document6

14
6.0 Kesimpulan Fahaman konsruktivisme melihat cara bagaimana seseorang individu belajar dan membina pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan terdahulu mereka. Kata-kata “kanak-kanak dilahirkan sebagai saintis”, memberi peringatan kepada guru-guru khususnya guru-guru sains dalam menentukan strategi pengajaran mereka. Amalan pengajaran konvensional dan tradisional perlu bertukar kepada pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti “hands-on” dan “minds-on” bagi mengujudkan pembelajaran yang seronok dan bermakna. Guru-guru harus berupaya utuk mengubah kerangka konseptul murid-murid supaya berfikir selari dengan fakta saintifik, dan disamping itu guru-guru juga perlu berubah paradigma dan konseptual dalam menentukan strategi pembelajaran mereka. TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVESME 3.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 3.1 Pengenalan Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Antara pelopor teori konstruktivisne ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand 966), Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid

Upload: louise-lim

Post on 25-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Document6

6.0 Kesimpulan

Fahaman konsruktivisme melihat cara bagaimana seseorang individu belajar dan membina pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan terdahulu mereka. Kata-kata “kanak-kanak dilahirkan sebagai saintis”, memberi peringatan kepada guru-guru khususnya guru-guru sains dalam menentukan strategi pengajaran mereka. Amalan pengajaran konvensional dan tradisional perlu bertukar kepada pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti “hands-on” dan “minds-on” bagi mengujudkan pembelajaran yang seronok dan bermakna. Guru-guru harus berupaya utuk mengubah kerangka konseptul murid-murid supaya berfikir selari dengan fakta saintifik, dan disamping itu guru-guru juga perlu berubah paradigma dan konseptual dalam menentukan strategi pembelajaran mereka. 

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVESME3.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

3.1 Pengenalan 

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Antara pelopor teori konstruktivisne ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand 966), Dewey (1938) dan Ausubel (1963).

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. 

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka

Page 2: Document6

sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

3.2 Konsep Teori Konstruktivisme 

Di dalam teori konstruktivisme, murid tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya murid akan belajar melalui pengalaman yang diperolehi secara sendiri. Menurut Jonassen (1991) pengetahuan seseorang individu berasaskan kepada persepsi fizikal dan pengalaman sosial yang difahami oleh akal fikiran seseorang. Manakala menurut Perkins (1986) pengetahuan adalah terbina hasil dari reka bentuk murid di dalam minda di mana pengetahuan dibentuk apabila murid terlibat secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan dan bukan hanya mengintepretasi dan menerima apa yang diberikan kepada mereka. Menurut Merrill (1992) terdapat beberapa andaian yang boleh dibuat terhadap konstruktivisme iaitu: i. Pengetahuan dibentuk melalui pengalaman.

ii. Pembelajaran adalah intepretasi individu terhadap persekitarannya. 

iii. Pembelajaran adalah satu proses yang aktif yang dibina melalui pengalaman seseorang. 

iv. Perkembangan konsep dibentuk melalui perkongsian pandangan dan pembelajaran secara kolaboratif. 

v. Pembelajaran dibina di dalam situasi yang sebenar. 

Page 3: Document6

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti. Teori ini menyatakan bahawa murid membina ilmu pengetahuan dan memberi makna kepada pengetahuan tersebut berdasarkan pengalaman sendiri melalui proses aktif yang berlaku dalam otak. Oleh itu, pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara bergantung pada persepsi, kepercayaan dan pengalamannya tentang perkara tersebut. Ahli konstruktivis percaya pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid secara tabula rasa, tetapi murid perlu membina pengetahuannya sendiri melalui pemahaman yang diperoleh daripada proses pembelajaran yang dialaminya. Dengan itu, pemahaman dan makna ilmu pengetahuan bergantung pada cara ia dibentuk dalam minda murid. 

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. 

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Berdasarkan teori konstruktivisme, kaedah pengajaran yang sesuai digunakan adalah kaedah penemuan dan praktik. Sebagai contoh, guru-guru bagi matapelajaran sains boleh menggunakan kaedah ini semasa amali kerana melalui teori ini pelajar akan membina ilmu pengetahuan yang dan memberi makna kepada pengetahuan tersebut berdasarkan pengalaman sendiri melalui proses aktif yang berlaku dalam otak. 

3.3 Pembelajaran Menurut Konstruktivisme 

Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan beberapa pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut. Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya

Page 4: Document6

melalui interaksi dengan persekitarannya. Pembelajaran ini menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hippotesis – hipotesis dan idea – idea baru. 

Secara perspektifnya teori konstruktivis kognitif ini, pembelajaran dianggap satu proses aktif yang melibatkan memperoleh pengetahuan baru dan mengubahsuai pengetahuan sedia ada. Menurut Piaget (1967), penyesuaian merupakan fungsi yang mengawal semua perkembangan manusia, termasuk pembelajaran. Penyesuaian dikatakan berlaku melalui dua proses asas iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi adalah proses memadankan pengetahuan baru ke dalam skema sedia ada manakala akomodasi adalah pengubahsuaian skema buat sementara waktu atau secara tetap. Kedua-dua proses ini dianggap penting dalam mengurangkan sebarang konflik kognitif yang mungkin wujud lalu membawa kepada pembelajaran yang berguna. 

Dari perspektif teori konstruktivis sosial pula, interaksi sosial dapat mempengaruhi perkembangan kognitif pelajar (Vygotsky, 1978). Ini disebabkan apabila berlakunya interaksi sosial, seseorang pelajar dipaksa memasuki zon perkembangan proksimal iaitu pelajar diberi peluang mencapai potensi perkembangan mental yang wujud sama ada dengan bimbingan seorang dewasa atau melalui kolaborasi dengan rakan-rakan sebaya yang lebih matang inteleknya. Alat-alat psikologi serta komunikasi interpersonal dikatakan menolong menyumbang kepada fungsi mental yang lebih tinggi. 

Menurut Phillips (1995), terdapat tiga ciri utama pada seseorang pelajar konstruktivis iaitu bersifat aktif, sosial dan kreatif. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa pembelajaran yang bersifat aktif mungkin membolehkan seseorang pelajar mengingati dan memahami pelajaran dengan lebih baik serta dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh dengan aktif. Pembelajaran yang bersifat sosial pula dikatakan biasanya memupuk pembelajaran manakala pembelajaran yang bersifat kreatif memberi semangat belajar kepada pelajar dan membolehkan pelajar memahami pelajaran dengan lebih mendalam (Perkins, 1999). Ini selaras dengan pendapat Confrey (1990) yang menyatakan bahawa seseorang pelajar konstruktivis serba sedikit sedar akan proses pembinaan pengetahuan dan dapat mengubah/meminda proses tersebut melalui refleksi yang disedari oleh diri sendiri. Von Glasersfeld (1995) turut percaya bahawa pembelajaran bukan fenomena yang melibatkan rangsangan-gerak balas; malah ia memerlukan kawalan kendiri dan pembinaan struktur-struktur konseptual melalui proses refleksi dan abstraksi. 

Konsep konstruktivisme menekankan bahawa pembelajaran ialah pandangan individu kepada dunia sekeliling. Konsep terhadap sesuatu adalah dibina hasil daripada perkongsian beberapa perspektif dan daripada pembelajaran cara kolaboratif. Apa yang ingin disampaikan ialah realiti yang dibina oleh pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran

Page 5: Document6

mereka. 

3.4 Prinsip-Prinsip Utama Konstruktivisme 

Konstruktivisme mengaplikasikan 5 prinsip utama (5 Es) iaitu : 

i. Engage ( Melibat ) - Guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid. Murid akan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. 

ii. Explore ( Meneroka ) - Guru mencungkil idea murid dan murid kemudiannya mengumpul maklumat dan meneroka. 

iii. Explain ( Menjelas ) - Murid member penjelasan,justifikasi dan mempersoalkan jawapan. 

iv. Elaborate ( Mengembang ) - Murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep. v. Evaluate ( Menilai ) - Guru mentaksir pemahaman murid dan murid menunjukkan pemahaman konsep.

3.5 Fasa-Fasa Utama Dalam Pembelajaran Konstruktivisme 

Teori ini memperkenalkan satu teori 5-fasa yang dinamakan 5 Fasa Needham, merujuk kepada fasa pengajaran. Fasa yang pertama ialah orientasi di mana guru perlu mneyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk menimbulkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid kemudiannya digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna.

Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa refleksi merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif. 

Page 6: Document6

3.6 Implikasi Teori Konstruktivisme Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran 

Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya. Sebaliknya, dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak. 

Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu. Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya beliau lebih merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Beliau akan menyedikan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku. 

Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka. Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran kanak-kanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina pengetahuan. Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasannya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum itu juga perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak. 

Melalui hujah- hujah yang dikemukakan, dapatlah disimpulkan bahawa, implikasi teori ini dalam P&P ialah peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti tahap isi pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan pelajar.

3.7 Implikasi Teori Konstruktivisme Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Murid-Murid Berkeperluan Khas 

Implikasi teori konstruktivisme dalam proses P&P kanak-kanak berkeperluan khas pula ialah guru perlu membina suasana P&P yang mampu membina pengetahuan murid-murid. Pastikan suasana yang dibina tidak merencatkan pengetahuan mereka. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengalami ‘mental retardation’ tahap ringan dan boleh dididik dibiarkan dalam kelas yang menempatkan kanak-kanak ‘mental retardation’ sederhana akan memberi kesan

Page 7: Document6

negatif terhadap perkembangannya. Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu ditempatkan di kelas yang mampu meningkatkan daya pemikirannya.

Selain daripada itu juga, guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid- murid. Kaedah ini akan membantu peningkatan tahap komunikasi. Komunikasi merupakan item terpenting dalam membina kemahiran menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat. Contohnya, semasa set induksi sesi P&P guru bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut. Selain daripada itu juga, guru boleh menggunakan kaedah dialog bersama rakan sekelas untuk membantu kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpersonal. Perancangan guru yang sistematik dan fleksibel boleh digunakan oleh guru tersebut dalam menagani pelbagai karenah murid.

Implikasi seterusnya adalah guru menggunakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sebagai untuk menganalisis perkembangan dan kemajuan murid dari semasa ke semasa. Seperti yang diketahui umum, kanak-kanak khas tidak mengambil peperiksaan umum kecuali mereka yang mengikuti kelas inklusif dengan kelas normal. RPI yang digunakan merupakan kolaborasi pelbagai disiplin. Jadi, perkembangan dan kemajuan yang dianalisis merupakan peningkatan dari pelbagai aspek. Contohnya, jika seorang murid yang mengalami masalah tingkah laku, perubahannya diperhatikan oleh semua pihak yang terlibat dan terapi diberikan dari pelbagai aspek. Keadaan dan perkembangannya dicatat dari semasa ke semasa. Apa yang menjadi fokus keutamaan adalah proses perubahannya, bukanlah hasil terakhir. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan yang pelbagai.

Implikasi Teori Terhadap Pengajaran dan PembelajaranMengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), antara implikasi teori

konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan

pembelajarandengan teliti serta mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid. Hal

ini adalah kerana segala pembelajaran yang dilakukan adalah lebih berpusat kepada murid di mana murid

belajar melalui segala proses membuat atau beraktiviti yang dijalankan oleh guru semasa di dalam kelas.

Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan keupayaan murid adalah sangat ditekankan kerana sekiranya hampir

kesemua murid di dalam sesuatu kelas itu tidak mampu menguasai sesuatu proses pembelajaran, maka,

proses pembelajaran yang dilakukan oleh guru itu adalah tidak berjaya sama sekali.

Selain itu, implikasi lain bagi teori konstruktivisme ini ialah guru haruslah dapat mengenal pasti Zon

Perkembangan terdekat ( ZPD ) atau juga dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal dalam diri murid-

murid berdasarkan beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk mengetahui

Page 8: Document6

tahap murid tersebut sama ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan

memudahkan guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi

pembelajaran.

Menjadi tanggungjawab guru-guru juga untuk memilih beberapa orang murid yang lebih berkemahiran untuk

mengajar murid lain yang belum lagi menguasai sesuatu proses pembelajaran. Bantuan daripada rakan-

rakan yang lebih mahir adalah sangat membantu kerana berkemungkinan besar murid yang tidak mahir itu

lebih selesa diajarkan oleh rakan-rakan yang lebih dikenali dan mesra. Kanak-kanak juga sebenarnya

adalah lebih mudah memahami sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka jika

dibandingkan dengan guru.

Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslahmenyediakan lebih banyak contoh dan bahan

sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang

dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu

yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan

kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.

Guru juga seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid dengan situasi

sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar, murid secara tidak langsung

akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Jadi, tugasan autentik yang

berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, aktiviti simulasi dan

sebagainya bolehlah dijalankan oleh guru ketika di dalam kelas.

Seterusnya,gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan merupakan salah satu strategi yang baik

sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam kalangan murid-murid. Melalui aktiviti perbincangan

dalam kumpulan, murid secara tidak langsung dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas

daripada rakan-rakan yang lebih mahir serta dapat meluahkan buah fikiran mereka. Perbincangan dalam

kumpulan juga dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam kalangan murid-murid kerana setiap murid

berpeluang memberikan idea serta pandangan masing-masing.

Implikasi teori ini yang terakhir sekali ialah guru haruslah sentiasa memberikan penerangan yang

jelas kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penerangan yang jelas

ini adalah sangat penting kepada murid-murid kerana tanpa penerangan yang jelas, murid berkemungkinan

akan menyalahtafsir arahan atau kehendak guru. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sesi

pengajaran tidak berjalan dengan lancar. Maka, penerangan guru haruslah jelas, selaras dengan pemikiran

dan laras bahasa murid. Guru juga adalah digalakkan sama sekali untuk menyertakan pelbagai contoh

ketika sesi perbincangan bersama murid.

Bagaimana Penggunaan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran guru memberikan kesan ke atas pembelajaran pelajar.Untuk melihat bagaimana penggunaan teori ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar , model Konstruktivisme 5 Fasa Needham digunakan. Needham (1987) menyatakan dalam model ini pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semua idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar mengubah idea asal mereka. Pelajar diberi peluang untk mencabar idea asal sendiri dan juga idea

Page 9: Document6

rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh pelajar sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, pelajar boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

5 fasa yang dinyatakan diatas adalah :(i) Fasa orientasi: (Engage)Fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam fasa ini adalah dengan membuat tunjukcara atau demontrasi oleh guru, membuat tayangan filem, membuat tayangan video, memberikan alam keratan akhbar kepada pelajar dan juga mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya. Kesan terhadap pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan dalam bilik darjah.

(ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guru boleh menggunakan kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah eksperimen. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah membuat amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. Kesan kepada pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinanan. Ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Pelajar lebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan. 

(iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Contoh aktiviti adalah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan keatas pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam kumpulan.

(iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Contoh aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam

Page 10: Document6

kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

(v) Fasa Refleksi (Evaluate)Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah. Contoh aktiviti adalah membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang sesuatu pekara itu. Kesan daripada fasa ini keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.Ahli-ahli konstruktif mencadangkan bahawa pelajar-pelajar membina pengalaman baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh pelajar untuk memberikan penjelasan berdasarkan pemerhatian mereka, makna akan dibina sendiri oleh individu dengan menambah atau mengubahsuai idea yang sedia ada (Driver,1983; Osborne& Freyberg, 1985; Scott,1987). Oleh itu guru perlu mengambilkira idea pelajar yang terdahulu dalam proses pengajaran. Guru perlu membina pengalaman yang dapat mencabar idea yang dimiliki pelajar untuk membantu mereka menstrukturkan semula idea yang baru. Konstruktivis juga percaya bahawa pelajar membina realiti mereka sendiri atau mentafsir realiti berasaskan persepsi pengalaman mereka. Setiap pelajar akan membentuk perwakilan pengetahuan ‘frame of reference’ mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami (Johnson & Gott, 1996).

BibliografiArif Sukardi. 1987.Prinsip-prinsip (teori) Pembelajaran. http:// www.Ut, Ac Id/OI Supp/Fkip/Pgsm3803/. (20 Dis 2000)Briner, M .(1999). [Online]Available : http:// carbon.cudender.edu/ mryder/itc data/constructivism.htmlBrooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment (ASCD)Driver,R. (1983). ” The Pupil as Scientist?” Milton Keynes: Open University PressJohnson,P.,& Gott,R.(1996).” Constructivism and Evidence From Children’s Ideas.” Science Education. 80.561-577. Dalam kertas kerja Rio Sumarni Sharifuddin & Tang Howe Eng “Effectiveness of Condiff as a Cognitive Tools for the Learning of Differentiation.” Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, UKM, 2002.McBrien, J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms. Alexandria, VA. Association for supervision and Curriculum Developtment.Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Needham,R. (1987). ”Teaching Strategies for Developing Understanding in Science.” Leeds, Children’s Learning in Science Project, University of Leeds.Osborne,R., & Freyberg,P. (1985). Learning in Science.” Auckland, Heinemann.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Sushkin,N.(1999).[Online] Avalaible:http://carbon.cudenver.edu/ mryder/itc data/ constructivism.html