50. khutbah jumaat 21 november 2014 (tarbiyyah keluarga pengisian cuti sekolah)

8
1 KHUTBAH JUMAAT ‘TARBIYYAH KELUARGA PENGISIAN CUTI SEKOLAH’ (21 November 2014M/ 28 Muharam 1436H) ____________________________________________________________________________________________________________ . . . . Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita bertakwa kepada Allah subhanahu wata’ala dengan sebenar- benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sempena musim cuti persekolahan akhir tahun 2014, mimbar akan membicarakan khutbah bertajuk Ibubapa Mendepani Pendidikan Anak- Anak . Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Cuti sekolah adalah peluang terbaik ibubapa memenuhi atau melengkapkan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak kerana mungkin ada tanggungjawab yang telah kita tangguhkan semasa mereka bersekolah dan semasa kita pula yang sibuk dengan kerja dan pelbagai tanggungjawab lain. Masa cuti sekolah inilah kita dapat buat apa yang telah kita abaikan bagi menentukan keseimbangan dan kecemerlangan dari segi minda, rohani, emosi dan sihat jasmani. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim:

Upload: yeenewneo06

Post on 12-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Khutbah Jumaat 21 November 2014 (Tarbiyyah Keluarga Pengisian Cuti Sekolah)

TRANSCRIPT

Page 1: 50. Khutbah Jumaat 21 November 2014 (Tarbiyyah Keluarga Pengisian Cuti Sekolah)

1

KHUTBAH JUMAAT

‘TARBIYYAH KELUARGA PENGISIAN CUTI SEKOLAH’ (21 November 2014M/ 28 Muharam 1436H)

____________________________________________________________________________________________________________

����� �� �� �� ���� ����� �� ���� ���� ���� ������� �� ������� �!�" � �#��$�!�%��� �&�'��(�� ) �*�$�+�, �-." �����/���%�" . �1 �2�3 ���4 �5�3 �� ����� ��� �6������ � 7� �1��� �" �2�3 ���4 �5�3�� ) � �#�!���� .8�� ����9�:�/�� �;���!�< � =���

� �#�"�>�� . �/�� �?���!�< @���< �*���:�� �A�� �*�4����� �" �6���9�:� ����3 ���(� ����3�� ����B @���<�� )���� �*�$�C�'��� �A�D�E��� . �7� F�9�+��,�( ��������� �*�G�$ �����3 � )7� �9�+��H

�� )�7� �I��!�< ��$��J )���'��( ��"�3 �2�9��� �E��H �*�G���'�� ���,�<��K��.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah subhanahu wata’ala dengan sebenar-

benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan

segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan

keberkatan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sempena musim cuti persekolahan akhir tahun 2014, mimbar akan

membicarakan khutbah bertajuk ” Ibubapa Mendepani Pendidikan Anak-

Anak ”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Cuti sekolah adalah peluang terbaik ibubapa memenuhi atau melengkapkan

tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak kerana mungkin ada

tanggungjawab yang telah kita tangguhkan semasa mereka bersekolah dan

semasa kita pula yang sibuk dengan kerja dan pelbagai tanggungjawab lain.

Masa cuti sekolah inilah kita dapat buat apa yang telah kita abaikan bagi

menentukan keseimbangan dan kecemerlangan dari segi minda, rohani,

emosi dan sihat jasmani. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda

dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam

Muslim:

Page 2: 50. Khutbah Jumaat 21 November 2014 (Tarbiyyah Keluarga Pengisian Cuti Sekolah)

2

)) ����� ���� ��� � �� �� ���� ������������� ��� ���������� ��� ��� ���������!��� �"����#�� � ��$��% �� �&��'�(�� ((

Maksudnya : Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang

tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani

maupun seorang Majusi.

Ibubapa harus sentiasa memastikan pendidikan anak-anak dapat berterusan,

berlanjutan dan terpelihara, walau pun memerlukan pengorbanan tenaga,

wang dan masa. Sebagai ibubapa kita tidak boleh melepaskan diri daripada

mengasuh dan mendidik anak-anak walau apa cabaran dan kesusahan

sekalipun. Jika tidak begitu anak-anak akan terdedah kepada pengaruh kuat

rakan sebaya dan alam sekeliling, yang tidak sihat dan mungkin boleh

merosakkan pegangan akidahnya, termasuklah segala tabiat dan amalan

mulia sebelumnya, hingga boleh menjejas kemurnian akhlak dan moralnya,

serta menjadi tipis pula kesedaran dan kemahuannya dalam perjuangan

untuk memajukan masyarakat dan negara.

Ibu bapa perlu memiliki daya bimbingan yang baik dan bersungguh supaya

anak berada dalam pengaruh budaya dan perikatan keluarga yang sihat. Jika

tidak, pengaruh buruk di luar yang sedang menunggu akan mempengaruhi

mereka. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih

mana yang baik dan mana yang buruk dalam hidup mereka. Seorang sarjana

Islam yang terkemuka, Profesor Doktor Yusof al-Qardhawi mengatakan

bahawa kesan paling menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah terpisahnya,

atau terputus ikatan akhlak seseorang itu sehingga mendedahkannya kepada

pelbagai krisis dan gejala. Bimbang dengan tekanan ini, mimbar menyeru

ibubapa agar menjaga, memelihara dan membimbing anak-anak secara

penuh serius, terutamanya dari sudut rohani, atau bimbingan hati, dan akhlak

peribadi.

Allah subhanahu wata’ala menegaskan keseksaan yang sangat berat jika

ibubapa sengaja cuai, atau bersifat khianat serta mengambil lewa dengan

Page 3: 50. Khutbah Jumaat 21 November 2014 (Tarbiyyah Keluarga Pengisian Cuti Sekolah)

3

amanah yang diberikan untuk mendidik anak-anak. Firman-Nya dalam surah

At-Tahrim ayat 6:

$ pκš‰r' ¯≈ tƒ t Ï% ©!$# (#θãΖtΒ#u (#þθè% ö/ ä3 |¡à�Ρ r& ö/ ä3‹Î=÷δr& uρ #Y‘$ tΡ $ yδߊθè%uρ â¨$ ¨Ζ9$# äο u‘$ yf Ït ø:$#uρ $ pκö� n=tæ îπs3 Í×̄≈ n=tΒ

Ôâ Ÿξ Ïî ׊#y‰ Ï© ω tβθÝÁ ÷ètƒ ©! $# !$ tΒ öΝèδt� tΒr& tβθè=yèø�tƒuρ $ tΒ tβρ â�s∆÷σム∩∉∪

Maksudnya : Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga

kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu

(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras

kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala

yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan

segala yang diperintahkan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Oleh hal yang demikian, mimbar ingin mencadangkan kepada ibubapa

sekalian agar melaksanakan beberapa langkah penting dalam memastikan

kesinambungan aktiviti pembelajaran dan pendidikan anak-anak dapat

diteruskan. Antara tindakan tersebut adalah:

Pertama: Ibubapa Hendaklah Berperanan Sebagai Guru di Rumah.

Ibubapa perlu berperanan membimbing dan menggalak anak-anak supaya

menerus, menambah dan memperkayakan kerja-kerja sekolah. Ibubapa

wajar memberikan perhatian sepenuh masa semasa bersama anak-anak,

misalnya bercerita, atau sama-sama membaca cerita, dan mengingat contoh

teladan yang benar-benar bermanfaat atau berfaedah. Ibu bapa harus

menyekat anak-anak dari pelbagai pengaruh jahat di sekeliling mereka

khususnya aktiviti-aktiviti yang mengkhayalkan serta bertentangan dengan

pembelajaran mereka seperti melepak, berbual kosong, menonton siaran-

siaran yang ganas dan lucah, leka dengan gajet-gajet seperti tab, telefon

pintar dan sebagainya. Dorongan, bimbingan dan, penting sekali, contoh

teladan ibubapa di rumah akan dapat membentuk daya tahan anak-anak

Page 4: 50. Khutbah Jumaat 21 November 2014 (Tarbiyyah Keluarga Pengisian Cuti Sekolah)

4

dalam menghadapi cabaran pendidikan, atau pembentukan ciri-ciri sahsiah

yang bersifat mulia sejagat.

Ibubapa perlu insaf bahawa tahap pencapaian pendidikan anak-anak di

mana-mana peringkat, masih punyai banyak ruang yang boleh ditambahbaik.

Kebaikan dan kecemerlangan itu sebenarnya tiada limit, tiada batasan.

Setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dikeluarkan,

anak-anak kita masih ramai lagi yang kurang baik; ramai pula yang masih

gagal, terutamanya dalam pelbagai subjek yang dianggap berat, seperti

matematik dan sains. Penggembelingan usaha antara ibubapa dan guru-guru

amat mustahak untuk mengatasinya. Namun, semasa cuti sekolah ini,

ibubapa perlu mencari jalan untuk memudahkan, atau meringankan bidang-

bidang yang dianggap ‘berat’ itu. Walaubagaimanapun, kecemerlangan

tersebut tidak hanya dapat dinilai dengan keputusan-keputusan peperiksaan

UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM semata-mata tetapi turut melibatkan

kecemerlangan dari sudut sahsiah dan akhlak mereka.

Kedua: Menyediakan Jadual Aktiviti Yang Berfaedah.

Penjadualan aktiviti anak-anak di musim cuti persekolahan sangat penting

untuk mendorong dan mengawal serta mengelak anak-anak daripada tertarik

dan terjerumus ke dalam aktiviti yang di luar kawalan dan merosakkan.

Ibubapa perlu menyusun dengan baik masa yang terluang itu dengan

perkara-perkara yang berfaedah, dan dapat menjana kekuatan peribadi

mereka. Dalam erti kata lain, biarlah cuti ini dijadikan peluang untuk

mengukuhkan nilai dan sahsiah peribadi anak-anak, khususnya dari segi

keilmuan dan kesungguhan mereka untuk menjadi manusia yang sempurna.

Ketiga: Ibubapa Berkewajipan Membangun Rohani Anak-anak.

Bagi orang Islam, ibubapa berperanan utama dalam memberi pengajaran

dan pendidikan agama untuk anak-anak. Justeru, tanggungjawab ibubapalah

yang akan menentukan anak yang soleh, dan menjauhkan anak daripada

Page 5: 50. Khutbah Jumaat 21 November 2014 (Tarbiyyah Keluarga Pengisian Cuti Sekolah)

5

menjadi derhaka. Apabila jiwa anak-anak sentiasa diisi dengan takwa dan

iman, maka perasaan kasih-sayang dan hormat-menghormati dalam

kalangan ahli keluarga, khususnya, orang tua, akan terpupuk dan terbudaya.

Ibubapa juga perlu memastikan anak-anak benar-benar komited dengan

perintah Allah subhanahu wata’ala seperti solat, terutamanya solat

berjemaah. Latihan ini perlu disertakan dengan tahap disiplin diri yang tinggi

agar anak-anak terbiasa dan dapat membentuk budaya berjemaah sehingga

dewasa. Konsep dakwah bilhal oleh ibubapa, iaitu ibubapa menjadi contoh

kepada anak-anak, amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Pembudayaan bapa dalam solat secara berjemaah di surau atau di masjid,

membaca al-Qur'an, memberi dan mengikuti tazkirah dan membaca buku-

buku agama, insya Allah akan dapat menyuburkan iman dan takwa anak-

anak. Insafilah bahawa beriman atau sebaliknya anak-anak adalah berpunca

daripada ibubapa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah, mimbar ini menyeru marilah kita memastikan sepanjang

cuti sekolah ini, anak-anak kita dinaungi oleh suasana pendidikan dan

pembelajaran yang berterusan. Semoga usaha ini dapat mengawal anak-

anak daripada terpengaruh dengan aktiviti yang negatif dan sekaligus

melahirkan generasi yang mantap akidah, kukuh peribadi dan cemerlang

dalam pendidikan. Firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah Luqman,

ayat 17 :

9�<�3 �*�$ �N���� �2��O�$� �� ���" �7�( �P ¢o_ ç6≈ tƒ ÉΟÏ%r& nο 4θn=¢Á9$# ö�ãΒù& uρ Å∃ρ ã�÷èyϑø9$$ Î/ tµ÷Ρ $#uρ Ç tã Ì�s3Ζßϑø9$# ÷�É9ô¹ $#uρ 4’ n?tã !$ tΒ y7t/$ |¹ r& ( ¨βÎ) y7Ï9≡sŒ ô ÏΒ

ÇΠ ÷“ tã Í‘θãΒW{ $# ∩⊇∠∪

Maksudnya : Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah

berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang

Page 6: 50. Khutbah Jumaat 21 November 2014 (Tarbiyyah Keluarga Pengisian Cuti Sekolah)

6

mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.

Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang

dikehendaki diambil berat melakukannya.

�( �*�Q������� �R�'�E����� ) �*�$�C�'��� �2B�S���+��� �T �*�G���� �U � 7� �?�/��(� �V� ���" ���$�J � � �� �Q������ �W��� ���� ���� )���H���X�H �*�G�% �"�� ��R

�" �A�!�+��H�� ) �*�$�G� �*�$���'��� �Y�$ ��-�� �9�� ��. )� ���� �U�9��Z �[�9��Z�3 ���E�\��, �:�3�� � �#�%�"�]������ ) �W���� �-������ � �#��� �-���� ���̂� �-���� )�*�G���� �U �*�$�C�'��� �7�

�*�$ �_���� �/�9�E�\��� �9�� ������ �;�����E�\��, �:��J ) �W��% �"�]������.

Page 7: 50. Khutbah Jumaat 21 November 2014 (Tarbiyyah Keluarga Pengisian Cuti Sekolah)

7

KHUTBAH JUMAAT KEDUA _____________________________________________________________ _______________________________________________

�� ���� �� ������� . ���"�3 � ��Q �=̀ �a �Q � =���b �� ���� �� ������� . ���� �1 �2�3 ���4 �5�3 �� )���� �6�����5 �1 �;�� �_�� �7� �1�� �� �" �2�3 ���4 �5�3��� �����9�:�/�� �;���!�< � =���. �" ������$�: @���< �?�/��(�� �*���:�� �A�� �*�4 ������ ���� 3 @���<�� ����

� �#�'��c�3 ���(� ����3�� . �2�9��� �E��H �*�G���'�� ���H��+��H �8�_ �7� �9�+��H�� )�7� �I��!�< ��$��J )���'��( ��"�3 . �7� �[��Z ����'��H:

¨βÎ) ©!$# …çµ tGx6Í×̄≈ n=tΒ uρ tβθ�=|Áム’ n? tã Äc É<̈Ζ9 $# 4 $pκš‰ r'̄≈ tƒ šÏ%©! $# (#θãΖtΒ#u (#θ�=|¹ ϵ ø‹n=tã (#θßϑÏk= y™ uρ $̧ϑŠ Î=ó¡ n@

�" @���< �A�� �*�4 ������ �" �[ 3 @���<�� ����� )�*�$ �������(�� �[ 3 @���<�� �*�$ �������(�� @���< �e�$���� ���Q )���� �" @���< �?�/��(��� �� �" �[ 3 @���<�� ��� � �T )�*�$ �������(�� �[ 3 @���<�� �*�$ �������(�� @ ���< �e�Q�/��( � ��Q )

���� �" f��$��b �6���� ) � �#�����'���� f��$ �g . ��� ���< �*�4 ���� �h�/���� � �i�3 ��%�H��I��: )� �#����� �4���� ������ �5����� �S��E���j

�<�� ����<�� �� �G�( ���� ���� �k�9��� ���� �2��- �_�l��( �*��m � �#�'�(��,���� �n�(� ��o�� ���<�� ) pq���<�� �2���a. �*�4 ����� �W��9�"�>���� �*�4��% �" �Sr�$ �_�>�� �W��% �"�]������ � �#�% �"�]������ �W���� �-������ � �#��� �-����� ���E�s� . fY�$��t �6����

�" fu�����Z� �W��N���v� �q�w��Z ����� �W��9�<���� �u�$ �g .

Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,

mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah

meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami,

ibubapa kami, ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah

kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam

kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada

kami semua dan juga kepada semua dan setiap pemimpin Negara kami,

khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan

juga semua pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-

Pertua Negeri Sarawak.

Page 8: 50. Khutbah Jumaat 21 November 2014 (Tarbiyyah Keluarga Pengisian Cuti Sekolah)

8

Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat

dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah

memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,

sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru, kami pohon ke

hadratMu ya Allah, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,

eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami

dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat.

Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia, bimbinglah kami

ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir

besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan

kebuluran. Kami berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga

negeri kami akan sentiasa bertambah aman, makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon kepada-Mu ya Allah, supaya

Engkau kurniakan kepada kami jiwa yang mantap, iman yang teguh,

khususnya di kalangan remaja dan belia generasi pelapis negara dan negeri

kami. Kami memohon kepadamu ya Allah, jadikanlah setiap individu generasi

muda ini golongan yang beramanah, bertanggungjawab, dan berakhlak mulia

agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang baik, aman dan

bertamadun, serta mendapat keampunan, keredhaan dan berkat daripadaMu,

ya Allah. Peliharalah kami serta generasi yang mewarisi kami, daripada

terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri,

keluarga, masyarakat dan negara.

�Z�� =n�% �-�_ �x�� �yV�� �T�� =n�% �-�_ ��$��� .��� �T ��%�H 3 r�%��(�/ �/��%�� �z����< ��% . �z�/ ��� �#�" 3 ) �#�" 3 � �#�����'���. �7� �I��!�< . �2��- �_�{���� �[ ���'����( ���"�|�� �7� �2�� . ���< @�4��%����� �}���+��� ��P �Sr�,�����

�q�\��!����� ���G�%������ �Sr� ��E��� . �2�����Q���H �*�G���'�� �*�G�C�'�� . �Q�P��J �*�Q���Q���� �*�$�C�'��� �7� ���� . �*�Q�I�~�� ����'�� @���< �;�����G �5��� . �*�G�O�'��� �����D�J ���" �;�9����| �:��� . ����! �Q�3 �7� �� �Q������ . ��" �*���'��� �7���

�29�'��% �o�H. �x�X�o�� �9��$�Z�3.