analisis persembahan

13
ANALISIS PERSEMBAHAN Tema Persembahan Lanun Ahli Kumpulan Shamil Usrah bin Zulkipli Kwan Pei Ling Qurratu A'yun Binti Hashim @ Fauzi Durasi Persembahan 7 minit 30 saat Saya telah memilih untuk menganalisis persembahan daripada kumpulan yang terdiri daripada Shamil, Pei Ling dan juga Qurratu A’yun. Tema persembahan yang mereka pilih ialah lanun yang mengambil masa selama 7 minit 30 saat. ANALISIS UNSUR PERGERAKAN DI DALAM PERSEMBAHAN Kesedaran Tubuh Badan

Upload: zuwaidahahmadsuhaimi

Post on 16-Nov-2015

261 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

prm

TRANSCRIPT

ANALISIS PERSEMBAHAN

Tema PersembahanLanun

Ahli KumpulanShamil Usrah bin ZulkipliKwan Pei LingQurratu A'yun Binti Hashim @ Fauzi

Durasi Persembahan7 minit 30 saat

Saya telah memilih untuk menganalisis persembahan daripada kumpulan yang terdiri daripada Shamil, Pei Ling dan juga Qurratu Ayun. Tema persembahan yang mereka pilih ialah lanun yang mengambil masa selama 7 minit 30 saat.ANALISIS UNSUR PERGERAKAN DI DALAM PERSEMBAHANKesedaran Tubuh Badan Badan merupakan satu instrumen atau alat yang digunakan untuk melahirkan idea, pemikiran atau perasaan. Organ-organ dalam tubuh badan seperti jantung, paru-paru dan organ-organ yang lain sentiasa bergerak dan bertindak tanpa kesedaran kita. Bahagian luar tubuh badan seperti kepala, bahu, lengan, tangan, jari-jari, kaki, tapak kaki, hujung kaki, lazimnya menguasai daya sedar untuk bergerak. Idea-idea pergerakan dilahirkan dengan menggunakan bahagian-bahagian tubuh badan, permukaan-permukaan (depan, belakang, sisi kiri dan kanan) dan bentuk yang digayakan oleh tubuh manusia.Di dalam persembahan mereka, boleh dikatakan mereka menggunakan tubuh badan secara maksimum dalam menghasilkan pergerakan bertemakan lanun. Tubuh badan mereka digunakan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea. Penggunaan kemahiran motor kasar dapat dilihat melalui persembahan mereka. Kemahiran motor kasar adalah amat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan,lengan,kaki atau keseluruhan badan yang membolehkan fungsi seperti berjalan, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan membaling bola.Kemahiran motor kasar seseorang kanak-kanak bergantung kepada kedua-dua nada otot dan kekuatan. Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan melumpuhkan seperti sindrom down,gangguan genetik atau otot atau gangguan sistem saraf pusat.Pergerakan motor kasar yang dilakukan mereka terdiri daripada berjalan, duduk tegak di atas kerusi, mengangkat payung dan juga membaling dan menyambut payung. Kemahiran motor kasar yang digunakan kebanyakkan melibatkan koordinasi mata dengan kaki dan koordinas mata dengan kaki serta koordinasi tangan dan kaki.Kesedaran RuangRuang merujuk kepada ruang kawasan peribadi atau ruang diri dan ruang am atau ruang persekitaran. Ruang peribadi atau diri ialah ruang sementara yang mengelilingi individu yang tidak bergerak. Ruang diri menjangkau sejauh mana seseorang individu dapat membongkok dan melenturkan badan sebarang arah. Ruang am atau persekitaran merangkumi keseluruhan kawasan bilik darjah, gimnasium atau padang permainan di mana aktiviti-aktviti pergerakan diteruskan. Arah (depan,sisi, belakang, pepenjuru), aras (tinggi, sederhana, rendah), jarak (dekat, jauh) saiz (besar, kecil), laluan (berlengkok, lurus, bersiku keluang-zig-zag), bentuk (sempit, luas, bersiku-siku, berkitaran, lurus) dan tumpuan mata (arah mata memandang), merupakan faktor-faktor yang digunakan dalam aspek ruangDi dalam persembahan mereka, mereka menggunakan ruang diri dan ruang am. Ruang diri seperti dapat bangun dan duduk dari kerusi. Ruang am merangkumi keseluruhan pentas ( bilik muzik). Pergerakan mereka juga melibatkan arah di mana ada penggunaan pergerakan atas dan bawah seperti duduk di kerusi, membaling dan menyambut payung di udara. Pergerakan mereka juga ada melibatkan penggunaan kiri kanan seperti memutar payung ke kanan dan kiri, membuka payung dari kiri ke kanan. Mereka juga ada menggunakan arah depan dan belakang Laluan di dalam persembahan ada pelbagai, iaitu ada lurus, melengkung, zig-zag dan bulatan,Kesimpulannya, dalam persembahan ini mereka dapat : Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain Bergerak dengan selamat dalam ruang am Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah Memahami pelbagai aras pergerakan Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi

BebanBeban terdiri daripada masa, daya dan aliran. Masa menyatakan tempo (bagaimana cepat atau perlahan pergerakan itu dipersembahkan), rentak (ritma dasar yang berterusan seperti degupan jantung), tekanan (accent) (rentak yang lantang atau kuat dalam sesuatu pola ritma), jangka masa (durasi) (panjang pendeknya setiap rentak).Pola-pola ritma merupakan satu kombinasi tempo, rentak, tekanan dan jangka masa.Mereka mempunyai kesedaran rintangan terhadap masa di mana mereka memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai lanun mengacu pedang kea rah lawan. Sementara pergerakan kawal lambat ialah lakonan mencari harta karun.Daya digunakan dalam setiap gerakan dan dikategorikan kepada halus-ringan (kurang daya) dan berat-kuat (bertenaga). Jumlah tenaga yang dikeluarkan dalam sesuatu pergerakan menunjukkan impak tenaga atau kekurangan tenaga.Semua pergerakan boleh diubah dengan meminda aliran daya,bergantung kepada impak (mendadak atau tenang), beban (berat atau ringan), kekuatan (kukuh atau lemah) dan aliran (bebas, terikat atau dalam imbangan) (Joyce, 1980,m.s. 4).

Aliran berkaitan dengan daya kerana tenaga digunakan apabila melakukan pergerakan. Pergerakan badan boleh menjadi bebas, terikat atau berada dalam imbangan. Pergerakan bebas atau yang tidak terikat mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan berterusan. Pemberhentian adalah sukar dilakukan dengan pergerakan- pergerakan bebas. Pergerakan-pergerakan yang terikat adalah terkawal, terimbang dan terbatas. Pemberhentian adalah mudah dilakukan dengan pergerakan-pergerakan terikat. Imbangan menunjukkan kedudukan di antarapergerakan bebas dan pergerakan terikat

Pergerakan berjalan yang dilakukan mereka di dalm persembahan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang.

PerhubunganPerhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh; Objek : atas bawah, dekat jauh, keliling sisi, bertemu berpisah. Manusia. Memimpin ikat, solo, berpasangan dan berkumpulan.Di dalam persembahan mereka, mereka dapat memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan. Mereka tahu untuk mengkoordinasi tangan kanan dan kaki kiri semasa berjalan. Mereka juga bergerak dengan berkesan secara relatif dengan individu lain dalam kumpulan. Mereka bergerak mengikut giliran dan juga mengikut ketua (Shamil).

Oleh kerana ini adalah persembahan berkumpulan maka penyesuaian terhadap rakan perlu ada. Penyesuan terhadap rakan ialah ialah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dalam persembahan mereka ialah: Ketua dengan pengikut Kumpulan bekerjasama Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakanPertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian badan dengan bahagian badan yang lain.Mereka juga dapat memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek seperti contoh mereka dapat mengawal penggunaan payung dalam setiap pergerakan yang dilakukan.

ANALISIS KEMAHIRAN PERGERAKAN ASASKemahiran Lokomotor.Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

Di antara aktiviti berjalan yang dikenal pasti di dalam persembahan :1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan2. Berjalan dengan melakonkan gaya mencari arah3. Berjalan dengan mengikut arah lawan jam dan arah putaran jam4. Berjalan melakonkan aktiviti memedang5. Berjalan sambil membongkok perlahan lahanDi antara aktiviti berlari yang dikenal pasti :1. Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan2. Berlari kehadapan serta berundur kesisi3. Berlari mengikut seorang ketua4. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan5. Berlari mengikut arah zig zagKemahiran Bukan Lokomotor.Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik badan seharusnya berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang. Gerakan dalam aktiviti ini perlulah di buat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan.Di antara aktiviti duduk yang dikenal pasti :1. Duduk di atas kerusi 2. Duduk dengan menyilang kaki3. Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekananDi antara aktiviti berdiri yang dikenal pasti :1. Berdiri lurus2. Berdiri dengan membongkok ke hadapan3. Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan4. Berdiri dengan mengilas ke kiri dan ke kanan5. Berdiri dengan memusing tangan kiri mengikut lawan arah jam dan putaran jam 6. Berdiri dengan menggoyangkan pinggang ke kiri dan ke kanan7. Berdiri dengan menghayun badan ke kiri dan ke kanan

Kemahiran Manipulasi AlatanKemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal,mengawasi atau menangani sesuatu.objek.Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.Di antara aktiviti membaling yang dikenal pasti :1. Membaling payung ke udaraDi antara aktiviti membaling yang dikenal pasti :1. Menyambut payung yang di dibaling oleh pasangan

ANALISIS JENIS JENIS PERGERAKAN Di dalam persembahan mereka, terdapat beberapa jenis pergerakan yang dikenal pasti Melompat Berlari Berjalan Skip Membuat bulatan Meregang Menarik Menolak Menghentak kaki

ANALISIS BAHAN RANSANGANPenggunaan kostum

Penggunaan kostum mereka sangat bersesuaian dengan tema yang dipilih. Mereka memakai pakaian lanun yang selalu dilihat di dalam cerita dongeng kanak-kanak. Topi yang ditampal lambang lanun iaitu tengkorak bertutup mata sebelah sangat sesuai kerana ianya sangat melambangkan yang mereka adalah lanun. Pemilihan warna baju yang dipilih seperti hitam melambangkan kejahatan dan misteri seorang lanun. Manakala warna merah melambangkan perjuangan dan pengorbanan yang mereka tempuh di dalam kapal. Warna putih pula melambangkan jati diri lanun yang gagah perkasa serta egois. Penggunaan make-up juga sangat menarik. Lukisan parut di pipi dan mata melambangkan kesan-kesan tempuran. Manakala kening yang ditebalkan menampakkan wajah yang garang dan bengis.

Penggunaan Prop

Mereka menggunakan tiga buah kerusi dan 4 buah payung sebagai prop persembahan. Penggunaan kerusi digunakan pada segmen pertama persembahan di mana mereka memulakan persembahan dengan memulakan perjalanan kapal lanun mereka.

Penggunaan payung di dalam persembahan mereka pula digunakan secara maksimum iaitu dari awal persembahan hingga akhir persembahan. Mereka menggunakan payung sebagai stereng kapal, gear kapal, ombak dan pedang.

Kesedaran kumpulanKesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama kumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan. Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.Di dalam persembahan mereka, jelas mereka telah melantik Shamil sebagai ketua untuk memipin pergerkan mereka. Kiraan langkah dan pergerakan adalah mengikut ketua.

Komen dan cadanganPada pendapat saya, keseluruhan persembahan adalah bagus. Setiap pergerakan yang dilakukan mempunyai simbolik kepada tema yang dipilih dan bersesuaian. Walaupun ada sedikit ketidaklancaran dalam pergerakan, namun saya yakin mereka mampu untuk melaksanakannya dengan lebih sempurna sekiranya latihan yang kerap lagi. Penguasaan pentas mereka sangat baik dan kelihatan sangat selesa dan yakin semasa membuat persembahan. Saya mencadangkan mereka membuat backdrop gambar lautan supaya ianya nampak lebih menarik.