86409579 sumbangan tamadun china di asia tenggara dan malaysia

14
SUMBANGAN TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN ASIA TENGGARA DAN MALAYSIA Kaligrafi Dalam sistem pendidikan lama,salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpai di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di tembok,kuil-kuil,papan tanda,gerbang kehormat,tiang bangunan dan di rumah-rumah. Di Malaysia,bidang kaligrafi ini masih dijadikan antara subjek penting yang harus dipelajari oleh pelajar yang mengambil subjek seni sebagai subjek mereka di sekolah dan institut-institut pengajian tinggi awam dan swasta. 1 Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat,berus,kertas dan kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek yang akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan yang betul sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing,rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang digunakan ialah sejenis kertas xuan. 2 Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stail tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stail tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama,stail biasa atau kaishu 3 iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas, kedua,lishu iaitu sejenis stail yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani,tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak,ketiga, xingshu atau stail berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis,dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur,keempat,coashu 4 atau stail rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk 1 Pakar kaligrafi yang terunggul dan cemerlang antaranya ialah Wang Xizhi (321-379) 2 Kertas xuan ialah sejenis kertas yang mudah menyerap air. 3 Jenis kaishu ialah stiail yang biasa digunakan dalam buku cetakan. 4 Jenis coashu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni inidan bukan satu stail yang sesuai untuk kegunaan biasa. 4

Upload: carbon-dioxide-ken

Post on 25-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

  • SUMBANGAN TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN ASIA TENGGARA DAN MALAYSIA

    Kaligrafi

    Dalam sistem pendidikan lama,salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal

    dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpai di mana-mana sama

    ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di tembok,kuil-kuil,papan tanda,gerbang

    kehormat,tiang bangunan dan di rumah-rumah. Di Malaysia,bidang kaligrafi ini masih dijadikan

    antara subjek penting yang harus dipelajari oleh pelajar yang mengambil subjek seni sebagai

    subjek mereka di sekolah dan institut-institut pengajian tinggi awam dan swasta. 1

    Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat,berus,kertas dan kadang-kadang

    sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek yang akan digosok pada batu dakwat

    bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan yang betul sebelum menulis. Berus diperbuat

    daripada bulu kambing,rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang digunakan ialah

    sejenis kertas xuan.2 Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stail tulisan yang telah

    dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun

    ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stail tulisan lebih biasa

    digunakan masa kini, termasuklah pertama,stail biasa atau kaishu3 iaitu setiap pergerakan berus

    dan garis (stroke) ditulis dengan jelas, kedua,lishu iaitu sejenis stail yang dikembangkan pada

    asalnya untuk kegunaan kerani,tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus

    dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak,ketiga, xingshu

    atau stail berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau

    bergerak dengan laju apabila menulis,dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang

    teratur,keempat,coashu4 atau stail rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk

    1 Pakar kaligrafi yang terunggul dan cemerlang antaranya ialah Wang Xizhi (321-379)

    2 Kertas xuan ialah sejenis kertas yang mudah menyerap air.3 Jenis kaishu ialah stiail yang biasa digunakan dalam buku cetakan.4 Jenis coashu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni inidan bukan satu stail yang sesuai untuk kegunaan biasa.

    4

  • iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. 5Jenis-jenis

    kaligrafi ini amat dikagumi oleh ahli seni terutamanya yang menerajui bidang kaligrafi yang

    berasal dari Asia Tenggara dan Malaysia. Walaupun di Negara kita Malaysia agak sukar untuk

    menemui pakar kaligrafi yang mahir namun Negara kita masih mendalami jenis-jenis kaligrafi ini

    di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta.

    Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi

    seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah strukutur

    yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jinis

    seni cina, iaitu alam semula jadi. Contohnya sebagai mana ranting pokok yang hidup adalah

    bernyawa. Pakar kaligrafi Cina terutama pakar Caoshu,tidak mentoleransikan sifat ketetapan.

    Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvesional,bahkan ia

    boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh

    kemahiran,dengan impuls,momentum,poise sejenak,dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung

    untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang.6

    5 Penerbit Universiti Malaya (cetakan kedua 2002), Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Kuala Lumpur :Universiti Malaya,h 320-321.6 Kecantikan sesebuah kaligrafi dinilai dari keharmonian keseluruhan hasil.

    5

  • Seni Cina yang Lain

    Hasil arca di Malaysia juga turut dipengaruhi oleh Negara China. Hasil arca di Negara

    China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan keperluan istiadat,agama7

    atau pengkebumian. Tetapi di Malaysia,hasil arca dijadikan sebagai hiasan oleh penduduk Melayu.

    Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar,seni ukir,seni logam,seni lakuer,perabot dan

    tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2 SM dan porselin diperkembangkan

    pada kurun ke-6,lebih awal daripada penemuannya di Eropah. Di Malaysia,porselin boleh didapati

    pembuatannya di Kuala Kangsar, Perak yang dijadikan sebagai aktiviti sumber pendapatan bagi

    penduduk desa di sana.

    Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek penting dalam bidang

    bahasa dan kesusasteraan, dan kesenian dalam tamadun China. Pertama,pencapaian kesusasteraan

    dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina.Kedua,kegunaan bahasa Cina berterusan

    tanpa gangguan. Misalnya di Malaysia,penduduknya berbilang kaum dan terdiri daripada pelbagai

    bangsa,agama dan kaum. Bagi penduduk yang berbangsa Cina,mereka masih mengamalkan

    budaya dan bahasa Cina sebagai bahasa untuk mereka berinteraksi sesama mereka.

    Ketiga,kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.8 Di

    Malaysia,masih terdapat karya-karya kesusasteraan dari Negara Cina yang dijadikan sebagai

    panduan dan sumber rujukan oleh sebilangan penduduk Cina yang menetap di sini. Keempat , sifat

    harmoni diutamakan. Sastera Cina menegaskan cirri zhonghe,iaitu harmoni antara emosi dengan

    rasional,selaras dengan semangat zhongyong (kesederhanaan) dalam tamadun Cina.9 Konsep

    kesederhanaan ini turut diamalkan di Rantau Asia Tenggara termasuklah Malaysia walaupun

    pembangunan ekonomi membangun dengan pesat.

    7 Hasil arca yang teragung merupakan patung dewa-dewi agama Budha yang diukir daripada batu dan kayu.8 Sastera wujud sebelum pemerintahan orang Mongol yang bertujuan mempertingkat dan menyempurnakan seseorang individu daripada moral dan etika.9 Ibid,h 326

    6

  • Sains dan Teknologi Cina

    Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15

    sehingga kurun ke-11 SM. Di peringkat awal permulaannya,budaya Cina sangat menghargai

    kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina

    bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi

    yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (cating of

    iron),pengeluaran porselin,pembuatan kertas dan loyang,dipercayai telah wujud pada masa yang

    lebih awal lagi. Bagaimanapun ,berikutan perkembangan sejarah,budaya Cina menjadi satu dengan

    elit birokratik begitu dominan. Mengikut sejarah Melayu di Malaysia pada masa dahulu,kerajaan

    Melayu Melaka pernah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan China bertujuan untuk

    mendapatkan pengaruh dari Kerajaan China dan mengelakkan daripada serangan asing. Selain

    itu,Negara China juga turut menyumbang ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan

    porselin yang telah dijadikan sebagai barang dagangan di Asia Tenggara khasnya di Tanah Melayu

    pada suatu ketika dahulu. Ini menunjukkan bahawa Negara China adalah Negara yang

    membekalkan barang dagangan pada masa dahulu.

    Bidang Astronomi

    Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3 SM), orang Cina

    telah mampu menyediakan catalog bintang,mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.

    Sumbangan terbesar ahli astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna,tepat

    dan berterusan sepanjang lebih daripada 2000 tahun. Sistem calendar Cina juga adalah salah satu

    sistem yang paling awal,maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini. Malaysia juga

    antara Negara yang turut menggunakan calendar Cina atau dikenali sebagai calendar kuda.10Ini

    kerana calendar ini turut memaparkan beberapa simbol haiwan seperti kuda11,harimau dan ayam

    yang mewakili tahun tertentu dan mempunyai makna yang bermakna bagi setiap simbol.12

    10 Kalendar Cina juga mengikut kaedah dari bermulanya tahun Masihi.11 Antara contoh makna bagi symbol kuda ialah seseorang yang lahir pada tahun ini merupakan seseorang yang rajin dan cepat dalam melaksanakan tugas kerana pergerakan kuda yang tangkas dalam berlari.

    12 Simbol menggambarkan kekuatan dan kelemahan seseorang dan merupakan sumber inspirasi bagi individu tersebut

    7

  • Bidang Matematik

    Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang Matematik yang turut member

    banyak sumbangan kepada Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Penggunaan sempoa (abacus)

    disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli Matematik Xu Yue, walaupun alat itu

    tidak digunakan secara meluas pada hari ini namun masih terdapat segelintir masyarakat yang

    menggunakannya terutamanya waga emas.13 Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya

    agung Jiuzhang suanshu 14( Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2 SM). Ahli

    Matematik Cina juga mengenal pasti nilai pi, system pecahan dan system perpuluhan yang

    digunakan oleh penduduk di Asia Tenggara dalam pengiraan. Kesemua system ini masih di

    kekalkan dan digunakan sehingga masa kini.

    Bidang Perubatan

    Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh

    asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953 SM) dan diperkembangkan

    seterusnya oleh Shen Nong (2698 SM) dan Huang Di (2598 SM).

    Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmetik dualistic yin dan

    yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara

    harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Teori ini

    juga turut diamalkan dan dipercayai amalannya oleh masyarakat Cina yang tinggal di Asia

    Tenggara termasuklah di Malaysia. Mengikut teori ini,apabila kadar yin dan yang dalam badan

    manusia kurang seimbang,kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh

    dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima

    elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ

    dalaman seperti hati, jantung,limpa,paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam

    alam semester.15

    13 Warga emas merupakan mereka yang sudah berumur dalam linkungan 55 ke atas.14 Di dalam buku ini terkandung mengenai kuantiti negative.15 Mengikut teori ini,misalnya paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api.oleh itu,orang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah.

    8

  • Teori lain yang penting ialah teori jing (saluran) luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan

    terapeutik seperti akupuntur dan moxisbustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ

    dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana

    darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabila jing atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat

    mengalir lancer dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini, memastikan darah dan qi

    mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

    Selain itu, akupuntur dan moxibustion16 sangat penting dalam perubatan Cina tradisional.

    Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk

    jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu

    di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing

    dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan.17

    Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas dan ,masih digunakan sehingga hari

    ini di Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Ianya terdiri daripada tumbuh-tumbuhan (herba),

    binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1000 jenis.

    Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin

    dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit.18 Buku mengenai perubatan dan

    farmokologi Cina tradisional sangat berguna dan memperkembangkan sains perubatan Cina.19

    Bidang Optik

    Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah member perhatian kepada penyongsangan

    (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum (pin hole camera), dan begitu juga

    16 Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensisi) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.17 Pengalaman akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2500 SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan.

    18 Terdapat ubat-ubatan yang telah digunakan dalam system perubatan,misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur barus (champor).19 Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221 SM),merupakan kesimpulan yang pertama bagi perubatan Cina tradisional.

    9

  • pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave lens). Mereka juga memahami prinsip

    fokus. Sistem pengajaran di Malaysia juga berdasarkan prinsip yang diperkenalkan oleh Cina.

    Antaranya ialah mata pelajaran Fizik yang mendedahkan kepada pelajar mengenai kanta

    cekung,cembung dan lain-lain.

    Bidang Alkimia

    Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia

    hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis eliksir kehidupan (elixir of life). Eliksir

    kehidupan ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri,plumbum dan arsenic.20 Dalam bidang

    perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk

    mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia,uji kaji ahli kimia Cina dalam mencampur

    pelbagai bahan,termasuklah bahan beracun,telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.21

    INTERAKSI BUDAYA CINA DENGAN ASIA TENGGARA

    Mengikut rekod sejarah China, pada zaman Tiga Negara(220-280), Negara WU(222-280)

    pernah mengutus satu rombongan ke negeri Funan( Kampuchea) dan negeri-negeri di Asia

    Tenggara lain untuk menerokai satu jalan laut ke Rom. Tetapi penemuan-penemuan arkeologi

    menunjukkan hubungan antara China dengan rantau Asia Tenggara terbentuk lebih awal lagi iaitu

    pada zaman Dinasti Han(206 SM-220 SM). Hubungan ini semakin berkembang berikutan

    peningkatan teknologi pembinaan kapal dan pengemudian di China, dan mencapai kemuncaknya

    pada zaman dinasti Tang(618-907) dan Dinasti Ming(1368-1644).

    20 Bahan-bahan seperti arsenic,merkuri dan plumpum adalah bersifat toksik dan ahli kimia sedar akan sifat ini.21 Ibid, h329.

    10

  • Melalui beberapa saluran interaksi seperti pengiriman utusan atau misi diplomatik,

    perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi maka kebudayaan Cina

    telah meninggalkan banyak kesan terhadap rantau Asia Tenggara, Selain menjalinkan pertalian

    rasmi antara Negara, misi diplomatik dahula kala berfungsi juga sebagai perdagangan iaitu saling

    bertukar barang secara besar-besaran sebagai hadiah. Justeru itu, dapat dikatakan bahawa melalui

    perdagangan dan juga misi diplomatik, China memperkenalkan kepada Asia Tenggara jenis-jenis

    tekstil(kain) antaranya kain sutera dan kain kapas, barang yang diperbuat daripada porselin,

    tembikar, logam dan makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan sayur-sayuran.

    Selain itu, menjelang pertengahan kurun ke-19, kuasa-kuasa Barat di rantau Asia Tenggara

    telah membawa masuk dan menggalakkan import tenga buruh dari India dan China untuk

    memenuhi keperluan di sektor perladangan dan perlombongan22. Akibatnya, setiap Negara di Asia

    Tenggara mempunyai satu komuniti Cina yang agak besar berbanding dengan komuniti Cina

    seberang laut di luar rantau Asia Tenggara.

    Melalui penempatan tetap orang-orang Cina di rantau Asia Tenggara maka satu proses budaya iaitu

    amalgamasi23(penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan penduduk tempatan.

    Kadar amlgamasi amat tinggi berlaku di Thailand dan Filipina, manakala di Malaysia dan

    Indonesia, komunti peranakan muncul akibat perkahwinan campur antara orang Cina denga orang

    tempatan sejak dua atau tiga kurun dahulu. Hal ini jelas terutamanya di Melaka kerana komuniti

    Baba dan Nyonya masih terdapat di sana walaupun cara hidup mereka seperti masyarakat biasa

    yang lain. Selain amalgamasi, proses akulturasi 24(pembudayaan), iaitu proses pertembungan yang

    membawa kepada saling pinjam-meminjam unsur-unsur budaya berlaku hasil daripada interaksi

    antara dua kumpulan etnik25, semakin meningkat juga dengan wujudnya komuniti Cina yang hidup

    saling berdampingan dengan pelbagai etnik lain di Asia Tenggara. Proses akulturasi antara orang

    Cina dengan orang tempatan lebih melibatkan aspek kebendaan seperti makanan, pakaian,

    22 K. Ratnam, (2001), Sejarah Kertas 940/2 (Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur), Subang Jaya,Selangor: Pustaka Sarjana Sdn.Bhd, h.7223 Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A. Jawan, (2007), Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia, h.24024 penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain25 sesuatu kaum ; masyarakat majmuk mempunyai kelompok yang hidup berlainan, tetapi di bawah system politik yang sama

    11

  • pengucapan dan tingkah laku, tetapi aspek institusi dan nilai juga turut terlibat. Antara contoh

    makanan yang paling digemari oleh masyarakat selain daripada bangsa Cina ialah yong tau fu dan

    tau fu fa. Oleh hal yang demikian, keharmonian dapat dipupuk antara masyarakat Cina dan bangsa

    lain dek kerana proses pertembungan budaya itu tadi.

    Di Filipina misalnya, banyak unsur budaya Cina didapati menonjol dalam kehidupan dan

    pengurusan keluarga, adat reasam perkahwinan, upacara pengkebumian, selain daripada makanan,

    masakan dan perkakas dapur. Nilai-nilai dalam kebudayaan Cina seperti keharmonian,integrasi

    keluaraga, penghormatan terhadap ibu bapa, dimanifestasikan juga dalam kehidupan keluarga

    orang Filipina.

    Dalam bidang ekonomi26, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting.

    Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil saksama dan

    pekerjaan tidak mengenal pasti dengan ras27. Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan adalah

    salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang

    patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab,

    integrity dan ketaatan akan memanfaatkan pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika

    seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma28 dan peraturan, disiplin diri,

    semangat bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bagi teori

    organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian.

    Bidang sosial pula mengidamkan sebuah masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan

    penyayang, bersifat terbuka dan toleransi29, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan

    ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh.

    Tamadun Cina dalam proses perkembangannya telah menerima banyak pengaruh agama dan

    kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat

    26 Abd. Hashim Setapa dan Aw Pek Cheng, (2007), Mikroekonomi Untuk Matrikulasi, Malaysia : Art Printing Works Sdn.Bhd, h.127 Ismail Yusof, (2008),Pengenalan Pengajian Sosial, Sintok Kedah:Universiti Utara Malaysia, h.4928 peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat29 sikap toleran ( toleran ialah sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada penderian sendiri

    12

  • terbuka dan bertolak ansur. Selain itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga

    semat-mata dan mengutamakan kebaikan hati serta keharmonian dalam perhubungan antara

    sebarang entiti30. Sikap dan amalan yang diamalkan oleh Tamadun Cina sememangnya telah

    meresap masuk ke dalam rantau Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Hal ini kerana, masyarakat

    moden yang sentiasa mengejar kemajuan tidak pernah lupa akan nilai-nilai murni seperti tolong-

    menolong, kerjasama, menghormati orang tua dan sebagainya. Nilai-nilai seperti ini akan

    memantapkan lagi sesebuah Negara itu terutama dari segi ketamadunannya.

    Dalam bidang psikologinya, rakyat Malaysia harus dibangunkan psikologinya agar selaras

    dengan aspek pembangunan yang lain terutama pembangunan kebendaan. Sifat-sifat psikologi31

    yang diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga kerana keahlian dalam

    masyarakat dan pencapaian masyarakat; bersikap teguh terhadap pelbagai cabaran; tabah hati

    mengejar kualiti; dan adanya pembebasan psikologi (tidak rasa diri kurang penting ). Dalam

    Tamadun Cina yang bercirikan personalisme, pemupukan kendiri wajar diamalkan atas premis

    bahawa manusia berkeupayaan untuk mencapai semaksima kebaikan dan member manfaat.

    Lanjutan daripada premis ini ialah kepercayaan setiap orang tanpa mengira latar belakangnya harus

    dididik dan boleh dididik. Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina bertujuan untuk

    kepentingan keluarga, negara dan dunia dan bukan untuk diri semata-mata. Nyatalah bentuk-

    bentuk pemikiran yang terkandung dalam Tamadun Cina yang sememangnya relevan sebagai

    pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologio yang diingini.

    Di samping itu, dalam bidang pendidikan, pendidikan merupakan kunci pembangunan dan

    medium untuk merealisasikan Wawasan 2020. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke

    dalam sistem pendidikan sejak tahun 1990. Kita harus mengambil satu perspektif perbandingan

    supaya kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat digunakan dalm segala

    pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar dan pengajaran. Dalam

    konteks ini, warisan-warisan tamadun Cina yang relevan dan menarik hati ialah pertama,

    kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu atau

    berkelompok; kedua, pendidikan sentiasa diutamakan; ketiga, kepercayaan bahawa setiap individu

    harus dan boleh dididik; keempat, pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberikan

    keutamaan; dan kelima, guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi. Nyatalah bahawa 30 sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang sendiri31 pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau seseuatu kumpulan

    13

  • warisan-warisan ini adalah berpunca daripada humanisme, personalisme, intelektualisme dan

    moralisme dalam tamdun Cina.

    Jelaslah di atas menunjukkan bahawa ajaran Konfusianisme mengenai pendidikan

    mempunyai relevansinya di Rantau Asia Tenggara khususnya di Malaysia. Perkembangan

    kurikulum dan strategi pengajaran yang dianjurkan masih digunakan sehingga kini dalam

    memastikan sistem pendidikan Negara sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar segala

    wawasan yang diimpikan Negara berjaya dilaksanakan.

    KEKUATAN TAMADUN CINA SEBAGAI SUMBER RUJUKAN

    Selain adanya kaitan tamadun Cina,khasnya sistem nilainya dengan Malaysia dan dunia

    dalam konteks pembentukan semula sistem etika,perlu ditekankan di sini bahawa terdapat tiga

    kekuatan tamdun Cina sebagai sumber rujukan.

    Pertama,dari sudut kesesuaian.Ideal Konfusion mengenai penubuhan Negara beretika

    dengan WAWASAN 202032. Kedua-duanya mempunyai konsepsi yang sama mengenai

    32 Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A. Jawan, (2007), Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia, h.254

    14

  • kepercayaan33, ideal34 dan nilai35. Khususnya, keluarga dianggap sebagai satu institusi soial 36penting yang seharusnya dipelihara dan dipertahankan.Tambahan lagi, Malaysia sebagai satu

    Negara bangsa moden amat komited terhadap pembangunan pendidikan37, berdasarkan

    kepercayaan pada perkembangan sepenuh potensi manusia peringkat perseorangan. Dalam hal ini,

    ideologi Konfusianisme38 yang berteraskan humanisme, humanitarianisme, intelektualisme dan

    rasionalisme, adalah secocok dengan fikiran pendididkan moden di Malaysia dan dunia.

    Kedua,dari sudut skop yang komprehensif39. Sungguhpun Konfusianisme dikembangkan

    lebih kurang 2,500 tahun dahulu, konsepsinya mengenai perhubungan social, iaitu Lima

    Perhubungan(wulun), adalah sahih lagi komprehensif sehingga masa kini. Dalam Konfusianisme,

    nilai, sifat moral dan prinsip etika yang berkisar kepada lima perhubungan sosial adalah penting

    dan cukup sesuai untuk member ilham kepada mereka yang memikirkan satu sistem nilai yang

    sewajarnya.

    Dan ketiganya, dari sudut kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan.Wawasan Konfusian

    mengenai masa depan manusia,seperti yang dinyatakan dalam The Grand Unity amat berkaitan

    dengan masyarakat global. Pada tahun-tahun kebelakangan ini terdapat ramai sarjana yang terlibat

    dalam perbincangan tentang kaitan tamadun Cina dengan dunia moden dalam pelbagai bidang

    termasuk politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraan, pemeliharaan alam sekitar, pengurusan

    perniagaan, perubatan dan kesihatan. Pelbagai pendapat tentang keistimewaan atau keunikan dan

    juga kelemahan-kelemahan dalam tamadun Cina telah diutarakan. Sebilangan kecil mereka

    menegaskan bahawa tamadun Cina yang wujud dan berlangsung beribu-ribu tahun itu mempunyai

    unsur-unsur yang kurang sesuai pada masa kini. Namun pada keseluruhannya, kebanyakan sarjana

    percaya bahawa tamadun Cina mempunyai unsur positif. Tegasnya, seperti tamadun-tamadun lain

    33 keyakinan atau akaun akan benarnya34 sempurna atau paling sesuai, sesuai dengan yang dicita-citakan (diangankan,dikehendaki, dsb)35 sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll)36 Ismail Yusof, (2008),Pengenalan Pengajian Sosial, Sintok Kedah:Universiti Utara Malaysia, h.6437 didikan, latihan, ajaran38 Choong Lean Keow, (2008), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Shah Alam, Selangor : U.G Press Sdn.Bhd, h.10039 luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dan lain-lain yang terkandung di dalamnya

    15

  • yang memiliki jangka hayat yang lama, tamadun Cina yang kaya dengan wawasan dan kebijaksaan

    akan terus menjadi satu sumber inspirasi yang relevan bagi manusia pada kurun ke-21.

    KESIMPULAN

    Sumbangan Tamadun China kepada Asia Tenggara khususnya di Malaysia amat bernilai

    dalam pemantapan dan kelangsungan terhadap kemajuan Negara. Antara sumbangan Tamadun

    China yang amat bermanfaat ialah dalam bidang kesusasteraan klasik dan kesenian yang

    merangkumi kaligrafi adalah sangat kaya dan menarik. Di bidang sains dan teknologi

    pula,walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat berbanding dengan sains dan teknologi

    moden, orang Cina telah mempelopori penciptaan kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas

    yang telah banyak memberi manfaat kepada permodenan Negara-negara Barat.

    16

  • Dengan pencapaian-pencapaian penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, kesenian,

    sains dan teknologi dalam tamadun Cina merupakan antara penyumbang utama dan penting kepada

    perkembangan di Asia Tenggara dan khususnya di Malaysia.Melalui hubungan atau interaksi

    antara tamadun,pencapaian-pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa dan

    diperkenalkan kepada Asia Tenggara sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini walaupun

    berlaku proses pembaharuan,perubahan dan penyesuaian menurut zaman.

    Selain itu, Tamadun Cina turut menyumbang kepada pelbagai aspek lain seperti

    pendidikan, ekonomi, sosial, psikologi, budaya dan sebagainya. Hal ini kerana, kesemua aspek

    tersebut mempunyai relevansinya dan sehingga hari ini Negara kita terutamanya iaitu Malaysia

    menggunakan kekuatan yang terdapat dalam Tamadun Cina. Bidang pendidikan jelas

    membuktikan bahawa Malaysia ada menggunakan ajaran dalam Wawasan Konfusianisme.

    Justeru itu, bolehlah dikatakan Tamadun Cina merupakan salah satu tamadun yang amat

    berjasa dalam menyumbang kepada pemantapan dan kelangsungan kepada rantau Asia tengggara

    khususnya di Malaysia.

    17