5.0 merejam lembing

7
5.0 ACARA MEREJAM LEMBING 5.1 Pengenalan Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang boleh dilakukan dengan mengikuti peraturan dan dalam kawasan yang telah ditetapkan. Pemenang akan ditentukan menerusi rejaman yang paling jauh. Terdapat beberapa perbezaan yang jelas antara merejam lembing dan acara balingan yang lain. Bentuk alatan yang digunakan adalah berbeza dengan acara balingan yang lain. Selain itu, kawasan acara juga berbeza dengan acara balingan yang lain. Bagi acara ini, peserta menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. 5.2 Aspek Keselamatan Acara ini memerlukan pemantauan dan pendekatan aspek keselamatan yang tinggi ketika kejohanan dan latihan. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Berikut adalah panduan atau senarai semak keselamatan yang boleh dijadikan panduan. Rajah 32: Aspek Keselamatan 5.3 Teknik Memegang Lembing Mata lembing menghadap ke bawah Jangan berlari Membawa lembing Pastikan tiada orang berada di kawasan lontaran Sentiasa memerhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan latihan Peserta masih menunggu giliran perlu berada di kawasan yang telah ditetapkan sahaja Semasa latihan

Upload: maszenah-alan

Post on 01-Dec-2015

451 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sukan

TRANSCRIPT

Page 1: 5.0 Merejam Lembing

5.0 ACARA MEREJAM LEMBING

5.1 Pengenalan

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang boleh dilakukan

dengan mengikuti peraturan dan dalam kawasan yang telah

ditetapkan. Pemenang akan ditentukan menerusi rejaman yang paling

jauh. Terdapat beberapa perbezaan yang jelas antara merejam

lembing dan acara balingan yang lain. Bentuk alatan yang digunakan

adalah berbeza dengan acara balingan yang lain. Selain itu, kawasan

acara juga berbeza dengan acara balingan yang lain. Bagi acara ini,

peserta menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama

dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis.

5.2 Aspek Keselamatan

Acara ini memerlukan pemantauan dan pendekatan aspek

keselamatan yang tinggi ketika kejohanan dan latihan. Ini bagi

mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Berikut adalah

panduan atau senarai semak keselamatan yang boleh dijadikan

panduan.

Rajah 32: Aspek Keselamatan

Mata lembing menghadap ke bawahJangan berlari

M e m b a w a le m b in g

Pastikan tiada orang berada di kawasan lontaranSentiasa memerhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan latihanPeserta masih menunggu giliran perlu berada di kawasan yang telah ditetapkan sahaja

S e m a s a la t ih a n

Page 2: 5.0 Merejam Lembing

5.3 Teknik Memegang Lembing

Perkara yang paling asas dalam acara merejam lembing ialah

memahirkan diri dengan pegangan terhadap lembing. Terdapat tiga

cara memegang lembing yang boleh dipraktikkan. Atlit hendaklah

memastikan sebahagian daripada tapak tangannya sentiasa

bersentuhan dengan balutan lembing itu. Selain itu, tapak tangan yang

sedang memegang lembing hendaklah dihadapkan ke atas.

a) Memegang lembing antara jari telunjuk dengan ibu jari (Gaya

Amerika) – A

b) Memegang lembing di antara ibu jari dengan jari tengah (Gaya

Finnish) – B

c) Memegang lembing di antara jari telunjuk dengan jari tengah (Gaya

U-Grip) – C

Rajah 33: Teknik Memegang Lembing

5.4 Gaya Membawa Lembing

a) Gaya atas bahu

Gaya ini adalah gaya yang popular digunakan oleh atlit. Lembing

dipegang merentangi tapak tangan secara berpenjuru. Lembing

yang digunakan perlu berada pada aras hampir sama dengan

telinga dan dihalakan selari dengan tanah.

Page 3: 5.0 Merejam Lembing

Rajah 34: Gaya atas bahu

b) Gaya sisi

Atlit perlu memegang lembing dengan meluruskan tangan kanan ke

belakang. Pastikan lembing sentiasa berada sama aras dengan

rusuk dan aras pinggang ketika sedang bersedia untuk membuat

larian. Keadaan ini perlu dikekalkan ketika sedang berlari dan

hingga lembing dilancarkan.

Rajah 35: Gaya sisi

5.5 Fasa Pergerakan Merejam Lembing

a) Fasa Penujuan

Lembing dipegang secara selari di atas paras bahu. Bahagian atas

atau hadapan lembing dinaikkan ke paras kepala. Lembing

Page 4: 5.0 Merejam Lembing

dipegang dengan kedudukan lengan yang tetap. Atlit memulakan

larian dengan larian yang ditambah secara beransur-ansur dan

terkawal dengan kaedah 6 hingga 12 langkah. Atlit hendaklah

berlari hingga ke tahap larian yang paling maksimum yang

diselaraskan dengan penggunaan ritma lima langkah.

Rajah 36: Fasa Penujuan

b) Fasa Peralihan

i. Pengunduran

Atlit memulakan larian dengan kaki kiri jika langkah genap

adalah 12 langkah digunakan. Bahagian bahu kiri

menghadap arah rejaman dan lengan tangan kiri dihayunkan

ke hadapan untuk sokongan. Tangan yang digunakan untuk

merejam ditolak ke belakang ketika berada di langkah

pertama dan kedua. Tangan yang digunakan merejam tadi

diangkat pada paras bahu ataupun sedikit tinggi selepas

rejaman. Bahagian hadapan lembing diletakkan hampir

dengan bahagian kepala.

Rajah 37: Fasa Pengunduran

Page 5: 5.0 Merejam Lembing

ii. Langkah Bersilang

Fasa ini bermula ketika kaki kanan di atas tanda dan diikuti

seterusnya dengan tiga langkah lagi untuk melengkapkan

fasa ini. Lutut kiri dihayun ke hadapan. Badan dicondongkan

ke belakang sambil bahagian kaki dan pinggang mendahului

lembing. Bahu kiri dan kepala menghadap arah rejaman.

Rajah 38: Fasa Langkah Bersilang

c) Fasa Langkah Balingan

i. Bahagian 1: Peralihan

Kaki kanan dijatuhkan rata dalam sudut rejaman yang akan

dibuat. Kaki mulai mendahului pinggang. Aras bahu, lembing

dan pinggang diselarikan. Lutut kiri dan pinggang ditolakkan

ke hadapan dengan aktif. Tangan melontar berada dalam

keadaan bersedia.

Rajah 39: Fasa Peralihan

ii. Bahagian 2: Power position

Kaki kiri diletakkan dalam keadaan yang sedia dan aktif.

Bahagian kiri badan distabilkan. Bahagian pinggang

Page 6: 5.0 Merejam Lembing

dinaikkan dan berlakunya pusingan di bahagian kaki kiri.

Otot di bahagian hadapan mula merasa tekanan dalam

posisi ‘Arch’. Bahu yang digunakan untuk merejam ditolak ke

hadapan. Siku tangan yang merejam dibawa ke bahagian

dalam badan.

Rajah 40: Fasa Power Station

iii. Bahagian 3: Pergerakan Lengan Terakhir

Siku kanan ditolak ke hadapan dan selari dengan tepi

kepala. Pinggang digerakkan ke hadapan. Siku tangan yang

merejam diluruskan dengan tindakan ledakan. Bahagian kiri

badan disangga oleh kaki kanan dan siku kiri yang

dibengkokkan hampir dengan pinggang. Kaki kiri perlu

berada tetap dengan permukaan sehingga lembing

dilepaskan. Kaki kanan dibawa keluar dan diheret di

belakang. Bahagian pinggang ditolak sedikit ke kiri dan

diikuti bahagian bahu kanan berada melepasi kaki kiri.

Lengan tangan yang merejam perlu berada rapat dalam

posisi menegak sehingga rejaman.

Rajah 41: Pergerakan Lengan Terakhir

Page 7: 5.0 Merejam Lembing

d) Fasa Pemulihan

Selepas merejam, kedua-dua belah kaki dibawa ke hadapan untuk

menyerap kelajuan larian. Berat badan dipindahkan melalui kaki

kanan. Bahagian atas badan direndahkan dan kaki kiri dihayun ke

belakang.

Rajah 42: Fasa Pemulihan

5.6 Spesifikasi Ukuran Kawasan Merejam Lembing

Acara ini tidak dilakukan dari satu kawasan bulatan yang statik tetapi

dilakukan dari landasan lurus untuk berdiri dan melancarkan rejaman.

Rejaman yang dilancarkan perlu dibuat dari belakang lengkuk bulatan

(stop board) dalam lingkungan 8 meter. Balingan yang sah akan dikira

berdasarkan pendaratan dalam sektor pendaratan yang telah

ditetapkan.

Rajah 43: Spesifikasi Ukuran Kawasan Merejam Lembing