656-1274-1-sm (1).pdf

12
PENGGUNAAN “POWER DORINGE” UNTUK MENGHASILKAN KRAF TEMBIKAR TEKNIK LINGKARAN BAGI MURID TAHUN 4 CERDAS Oleh: Wan Nor Amira Fateen bt Wan Ahmad Fu-ad , Tuan Haji Nazli bin Hamzah Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi membantu murid tahun 4 meningkatkan kemahiran dan kualiti hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran melalui kaedah demonstrasi dan menggunakan alat Power Doringesebagai bantuan dalam penghasilan kraf tembikar. Kemahiran yang ditekankan di sini ialah kemahiran menghasilkan lingkaran yang baik untuk menghasilkan kraf tembikar. Peserta kajian dalam penyelidikan ini terdiri daripada 3 orang murid tahun 4 yang berumur 10 tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka. Dalam perlaksanaan kajian, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen untuk mengumpul data antaranya ialah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen serta ujian bertulis. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan peserta kajian lemah dalam menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran. Setelah intervensi dijalankan iaitu dengan mengaplikasikan sejenis alat Power Doringedalam penghasilan kraf tembikar, pengkaji mengumpul semula data-data kajian dengan menggunakan alat kajian iaitu pemerhatian, temu bual, analisis dokumen serta ujian bertulis. Hasil analisis data mendapati kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif dari segi hasil karya yang dihasilkan. Analisis data ini disahkan melalui dapatan kajian berdasarkan instrumen yang digunakan. Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa penggunaan alat Power Doringedengan menggunakan kaedah demonstrasi model hidup dapat membantu meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran dalam penghasilan kraf tembikar. Kata kunci: Alat Power Doringe, Demostrasi Model Hidup, Teknik lingkaran REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sering dipandang remeh oleh guru-guru dan ibu bapa. Berbeza pula bagi murid-murid, mereka sangat meminati mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kerana mata pelajaran inilah yang mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam merancang aktiviti menggunakan bahan dan alat yang bersesuaian agar murid- murid mampu mencapai objektif yang ditetapkan. Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Sura, pengkaji mendapati wujudnya masalah dalam menghasilkan lingkaran doh yang sama saiz dan sama panjang dalam kalangan murid tahun 4. Hal ini menyebabkan kraf tembikar yang dihasilkan tidak berkualiti. Masalah yang sama turut dialami oleh murid tahun 4 Cerdas di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, Kuala Terengganu. Semasa praktikum fasa ketiga di sekolah tersebut, pengkaji diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Seni Visual tahun 4 Cerdas. Kelas ini merupakan kelas akhir antara dua kelas tahun 4 di sekolah ini. Majoriti murid kelas ini berasal dari keluarga bertaraf rendah namun menunjukkan minat dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran

Upload: samarina-samon

Post on 18-Nov-2015

264 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • PENGGUNAAN POWER DORINGE UNTUK MENGHASILKAN

    KRAF TEMBIKAR TEKNIK LINGKARAN

    BAGI MURID TAHUN

    4 CERDAS

    Oleh:

    Wan Nor Amira Fateen bt Wan Ahmad Fu-ad , Tuan Haji Nazli bin Hamzah

    Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail

    [email protected]

    ABSTRAK

    Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi membantu murid tahun 4 meningkatkan kemahiran dan kualiti

    hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran melalui kaedah demonstrasi dan

    menggunakan alat Power Doringe sebagai bantuan dalam penghasilan kraf tembikar. Kemahiran

    yang ditekankan di sini ialah kemahiran menghasilkan lingkaran yang baik untuk menghasilkan kraf

    tembikar. Peserta kajian dalam penyelidikan ini terdiri daripada 3 orang murid tahun 4 yang berumur 10

    tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka. Dalam perlaksanaan kajian, pengkaji telah

    menggunakan beberapa instrumen untuk mengumpul data antaranya ialah pemerhatian, temu bual,

    analisis dokumen serta ujian bertulis. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan peserta kajian lemah

    dalam menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran. Setelah intervensi dijalankan

    iaitu dengan mengaplikasikan sejenis alat Power Doringe dalam penghasilan kraf tembikar, pengkaji

    mengumpul semula data-data kajian dengan menggunakan alat kajian iaitu pemerhatian, temu bual,

    analisis dokumen serta ujian bertulis. Hasil analisis data mendapati kesemua peserta kajian

    menunjukkan peningkatan yang positif dari segi hasil karya yang dihasilkan. Analisis data ini disahkan

    melalui dapatan kajian berdasarkan instrumen yang digunakan. Keputusan penyelidikan tindakan

    menunjukkan bahawa penggunaan alat Power Doringe dengan menggunakan kaedah demonstrasi

    model hidup dapat membantu meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan

    teknik lingkaran dalam penghasilan kraf tembikar.

    Kata kunci: Alat Power Doringe, Demostrasi Model Hidup, Teknik lingkaran

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sering dipandang remeh oleh guru-guru dan ibu bapa. Berbeza

    pula bagi murid-murid, mereka sangat meminati mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kerana mata

    pelajaran inilah yang mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Oleh itu,

    guru haruslah bijak dalam merancang aktiviti menggunakan bahan dan alat yang bersesuaian agar murid-

    murid mampu mencapai objektif yang ditetapkan. Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum

    fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Sura, pengkaji mendapati wujudnya masalah dalam menghasilkan

    lingkaran doh yang sama saiz dan sama panjang dalam kalangan murid tahun 4. Hal ini menyebabkan

    kraf tembikar yang dihasilkan tidak berkualiti. Masalah yang sama turut dialami oleh murid tahun 4

    Cerdas di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, Kuala Terengganu. Semasa praktikum fasa ketiga di

    sekolah tersebut, pengkaji diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Seni Visual tahun 4 Cerdas. Kelas ini

    merupakan kelas akhir antara dua kelas tahun 4 di sekolah ini. Majoriti murid kelas ini berasal dari

    keluarga bertaraf rendah namun menunjukkan minat dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Bagi

    mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran

  • murid menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran yang berkualiti dengan berbantukan alat Power

    Doringe.

    SOROTAN LITERATUR

    Menurut UNCTAD yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui United Nation Conference on

    Trade and Commerce, perkataan kraf tangan didefinisikan seperti berikut (Handicraft is a manual skilled-

    intensive product with or without use of tool, simple instruments or implement operated indirectly by the

    craftmen). Dapatlah disimpulkan bahawa kraf merupakan hasil karya daripada pandai tukang sendiri

    menggunakan alat atau tanpa menggunakan alat.

    Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenal oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni dan salah

    satunya adalah kemahiran menggunakan bahan (Execution in a Medium). Disebabkan murid tidak dapat

    menghasilkan lingkaran doh yang sama panjang dan sama saiz, maka penyelesaian yang cuba digunakan

    adalah dengan menggantikan bahan plastisin kepada bahan yang lebih lembut iaitu bahan doh. Pembinaan

    kraf tembikar 3 dimensi menggunakan teknik lingkaran ini adalah sukar untuk dihasilkan oleh murid yang

    mengalami masalah dalam peringkat kematangan psikomotor. Namun, dengan pemilihan bahan, alatan

    dan kaedah yang tepat, murid ini dapat dibantu untuk meningkatkan kualiti dalam penghasilan kraf

    tembikar.

    Berdasarkan pandangan dan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas, kaedah

    tunjuk cara dan demonstrasi jelas berpotensi tinggi untuk meningkatkan kualiti dalam penghasilan kraf

    tembikar teknik lingkaran dalam kalangan murid tahap 2. Menurut Wan Noraini (2009), antara ciri

    penting demonstrasi atau tunjuk ajar adalah, ia memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar

    memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Melalui kaedah

    demonstrasi, murid dapat menguasai konsep dan prinsip serta meningkatkan ingatan mereka terhadap

    langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti dengan mudah. Melalui teknik demonstrasi atau tunjuk cara

    juga, murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah dan berkeyakinan.

    Antara kelebihan demonstrasi ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid melalui

    penglihatan dan pendengaran.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk memudahkan murid menghasilkan lingkaran doh yang sama

    saiz dan sama panjang bagi menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran 3 dimensi berbentuk gelas

    dalam kalangan murid-murid tahun 4 Cerdas Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka menggunakan alat

    Power Doringe.

    Objektif kajian

    Objektif umum penyelidikan ini ialah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam

    menghasilkan kraf tembikar gelas berbentuk 3 dimensi menggunakan teknik lingkaran dalam kalangan

    murid-murid tahun 4 Cerdas Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka menggunakan alat Power Doringe.

    Objektif khusus kajian ini ialah:

    1. Meningkatkan kemahiran untuk menghasilkan kraf tembikar menggunakan teknik

    lingkaran yang berkualiti. 2. Memahami kaedah penggunaan alat Power Doringe bagi menghasilkan kraf tembikar teknik

    lingkaran.

    3. Menimbulkan minat menghasilkan karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi dengan

    menggunakan teknik lingkaran.

  • Persoalan Kajian

    Penyelidikan ini dijalankan untuk menjawab soalan yang berikut:

    1. Bagaimanakah penggunaan Power Doringe dapat meningkatkan kualiti kraf tembikar teknik

    lingkaran?

    2. Adakah alat Power Doringe dapat meningkatkan pemahaman untuk menghasilkan kraf

    tembikar teknik lingkaran?

    3. Adakah alat Power Doringe dapat menimbulkan minat murid menghasilkan kraf tembikar

    teknik lingkaran?

    METODOLOGI KAJIAN

    Penyelidikan ini akan melibatkan 19 orang murid tahun 4 Cerdas dari Sekolah Kebangsaan Bukit

    Chempaka yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Penyelidik

    mensasarkan murid tahun 4 kerana berpandangan, pada ketika ini mereka sudah mula menguasai tahap

    perkembangan dalam seni. Bidang yang ingin diajar juga mengikut spesifikasi pembelajaran dalam

    Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di bawah bidang Kraf Tradisional.

    Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini seramai tiga orang murid (lelaki).

    Model penyelidikan tindakan yang digunakan ialah model kajian yang dibangunkan oleh Kemmis &

    McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat proses kajian tindakan berdasarkan gelungan

    (cycle) seperti mereflek (Reflect), merancang (Plan), bertindak (Action) dan memerhati (Observe).

    Dalam proses pertama, pengkaji telah membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Pengkaji

    telah mengesan masalah menghasilkan kraf tembikar. Pengkaji mengenal pasti kelemahan dan kekuatan

    yang terdapat pada setiap sesi. Pengkaji telah membuat pemerhatian mengenai isu utama iaitu sama ada

    Gambar Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart,1988)

  • murid mampu ataupun tidak menghasilkan kraf tembikar berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan

    teknik lingkaran. Manakala isu sampingan pula, pengkaji melihat sama ada murid dapat memahami atau

    tidak prosedur yang diterangkan oleh pengkaji. Daripada refleksi yang dilakukan, pengkaji telah

    mengenal pasti masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid. Pengkaji berhadapan dengan murid

    yang mempunyai peringkat kematangan psikomotor halus yang masih lemah dan kurangnya nilai-nilai

    estetika pada kraf tradisional. Selian itu, pengkaji menjalankan ujian kefahaman pra dan pasca kepada

    murid-murid yang memfokuskan kepada teknik-teknik menghasilkan kraf tembikar. Ujian ini dijalankan

    untuk mendapatkan data yang lebih tepat di samping membantu pengkaji mengukuhkan lagi kajian

    tindakan yang dijalankan.

    Pengkaji mengambil proses seterusnya berdasarkan lingkaran kedua model tersebut iaitu merancang.

    Pengkaji merancang kaedah tindakan yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

    oleh murid-murid. Pengkaji memfokuskan pada masalah yang utama iaitu murid menghadapi masalah

    dari segi penghasilan kraf tembikar dalam bentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran.

    Murid tidak dapat menghasilkan kraf tembikar dengan baik meskipun penerangan telah diberikan.

    Dalam gelungan pertama pengkaji telah menggunakan bahan doh. Doh ini digunakan bagi menggantikan

    plastisin sebagai bahan membuat kraf tembikar. Plastisin digantikan kerana bahan ini mengandungi toksin

    dan juga sukar dikendalikan kerana teksturnya yang lebih keras berbanding doh. Namun, murid-murid

    masih lagi menghadapi masalah dalam menghasilkan lingkaran untuk membuat kraf tembikar. Oleh yang

    demikian, pengkaji meneruskan pada gelungan kedua dengan mencipta alat Power Doringe. Alat ini

    direka khas bagi memastikan lingkaran doh yang lebih berkualiti dapat dihasilkan oleh murid-murid.

    Apabila lingkaran doh yang dihasilkan adalah lurus, mempunyai saiz yang sekata dan tidak lagi putus-

    putus, maka kraf tembikar yang lebih berkualiti dapat dihasilkan.

    Bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah memilih kaedah demonstrasi yang

    merangkumi 3 jenis demonstrasi. Namun begitu, pengkaji hanya memilih satu jenis demonstrasi sahaja

    bagi memudahkan penerangan tentang proses atau prosedur membuat kraf tembikar. Kaedah demonstrasi

    yang dipilih ialah demonstrasi model hidup. Tindakan ini difikirkan paling sesuai dan berkesan bagi

    menyelesaikan masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan murid dalam bidang kraf tradisional

    iaitu tembikar.

    Proses ketiga dalam prosedur tindakan pengkaji adalah memerhati. Pemerhatian dilakukan semasa murid-

    murid menjalani sesi intervensi. Pemerhatian yang dibuat adalah menggunakan senarai semak yang

    menumpukan pada aspek-aspek tertentu. Langkah yang terakhir ini dilakukan bagi melihat perubahan

    tahap pencapaian murid setelah menggunakan Power Doringe. Pengkaji mengumpul dan menganalisis

    data bagi menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga

    objektif utama kajian. Pemerhatian yang dijalankan telah direkodkan untuk dianalisa bagi mendapatkan

    kesimpulan.

    Rakaman dalam bentuk foto juga dilakukan bagi melihat keberkesanan alat yang digunakan dalam

    penghasilan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran. Selain itu, pengkaji juga turut menemu

    bual ketiga-tiga peserta kajian sebagai maklum balas terhadap penghasilan kraf tembikar menggunakan

    alat Power Doringe. Hasil karya kraf tembikar yang dihasilkan oleh setiap peserta kajian dianalisis dan

    diberikan penilaian. Penilaian diberikan berdasarkan kriteria-kriteria mengikut tahap. Hasil karya peserta

    kajian dinilai sebelum dan selepas intervensi dijalankan untuk mengenalpasti sama ada kemahiran

    menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran dapat ditingkatkan ataupun sebaliknya. Akhir sekali,

    pengkaji membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran bagi melihat keberkesanan alat Power

    Doringe.

  • SPESIFIKASI INTERVENSI

    Bagi mengatasi masalah peserta kajian, pengkaji telah mengaplikasikan penggunaan alat Power

    Doringe dalam aktiviti menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran. Alat intervensi ini dicipta untuk

    meningkatkan kemahiran murid dalam menghasilkan lingkaran doh yang sama panjang, sama saiz dan

    tidak putus-putus dengan lebih mudah. Alat ini diperbuat daripada besi dan paip PVC. Alat ini mudah

    dikendalikan setelah pengubahsuaian dibuat, bersesuaian dengan murid-murid sekolah rendah. Alat ini

    juga boleh digunakan dalam satu jangka masa yang sangat lama kerana alat ini kukuh dan tidak mudah

    rosak. Seperti yang dilihat pada gambar foto di atas, alat ini mampu menarik minat murid-murid untuk

    mengenal dengan lebih dekat mengenai bidang Mengenal Kraf Tradisional khususnya aktiviti

    menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran. Hal ini kerana warnanya yang menarik dan fizikalnya yang

    mampu membuatkan murid tertanya-tanya tentang fungsi alat ini dan teruja untuk mencuba. Dengan

    menggunakan alat Power Doringe, murid-murid dapat menghasilkan lingkaran doh dengan lebih mudah

    sekaligus mempercepatkan proses penghasilan kraf tembikar. Paling utama ialah alat Power Doringe

    mampu membantu murid meningkatkan kualiti kraf tembikar teknik lingkaran. Jika sebelum ini murid

    terpaksa menggunakan tangan untuk menggelek doh tetapi kini murid dapat menghasilkan lingkaran doh

    yang sama saiz, sama panjang dan tidak putus-putus dengan menggunakan alat Power Doringe.

    GAMBAR RAJAH 2: Power Doringe

  • Berikut merupakan langkah-langkah penghasilan kraf tembikar teknik lingkaran menggunakan alat

    Power Doringe:

    Dalam kajian ini, pengkaji memulakan prosedur tindakan dengan guru menerangkan konsep Power

    Doringe. Seterusnya, guru menunjukkan alat dan bahan serta cara penggunaan alat tersebut. Sesi ini

    bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid tentang konsep alat Power Doringe serta

    pendedahan terhadap alat dan bahan yang akan dikendalikan oleh peserta kajian. Seterusnya, guru

    menjalankan demonstrasi atau tunjuk cara model hidup kepada peserta kajian tentang kaedah yang betul

    untuk menghasilkan lingkaran doh menggunakan alat Power Doringe. Dengan ini, peserta kajian akan

    lebih faham dengan jelas tentang penggunaan alat Power Doringe yang betul. Sebaik sahaja murid

    faham tentang penggunaan alat Power Doringe, murid menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran

    menggunakaan alat tersebut. Semasa proses ini berlangsung, pengkaji membuat pemerhatian dan

    memberikan bimbingan kepada peserta kajian. Hal ini dilakukan bagi memastikan peserta kajian dapat

    menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran dengan seronok dan tanpa sebarang masalah.

    Langkah Perlaksanaan Aktiviti Ilustrasi Catatan

    1. Menghasilkan ketulan-ketulan doh

    yang bersaiz kecil supaya dapat

    dimasukkan ke dalam paip PVC

    Power Doringe.

    2. Masukkan doh ke dalam paip PVC.

    * Doh

    memenuhi paip

    Power

    Doringe

    3. Masukkan paip PVC ke dalam

    Power Doringe.

    *Pastikan

    kedudukan

    PVC adalah

    betul.

    4. Menggunakan Power Doringe.

    Tekan picu Power Doringe untuk

    menghasilkan lingkaran doh yang

    sekata.

    *Pastikan

    kendalian yang

    betul mengikut

    arahan.

    5. Membuat kraf tembikar teknik

    lingkaran dengan cara menyusun

    lingkaran yang sudah dihasilkan.

  • DAPATAN KAJIAN

    Dapatan diperoleh hasil daripada analisis data secara dekriptif menggunakan empat jenis instrumen kajian

    iaitu pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan ujian pra pasca. Keempat-empat instrumen kajian ini

    digunakan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam kajian ini.

    Dapatan kajian daripada kesemua instrumen yang digunakan menunjukkan keberkesanan penggunaan alat

    Power Doringe dalam menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran. Berikut merupakan hasil dapatan

    kajian salah seorang peserta kajian kajian iaitu peserta kajian 3.

    Instrumen Kajian Pemerhatian

    Sebelum Penggunaan Power Doringe Sebagai Bahan Bantu Mengajar Diaplikasikan.

    Kualiti hasil karya Kraf Tembikar.

    Hasil kraf tembikar peserta kajian 3 adalah tidak mengikut bentuk yang dikehendaki dan tidak menepati

    kriteria yang ditetapkan untuk mencapai tahap karya kraf tembikar yang berkualiti. Setiap lingkaran

    mempunyai saiz yang berbeza-beza. Tambahan pula, setaip satu lingkaran yang dihasilkan juga tidak

    mempunyai saiz yang sekata dari hujung ke hujung. Kraf tembikar gelas kelihatan seperti pasu.

    Kefahaman peserta kajian terhadap isi pengajaran.

    Dari awal lagi, PK 3 mengatakan bahawa bidang Mengenal Kraf Tradisional adalah sukar. Disebabkan

    tanggapan tersebut, PK 3 tidak mahu mencuba untuk memahami proses penghasilan kraf tembikar kerana

    tidak kemahuan dalam dirinya. PK 3 juga tidak mempunyai keyakinan di dalam dirinya bahawa dia

    mampu menghasilkan kraf tembikar dan mampu memahami proses penghasilan kraf tembikar tanpa

    masalah.

    Tingkah laku peserta kajian ketika menghasilkan kraf tembikar.

    PK 3 sering merungut kepenatan semasa menggelek lingkaran doh. Hal ini kerana PK 3 terpaksa

    menggelek beberapa kali untuk mendapat hasil yang memuaskan dan untuk mendapatkan lingkaran doh

    yang banyak sebelum membentuk kraf tembikar. Disebabkan oleh itu, PK 3 mudah berputus asa dan

    enggan berusaha.

    Selepas Penggunaan Alat Power Doringe Sebagai Bahan Bantu Mengajar Diaplikasikan.

    Kualiti hasil karya Kraf Tembikar.

    Setiap lingkaran doh yang dihasilkan oleh PK 3 mempunyai saiz yang sama. Begitu juga dengan setiap

    satu lingkaran doh yang mana saiz dari hujung ke hujung lingkaran adalah sekata dan tampak jauh lebih

    baik daripada yang sebelumnya. Hasilnya, kraf tembikar adalah menepati kriteria-kriteria yang

    ditetapkan.

  • Kefahaman peserta kajian terhadap isi pengajaran.

    Semasa penerangan disampaikan oleh pengkaji, PK 3 dapat memahami penjelasan yang diberikan dengan

    baik. Hal ini terbukti apabila semasa PK 3 menjalani aktiviti menghasilkan kraf tembikar, PK 3 tidak

    banyak bertanya seperti biasanya. Ini menunjukkan PK 3 dapat memahami dan mengingati proses

    penghasilan kraf tembikar dengan baik tanpa menerima bimbingan daripada pengkaji.

    Tingkah laku murid ketika menghasilkan kraf tembikar.

    Semasa menggunakan alat Power Doringe untuk menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran, PK 3

    menunjukkan keyakinan yang sangat tinggi. PK 3 tidak lagi merungut kepenatan malah kelihatan lebih

    bersemangat.

    Intrumen Kajian: Temu bual

    (Sebelum intervensi )

    006 Minat..sebab seronok.

    020 Ade masalah...wat lingkaran. Susah nak wat. Jadi tak cantik

    Ulasan: Peserta kajian 3 menyatakan dia berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual namun

    dia menghadapi masalah semasa menjalani aktiviti menghasilkan kraf tembikar iaitu semasa

    menghasilkan lingkaran doh kerana hasilnya yang tidak memuaskan.

    (Selepas intervensi)

    051

    053 Gune alat ni membantu. Dapat membuat dengan lagi senang.

    056

    058 Tembikar berkualiti. Dulu jadi belok-belok. Sekarang straight.

    069 Puah hati..

    Ulasan: Peserta kajian 3 menyatakan alat Power Doringe membantunya dalam menghasilkan kraf

    tembikar teknik lingkaran dengan lebih mudah. Hasilnya, kraf tembikar adalah lebih berkualiti dan

    peserta kajian ini berpuas hati dengan karya kraf yang dihasilkannya.

    Kesimpulannya, ternyata alat Power Doringe dapat membantu murid menghasilkan lingkaran doh yang

    baik untuk menghasilkan kraf tembikar yang berkualiti. Alat ini juga secara tidak langsung mampu

    meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan kraf tembikar.

    Intrumen Kajian: Analisis Dokumen

    Instrumen kajian analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data untuk mengukuhkan lagi kajian

    yang dilaksanakan. Tujuan lain adalah sebagai bukti bagi menyokong dapatan sedia ada. Seterusnya, data

    terkumpul akan dianalisis dengan menggunakan kaedah naratif. Dokumen ataupun hasil karya peserta

    kajian ini dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan dijadikan panduan ulasan untuk

    diisi dalam borang ulasan analisis dokumen bagi melihat perbezaan di antara hasil karya peserta kajian

    sebelum dan selepas intervensi.

  • Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek pemarkahan yang sudah ditetapkan iaitu

    penilaian terhadap aspek kekemasan hasil karya kraf tembikar, bentuk kraf tembikar dan keseimbangan

    kraf tembikar. Setiap aspek ini pula terbahagi kepada tiga tahap iaitu baik, sederhana dan kurang

    mencapai tahap. Dari aspek kekemasan, pengkaji melihat dari segi kekemasan lingkaran doh iaitu

    mempunyai saiz yang sama bagi setiap lingkaran, setiap satu lingkaran mempunyai saiz yang sekata dan

    tidak berserabut. Dari aspek bentuk, peserta kajian haruslah menghasilkan bentuk yang dikehendaki iaitu

    bentuk gelas manakala dari aspek keseimbangan, pengkaji harus melihat dari aspek kseimbangan saiz dan

    bentuk kraf yang mana tapak dan bahagian bawah tembikar haruslah sama. Berikut merupakan hasil

    dapatan analisis dokumen iaitu hasil karya peserta kajian sebelum dan selepas intervensi.

    Keseluruhannya, hasil analisis dokumen menunjukkan peserta kajian 3 menghadapi masalah untuk

    menghasilkan kraf tembikar yang berkualiti namun setelah menggunakan alat Power Doringe, kraf

    tembikar yang dihasilkan menunjukkan peningkatan dari aspek kekemasan, bentuk dan keseimbangan

    yang mencapai tahap. Hal ini jelas membuktikan bahawa alat Power Doringe mampu meningkatkan

    kemahiran murid untuk menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran yang berkualiti.

    PERBEZAAN HASIL KARYA SEBELUM DAN SELEPAS PENGGUNAAN ALAT

    POWER DORINGE BAGI MENGHASILKAN KRAF TEMBIKAR MENGGUNAKAN

    TEKNIK LINGKARAN

    SEBELUM SELEPAS

    Huraian Huraian

    1. Lingkaran doh yang berbeza saiz. Setiap satu lingkaran tidak mempunyai

    saiz yang sekata.

    2. Bentuk tidak menepati kriteria yang ditetapkan. Bentuk tembikar kelihatan

    seperti pasu.

    3. Tidak seimbang dari segi susunan lingkaran demi lingkaran kerana

    bahagian bawah tembikar lebih besar

    berbanding bahagian atas.

    1. Saiz lingkaran yang sama. Setiap

    satu lingkaran mempunyai saiz

    yang sekata.

    2. Bentuk yang dihasilkan mengikut

    kriteria yang dikehendaki.

    3. Seimbang dari segi susunan

    lingkaran pertama dan lingkaran

    yang seterusnya. Bahagian bawah

    adalah sama besar dengan

    bahagian atas.

  • Intrumen Kajian: Ujian Bertulis Pra dan Pasca

    Keputusan bagi ujian bertulis pra bagi PK 3 adalah sangat rendah iaitu 1 daripada 5 markah menjadikan

    peratusan yang diperoleh hanyalah 20%. Pada mulanya, PK 3 tidak kelihatan seperti bermasalah. Namun,

    setelah beberapa minit, PK 3 mula hilang tumpuan untuk menjawab soalan. Sama juga seperti peserta

    kajian yang lain, apabila tumpuan menjawab ujian hilang, PK 3 sudah tidak berminat untuk terus

    menjawab ujian tersebut. PK 3 menyatakan bahawa dia sudah tahu bahawa dia akan memperoleh markah

    yang rendah jadi, dari awal lagi PK 3 sudah berputus asa dan tiada keyakinan diri.

    Namun, berbeza pula sikap PK 3 semasa menjawab soalan pasca. Walaupun PK 3 masih bertanyakan

    pengkaji tentang soalan tersebut, namun pengkaji dapat melihat kesungguhan PK 3 untuk menjawab dan

    mendapat markah yang lebih baik berbanding markah ujian pra. Dengan pendekatan yang berbeza dalam

    meningkatkan pengetahuan murid, PK 3 dapat dibantu untuk memperoleh markah penuh dalam ujian

    pasca iaitu 5 daripada 5 soalan menjadikannya 100%.

    RUMUSAN DAPATAN KAJIAN KESELURUHAN PESERTA KAJIAN

    Secara keseluruhannya, ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan peningkatan berdasarkan hasil dapatan

    daripada keempat-empat instrumen kajian. Instrumen pemerhatian menunjukkan peseta kajian 1, 2 dan 3

    menunjukkan perubahan tingkah laku iaitu dari segi minat yang sangat baik. Jika dahulu mereka kurang

    menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru, namun dengan

    memperkenalkan alat baru, mereka menunjukkan minat dan mula memberi perhatian terhadap proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Intrumen temu bual pula menunjukkan kesemua peserta kajian pada awalnya minat dengan mata

    pelajaran Pendidikan Seni Visual namun apa yang membuatkan mereka hilang minat semasa melakukan

    aktiviti adalah kerana pendekatan yang digunakan oleh guru adalah membosankan. Mereka juga mula

    berputus asa apabila gagal menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran yang berkualiti. Namun apabila

    diperkenalkan dengan alat Power Doringe timbul perasaan inkuiri dan ingin mencuba yang mana secara

    tidak langsung berjaya menarik minat mereka untuk menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran lebih-

    lebih lagi apabila alat ini mampu memudahkan kerja mereka dan mendapat hasil karya yang berkualiti.

    Intrumen analisis dokumen bagi ketiga-tiga peserta kajian berdasarkan hasil karya kraf tembikar

    menunjukkan peningkatan yang sangat baik di mana hasil karya mereka berjaya mencapai tahap baik

    berbanding dahulu hasil karya mereka adalah kurang mencapai tahap. Daripada hasil tersebut jelas

    menunjukkan kemahiran kesemua peserta kajian dapat ditingkatkan. Masalah ketidakmatangan motor

    kasar dan motor halus juga berjaya diatasi dengan penggunaan alat Power Doringe.

    Bukan sahaja dari segi kemahiran, kefahaman kesemua peserta kajian juga berjaya ditingkatkan apabila

    keputusan ujian pra dan pasca mereka menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan.

    Kesemua peserta kajian berjaya mendapat 100% di dalam ujian pasca.

    KESIMPULAN

    Kajian ini berjaya membuktikan bahawa pengaplikasian alat Power Doringe dalam penghasilan kraf

    tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran merupakan salah satu kaedah yang boleh diguna pakai

    kerana ia dapat membantu peserta kajian dalam penghasilan kraf tembikar. Penggunaan alat Power

    Doringe dalam penghasilan kraf tembikar dapat menjimatkan masa selain daripada memudahkan murid

    untuk membuat lingkaran demi lingkaran bagi menghasilkan kraf tembikar yang dikehendaki. Tambahan

    pula, kajian ini juga membantu pengkaji dalam meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran dan

  • pembelajaran selain daripada dapat memastikan setiap murid mendapat pengalaman yang sama dalam

    aktiviti yang dilakukan.

    Bukan itu sahaja, malah pengkaji juga dapat membuktikan bahawa penggunaan kaedah demonstrasi

    model hidup mampu meningkatkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran yang

    menekankan sesuatu kemahiran. Kaedah model hidup terdiri daripada pengkaji sendiri sebagai model

    bagi menerangkan langkah-langkah penghasilan kraf tembikar. Secara tidak langsung dapat menjalankan

    sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik dan teratur.

    Dalam dapatan kajian ini juga akan memberikan gambaran sebenar tentang peningkatan kualiti hasil

    karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang menggunakan teknik lingkaran. Kajian yang dilakukan ini

    juga akan membuktikan keberkesanan kaedah demonstrasi bagi meningkatkan pemahaman murid tentang

    prosedur atau proses penghasilan kraf tembikar yang menggunakan teknik lingkaran. Selain itu, kajian ini

    juga akan menguji keberkesanan alat Power Doringe sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBB) dalam sesi

    pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual.

    Dalam kajian tindakan ini jelas menunjukkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting

    bagi seseorang guru dalam meningkatkan mutu pengajaran dalam mencapai objektif pembelajaran yang

    ditetapkan. Kesedaran ini sangat penting dalam profesionalisme sebagai seorang guru. Guru harus

    sentiasa mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan murid-murid dengan membuat inovasi

    terhadap pedagogi yang digunakan. Dengan adanya usaha yang berterusan maka sudah pasti

    kecemerlangan murid-murid dapat ditingkatkan.

    Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektif kajian yang ditetapkan dan menjawab persoalan

    dalam masalah yang timbul dalam kajian ini. Namun demikian, terdapat beberapa cadangan

    penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan

    datang. Sewajarnya pengkaji akan datang menekankan pada aspek kaedah pengumpulan data agar

    dapatan data yang diperoleh menjadi lebih mantap dan dapat membantu semua pihak terutamanya para

    pengkaji bagi membuat penambahbaikan terhadap tajuk kajian ini.

    Diharap pada masa yang akan datang, pengkaji yang lain akan dapat membuat penambahbaikan

    dan dapat membuat kajian dengan lebih meluas mengenai keberkesanan penggunaan alat Power

    Doringe dalam penghasilan kraf tembikar yang menggunakan teknik lingkaran agar dapat meningkatkan

    kejituan data yang diperoleh. Penambahbaikan alat Power Doringe boleh dilakukan dengan cara

    meperbanyakkan lubang pada hujung PVC Power Doringe agar melancarkan lingkaran doh untuk

    keluar sekaligus dapat menghasilkan lingkaran doh yang banyak dalam satu masa. Dari aspek bahan pula,

    pengkaji boleh mengubah penggunaan bahan doh kepada tanah liat yang mana lebih bersesuaian dengan

    alat Power Doringe. Tanah liat adalah lebih lembut berbanding doh. Maka, kelancaran lingkaran untuk

    keluar melalui Power Doringe dapat ditingkatkan. Murid-murid juga lebih mudah untuk

    mengendalikannya. Pengkaji juga boleh menambah bilangan peserta kajian supaya hasil dapatan kajian

    lebih jitu selain dapat memanfaatkan kajian intervensi ini kepada lebih ramai murid.

    Tempoh bagi mengumpul data adalah singkat. Pengkaji seharusnya mula mengumpul data kajian

    dengan lebih awal bagi memastikan bukti empirikal yang lebih kukuh dan sahih dapat diperoleh daripada

    ketiga-tiga peserta kajian. Diharap kajian yang dilaksanakan ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru ke

    atas murid-murid secara meluas agar memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan

    menggunakan alat Power Doringe, guru bukan sahaja dapat meningkatkan minat dalam diri murid

    untuk menghasilka kraf tembikar teknik lingkaran malah kemahiran motor halus dan motor kasar murid

    juga dapat ditingkatkan. Kualiti hasil karya kraf yang baik akan dapat meningkatkan motivasi murid agar

    terus berusaha dalam menghasilkan karya tebaik dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

  • SENARAI RUJUKAN

    Ahmad Sabry, Ting, L. S & Ting H. Y. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam

    Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizon Sdn. Bhd.

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

    Malaysia (2008), Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga, Putrajaya: BPPDP, KPM.

    Berk, L.E. (2003). Child Development. Boston: Allyn & Bacom.

    Chow F.M, Jaizah Mahamud. Terbitan Jun (2012). Kajian Tindakan: Konsep Dan

    Amalan Dalam Pengajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Cohen, L.Manion, L. & Marrison, K. (2000). Research Methods In Education. Ed. Ke-5.

    London: Routldge Falmer.

    Haji Abdul Shukor Hashim. Cetakan Pertama (2007). HBAE3503 Perkembangan Seni

    dan Kanak-kanak. Dicetak Oleh Meteor Doc. Sdn. Bhd.

    Ibrahim Hj. Ahmad. Cetakan kedua (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan

    Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Dicetak oleh Dawana Sdn. Bhd.

    Md. Nasir Ibrahim, Pro. Madya Iberahim Hassan. Terbitan pertama (2003). Pendidikan Seni Untuk

    Maktab & Universiti, Dicetak Oleh Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

    Ng Ying Shya. (2004). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan

    Guru-guru Teknikal, Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Tesis tidak

    diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

    Nor Azizah Salleh. HBEF2503 Kaedah Kajian Dalam Pendidikan. Open University

    (Universiti Terbuka Malaysia). Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial.

    Oslen, W. (2004). Triangulation Ini Social Research; Qualitative And Quantitive

    Methods Can Really Be Mixed. In.M. Holborn (ed.). Developments in Sociology.

    Ormskrik: Causeway Press.

    Pasukan Penyelidik. Cetakan Pertama (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan

    Penulisan Laporan. Penerbitan Freemind Horizons Sdn. Bhd.