5.0 4 bidang dalam psv kssr

26
PSV 3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 4 BIDANG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR Kandugan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 4 Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu : pemerhatian secara aktif, interkasi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual

Upload: previn-harry

Post on 12-Sep-2015

295 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rkgrgmldvmdlvmlfbm

TRANSCRIPT

PSV 3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4 BIDANG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR

Kandugan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu :pemerhatian secara aktif, interkasi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta; menghargai nilai baik.

MENGGAMBARAntara kegiatan bidang ini:

menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang,struktur,imbangan dan komposisi.

LUKISAN

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan.Catan

Definisi Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.Antara bahan yang boleh digunakan untuk membuat kolaj ialah :Surat khabarKertas warnaBahan semulajadi seperti daun, pasir, kekacang,bijirinPerca kainTisuKolaj

Montaj merupakan satu teknik menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar tertentu pada suatu permukaan untuk menghasilkan sesuatu tema.Merupakan satu proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja penghasilan foto montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasiImej/gambar disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.Media dan alat yang digunakan adalah : alat lukis dan alat tulis, gambar foto yang ada kaitan dengan tema, alat pemotong, gam, pewarna, berus dan lain-lain.Montaj

Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.Cetakan

Bidang menggambar ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaanya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan, aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti penyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita

2. membuat corak dan rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikanya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.Corak terhasil tearipada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak menggolek dan sebagainya.CORAK tidak TERANCANGDibuat menggunakan motif yang disusundengan teratur dan dalam susunan yangtertentu.Motif ini menghasilkan corak yang mempunyaipelbagai jenis susunantermasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilancorak.CORAK TERANCANG

CORAK TERANCANG

CORAK tidak TERANCANG

CORAK TERANCANG

CORAK TIDAK TERANCANG

3. membentuk dan membuat binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membinaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilkaukan dalm pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Contohnya,

4. mengenal kraf tradisional

didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing.di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

ALAT PERMAINANDi antara alat permainan itu termasuklah:CongkakWauBatu serembanSepak ragaGasingALAT DOMESTIK Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapuryang digunakanbagi memudahkan urusan seharian.ALAT PERTAHANAN DIRIAlat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu. ALAT PERHIASAN DIRIAlat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita.Masyarakat melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan masyarakat melayu hingga kini.

SENI TEKATSeni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu).ANYAMANAnyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.TEMBIKARHasil kraf yang diperbuat daripada tanah liat.Hasil seni yang melibatkan kemahiran pandai tanganPada zaman dahulu, seni kraf dihasilkan untuk kegunaan harian seperti tembikar, ukiran dan sebagainya .TENUNANTenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif.

Contohnya, 27