7. falsafah pendidikan kebangsaan.pptx

78
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (EDU 3101) PENSYARAH: PUAN MAHANEE BINTI MAHMOOD PISMP PI/ BI/ BA 2 SEMESTER 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 1

Upload: nui-hitayu

Post on 29-Nov-2015

267 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

semoga bermanfaat

TRANSCRIPT

Page 1: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(EDU 3101)

PENSYARAH: PUAN MAHANEE BINTI MAHMOOD

PISMP PI/ BI/ BA 2 SEMESTER 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

1

Page 2: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan . Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.“

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996)

2

Page 3: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Peranan Guru Dalam Merealisasikan FPK

ImplikasiFPK

Elemen-elemen

FPK

Faktor-faktor Mempengaruhi

FPK

FPK dari Aspek

Cabang-cabang Falsafah

Matlamat FPK

Peranan FPKSejarah

Perkembangan FPK

Konsep FPK

3

Analisis: Perkaitan FPK Dengan FPB, FPT dan FPI

Page 4: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

SEJARAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1979- Tercetus Idea untuk menggubal Falsafah Pendidikan Negara.

FPN merupakan lanjutan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir) dikeluarkan.

Melalui laporan ini Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan beberapa unsur penting yang wajar diberi penekanan dalam pembangunan kemanusiaan yang bersifat lebih menyeluruh dan merangkumi aspek-apek seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani.

Laporan ini memuatkan isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan seperti nilai, prinsip dan hala tuju pendidikan serta mengemukakan tentang kepentingan mempunyai falsafah pendidikan.

4

Page 5: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Pada mulanya FPK dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN, 1988), namun kemudian ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan seterusnya digubal pada tahun 1996.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara bagi memastikan ia sejajar dengan matlamat dan hala tuju negara. Antara ideologi-ideologi kebangsaan yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan termasuklah: Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan

Kebangsaan.

5

Page 6: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

RUKUNEGARA

Pengisytiharan: 31 Ogos 1970 Merupakan salah satu usaha kerajaan dalam

memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita selain meningkatkan keimbangan dan stabiliti kaum etnik.

Rukunegara juga dikenali sebagai de facto Malaysian Pledge of allegiance

Merupakan lanjutan daripada peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Asalnya, sebahagian Rukunegara telah diilhamkan daripada Pancasila negara Indonesia.

6

Page 7: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Rukunegara adalah berasaskan lima prinsip di bawah:

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

Memelihara satu cara hidup demokratik

Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

7

Page 8: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

8

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-undang

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Page 9: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

DASAR EKONOMI BARU

Berlandaskan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dibentuk lanjutan daripada kajian tragedi 13 Mei 1969.

Dasar ini telah diisytiharkan pada tahun 1970

Tempoh pelaksanaan dan pencapaian matlamatnya ialah selama 20 tahun, bermula pada tahun 1971 hingga 1990.

Tujuan penubuhan: untuk mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan sebagainya.

9

Page 10: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

10

Tujuan utama pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Membasmi kemiskinan

rakyat Malaysia

Menyusun semula

masyarakat

Mengukuhkan integrasi nasional

Page 11: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dibentuk lanjutan daripada Akta Pendidikan 1996, di mana Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghasilkan satu dokumen yang terdapat pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan yang menjadi garis panduan dalam menyusun sistem pendidikan di negara kita.

Dokumen ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996.

11

Page 12: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

KONSEP FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis,

berlandaskan ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasi dalam Laporan dan Dasar

Pendidikan, termasuklah Rukunegara.

Menjadi panduan terhadap segala usaha pendidikan.

Digubal secara rapi dan teliti oleh pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang

berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan juga negara.

12

Page 13: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan.

Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan negara.

Bimbingan kepada para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan.

Sebagai dasar dan pertimbangan untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Menghapuskan salah faham dalam usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

13

Page 14: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

MATLAMAT FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(FPK)

Melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

1. Percaya dan patuh kepada Tuhan.2. Berilmu pengetahuan.

3. Berakhlak mulia.4. Bertanggungjawab kepada diri,

agama dan negara.5. Memiliki sahsiah yang seimbang

dan bersepadu.6. Memupuk perpaduan kaum dalam

kalangan rakyat berbilang kaum.

Melahirkan insan yang baik sempurna supaya menjadi warganegara yang berguna kepada negara pada masa

depan kelak

14

Page 15: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DARI ASPEK

CABANG-CABANG FALSAFAH

15

Page 16: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

METAFIZIK EPISTEMOLOGI

AKSIOLOGI LOGIK

CIRI-CIRI FPK

Menyeluruh dan bersepadu

Usaha yang berterusan

Berakhlak mulia dan bertanggungjawab

Berketerampilan(kepentingan penaakulan sah dan tidak sah.

HURAIAN

Potensi dan kebolehan individu penting untuk berkembang secara menyeluruh dan bersepadu.

Penyesuaian diri mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa amat penting. Perubahan ilmu amat menggalakkan perkembangan pengetahuan dan kemahiran diri.Penekanan kepada pembelajaran sepanjang hidup.

Kepentingan pengajaran agama dan moral.Fokus kepada pembinaan insan.Penekanan kepada perkembangan sahsiah.

Keperluan prosedur kerja yang sistematik dan betul.Pemupukan kompetensi diri.

16

Page 17: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

AGAMA:- Dianuti oleh

rakyat

POLITIK:-Menentukan ideologi negara, seterusnya

mempengaruhi dasar pendidikan

INDIVIDU:-Keperluan asas spt

keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan

kendiri

SEJAGAT:-Menyeluruh

EKONOMI:-Mempengaruhi

matlamat pendidikan dalam usaha membawa

pembangunan dan kemajuan negara

SOSIAL:-Meliputi struktur masyarakat dan

kebudayaan

17

Page 18: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FAKTOR AGAMA

Salah satu faktor yang mempengaruhi pertimbangan dalam menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Di Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi. Namun begitu, agama-agama lain seperti Hindu,

Buddha, Kristian dan sebagainya bebas menganut agama mereka masing-masing dengan syarat mengikut undang-undang negara.

Unsur agama ini boleh dihayati melalui petikan ini: ‘mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...’

18

Page 19: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FAKTOR SOSIAL

Faktor ini pula meliputi struktur masyarakat serta kebudayaan masyarakat yang pelbagai disebabkan negara Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum.

Dengan adanya sifat toleransi, hormat-menghormati dan bekerjasama, maka keharmonian dan kemakmuran negara dapat diwujudkan.

Sikap-sikap ini adalah penting bagi mewujudkan keadaan sosial yang stabil.

Ini dapat dilihat berdasarkan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berikut: ‘...melahirkan rakyat Malaysia...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’

19

Page 20: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FAKTOR POLITIK

Faktor ini juga amat penting kerana melalui politiklah kita dapat menentukan ideologi negara, yang seterusnya dapat mempengaruhi dasar pendidikan di negara kita.

Tambahan pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara.

20

Page 21: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FAKTOR EKONOMI

Hal ini kerana ekonomi akan mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha untuk membangunkan dan memajukan negara kita di mata dunia terutamanya dalam bidang pendidikan.

Ekonomi negara dapat dikembangkan dengan adanya rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu di samping meningkatkan daya pengeluarannya.

Objektif ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.

21

Page 22: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FAKTOR INDIVIDU Hal ini dapat dilihat dalam diri seseorang individu itu

dan kaitannya dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan juga penyempurnaan kendiri.

Selain itu, melalui pendidikan yang diajar, potensi seseorang itu juga dapat dikembangkan yang merangkumi daripada aspek rohani, jasmani dan emosi. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis.

Insan yang seimbang dan harmonis akan sentiasa bersyukur, menikmati ketenteraman jiwa di samping berani menghadapi cabaran hidup yang penuh liku dan cabaran.

22

Page 23: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FAKTOR SEJAGAT

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.

Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.

23

Page 24: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO 1980-an.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan...’ jelas mencerminkan konsep pendidikan sepanjang hayat dalam kehidupan insan.

Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi.

24

Page 25: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang lain.

25

Page 26: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

26

ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN BERDASARKAN

ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG

 

Page 27: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

27

ELEMEN-

ELEMEN

Perkembangan Potensi Individu

Perkembangan individu

secara menyeluruh

dan bersepadu

Unsur Jasmani

Pendidikan Adalah Suatu Usaha Yang Berterusan

Unsur Intelek

Unsur Rohani

Sudut Emosi

Insan Yang Seimbang

Dan Harmonis

Rakyat Yang Berkeupayaan Mencapai

Kesejahteraan Diri.

Rakyat Yang Bertanggung-

jawab

Rakyat Yang Berakhlak

Mulia

Rakyat Malaysia Yang Berketerampil

an

Rakyat yang berilmu

pengetahuan

Kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan

Page 28: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

28

Pendidikan Adalah Suatu Usaha Yang Berterusan

Juga dikenali sebagai pendidikan sepanjang hayat

Biasanya bermula daripada pendidikan asas di rumah dan pra sekolah seperti tadika hinggalah ke pendidikan tinggi dan yang seterusnya hingga akhir hayat.

Ibu bapa dan guru wajar menekankan pembentukan nilai, sikap dan amalan positif dalam diri anak-anak.

Melalui proses pendidikan inilah individu dapat meningkatkan potensi diri , membimbing insan ke jalan yang benar, berani menghadapi cabaran dan menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang berlaku.

Page 29: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

setiap individu memiliki bakat, potensi dan kebolehan yang terpendam yang mungkin berbeza antara satu sama lain.

Melalui interaksi sosial dengan orang lain, dan alam sekeliling potensi dan kebolehan individu akan mula berkembang dan menyerlah.

Melalui pendidikan, potensi individu akan terus berkembang sekali gus memberi peluang kepada individu untuk menonjolkan dan memanfaatkan potensi serta bakat yang ada pada dirinya.

Potensi individu dapat dikelaskan kepada beberapa aspek seperti intelek, jasmani, rohani dan emosi.

29

Perkembangan Potensi Individu

Page 30: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, tetapi harus diselaraskan bagi mengelakkan daripada berlakunya pertentangan antara satu sama lain.

Potensi individu hendaklah dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu agar dapat melahirkan insan yang sempurna yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta berbudi pekerti mulia.

Semua aspek pendidikan hendaklah dititik beratkan bermula daripada pelaksanaan kurikulum akademik dalam bilik darjah hinggalah kepada penekanan aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah.

30

Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

Page 31: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Insan yang seimbang dan harmonis ialah insan yang menghayati dan memiliki ilmu, berakhlak mulia, percaya dan berpegang teguh kepada tuhan, berkemahiran tinggi, berfikiran positif, mempunyai jiwa yang tenteram, bertubuh sihat dan cerdas, serta matang dalam mengurus emosi dan hubungan sosial.

Seseorang yang seimbang dalam setiap aspek tersebut ialah insan yang seimbang yang dapat menyumbang kepada keharmonian masyarakat dan negara.

Individu akan lebih tabah dan berani menempuh segala rintangan dalam hidup dan berupaya menyesuaikan diri mengikut keadaan yang sering berubah-ubah.

31

Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Page 32: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Turut merangkumi kemahiran-kemahiran asas 3M seperti menulis, mengira dan membaca.

Matlamat negara: melahirkan insan yang berusaha untuk mencari dan mengembangkan ilmu, mahir untuk berfikir secara kreatif, kritis dan reflektif.

Individu yang berintelektual diharapkan dapat berkongsi ilmu dengan orang lain dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.

32

Unsur Intelek

Individu yang diharapkan ialah individu yang sedar dan percaya akan kewujudan Tuhan.

Bersyukur dengan setiap kurniaan Tuhan serta berakhlak mulia seperti mana yang diperintahkan oleh-Nya.

Unsur Rohani

Page 33: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

33

Bijak dalam mengurus emosi supaya sentiasa berada dalam keadaan yang stabil dan matang.

Memiliki sifat kekitaan dan perpaduan serta sering memupuk perasaan kasih sayang dalam dirinya sendiri dan orang lain.

Unsur Emosi

Pendidikan diharapkan dapat melatih dan mewujudkan kesedaran dalam diri setiap individu tentang kepentingan kesihatan fizikal.

Dengan kesihatan, individu dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.

Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk menyumbang kepada masyarakat.

Sudut Jasmani

Page 34: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Kepercayaan kepada tuhan bermaksud yakin dan mengaku bahawa tuhan itu adalah pencipta alam semesta yang wajib disembah dan ditaati.

Kepatuhan kepada tuhan pula bermaksud, mengikuti segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

34

Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan

Page 35: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Melalui pendidikan, maka lahirlah sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing.

Ilmu pengetahuan yang dimiliki akan membuatkan seseorang itu bersikap dan berfikir dengan lebih terbuka.

Ciri-ciri rakyat yang berilmu ialah: gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan menyebarkannya serta memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain.

35

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Page 36: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Rakyat yang berketerampilan ialah rakyat yang memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran, kompetensi diri, dedikasi, kecekapan dan kebolehan dalam melaksanakan tugas dengan sempurna.

rakyat yang berketerampilan juga sentiasa berpandangan jauh, progresif dan berinisiatif di samping memiliki sifat suka memupuk pembawaan diri yang baik.

36

Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan

Page 37: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Ciri-ciri rakyat yang berakhlak mulia: dapat membezakan nilai yang baik dan buruk, berperwatakan baik, berdisiplin dan sentiasa mengamalkan perlakuan yang baik dan menjauhi perbuatan yang buruk.

Berpegang dan menghayati nilai-nilai murni, agama dan moral sebagai prinsip hidup seperti nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

37

Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

Page 38: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Matlamat pendidikan: melahirkan rakyat yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Proses pendidikan, mencetuskan rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang harus dilaksanakan dengan bersih, cekap dan sebaik-baiknya.

38

Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

Page 39: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

kesejahteraan dalam diri akan menjana daya ketahanan diri yang mantap dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan rintangan dan cabaran.

Memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kerjasama, kekitaan dan hormat-menghormati.

Melalui pendidikan akan lahirnya masyarakat yang berdaya saing dan menyumbang ke arah kemajuan, pembangunan dan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan.

Perkembangan yang diharapkan : aplikasi sains teknologi serta ICT dalam kehidupan seharian.

Menyumbang kepada kemakmuran, kestabilan politik dan keamanan negara yang berkekalan.

39

Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri.

Page 40: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Implikasi FPK Terhadap Sistem

Pendidikan di Malaysia

Kurikulum Pendidik

Institusi Pendidikan

40

Page 41: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

KURIKULUM

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.

Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras.

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sifat iri hati dalam kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan.

Oleh itu, ini adalah bertentangan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang.

41

Page 42: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Pada era globalisasi kini, semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah.

Tambahan pula, sukatan pelajaran yang sesuai turut mengalami perubahan dan diserapkan untuk melatih kemahiran murid-murid dalam bidang vokasional dan teknologi bagi membawa Malaysia ke arah yang maju dan tidak ketinggalan. 

42

Page 43: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

PENDIDIK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan.

Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan.

Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.

43

Page 44: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi.

Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini.

Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif.

Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.

44

Page 45: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

INSTITUT PENDIDIKAN

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan.

Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.

Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang.

45

Page 46: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan.

Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara.

Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

46

Page 47: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

ANALISIS: PERKAITAN ANTARA FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN

BARAT, TIMUR DAN ISLAM

47

Page 48: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

48

ANALISIS PERKAITAN ELEMEN FPK BERDASARKAN:

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Page 49: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPB

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu…

Pendidikan suatu usaha berterusan

PERENIALISME-

Matlamat pendidikan Perenialisme:- mengajar pengetahuan yang bersifat sejagat, abadi dan tidak mempunyai had masa.

HURAIAN

Bermula sejak dari kecil hingga akhir hayat.

Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk sahsiah yang mulia dan melalui akhlak yang mulia itulah ianya akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan.

Tujuan pendidikan sepanjang hayat:- Membantu manusia menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan dan cabaran hidup.

(Tokoh Barat) John Jacques Rousseau (1712-1778) juga menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses berterusan yang bermula semasa kecil. 

49

Page 50: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPB

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu…

Perkembangan potensi individu

PROGRESIVISME

Prinsip pendidikan Progresivisme:- Pendidikan dianggap sebagai proses yang mencorakkan manusia mengikut persekitaran dan masyarakat.

HURAIAN

Matlamat Pendidikan Progresivisme:- Menyediakan golongan murid yang mampu untuk mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan dan mampu mencari jalan untuk meyelesaikan masalah.

Jenis Kurikulum:- Murid-murd diberi kebebasan untuk memilih pelajaran yang diminati supaya menjadi lebih berkesan dan dapat memaksimumkan kebolehan dan potensi masing-masing.

Murid-murid bebas memilih dan membuat keputusan ke atas dirinya jika ianya dianggap baik. 50

Page 51: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPB

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur intelek

PERENIALISME

Bertujuan untuk mengajar pengetahuan yang bersifat sejagat dan abadi. Prinsip pendidikan:- Mendapatkan kebenaran dan memahami kebenaran itu

HURAIAN

Berkaitan dengan akal dan daya berfikir.

Murid-murid akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar.

Seterusnya, murid juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif dan mereka sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. 

Manusia berintelek ialah manusia yang bijaksana, berfikir secara kritis dan kreatif terutama sekali dalam berfikir mengenai sesuatu kebenaran.

51

Page 52: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPB

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur intelek

ESSENSIALISME(Menumpukan kepada perkara-perkara asas)

Tumpuan kepada kemahiran asas 3M (membaca, mengira dan menulis).

HURAIAN

Unsur intelek merupakan unsur yang penting untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Dengan adanya kemahiran asas ini, secara automatik murid-murid dapat mengembangkan intelek mereka.

Murid-murid juga akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar.

Kesimpulannya, FPK dan FPB mempunyai perkaitan dari segi intelek dengan menumpukan perkara-perkara asas terlebih dahulu sebelum ilmu itu dikembangkan dan dikongsi dengan orang lain.

52

Page 53: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPB

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur intelek

REKONSTRUKTIVISME (Menyusun semula)

Peranan guru:- Agen perubahan dan pembaharuan.Perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam P & P di dalam bilik darjah.

HURAIAN

Memberi perhatian terhadap pembentukan semula masyarakat.

Bagi matlamat pendidikan Rekonstruktivisme,:- Mengasaskan corak budaya baru dan menghapuskan penyakit sosial.

Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru memainkan peranan yang penting supaya topik yang diajar tidak membosankan pelajar.

Oleh itu, guru perlulah menukar cara pengajaran mereka di dalam kelas supaya lebih berbentuk kreatif serta dapat menjana idea murid-murid.

53

Page 54: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPB

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur Emosi

EKSISTENSIALISME

Peranan guru bagi mazhab Eksistensialisme:- Sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid mereka meluahkan perasaan dan emosi.

HURAIAN

Dengan memiliki emosi yang stabil, seseorang individu itu dapat berfikir dengan baik dan membuat keputusan tanpa mengikut hawa nafsu.

Oleh itu, hal ini jelas menunjukkan persamaan bahawa kedua-dua falsafah di atas saling berkaitan kerana emosi memainkan peranan penting dalam usaha untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis.

54

Page 55: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPB

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur Emosi

PERENIALISME

Proses pendidikan:- Mendisiplinkan mental dan jiwa pelajar di samping mengembangkan potensi menaakul.

HURAIAN

Ilmu yang dipelajari turut mendidik individu dalam mengurus emosi dengan bijak terutamanya dalam meyelesaikan masalah.

Emosi individu yang seimbang mempengaruhi tingkah laku dan kehidupan individu.

Jiwa yang tenang memboleh seseorang itu dapat berfikir dengan baik dan rasional tanpa mengikut hawa nafsu.

55

Page 56: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPB

““…Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.“

Rakyat Malaysia yang

berilmu

PERENIALISME

Peranan murid:-Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing.

HURAIAN

 Setiap individu mestilah mencintai ilmu pengetahuan bagi membentuk modal insan yang mempunyai ketinggian dari segi ilmunya.

Murid-murid juga perlu menambahkan ilmu pengetahuan, bukan sekadar belajar di dalam kelas sahaja.

Meletakkan ilmu sebagai keutamaan dalam kehidupan dan berupaya memanfaatkan ilmu untuk diri sendiri dan orang lain.

56

Page 57: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPB

““…Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.“

Rakyat Malaysia yang

berilmu

ESSENSIALISME

Bagi ahli essensialisme, sememangnya terdapat ilmu dan kemahiran utama yang perlu diajar kepada anak murid kita.

HURAIAN

Melalui pendidikan, maka lahirlah sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing.

Ilmu pengetahuan membuatkan seseorang itu dapat mengenal baik dan buruk sesuatu perkara.

Jadi, guru perlulah berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dalam kalangan pelajar di samping mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. 57

Page 58: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPT

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu…

Perkembangan potensi individu

FALSAFAH PENDIDIKAN CONFUCIUS

(KONFUSIANISME )

Matlamat pendidikan:-Menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.

HURAIAN

Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak dilahirkan.

Setiap individu telah dianugerahkan Allah dengan bakat, potensi dan kebolehan yang terpendam. Oleh itu, bakat tersebut haruslah dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan.

Dengan memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu, sudah tentulah akan melahirkan individu yang berkebolehan dan berkemampuan.

Jadi FPK dan FPT ini sememangnya mementingkan perkembangan potensi individu untuk membentuk insan yang mampu menerajui kepimpinan.

58

Page 59: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPT

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu…

Perkembangan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu

NASIONALISME DAN INTERNASIONALISME

(INDIA)

Rabindranath Tagore: Melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berusaha mencapai segala aspek kehidupan seperti fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh bermakna.

HURAIAN

Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum.

Perkembangan itu pula hendaklah dilakukan secara bergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain. 

59

Page 60: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPT

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur Rohani

NASIONALISME DAN INTERNASIONALISME

(INDIA)

Menyedarkan diri melalui bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian yang paling tinggi dan kesedaran ini ialah ikatan yang menyatukan semua kehidupan manusia, tumbuhan dan haiwan.

HURAIAN

FPK dan FPT juga memberi perhatian yang serius terhadap unsur rohani.

Hal ini kerana dengan adanya unsur rohani inilah guru dapat membentuk murid-muridnya supaya berakhlak mulia serta berpegang kepada nilai-nilai murni.

Nilai-nilai murni yang wujud dalam diri seseorang individu itulah melambangkan keperibadian yang unggul.

60

Page 61: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPT

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur Jasmani

NASIONALISME DAN INTERNASIONALISME

(INDIA)

RabindranathTagore: Pendidikan tubuh badan bertujuan untuk melatih deria dan kecerdasan.

HURAIAN

Unsur jasmani ialah unsur yang berkaitan dengan jasad atau tubuh badan atau disebut fizikal.

Unsur jasmani yang paling penting untuk diperkembang dan dipertingkatkan adalah kesihatan dan kecergasan.

Ia juga merangkumi pemanfaatan anggota dan tenaga fizikal untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

Sekiranya badan kita sihat dan bebas daripada sebarang penyakit, kita dapat menikmati hidup yang sempurna.

61

Page 62: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPT

““…Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.“

Rakyat Malaysia yang berakhlak

mulia

KONFUSIANISME (CHINA)

Pembinaan tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

HURAIAN

 Akhlak yang mulia sebenarnya tercermin pada adab.

Bangsa yang beradab adalah bangsa yang berakhlak mulia.

Kerana itu akhlak dan adab tidak dapat dipisahkan.

Pendidikan menurut Confucius - Proses memupuk kesempurnaan tingkah laku, sopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, menghormati orang tua dan sebagainya. 62

Page 63: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPT

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Insan yang seimbang dan harmonis

NASIONALISME DAN INTERNASIONALISME

(INDIA)

Bermatlamat untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan.

HURAIAN

Menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis.

Memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran.

63

Page 64: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu…

Pendidikan suatu usaha berterusan

ISLAMPendidikan menurut perspektif Islam:- proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

HURAIAN

Dalam falsafah pendidikan Islam turut menekankan kewajipan menuntut ilmu ke atas setiap Muslim sepanjang hayat.

“ Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap golongan Islam lelaki dan perempuan”.

64

Page 65: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu…

Perkembangan potensi individu

ISLAMMohd. Kamal Hasan (1978: 45) memberi penekanan bahawa pendidikan seumur hidup, pembangunan seluruh potensi manusia secara bersepadu mencakupi aspek rohani, jasmani dan mental bertujuan untuk menyampaikan dua fungsi, iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah

HURAIAN

Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian.

Pendidikan harus memberi ruang dan peluang untuk individu mengembangkan bakat, potensi dan kebolehan.

65

Page 66: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu…

Perkembangan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu

ISLAMPendidikan menurut perspektif Islam:- proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

HURAIAN

Perkembangan potensi individu perlu merangkumi semua aspek termasuklah intelek, rohani, emosi dan jasmani. secara menyeluruh dan bersepadu.

Melahirkan individu yang berintelektual, bepekerti mulia, cergas dan cerdas serta menghayati serta memiliki kepercayaan dan prinsip hidup. 66

Page 67: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur intelek

ISLAMAbdul Halim El-Muhammady, 1993: “Pendidikan Islam adalah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi berasaskan sumber wahyu, al-Quran, as-Sunah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmuan muktabar.

HURAIAN

Sentiasa berusaha mencari dan mengembangkan ilmu

Menggunakan akal untuk berfikir sebab dan akibat, kewujudan alam dan sebagainya

Penggunaan minda secara maksimum, kritikal, kreatif dan reflektif melahirkan individu yang mampu menyumbang dan membuat revolusi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

67

Page 68: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur Rohani

ISLAMPendidikan menurut perspektif Islam:- proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

HURAIAN

Pengisian rohani yang sihat datang dari penghayatan terhadap agama

Individu yang memiliki rohani yang baik akan membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

68

Page 69: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur Emosi

ISLAM Al-Ghazali: proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

HURAIAN

Mohammad Qatb: Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani ke tahap kesempurnaan.

Menghasilkan sebuah masyarakat yang hidup dengan harmoni, menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain.

69

Page 70: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”

Unsur Jasmani

ISLAM Mohammad Qatb: Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani ke tahap kesempurnaan.

HURAIAN

Pendidikan menurut perspektif Islam:- proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

Pendidikan merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

70

Page 71: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan ...”

Insan yang seimbang dan

harmonis

ISLAMMohammad Qatb: pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu dengan nilai-nilai keislaman.

HURAIAN

Penerapan ini menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada pendidikan di Malaysia. 

Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan kebangsaan menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis di samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan.

Pendidikan bukan sekadar duniawi tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. 

71

Page 72: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

““…Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.“

Rakyat Malaysia yang dapat memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat

dan negara

ISLAM Pendidikan menurut perspektif Islam:- proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

HURAIAN

  Membentuk individu yang baik dan terdidik agar menjadi model yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat umum.

Manusia berperanan sebagai khalifah yang bertanggungjawab mentadbir dan memakmurkan bumi. 72

Page 73: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

“…untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan ...”

Kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan

ISLAM Abd.Halim Hj.Mat Diah,1989: “Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.

HURAIAN

   Matlamat pendidikan islam: •membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. • melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T.

Matlamat FPK: Melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri Percaya dan patuh kepada Tuhan. 73

Page 74: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

““…Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.“

Rakyat Malaysia yang

berilmu

ISLAM Al-Syaibani, 1979: “Falsafah Pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya…”

HURAIAN

  Melengkapkan setiap individu dengan pengetahuan Islam supaya dapat hidup sebagai seorang yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh.

Matlamat pendidikan islam: membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beramal, soleh dan berperibadi mulia.

Matlamat FPK: Melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri berilmu pengetahuan. 74

Page 75: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

FPK ELEMEN FPI

““…Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.“

Rakyat Malaysia yang

berakhlak mulia

ISLAM Pendidikan menurut perspektif Islam:- proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

HURAIAN  Matlamat pendidikan islam: membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beramal, soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri ke serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah.

Matlamat FPK: Melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri berakhlak mulia.

Individu yang berkhlak mulia akan disanjung tinggi dan dihormati.

75

Page 76: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

PERANAN GURU DALAM

MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN  

76

Page 77: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

RUMUSAN

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal bertujuan untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada golongan yang terlibat dalam bidang pendidikan terutamanya guru.

Selain itu, FPK juga mempunyai hubung kait dengan falsafah-falsafah lain iaitu Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat.

Oleh itu, guru hendaklah menghayati elemen-elemen yang terkandung dalam FPK untuk mencapai matlamat pendidikan seperti mana yang dihasratkan dalam FPK.

Tambahan pula, guru juga perlulah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar modal insan yang dilahirkan selaras dengan aspirasi negara.

77

Page 78: 7. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.pptx

78

SEKIAN, TERIMA KASIH