pastikan kesejahteraan rakyat · mengisi borang untuk menyertai ... jika mereka mahukan kontrak ......

8
15 MAC 2018 Sebarang komen, maklum balas dan pertanyaan sila emel kepada [email protected] Pastikan kesejahteraan rakyat

Upload: duongdieu

Post on 19-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pastikan kesejahteraan rakyat · mengisi borang untuk menyertai ... jika mereka mahukan kontrak ... Sarjana Muda Bahasa Inggeris untuk

15 MAC 2018

Sebarang komen, maklum balas dan pertanyaan sila emel kepada [email protected]

Pastikan kesejahteraan

rakyat

Page 2: Pastikan kesejahteraan rakyat · mengisi borang untuk menyertai ... jika mereka mahukan kontrak ... Sarjana Muda Bahasa Inggeris untuk

2 15 MAC 2018

Dua graduan sedang diberi penerangan ketika hadir pada Program Temuduga Terbuka SL1M di MaEPS, Serdang.

SERDaNG- Jika setakat mendengar kata-kata orang, Nurul Farhanah Saffinye,

mungkin masih menganggur dan tercari-cari hala tuju kerjayanya.

Gadis berusia 24 tahun lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Komunikasi daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu bagaimanapun tidak mengendahkan kata-kata negatif berhubung program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dilancarkan kerajaan sejak 2011.

Baginya, tiada apa yang merugikan jika dia mencuba untuk menjadi sebahagian daripada peserta program tersebut tambahan pula elaun sebanyak RM1,500 sebulan (terbaharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kenaikan elaun kepada RM2,000 sebulan) itu cukup menambat hatinya berbanding jika sekadar mengharap wang ihsan pemberian ibu bapa jika terus menganggur selepas tamat pengajian.

Sikap proaktif gadis berpewatakan ceria ini akhirnya mengubah nasib beliau sendiri apabila terpilih sebagai salah seorang peserta SL1M yang menjalani latihan di Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Menurul Nurul Farhanah, meskipun beliau ditempatkan di Jabatan Teknologi dan Pembolehdaya Umum yang merupakan satu skop kerja yang sangat berbeza dengan silibus yang dipelajari di universiti, dia tidak merasakan itu satu masalah besar apatah lagi kerugian.

Sebaliknya, gadis berasal dari Melaka ini sangat bersyukur kerana di situlah dia diberi peluang sepenuhnya untuk menonjolkan bakat dan mengilap kemahiran-kemahiran lain seperti daya kepimpinan, keyakinan diri, cara berkomunikasi ala korporat malah turut sama-sama menyumbang idea dan bekerja dengan senior-senior lain untuk melaksanakan sesuatu projek.

“Bila kita memohon kerja, majikan mahukan pengalaman. Dari mana saya hendak dapat pengalaman tersebut jika saya tidak pernah bekerja. Ini satu masalah yang tiada jalan penyelesaian jadi saya melihat SL1M merupakan jalan keluar untuk saya mendapat pekerjaan tetap suatu hari nanti.

“Di TNB saya ditempatkan di jabatan yang sangat berbeza dengan kursus di universiti dahulu tetapi itu bukan masalah besar kerana di sinilah saya dapat merasakan pengalaman sebenar dunia pekerjaan apatah lagi berpeluang bekerja sebuah syarikat korporat ternama di

negara ini.“Ini kerana di sini saya berjaya

mengatasi pelbagai kelemahan yang saya ada selama ini. Di sini saya dilayan sama rata seperti kakitangan tetap yang lain malah saya juga diberi peluang untuk membuat pembentangan di hadapan Ketua

Pegawai Eksekutif sendiri. “Ini sesuatu yang amat

membanggakan diri saya dan saya anggap ianya satu pencapaian dan dalam masa yang sama rasa sangat dihargai

kerana diberi kepercayaan yang begitu tinggi walaupun baru tiga bulan menjalani latihan SL1M di sini,” katanya kepada e-Rakyat semasa majlis pelancaran Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah baru-baru ini.

Menurut Nurul Farhanah, meskipun tidak diberi sebarang jaminan bahawa beliau akan diserap sebagai kakitangan tetap di TNB, dia tidak merasakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi sepanjang enam bulan di bawah program SL1M adalah sesuatu yang sia-sia.

Malah dia sangat yakin dapat menjual resume terkininya yang lebih berkualiti dengan penambahan kemahiran dan pengalaman baharu kepada syarikat-syarikat lain pula.

“Memang tiada jaminan (untuk diserap) dan itulah yang sering dimomokkan oleh orang sekeliling saya dahulu. Mereka kata, buat apa menyertai SL1M sebab lepas enam bulan (tamat latihan) menganggur balik tetapi apabila saya menjalani latihan ini, saya langsung tidak takut akan menganggur kerana saya sangat yakin apa yang saya perolehi selama di TNB adalah berharga dan meningkatkan kebolehpasaran saya sendiri,”tambahnya yang akan

menamatkan program pada Mei ini.Manakala bagi R. Tamil Selvam

pula, hasratnya semasa memohon SL1M adalah hanya untuk mendapatkan pekerjaan walaupun bersifat sementara.

Ini kerana graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Pengurusan Sumber Manusia daripada Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ini adalah seorang anak yatim yang kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun lagi.

“Sejak bapa meninggal, saya dibesarkan oleh ibu dan kehidupan kami sangat miskin. Saya dan tiga adik-beradik yang lain terpaksa bergilir-gilir ke sekolah kerana ibu tidak mampu memberi belanja. Kalau hari ini saya ke sekolah, esok adik saya pula, begitulah setiap hari sehingga kami semua berjaya menghabiskan sekolah menengah.

“Jadi, sebelum tamat peperiksaan akhir di universiti lagi, saya telah menyertai pelbagai pesta kerjaya dan mendaftar dengan pelbagai syarikat dan program termasuklah SL1M selepas mendapat nasihat

daripada pensyarah.“Saya akhirnya diterima masuk ke

TNB dan dua syarikat lain tetapi saya memilih TNB kerana saya anggap ini adalah impian menjadi kenyataan kerana sejak kecil saya sangat suka tengok pekerja TNB pakai jaket biru, sekarang saya pula mampu menyarungnya,”kata lelaki berusia 26 tahun dari Kuala Kangsar, Perak itu.

Ketika ditanya mengenai perbezaan di antara kehidupan universiti dan dunia korporat, Tamil Selvam berkata, ia bagai langit dengan bumi.

Latihan yang diperolehi di TNB di bawah SL1M katanya berjaya menukar perwatakan dirinya kepada seorang yang lebih berkeyakinan diri dan berketrampilan.

Menurut anak muda itu lagi, peluang untuk duduk dalam satu pasukan dengan para senior yang mempunyai puluhan tahun pengalaman membuatkan dirinya rasa dihargai tambahan pula idea-idea yang dilontarkan diterima pakai oleh mereka.

Kadangkala mereka berdebat dan dia diberi peluang untuk memberi pendapat meskipun statusnya hanyalah seorang pelatih.

“Di sini kami hanya buat kerja mengikut skop yang diberikan, sama seperti kakitangan tetap yang lain, tiada istilah tolong angkat telefon, tolong fotostat dan sebagainya, semuanya profesional.

“Kami hadir ke dalam mesyuarat dengan membuat persediaan rapi sama seperti pegawai-pegawai lain malah diberi peluang untuk membuat pembentangan dan sebagainya. Ini yang saya suka mengenai SL1M.

“Peluang ini saya mungkin tidak dapat di mana-mana termasuk ketika menjalani latihan praktikal semasa belajar dahulu,” katanya lagi.

Walaupun berharap diserap sebagai kakitangan tetap di TNB kerana terlalu suka dengan syarikat tersebut, Tamil Selvam tidak gusar sekiranya perkara tersebut tidak berlaku.

Katanya, ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang

menjalani program SL1M di TNB pastinya boleh dibawa

kemana-mana sahaja.Setakat Disember

2017, sejumlah 144,440 peserta telah dibantu melalui penglibatan secara langsung atau

tidak langsung dengan

Program SL1M. - e-Rakyat

SL1M: Tak kenal maka tak cinta

Ini sesuatu yang amat membanggakan diri saya dan saya anggap ianya satu pencapaian

dan dalam masa yang sama rasa sangat dihargai kerana diberi kepercayaan yang begitu tinggi

NuruL FarhaNah SaFFiNyeNuRuL FaRhaNah

Page 3: Pastikan kesejahteraan rakyat · mengisi borang untuk menyertai ... jika mereka mahukan kontrak ... Sarjana Muda Bahasa Inggeris untuk

315 MAC 2018

SERDaNG- Sejak dilancarkan pada 2011, program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah

berjaya membantu seramai 144,440 peserta setakat Disember lalu sama ada melalui penglibatan secara langsung atau tidak langsung.

Setiap kali permohonan dibuka, pastinya ramai graduan yang akan mengisi borang untuk menyertai program yang direka khusus bagi menjalani latihan kebolehpasaran yang menekankan kemahiran insaniah (soft-skills) dan latihan industri.

Ini dapat dilihat semasa Temuduga Terbuka SL1M 2018 di Maeps, Serdang yang diadakan pada 24 dan 25 Februari lalu, hampir 40,000 pengunjung membanjiri ekspo tersebut, mengatasi sasaran awal pihak penganjur iaitu 30,000 orang.

Ini mungkin disebabkan oleh kisah-kisah kejayaan peserta terdahulu serta pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa elaun SL1M dinaikkan sebanyak RM500 kepada RM2,000 sebulan.

Menurut Nurul azilah Shafie, meskipun masih belum menamatkan pengajiannya dalam bidang Kewangan Islam, pelajar tahun akhir Univesiti Kuala Lumpur ini bijak merebut peluang semasa temuduga terbuka tersebut diadakan.

Katanya, program SL1M ini amat penting untuk pembangunan kerjayanya pada masa akan datang.

“Saya telah bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan walaupun masih belum tamat pengajian. Jadi, saya membuat permohonan dahulu dan semoga diterima untuk menyertai program ini sejurus tamat peperiksaan akhir.

“Program ini amat penting kepada saya untuk mendapatkan pengalaman sebenar dunia kerja di samping membekalkan kemahiran-kemahiran insaniah yang saya tidak dapat ditempat lain,” katanya.

Perkara yang sama disuarakan oleh Mohd. Naufal Mohd. azhar,23, graduan yang baru menamatkan pengajiannya Januari lalu.

Kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Hartanah dari Universiti

Teknologi Mara ini, dia sudah lama mengetahui mengenai kebaikan program SL1M tetapi menunggu tamat pengajian sebelum memohon.

“Program ini banyak kebaikannya, tambahan pula apabila mereka mengadakan ekspo temudga terbuka ini. Semua syarikat berada di bawah satu bumbung, jadi ia memudahkan kami untuk mendaftar dan menghadiri temuduga di pelbagai syarikat dalam masa satu hari,” katanya.

Bagi Mohd. Sayuti Jalaluddin pula, dia berminat untuk menyertai program SL1M kerana mahu mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya.

Buat masa ini, bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) daripada sebuah kolej universiti ini bertugas sebagai

seorang guru di sebuah sekolah swasta.

Katanya, elaun yang diberikan kepada peserta menarik minatnya untuk menyertai program SL1M.

“Elaun peserta SL1M lebih banyak daripada gaji saya sekarang tambahan pula ia melatih kemahiran-kemahiran lain yang boleh meningkatkan kebolehpasaran saya,” katanya.

Bagi Wan Mohd. Shamim Wan Mohd. huzir, dia memohon program SL1M kerana mahu meningkatkan kemahiran berkomunikasi selain mendapat pengalaman dunia pekerjaan sebenar.

Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Malaysia Pahang ini,dia mendapat tahu mengenai program tersebut daripada media sosial dan rakan-rakannya.

“Saya mahu menjalani latihan dunia pekerjaan sebenar di syarikat-syarikat korporat ternama. Saya juga mahu meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta pergaulan.

“Kita tahu SL1M bukanlah satu program yang menekankan teori semata-mata sebaliknya memberi fokus kepada kemahiran-kemahiran lain yang tidak diajar di universiti,”katanya.-e-Rakyat

PEMaNDaNGaN sekitar Program Temuduga Terbuka SL1M di MaEPS, Serdang.

rekod kejayaan SL1M buat lebih ramai tertarik

MohD. NauFaL MohD. SayuTi WaN MohD. ShaMiM

Page 4: Pastikan kesejahteraan rakyat · mengisi borang untuk menyertai ... jika mereka mahukan kontrak ... Sarjana Muda Bahasa Inggeris untuk

4 15 MAC 2018

KuaLa LuMPuR - Isu penganguran terutama melibatkan siswazah bukan

sesuatu yang baharu. Pelbagai pendapat, teori, kajian dikeluarkan namun ia bagaikan tidak berpenghujung sejak sekian lama.

Pihak majikan merungut kerana sukar mendapat pekerja yang mahir dan berpengalaman manakala di pihak pencari kerja, mereka mempertikaikan bagaimana mahu meraih pengalaman industri sedangkan baharu sahaja melangkah keluar daripada dunia universiti?

Banyak pihak boleh menunding jari sesama sendiri, menyalahkan majikan, graduan malah sistem pembelajaran di universiti juga dikritik hebat kerana dikatakan gagal untuk melahirkan siswazah yang bertepatan dengan kehendak industri.

Pastinya kerajaanlah yang paling banyak dipersalahkan kerana kononnya gagal menyediakan sistem pendidikan yang mampan walaupun hakikatnya pelbagai inisiatif dan insentif untuk meningkatkan taraf institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.

Namun ia tidak menghasilkan keputusan segera, segala-galanya perlu mengambil masa tambahan pula setiap institusi mempunyai tradisi mereka sendiri yang pastinya sukar diubah.

Sebagai sebuah kerajaan yang progresif, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu menunggu lama dan membiarkan isu ketidakpadanan kehendak industri dan keupayaan siswazah ini berlarutan sehingga semua masalah berkaitan sistem pendidikan selesai.

Beliau yang sentiasa mendengar pendapat daripada akar umbi memutuskan untuk melaksanakan satu program latihan yang memberi fokus kepada aspek berbeza iaitu kemahiran insaniah (soft-skill) yang selama ini antara faktor paling besar menyumbang kepada isu siswazah menganggur.

Beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk melaksanakan sebuah program yang memberi fokus utama kepada graduan muda ijazah sarjana muda dan yang ke atas yang

berasal dari keluarga berpendapatan rendah serta tinggal di luar bandar dan belum mendapat pekerjaan untuk menjalani latihan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Program yang dinamakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) ini setakat ini telah membantu hampir 150,000 graduan sejak ia dilancarkan pada 2011 yang lalu.

Ketegasan Perdana Menteri yang bukan sahaja mengarahkan GLC untuk sama-sama terlibat malah meminta syarikat swasta lain untuk turut serta di dalam program ini jika mereka mahukan kontrak kerajaan membuktikan kesungguhan pemerintah menangani isu ini.

Apa yang menarik mengenai program SL1M adalah peluang kepada peserta untuk merasai dunia pekerjaan sebenar yang mana mereka dilayan sama seperti kakitangan tetap syarikat tersebut dan diberi penghargaan untuk sama-sama menyumbang idea dan tenaga.

Bagi Max Lionel Teo, graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris untuk Profesional dari Universiti Sains

Malaysia, dia berbangga apabila diberi peluang untuk mencipta satu aplikasi perhubungan dalaman bagi kakitangan Petronas Cari Gali, tempat dia menjalani latihan SL1M.

Katanya, mereka tidak pernah dibezakan malah pegawai-pegawai atasan sentiasa meminta idea-ideanya untuk membuat sesuatu yang baharu sesuai dengan peredaran masa.

“Saya kini sedang membangunkan satu aplikasi perhubungan sosial sama seperti Instagram atau Facebook untuk kegunaan dalaman kakitangan syarikat.

“Melalui aplikasi tersebut kami boleh berhubung dan menyampaikan semua informasi dengan lebih berkesan dan menarik. Saya bangga apabila idea saya diterima oleh pihak majikan dan terlibat di dalam pelaksanaannya,” kata Max yang mula menjalani latihan di syarikat tersebut pada November lalu.

Ini mungkin sebahagian daripada cerita 144,440 peserta program SL1M yang diberi peluang untuk merasai pengalaman sebenar dunia

pekerjaan, yang berjaya diubah sikap dan perwatakan mereka, yang telah dipertingkatkan kemahiran berkomunikasi dan kepimpinannya namun jika kerajaan tidak mengorak langkah mewujudkan program ini pada 2011, apakah cerita-cerita sebegini kita mampu dengar? Atau kita terus menguatkan pelbagai hujah menyalahkan satu sama lain sambil bersembang di kedai kopi?

Jika kerajaan bersikap seperti pembangkang yang hanya tahu bercakap dan menunding jari, apakah majikan-majikan di luar sana dapat bertemu dengan hampir 150,000 graduan muda yang boleh dipertingkatkan kemahiran mereka sehingga mampu melahirkan idea-idea setaraf profesional yang lain?

Dan jika kerajaan hanya mengambil sikap tunggu dan lihat tanpa melaksanakan tindakan proaktif, apakah graduan seperti Max, seorang anak miskin yang terpaksa meminta bantuan kerajaan kerana tidak mampu membeli tiket penerbangan dari Sabah ke Pulau Pinang semasa mahu mendaftar masuk ke universiti beberapa tahun lalu, boleh berdiri megah di hadapan ketua-ketuanya untuk membentangkan idea baharu dan seterusnya membangunkan aplikasi sendiri di sebuah syarikat minyak dan gas ternama dunia?

Perkara ini adalah mustahil. Semua ini hanya mampu berlaku

di dalam mimpi sekiranya SL1M tidak diperkenalkan dan isu kekurangan kemahiran insaniah dalam kalangan siswazah akan terus berlanjutan. Tunding-menunding jari akan terus berlaku tanpa ada nokhtah.

Jika ada yang berkata, mengapa masih ada siswazah menganggur, pernahkah anda bertanya, adakah mereka pernah menjalani program SL1M atau sudahkah siswazah-siswazah ini mencari di mana kelemahan mereka dan bersedia untuk memperbaikinya?

Seperti kata Perdana Menteri, semua orang boleh berusaha tetapi mereka tetap memerlukan anak kunci untuk membuka peluang dan anak kunci itu ada pada kerajaan.

Kerajaan telah menyediakan keperluan dan peluang manakala tugas rakyat pula hanyalah berusaha untuk mendapatkan peluang tersebut.-e-Rakyat

Majikan tidak pernah bezakan pelatih SL1M

NaJib beramah mesra dengan graduan yang mengisi borang permohonan temuduga TNb, Nur Natasha Zarin Zulkiflee (dua kiri) dan ainur Fadzillah Zailani (kanan) pada Majlis Perasmian Program Temuduga Terbuka SL1M di MaEPS, Serdang.

Para graduan dilihat sibuk mengisi borang maklumat peribadi secata dalam talian pada Program Temuduga Terbuka SL1M di MaEPS, Serdang.

KiRi: Najib bergambar dengan wakil-wakil majikan contoh SL1M pada Majlis Perasmian Program Temuduga Terbuka SL1M di MaEPS, Serdang.

Page 5: Pastikan kesejahteraan rakyat · mengisi borang untuk menyertai ... jika mereka mahukan kontrak ... Sarjana Muda Bahasa Inggeris untuk

515 MAC 2018

ChERaS - Selepas kejayaan projek pembangunan semula di Residensi Kerinchi yang

mendapat pujian banyak pihak, kerajaan meneruskan konsep yang sama di rumah pangsa yang sudah usang di Taman Segar, Cheras.

Taman Segar merupakan salah satu kawasan rumah pangsa yang sudah berusia 35 tahun dan dilihat ketinggalan dari segi kemudahan asasnya, malah keluasan rumah juga terlalu sempit.

Namun, rumah pangsa tersebut bakal berubah wajah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan lampu hijau dan menyokong projek pembangunan semula dilaksanakan di kawasan rumah pangsa tersebut semasa kunjungannya pada 8 Mac lalu.

Projek tersebut akan dibangunkan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dijangka bermula pada tahun ini sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan dalam memberikan pembelaan kepada kumpulan B40 yang tinggal di bandar.

“Hari ini saya dapat meninjau keadaan bersangkut paut dengan soal kemiskinan di bandar dimana keadaan rumah pangsa ini terlalu usang dan memerlukan disediakan kemudahan yang

lebih baik lagi.“Atas usaha kerajaan bersama-

sama dengan DBKL, satu projek gantian akan dilaksanakan dan dalam tempoh tiga tahun lagi setiap penghuni yang kini memiliki rumah pangsa yang berkeluasan 500 kaki persegi akan menerima apartment baharu seluas 800 kaki persegi dengan keadaan yang jauh lebih berkualiti dengan kemudahan

kolam renang, gimnasium dan sebagainya,” kata beliau semasa kunjungan tersebut.

Seramai 300 penduduk yang mendiami rumah pangsa akan digantikan dengan rumah baharu sebaik siap tanpa membayar satu sen pun.

Rumah Pangsa Taman Segar akan dijenamakan menjadi Segar Residensi

sama seperti pembangunan semula di flat Kampung Kerinchi.

Salah seorang Pengerusi Penduduk Taman Segar, Ngeu Koi Chai, 72, berkata majoriti penduduk bersetuju dengan konsep pembangunan semula yang akan dilaksanakan disitu dan berterima kasih kepada Najib kerana memilih untuk membina rumah baharu yang lebih selesa kepada mereka.

“Kami penduduk sangat gembira, hari ini dalam sejarah... ada perdana menteri, menteri datang sini.

“Banyak harapan kami penduduk di sini, kami sangat mengharapkan pembangunan semula flat ini menjadi urban dan mungkin saya tidak ada lagitapi anak saya, cucu saya boleh dapat rumah ini dan menikmati kehidupan lebih selesa,” kata beliau semasa ditemui.

Chai berkata lebih mengembirakan adalah

Najib sendiri berjanji penduduk yang mendiami rumah pangsa tidak perlu mengeluarkan wang poket sendiri apabila rumah siap kelak nanti.

“Rumah baharu nanti ada gimnasium, kolam renang... yang penting Perdana Menteri kata penduduk yang sedia ada akan dapat rumah percuma. Kami sangat gembira,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Chin, 68, juga teruja dengan projek yang bakal dilaksanakan di rumah pangsa tersebut memandangkan sudah tiba masanya kawasan perumahan tersebut berubah wajah sama seperti dikawasan lain.

“Saya rasa projek ini baik, satu tukar satu... dapat rumah baharu, ok lah... saya sudah tinggal disini lebih 30 tahun,” kata beliau.

Dalam pada itu, Pengara Urusan Upper Level Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahya berkata untuk peringkat awal sebuah blok akan dibina terlebih dahulu bagi menempatkan penduduk seramai

1,200 orang yang mendiami 300 unit rumah pangsa disitu bagi memastikan mereka tidak berpindah dan mendapat rumah seperti mana dijanjikan.

“Kita mencari alternatif kemudahan iaitu penduduk tidak perlu berpindah kerana kita menggunakan kawasan lapang sedia ada kita bangunkan dahulu satu blok bagi memuatkan semua kapasiti penduduk 300 unit iaitu bersamaan 1,200 penduduk di mana mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain,” katanya.

Rumah pangsa kos Rendah sedia ada setinggi tinggi lima tingkat tanpa kemudahan lif itu telah berusia 35 tahun dan usang, berkeluasan 500 kaki persegi akan digantikan dengan pangsapuri moden dan selesa berkeluasan 800 kaki persegi yang akan dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik mandi serta satu lot parkir.

Projek pembangunan semula ini akan melibatkan sebanyak 300 unit rumah pangsa dan 1,200 penghuni dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM500 juta. - e-Rakyat

rumah pangsa Taman Segar bakal berubah wajah seperti Kerinchi residensi

MohD KhaiRi

NaJib diberi penerangan oleh Mohd Khari (tiga kanan) ketika melihat replika Segar Residensi yang akan dibangunkan di Taman Segar pada Walkabout Perdana Menteri dan Ramah Mesra bersama penduduk Flat Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur.

NaJib diiringi pemilik rumah, ong Chuan hong di Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur.

KiRi: Najib ketika mengunjungi rumah keluarga Nirmala Serekas (tiga kanan).

NaJib bertanya sesuatu kepada

pemilik rumah, ong Chuan hong.

Page 6: Pastikan kesejahteraan rakyat · mengisi borang untuk menyertai ... jika mereka mahukan kontrak ... Sarjana Muda Bahasa Inggeris untuk

6 15 MAC 2018

KuaLa LuMPuR – Rakyat Malaysia yang bakal menjadi pemilih pada Pilihan Raya

Umum (PRU) akan datang harus membuat pilihan tepat dalam memilih kerajaan.

Ini kerana, kesilapan dalam membuat pilihan akan memberikan kesan berpanjangan dan ia dibimbangi implikasinya akan menghimpit mereka.

Rata-rata mereka yang ditemui berkata, pengundi-pengundi tidak sewajarnya membuat pilihan mengikut perasaan sebaliknya, perlu berfikiran waras dan rasional tanpa menjadikan elemen-elemen tertentu tanpa kebenaran merosakkan masa depan mereka.

Ini kerana, kesilapan dalam membuat percaturan akan mengakibatkan mereka berubah daripada menikmati kehidupan sedia ada kepada satu bentuk kehidupan yang mungkin akan memeritkan.

Seorang pesara kerajaan, yusof Jantan, 61, berkata, pengundi-pengundi perlu bijak dalam membuat pilihan masing-masing dan mereka tidak harus terpengaruh dengan anasir-anasir yang mereka sendiri tidak pasti.

Katanya, memang banyak perkara berlaku sebelum menjelangnya PRU tetapi rakyat harus tahu membezakan sama ada ia benar atau sengaja ditimbulkan dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan.

“Memanglah undi itu rahsia tetapi, sebagai rakyat yang telah dipimpin oleh kerajaan sedia ada tidak wajar mereka membuat pilihan lain setelah kerajaan sekarang ini telah menabur banyak bakti kepada rakyat,” katanya

Seorang kakitangan swasta, Shahidah Mohd Shah, 44, pula berpendapat, pengundi-pengundi harus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada agar segala agenda yang dirancang untuk rakyat dapat diteruskan.

“Mana mungkin bila kerajaan bertukar segala yang dirancang untuk kebaikan rakyat akan diteruskan.

“Lain kerajaan lain pula manifestonya. Jadi, adalah lebih baik kita beri mandat kepada kerajaan sedia ada untuk meneruskan segala

yang dirancang untuk kebajikan rakyat,” ujarnya.

Bagi Sajidah abdullah, 56, pula, beliau hanya berharap agar undi yang akan diberikan oleh rakyat tidak dipersia-siakan oleh wakil rakyat yang akan membawa suara mereka.

Ujarnya, pemimpin yang dipilih harus ingat bahawa kedudukan mereka itu adalah kerana undi yang

diberikan oleh rakyat dan mandat itu bukanlah untuk mereka gunakan demi kepentingan diri sendiri.

“Sebagai seorang ahli Parlimen atau ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), mereka (wakil rakyat) kena lihat orang yang mengangkat mereka.

“Jangan lupakan tanggungajawab untuk membela nasib kerana ia adalah amanah yang perlu

dilaksanakan sebaik mungkin,” tambahnya.

Pandangan sama turut diberikan oleh R. Ravi, 52, apabila menyatakan, wakil rakyat tidak harus menonjolkan dirinya kepada khalayak ketika waktu berkempen dan menghilangkan diri selepas hasrat mereka tercapai.

Katanya, wakil rakyat yang seperti itu hanya akan membawa bencana kepada keseluruhan organisasi politik dan rakyat serta pengundi yang memilihnya pasti akan mencemuh.

“Orang seperti itu hanya membawa nama buruk dan merosakkan imej parti yang diwakilinya.

“Adalah lebih baik jika wakil rakyat seperti itu disisihkan daripada parti politiknya kerana dia hanya akan mecemar kewibawaan parti yang menjadi dokongan rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, seorang kakitangan awam, Mohd Zarul ikhwan ismail, 29, pula berharap, agar PRU yang akan berlangsung nanti akan menyebelahi parti yang banyak berjasa kepada rakyat secara keseluruhannya.

Tegasnya, membuat pilihan yang ‘semberono’ boleh mengakibatkan mereka sesal kerana untuk mengubahnya memerlukan masa yang lama.

“Jangan cuba-cuba nak buat pilihan lain kerana kita tidak tahu apa akan berlaku di kemudian hari,” katanya. - e-Rakyat

Pengundi perlu buat pilihan tepat pilih kerajaan

yuSoF ShahiDah SaJiDah Ravi MohD ZaRuL

TiMbaLaN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr ahmad Zahid hamidi menyerahkan replika kad ceria kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim pada Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Lembah Pantai di Dewan orang Ramai, Perumahan Polis Desa aman 1, Kuala Lumpur.

ZahiD mengecat blok bangunan sebagai gimik

perasmian pada Majlis Ramah

Mesra bersama Penduduk

Lembah Pantai di Dewan

orang Ramai, Perumahan Polis

Desa aman 1, Kuala Lumpur.

Page 7: Pastikan kesejahteraan rakyat · mengisi borang untuk menyertai ... jika mereka mahukan kontrak ... Sarjana Muda Bahasa Inggeris untuk

715 MAC 2018

KuaLa LuMPuR - Dihambur dengan pelbagai kritikan, tohmahan dan sering dijadikan

modal politik untuk meraih undi anak-anak muda terutamanya dalam kalangan peminjam sendiri yang sedaya-upaya untuk mencari jalan enggan melunaskan hutang bagaikan “makanan harian” Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTN),

Begitu pun, badan itu tetap utuh berdiri dan memperbaiki perkhidmatan mereka dari sehari ke sehari sejak mula ditubuhkan pada 1998 yang lalu.

Jika 20 tahun lalu, mereka hanya beroperasi secara manual dengan pelbagai kekurangan dan ketidakcekapan sehingga sering menjadi rungutan para pelajar, PTPTN hari ini sudah bijak mengatur rencana, bukan sekadar menjadi “ah long” untuk memberi pinjaman sebaliknya turut menolong para peminjamnya terutama bagi mereka yang masih gagal membuat sebarang pembayaran (dengan anggapan mereka masih belum bekerja) untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan.

Menurut Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, penubuhan PTPTN adalah bertujuan membantu anak bangsa supaya tidak ketinggalan dalam bidang pelajaran hanya disebabkan masalah kewangan.

Evolusinya pada hari ini bukan sahaja membolehkan para pelajar mendapat bantuan kewangan malah

turut memastikan kursus-kursus yang diambil para peminjamnya bersesuaian dengan kehendak industri.

Namun, kadar kutipan pembayaran balik yang tidak memberangsangkan membuatkan PTPTN sentiasa mencari kaedah terbaik untuk membantu peminjam melunaskan

pembayaran tanpa perlu dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami mahu berlaku adil kepada semua peminjam, kalau boleh kita tidak mahu ada seorang pun yang dikenakan tindakan

undang-undang maka kami sediakan terlalu banyak kaedah pembayaran yang sangat fleksibel.

“Malah kami merasakan ada keperluan untuk mencarikan kerja yang sesuai dengan para peminjam maka kami usahakan dengan kerjasama sebuah syarikat swasta untuk membangunkan sebuah portal JobMatching PTPTN di mana para peminjam boleh mengisi butiran peribadi mereka

seperti kelayakan akademik, minat dan sebagainya dan para majikan pula akan mengiklankan kekosongan jawatan di syarikat mereka.

“Di portal ini padanan peluang pekerjaan dengan data peribadi calon akan disesuaikan dan melalui projek perintis yang kami buat selama tiga bulan, kami telah dapat saksikan hasilnya.

“Semoga kaedah ini dapat membantu lebih ramai mahasiswa yang merupakan peminjam PTPTN

mendapat pekerjaan dan tidak mempunyai masalah melangsaikan hutang mereka,” katanya semasa sidang media selepas majlis sambutan ulang tahun ke-20 PTPTN dan pelancaran portal JobMatching PTPTN baru-baru ini.

Melihat kepada senario ini, sesiapa yang mempunyai minda terbuka pastinya dapat memikirkan bahawa usaha kerajaan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan menggerakkan mobiliti sosial dilaksanakan secara holistik dan komprehensif.

Bukan sahaja peluang pekerjaan diciptakan melalui pengukuhan ekonomi negara malah pelbagai inisiatif digerakkan supaya anak-anak muda mendapat ruang yang secukupnya memasuki pasaran kerja.

Ini bukan sekadar menghidang nasi malah disuap ke mulut atau apakah golongan muda pada hari ini mahu nasi tersebut dikunyahkan sekali?

Di sebalik kecaman dan kata nista terutama pihak pembangkang, PTPTN yang ditubuhkan hasil inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika masih menjadi Menteri Pendidikan pada waktu itu telah memberi manfaat kepada 2.8

juta rakyat Malaysia meneruskan pelajaran dan sepanjang 20 tahun penubuhannya, secara purata seramai 200,000 pelajar baharu akan mendapat tajaan daripada PTPTN.

Kaedah bayaran balik yang dipermudahkan juga turut membantu agensi tersebut mendapatkan kira-kira 81 peratus peminjam untuk melunaskan hutang dengan kutipan bayaran balik melonjak kepada RM3.98 bilion pada 2017 berbanding hanya RM1.45 bilion pada 2015.

Bak kata Shamsul Anuar, kutipan bayaran balik bukanlah kerana PTPTN mahu menzalimi peminjam sebaliknya demi survival generasi akan datang di dalam memperolehi ilmu.

“Pembangkang hanya pandai bermain politik. Mereka sendiri tidak tahu cara bagaimana untuk memastikan kelangsungan PTPTN sekiranya menggunakan kaedah populis itu.

“Kami sentiasa cuba memperbaiki setiap kelemahan tetapi apa yang penting setiap kaedah yang kami perkenalkan adalah sesuatu yang telah dikaji, diuji dan munasabah meskipun tidak populis. Kami tiada agenda lain,” katanya lagi.-e-Rakyat

evolusi PTPTN

l Sepanjang 20 tahun penubuhannya, 2.8 juta rakyat Malaysia menyambung pengajian di peringkat tinggi. Kira-kira 200,000 peminjam baharu mendapat tajaan PTPTN setiap tahun.

l Pada 2018, kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif kepada peminjam PTPTN seperti:

a) Diskaun 20 peratus kepada baki hutang bagi penyelesaian penuh pinjaman

b) Diskaun 10 peratus untuk:- i) Bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus

daripada baki hutang sekaligus ii) Bayaran melalui potongan gaji atau direct debit

mengikut jadual balik yang ditetapkan c) Menaikkan jumlah pinjaman kepada pelajar

dalam kategori B40 yang mengikuti kursus yang berkebolehpasaran yang tinggi;

d) Melanjutkan “grace period” bayaran balik dari 6 bulan kepada 12 bulan; dan

e) Memberikan insentif khas Geran Sepadan

RM500 dalam akaun SSPN1M bagi kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun pada 2018.

l PTPTN bekerjasama dengan Prestariang Systems Sdn. Bhd. untuk membantu peminjam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian melalui program JobMatching PTPTN.

l PTPTN menyediakan peruntukan awal sebanyak RM20 juta kepada peminjam yang masih belum mendapat kerja bagi membiayai kemahiran tambahan yang bernilai tidak lebih RM2,000 secara percuma kepada 10,000 peminjam terawal. Bagi latihan yang melebihi RM2,000, pinjaman akan disediakan.

l Peruntukan sebanyak RM200 juta untuk menaikkan jumlah pinjaman pelajar-pelajar dari kelompok B40 telah diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2018. Peruntukan ini difokuskan kepada kursus-kursus berkebolehpasaran tinggi bagi memastikan keupayaan peminjam membuat bayaran balik.

a) Pinjaman untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) di semua IPTS dinaikkan dari RM150,000 kepada RM250,000 untuk lima tahun pengajian;

b) Pinjaman untuk Diploma Pengajian Nautika di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dinaikkan daripada RM20,400 kepada RM89,000 untuk tiga tahun pengajian;

c) Pinjaman untuk Diploma in Aviation (Pilot Training) di Kolej Meritus disediakan sebanyak RM320,000 untuk dua tahun pengajian;

d) Pinjaman untuk kursus profesional Association of Chartered Certified of Accountants (ACCA) disediakan pinjaman sebanyak RM60,000 untuk empat tahun pengajian di INTEC Education College (Anak syarikat UiTM).

l PTPTN memberi komitmen akan memberikan kenaikan jumlah pinjaman untuk golongan B40 bagi kursus lain mengikut IPT dari semasa ke semasa dengan menumpukan kepada kursus yang mempunyai kebolehpasaran tinggi.

INFOPENCAPAIAN PRESTASI, USAHA PTPTN DAN SOKONGAN KERAJAAN

Kami mahu berlaku adil

kepada semua peminjam, kalau boleh kita tidak mahu ada seorang pun yang dikenakan tindakan undang-undang

DaTuK ShaMSuL aNuar

TiMbaLaN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr ahmad Zahid hamidi sambil diiringi Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Seri idris Jusoh dan Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Shamsul anuar melihat pertukaran memorandum diantara Pengarah Eksekutif Kolej Maritus, hisyam Tan Seri halim dan Ketua Pegawai Eksekutif air asia berhad, Riad asmat pada Sambutan 20 tahun Perbadanan PTPTN di Pusat Konvensyen Sime Darby, Jalan bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Page 8: Pastikan kesejahteraan rakyat · mengisi borang untuk menyertai ... jika mereka mahukan kontrak ... Sarjana Muda Bahasa Inggeris untuk

8 15 MAC 2018

Sebarang komen, maklum balas dan pertanyaan sila emel kepada [email protected]

MENTERi Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri ismail Sabri yaakob (tengah) bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM, Datuk azam baki (kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian kakitangan KKLW yang hadir pada Majlis Perhimpunan bulanan KKLW dan ikrar bebas Rasuah di Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Putrajaya.

MENTERi Kesihatan

merangkap Presiden MiC, Datuk Seri S.

Subramaniam (tengah)

beramah mesra bersama

pelajar pra sekolah

pada Majlis Perasmian

Program Pra Sekolah SEDiC

di Kuil Sri Subramaniar Subang Jaya,

Selangor.

MENTERi Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melambai tangan pada Majlis Pelancaran Tren KLia Ekspres baharu di stesen ERL Laparangan Terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLia), Sepang.

PERDaNa Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba bagi menjawab soalan

di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

SEbahaGiaN perwakilan yang hadir bersorak ketika Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi barisan Nasional (bN), Datuk Seri ahmad Zahid hamidi berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya bandar Tun Razak di Laman Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

album e-rakyat