77101794-sebutan-baku-ialah-sebutan-yang-digunakan-dalam-situasi-formal-atau-rasmi.docx

16
1 Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. 1. Huraikan maksud sebutan baku? 2. Mengapakah sebutan baku wajar diamalkan dalam urusan rasmi?

Upload: munirah-talib

Post on 25-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

1

Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi.

1. Huraikan maksud sebutan baku?

2. Mengapakah sebutan baku wajar diamalkan dalam urusan rasmi?

Page 2: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

2

1. Huraikan maksud sebutan baku?

Pendahuluan

ebutan baku dalam perbincangan ini termaktub dalam lingkungan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu yang menjadi bahasa lingua franca sejak abad pertama Masihi dan

menjadi bahasa kerajaan di Kepulauan Melayu merupakan kelompok bahasa

Austronesia di bawah subkeluarga Nusantara (Abdullah Hassan, 2007). Seterusnya bahasa

Melayu telah dinobat sebagai bahasa dalam dokumen perundangan negara kita, iaitu

Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Awang Sariyan, 2006). Oleh

sebab itu, proses pembakuan dalam bahasa merupakan salah satu elemen penting dalam agenda

pembangunan negara yang mempunyai hasrat serampang dua mata. Hal ini demikian kerana

struktur geografi dan latar belakang penduduk Malaysia dicambahi dengan kepelbagaian anutan

dialek, maka tidak hairanlah sebutan baku sewajarnya diguna pakai dalam semua urusan rasmi

negara. Jika ditinjau dari sudut penyatuan, jelas sebutan baku berjaya menyatupadukan pelbagai

etnik di negara ini dengan nada dan irama pengucapan yang sama.

S

Namun begitu, mutakhir ini sebutan baku semakin dipinggirkan dan kadang kala menjadi

bahan jenaka kumpulan tertentu. Senario bermusim dan sering berharap suara menteri mesti

bergema setiap hari memberi ingat menunjukkan rakyat negara ini semakin lemah jati diri

terhadap bahasa ibunda ini. Sesuatu yang mungkin adalah generasi akan datang pasti akan

terkesima bila sebutan bahasa semakin porak-peranda angkara mereka yang tidak

bertanggungjawab. Oleh hal yang demikian, pihak yang bertanggungjawab perlu segera

bertindak agar sebutan baku dapat diaplikasikan dengan semaksima mungkin dan direalisasikan

dalam penggunaan seharian. Tuntasnya sebutan baku bukan hanya milik tertentu, tetapi milik

semua.

Page 3: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

3

Definisi

Sebutan baku merujuk kepada kunci istilah bahasa baku. Kata yang menjadi tunjang dalam

perbincangan ini ialah baku. Kata baku diambil daripada bahasa Jawa. Kata baku telah lama

wujud dalam kamus Melayu hampir setengah abad yang lalu. Menurut Kamus Umum Bahasa

Indonesia (W.J.S. Poerwadarminta, 1953) sebagai kamus Melayu terawal berdwibahasa memberi

takrif kata baku seperti berikut:

i. yang menjadi pokok; yang sebenarnya;

ii. sesuatu yang dipakai sebagai dasar; ukuran

Kamus Dewan edisi keempat (2005), memberikan definisi baku sebagai yang berikut;

i. yang pokok; yang dasar; yang benar;

ii. yang diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul dan dijadikan perbandingan

standard ( berkenaan bahasa, sebutan, ejaan, dsb)

Kamus Bahasa Indonesia (1983) mencatatkan erti baku sebagai yang berikut;

i. yang menjadi pokok; yang sebenarnya;

ii. yang dipakai sebagai dasar ukuran; standard.

Berdasarkan tiga buah kamus di atas, ternyata kata baku sudah mempunyai erti yang mantap

selama puluhan tahun dalam khazanah kosa kata Melayu. Walaupun pada hakikatnya kata baku

berasal dari bahasa Jawa seperti terdapat beberapa kata lain; aneh, awek, calon, lapor, perabot,

pamer, tulen dan sebagainya. Namun konsep yang jelas ialah erti kata baku dan kata standard

dalam bahasa Inggeris mempunyai persamaan yang sangat tepat. Berdasarkan pengertian di atas,

dapat dirumuskan kata baku merupakan sesuatu yang menjadi dasar atau asas dalam sesuatu

perkara yang dapat atau dipersetujui semua pihak akan kesahihan mahupun kebenaran tersebut.

Page 4: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

4

Bagi maksud sebutan pula, menurut Kamus Dewan edisi keempat ( 2005), memberi pengertian

yang sangat jelas seperti berikut;

i. apa yang disebut; sesuatu yang disebut;

ii. cara melafazkan atau cara menyebut (perkataan) yang telah ditentukan atau diterima

sebagai yang betul atau yang sewajarnya, sebutan standard.

Berdasarkan penjelasan di atas, sebutan baku merupakan cara sesuatu kata dilafaz atau

diucap dengan sebutan yang betul mengikut ejaan yang ditulis. Hal ini demikian kerana sebutan

baku atau bahasa baku merupakan salah satu cabang yang terdapat dalam ragam bahasa yang

digunakan secara formal atau secara rasmi. Hal ini terjadi sama ada berlaku dalam majlis-majlis

rasmi, dalam ucapan, syarahan, pengajaran, mesyuarat atau taklimat. Namun begitu terdapat juga

sebutan baku dalam surat rasmi, arahan, pekeliling, minit mesyuarat dan sebagainya.

Sebutan baku dalam masyarakat hari ini, kadang kala menimbulkan pelbagai spekulasi yang

membawa kepada permasalahan kerana ramai pihak yang tidak mengetahuinya. Sejarah sebutan

baku bahasa Melayu bermula pada tahun 1956 apabila berlangsung Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu Ketiga di Singapura dan di Johor Bahru (Awang Sariyan, 2007). Berdasarkan

kongres ini sebutan adalah berdasarkan kepada ejaan. Hal ini bertepatan sekali dengan

pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), sebutan baku amat

dipentingkan.

Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.

Sebagai panduan umum, dinyatakan secara ringkas bunyi vokal, konsonan dan diftong dalam

bahasa Melayu:

i. Vokal <a> diucapkan [a] pada kedudukan mana pun, sama ada di awal, di tengah atau

di akhir suku kata. Antara contoh kata yang disebut mengikut bunyi sebutan baku

Page 5: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

5

ialah <ada> disebut [ada], <siapa> disebut [siapa], <mana> disebut [mana], <cinta>

disebut [cinta]. Hal ini digunakan dalam semua sebutan bahasa Melayu sebagai mana

ejaan dan begitulah bunyi sebutan kata tersebut. Antara kata lain yang disebut ialah

apa, bila, lawa, citra, bola, keranda, asmara, dunia, apabila, siapa, kereta dan kata-kata

yang agak baru seperti fenomena, kolera, frasa, plasma, prisma dan banyak lagi.

ii. Vokal <e> yang melambangkan <e> taling yang diucapkan [e] sementara <e> pepet

dilambangkan dengan [ә]. Bunyi vokal <e> menimbulkan masalah untuk disebut apa

bila melibatkan perkataan homograf. Kesulitan untuk membezakan <e> taling atau

<e> pepet. Hal ini berlaku apabila sukar untuk membezakan ucapan dan makna bagi

perkataan perang, semak, sepak, selak, serak dan sebagainya.

iii. Vokal <i> dalam bahasa Melayu dilambangkan dengan [i] dan bukan [e]. Seringkali

berlaku kesilapan dalam sebutan bunyi <i> kerana dibunyikan dengan [e]. Contoh

perkataan ikan, hendaklah diucap [ikan] bukan [ekan], perkataan adik, hendaklah

diucap [adiɁ] bukan [adeɁ]. Bagi perkataan ikon dan idea berlaku perubahan sebutan

yang sangat ketara apabila di sebut [aikon] dan [aidea] yang sepatutnya dibunyikan

[ikon] dan [idea].

iv. Vokal <u> melambangkan bunyi [u] dan tidak seharusnya dibunyikan [o]. Bagi kata

seperti duduk hendaklah disebut [duduɁ], bagi perkata batu disebut [batuɁ] dan tidak

sama sekali disebut [dudoɁ] dan [batoɁ].

v. Vokal <o> dalam sebutan baku diucapkan dengan [o]. oleh itu sebutan bagi perkataan

botol ialah [botol], dan bukannya [butul] atau [bәtәl].

vi. Diftong <ai>, <au> dan <oi> dalam sebutan baku diucapkan sebagai satu kesatuan

bunyi yang digeluncurkan dan membentuk satu puncak kelantangan. Walaupun dua

Page 6: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

6

vokal tetapi bunyi adalah satu yang seringkali disalahpakai oleh penutur yang

mengucapkan seolah-olah terdapat dua bunyi dengan hentian. Hal ini terbukti dalam

perkataan santai yang diucapkan [santai] dan bukan [santaɁi]. Begitu juga perkataan

surau diucapkan dengan [surau] dan bukan [suraɁu].

Berdasarkan huraian yang dinyatakan, ternyata sebutan baku merupakan sebutan atau

pengucapan yang terhasil daripada bunyi huruf yang mendasari sesuatu kata. Hal ini demikian

kerana bunyi kata yang terhasil adalah dari pembentukan suku kata yang menjadi tunjang

pembentukan kata bahasa Melayu. Hal ini bersesuaian dengan pandangan Profesor Asmah Haji

Omar (1978), bunyi baku adalah bukanlah sesuatu yang diucapkan oleh oleh ahli bahasa,

melainkan berdasar pada hakikat bahasa masyarakat juga. Hal ini merupakan sesuatu yang

norma dalam dalam pemilihan dan penentuan bahasa baku.

Page 7: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

7

2. Mengapakah sebutan baku wajar diamalkan dalam urusan rasmi?

Mengapakah ditegaskan konteks penggunaan bahasa baku dalam urusan rasmi? Salah satu

dalam perancangan pembinaan sesebuah negara ialah perancangan dalam segala sektor penting

kehidupan manusia. Menurut Awang Sariyan (2005), gambaran perancangan pembinaan negara

sebagai yang berikut:

Skema perancangan pembinaan negara

BahasaPolitikKebudayaanEkonomiperundanganPertahananPendidikan

Persoalan yang utama ialah apakah kaitan pembakuan bahasa dengan perancangan

bahasa? Secara umumnya perancangan bahasa meliputi usaha, tindakan atau proses sesuatu

bahasa yang tertentu secara sedar untuk memungkinkan bahasa itu mampu memenuhi fungsi-

fungsi tertentu (Takdir Alisjahbana, 1963). Pembakuan bahasa pada abad ini menunjukkan

berlakunya proses intelektualisasi dan rasionalisasi dalam mencetuskan budaya ilmu dalam

kebudayaan Melayu. Hal ini telah menjadikan bahasa baku sebagai bahasa ilmu yang menjadi

pengantara di seluruh negara dalam sistem pendidikan. Ketentuan tersebut dikuatkuasakan

melalui Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Akta Pelajaran 1961, dan beberapa

undang-undang lain (Asmah Haji Omar, 1983:13). Proses intelektualisasi ini telah mula digerak

Page 8: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

8

sejak di bangku sekolah rendah lagi bagi mendaulatkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa

rasmi di negara ini. Bahasa pengantar dalam pendidikan bukan sahaja membentuk cendikiawan

malah berjaya menyatukan pelbagai etnik di negara ini. Hubungan sarwajagat dapat dibentuk

walau berlainan warna kulit dan fahaman agama melalui satu bahasa dan satu bangsa iaitu

bangsa Malaysia.

Selain itu, bahasa baku sewajarnya menjadi amalan di negara ini ialah sebagai

penyatuan kaum yang mempunyai latar dialek yang berbeza. Negara Malaysia bukan sahaja

multidialek tetapi multibahasa yang merangkum tiga kaum utama selain bahasa peribumi di

seluruh tanahair tercinta. Kelainan dialek dalam masyarakat berjaya disatukan dalam sebutan

baku yang menjadi medan komunikasi utama dalam segala urusan rasmi. Hal ini demikian

kerana kelainan fahaman tentang dialek akan memberi konatasi dan denotasi yang berbeza

mengikut dialek daerah tertentu. Kelainan makna dalam dialek bukan sahaja menyukarkan malah

boleh menimbulkan salah faham jika salah digunakan. Secara tidak langsung dengan

menggunakan sebutan baku akan melancarkan proses komunikasi yang berkesan. Penyatuan ini

berlaku bukan hanya dalam kaum yang berbeza, malah dalam kumpulan bangsa yang sama tetapi

dialek yang berbeza.

Aspek seterusnya yang menjadi indikator sebutan baku sewajarnya digunakan dalam

situasi formal ialah kesempurnaan sebutan. Hal ini demikian kerana sebutan merupakan aspek

penting dalam proses komunikasi. Jika aspek ejaan, peristilahan, kosa kata dan tatabahasa telah

mencapai tahap sebutan baku, maka proses sebutan baku telah berlaku dengan selengkapnya dari

seluruh aspek bahasa. Hal ini berlaku sekiranya berlaku dalam bahasa lisan, namun masih

terkawal tatabahasanya, istilahnya, serta pemilihan kosa kata. Ciri-ciri ini sebenarnya menepati

bahasa persuratan. Oleh itu, walau media lisan yang menjadi perantaraan, tetapi ragam

Page 9: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

9

menggunakan bahasa tulisan. Dalam konteks ini, sebutan baku amat berperanan memelihara

bahasa yang terkawal susunannya itu. Tidak salah kiranya setiap orang yang mengucapkan

sesuatu yang berkaitan dengan ilmu dan pemikiran seharusnya menggunakan sebutan baku,

sebagaimana seharusnya menggunakan tatabahasa, istilah, kata, dan ejaan yang betul.

Aspek seterusnya mengapa sebutan baku perlu digunakan dalam situasi formal atau rasmi

ialah penggunaan istilah berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa dan kemajuan

masyarakat. Terdapat perubahan yang sangat ketara dalam sebutan yang melibatkan istilah

merupakan realisasi konsep-konsep yang berkaitan dengan ilmu. Dalam konteks pemupukan

ilmu sebagai wahana pembangunan masyarakat dan negara, penggunaan istilah yang tepat sangat

diperlukan. Sehingga kini telah tercipta setengah juta istilah dalam 300 bidang ilmu, dengan

penglibatan ahli-ahli ilmu dari seluruh institusi pendidikan. Dalam hal ini, proses penggubalan

istilah terus berlaku dan sudah memperlihatkan kemantapannya. Anggapan sesetengah pihak

bahawa bahasa Melayu moden sudah sewajarnya ditandai oleh struktur bahasa Inggeris ternyata

satu pelarian daripada masalah penguasaan bahasa Melayu yang dihadapi kerana pihak ini tidak

terdidik dengan baik dalam bahasa Melayu. Dalam hubungannya dengan hal ini, baik kiranya

kita mengamati konsepsi bahasa Melayu moden yang dikemukakan oleh St. Takdir Alisjahbana

(1977:77):

“… soal yang terpenting adalah bagaimanakah dapat kita menimbulkan

suatu sistem bahasa Melayu, yang pada dasarnya masih bersifat bahasa

Melayu, tetapi sementara itu telah tercerna ke dalam dirinya sistem-

sistem masyarakat dan kebudayaan moderen, yang amat dipengaruhi

oleh ilmu, teknologi, dan ekonomi industri abad kedua puluh.”

Page 10: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

10

Kesimpulan

Dari alaf ke alaf bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun dan juga

hubungan politik, diplomatik dan perniagaan antara negara-negara dan kumpulan-kumpulan di

dunia. Selain itu, bahasa juga memainkan peranan penting dalam pembentikan daya fikir

seterusnya memacu pencapaian dalam segala bidang. Peranan bahasa bukan soal yang remeh-

temeh dalam pembangunan sesebuah negara. Bahasa Melayu yang telah dipersetujui bersama

serta diangkat sebagai bahasa kebangsaan seharusnya menjadi kebanggaan setiap warganegara.

Peranan sebutan baku telah membawa fenomena penyatuan bahasa yang terancang melalui

perancangan taraf yang dilaksanakan di negara ini.

Sebutan baku telah membuka minda serta anjakan paradigma rakyat ke arah satu bahasa

yang dikongsi dan dimiliki bersama-sama. Perkongsi tanpa syarat ini telah menerbitkan

semangat penyatuan yang sangat tinggi dalam lingkungan multikaum tanpa rasa curiga. Dalam

suasana ikatan perpaduan yang kukuh, kedamaian dan kemajuan negara makin terserlah tanpa

rasa gundah dalam setiap jiwa rakyat di negara ini. Hal ini bertepatan dengan slogan “Satu

Malaysia” yang sering diuar-uarkan di media massa. Semangat ini seharusnya dipupuk lebih

awal dalam usaha menjadikan negara terus aman dan berdaya saing dalam meniti kemajuan dan

kejayaan.

Page 11: 77101794-Sebutan-Baku-Ialah-Sebutan-Yang-Digunakan-Dalam-Situasi-Formal-Atau-Rasmi.docx

11

Bibliografi

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Alisjahbana, S.T. (1963). Tatabahasa Baru Melayu/Indonesia I dan II. Kuala Lumpur: Zaman Baru.

Asmah Haji Omar. (1983). The Malay peoples of Malaysia and their languages. Dewan bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Asmah Haji Omar. (1978). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2005). Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik. Petaling Jaya: Sasbadi.

Kamus Dewan edisi keempat, ( 2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional. (2002). Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta. Balai Pustaka

St. Takdir Alisjahbana. (1977). Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia Dilihat dari Segi Nilai-Nilai. Kuala Lumpur: Zaman baru.

W.J.S. Poerwadarminta. (1953). Kamus Umum Bahasa Indonesia. Jakarta: Pusat Bahasa.