691-1344-1-sm math

12
PENGGUNAAN KAEDAH ‘M-BOARD’ DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN SIFIR DIGIT 6 HINGGA 10 BAGI MURID TAHUN 4 POTENSI Oleh: Tuan Ismail bin Tuan Soh , Samsiah binti Hassan Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] , [email protected] ABSTRAK Sifir merupakan tunjang bagi operasi pendaraban yang menjadi salah satu kemahiran asas dalam subjek matematik. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan penggunaan Kaedah ‘M-Board’ dalam kalangan murid tahun 4 Potensi. Peserta kajian kajian adalah 4 orang murid lemah tahun 4 yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan, Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang. Peserta-peserta kajian dipilih berdasarkan kepada pencapaian Ujian Diagnostik. Objektif kajian ialah untuk meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan menggunakan Kaedah ‘M-Board’. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca, temu bual berstruktur dan pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Ujian pra dibuat untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam mendarab soalan yang melibatkan digit 6 hingga 10. Ujian pasca pula digunakan untuk menguji keberkesanan Kaedah ‘M-Board’ dalam membantu murid menjawab soalan yang melibatkan sifir digit 6 hingga 10. Hasil temu bual berstruktur dan pemerhatian mendapati minat serta keyakinan peserta kajian bertambah melalui penggunaan Kaedah ‘M-Board’. Beberapa cadangan dan penambahbaikan turut dibincangkan untuk tujuan kajian lanjutan. Kata kunci : Kaedah ‘M-Board’, penguasaan sifir REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada tarikh 3 Februari 2014 iaitu hari isnin dalam minggu kedua bagi sesi praktikum ketiga, pengkaji telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai topik pendaraban bagi murid Tahun 4 Potensi di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang. Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum ketiga tersebut, pengkaji mendapati wujudnya masalah dalam menguasai kemahiran mendarab sifir digit 6 hingga 10 di kalangan murid Tahun 4 Potensi. Kelas tersebut merupakan kelas kedua antara tiga kelas Tahun 4 di sekolah ini. Majoriti murid kelas ini berasal daripada keluarga bertaraf sederhana dan pencapaian matematik mereka agak lemah terutamanya dalam proses mendarab sifir digit 6 hingga 10. Lantaran daripada itu, bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan penggunaan Kaedah ‘M-Board’.

Upload: nan-un-jeevan

Post on 03-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: 691-1344-1-SM math

PENGGUNAAN KAEDAH ‘M-BOARD’ DALAM MENINGKATKAN

PENGUASAAN SIFIR DIGIT 6 HINGGA 10

BAGI MURID TAHUN 4 POTENSI

Oleh:

Tuan Ismail bin Tuan Soh , Samsiah binti Hassan

Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] , [email protected]

ABSTRAK

Sifir merupakan tunjang bagi operasi pendaraban yang menjadi salah satu

kemahiran asas dalam subjek matematik. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan

bertujuan meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan penggunaan

Kaedah ‘M-Board’ dalam kalangan murid tahun 4 Potensi. Peserta kajian kajian

adalah 4 orang murid lemah tahun 4 yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan

2 orang murid perempuan, Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang. Peserta-peserta

kajian dipilih berdasarkan kepada pencapaian Ujian Diagnostik. Objektif kajian

ialah untuk meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan menggunakan

Kaedah ‘M-Board’. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca,

temu bual berstruktur dan pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif

mengikut peserta kajian. Ujian pra dibuat untuk mengenalpasti kelemahan murid

dalam mendarab soalan yang melibatkan digit 6 hingga 10. Ujian pasca pula

digunakan untuk menguji keberkesanan Kaedah ‘M-Board’ dalam membantu murid

menjawab soalan yang melibatkan sifir digit 6 hingga 10. Hasil temu bual

berstruktur dan pemerhatian mendapati minat serta keyakinan peserta kajian

bertambah melalui penggunaan Kaedah ‘M-Board’. Beberapa cadangan dan

penambahbaikan turut dibincangkan untuk tujuan kajian lanjutan.

Kata kunci : Kaedah ‘M-Board’, penguasaan sifir

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada tarikh 3 Februari 2014 iaitu hari isnin dalam minggu kedua bagi sesi praktikum ketiga,

pengkaji telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai topik pendaraban bagi

murid Tahun 4 Potensi di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang. Berdasarkan pengalaman ketika

menjalani praktikum ketiga tersebut, pengkaji mendapati wujudnya masalah dalam menguasai

kemahiran mendarab sifir digit 6 hingga 10 di kalangan murid Tahun 4 Potensi.

Kelas tersebut merupakan kelas kedua antara tiga kelas Tahun 4 di sekolah ini. Majoriti murid

kelas ini berasal daripada keluarga bertaraf sederhana dan pencapaian matematik mereka agak

lemah terutamanya dalam proses mendarab sifir digit 6 hingga 10. Lantaran daripada itu, bagi

mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan

penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan penggunaan Kaedah ‘M-Board’.

Page 2: 691-1344-1-SM math

SOROTAN LITERATUR

Pengkaji melakukan kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menyediakan kaedah kepada murid

untuk menyelesaikan masalah pendaraban tanpa perlu menghafal sifir digit 6 hingga digit 10. Ia

juga bertujuan untuk menarik minat murid bahawa konsep matematik bukanlah sukar seperti yang

disangka. Aida Ibrahim (2006) pula menyatakan dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan

penyelesaian masalah, kemahiran mencongak Fakta Asas Darab adalah yang paling utama.

Semasa menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan pendaraban dua digit dengan digit

lain, kita perlu memahirkan Fakta Asas Darab bagi memudahkan proses pendaraban yang lebih

kompleks.

Kaedah yang sering digunakan oleh guru kepada murid-murid sekarang iaitu kaedah hafalan yang

mana merupakan satu kaedah yang kurang berkesan di kalangan murid. Menurut Walker (2000)

memori hafalan mengambil sejumlah masa yang agak lama dan komitmen yang tinggi untuk

berkesan lalu menjadikannya timbul kelemahan dalam kaedah tersebut. Memori hafalan ini

memerlukan banyak latihan dan pengulangan. Oleh itu, kebanyakkan murid yang tidak mampu

menghafal sifir di rumah, sebahagian masa pembelajaran perlu digunakan untuk tujuan itu. Murid

selalu beranggapan bahawa pendaraban menjadi satu batu penghalang bagi mereka meneruskan

kemajuan dalam matematik. Ramai yang menggunakan kaedah yang tidak cekap dan tidak tepat

dan menghadapi masalah semasa menghafal jadual pendaraban.

Kajian oleh Munirah (2010) pula menyatakan bahawa wujud hubungan yang positif di antara

teknik pengajaran menggunakan Bahan Bantu Mengajar menerusi model dengan peningkatan dari

segi kefahaman dan ingatan murid. Beliau menyebut bahawa para guru perlu menyediakan satu

kaedah pengajaran yang berkesan dengan menggunakan sebanyak mungkin Bahan Bantu

Mengajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kajian lepas yang dilakukan oleh Habibullah Razali (2011) menggunakan Petak Cepat Sifir

boleh membantu murid dalam mengingat sifir fakta asas darab. Namun terdapat kelemahan yang

telah dikesan dalam kaedah ini iaitu tidak melibatkan bahan manipulatif dan hanya fokus kepada

menghafal sifir sahaja. Penciptaan bahan manipulatif ini diharap akan lebih meningkatkan

kemahiran dan minat murid untuk mempelajari tajuk darab. Kajian Norma Binti Haji Hassan

(2004) mendapati bahawa minat murid dicetuskan dan rasa bosan dapat dikurangkan melalui

penggunaan BBM.

Lantaran daripada dapatan kajian tindakan lepas dan pendapat tokoh-tokoh matematik, pengkaji

ingin memperkenalkan satu kaedah yang melibatkan bahan konkrit dan penglibatan aktif murid

untuk membantu murid memahami konsep matematik. Pengkaji mengenalkan kaedah pendaraban

menggunakan bahan bantu mengajar yang dinamakan oleh pengkaji iaitu ‘M-Board’ sebagai

bantuan kepada murid untuk menyelesaikan masalah pendaraban dalam subjek matematik.

Page 3: 691-1344-1-SM math

TUJUAN KAJIAN

Matlamat kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran

operasi darab dengan mendarab sebarang dua digit bagi matapelajaran Matematik tahun 4 dengan

menggunakan Kaedah ‘M-Board’. Melalui kajian ini, harapan saya agar murid-murid ini dapat

menguasai kemahiran mengingat sifir digit 6 hingga 10 apabila menggunakan Kaedah ‘M-Board’

nanti.

Objektif

Meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10 dengan menggunakan Kaedah ‘M-Board’.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah Kaedah ‘M-Board’ dapat membantu murid Tahun 4 Potensi dalam meningkatkan

penguasaan sifir digit 6 hingga 10?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 4 Potensi di SK Rusila. Seramai empat

orang murid Tahun 4 Potensi yang dipilih berdasarkan kepada pencapaian ujian diagnostik.

Peserta kajian terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Semua peserta kajian

didapati mempunyai masalah mencongak fakta asas darab. Murid-murid ini adalah dalam

kalangan murid-murid yang sederhana dan berumur dalam lingkungan 10 tahun. Pengumpulan

data menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pos, temu bual berstruktur dan pemerhatian.

Manakala data kualitatif pula dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.

Ujian pra dijalankan sebelum pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap

peserta kajian. Melalui ujian ini, pengkaji dapat melihat tahap pencapaian murid dalam kemahiran

mengingat sifir 6 hingga 10 sebelum pengkaji memulakan sesi rawatan. Pengkaji turut melihat

kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian semasa menyelesaikan soalan yang

diberikan. Ujian pasca dijalankan selepas pengkaji selesai menjalankan sesi rawatan. Ujian ini

bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah “M-Board” yang digunakan untuk membantu

meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam kemahiran mengingat sifir digit 6 hingga 10.

Hasil ujian dapat membuktikan sama ada berlaku perubahan terhadap pencapaian peserta kajian

dan sejauh mana keberkesanan sesi rawatan yang dijalankan oleh pengkaji.

Seterusnya, instrumen temu bual telah dijalankan ke atas keempat-empat peserta kajian sebelum

sesi intervensi dan selepas sesi intervensi dijalankan. Instrumen ini membolehkan pengkaji

mengenali dan memahami apa yang difikirkan oleh peserta kajian khususnya mengenai isu atau

masalah yang difokuskan oleh pengkaji iaitu mengingat sifir digit 6 hingga 10 di samping

medengar pendapat peserta kajian berkaitan penggunaan bahan manipulatif ‘M-Board’ dalam

membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10.

Page 4: 691-1344-1-SM math

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati bahawa ramai murid dari kelas

4 Potensi menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah soalan pendaraban yang telah

didedahkan dengan cara mendarab menggunakan kaedah bentuk lazim pada pengajaran sebelum

ini. Hal ini kerana, mereka gagal memahami prosedur yang betul dalam membuat penyelesaian

darab menggunakan kaedah bentuk lazim. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah,

kesilapan mencari hasil darab sesuatu nombor lantaran daripada tidak ingat sifir. Oleh yang

demikian, murid gagal memberikan jawapan yang betul semasa melakukan operasi darab. Murid

juga menunjukkan rasa tidak berminat apabila guru menulis tajuk darab pada papan putih dengan

mengantuk semasa guru mengajar. Murid juga banyak bersembang semasa guru melakukan

penerangan dan tidak membuat lembaran kerja yang diberikan. Pengkaji telah menggunakan

pemerhatian berstruktur dengan menyenaraikan borang senarai semak pemerhatian terhadap

tingkah laku dan perkembangan pembelajaran yang dipamerkan oleh peserta kajian semasa sesi

intervensi dijalankan. Data yang diperoleh hasil daripada pemerhatian pengkaji terhadap tingkah

laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian boleh diguna pakai oleh pengkaji dalam membuat

analisis maklumat yang berbentuk kualitatif dan deskriptif.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Pengkaji telah memperkenalkan alat ‘M-Board’ kepada semua peserta kajian dan menjalankan

tiga kali sesi intervensi bagi membantu mereka untuk meningkatkan penguasaan sifir digit 6

hingga 10. Pengkaji membuat penerangan yang jelas tentang ketiga-tiga sesi intervensi yang telah

dijalankan oleh pengkaji seperti yang tertera di bawah:

Sesi Intervensi 1

Tarikh : 09 Julai 2014

Masa : 11.00 – 12.00 tengahari

Kumpulan sasaran : 4 orang murid 4 Potensi

Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1) Mengetahui dan mengenal fungsi setiap bahagian yang terdapat pada alat ‘M-Board’

2) Mengetahui konsep dan cara untuk untuk mengingat sifir digit 6 hingga digit 10 dengan

menggunakan alat ‘M-Board’.

Page 5: 691-1344-1-SM math

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

Langkah 1 : Memperkenalkan alat bantu mengajar ‘M-Board’ kepada murid-murid.

Rajah 1 : ‘M-Board’

Terdapat 2 buah petak segi empat yang mempunyai 5 batang penanda setiap satu.

Setiap batang mewakili nombor masing-masing iaitu bermula daripada nombor 6 dari bawah

seterusnya menaik sehingga nombor 10.

Terdapat tali yang digunakan untuk membuat penanda ke atas nombor-nombor darab di antara

petak kiri dan petak kanan.

Langkah 2 : Menunjukkan cara penggunaan alat ‘M-Board’ kepada murid-murid.

Merintangi tali ke atas batang yang mewakili nombor-nombor yang ingin didarabkan.

Setiap batang yang berada di bawah daripada tali dinilai 10 untuk setiap batang.

Batang yang berada di atas tali dikira satu dan bagi batang petak kiri didarabkan dengan batang

petak kanan.

Proses campuran perlulah dibuat dengan nilai bawah tali dengan hasil darab nilai atas daripada

tali. Jawapannya akan terhasil dengan tepat.

Sesi Intervensi 2

Tarikh : 16 Julai 2014

Masa : 11.00 – 12.00 tengahari

Kumpulan Sasaran : 4 orang murid 4 Potensi

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1) Membuat dan menjalankan langkah-langkah pendaraban bagi sifir digit 6 hingga digit 10 dengan

menggunakan kaedah ‘M-Board’ dengan betul.

2) Mengaplikasikan kemahiran yang diajar dalam bentuk semi konkrit terhadap soalan yag

diberikan.

Page 6: 691-1344-1-SM math

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

Langkah 1: Membuat pendaraban sifir 8 x 9 dengan menggunakan kaedah ‘ M-Board ’.

Letak getah pada batang kayu yang terdapat digit 8 dan 9.

Tarik getah tersebut ke bawah batang kayu digit 6.

Kira jumlah batang kayu yang terdapat getah yang mana nilai sebatang kayu adalah 10.

Batang kayu yang tidak diletakkan getah pula didarabkan.

Jumlah semua batang kayu yang tidak diletakkan getah di sebelah kiri didarabkan dengan jumlah

semua batang kayu yang tidak diletakkan getah di sebelah kanan.

Kira hasil jumlah batang kayu yang diletakkan getah dengan jumlah batang kayu yang tidak

diletakkan getah.

Contoh pengiraan seperti yang ditunjukkan di bawah :

Langkah 2 : Menukarkan kaedah ‘ M-Board ’ dalam bentuk semi konkrit

Lukis gambar rajah ‘M-Board’ seperti yang ditunjukkan di bawah :

Page 7: 691-1344-1-SM math

Pilih satu contoh sifir digit 6 hingga 10.

Contoh : 6 x 7 =

Buat satu garisan lurus dari digit 6 ke digit 7 dan tutup titik ke bawah agar membentuk satu

segitiga atau segiempat seperti di bawah :

Kira jumlah titik yang digaris manakala titik yang di luar garisan didarab.

Semua jumlah titik kiri darab semua jumlah titik kanan.

Tambahkan hasil jumlah titik yang digariskan dengan titik di luar garisan yang didarab tadi.

Contoh di atas menunjukkan bahawa 6 x7 = 42.

Peserta kajian diminta oleh peserta kajian untuk membuat soalan lain pula bagi memantapkan lagi

kefahaman mereka terhadap kaedah ‘M-Board’ dalam bentuk semi konkrit.

Sesi Intervensi 3

Tarikh : 23 Julai 2014

Masa : 11.00 – 12.00 tengahari

Kumpulan Sasaran : 4 orang murid 4 Potensi

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1) Mengaplikasikan kaedah ‘M-Board’ bagi menyelesaikan soalan yang melibatkan sifir digit 6

hingga digit 10 dalam bentuk semi konkrit.

2) Menjawab soalan yang diberikan dengan betul.

Page 8: 691-1344-1-SM math

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

Langkah 1 : Soalan latihan diedarkan kepada peserta kajian.

Peserta kajian diminta oleh pengkaji agar duduk di tempat yang telah disediakan.

Pengkaji mengedarkan soalan latihan pendaraban sifir asas digit 6 hingga 10 kepada setiap peserta

kajian.

20 minit masa yang diperuntukkan oleh pengkaji bagi peserta kajian menjawab soalan yang telah

disediakan.

Langkah 2 : Berbincang jawapan

Setelah habis masa menjawab, pengkaji terus menyemak jawapan bersama-sama dengan peserta

kajian bagi membolehkan peserta kajian tahu di mana kesilapan mereka.

Pengkaji menbandingkan prestasi pencapaian peserta kajian sebelum inervensi dengan selepas

intervensi samada meningkat, sama ataupun menurun.

Langkah 3 : Refleksi peserta kajian

Pengkaji menemu bual semua peserta kajian secara individu bagi mendapatkan respon mereka

terhadap intervensi yang dijalankan ke atas mereka.

Setiap rekod perbualan tersebut direkodkan bagi menunjukkan kesahihan transkrip temu bual

yang akan disediakan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bagaimanakah Kaedah ‘M-Board’ dapat membantu murid Tahun

4 Potensi dalam meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10. Bagi dapatan kajian ini

pengkaji akan menjelaskan perkembangan salah seorang peserta kajian iaitu Faris (bukan nama

sebenar) sepanjang tempoh kajian dijalankan.

Faris hanya dapat menjawab satu soalan sahaja daripada lapan soalan dengan betul dalam ujian

pra. Ini bermakna peratusan soalan yang dijawab betul ialah 12.5% dan soalan yang salah ialah

87.5%.

Rajah 2 : Skrip Jawapan Ujian Pra Faris

Page 9: 691-1344-1-SM math

Rajah 3 : Skrip Jawapan Ujian Pra Faris

Berdasarkan Rajah 2 dan Rajah 3, pengkaji mendapati Faris masih belum dapat menjawab soalan

pendaraban yang melibatkan sifir digit 6 hingga 10. Antara kesilapan yang dilakukan oleh Faris

pada Rajah ialah Faris tertukar operasi darab dengan operasi tambah. Manakala pada Rajah pula

Faris hanya menyalin soalan semula dalam bentuk lazim. Apabila disoal tentang tahap kesukaran

soalan ujian yang telah disediakan oleh pengkaji , Faris telah menyatakan bahawa“Rase susoh

cikgu. Sebab saya tak ingat sifir”.

Semasa sesi intervensi 1 dijalankan, Faris kelihatan agak pasif dan kurang berminat untuk belajar.

Rajah 5 : Faris duduk jauh daripada pengkaji

Rajah 6 : Faris tidur semasa membuat latihan

Berdasarkan Rajah 5 dan Rajah 6, pengkaji mendapati Faris lebih suka berkhayal dan tidur

daripada turut serta aktiviti yang dijalankan pada sesi intervensi tersebut. Namun begitu sebelum

berakhir sesi intervensi 1 ini, Faris mula menunjukkan minat ingin tahu tentang bahan manipulatif

‘M-Board’ ini. Ini kerana Faris tertarik untuk turut serta apabila melihat rakan-rakannya seronok

bermain dengan alat bantu mengajar tersebut.

Seterusnya apabila sesi intervensi 2 dijalankan, Faris telah menunjukkan peningkatan yang ketara

di mana Faris kelihatan tekun semasa menjawab soalan yang diberikan seperti yang ditunjukkan

Page 10: 691-1344-1-SM math

pada Rajah 7. Faris juga dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Apabila ditanya

tentang perubahannya tersebut Faris menyatakan bahawa “Sebab bile ada ‘M-Board’ ni senang

nok jawab soalan darab cikgu.”.

Rajah 7 : Faris tekun semasa membuat soalan latihan

Bagi intervensi yang terakhir iaitu sesi intervensi 3, Faris berjaya menjawab semua kelapan-lapan

soalan yang diberikan oleh pengkaji dengan betul. Faris juga sudah mampu untuk mengajar

rakannya yang lemah dan menunjukkan riak wajah yang ceria semasa belajar topik pendaraban.

Faris juga sudah mampu untuk menjawab soalan yang mempunyai nilai digit yang besar seperti

yang tertera pada Rajah 8 dan Rajah 9.

Rajah 8 & 9 : Contoh soalan yang dijawab oleh Faris

Selepas menjalani ketiga-tiga sesi intervensi, Faris telah menunjukkan perkembangan yang positif

secara keseluruhannya terutamanya dalam segi kemahiran mendarab sifir digit 6 hingga 10.

Dalam sesi ujian pasca yang telah dijalankan, Faris didapati telah berjaya menjawab kesemua

lapan soalan yang disediakan dengan betul. Lantaran daripada itu, Rajah 10 telah menunjukkan

bahawa Faris telah menunjukkan perubahan yang drastik dalam pencapaian ujian pasca

berbanding ujian pra sebelum ini.

Page 11: 691-1344-1-SM math

Rajah 10 : Perbandingan Penguasaan Faris dalam Kemahiran Mendarab yang Melibatkan

Sifir Digit 6 Hingga 10 Sebelum dan Selepas Intervensi

Secara keseluruhannya, keempat-empat peserta kajian yang dipilih menunjukkan penguasaan dan

peningkatan yang positif dalam kemahiran mendarab yang melibatkan sifir digit 6 hingga 10.

Berdasarkan penelitian ke atas ujian pasca, keempat-empat peserta kajian menunjukkan

peningkatan yang positif berbanding ujian pra yang dibuat sebelum sesi intervensi.

Seterusnya, hasil temu bual keatas kesemua peserta kajian, mereka menyatakan bahawa

penggunaan Kaedah ‘M-Board’ mampu untuk membantu mereka dalam menyelesaikan soalan

pendaraban yang melibatkan sifir digit 6 hingga 10.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa

penggunaan bahan manipulatif ‘M-Board’ dapat membantu murid lemah Tahun 4 Potensi dalam

meningkatkan penguasaan sifir digit 6 hingga 10. Dapatan kajian yang diperoleh ini juga dapat

menyokong objektif utama kajian. Namun begitu, terdapat juga kelemahan bagi bahan

manipulatif ‘M-Board’ iaitu hanya terbatas kepada sifir digit 6 hingga 10 sahaja. Oleh yang

demikian, bagi kajian lanjutan yang boleh dilakukan oleh pengkaji lain dicadangkan mencipta

bahan manipulatif yang dapat melibatkan sifir asas 1 hingga 9.

Dari segi aspek profesionalisme keguruan, kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji

membantu pengkaji dalam meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang bakal guru

terlatih. Oleh yang demikian, kajian tindakan yang dilakukan membimbing pengkaji supaya

sentiasa menerokai kaedah-kaedah baru yang berbentuk inovasi dan diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam usaha untuk membantu murid-murid yang

berpencapaian rendah dalam matapelajaran Matematik.

Page 12: 691-1344-1-SM math

RUJUKAN

Aida Ibrahim (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab

Melalui Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor

2006, 1-13

Azizi Haji Yahya (2010). Kepentingan Kefahaman Konsep dalam Matematik.

Diperoleh pada 9.2.2014 dari http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf

Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Bryn Mawr:

Learning Disabilities Resources.

Department of Education and Communities. (2011). Newman's prompts. Retrieved from NSW

Department of Education and Training:

http://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/primary/mathematics/numeracy/new

man/

Dragonizer (2005). Penguasaan Sifir Darab Dalam Matematik Tahap Dua. Diperoleh

Pada 9.2.2014 daripada http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZERS/topic/

Habibullah Razali. (2011). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Petak Cepat Sifir dan Kaedah

Cepat Sifir dalam Menyelesaikan Masalah Mengingati Fakta Asas Darab

Janting (2005). Memperbagaikan Pendekatan Untuk Mempelbagaikan Pendekatan

Untuk Membantu Murid-Murid Tahun 5 Menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan

Publications.

Norma Haji Hassan. (2004). Hubungan antara bahan bantu mengajar. Tanjung Malim:

Universiti Perguruan Sultan Idris.

Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Tindakan. Ed. ke-2.

Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Walker, A. (2000). Using rote memorization to teach the times tables. Retrieved March 24, 2014

from Multiplication.com website: http://www.multiplication.com/rote_memory.htm