6 ciri murid global

5
ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUK BERUPAYA BERSAING PADA PERINGKAT GLOBAL

Upload: vince-here

Post on 24-May-2015

1.619 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 Ciri Murid Global

ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUK BERUPAYA BERSAING PADA

PERINGKAT GLOBAL

Page 2: 6 Ciri Murid Global

MURID

PENGETAHUAN

KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN MEMIMPIN

KEMAHIRAN DWIBAHASA

ETIKA DAN KEROHANIAN

IDENTITI NASIONAL

Page 3: 6 Ciri Murid Global

1. PengetahuanDi peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi.

2. Kemahiran BerfikirSetiap murid belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka ( menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin ilmu.

Page 4: 6 Ciri Murid Global

3. Kemahiran MemimpinDalam dunia yang saling berhubungkait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan.

4. Kemahiran DwibahasaSetiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa.

Page 5: 6 Ciri Murid Global

5. Etika KerohanianSistem pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada setiap kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuhi ketika dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul.

6. Identiti NasionalIdentiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip Rukunnegara yang diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau sosioekonomi.