang sederhana dan 60 % pula responden menjawab dengan skor yang

rendah. Ini menunjukkan tahap pengetahuan pelajar berada di dalam tahap yang rendah sebelum

kaedah koperatif dimulakan. Skor min kaedah ini ialah 48.86 ± 16.41.

5.2.2 Persoalan Kajian 2

“Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah motivasi murid-murid

Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?”

Bahagian ini digunakan untuk menjawab persoalan kajian 2 iaitu “Apakah kaedah pembelajaran

koperatif berkesan untuk mengubah motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap mata pelajaran

Bahasa Melayu?” Pada bahagian ini, penyelidik menggunakan Ujian Pos yang mengandungi 10

hingga 13 soalan yang perlu dijawab oleh responden. Ujian Pos ini dijalankan selepas sesi

pengajaran menggunakan kaedah koperatif. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk melihat

keberkesanan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif berbanding pembelajaran yang

menggunakan kaedah biasa.

Jadual 3 : Berikut adalah pencapaian ujian pos.

Jadual 4: Statistik Ujian Pos.

Berdasarkan Jadual 4 menunjukkan bahawa 20.00 % menjawab dengan kadar skor yang tinggi,

diikuti 60.00 % pada kadar skor sederhana dan 20.00 % dengan kadar skor rendah. Selepas

responden selesai menjalani pembelajaran koperatif ini , didapati pencapaian pelajar di tahap

tinggi dan sederhana meningkat. Manakala pencapaian pelajar di tahap rendah menurun.. Dengan

ini, membuktikan bahawa kaedah koperatif berkesan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran.

Skor min ialah 62.86 ± 11.26.

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual 5 : Jadual Skor Min antara Ujian Pra dan Ujian Pos

UJIAN SKOR MIN

PRA 48.86

POS 62.86

5.2.3 Persoalan Kajian 3

Ujian Gred Bilangan

responden

Peratus %

POS

A 6 20

B 16 53.33

C 8 26.67

D 0

E 0

Jumlah 30 100

Ujian Kadar Skala Frekuensi ( f ) Peratus

POS

Tinggi 6 20.00

Sederhana 18 60.00

Rendah 6 20.00

“Apakah Kaedah koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam

penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 ?”

Bahagian ini digunakan untuk menjawab persoalan kajian 3 iaitu “ Adakah kaedah koperatif lebih

berkesan untuk menarik minat pelajar belajar jika dibandingkan kaedah biasa yang berpusatkan

guru ”. Dalam bahagian ini terdapat 10 item telah digunakan oleh penyelidik bagi mengetahui

keberkesanan minat pelajar. Dapatan kajian yang diperolehi dinyatakan dalam Jadual 6 di bawah.

Jadual 6 : Jadual min bagi setiap item

Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Min

Keseluruhan

Min 4.09 3.97 4.06 3.71 3.80 3.89 4.31 3.89 4.11 4.06 3.99

5.2.4 Persoalan Kajian 4

Bahagian ini digunakan untuk menjawab persoalan kajian 3 iaitu “ Sejauh manakah tahap

motivasi pelajar semasa mempelajari mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi tajuk Karangan Fakta

menggunakan kaedah koperatif ” Dalam bahagian ini terdapat 10 item telah digunakan oleh

penyelidik bagi mengetahui tahap motivasi pelajar terhadap kaedah ini. Dapatan kajian yang

diperolehi dinyatakan dalam Jadual 9 di bawah.

Jadual 7 : Jadual min bagi setiap item

Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Min

Keseluruhan

Min 4.31 3.97 3.77 4.09 3.60 3.86 3.97 4.23 4.06 3.89 3.98

5.3 Cadangan Kajian

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan KPK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran memberikan kesan positif dalam meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam

penulisan karangan fakta dan karangan naratif.

Dapatan ini diharap dapat membuka minda para pendidik, khasnya guru bahasa Malaysia untuk

membuat refleksi tentang kaedah pengajaran yang mereka amalkan dalam bilik darjah. Guru-guru

hendaklah berusaha untuk menggunakan KPK dalam pengajaran karangan dengan

memperbanyakkan aktiviti kumpulan belajar bersama supaya murid dapat berbincang dan

berkongsi masalah dalam penulisan karangan. Sewaktu teknik ini dilaksanakan, guru berpeluang

untuk memantau penggunaan bahasa murid, sama ada dalam lisan mahupun tulisan.Guru juga

perlu sentiasa membaiki kesilapan bahasa murid dalam semua aspek. Semakan yang teliti

terhadap penulisan murid perlu diadakan dari semasa ke semasa agar mempertingkatkan lagi

penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid.

Hasil karangan sebahagian murid yang kurang memuaskan adalah berpunca daripada jarak jarak

masa yang terlalu lama antara aktiviti prapenulisan dengan penulisan karangan. Teknik Putaran

Giliran dan Meja Bulat telah mampu menyediakan minda murid untuk menulis karangan. Namun

demikian, kesediaan terganggu oleh sebab had masa yang ditetapkan. Oleh itu, dicadangkan agar

masa untuk pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan yang menggunakan teknik ini

dipanjangkan sehingga murid selesai menulis karangan.

Waktu satu jam biasanya diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia

tidak sesuai untuk pengajaran kemahiran menulis karangan menggunakan teknik pembelajaran

koperatif. Ini adalah disebabkan penulisan karangan merupakan satu pakej PKP yang tidak boleh

diasing-asingkan. Aliran idea terhenti dan mewujudkan keinginan yang berlainan pada masa

murid menulis. Walau bagaimanapun, dicadangkan agar percubaan lain dibuat pada masa akan

datang, iaitu masa untuk aktiviti yang menggunakan kedua-dua teknik ini dalam prapenulisan

diteruskan hingga terhasilnya karangan tanpa terikat dengan waktu satu jam yang ditetapkan. Hal

ini bertujuan untuk memastikan sama ada pencapaian murid boleh berubah dengan cara ini

ataupun tidak.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Kepada pengkaji-pengkaji pula, dapat disimpulkan bahawa sebagai sebuah kajian kecil

mempunyai kelemahan yang tersendiri. Justeru, beberapa peruntukan cadangan dikemukakan.

Antara cadangannya ialah pengkaji perlu menggunakan jumlah sampel yang mewakili sekolah

berpencapaian baik untuk melihat sejauh mana keberkesanan KPK terhadap murid cemerlang.

Selain itu, pengkaji perlu menggunakan masa kajian yang lebih lama supaya lebih banyak masa

dapat diberikan untuk proses rawatan dengan menggunakan KPK. Kepelbagaian jenis karangan

juga perlu diuji dan diajar dengan KPK supaya dapat ditentukan sama ada kaedah ini sesuai

dilaksanakan dalam semua jenis pengajaran karangan.

5.5 Penutup

Kajian ini telah berusaha untuk melihat sejauh mana keberkesanan KPK dalam penulisan Bahasa

Malaysia. KPK merupakan teknik yang bukan sahaja boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran penulisan karangan, malah dalam semua bentuk pembelajaran. Kajian-kajian yang

terdahulu telah berjaya membuktikan KPK dari segi keberkesannya untuk meningkatkan

pencapaian akademik murid di samping meningkatkan motivasi, kerjasama, tanggungjawab

pelajar dalam pembelajaran. Sehubungan itu, untuk melihat keberkesanan KPK ini, banyak

perkara yang perlu diberikan perhatian khususnya komitmen yang tinggi daripada pihak guru

agar penggunaan teknik ini dapat memberikan hasil yang optimum.

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan: Beberapa Proses Yang Harus. Dewan Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.

Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir. Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14.

Ahmad Najdi. 2001. Keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat. Projek Sarjana Pendidikan. UniversitiKebangsaan Malaysia.

Awang Ideris Awang Daud. 2000. Pembelajaran kooperatif : Strategi alternatif pengajaran-pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2001.UKM 14-15 November Bahagian Pendidikan Guru 2002. Pengurusan pembelajaran bestari. KementerianPendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Kamaruddin Tahir (2005). Kesan Strategi Koperatif Dalam Meningkatkan Tahap  Pemahaman Di kalangan Pelajar Tingkatan 1. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.    Khadijah Ahmad (2005). Keberkesanan Koperatif Dalam Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Di kalangan Pelajar Tingkatan 2. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003). Kementerian Pelajaran Malaysia.Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008). Skema Pemarkahan Karangan Respons Terbuka.

Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan  Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan UM.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  

Nawi Ismail (2002). Permasalahan Dalam Penyampaian Isi Karangan. Pelita Bahasa, Ogos, 14 (08): 44-45.  

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.     Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekad Yang Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kemahiran Menulis: Pengalaman penulis. Bengkel Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.

Ruslim Mohd. Salleh (2005). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian  pelajar pendidikan mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tingkatan 4 di sekolah dalam daerah Kulim. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.    Ramlah Ab Khalid. 2003. Penilaian pelaksanaan kaedah pembelajaran kooperatif disekolah menengah. Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia  

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1BORANG PEMERHATIAN Pemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran  biasa sebelum kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku terhadap  pembelajaran.

Perkara Nota Pemerhatian

Minat dan suka  Neutral Tidak suka dan Benci

Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru

masuk ke kelas

Pemerhatian tingkahlaku selepas guru masuk

ke kelas

Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya soalan

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi tugasan

di dalam kelas

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi kerja rumah

Pemerhatian tingkahlaku bila guru keluar

dari kelas setelah pengajarannya

CATATAN : ___________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

Diperhati Oleh :

Tarikh : _________________________________ Hari : ________________

LAMPIRAN 2 BORANG PEMERHATIAN

Pemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran kaedah koperatif selepas kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku terhadap pembelajaran.

Perkara Nota Pemerhatian

Minat dan Suka

Neutral

Tidak Suka dan Benci

Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru masuk kelas

Pemerhatian tingkahlaku semasa guru masuk kelas

Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya soalan

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi tugasan di dalam kelas

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi kerja rumah

Pemerhatian tingkahlaku bila guru keluar dari kelas setelah pengajarannya

LAMPIRAN 3 Maklumat Latarbelakang Pelajar.

 Sila tuliskan segala maklumat yang diminta di ruang yang disediakan dan jawab soalan-soalan di

bawah.  

Nama : _________________________________________________

Tahun : _________________________________________________

Jantina : ________________________________________________

Bangsa : _________________________________________________

Umur : _________________________________________________

Keputusan PKSR 1 dalam bahasa Melayu : __________________________________ Pekerjaan

Bapa : __________________________________

Pekerjaan Ibu : __________________________________

1. Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran bahasa Melayu?

A. Ya B. Tidak

2 Siapakah yang akan memberikan sokongan dan galakan terhadap  pembelajaran

kamu?

A. Ibu bapa B. Guru mata pelajaran C. Rakan D. Diri sendiri

3. Adakah kamu mengulangkaji bahasa Melayu di rumah setiap hari?

A. Ya B. Tidak C. Jarang

LAMPIRAN 4 UJIAN PRA  Nama : _________________________________________________

Bahagian B

[ Masa yang dicadangkan : 40 minit] [ 30 markah ]

Arahan soalan : Pilih dan jawab satu soalan sahaja 1.

 

1. Kawasan perumahan kamu mengalami pencemaran baru yang disebabkan oleh

longgokan sampah yang tidak dikutip. Kamu diamanahkan untuk menulis sepucuk surat

kepada pihak yang berkenaan.Tulis surat selengkapnya.

2. Kamu turut serta dalam lawatan muhibbah ke sebuah sekolah. Tuliskan laporan hasil

lawatan kamu itu.

 

LAMPIRAN 5 UJIAN POS

  Nama :___________________________________________________

Bahagian B

[ Masa yang dicadangkan : 40 minit] [ 30 markah ]

Arahan soalan: Pilih dan jawab satu soalan sahaja.

1. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah beberapa hari kerana ada hal yang tidak dapat

dielakkan. Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar menerangkan perkara berkenaan.

2. Kamu mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah.

Tuliskan laporan mengenainya.

LAMPIRAN

Instrumen Kajian A

BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PEMBELAJARAN KOPERATIF

Nama : ____________________________________________

Tarikh : ____________________________________________

Arahan : Baca soalan di bawah dengan teliti dan bulatkan jawapan anda.

1. Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar ( Ya / Tidak )

yang lain

2. Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik ( Ya / Tidak )

3. Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai satu-satu topic. (Ya/Tidak)

4. Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan ( Ya / Tidak )

5. Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan ( Ya / Tidak )

6. Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan ( Ya / Tidak )

7. Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya ( Ya / Tidak )

8. Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan ( Ya / Tidak )

9. Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna ( Ya / Tidak )

10. Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya dalam matapelajaran

penulisan fakta. (Ya / Tidak )

Instrumen Kajian B.

BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PEMBELAJARAN KOPERATIF

Nama : ____________________________________________

Tarikh : ____________________________________________

Arahan : Baca soalan di bawah dengan teliti dan bulatkan jawapan anda.

BIL ITEM PERNYATAAN ITEM YA / TIDAK

ITEM 1 Saya mendapati Pengajaran Kooperatif menarik

ITEM 2 Saya gemar belajar secara berkumpulan.

ITEM 3 Saya lebih fokus terhadap apa yang guru ajarkan melalui

aktiviti Pembelajaran Kooperati

ITEM 4 Pembelajaran Kooperatif menggalakkan saya

bekerjasama dengan rakan-rakan sekumpulan.

ITEM 5 Pembelajaran Kooperatif membantu saya melibatkan diri

secara aktif dalam pembelajaran.

ITEM 6 Saya lebih memahami apabila rakan saya memberi

penerangan dalam kumpulan.

ITEM 7 Melalui aktiviti Pembelajaran Kooperatif, saya kurang

memberigangguan dalam bilik darjah.

ITEM 8 Saya mendapati rakan saya kurang memberi gangguan di

dalam bilik darjah apabila Pembelajaran Kooperatif

dijalankan.