62233991-kajian-tindakan-mt-2011

13
SK FELDA KAHANG BARAT, 86000 KLUANG, JOHOR MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENUKARKAN UNIT-UNIT MASA MENGGUNAKAN TEKNIK ’KISAH CHARLIE’ DI KALANGAN MURID TAHUN 5 AL-FALAH Oleh PN. NORTIPAH BINTI SHAHRI SK FELDA KAHANG BARAT 86000 KLUANG, JOHOR TAHUN 2011

Upload: ramziah-bongsu

Post on 07-Dec-2014

54 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

SK FELDA KAHANG BARAT, 86000 KLUANG, JOHOR

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENUKARKAN UNIT-UNIT MASA

MENGGUNAKAN TEKNIK ’KISAH CHARLIE’ DI KALANGAN MURID

TAHUN 5 AL-FALAH

Oleh

PN. NORTIPAH BINTI SHAHRI

SK FELDA KAHANG BARAT

86000 KLUANG, JOHOR

TAHUN 2011

Page 2: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penukaran unit-unit masa di kalangan 32

orang murid Tahun 5 Al-Falah di SK FELDA Kahang Barat. Tinjauan awal dilaksanakan

melalui semakan hasil kerja murid dan ujian pra. Melalui pemerhatian, didapati murid-

murid mengalami masalah dalam mengingati hubungan diantara unit-unit masa. Bagi

mengatasi masalah ini, mereka telah diperkenalkan dengan teknik ’Kisah Charlie 1010-

12724-6060 dalam dua seisi pembelajaran (1 jam setiap seisi). Keputusan ujian pos

menunjukkan peningkatan prestasi mereka. Kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan

mengingat dan murid-murid merasa seronok menggunakannya.

Page 3: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

ISI KANDUNGAN

Halaman

SENARAI KANDUNGAN i

ABSTRAK ii

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 1

2.0 Fokus Kajian 2

3.0 Objektif Kajian 2

4.0 Kumpulan Sasaran 2

5.0 Pelaksanaan Kajian 3

5.1 Tinjauan Masalah 3

5.1.1 Soal Selidik 3

5.1.2 Ujian Pra 3

5.2 Tindakan Yang Dijalankan 4

5.2.1 Tunjuk Cara (Demonstrasi) 4

5.2.2 Latih Tubi 6

5.2.3 Bimbingan Rakan Sebaya 6

5.3 Memerhati dan Menganalisis 6

5.3.1 Pemerhatian 7

5.3.2 Temubual 7

5.3.3 Ujian Pos 8

5.3.4 Perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos 8

6.0 Penilaian dan Refleksi 9

7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 9

8.0 Kesimpulan 9

RUJUKAN 9

LAMPIRAN 10

Page 4: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Tahun ini merupakan tahun ke lapan saya berkhidmat di sekolah ini semenjak saya

ditempatkan pada tahun 2004. Menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru siswazah

keluaran pertama sekolah rendah, bukanlah mudah seperti yang saya jangkakan.

Sepanjang tempoh berkhidmat, saya mendapati ijazah bukanlah satu tiket tanpa

pengalaman bagi mencapat proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Mengajar

murid yang tidak pernah diajar dan pelbagai aras dalam satu kelas merupakan suatu

cabaran yang perlu saya pikul pada tahun ini. Saya sedar guru sememangnya memainkan

peranan penting dalam memberikan pendekatan yang sesuai dalam mencapai objektif

yang diharapkan.

Penukaran unit-unit masa adalah salah satu tajuk dalam sukatan Tahun 5. Semasa

mengajar tajuk ini, saya mendapati mereka dapat menyatakan unit-unit masa tetapi lemah

dalam menyatakan hubungan di antara unit-unit masa. Sebelum memperkenalkan tajuk

ini kepada murid, saya beranggapan mereka sudah pun menguasai kemahiran penukaran

unit masa sepertimana yang telah dipelajari pada Tahun 4. Namun begitu sangkaan saya

meleset, saya mendapati mereka masih tidak mengasai kemahiran tersebut. Oleh kerana

mereka tidak menguasai hubungan di antara unit masa maka mereka sukar untuk

menukarkan unit-unit masa dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu

soalan.

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku berterusan memandangkan mereka akan

menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan di mana kemahiran penukaran unit

Page 5: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

masa sememangnya diuji. Oleh itu saya cuba memperkenalkan satu teknik yang dapat

mempermudahkan dan membantu murid dalam menyelesaikan penukaran unit masa.

2.0 Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berfokuskan kepada kemahiran menukarkan unit-unit

masa. Kajian ini adalah penting bagi membantu murid menguasai kemahiran ini di

samping menimbulkan minat dan keseronokan mereka dalam mempelajari Matematik.

3.0 Ojektif Kajian

3.1 Objektif Am

Mempelbagaikan kemahiran mengingat hubungan di antara unit-unit

masa.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Menukar unit-unit masa dengan lebih berkeyakinan.

3.2.2 Meningkatkan kualiti dan amalan guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

3.2.3 Menimbulkan keseronokan dalam mempelajari Matematik.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 32 orang murid Tahun 5 Al-Falah. Mereka ini

adalah kumpulan murid yang pelbagai aras yang kebanyakannya mempunyai tahap yang

sederhana dan rendah.

Page 6: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan masalah

5.1.1 Soal selidik

Borang soal selidik disediakan bagi mengetahui maklumat yang berkaitan

dengan minat murid terhadap mata pelajaran matematik dan tajuk masa.

Borang ini diisi oleh pelajar secara rahsia dan jujur bagi mendapatkan

maklumat yang tepat.

Skala

Perkara

Setuju Tidak Setuju

Minat mata pelajaran matematik 75% 25%

Minat tajuk masa 66% 34%

Jadual 1

Berdasarkan maklumbalas yang diperolehi pada Jadual 1, didapati 75%

murid berminat dengan mata pelajaran matematik manakala 66% murid

minat terhadap tajuk masa.

5.1.2 Ujian Pra

Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian murid dalam

penguasaan kemahiran penukaran unit masa. Keputusan ditunjukkan

dalam Jadual 2.

Gred Bil Peratus

A 0 0

B 8 25

C 8 25

D 4 12.5

E 12 37.5

Jadual 2

Page 7: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

5.2 Tindakan Yang Dijalankan

Berdasarkan ujian pra, didapati murid memang lemah dalam penukaran unit masa.

Sehubungan dengan itu, saya telah memperkenalkan teknik akronim dikenali

’Kisah Charlie’. Teknik ini diharap dapat mengurangkan kebarangkalian

kesalahan yang sering dilakukan di samping menimbulkan keseronokan dalam

menyelesaikan masalah penukaran unit masa. Teknik yang diperkenalkan ini

memerlukan murid menguasai kemahiran mendaran dan membahagi. Beberapa

pendekatan telah dijalankan dalam mencapai objektif yang diinginkan.

5.2.1 Tunjuk Cara (Demonstrasi)

5.2.1.1 Sebelum demonstrasi

a. Menerangkan tujuan demonstrasi dan paparan yang

perlu diperhatikan supaya mereka dapat

mempraktikkannya tanpa melakukan sebarang

kesalahan.

b. Memastikan kedudukan paparan dapat dilihat dengan

jelas oleh murid.

5.2.1.2 Semasa demonstrasi

a. Memastikan murid memberi tumpuan sepenuhnya

semasa tunjuk cara dilakukan

b. Mengulangi penerangan sekali lagi sekiranya murid

menunjukkan keraguan.

5.2.1.3 Selepas demonstrasi

a. Memberikan aktiviti pengukuhan.

Page 8: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

TEKNIK KISAH CHARLIE

1. Murid-murid membaca dan mengingati akronim bagi unit-unit masa.

Charlie - Century

Dulu - Decade

You - Year

Memang - Month

Wow - Week

Dah - Day

Hensem - Hour

Memang - Minute

Smart - Second

2. Murid-murid membaca dan mengingati hubungan di antara unit-unit masa sebagai

nombor telefon Charlie.

1010-12724-6060

Dibaca dengan :

1010 - sepuluh sepuluh

127*24 - dua belas tujuh star dua puluh empat

6060 - enam puluh enam puluh

3. Murid-murid membaca dan menulis huruf pertama setiap akrorim yang diwakili

oleh unit-unit masa secara melintang.

C D Y M W D H M S

4. Membaca nombor telefon Charlie dan meletakkan hubungan unit-unit masa di

tengah-tengah antara dua akronim secara berturutan.

C 10 D 10 Y 12 M 7 W * D 24 H 60 M 60 S

Page 9: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

5. Melukis anak panah ke kanan (operasi pendaraban) bagi penukaran unit masa

besar kepada kecil manakala anak panah ke kiri (operasi pembahagi) bagi

penukaran unit masa kecil kepada besar.

C 10 D 10 Y 12 M 7 W * D 24 H 60 M 60 S

5.2.2 Latih tubi

a. Murid diberikan 10 soalan dan menyelesaikannya

menggunakan teknik yang diperkenalkan.

b. Perbincangan dilakukan untuk mendapatkan jawapan yang

betul

5.2.3 Bimbingan rakan sebaya

Murid yang telah mahir menguasai teknik ini membantu rakan mereka

yang lemah.

5.3 Memerhati dan Menganalisis

5.3.1 Pemerhatian

Semua murid didapati memberikan tumpuan dan berminat terhadap tajuk

yang diajarkan. Keadaan kelas terkawal dan mereka dilihat bersemangat

untuk menguasai teknik yang diperkenalkan. Namun begitu ada 6 oarang

murid yang terlalu lemah yang memerlukan bimbingan yang sewajarnya

X

÷

Page 10: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

daripada guru. Murid yang sederhana lemah dibantu oleh rakan sebaya

dan mereka dilihat bersungguh membantu rakan.

5.3.2 Temubual

Temubual telah dijalankan untuk mengetahui klumbalas daripada murid

tentang teknik yang diperkenalkan.

Guru : Adakah anda seronok menggunakan teknik ’Kisah Charlie’

ini?

Murid : Ya

Guru : Kenapa?

Murid : Ianya dapat membantu saya mengingat hubungan di antara unit-

unit masa dan dapat menyelesaikan soalan dengan sangat mudah.

Berdasarkan temubual dengan beberapa orang murid sasaran, didapati

mereka berasa sangat seronok mempelajari teknik ini kerana ianya mudah,

menyeronokkan dan menambahkan keyakinan mereka dalam menjawab

soalan penukaran unit.

5.3.3 Ujian Pos

Gred Bil Peratus

A 4 12.5

B 12 37.5

C 8 25

D 2 6.25

E 6 18.75

Jadual 3

Berdasarkan Jadual 4, didapati terdapat peningkatan prestasi.

Page 11: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

5.3.4 Perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan graf dan jadual di atas, di dapati peratus lulus meningkat.

Terdapat peningkatan peratus bagi Gred A, B dan C. Peningkatan ini

membuktikan teknik Kisah Charlie telah membantu mereka menguasai

kemahiran penukaran unit-unit masa.

5.0 Penilaian dan Refleksi

Berdasarkan maklumbalas ujian pra dan pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan

telah memberikan impak yang cukup baik di dalam membantu murid dalam kemahiran

penukaran unit-nit masa. Kajian ini juga telah meningkatkan keyakinan murid dalam

menjawab soalan.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

A B C D E

Ujian Pra 0 25 25 12.5 37.5

Ujian Pos 12.5 37.5 25 6.25 18.75

0

5

10

15

20

25

30

35

40P

era

tu

s G

re

d

Page 12: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

Teknik Kisah Charlie adalah pendekatan yang menarik dan sangat berguna bagi murid

terutamanya yang sukar menginggat. Teknik ini diharap dapat diteruskan dan

diperkenalkan untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6.

7.0 Kesimpulan

Hasilan kajian ini, didapati teknik Kisah Charlie membantu murid menguasi kemahiran

penukaran unit masa.

RUJUKAN

Jurnul Kajian Tindakan Sekolah Rendah Negeri Johor, Jilid 3/2010, Edisi Khas Hari

Guru

Page 13: 62233991-KAJIAN-TINDAKAN-MT-2011

i

LAMPIRAN