document5

6
5.4 Rumusan Hasil Kajian Berikut adalah ringkasan bagi dapatan kajian berdasarkan objektif kajian (a) Strategi PK memberi kesan terhadap prestasi pelajar.. (d) Strategi PK tidak memberi kesan terhadap hubungan sosial pelajar. (e) Secara keseluruhan, bagi pelajar yang mengikuti strategi pengajaran dan pembelajaran PK, mereka berpendapat PK merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam pendidikan matik (i) Dari segi pengalaman mengikuti PK, kebanyakan pelajar mendapat pengalaman yang positif. (ii) Kebanyakan pelajar bersetuju bahawa elemen-elemen di dalam PK memberi manfaat kepada mereka. (iii) Kebanyakan pelajar lebih menggemari cara belajar secara berkumpulan. 5.5 Perbincangan Hasil Kajian Dapatan kajian dibincangkan sekitar kesan PK terhadap prestasi, atribusi pencapaian, konsep kendiri akademik dan hubungan sosial. Ulasan berkaitan dengan pandangan pelajar terhadap perlaksanaan PK dikemukakan ketika membincangkan dapatan-dapatan tersebut. 5.5.1 Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa prestasi pelajar kumpulan PK lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan PT. Maka, ini menyokong dapatan kajian

Upload: madi1373

Post on 04-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

12

TRANSCRIPT

Page 1: Document5

5.4 Rumusan Hasil Kajian

Berikut adalah ringkasan bagi dapatan kajian berdasarkan objektif kajian

(a) Strategi PK memberi kesan terhadap prestasi pelajar..

(d) Strategi PK tidak memberi kesan terhadap hubungan sosial pelajar.

(e) Secara keseluruhan, bagi pelajar yang mengikuti strategi pengajaran dan pembelajaran

PK, mereka berpendapat PK merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan di dalam pendidikan matik

(i) Dari segi pengalaman mengikuti PK, kebanyakan pelajar mendapat pengalaman yang

positif.

(ii) Kebanyakan pelajar bersetuju bahawa elemen-elemen di dalam PK memberi manfaat

kepada mereka.

(iii) Kebanyakan pelajar lebih menggemari cara belajar secara berkumpulan.

5.5 Perbincangan Hasil Kajian

Dapatan kajian dibincangkan sekitar kesan PK terhadap prestasi, atribusi pencapaian,

konsep kendiri akademik dan hubungan sosial. Ulasan berkaitan dengan pandangan

pelajar terhadap perlaksanaan PK dikemukakan ketika membincangkan dapatan-dapatan

tersebut.

5.5.1 Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa prestasi pelajar kumpulan PK lebih tinggi dan

signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan PT. Maka, ini menyokong dapatan kajian

lepas yang melibatkan mata pelajaran lain seperti mata pelajaran sains yang dijalankan di

dalam negara, (Siti Rahayah, 1998), dan di luar negara, contohnya mata pelajaran sains

dan matematik (Chang dan Mao,1999; Whicker, Bol dan Nunnery, 1997) . Implikasi

dapatan ini adalah penting kerana ia mencadangkan bahawa PK wajar digunakan di

dalam kelas khususnya di dalam pengajaran perakaunan.

Keberkesanan PK di dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar boleh dikaitkan

dengan kesan strategi tersebut ke atas motivasi pelajar untuk belajar dan ke atas proses

kognitif pelajar (Slavin,1995; 1996; Abrami et al., 1995)

Elemen-elemen di dalam PK berupaya menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk

belajar berdasarkan teori saling bergantung sosial (Johnson dan Johnson, 1998), teori

tingkah laku dan teori kohesif sosial (Slavin,1996). Begitu juga dengan apa yang berlaku

Page 2: Document5

terhadap proses kognitif pelajar seperti yang dijelaskan oleh teori perkembangan kognitif

(Slavin, 1995) dan teori penerangan kognitif (Slavin, 1990) berkait rapat dengan

perlaksanaan PK.

Berdasarkan teori saling bergantung sosial, PK dikatakan mewujudkan saling bergantung

secara positif di kalangan pelajar di dalam sesuatu kumpulan bagi mencapai matlamat

kumpulan. Saling bergantung secara positif digambarkan melalui kerjasama sesama

pelajar yang menggalakkan berlakunya interaksi di dalam sesuatu kumpulan kecil pelajar.

Situasi tersebut mendorong pelajar menjadi lebih bermotivasi untuk belajar. Di dalam

kajian ini, pelajar kumpulan PK menyatakan bahawa antara pengalaman yang mereka

lalui adalah wujud kerjasama di dalam kumpulan dan mereka kerap berbincang serta

bertukar- tukar pendapat. Ketika membuat latihan secara berkumpulan khususnya, antara

aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK adalah latihan berkumpulan

menggalakkan pelajar berbincang sesama rakan, dapat membantu pelajar membina sikap

tolong-menolong dan memberi peluang pelajar bertanya kepada rakan sekumpulan.

Maka, pengalaman pelajar kumpulan PK di dalam kajian ini jelas menyokong teori saling

bergantung sosial.

Manakala menurut teori tingkah laku, pencapaian pelajar meningkat kerana PK

menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan adanya ganjaran kumpulan.

Slavin (1983) berpendapat, ganjaran kumpulan mendorong pelajar untuk saling bantu-

membantu di dalam kumpulan mereka. Di dalam kajian ini, antara aspek positif yang

dinyatakan oleh pelajar berkaitan dengan pengiraan skor kumpulan mendorong setiap ahli

kumpulan untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat markah yang tinggi dan

persaingan yang wujud antara setiap kumpulan mendorong pelajar untuk bekerjasama

dengan rakan sekumpulan.

Begitu juga dengan pengiktirafan kumpulan turut mendorong pelajar untuk bekerjasama

dan saling tolong-menolong di dalam kumpulan mereka bagi mendapat pelekat bintang.

Dengan kata lain, elemen pengiraan skor kumpulan dan pengiktirafan kumpulan di dalam

kajian ini turut mempengaruhi pelajar untuk lebih bermotivasi untuk belajar berdasarkan

teori tingkah laku.

Sebaliknya, teori kohesif sosial menerangkan bahawa di bawah PK hubungan sesama

pelajar menjadi lebih erat menyebabkan mereka bersedia untuk saling tolong-menolong

Page 3: Document5

rakan-rakan sekumpulan mereka tanpa memikirkan soal ganjaran. Terdapat pelajar

kumpulan PK di dalam kajian ini menceritakan pengalaman mereka seperti yang

dijelaskan oleh teori kohesif sosial. Pelajar menyatakan bahawa dengan adanya

pembahagian kumpulan menyebabkan mereka dapat bekerjasama dengan rakan sekelas

yang lain dan dengan hubungan yang rapat itu menjadikan mereka saling tolong-

menolong. Maka, ini menggambarkan bahawa pelajar kumpulan PK menjadi lebih

bermotivasi untuk belajar juga dapat dijelaskan berdasarkan teori kohesif sosial. PK

berupaya meningkatkan pencapaian pelajar kerana dengan adanya interaksi sesama

mereka menyebabkan berlakunya perubahan dalam kognitif pelajar.

Merujuk kepada teori perkembangan kognitif, Slavin (1995) berpendapat melalui

perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu

mereka untuk menguasai konsep-konsep penting. Di dalam membincangkan teori

perkembangan kognitif juga, Woolfolk (1995) mencadangkan situasi interaksi sesama

pelajar adalah perlu untuk membantu proses berfikir pelajar.

Pandangan Slavin dan Woolfolk tersebut selari dengan pernyataan-pernyataan yang

diberikan oleh pelajar kumpulan PK di dalam kajian ini. Pelajar mengakui bahawa

mereka menjadi lebih faham melalui perbincangan dan dapat bertanya kawan apabila

berada di dalam kebuntuan.

Sehubungan dengan itu, teori perkembangan kognitif juga dikaitkan dengan konsep

perkembangan zon proximal yang menyatakan bahawa keupayaan kognitif seseorang

pelajar dapat ditingkatkan dengan bantuan rakan sebaya yang lebih berkebolehan

(Woolfolk, 1995). Salah satu ciri kumpulan PK yang dibentuk adalah berdasarkan tahap

kebolehan yang berbeza. Di dalam kajian ini, pelajar kumpulan PK yang menganggap

diri mereka kurang berkebolehan telah menyatakan bahawa, mereka mendapat bimbingan

daripada rakan-rakan yang berkebolehan melalui aktiviti kerja berkumpulan. Manakala

teori penerangan kognitif menjelaskan bahawa melalui penerangan yang diberikan

kepada rakan menyebabkan berlakunya proses penstrukturan kognitif yang mana ini

membantu proses pengekalan maklumat di dalam ingatan (Slavin, 1990). Penggunaan

teori tersebut sejajar dengan pernyataan yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK di

dalam kajian ini. Menurut pelajar, melalui latihan secara berkumpulan menjadikan

mereka lebih faham tentang sesuatu topik apabila mereka menerangkannya kepada rakan

Page 4: Document5

sekumpulan. Dengan kata lain, kesan PK ke atas pencapaian dapat dikaitkan dengan

perlaksanaan PK yang mengkehendaki pelajar yang berbeza tahap kebolehan duduk di

dalam satu kumpulan kecil. Di dalam kumpulan tersebut wujud suasana yang

menggalakkan pelajar berbincang, bertanya kepada rakan-rakan, memberi pandangan,

menyemak sebarang kesilapan yang dilakukan serta saling bantumembantu antara satu

sama lain di dalam masalah pelajaran. Berbanding dengan suasana di dalam kumpulan

tradisional yang berbentuk individu, pelajar melihat guru mereka sebagai satu-satunya

sumber rujukan dan kurang berlaku interaksi antara sesama pelajar melainkan dengan

rakan baik mereka sahaja. Apa yang dapat dirumuskan di sini, dapatan kajian yang

menunjukkan pencapaian pelajar kumpulan PK yang lebih tinggi daripada pelajar

kumpulan tradisional dapat dijelaskan dengan pernyataan yang diberikan oleh pelajar

kumpulan PK. Pada masa yang sama, pernyataan-pernyataan tersebut konsisten dengan

teori-teori yang telah dibincangkan sebelum ini.

Walau bagaimana pun dapatan ini perlu diterima secara berhati-hati kerana kajian ini

berbentuk kuasi eksperimen. Reka bentuk ini digunakan kerana pengagihan subjek secara

rawak tidak dapat dilakukan disebabkan kekangan daripada pengurusan pihak sekolah

yang terlibat.