521-1008-1-sm

11
PENGGUNAAN TALI SKIPPING BOLEH LARAS DAPAT MEMBANTU MURID UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT TALI (SKIPPING) Oleh: Ahmad Fakhriz Bin Muhamad, Pn Norma Binti Ali, M.Sc. Jabatan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Skipping dalam pergerakan asas melalui prinsip ansur maju dalam kalangan murid-murid Tahun Empat. Fokus kajian adalah peningkatan kemahiran skipping. Tinjauan awal mendapati bahawa terdapat tiga orang peserta kajian tidak dapat melakukan pergerakan skipping. Intervensi berprinsipkan ansur maju dijalankan ke atas subjek kajian selama dua minggu dengan dua sesi seminggu. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian post dengan menggunakan bilangan skipping yang berterusan untuk mengukur tahap pencapaian peserta kajian. Hasil perbandingan analisis data ujian pra dengan ujian pasca menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran skipping dalam kesemua peserta kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa intervensi berprinsipkan ansur maju berupaya meningkatkan kemahiran skipping dalam kalangan murid-murid Tahun 4. Cadangan kajian masa depan juga ada disarankan Kata Kunci : skipping, ansur maju REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada sebelum ini saya telah melakukan dua sesi praktikum di 2 buah sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Serai dan juga Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang 3. Melalui pemerhatian saya di kedua-dua buah sekolah ini, murid-murid hanya akan menunjukkan berminat pada alat reka ganti yang digunakan oleh saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, alat yang bewarna-warni dan juga berlainan daripada alat asal dapat menaikkan mood pelajar untuk bermain. Salah satu contoh, saya telah menggunakan riben yanag bewarna-warni semasa melakukan aktiviti ‘mencabut ekor musang’. hai ini memberi impak yang sangat luar biasa sehinggakan murid meminta kebenaran untuk membawa pulang riben berkenaan, walau ianya hanyalah riben biasa tapi bagaimana ianya dapat menarik minat sedemikian rupa.

Upload: joekumbang

Post on 11-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

skipping

TRANSCRIPT

Page 1: 521-1008-1-SM

PENGGUNAAN TALI SKIPPING BOLEH LARAS DAPAT

MEMBANTU MURID UNTUK MENINGKATKAN

KEMAHIRAN LOMPAT TALI (SKIPPING)

Oleh:

Ahmad Fakhriz Bin Muhamad, Pn Norma Binti Ali, M.Sc.

Jabatan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Skipping dalam pergerakan asas

melalui prinsip ansur maju dalam kalangan murid-murid Tahun Empat. Fokus kajian adalah

peningkatan kemahiran skipping. Tinjauan awal mendapati bahawa terdapat tiga orang peserta

kajian tidak dapat melakukan pergerakan skipping. Intervensi berprinsipkan ansur maju

dijalankan ke atas subjek kajian selama dua minggu dengan dua sesi seminggu. Data dikumpul

melalui ujian pra dan ujian post dengan menggunakan bilangan skipping yang berterusan untuk

mengukur tahap pencapaian peserta kajian. Hasil perbandingan analisis data ujian pra dengan

ujian pasca menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran skipping dalam kesemua

peserta kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa intervensi berprinsipkan ansur

maju berupaya meningkatkan kemahiran skipping dalam kalangan murid-murid Tahun 4.

Cadangan kajian masa depan juga ada disarankan

Kata Kunci : skipping, ansur maju

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada sebelum ini saya telah melakukan dua sesi praktikum di 2 buah sekolah, iaitu Sekolah

Kebangsaan Pulau Serai dan juga Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang 3. Melalui pemerhatian

saya di kedua-dua buah sekolah ini, murid-murid hanya akan menunjukkan berminat pada alat

reka ganti yang digunakan oleh saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, alat yang

bewarna-warni dan juga berlainan daripada alat asal dapat menaikkan mood pelajar untuk

bermain. Salah satu contoh, saya telah menggunakan riben yanag bewarna-warni semasa

melakukan aktiviti ‘mencabut ekor musang’. hai ini memberi impak yang sangat luar biasa

sehinggakan murid meminta kebenaran untuk membawa pulang riben berkenaan, walau ianya

hanyalah riben biasa tapi bagaimana ianya dapat menarik minat sedemikian rupa.

Page 2: 521-1008-1-SM

Selain itu peralatan yang jarang digunakan oleh murid juga akan dapat menarik minat murid,

sebagai contoh saya telah melakukan aktiviti lombol kangkang, murid di Sekolah Kebangsaan

Pusat Cabang 3 amat gembira dan tanpa diminta mereka melakukan aktiviti berkenaan beberapa

kali setiap seorang, apabila saya bertanya kepada mereka, mereka memberikan jawapan bahawa

mereka sudah lama tidak melakukan aktiviti berkenaan. Hal ini dapat menguatkan andaian saya

bahawa murid-murid akan menonjolkan keghairahan mereka untuk melakukan aktiviti jika guru

menggunakan alat reka ganti dan peralatan yang mereka jarang gunakan semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran. Walaubagaimanapun ini hanyalah andaian saya melalui pemerhatian yang

telah saya buat semasa sesi praktikum yang lalu.

Pada praktikal yang terakhir, saya telah menjalankan praktikal di Sekolah Kebangsaan Paya

Resak, bermula pada 26.1.2014. Saya telah mengajar beberapa kelas di sekolah ini. tetapi saya

amat tertarik untuk mengambil beberapa murid dalam kelas 4 Arif sebagai peserta kajian. Ini

kerana mereka adalah keluaran pertama KSSR.

Menurut pembacaan saya di dalam laman sesawang yang mengaitkan kanak-kanak dengan

perkembangan semasa mereka, seawal usia 7 tahun lagi kanak-kanak telah memperoleh corak

lompatan untuk skipping, corak ini bergantung kepada perkembangan motor kanak-kanak

berkenaan, corak ini dapat dilihat melalui cara lompatan yang mereka lakukan tanpa

menggunakan alatan. corak lompatan yang sekata dan lompatan yang dibuat itu mestilah

mengikut rentak yang sekata. Di samping itu, koordinasi mata, tangan dan kaki juga perlulah

selari untuk melompat menggunakan tali skipping.

Saya telah mengajar darjah 4 Arif selama beberapa minggu, semasa pengajaran saya telah

mengajar skipping menggunakan tali semasa mengajar lompatan. Dalam pemerhatian saya,

beberapa pelajar saya tidak dapat melakukan aktiviti tersebut, mereka membuat alasan kerana

tali skipping terlampau panjang dan susah untuk mengawal tali tersebut apabila hendak

melakukan lompatan. Saya telah mengusulkan supaya mereka memendekkan tali supaya senang

untuk mereka mengawal tali tersebut, akan tetapi peserta kajian saya memberikan alasan tali

tersebut telah mengganggu mereka semasa membuat lompatan dan mereka hanya mampu

membuat beberapa lompatan sahaja. Hal ini membuatkan saya terfikir untuk membuatkan satu

tali skipping yang boleh dilaraskan dan tidak menggangu mereka semasa membuat lompatan.

Tali skipping ini adalah bertujuan untuk melatih mereka tanpa sebarang gangguan dan supaya

mereka dapat melaraskan panjang tali skipping yang mereka inginkan. Oleh kerana ketinggian

setiap murid itu berbeza, maka perkara sebegini perlu untuk memberikan mereka semangat

untuk belajar.

Untuk menarik minat mereka bagi membuat skipping adalah suatu perkara yang sukar kerana

bagi mereka ini ialah permainan untuk kanak-kanak dan mereka lebih cenderung kepada perkara

yang lebih mencabar, jadi saya terpaksa untuk menyelit aktiviti skipping ini dalam setiap perkara

yang diajar, sebagai contoh dalam lari berhalangan, saya menyelitkan aktiviti skipping ini

sebagai satu halangan bagi mereka, dan dari situlah saya dapat melihat dan memilih murid yang

tidak dapat melakukan aktiviti skipping ini dengan betul, ada sesetengah dari mereka cuba

mengelakkan diri dengan mengatakan ini hanya untuk budak-budak sahaja, akan tetapi mereka

tidak pandai melakukan aktiviti skipping ini.

Dalam pembelajaran motor, kanak-kanak seawal usia 8 tahun lagi sepatutnya telah dapat

melakukan aktiviti skipping ini, walau hanya sebanyak 2 atau 3 kali lompatan. Oleh itu, saya

telah mengambil inisiatif untuk mereka satu alat yang dapat menarik minat mereka untuk belajar

skipping. Ini kerana faktor alat memainkan peranan yang penting bagi menarik minat murid.

Alatan yang bewarna warni dan lain dari yang lain akan menimbulkan suatu perasaan kepada

murid untuk mencuba alat berkenaan. Jika seawal usia 8 tahun mereka dapat melakukan

Page 3: 521-1008-1-SM

beberapa kali percubaan dalam skipping itu adalah perkara yang bagus, akan tetapi peserta

kajian saya sudah berusia 10 tahun dan mereka hanya mampu melakukan beberapa percubaan

sahaja. Ini amat menarik minat saya dan merupakan masalah dalam pembelajaran yang saya

kenal pasti, masalah ini mungkin di pandang remeh bagi sesetengah pihak, akan tetapi ianya

berkait rapat dengan perlakuan motor kasar dan motor halus pelajar, jika perkara ini tidak

diambik cakna, mungkin mereka tidak akan dapat melakukan skipping sampai bila-bila. Ini

bukan merugikan pihak lain akan tetapi merugikan diri mereka sendiri pada masa akan datang.

Selain itu, tali skipping yang sedia ada tidak dapat menarik minat murid-murid yang lain untuk

melakukan aktiviti skipping, ini kerana alatan yang lain dalam bilik pendidikan jasmani lebih

menonjol, sebagai contoh bola yang boleh bertukar warna apabila kita melambungnya ke udara.

untuk menarik minat mereka melakukan aktiviti skipping saya telah membuat satu inovasi di

mana saya telah membuat tali skipping yang boleh laras. Ini bertujuan untuk menarik minat

mereka dan memudahkan pelajar yang baru untuk mempelajari skipping. Di samping itu,

kebaikan tali ini ialah ia boleh dilaraskan dengan mudah dan mengikut tahap kepanjangan tali

yang sesuai dengan murid, kadang-kadang saya melihat murid yang membuat lakuan skipping

ini terpaksa menggulung tali yang lebih itu pada pemegang tali skipping berkenaan ini akan

mengganggu murid berkenaan untuk skipping. Selain itu, untuk menyimpan peralatan ini

amatlah senang dan tidak memerlukan ruang yang luas, jika tali skipping biasa disimpan dengan

tidak sempurna, tali berkenaan akan terbelit-belit dan tersimpul antara satu sama lain, ini akan

menyusahkan kerja guru apabila ingin digunakan nanti.

Secara tuntasnya, inovasi ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid dalam melakukan

aktiviti skipping sama ada secara berseorangan atau kumpulan dan untuk meningkatkan

penguasaan murid dalam aktiviti skipping.

SOROTAN LITERATUR

Menurut seorang penulis Buddy Lee dalam buku yang bertajuk “Jumping Rope Training” beliau

telah menulis bahawa panjang tali skipping dapat mempengaruhi kekerapan lompatan dan juga

dapat memudahkan seseorang itu melompat, beliau telah menggariskan beberapa cara untuk

mendapatkan panjang tali skipping yang sesuai bagi individu yang berlainan ketinggian untuk

digunakan antaranya ialah “Chest measurement” dan “Lower rib measurement”. Ini kerana

ketinggian setiap individu adalah berbeza dan untuk mencari tali skipping yang sesuai amatlah

susah, ini kerana panjang tali skipping yang biasa dijual di kedai dan yang digunakan oleh

pelajar terlalu panjang. Cara ini amat berkesan bagi menentukan panjang tali yang sesuai bagi

individu yang hendak melakukan aktiviti skipping. Jika tali hanya digulung pada pemegang

seperti kebiasaan murid lakukan, ini akan mengganggu proses murid untuk melakukan lakuan

skipping, dan bilangan yang optimum untuk dicatat akan terganggu. Ini akan merencatkan proses

pengumpulan data oleh pengkaji.

Selain itu, cara pegangan tali skipping juga dititik beratkan, ini bertujuan untuk memudahkan

pergerakan semasa melakukan aktiviti berkenaan. Cara pegangan penting kerana ianya akan

memudahkan seseorang itu untuk melakukan aktiviti skipping tanpa sebarang gangguan, kerana

aktiviti skipping memerlukan koordinasi yang tinggi. Ianya bukan sahaja melibatkan koordinasi

mata dan tangan akan tetapi melibatkan juga kaki dan kebolehan murid menjangkakan waktu

yang sesuai untuk melompat. Ini semua mestilah selari dan memerlukan latihan yang berterusan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Amirtash Ali Mohammad, Mozaffari Seyed Amir Ahmad

and *Kamelia Abdi dalam tajuk “Effect of rope skipping on social skills and academic

performance on elementary students”, murid yang dapat melakukan aktiviti skipping dengan

berjaya lebih mempunyai kemahiran sosial yang tinggi berbanding dengan murid yang tidak

Page 4: 521-1008-1-SM

dapat melakukan. Oleh yang demikian, skipping amat penting untuk diajar kepada murid dan

memastikan mereka dapat melakukan lakuan berkenaan. Kemahiran sosial murid amatlah

penting untuk mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya. Hal ini kerana mereka tidak akan

berasa rendah diri kerana mereka tidak dapat melakukan aktiviti tersebut, ini akan dapat

memberi motivasi kepada murid tersebut dalam pelbagai bidang sama ada pelajaran mahupun

aktiviti seharian.

Melompat tali boleh meningkatkan penyelarasan tepat kumpulan otot, yang sebabnya ia

digunakan secara meluas dalam program latihan olahraga (Lee, 2010). ini kerana melompat tali

banyak memberi manfaat kepada semua, dengan lompat tali juga dapat meningkatkan ketahanan

kardiovaskular.

Melompat tali menggabungkan momentum sudut tali dan anjakan menegak badan (Pitreli &

O'Shea, 1986). Melompat tali atau skipping menggunakan tali dapat menyelaras seluruh anggota

badan. Ini akan mempercepatkan perkembangan motor kasar kanak-kanak. Perkembangan motor

kanak-kanak dapat dibentuk melalui bermain, dan itu sahaja cara yang sesuai di samping

menimbulkan keseronokan kepada mereka, ini supaya mereka tidak mudah berasa bosan.

TUJUAN KAJIAN

Objektif Umum :

Meningkatkan penguasaan murid di dalam kemahiran skipping menggunakan tali skipping boleh

laras.

Objektif Khusus :

Meningkatkan kemahiran murid dalam skipping

Meningkatkan minat murid untuk menguasai kemahiran skipping dan meningkatkan

keyakinan murid

Persoalan Kajian

• Adakah tali skipping boleh laras dapat meningkatkan penguasaan murid dalam aktiviti

skipping?

• Adakah tali skipping boleh laras dapat murid untuk melakukan skipping

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang murid tahun 4 yang terdiri daripada tiga orang murid

perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian pra

skipping. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen, pemerhatian dan

temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.

Temubual

Pengkaji akan menemubual peserta kajian untuk mendapat maklum balas peserta kajian

terhadap alat yang digunakan, jenis ukuran tali skipping, jenis intervensi yang sesuai dan sejauh

mana murid dapat menggunakan tali skipping boleh laras itu.

Page 5: 521-1008-1-SM

Contoh temubual

1) adakah anda berasa seronok menggunakan tali skipping boleh laras?

2) betulkah tali skipping boleh laras senang digunakan?

Pemerhatian

Pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji dari semasa ke semasa. Pemerhatian yang dibuat akan

dicatat sebagai refleksi berfokuskan tahap penguasaan dalam kemahiran skipping peserta kajian.

Pada sesi latihan intervensi, pengkaji memerhatikan pergerakan subjek kajian sama ada terdapat

perubahan semasa melakukan kemahiran berskip Pengkaji akan membuat rakaman video untuk

menganalisis perkembangan peserta kajian dari semasa ke semasa. Rakaman video itu akan

dilakukan kepada murid secara sedar mahupun tidak sedar

Ujian amali pra dan post

Ujian skipping dengan menggunakan kedua-dua jenis tali iaitu tali skipping biasa dan tali

skipping boleh laras yang direka khas oleh pengkaji bagi memudahkan peserta kajian melakukan

aktiviti skipping. Pengkaji menggunakan masa sebagai pemboleh ubah untuk melihat

peningkatan peserta kajian dalam melakukan skipping.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Pengkaji telah melakukan inovasi ke atas tali skipping sedia ada di sekolah. Ini kerana tali

skipping yang sedia ada terlalu panjang dan mengganggu peserta kajian untuk melakukan

skipping, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji tali skipping yang biasa

menyusahkan peserta kajian untuk melompat kerana apabila melakukan lompatan tali skipping

Page 6: 521-1008-1-SM

biasa akan terlepas dari pegangan murid dan menjadi panjang. Justeru itu penkaji telah

melakukan sedikit perubahan di mana tali skipping boleh laras tidak mengganggu peserta kajian

semasa melakukan lompatan dan peserta kajian tidak perlu risau tali berkenaan menjadi panjang

semasa melakukan lompatan.

Cara menggunakan tali skipping boleh laras ialah peserta kajian akan memijak tali terlebih

dahulu kemudian peserta kajian akan melaraskan tali berkenaan dengan memutarkan tombol

yang besar disebelah kanan itu, tali akan tersimpan di dalam tombol berkenaan dan peserta

kajian tidak perlu risau tali itu menjadi panjang semasa melakukan lompatan.

Pelarasan tali adalah mengikut ketinggian atau mengikut keselesaan peserta kajian, pelarasan ini

bertujuan untuk memudahkan peserta kajian melakukan lompatan.

Intervensi yang dilakukan oleh pengkaji adalah seperti berikut:

PESERTA

KAJIAN

UJIAN

AMALI

PRA

SESI 1 SESI 2 SESI 3 UJIAN

AMALI POS

PK 1 P+D P+T P+D P+T+D P+D

Lima sesi intervensi telah dilakukan oleh pengkaji termasuk dengan ujian pra dan ujian pos, di

mana pada setiap sesi pengkaji telah menetapkan objektif yabg berbeza-beza. Pada sesi 1

pengkaji telah meletakkan objektif supaya peserta kajian dapat mengetahui panjang tali yang

sesuai dengan mereka. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan mereka melakukan lompatan

nanti. Pada sesi yang kedua pula pengkaji telah meletakkan objektif untuk peserta kajian

melompat tali skipping biasa bagi melihat sama ada peserta kajian mengaplikasikan apa yang di

ajar pada sesi 1 atau tidak. Seterusnya pada sesi ketiga pengkaji telah meletakkan objektif untuk

peserta kajian melakukan lompatan tanpa bantuan sesiapa dengan menggunakan tali skipping

boleh laras.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji melakukan ujian pra. Tujuan menjalankan ujian pra tersebut adalah untuk mengumpul

data tentang penguasaan ketiga-tiga orang peserta kajian terhadap kemahiran berskipping.

Jadual berikut merupakan keputusan ujian pra tiga orang subjek kajian yang terlibat. Pengkaji

meletakkan sasaran awal peserta kajian mampu membuat 5 kali percubaan sahaja. Ini adalah

percubaan minima yang perlu dicapai oleh murid, jika murid berjaya mencapai 5 kali percubaan

maka peserta kajian akan mendapat seratus peratus.

Jadual berikut menunjukkan keputusan peserta kajian 1 semasa ujian pra, pengkaji telah

memberikan tiga kali percubaan:

Percubaan/jenis

tali/Nama

Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3

t.skipping t.skpping t.skipping t.skpping t.skipping t.skpping

Page 7: 521-1008-1-SM

biasa(%) b.laras(%) biasa(%) b.laras(%) biasa(%) b.laras(%)

peserta kajian 1 20 20 20 20 20 40

Sebelum melakukan intervensi peserta kajian 1 telah memperoleh peratusan yang paling rendah,

hal ini kerana tali skipping sedia ada tidak memberi keselesaan dan mengganggu peserta kajian

1, peserta kajian telah memberikan tindak balas yang negatif.

Selepas mengenalpasti kelemahan peserta kajian ini, pengkaji telah melakukan beberapa sesi

bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian. Sesi pertama ialah pengkaji

menitik beratkan panjang tali yang sesuai dengan peserta kajian, panjang tali dapat

mempengaruhi lompatan yang akan dilakukan. Selepas sesi pertama selesai, pengkaji melihat

sama ada peserta kajian dapat melakukan lompatan dengan menggunakan tali skipping biasa

pengkaji juga melihat sama ada tali skipping biasa dapat memberikan keselesaan kepada peserta

kajian. Seterusnya pada sesi 3 pengkaji telah memberikan tali skipping boleh laras untuk peserta

kajian gunakan. Melalui pemerhatian dan temubual yang dilakukan, peserta kajian lebih

berminat menggunakan tali skipping boleh laras dan ini terbukti setelah pengkaji melakukan

ujian pos bagi melihat adakah penggunaan tali skipping boleh laras dapat meningkatkan

kemahiran peserta kajian untuk melakukan lompat tali atau skipping menggunakan tali.

Berikut merupakan data bagi ujian pos yang dilakukan oleh pengkaji ke atas peserta kajian 1

Percubaan/jenis

tali/Nama

Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3

t.skipping

biasa(%)

t.skpping

b.laras(%)

t.skipping

biasa(%)

t.skpping

b.laras(%)

t.skipping

biasa(%)

t.skpping

b.laras(%)

peserta kajian 1 40 60 40 40 60 80

Di sini dapat kita lihat bahawa berlaku peningkatan yang sedikit, walau sedikit ia tetap

meningkat dan pengkaji mendapat maklum balas yang positif daripada peserta kajian tersebut.

Rumusan keselurahan yang dapat pengkaji paparkan adalah seperti berikut dimana ke semua

peserta kajian menunjukkan peningkatan daripada analisis ujian pra. Analisi ujian pra adalah

seperti berikut:

Page 8: 521-1008-1-SM

Percubaan/jenis

tali/Nama

Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3

t.skipping

biasa(%)

t.skpping

b.laras(%)

t.skipping

biasa(%)

t.skpping

b.laras(%)

t.skipping

biasa(%)

t.skpping

b.laras(%)

peserta kajian 1 20 20 20 20 20 40

peserta kajian 2 40 80 40 60 60 80

peserta

kajian 3

40 60 20 60 40 80

Selepas melakukan sesi intervensi dan pengkaji telah melakukan ujian pos. Pengkaji dapat

simpulkan bahawa berlaku peningkatan bagi ke semua peserta kajian.

Berikut adalah analisis ujian pos yang dicatatkan oleh pengkaji:

Percubaan/jenis

tali/Nama

Percubaan 1 Percubaan 2 Percubaan 3

t.skipping

biasa(%)

t.skpping

b.laras(%)

t.skipping

biasa(%)

t.skpping

b.laras(%)

t.skipping

biasa(%)

t.skpping

b.laras(%)

peserta kajian 1 40 60 40 40 60 80

peserta kajian 2 60 80 80 80 100 140

peserta kajian 3 40 80 60 80 80 120

Secara konklusinya. ke semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam melakukan

lompat tali atau skipping ini. intervensi yang digunakan oleh pengkaji boleh dikatakan agak

berjaya dalam menjawab persoalan yang dikemukan sama ada tali skipping boleh laras dapat

meningkatkan kemahiran untuk melompat tali atau skipping.

Page 9: 521-1008-1-SM

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan yang dapat pengkaji berikan ialah keberkesanan tali skipping boleh laras ini

ialah ianya dapat memudahkan para pelajar untuk melakukan aktiviti skipping, ini kerana tali

skipping boleh laras senang digunakan dan tidak perlu arahan yang kompleks, Selain itu,

penggunaan tali skipping boleh laras ini dapat menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti

skipping kerana peralatan yang baharu dan mempunyai kelainan ini akan menarik minat pelajar

untuk mencubanya.

Sepanjang menyiapkan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa ini adalah jarang tokoh yang

mengkaji berkenaan skipping ini sama ada dari segi tali, cara lompatan, dan juga koordinasi

badan semasa skipping. Kebanyakkan kajian yang ada ialah perkaitan aktiviti skipping dengan

sosial murid dan kesan skipping ke atas daya tahan kardiovaskular pelajar. Pengkaji juga ingin

mencadangkan agar lebih ramai penyelidk membuat kajian berkenaan dengan skipping. Maka ini

ialah kajian yang baharu berkenaan dengan peralatan yang digunakan untuk skipping.

Melalui kajian tindakan ini, pengkaji telah memperoleh pelbagai ilmu baharu sama ada secara

langsung dan tidak langsung, tujuan kajian tindakan ini adalah supaya guru-guru menjadi lebih

inovatif dan terbuka minda mereka di samping dapat meneroka beberapa sumber yang baharu

sama ada dalam bidang mereka atau dalam bidang yang berlainan.

Guru inovatif dan guru yang kreatif dapat memberi impak yang besar kepada pelajar ini kerana

sikap guru yang sebegini akan dijadikan idola oleh murid-murid kelak. Selain itu, tahap

pemikiran guru juga tidak akan dipandang enteng oleh sesetengah pihak yang melihat kerjaya

guru ini penuh dengan kesenangan dan tidak perlu bersusah payah seperti perkerjaan lain.

Selain itu, kajian ini hanya mengunakan jumlah peserta kajian yang sedikit iaitu seramai 3 orang

sahaja. Oleh itu, sekiranya penyelidik lanjutan ingin menggunakan jumlah sampel yang lebih

besar supaya dapatan kajian dapat digunakan dengan lebih meluas.

Seterusnya pengkaji juga ingin mencadangkan supaya penyelidik lanjutan membuat

penyelidikan berkenaan dengan ukuran panjang tali skipping yang digunakan semasa melakukan

aktiviti skipping. Ini adalah untuk melihat kesesuaian antara tinggi peserta kajian dengan ukuran

tali skipping yang digunakan.

Akhir sekali, pengkaji berharap agar kajian ini dapat dijalankan dengan lebih panjang lagi

supaya kajian ini dapat dilakukan dengan sempurna

RUJUKAN

Bompa, T.O. & Haff, C.G.(2009). Periodization: Theory and methodology of training (fifth

edition). Campaign, Illinois: Human Kinetics Publisher, Inc. Choong Lean Keow.

(2008). Murid dan alam belajar untuk program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian

empat tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan: Konsep & amalan dalam

pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Page 10: 521-1008-1-SM

Cliff, D.P., Okely, A.D., Morgan, P.J., Jones, R.A., Steele, J.R.& Baur, L.A. (2011). Proficiency

deficiency: mastery of fundamental movement skills and skill components in overweight

and obese children. Dipetik daripada http://scholar.google.com.my.

Edwards, W. H. (2011). An introduction to motor learning and motor control. United States of

America: Yolanda Cossia.

Gallahue, D. L., & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children

(4th ed.). Campaign, Illinois: Human Kinetics Publisher, Inc. 77

Ginsburg, K.R. (2006). The importance of play promoting healthy child development and

maintaining strong parent-child bonds. Pediatrics, pp 182-191.doi:10.1542/peds.2006-

2697

Goodway, J. D., & Branta, C. F. (2003). Influence of a motor skill intervention on fundamental

motor skill development of disadvantaged preschool children. Research Quarterly for

Exercise and Sport, 74, 36-46.

Hafidzah Abd. Khafidz, Munira Mohsin, Rozila Mohd.Isa dan Eleanor Ann Tan Lye Neo.

(2007). Kegemukan di kalangan pelajar-pelajar KPLI Pendidikan Jasmani Institut

Perguruan Ilmu Khas. Dipetik daripada http://www.ipbl.edu.my.

Hallam, S. (2010). The power of music: Its impact on the intellectual, social and personal

development of children and young people. SAGE Online Publication.

doi:10.1177/0255761410370658.

Hockersmith, M. R., & Folsom-Meek, S. L. (1991). The relationship of balance and bilateral

coordination to skipping in kindergarten children. Dipetik daripada Education Resources

Information Center (ERIC).

Juliana Ling Chu Chen (2009). Membaiki tulisan murid Tahun 3 dalam mata pelajaran Bahasa

Cina dengan kaedah ansur maju. Buku koleksi kertas kerja seminar penyelidikan IPGM

KBL Tahun 2009, hlm 146-156.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Panduan pengajaran Pendidikan Jasmani tahun 4:

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR). Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum

Magill, R. A. (2001). Motor learning concepts and applications (6th ed.). New York: McGraw-

Hill Companies.

Mok Soon Sang (2008). Psikologi pendidikan dan pedagogi: murid dan alam belajar. Puchong:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 78

Okely, A.D., Booth, M.L. & Chey, T. (2004). Relationships between body composition and

fundamental movement skills among children and adolescents. Research Quarterly for

Exercise and Sport. 75(3):238-47.

Pangrazi, R. P., & Dauer, V. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school

children (9th ed.). San Francisco, California: Benjamin Cummings Publishing Company.

Page 11: 521-1008-1-SM

Payne, V. G., & Isaacs, L.D. (2008). Human motor development: A lifespan approach (7th ed.).

New Yoke: McGraw-Hill Companies.

Pica, R. (2004). Experiences in movement: Birth to age eight (3rd ed.). Canada: Delmar

Learning.

Salmah Ayob.(1994). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn.Bhd.

Sanders, S. (2002, November). The important of developing fundamental motor skills. Dipetik

daripada http://www.pbs.org/teacher.

Sport & Recreation New Zealand SPARC. (2007). Developing fundamental movement skills.

Dipetik daripada http://www.sportnz.org.nz.

Tracey. (2011). OT Mom’s bilateral coordination activities. Dipetik daripada http://www.ot-

mom-learning-activities.com.

Lee, B (2002): Jump Rope Training. Canada: Human Kinetics.