68844621-laporan-refleksi-pj (1)

4
LAPORAN REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO Laporan refle ksi. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang saya sediakan, kumpulan sasaran saya ialah murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan. Bilangan murid seramai 26 orang dari kelas 3 Ar-Razi menjadi kumpulan sasaran saya. Namun begitu, pada hari pengajaran mikro sebenar, hanya 24 orang murid yang mengikuti kelas pendidikan jasmani kelolaan saya kerana seorang murid tidak hadir dan seorang lagi murid tidak memakai pakaian sukan. Tajuk pengajaran mikro saya pada hari berkenaan ialah ketangkasan. Bagi permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, saya dan saudara Mohamad Hafiz telah menjalankan aktiviti Chicken Dance . Permainan ini sangat sesuai bagi menguji ketangkasan murid-murid dalam menukar pergerakan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Murid- murid dilihat sangat gembira melakukan tarian chicken dance ini. Selesai sahaja aktiviti tersebut, murid-murid diarahkan melakukan lompat kuadran dan dikawalselia oleh saudara Hafiz. Ini adalah bertujuan bagi menyediakan otot kaki untuk aktiviti seterusnya yang banyak melibatkan bahagian kaki. Selepas selesai melakukan lompat kuadran, saya mengambil alih tugas bagi aktiviti pemanasan badan. Aktiviti pemanasan badan ini dilakukan secara ringkas dengan hanya melibatkan bahagian kaki murid kerana masa yang terhad dan juga kerana sememangnya bahagian kaki yang akan banyak digunakan sepanjang sesi pengajaran mikro saya dan saudara Hafiz ini. Alhamdulillah, murid-murid berjaya memberikan perhatian kepada saya dan Hafiz semasa aktiviti ini dijalankan. Kesemua murid berjaya mengikut setiap langkah pemanasan badan yang saya kendalikan. Dalam bahagian perkembangan pengajaran pula, saya dan Hafiz membahagikan murid kepada dua kumpulan besar yang terdiri daripada 12 orang murid dalam satu kumpulan. Seterusnya, saya dan Hafiz mengambilalih satu kumpulan seorang bagi memastikan setiap murid dapat mengikuti sesi kami secara sepenuhnya. Pada awalnya, saya menyangka murid-murid akan merasa bosan dengan pengajaran kami kerana telah

Upload: parkmickyboo

Post on 10-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 68844621-Laporan-refleksi-PJ (1)

LAPORAN REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

Laporan refle

ksi.

Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang saya sediakan, kumpulan

sasaran saya ialah murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan. Bilangan

murid seramai 26 orang dari kelas 3 Ar-Razi menjadi kumpulan sasaran saya. Namun

begitu, pada hari pengajaran mikro sebenar, hanya 24 orang murid yang mengikuti

kelas pendidikan jasmani kelolaan saya kerana seorang murid tidak hadir dan seorang

lagi murid tidak memakai pakaian sukan. Tajuk pengajaran mikro saya pada hari

berkenaan ialah ketangkasan.

Bagi permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, saya dan

saudara Mohamad Hafiz telah menjalankan aktiviti “Chicken Dance”. Permainan ini

sangat sesuai bagi menguji ketangkasan murid-murid dalam menukar pergerakan

mengikut rentak muzik yang dimainkan. Murid-murid dilihat sangat gembira melakukan

tarian “chicken dance” ini. Selesai sahaja aktiviti tersebut, murid-murid diarahkan

melakukan lompat kuadran dan dikawalselia oleh saudara Hafiz. Ini adalah bertujuan

bagi menyediakan otot kaki untuk aktiviti seterusnya yang banyak melibatkan bahagian

kaki. Selepas selesai melakukan lompat kuadran, saya mengambil alih tugas bagi

aktiviti pemanasan badan. Aktiviti pemanasan badan ini dilakukan secara ringkas

dengan hanya melibatkan bahagian kaki murid kerana masa yang terhad dan juga

kerana sememangnya bahagian kaki yang akan banyak digunakan sepanjang sesi

pengajaran mikro saya dan saudara Hafiz ini. Alhamdulillah, murid-murid berjaya

memberikan perhatian kepada saya dan Hafiz semasa aktiviti ini dijalankan. Kesemua

murid berjaya mengikut setiap langkah pemanasan badan yang saya kendalikan.

Dalam bahagian perkembangan pengajaran pula, saya dan Hafiz membahagikan

murid kepada dua kumpulan besar yang terdiri daripada 12 orang murid dalam satu

kumpulan. Seterusnya, saya dan Hafiz mengambilalih satu kumpulan seorang bagi

memastikan setiap murid dapat mengikuti sesi kami secara sepenuhnya. Pada

awalnya, saya menyangka murid-murid akan merasa bosan dengan pengajaran kami

Page 2: 68844621-Laporan-refleksi-PJ (1)

3 2

1 4

2 3

1 4

LAPORAN REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

kerana telah mempelajarinya pada minggu terakhir sebelum bulan Ramadhan yang

lalu. Namun, penglibatan murid-murid pada kali ini amat berbeza dan

memberangsangkan. Murid-murid semakin bersungguh-sungguh mengikuti

pembelajaran pendidikan jasmani bersama saya dan Hafiz. Aktiviti pertama dalam

bahagian perkembangan ini, saya dan Hafiz telah menyediakan empat buah gelung

rotan. Murid-murid dikehendaki melompat dengan kedua-dua belah kaki dan mendarat

dengan kedua-dua belah kaki juga mengikut turutan gelung yang disediakan. Selepas

itu, murid-murid dikehendaki pula melompat secara zig-zag ke dalam empat gelung

rotan tersebut.

Kebimbangan jelas terpancar pada wajah saya dan Hafiz kerana risau murid tidak

dapat mengikut arahan yang kami berikan. Seterusnya, setelah semua murid

menguasai kedua-dua langkah tersebut, saya dan Hafiz menyediakan 15 gelung rotan (

2 set ) untuk kedua-dua kumpulan. Aktiviti ini lebih menguji ketangkasan murid

berbanding aktiviti sebelumnya. Selepas menunjukkan cara bagaimana untuk

melakukan aktiviti itu, saya mengarahkan seorang murid dari setiap kumpulan untuk

cuba melakukannya dan ternyata mereka boleh mengikut langkah yang saya dan Hafiz

sediakan. Perasaan gembira tidak terhingga dalam diri saya apabila setiap arahan yang

saya berikan mampu diikuti oleh setiap murid.

Dari segi pengurusan bilik darjah pula, saya akui kekuatan kami berada di

bahagian ini yang membolehkan murid mendengar dan mengikut segala arahan yang

saya dan Hafiz berikan kepada mereka. Disiplin murid pada pagi berkenaan sangat

baik. Di samping penerangan dan arahan saya serta Hafiz yang ringkas dan jelas, yang

membolehkan murid-murid terlibat secara responsif dan aktif sepanjang proses

Page 3: 68844621-Laporan-refleksi-PJ (1)

LAPORAN REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

pengajaran dan pembelajaran, alatan yang kami sediakan juga mencukupi bagi

membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran kami berjalan dengan lancar.

Suara yang lantang juga membantu murid-murid mendengar arahan dari saya dan

Hafiz dengan jelas. Peluang yang kami berikan untuk setiap murid mencuba aktiviti

yang kami jalankan juga digunakan sepenuhnya oleh murid-murid. Tidak ada seorang

murid pun yang melarikan diri bagi mengelakkan diri dari mengikuti aktiviti yang kami

sediakan. Saya mula berasa seronok mengawal kelas ini walaupun pada mulanya

bimbang mereka degil dan tidak mendengar kata.

Seterusnya, dari aspek komunikasi pula, alhamdulillah, setiap arahan dan laras

bahasa yang saya dan Hafiz gunakan dapat difahami dengan baik oleh setiap murid.

Walaupun saya dan Hafiz bukan berasal dari negeri Kedah, namun kami berjaya

menggunakan laras bahasa yang sesuai bagi membolehkan murid-murid yang rata-

ratanya anak jati negeri Kedah memahami maksud setiap tutur kata dan arahan kami.

Pada bahagian penutup pula, saya dan Hafiz melakukan senaman gerak kendur.

Gerak kendur ataupun dikenali juga sebagai “cooling down” amat penting bagi

melonggarkan balik otot-otot yang telah bekerja keras semasa melakukan aktiviti

sepanjang sesi pendidikan jasmani tadi. Ini adalah penting bagi mengelakkan

berlakunya kecederaan otot kepada murid-murid. Namun begitu, saya dan Hafiz tidak

mempunyai masa yang mencukupi untuk mengadakan sesi soal jawab mengenai isi

pembelajaran dengan murid kerana kumpulan seterusnya sudah bersedia untuk

mengambil alih kelas ini. Kami hanya sempat menyatakan kepentingan dan tujuan

mengadakan aktiviti gerak kendur kepada murid-murid.

Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana berjaya mengendalikan

pengajaran mikro pada kali ini dengan amat baik sekali dari segenap aspek. Penegasan

aspek nilai, pujian dan amalan nilai murni banyak diterapkan sepanjang sesi pengajaran

saya dan Hafiz. Antaranya ialah pujian bagus terhadap murid dan kumpulan yang

berjaya melakukan aktiviti dengan baik, amalan menepuk tangan untuk diri sendiri bagi

memotivasikan diri murid juga dipraktikkan.

Page 4: 68844621-Laporan-refleksi-PJ (1)

LAPORAN REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

Untuk akhirnya, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah

pembimbing iaitu Puan Noorashikin Bt. Ismail kerana telah banyak menyumbangkan

idea kepada saya dan Hafiz bagi melaksanakan pengajaran mikro ini. Tidak dilupakan

juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak membantu dari segi penyediaan

alatan dan membuat rakaman serta penilaian terhadap sesi pengajaran saya dan Hafiz.

Seterusnya, saya berharap saya mampu melakukan penambahbaikkan terhadap aktiviti

mengajar saya pada masa akan datang agar dapat menampung segala kekurangan

pada masa sekarang.

Disediakan oleh,

( W MOHD TALQIFF IMAN BIN WAN AHMAD RAFIDI)

PISMP SEMESTER 4/ AMBILAN JANUARI 2010

PK/ PJ/ BM