· web viewpelajaran amat penting kepada masa hadapan murid. berbekalkan ilmu dan kemahiran ict,...

29
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Setinta Pedoman, Segunung Harapan Pengetua 2 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3 3. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia 4 4. Kurikulum Kebangsaan 4 5. NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia 5 6. Piagam Pelanggan Sekolah 6 7. Visi dan Misi Sekolah 6 8. Huraian Visi dan Misi Sekolah 7 – 8 9. Lencana Sekolah 9 10. Bendera Sekolah 10 11. Lagu SMK Elopura 11 12. Lagu Sekolah Bestari 12 13. Panduan Am Untuk Staf Sekolah 13 – 19 14. Takwim Sekolah 20 – 25 15. Kalender Persekolahan 26 16. Carta Organisasi 27 – 31 17. Struktur Organisasi Sekolah 32 – 48 18. Senarai Guru Kelas 49 19. Jadual Guru Bertugas Sesi Pagi 50 – 51 20. Jadual Guru Bertugas Sesi Petang 52 – 53 21. Tawaran Pakej Mata Pelajaran Setiap Tingkatan 54 – 56 22. Pelan Kedudukan Kelas 57 – 58 23. Laporan Eksekutif 59 24. Jadual Pembayaran Gaji 60 25. Catatan Rasmi 61 – 120 ~ 1 ~

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Setinta Pedoman, Segunung Harapan Pengetua 22. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 33. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia 44. Kurikulum Kebangsaan 45. NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia 56. Piagam Pelanggan Sekolah 67. Visi dan Misi Sekolah 68. Huraian Visi dan Misi Sekolah 7 – 8 9. Lencana Sekolah 910. Bendera Sekolah 1011. Lagu SMK Elopura 1112. Lagu Sekolah Bestari 1213. Panduan Am Untuk Staf Sekolah 13 – 1914. Takwim Sekolah 20 – 25 15. Kalender Persekolahan 2616. Carta Organisasi 27 – 3117. Struktur Organisasi Sekolah 32 – 4818. Senarai Guru Kelas 4919. Jadual Guru Bertugas Sesi Pagi 50 – 51 20. Jadual Guru Bertugas Sesi Petang 52 – 53 21. Tawaran Pakej Mata Pelajaran Setiap Tingkatan 54 – 5622. Pelan Kedudukan Kelas 57 – 5823. Laporan Eksekutif 5924. Jadual Pembayaran Gaji 6025. Catatan Rasmi 61 – 12026. Staf Sekolah 121 – 12427. Penetapan SKT 125 – 137

~ 1 ~

SETINTA PEDOMAN, SEGUNUNG HARAPANPENGETUA SMK ELOPURA

Hendak belayar ke Teluk BetongSambil mencuba labuhkan pukat

Bulat air kerana pembetungBulat manusia kerana muafakat

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia buat semua staf SMK Elopura yang saya kasihi. Jutaan terima kasih atas kalungan budi yang telah dicurahkan oleh semua staf SMK Elopura. Semua cabaran dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan usaha memartabatkan kualiti pendidikan bagi membentuk modal insan yang seimbang akan sama-sama kita tempuhi dengan penuh komitmen. Malah, kita akan berusaha menjayakannya dengan azam ’muafakat membawa berkat’. Saya yakin pada tahun ini, SMK Elopura akan mengikut landasan yang sama-sama kita dukung iaitu ”SMK Elopura, Sekolah Gemilang 2011”.

Justeru, Buku Panduan Staf 2011 (BPS 2011) ini mudah-mudahan akan menjadi titik tolak untuk kita meneruskan kecemerlangan dalam meningkatkan kualiti organisasi. Saya amat berharap agar BPS 2011 ini akan memberi pengetahuan dan pemahaman dalam kita mengharungi semua tugas harian sebagai staf SMK Elopura sepanjang tahun ini. Penambahbaikan BPS 2011 akan dibuat agar terus relevan dengan kehendak semasa. Semoga dengan adanya BPS 2011 ini, staf SMK Elopura akan melonjakkan kualiti perkhidmatan sebagai pemangkin kecemerlangan dalam semua aspek yang telah dirancang.

Akhir kalam, sesungguhnya kitalah yang menjadi pencetus kegemilangan anak-anak didik kita yang akan menjadi modal insan untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Marilah bersama-sama merealisasikannya. Wassalam.Sekian, terima kasih.

Pergi mendaki Gunung DaikHendak menjerat kancil dan rusa

Bersatu hati amalan baikElok diamalkan setiap masa

”Sekolah Bestari, Pelajar Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA”

HJH. KALSOM HJ. ABD. AZIZPengetuaSMK Elopura, Sandakan, Sabah.

~ 2 ~

FASAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

~ 3 ~

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.

KURIKULUM KEBANGSAAN

~ 4 ~

NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

“ The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery

system” “ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer

clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve

the needs of Malaysians”

~ 5 ~

Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

“ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen”

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.1. PRASEKOLAH

Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

2. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

3. SEKOLAH BERPRETASI TINGGI (SBT)Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.

4. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAHMemperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta memandu PGB yang lemah.

PIAGAM PELANGGAN SMK ELOPURA

Sesungguhnya kami guru-guru dan kakitangan SMK Elopura berikrar dengan penuh iltizam kami untuk melaksanakan tanggungjawab pendidikan dengan jujur dan ikhlas

~ 6 ~

berdasarkan 3 prinsip utama :1. Sentiasa komited kepada kecemerlangan2. Mengutamakan kepuasan pelanggan3. Menjadi perintis dan pemimpin dalam pendidikan.

VISI SMK ELOPURA

SMK ELOPURA, SEKOLAH GEMILANG 2011

MISI SMK ELOPURA

Huraian Visi dan Misi Sekolah

VISI SMK ELOPURA HURAIAN VISI

SMK ELOPURA, SEKOLAH GEMILANG 2011

SMK Elopura akan menjadi Sekolah Gemilang pada tahun 2011.

Sekolah Gemilang Sekolah yang mendapat peratus pencapaian 90 % - 100% menggunakan

isntrumen penarafan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

~ 7 ~

SMK Elopura bertekad untuk mencapai kegemilangan melalui :

Pengurusan Pentadbiran yang Cekap dan Sistematik

Keprofesionalan Staf yang Bermaklumat dan Berketrampilan

Kemenjadian Murid yang Seimbang dan Harmonis

Pembangunan Fizikal yang Selamat dan Kondusif

Penglibatan Komuniti yang Bersepadu dan Berterusan

VISI SMK ELOPURA HURAIAN VISI

MISI SEKOLAH HURAIAN MISI

1. Pengurusan Pentadbiran yang cekap dan sistematik

2. Keprofesionalan Staf yang bermaklumat dan berketrampilan

3. Kemenjadian Murid yang seimbang dan harmonis

4. Pembangunan Fizikal Yang Selamat dan Kondusif

Cekap Pengurusan Pentadbiran yang berkebolehan melaksanakan tugas dengan

cepat dan sempurna.Sistematik Pengurusan Pentadbiran yang berasaskan atau menurut sistem (aturan)

Bermaklumat Kakitangan yang sentiasa peka untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam

bidang tugas masing-masing. Kakitangan yang berkeupayaan mengaplikasikan teknologi maklumat dalam

tugas dan kehidupan. Kakitangan yang mampu menyebarluaskan ilmu dan aplikasi IT kepada

murid-murid dan komuniti.Berketrampilan Kakitangan yang cekap dan cekatan dalam melaksanakan tugas dan boleh

menyelesaikan sebarang masalah. Kakitangan yang mampu membuat penyesuaian, menerbitkan pembaharuan

dan mencapai kemajuan. *cekatan – pantas bekerja

Seimbang dan Harmonis Murid yang dapat meningkatkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu dari segi akademik, disiplin dan sahsiah.

Akademik Murid mampu mengakses ilmu mengikut kadar kendiri secara terarah untuk

memperkembang potensi individu dalam mencapai kecemerlangan akademik

Murid berinovasi, kreatif dan kritis. Murid yang berilmu dalam IT dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam

pemelajaran. Murid mampu untuk berkongsi kepakaran dan maklumat.Disiplin Murid yang patuh dan dapat menterjemah semua peraturan sekolah melalui

tingkah laku yang unggul

Sahsiah Murid mengamalkan nilai-nilai murni dan agama dalam setiap aspek

kehidupan harian Murid berupaya menjadi ‘role model’ kepada rakan sebaya Murid berupaya menjadi pemimpin yang berkaliber dalam melaksanakan

tugas yang diamanahkan kepadanya. Murid mengamalkan cara hidup yang harmonis dari segi jasmani, emosi,

rohani, dan intelek.*Harmonis – selaras, seimbang, sepadan, bersesuaian.

Sekolah yang selamat dan kondusif dari segi:

Persekitaran Persekitaran sekolah yang sentiasa bersih, ceria dan mampu menjana

minda.

~ 8 ~

MISI SEKOLAH HURAIAN MISI

5. Penglibatan Komuniti Yang Bersepadu dan Berterusan

Bangunan Bangunan yang selamat dan berfungsi secara optimumPeralatan Peralatan yang lengkap, pelbagai, berteknologi terkini, dan berkeadaan baik

serta senang diakses oleh warga sekolah.*Kondusif – selesa dari segala segi

Komuniti Ibu bapa dan penjaga, pemimpin masyarakat, agensi luar , dan individu/pihak

luar yang prihatin, komited, dan beriltizam dalam membina keunggulan sekolah.

*Pemimpin masyarakat – ketua kampung, wakil rakyat, dll*Agensi luar yang berkepentingan – Agensi kerajaan dan NGO.*Bersepadu - berkaitan erat, tidak terpisah-pisah.*Beriltizam – Keterlibatan yang bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab.

Lencana Sekolah

~ 9 ~

RenunganKekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-

sungguh.Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan rawatan yang baik

tetapi masa yang hilang sekali ….. akan terus hilang.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan

berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Bil. Simbol / Warna Pengertian1. Moto Sekolah PELAJARAN TEMAN SEJATI

Pelajaran amat penting kepada masa hadapan murid. Berbekalkan ilmu dan kemahiran ICT, murid akan dapat hidup berdikari dalam menghadapi cabaran dunia global.

2. Lencana Berbentuk Perisai Sekolah sebagai tempat yang selamat, kondusif dan menyeronokkan.

3. Obor Yang Digenggam Semangat dan cita-cita warga sekolah yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencapai Visi dan Misi SMK Elopura.

4. Buku Yang Dijulang SMK Elopura sebagai sebuah organisasi yang berpembelajaran.

5. Warna Biru Perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga sekolah dan komuniti luar.

6. Warna Kuning Patuh kepada peraturan sekolah dan Rukun Negara.

7. Warna Putih Keluhuran budi dan sentiasa mengamalkan nilai murni.

8. Warna Merah Berani mencuba sesuatu yang positif serta mempunyai ketahanan diri dalam menempuh segala cabaran.

Bendera Sekolah

~ 10 ~

Bil. Simbol / Warna Pengertian01. Warna Merah Warga sekolah yang berani, kritis, kreatif, dan

inovatif dalam melaksanakan tugas dan menyelesaikan sebarang masalah.

02. Warna Putih Mendidik jiwa yang luhur dan murni ke arah kegemilangan.

03. Warna Kuning Memperkembang potensi warga Elopura untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

04. Lencana Sekolah di tengah bendera

Visi dan Misi SMK Elopura menjadi matlamat utama yang perlu dicapai oleh warga sekolah.

~ 11 ~

WARNA KUNING JALUR GEMILANG

WARNA MERAH JALUR GEMILANG

Elopura penyuluh yang budimanTabur bakti pada ibu pertiwiBudi luhur membakar bagai dianMemancarkan sinar kegemilangan

Semerbaklah namamu ElopuraKami sanjung jasamu tiap masaTanpa pendidikan kami dahagaKami perlukan demi bangsa negara

CHO : Demi nama yang kami banggaSegala janji akan kami kotaSMK ElopuraTekad kami mengejar cita-cita

Elopura penyuluh yang budimanTabur bakti pada ibu petiwiBudi luhur membakar bagai dianMemancarkan sinar kegemilangan

LAGU SEKOLAH BESTARI

~ 12 ~

~ 13 ~

Bermula di siniHadapi cabaran dunia

Sehati sekataUntuk jadi insan berjaya

Suasana harmoniMenghormati menyayangi

Menggapai cita bintang kejoraDemi masa hadapan

Amal nilai murniDengan cara tersendiri

Didik jiwa mindaBerteraskan ICT

Sekolah BestariNamamu sentiasa di hati

Keranamu Malaysia Sebangsa

Bersama kita kecapiMalaysiaku tercinta

La la, la la, la la,Du du, du du, du du,

Menggapai cita bintang kejoraDemi masa hadapan

Amal nilai murniDengan cara tersendiri

Didik jiwa mindaBerteraskan ICT

Sekolah BestariNamamu sentiasa di hati

Keranamu Malaysia Sebangsa

Bersama kita kecapiMalaysia negara jaya

Together we are hereHolding hands we face the world

We share the laughs and tearsDoing our best to be the best

Let's learn in harmony Caring, loving we all shall be

We'll try our best to be the shining starThe future in our hands

Be strong, be kind, be fair Together we chart our way

We use our hearts and minds We learn through ICT

Smart School you're in our hearts We promise we'll make you proud

For the love of MalaysiaOne nation,

Together we stand as oneTogether we stand as one

La la, la la, la la,Du du, du du, du du,

We'll try our best to be the shining starSmart School you're the best

Be strong, be kind, be fair Together we chart our way

We use our hearts and minds We learn through ICT

Smart School you're in our hearts We promise we'll make you proud

For the love of MalaysiaOne nation,

Together we stand as oneTogether we are here as one

PANDUAN AM UNTUK STAF SMK ELOPURA1. Arahan Am1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang

~ 14 ~

terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan staf sokongan dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion yang mulia.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.1.6 Semua guru dan staf sokongan hendaklah meletakkan kepentingan murid, sekolah dan komuniti

lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.1.7 Semua guru dan staf sokongan bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan

menjaga harta benda sekolah.1.8 Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan

dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. Kehadiran Rasmi 2.1 Guru dan staf sokongan mesti berada di dalam kawasan sekolah seperti ketetapan berikut : 2.1.1 Guru Sesi Pagi :

(a) Isnin hingga Khamis : 6.30 pagi hingga 12.30 tengah hari [6 jam](b) Jumaat : 6.30 pagi hingga 11.15 pagi [4 jam 45 minit]

2.1.2 Guru Sesi Petang :(a) Isnin hingga Khamis : 12.00 tengahari hingga 6.00 petang [6 jam](b) Jumaat : 1.15 petang hingga 6.00 petang [4 jam 45 minit]

2.1.3 Staf sokongan (a) mesti berada di tempat bertugas masing-masing 5 minit sebelum waktu bertugas rasmi.(b) mesti mematuhi peruntukan jumlah jam bekerja mengikut PKPA iaitu 9 jam sehari (termasuk

rehat tengah hari 1 jam)i. 7.30 am – 4.30 pm ii. 8.00 am – 5.00 pm

2.2 Guru-guru / staf sokongan mesti menghadiri Sejenak Bersama pada hari yang ditetapkan mengikut masa berikut;a) Guru Sesi Pagi (Selasa & Khamis) : 6.30 - 6.45 pagi (Palm Square)b) Guru Sesi Petang (Selasa & Khamis) : 12.00 - 12.15 tgh (Palm Square)c) Staf sokongan (Rabu ) : 12.00 – 12.30 (Palm Square)

2.3 Guru-guru dan staf sokongan mesti hadir 5 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan dalam semua urusan rasmi sekolah (kurikulum, kokurikulum, program, mesyuarat, dan aktiviti sekolah).

2.4 Staf sokongan mesti memastikan bilik/ tempat bertugas ada petugas jika keluar berehat/makan. Sistem giliran boleh dilaksanakan.

2.5 Setiap hari persekolahan/ hari bekerja/kerja lebih masa, guru/staf sokongan mesti mendaftar masuk dan mendaftar keluar dari sekolah.

2.6 Guru dan staf sokongan yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat atau pulang awal hendaklah memberikan kenyataan atau sebab-sebab yang wajar lebih awal kepada Pengetua/Penolong Kanan 1 /Penolong Kanan Petang.

2.7 Guru yang tidak dapat hadir disebabkan menghadiri kursus/taklimat/bengkel/cuti rehat khas/membawa pasukan dan lain-lain perlu mengatur jual-beli jadual waktu atau mengisi borang Rancangan Kerja Kelas Ketika Ketiadaan Guru dan memaklumkan kepada Penolong Kanan 1/ Penolong Kanan Petang.

2.8 Guru perlu menyediakan latihan/aktiviti untuk kelas yang ditinggalkan dan menyerahkan lembaran kerja kepada Penolong Kanan 1/ Penolong Kanan Petang untuk diedarkan kepada guru yang menggantikan kelas tersebut.

2.9 Semua urusan peribadi guru dan staf sokongan hendaklah dibuat di luar waktu sekolah / bekerja kecuali dalam keadaan kecemasan tetapi perlu memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan 1/Penolong Kanan Petang mengikut peraturan yang ditetapkan.

3. Guru Bertugas Mingguan3.1 Hendaklah datang sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dan pulang sekurang-kurangnya 10 minit

~ 15 ~

3.23.33.4

3.53.63.7

3.83.93.10

3.11

3.12

3.13

setelah sekolah berakhir.Mengendalikan perhimpunan mingguan bersama Lembaga Pengawas/MAPTEE agar berjalan lancar.Memantau dan memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, ceria, dan selamat.Bekerjasama dengan Lembaga Pengawas dalam mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan.Mengawasi disiplin murid pada masa balik di kawasan menunggu kenderaan.Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.Merekodkan nama dan bilangan murid yang mendapatkan surat kebenaran ke hospital dan surat kebenaran pulang awal. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah pada minggu berkenaan.Melengkapkan Buku Laporan Bertugas Mingguan dan membuat pelaporan pada perhimpunan minggu berikutnya.Mengendalikan Program Sesamamu bersama murid dan memastikan Buku Laporan Sesamamu dilengkapkan oleh murid yang bertugas.Sesi Pagi (Ting. 4, 5, & 6) Sesi Petang (Ting. 1 & 2) Sesi Petang (Ting. 3)6.30 am Doa 12.10 pm Doa 11.00 am Doa6.35 am Taklimat Guru 12.15 pm Taklimat Guru 11.05 am Taklimat Guru6.40 am Perkongsian Pelajar 12.20 pm Perkongsian Pelajar 11.10 am Perkongsian Pljr6.45 am Bersurai 12.25 pm Bersurai 11.15 am BersuraiBertugas mengendalikan Program Sejenak Bersama pada minggu berikutnya. Pembahagian masa adalah seperti berikut; Sesi Pagi Sesi Petang 6.30 am Doa & Perkongsian Guru Bertugas 12.00 pm Doa & Perkongsian Guru Bertugas6.35 am Pengumuman Guru 12.05 pm Pengumuman Guru6.40 am Pengumuman Pentadbir 12.10 pm Pengumuman Pentadbir6.45 am Bersurai 12.15 pm BersuraiMelengkapkan Buku Laporan Program sejenak Bersama.

4. Keluar Dari Kawasan Sekolah Pada Waktu Bertugas4.1 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu bertugas

kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang.

4.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mengisi Buku Rekod Keluar (Rasmi atau Tidak Rasmi) dan mendapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang sebelum keluar dan selepas balik.

4.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti dengan jual beli jadual waktu atau meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Guru Penolong Kanan 1 / Penolong Kanan Petang.

4.4 Guru yang diberi tugas-tugas berbentuk pentadbiran, kurikulum, HEM, dan kokurikulum mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

4.5 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru / staf sokongan hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru/staf sokongan yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru/staf lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Pengetua.

5. Perjawatan5.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan

Pembantu Tadbir atau Pengetua.5.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua

Panitia, Ketua Bidang atau Penolong Kanan.5.3 Semua guru perlu mengajar mengikut Sukatan Pelajaran dan menyelesaikannya berdasarkan

Rancangan Tahunan dan SKT yang ditetapkan pada awal tahun.~ 16 ~

6. Buku Rekod Mengajar6.1 Semua guru perlu menyediakan dan menyimpan rancangan mengajar dalam bentuk yang

dimaklumkan oleh Pentadbir dari semasa ke semasa bagi memudahkan penyemakan dan pemantauan setiap minggu.

6.2 Guru-guru perlu menyediakan satu fail dokumen mengajar untuk menyimpan semua dokumen yang berkaitan dengan proses pengajaran dan penilaian. Fail ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada masa-masa yang ditentukan untuk disemak dan ditandatangai oleh Pengetua/Guru Penolong Kanan/Ketua Bidang.

6.3 Rancangan Mengajar perlu diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

7. Jadual Waktu7.1 Guru tingkatan/kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam

kelas masing-masing.7.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran7.3 Guru masa pertama perlu masuk kelas 5 minit lebih awal untuk proses membersihkan kelas.7.4 Guru mesti bersama murid mengikut masa yang tercatat dalam jadual waktu atau jadual waktu ganti.7.5 Guru tidak dibenarkan meninggalkan murid dalam kelas tanpa penyeliaan.

8. Kehadiran Kursus/Bengkel/Mesyuarat/Taklimat/Latihan8.1 Guru-guru wajib menghadiri mana-mana kursus/bengkel/mesyuarat/taklimat/latihan dan lain-lain yang

dianjurkan oleh Sekolah/Jabatan/Kementerian pada tarikh yang ditetapkan.8.2 Jika ada kecemasan yang menyebabkan ketidakhadiran, guru perlu memaklumkan lebih awal

kepada pihak pentadbir dan pihak yang menganjurkan kursus tersebut.8.3 Guru perlu hadir ke sekolah sebaik sahaja kursus/bengkel/mesyuarat/taklimat/latihan tersebut tamat.8.4 Guru perlu memberi Laporan Eksekutif dalam tempoh 3 hari selepas berkursus kepada Penolong

Kanan yang berkaitan.

9. Cuti9.1 Prosedur Pemohonan Cuti9.1.1 Semua cuti (kecuali cuti sakit) perlu dipohon tiga hari lebih awal daripada Pengetua dengan

memohon melalui aplikasi SPS e-cuti atau mengisi borang yang disediakan di pejabat.9.1.2 Surat kebenaran bercuti perlu difailkan dalam fail peribadi dan dimaklumkan kepada Penolong Kanan

1/Penolong Kanan Petang untuk dibuat jadual kelas ganti.9.1.3 Cuti sakit yang diambil perlu dimaklumkan seawal mungkin kepada Penolong Kanan 1/Penolong

Kanan Petang supaya guru ganti disediakan untuk kelas yang ditinggalkan.9.1.4 Cuti sakit perlu disusuli dengan surat dari hospital kerajaan (3 hari) atau klinik swasta (maksimum 2

hari) kepada Penolong Kanan 1/Penolong Kanan Petang untuk difailkan.9.2 Cuti Rehat9.2.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993,

guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

9.3 Cuti Rehat Khas9.3.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender.9.3.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi

dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak.

9.4 Cuti Sakit9.4.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah

disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.9.4.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.9.4.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke

Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.~ 17 ~

9.5 Cuti Bersalin9.5.1 Tempoh cuti bersalin dari 60 hari telah ditambah kepada 90 hari bermula dari anak dilahirkan

termasuk cuti penggal persekolahan dan cuti am9.5.2 Guru Wanita yang bersalin layak mendapat kemudahan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang

tempoh perkhidmatannya9.5.3 Guru Wanita layak menggunakan cuti tanpa gaji untuk menyusukan anak .9.5.4 Jika guru wanita ingin mengambil cuti bersalin tambahan (melebihi 300 hari), guru wanita perlu

mematuhi PKPA 9.6 Cuti Isteri Bersalin9.6.1 Guru lelaki yang isterinya bersalin layak mendapat kemudahan cuti isteri bersalin sebanyak 7 hari

bermula dari hari anak dilahirkan termasuk cuti penggal persekolahan dan cuti am (Sabtu, Ahad, dan cuti umum).

9.7 Cuti Keluar Negeri9.7.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan

borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.9.8 Cuti Tanpa Gaji9.8.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang

mustahak.9.8.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan mengajar boleh diberi selepas habis semua cuti

rehatnya.9.8.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi

180 hari.9.8.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.9.8.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah

Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar di Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

10. Pakaian10.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.10.2 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/di luar

sekolah.10.3 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.10.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.10.5 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.10.6 Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah

tanpa tumit.10.7 Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan,

baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.10.8 Pakaian pada hari Jumaat bagi guru lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu lengkap.10.9 Pakaian seragam staf digunakan pada acara rasmi sekolah dengan arahan Pengetua.10.10 Kakitangan awam dikehendaki dan digalakkan memakai Pakaian Batik pada setiap hari Khamis dan

Pakaian Unit Beruniform pada setiap hari Rabu.

11. Perhubungan Sesama Guru11.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan

dapat mewujudkan perasaan kekitaan.11.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman /pendapat/kepercayaan

kepada guru, murid atau staf sokongan sekolah yang lain.11.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,

sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

12. Bilik Guru12.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk

keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

~ 18 ~

12.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukan ‘free period’. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

12.3 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru secara beramai-ramai.12.4

12.5

Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.Konsep 5R dan 5S perlu dijadikan amalan harian.

13. Keselamatan Harta Benda Sekolah13.1 Semua staf dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda

sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

13.2

13.3

Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan terdapat peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, bilik komputer dan lain-lain.Buku Pengesanan hendaklah digunakan apabila berlakunya pergerakan peralatan.

14. Kebersihan14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah

disediakan oleh guru kelas. Alatan kebersihan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

14.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru lain yang menggunakan bilik khas/tempat khas (bilik komputer, makmal, bengkel, bilik kaunseling dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik tersebut.

14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.14.4 Amalan 5R hendaklah menjadi keutamaan

15. Surat-menyurat15.1 Semua surat rasmi yang menggunakan ‘letter head’ sekolah perlu ditandatangani oleh Pengetua.15.2 Surat-surat rasmi untuk orang/pihak luar perlu melalui Pengetua.

16. Surat yang diterima16.1 Guru-guru yang diberi tanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap surat rasmi yang diterima

oleh pihak sekolah perlu bertindak segera dan melaporkannya kepada Pengetua sekiranya tindakan telah diambil.

16.2 Surat itu perlu disimpan dalam fail pejabat.16.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui atau salinan kepada Pengetua, surat

itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.

17. Pergi Ke Jabatan Pendidikan /Pejabat Pendidikan Daerah17.1 Guru-guru yang hendak ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan

peribadi perlu mendapat surat kebenaran daripada Pengetua.

18. Pelawat18.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang

terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

19. Pembelian Bekalan dan Perkhidmatan19.1 Guru yang hendak membeli bekalan dan perkhidmatan mesti memohon kebenaran dengan

mengemukakan borang Permintaan untuk Pembelian Bekalan dan Perkhidmatan/kerja yang boleh diperoleh di pejabat.

19.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Ketua Bidang/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.

19.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok ~ 19 ~

dengan kemas.

20. Perhimpunan Sekolah20.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.20.3 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Lagu Sekolah

dan Lagu Jiwa dan Minda.

21. Mesyuarat dan Kursus Dalaman21.1 Kehadiran guru ke mesyuarat guru, mesyuarat kurikulum, mesyuarat bidang, mesyuarat panitia,

mesyuarat disiplin dan semua mesyuarat unit sekolah adalah wajib.21.2 Guru perlu datang ke mesyuarat tepat pada masanya dan dilarang meninggalkan mesyuarat sebelum

mesyuarat selesai.21.3 Semua staf perlu hadir dalam kursus dalaman yang dianjurkan oleh sekolah dan unit masing-masing

22. Acara Atau Majlis Sekolah22.1 Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah dengan berpakaian

rasmi.

23. Keahlian Kelab Kebajikan Staf, PIBG & ALUMNI23.123.2

Semua staf menjadi ahli Kelab Kebajikan Staf dan PIBG sekolah. Staf boleh dilantik menjadi ahli dan AJK ALUMNI tertakluk kepada perlembagaan ALUMNI

23.3 Jumlah yuran kelab/PIBG/ALUMNI tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

24. Penggunaan Alat-alatan24.1 Penggunaan alat-alatan hendaklah betul serta mengikut peraturan.24.2 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua unit atau penjaga stok.24.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera

serta berkeadaan baik.24.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta. Kehilangan peralatan perlulah diganti oleh si

peminjam.

25. Telefon25.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan

telefon awam atas urusan peribadi.25.2 Semua penggunaan telefon sekolah secara rasmi perlu dicatat dalam buku log penggunaan telefon

sekolah.

26. Kunci26.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.26.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah mendapat kebenaran

dari Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.26.3 Semua kunci perlu diserah ke pejabat pada hari terakhir setiap sesi persekolahan.

27. Arahan dan Pekeliling27.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan

dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.27.2 Setiap arahan dan pekeliling, tindakan perlu diambil segera.

28. ARAHAN-ARAHAN LAIN SEPERTI YANG DIARAHKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN, PPD DAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH.

~ 20 ~

~ 21 ~

PRINSIP ETIKA KERJAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut;

Niat yang betulPerlakuan yang baikPenggerak ke arah kebaikanMemperkotakan apa yang dikataDisiplin dan beradabMenghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi