8-lompat-jauh

15
Pengenalan Lompat Jauh Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang ditujui. Acara ini adalah salah satu acara yang diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlit mestilah membuat pelarasan bagi membetulakan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlulah menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah uatama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak. Di saping itu pelompat jauh haruslah meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa ekposif. Sejarah Acara Lompat Jauh Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawall tahun 708 sebelim masihi iaitu dalam sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan yang dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar dan corak-corak lukisan yang

Upload: tan-wei-hui

Post on 16-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Pengenalan Lompat Jauh

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang ditujui. Acara ini adalah salah satu acara yang diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlit mestilah membuat pelarasan bagi membetulakan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlulah menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah uatama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak. Di saping itu pelompat jauh haruslah meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa ekposif.

Sejarah Acara Lompat Jauh

Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawall tahun 708 sebelim masihi iaitu dalam sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan yang dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar dan corak-corak lukisan yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali oleh peserta Sparta, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple.

Selain itu, terdapat juga fakta menyatakan bahawa lompat jauh berasal dari sukan zaman purba di Greece dalam gaya lompat jauh berdiri. Pada masa itu, pelompat melompat dengan memegang beban yang dinamakan halteres pada kedua belah tangan. Berat tersebut di antara 0.9kg hingga 4.5kg, dan ia dipercayai dapat membantu untuk memberi kesan lompatan yang lebih jauh. Ini terbukti dalam tahun 1854, J.Howard yang melompat sejauh 9.02meter sebenarnya mendapat 2.4meter hasil daripada beban yang digunakan. Pelompat yang melompat dari threshold (tempat lonjakan) dan mendarat di skemma (tempat mendarat). Pada masa ini acara lompat jauh ialah lompat jauh berlari.

Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkar dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari masa ke semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada sekarang.

Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari berbanding acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang mampu melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannya perlu dipelajari dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari daripada risiko kecederaan.

Gaya LompatanTerdapat tiga gaya lompatan iaitu: Gaya Layar

Gaya Gantung

Gaya Tendang Kayuh

Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa pelompat berada di peringkat layangan. Tetapi fasa-fasa yang terdapat pada semua teknik adalah hampir sama.

Fasa Lompat Jauh

Terdapat empat fasa pergerakan iaitu: Fasa Penujuan lari menuju ke papan lonjak. Fasa Lonjakan melompat dari papan. Fasa Layangan badan berada di udara. Fasa Pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.

Fasa penujuan

Fasa ini memerlukan: Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal. Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan. Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk melonjak. Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian badan untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.

Fasa Lonjakan

Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini memerlukan: Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat. Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan. Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi. Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

Fasa Layangan

Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut: Gaya Layar pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga ke hujung kaki. Gaya Gantung pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang. Gaya Tendang Kayuh pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.

Fasa Pendaratan

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

Prinsip Asas Lompat Jauh

Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik.

Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat ditentukan.

Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak dapat membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Sebenarnya, gaya bada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

Teknik dan Aspek Lompatan

Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan erhatian utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di udara, dan pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira samada seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah lama melibatkan diri didalamnya.

Kelajuan larian

Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting dalam acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai boleh menyebabkan perkara tersebut:

Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu lompatan. Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat. Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di papan pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan batal.

Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.

Biasanya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan serta memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan pelepas.

Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk kelajuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang paling sesuai dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan sebanyak larian sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan konsistensilarian yang telah diukur tadi.Pelepasan Lompatan

Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum, Dan seterusnya dalam membuat lompatan dengan baik dan berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan bahawa pelompat akan berada selam 0.11 saat sahaja pada tahap ini, ia penting untuk menentukan daya lompatan yang baik, atau lompatan yang batal.

Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripada momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Keadaan pengurangan momentum ini dikenal sebagai sudut hentian. Penghasilan sudut hentian yang searas dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku perubahan pergerakan daripada mendatar kepada menegak. Penghasilan sudut hentian yang sesuai dapat dilakukan melaluiaplikasi teknik yang baik. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh yang terkemuka peringkat antrabangsa, Teknik berikut disarankan,

1. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lompatan.2. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.3. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan , iaitu dengan kedua-duanya diangkat ke atas.

Semasa Di Udara

Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. Selanjutnya, pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti semasa lompatan di udara adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan udara, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat. Untuk mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara ( running in the air ) dan mengayuh ( hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak yang maksimum.

Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang pelompat jauh semasa berada di udara.1. Pergerakan belayar ( sailing)2. Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air )3. Pergerakan ayunan punggung ( hip-swing )

Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, Mengayuh atau berlari di udara adalah yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.Pendaratan

Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja mampu menghasilkan jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.

Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

Latihan Ansur Maju atlit mencuba beberapa aktivit melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki kanan yang lebih selesa digunakan untuk melonjak. latihan lompat ketinting antara dua tempat dan melepasi halangan boleh dianggap sebagai satu aktiviti yang dapat memenuhi kehendak ini.latihan 1 berlari anak dan melangkah ke dalam kawasan mendarat. ini dibuat secara berulang-ulang. tetapkan tanda permulaan larian. tujuan latihan ini ialah untuk menumpukan perhatian peserta kepada langkah larian yang sama.latihan 2 berlari dari tandaan dan melonjak tinggi. lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. pelari tidak semestinya memijak papan lonjak. lakukan latihan ini berulang-ulang. latihan ini dapat membantu atlit merasai keadaan sebenar semasa melonjak ke atas. mereka hendaklah cuba melonjak seberapa tinggi yang boleh semasa melakukan latihan ini.latihan 3 gunakan tali sebagai halangan. atlit berlari dan melonjak. semasa berada di uadara, kaki bebas dibuka luas kehadapan. mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas (kaki di sebelah hadapan) mencecah tanah dahulu. latihan ini bertujuan untuk memastikan pelompat dapat melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan.latihan 4 gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan tujuan latihan ini untuk memahirkan atlit tentang cara mendarat yang betul.latihan 5 berlari pantas (11 hingga 13 langkah), melonjak dan mendarat. gunakan dan sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak. latihan ini merupakan latihan melompat jauh secara keseluruhannya.

Peraturan lompat jauh

dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan di benarkan dahulu. selepas ini 8 peserta terbaik di pilih untuk membuat 3 lagi lompatan. sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan diberikan. pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:i) kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjakii) melonjak di luar papan lonjakiii) semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan.iv) selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.