document7

4
7.0 Dapatan Kajian 7.1 Pengenalan Bahagian ini akan membincangkan keputusan dan analisis data daripada kaedah pengumpulan data yang dilakukan iaitu soal selidik, protokol temu bual, dan gambar bertemakan aliran proses. Kedua-dua soalan kajian dapat dijawab hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi. 7.2 Dapatan soalan kajian satu Soalan kajian 1 : Sejauhmanakah penggunaan permainan lego dapat meningkatkan kefahaman bagi konsep darab nombor satu digit dalam kalangan murid Tahun 4 Cerdas? Hasil dokumen murid melalui ujian congak awal dan akhir digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini. Sebelum intervensi dijalankan, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan sifir satu digit bagi menguji sejauhmanakan kefahaman mereka. Murid banyak meninggalkan tempat kosong pada ruangan jawapan. Mereka meniru sifir yang berada di belakang buku latihan bagi menjawab soalan sifir. Kesemua murid hanya menghafal sifir sahaja, mereka tidak memahami konsep darab. Oleh itu, mereka Cuma menjawab soalan sifir yang mereka hafal sahaja. Jawapan yang mereka berikan juga tidak diselesaikan dalam bentuk lazim. Mereka hanya menulis jawapan yang mereka ingat sahaja. Namun, setelah menggunakan permainan lego dalam pembelajaran topik darab, saya dapati bahawa terdapat perubahan yang ketara terutamanya kaedah penyelesaian yang digunakan oleh ketiga-tiga murid untuk menyelesaikan soalan sifir. Selepas memperkenalkan permainan lego, saya telah menjalankan sekali lagi uijian congak akhir bagi melihat perubahan terhadap pemahaman konsep darab bagi ketiga-tiga orang responden. Melalui analisis dokumen, saya dapati bahawa murid tidak lagi meninggalkan ruangan kosong pada ruangan jawapan. Mereka menjawab soalan sifir menggunakan lukisan lego sebagai perwakilan nombor. Selain itu, ketiga-tiga murid dapat mengaitkan konsep darab dengan konsep Matematik yang lain. Mereka juga mengaplikasikan konsep darab dengan aktiviti kehidupan seharian mereka. Setelah melihat perubahan ini, saya mendapati bahawa selepas intervensi dijalankan, bahan manipulatif seperti lego amat banyak membantu murid dalam memahami konsep darab dengan lebih jelas lagi berbanding dengan kaedah hafalan. Selain itu, saya menggunakan kaedah temubual berstuktur untuk menjawab soalan kajian 1 ini. Temubual yang saya jalankan mempunyai 3 tema

Upload: zaza9111

Post on 11-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

dapatan

TRANSCRIPT

Page 1: Document7

7.0 Dapatan Kajian

7.1 Pengenalan

Bahagian ini akan membincangkan keputusan dan analisis data daripada kaedah

pengumpulan data yang dilakukan iaitu soal selidik, protokol temu bual, dan gambar

bertemakan aliran proses. Kedua-dua soalan kajian dapat dijawab hasil daripada dapatan

kajian yang diperolehi.

7.2 Dapatan soalan kajian satu

Soalan kajian 1 :

Sejauhmanakah penggunaan permainan lego dapat meningkatkan kefahaman bagi konsep

darab nombor satu digit dalam kalangan murid Tahun 4 Cerdas?

Hasil dokumen murid melalui ujian congak awal dan akhir digunakan bagi menjawab

persoalan kajian ini. Sebelum intervensi dijalankan, murid diminta untuk menjawab

beberapa soalan sifir satu digit bagi menguji sejauhmanakan kefahaman mereka. Murid

banyak meninggalkan tempat kosong pada ruangan jawapan. Mereka meniru sifir yang

berada di belakang buku latihan bagi menjawab soalan sifir. Kesemua murid hanya

menghafal sifir sahaja, mereka tidak memahami konsep darab. Oleh itu, mereka Cuma

menjawab soalan sifir yang mereka hafal sahaja. Jawapan yang mereka berikan juga tidak

diselesaikan dalam bentuk lazim. Mereka hanya menulis jawapan yang mereka ingat sahaja.

Namun, setelah menggunakan permainan lego dalam pembelajaran topik darab,

saya dapati bahawa terdapat perubahan yang ketara terutamanya kaedah penyelesaian

yang digunakan oleh ketiga-tiga murid untuk menyelesaikan soalan sifir. Selepas

memperkenalkan permainan lego, saya telah menjalankan sekali lagi uijian congak akhir

bagi melihat perubahan terhadap pemahaman konsep darab bagi ketiga-tiga orang

responden. Melalui analisis dokumen, saya dapati bahawa murid tidak lagi meninggalkan

ruangan kosong pada ruangan jawapan. Mereka menjawab soalan sifir menggunakan

lukisan lego sebagai perwakilan nombor. Selain itu, ketiga-tiga murid dapat mengaitkan

konsep darab dengan konsep Matematik yang lain. Mereka juga mengaplikasikan konsep

darab dengan aktiviti kehidupan seharian mereka. Setelah melihat perubahan ini, saya

mendapati bahawa selepas intervensi dijalankan, bahan manipulatif seperti lego amat

banyak membantu murid dalam memahami konsep darab dengan lebih jelas lagi berbanding

dengan kaedah hafalan.

Page 2: Document7

Selain itu, saya menggunakan kaedah temubual berstuktur untuk menjawab soalan

kajian 1 ini. Temubual yang saya jalankan mempunyai 3 tema iaitu imaginasi pemikiran

murid mengenai konsep darab, perwakilan konsep darab dan hubungkait konsep darab.

Murid disoal mengenai apa yang mereka faham mengenai konsep darab. Selain itu juga,

mereka diminta untuk melukis di atas kertas mengenai imaginasi mereka mengenai konsep

darab. Salah satu cara berkomunikasi adalah melalui kaedah lukisan.Lukisan ini membantu

saya untuk menganalisis data kajian bagi soalan kajian 1 kerana murid tidak dapat

menerangkan secara terperinci berkaitan dengan konsep darab apabila disoal secara lisan.

Bagi tema yang kedua, saya telah menyoal murid beberapa soalan berkaitan dengan

cara mereka mewakilkan soalan sifir dalam bentuk simbol atau gambarajah. Kebanyakan

murid tidak dapat mewakilkan konsep darab dengan betul. Mereka cuma melukis simbol ‘X’

sahaja apabila diminta untuk memberikan makna bagi konsep darab. Kesemua responden

menjawab soalan sifir yang diberikan menggunakan kaedah hafalan sahaja di mana mereka

hanya menulis jawapan pada kertas tanpa memahami konsep darab yang sebenar.

Punca utama murid gagal untuk menghafal sifir adalah daripada ketidakfahaman

bagi konsep darab tersebut. Mereka juga disoal berdasarkan tema hubungkait. Mereka

diminta untuk membuat perkaitan antara konsep darab dengan konsep Matematik yang lain.

Sebelum menggunakan permainan lego, murid tidak dapat membuat sebarang hubungkait

berkaitan dengan konsep darab kerana mereka Cuma terikat dengan kaedah penghafafalan

sifir sahaja. Namun, setelah intervensi dijalankan, murid dapat mengaitkan konsep darab

dalam aktiviti kehidupan seharian mereka. Mereka juga menggunakan kaedah yang pelbagai

dalam menyelesaikan masalah sifir. Kebolehan murid dalam membuat hubungkait antara

konsep dengan konsep lain menjelaskan bahawa mereka telah memahami sepenuhnya

konsep darab, apabila mereka berupaya mengaplikasikan konsep tersebut dalam

penyelesaian masalah harian.

Kesimpulannya, permainan lego adalah bahan manipulatif yang berkesan dalam

membantu murid untuk mempelajari dan memahami konsep darab dengan lebih konkrit lagi.

Penggunaan lego lebih fleksibel dan menarik dalam aktiviti pembelajaran kerana ianya

menjadikan pembelajaran konsep darab lebih seronok dan membantu dalam perkembangan

pemikiran murid ke arah yang lebih kreatif dan inovatif.

Page 3: Document7

Soalan Kajian 2 :

Bagaimanakah penggunaan permainan lego dapat membantu untuk meningkatkan daya

kreativiti murid Tahun 4 Cerdas dalam memberikan pelbagai idea penyelesaian yang baru

berkaitan dengan konsep darab nombor satu digit?

Bagi menjawab persoalan kajian dua, saya telah menggunakan dua kaedah

pengumpulan data iaitu kaedah analisis dokumen murid serta pemerhatian berstruktur.

Untuk melihat bagaimanakah penggunaan lego membantu meningkatkan daya kreativiti

murid, saya telah menganalisis hasil kerja mereka. Saya dapati bahawa ketiga-tiga orang

murid tidak menyelesaikan soalan sifir dengan menggunakan pelbagai kaedah. Mereka

hanya menjawab soalan sifir berdasarkan daripada apa yang mereka telah hafal.

Namun, setelah menggunakan lego, murid berupaya menunjukkan daya kreativiti

masing-masing. Mereka mempunyai idea yang baru mengenai konsep darab di mana

mereka menggunakan pelbagai konsep Matematik yang lain untuk menyelesaikan soalan

sifir. Mereka telah membina pelbagai bentuk susunan lego yang kreatif bagi menjawab

soalan sifir yang diberikan. Hasil dokumen mereka juga nampak lebih kreatif, menarik dan

inovatif setelah menggunakan lego dalam pembelajaran konsep darab.

Selain analisis dokumen, saya juga telah menggunakan kaedah pemerhatian

berstruktur. Melalui pemerhatian secara senarai semak, saya telah melihat perubahan

tingkah laku murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Tingkah laku murid dilihat dan

dinilai berdasarkan item-item soalan yang terdapat dalam senarai semak. Terdapat lima item

yang terdapat dalam Jadual 1 senarai semak seperti di bawah :

Bil Item Sebelum

Intervensi

Selepas

Intervensi

Ya Tidak Ya Tidak

1. Murid memberikan idea dan cadangan baru bagi

menyelesaikan masalah sifir ketika berinteraksi dengan

rakan.

2. Murid menjawab soalan sifir menggunakan kaedah lain selain kaedah hafalan.Contohnya, kaedah ‘array’, luas, penambahan berulang.

3. Murid membuat pelbagai bentuk susunan lego untuk

menyelesaikan masalah sifir. 4. Murid membina konsep yang baru menggunakan

permainan lego.

Page 4: Document7

5. Murid menggunakan lukisan lego untuk membuat

perwakilan bagi nombor sifir.

Setiap item mempunyai unsur yang berbeza untuk melihat perubahan tingkah laku terhadap

daya kreativiti murid. Rakaman video dijadikan sebagai rujukan untuk melihat tingkah laku

setiap responden dengan lebih jelas lagi.

Kesimpulannya, ketiga-tiga kaedah yang saya gunakan iaitu kaedah triangulasi ini

membatu saya untuk menjawab kedua-dua soalan kajian saya. Penggunaan kaedah kajian

yang sesuai membantu saya untuk menganalisis data dengan tepat dan mudah.

Jadual 1 : Senarai semak pemerhatian perubahan tingkah laku daya kreativiti murid