88446525 notasi persembahan pergerakan kreatif

10
SEKOLAH PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PPG-UMS-TESL AMBILAN MAC 2011) TU20103 LAPORAN PERSEMBAHAN PERGERAKAN KREATIF Nama ahli kumpulan: BIL NAMA PENUH PELAJAR NO. KPT NO. MATRIK 1 WONG FUI CHING@TITI FARAH YUNUS 771021-12-5378 CT10210814 2 MARTINI@MELISSA JAMES ADING 800707-12-5700 CT10210439 3 NORBERT J. JINILO 800624-12-5545 CT10210551 4 RAYNOLD RAPHAEL 800517-12-5611 CT10210619 5 DICKY PIUS J. KATING 840910-12-5083 CT10210171 6 RAHMANI BIN GANI 821218-12-5155 CT1020606 7 RAZMAN BIN SUHAILIN 8402020-12- 5027 CT1020623 8 TARUNNIE BIN JAFFREE 8203111-12- 5681 CT10210781 9 ARIZAL BIN YUSOF 800218-03-5253 CT10210082 10 AJIDAH BTE ASNAN 830222-12-5486 CT10210044 11 NORAZMAH RIMA BTE NORBIDIN 800910-12-5124 CT10210549 12 SITI SALUAH BTE TUAH 821004-12-5416 CT10210727 13 ZAI IRMAWATI BTE MOHD JUNAIDI 811021-12-5988 CT10210835 Nama Pensyarah Penilai:

Upload: ai-jay

Post on 29-Nov-2015

62 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Pergerakan & Ritma

TRANSCRIPT

Page 1: 88446525 Notasi Persembahan Pergerakan Kreatif

SEKOLAH PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN SOSIALUNIVERSITI MALAYSIA SABAH

(PPG-UMS-TESL AMBILAN MAC 2011)

TU20103LAPORAN PERSEMBAHAN PERGERAKAN KREATIF

Nama ahli kumpulan:

BIL NAMA PENUH PELAJAR NO. KPT NO. MATRIK1 WONG FUI CHING@TITI FARAH

YUNUS771021-12-5378 CT10210814

2 MARTINI@MELISSA JAMES ADING 800707-12-5700 CT102104393 NORBERT J. JINILO 800624-12-5545 CT102105514 RAYNOLD RAPHAEL 800517-12-5611 CT102106195 DICKY PIUS J. KATING 840910-12-5083 CT102101716 RAHMANI BIN GANI 821218-12-5155 CT10206067 RAZMAN BIN SUHAILIN 8402020-12-

5027CT1020623

8 TARUNNIE BIN JAFFREE 8203111-12-5681

CT10210781

9 ARIZAL BIN YUSOF 800218-03-5253 CT1021008210 AJIDAH BTE ASNAN 830222-12-5486 CT1021004411 NORAZMAH RIMA BTE NORBIDIN 800910-12-5124 CT1021054912 SITI SALUAH BTE TUAH 821004-12-5416 CT1021072713 ZAI IRMAWATI BTE MOHD JUNAIDI 811021-12-5988 CT10210835

Nama Pensyarah Penilai:CONNIE SHIN@CONNIE CASSY OMPOK

Tarikh Penghantaran:10 APRIL 2012

Page 2: 88446525 Notasi Persembahan Pergerakan Kreatif

ISI KANDUNGAN

Laporan Persembahan Pergerakan Kreatif

1. Sebelum Persembahan

a) Pemilihan Pergerakan

Motor halus

Motor Kasar

Pergerakan Kreatif

b) Pemilihan Lagu

c) Latihan Persembahan

Masa

Tempat

Kemudahan

2. Semasa Persembahan

a) Persediaan

b) Persembahan

3. Selepas Persembahan

a) Perbincangan penulisan laporan dan lampiran gambar dan video

Page 3: 88446525 Notasi Persembahan Pergerakan Kreatif

Laporan Persembahan Pergerakan Kreatif

1. Sebelum persembahan

a) Pemilihan pergerakan

- Motor halus

- Motor kasar

- Pergerakan kreatif

Motor halus - Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan

pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan,

kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Motor halus juga melibatkan koordinasi

pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan

koordinasi dengan mata. Persembahan pertama turut memerlukan kami

mengimbangi tubuh badan terutama untuk pergerakan jongkang – jongket.

Pergerakan petik jari dan tepuk tangan pada persembahan kedua dan juga

mengawal koordinasi pergerakan badan untuk mengikut tempo lagu.

Motor kasar - Kemahiran motor kasar ialah kemampuan otot-otot besar untuk

melakukan pergerakan tubuh di dalam kehidupan seharian. Pergerakan

banyak diaplikasikan pada persembahan pertama di mana banyak

menggunakan otot tangan dan kaki seperti pada persembahan yang

menggunakan lagu Up and Down. Pergerakan turun naik yang memerlukan

kekuatan kaki.

Pergerakan kreatif – Pergerakan semasa menaiki permainan jongkang –

jongket dan juga pergerakan jenis – jenis haiwan seperti singa, ular, kuda.

Pergerakan zigzag (persembahan kedua) - pengawalan keseimbangan dan

koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata.

b) Pemilihan lagu

Untuk persembahan psikomotor yang pertama, kumpulan kami telah memilih 2 buah

lagu iaitu lagu 'Up and Down' dan 'The Lion sleeps tonight'. Lagu 'Up and Down'

Page 4: 88446525 Notasi Persembahan Pergerakan Kreatif

disesuaikan dengan pergerakan kreatif di mana kami bergerak seperti bermain

permainan Jongkang-Jongket. Manakala lagu 'The Lion Sleeps Tonight' pula

disesuaikan dengan pergerakan haiwan. Untuk persembahan psikomotor yang

kedua pula, kami semua sepakat untuk menggunakan lagu 'Stand By Me' untuk

disesuaikan dengan pergerakan psikomotor yang telah kami reka. Ketiga-tiga lagu

tersebut mempunyai rentak dan tempo yang berbeza di mana kumpulan kami

bersetuju ianya agak sesuai untuk diadaptasi dan diaplikasikan kepada golongan

kanak-kanak terutama kanak-kanak prasekolah.

c) Latihan persembahan

-Masa

-Tempat

-Kemudahan

Latihan persembahan bagi aktiviti yang pertama di buat di tapak letak kereta

DKP dan koridor DKP baru. Masa yang diberikan amat singkat iaitu lebih

kurang 1 jam setengah untuk memilih pergerakan dan lagu. Namun sesi

latihan dapat dijalankan juga. Komputer riba masih menjadi kemudahan yang

penting dalam menjalankan latihan, cuma kadar bunyi muzik yang tidak

begitu kuat sedikit menyukarkan untuk mendengarkan lagu dengan teliti.

Latihan persembahan- ketiga-tiga kumpulan memberikan kerjasama yang

sangat baik dalam menjalankan latihan untuk persembahan pergerakan

kreatif. Masa membuat latihan amat singkat namun oleh kerana komitmen

yang tinggi setiap ahli membuatkan sesi latihan berjalan dengan amat lancar

sekali. Walaupun semua ahli amat keletihan dengan aktiviti yang telah dilalui

sepanjang minggu, masing-masing masih memberikan kerjasama yang jitu.

Masa latihan dijalankan sejurus diberikan tugasan iaitu bermula pada jam 5

petang sehingga jam 6 petang,16 Mac 2012, hari Jumaat, bertempat di ruang

legar DKP baru. Kemudahan komputer riba memudahkan lagi untuk mencari

bahan terutamanya lagu sebagai asas kepada ritma gerakan yang kami pilih.

Latihan persembahan diteruskan pada keesokan harinya iaitu pada hari

persembahan iaitu pada17 Mac 2012, hari Sabtu yang bermula jam 4 petang

sehingga jam 5.30 petang.

Page 5: 88446525 Notasi Persembahan Pergerakan Kreatif

2. Semasa Persembahan

a) Persediaan

Persediaan bagi Persembahan Psikomotor yang pertama; memandangkan

para ahli kumpulan bersetuju dengan lagu yang bertajuk Up and Down dan

The lion sleeps tonight. Setelah perbincangan ringkas kami pun berkumpul di

tempat yang sesuai untuk mengadakan latihan mengikut pergerakan-

pergerakan yang telah kami rancang. Pada masa yang singkat ahli kumpulan

dapat melakukan pergerakan seperti Jongkang-Jongket ( Berdiri & Duduk)

dalam lagu Up and Down. Manakala pergerakan kreatif meniru gaya binatang

seperti singa, anjing, monyet dan kuda diterapkan dalam lagu The lion sleeps

tonight.

Persediaan bagi Persembahan Psikomotor yang kedua; melalui lagu Stand by

me kumpulan kami memilih pergerakan kreatif yang dilakukan dan

menekankan kepada pergerakan motor halus dan kasar. Contohnya

pergerakan memetik jari sambil mengengsot kaki mengikut rentak lagu

tersebut ( Motor Halus dan Kasar). Semasa latihan kumpulan kami

melakukan latihan sebanyak 30 kali untuk mendapatkan hasil pergerakan

tersebut. Kami agak resah namun semua ahli yakin untuk melakukan yang

terbaik. Walaupun semua ahli dalam ketiga-tiga kumpulan penat namun

komitmen yang diberikan amat tinggi.

b) Persembahan

Semasa Persembahan (Pergerakan kreatif yang pertama -Lagu Up and Down

& The Lion Sleeps Tonight) Semasa persembahan, kami telah melakukan

semua pergerakan kreatif yang telah dirancang sebelumnya. Walaupun agak

kelam kabut semasa berada di atas pentas, kami dapat membuat beberapa

pergerakan kreatif yang telah dipilih tetapi agak tidak teratur. Walau

bagaimanapun, kesemua pergerakan dapat dilakukan dengan menekankan

Page 6: 88446525 Notasi Persembahan Pergerakan Kreatif

kepada pergerakan motor halus dan kasar serta pergerakan lokomotor dan

bukan lokomotor yang telah dibahagi kepada setiap ahli kumpulan.

Semasa Persembahan (Pergerakan kreatif yang kedua - Lagu Stand By Me)

Tarian adalah pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama. Semasa

pergerakan kreatif yang kedua ini, kami telah membuat tarian dengan iringan

muzik dan juga nyanyian. Melalui tarian ini, kesemua ahli kumpulan telah

melakukan pergerakan yang telah dirancang dan semua berpuas hati dan

menikmati kepuasan dengan gerak geri yang berentak dan berirama. Tarian

yang kami pilih mengandungi segala gerak tubuh badan yang melibatkan

pergerakan kaki, tangan, mata dan anggota badan yang lain.

3. Selepas persembahan

a) Perbincangan penulisan laporan dan lampiran gambar dan video.

Beberapa pergerakan boleh ditambah baik untuk pergerakan kreatif dari segi

motor halus di dalam persembahan kreatif yang pertama iaitu lagu Up and

Down dan juga The Lion Sleeps Tonight, manakala motor kasar yang

melibatkan pergerakan seperti melompat, berjalan, pergerakan tangan dan

pergerakan besar yang lain semuanya telah terdapat dalam kedua-dua

persembahan pergerakan kreatif yang telah dilakukan. Motor halus adalah

merupakan kemampuan kanak-kanak untuk memanipulasi dan mengawal

pelbagai alat atau benda lain bagi tujuan fungsi dan juga ekspresi. Oleh yang

demikian, penambahbaikan dari segi motor halus bagi pergerakan lagu up

and down dan juga The Lion Sleeps Tonight adalah seperti kanak-kanak

boleh memegang sebatang baton atau benda yang lain untuk menggantikan

baton untuk simulasi jongkang jongket, dan juga kadbod yang diwarnai dan

dibentuk sebagai awan untuk simulasi langit di dalam persembahan lagu Up

and Down. Manakala bagi pergerakan kreatif The Lion Sleeps Tonight pula,

guru boleh mencari ranting-ranting untuk murid-murid mensimulasikan

pergerakan pokok yang ditiup angin dan juga bantal atau benda lain

menggantikan bantal untuk mensimulasikan singa yang tidur.

Page 7: 88446525 Notasi Persembahan Pergerakan Kreatif

LAMPIRAN GAMBAR PERSEMBAHAN PSIKOMOTOR

Persembahan pertama

Persembahan kedua

Page 8: 88446525 Notasi Persembahan Pergerakan Kreatif