tarbiyyah ruhhiyah new

208
Tarbiya h Ruhiyya h Ustaz Hafez Sabri

Upload: syafiqsamsol

Post on 10-Feb-2016

82 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

academik

TRANSCRIPT

Page 1: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Tarbiyah Ruhiyyah

Ustaz Hafez Sabri

Page 2: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Kandungan

Tinta Penerbit...........................................................................................v

Kata Pengantar.......................................................................................vii

Prakata Penulis........................................................................................ix

BAHAGIAN 1 : Kepentingan Ilmu Membimbing Hati........................1

Pertama : Kewajipan Menuntut Ilmu................................................2

Kedua : Hidup Dalam Bimbingan Guru............................................4

BAHAGIAN 2 : Mengenali Hati Sendiri................................................9

Pertama : Hati Kita Diketahui Oleh Allah SWT.............................11

Kedua : Hati Adalah Tempat Yang Dipandang Oleh Allah SWT..12

Ketiga : Hati Adalah Raja Yang Ditaati...........................................13

Keempat : Hati Adalah Khazanah Barangan Yang Mahal............15

Kelima : Hati Mempunyai 5 Keadaan..............................................19

BAHAGIAN 3 : Kunci Pintu-pintu Hati Anda....................................25

Pintu Pertama : Mata (Penglihatan).................................................26

Pintu Kedua : Mulut (Percakapan)...................................................28

Pintu Ketiga : Telinga (Pendengaran)...............................................30

Pintu Keempat : Hidung (Menghidu)................................................32

Pintu Kelima & Keenam : Tangan dan Kaki....................................33

BAHAGIAN 4 : Cara Menjaga Pintu Hati Dengan Selamat..............39

Penjagaan Pintu Pertama : Lidah.....................................................40

Penjagaan Pintu Kedua : Hati...........................................................41

Penjagaan Pintu Ketiga : Penglihatan..............................................42

Page 3: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Penjagaan Pintu Keempat : Perut.....................................................44

Penjagaan Pintu Kelima : Tangan....................................................45

Penjagaan Pintu Keenam : Kaki.......................................................47

Penjagaan Pintu Ketujuh : Ketaatan................................................48

BAHAGIAN 5 : Banyak Berkata-kata, Menggelapkan Hati..............53

Bagaimanakah Menerangkan Hati Dengan Menjaga Lidah?........56

Gunakanlah Lidah Sebagai Penerang Hati......................................60

BAHAGIAN 6 : Banyak Tidur, Menggelapkan Hati..........................67

Tidur Membazirkan Umur...............................................................70

Kaedah Memanjangkan Umur.........................................................73

BAHAGIAN 7 : Banyak Ketawa, Menggelapkan Hati.......................79

Mencontohi Cara Nabi SAW Bersedih.............................................85

Mencontohi Cara Nabi SAW Bergembira.......................................87

BAHAGIAN 8 : Jernihkan Hati Supaya Ia Terang............................91

Berfikir Boleh Menenangkan Hati....................................................98

BAHAGIAN 9 : Ubat Penerang Hati..................................................105

Ubat Pertama : Tauhid....................................................................106

Ubat Kedua : Ilmu Bermanfaat.......................................................107

Ubat Ketiga : Amalan Soleh............................................................109

Ubat Keempat : Keberanian............................................................111

Ubat Kelima : Menjauhi Maksiat....................................................112

Ubat Keenam : Menjauhi Perkara Sia-sia......................................114

BAHAGIAN 10 : Kematian Sebagai Muhasabah Hati.....................119

Kenali Dunia Agar Tidak Tertipu Dengannya..............................120

Sabar Menghadapi Ujian.................................................................122

Page 4: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Melalui Pintu Alam Barzakh...........................................................123

Kita Mahukan Kubur Yang Terang dengan Amalan Soleh.........125

Kita Mahu Terhindar Daripada Kepedihan Azab Neraka...........127

Ingatlah Para Saksi Yang Akan Bersaksi Atas Perbuatan Kita...127

Ingatlah Tempat Yang Akan Menjadi Saksi Atas Perbuatan Kita...........................................................................................................132

Ingatlah Waktu Yang Akan Menjadi Saksi Atas Perbuatan Kita134

Ingatlah Perhitungan Dan Pencatatan Yang Sangat Teliti...........136

Ingatlah Kematian Dan Su’ul Khatimah.......................................142

Ingatlah Istidraj Daripada Allah SWT...........................................149

Penutup.................................................................................................155

Glosari...................................................................................................163

Rujukan................................................................................................165

iii

Page 5: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Tinta Penerbit

Tinta Penerbit

v

Page 6: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Kata Pengantar

Kata Pengantar

vii

Page 7: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Prakata Penulis

Prakata Penulis

ix

Page 8: Tarbiyyah Ruhhiyah New
Page 9: Tarbiyyah Ruhhiyah New

BAHAGIAN 1 Kepentingan Ilmu Membimbing Hati

Pada zaman sekarang, ramai yang beramal tetapi jahil dan lebih parah lagi ramai yang melihat keperluan menuntut ilmu sebagai suatu yang remeh dan dipandang enteng. Beramallah dengan amalan apa-apa sekalipun tetapi jika kita tinggalkan keperluan menuntut ilmu maka amatlah mudah untuk kita ditipu oleh syaitan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyesatkan manusia. Inilah hakikat situasi yang berlaku dalam masyarakat kita walaupun susah untuk mengakuinya.

Janganlah kita bergantung dengan amalan-amalan yang diamalkan tetapi bergantunglah hati kita hanya kepada Allah s.wt, amalan yang diamalkan hanyalah wasilah sahaja untuk menuju pada makrifatullah.

Marilah kita sama-sama melihat suri tauladan junjungan yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w. meskipun telah dijamin syurga oleh Allah s.w.t, Baginda s.a.w. tekun beribadah sehingga bengkak kakinya tetapi Baginda s.a.w. juga tetap bersabar dalam berjihad sehingga terluka dan patah giginya. Begitu jugalah keadaannya dengan sepuluh orang sahabat-sahabat r.a.hum.Baginda s.a.w. yang meskipun mereka telah dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. namun mereka tetap juga bersusah payah, bermujahadah mencari keredhaan Allah s.w.t.. Bagaimanakah pula dengan kita yang bukannya seorang nabi mahupun salah seorang daripada kalangan sahabat-sahabat Baginda s.a.w.? Adakah senang untuk kita merasakan diri inilah yang terbaik, kerana kita menyangka kita telah beramal dengan amalan yang terbaik. Tanyalah kepada diri yang dhoif ini jika kita masih merasakan bahawa diri kita sudah terjamin keselamatan dan rahmat daripada Allah s.w.t. pada hari akhirat kelak dengan hanya sedikit amalan, maka itu tandanya kita sudah ditipu oleh syaitan dan nafsu kita.

Begitu pula halnya dengan sesetengah orang yang suka bercerita tentang ilmu tasawwuf. Mereka bercerita tentang hakikat ilmu, sedangkan ilmu mereka tentang syariat Islam pun masih belum diamalkan bahkan

1

Page 10: Tarbiyyah Ruhhiyah New

tidak sedikit daripada mereka yang bermalas-malasan dalam mengerjakan tuntutan solat. Kebanyakan orang yang suka bercakap dengan ilmu tasawwuf tetapi mereka tidak pernah belajar daripada kitab-kitab tasawwuf mahupun menuntut daripada ulama’-ulama’ yang muktabar dalam ilmu tersebut. Hal ini merupakan suatu keadaan yang amat membahayakan, kerana mereka boleh tersesat dan menyesatkan orang lain. Banyaknya yang mereka tuturkan dengan mengikut prasangka tetapi bukan dengan bimbingan ilmu yang sahih dan benar. Maka berhati-hatilah kita semua terhadap mereka dan rujuklah kepada para ‘alim ulama’ yang ahli dalam bidang tersebut.

Pertama :Kewajipan Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah wajib bagi tiap-tiap mukallaf. Ilmu yang wajib dinamakan fardu ain. Ulama’ membahagikan al-Quran dan al-Hadis kepada tiga kategori ilmu iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawwuf. Sesiapa yang meninggalkan tuntutan menuntut ilmu-ilmu ini maka rugilah individu tersebut. Walaupun kita sibuk bekerja, tetap menjadi wajib bagi kita semua untuk meluangkan masa bagi menghadiri atau mencari ilmu-ilmu ini walau sesibuk mana pun kita. Janganlah pula bersenang-senang dengan merasakan diri sudah cukup dengan ilmu yang ada. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita, supaya kita menuntut ilmu kerana menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap mukmin.

Pada saat dunia kini yang semakin menghampiri akhir zaman, semakin ramai daripada kalangan umat Islam yang lebih mengutamakan ilmu-ilmu keduniaan daripada ilmu-ilmu yang difardukan. Islam sama sekali tidak melarang umatnya mempelajari ilmu-ilmu keduniaan seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, pertanian, kesenian, kesukanan dan berbagai ilmu yang lain lagi bahkan ilmu-ilmu tersebut merupakan sebahagian daripada ilmu-ilmu fardu kifayah. Tetapi hal ini menjadi masalah apabila rata-rata umat Islam kini meletakkan keperluan mempelajari ilmu-ilmu fardu ain ini sebagai keutamaan yang dipinggirkan. Kebanyakan mereka mengutamakan ilmu-ilmu fardu kifayah terlebih dahulu. Justeru jika kita tidak mempelajari ilmu fardu ain terlebih dahulu, bagaimanakah kita

2

Page 11: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 1 | Kepentingan Ilmu Membimbing Hati

hendak mentauhidkan dan mengenal sifat Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya? Bagaimanakah untuk kita hendak memelihara sah dan batalnya ibadah kita dan bagaimanakah untuk kita hendak memahami nilai ikhlas, khusyuk, tawadduk, dan lain-lain sifat mahmudah yang ada dalam hati kita termasuklah sifat-sifat mazmumah seperti riak, ujub, sum’ah, takabur dan lain-lain lagi yang merosakkan kejernihan keikhlasan kita kepada Allah s.w.t. Dan tidak dapat tidak bagi setiap mukallaf untuk mengetahui ilmu fardu ain ini yang merupakan ilmu nafi’ (ilmu yang bermanfaat) menjadi bekalan bagi menghadap Allah swt kelak kerana hakikat ilmu itu adalah untuk membawa manusia takut akan Allah seperti mana Syeikh Abdul Samad al palambani rah. Menukilkan kata hujjatul islam, al imam ghazali rah., dalam kitab hidayatus salikin , ilmu yang bermanfaat itu , ilmu yang membawa takut akan Allah swt.

Ilmu tidak akan datang bergolek, jika kita tidak berusaha mencarinya. Ilmu perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh, bermujahadah dan himmah kerana Syeikh Zainuji rah. , pengarang kitab Pelita Penuntut, menukilkan kalam saiyyidina Ali r.a.hu, tidak dapat tidak bagi seorang tholib hendak mendapatkan ilmu dengan jalan kepayahan dan kesusahan. Adapun ilmu ladunni yang datang tanpa belajar adalah khusus untuk orang yang terpilih, bukannya orang awam seperti kita. Orang-orang yang memperolehi ilmu berbentuk ilham adalah orang-orang yang sudah ‘alim dengan ilmu-ilmu syariat yang telah dipelajari secara bersungguh-sungguh sebelumnya. Janganlah kita tertipu dengan bisikan-bisikan syaitan ke dalam hati kita yang menyatakan kepada kita bahawa kita akan memperoleh ilmu ilham dan tidak payah bersusah payah untuk mencari ilmu yang disyariatkan oleh Allah s.w.t..

Sesungguhnya syaitan itu adalah penyesat yang utama kepada anak-anak Adam a.s.. Mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk menyesatkan kita. Maka mintalah pertolongan kepada Allah s.w.t. dan tuntutlah ilmu kerana tidur orang yang ‘alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada solat orang yang jahil.Dalam Kitab Minhajul ‘Abidin karya imam Al ghazali ada sepotong hadis mafhumnya,’aku telah diperlihatkan pada malam mi’raaj akan api neraka,lalu aku lihat kebanyakkan dari penghuni adalah orang-orang faqir.Para sahabat r.a.hum, bertanya :’wahai Rasulullah s.a.w ,: Apakah mereka itu faqir daripada harta benda?

3

Page 12: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Tarbiyah Ruhiyyah

Rasulullah s.a.w menjawab : Tidak! Bahkan (mereka itu) faqir dari ilmu’’. Imam Abdullah Al Haddad rah. Menyebut dalam kitabnya risalatul Mu’aawanah ‘Dan ketahuilah bahawasanya seseorang yang beribadah kepada Allah swt tanpa ilmu, maka kemudharatan yang kembali kepadanya sebab ibadatnya itu lebih banyak daripada manfaat yang terhasil baginya.Berapa ramai ahli ibadat yang memenatkan dirinya dalam ibadat sedangkan dia sebenarnya atas maksiat padahal dia beranggapan apa yang dilakukannya adalah ketaatan atau bukannya maksiat’’.

Sedangkan ramai orang-orang yang berilmu yang ditipu oleh syaitan inikan pula orang-orang yang jahil dan tidak menuntut ilmu. Jikalau dalam kalangan ‘alim ulama’ pun ada ulama’ dunia dan ulama’ su’, inikan pula kita yang bukannya seorang ulama’.

Kerana itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh mengamalkan ilmu yang kita pelajari dan dengan sedaya upaya bergantung harap kepada rahmat Allah s.w.t.Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. membimbing hati kita semua ke jalan yang diredai-Nya.

Kita perlu sedar bahawa tiada jalan yang mudah untuk mencari redha Allah s.w.t..

Allah s.w.t. telah berfirman :

نا �ل وإ ن ر� ف� خ ر و �لش لوكم ب م ون �قة ذائ ي�كل ن �� ة ي� ي� ي� ٱ ٱ ي � ت ي� ي� ٱ س ي�جعون ٣٥ي�ت

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-

benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan

(Surah al-Anbiya’ : 35)

Kedua :Hidup Dalam Bimbingan Guru

Page 13: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 1 | Kepentingan Ilmu Membimbing Hati

Rasulullah s.a.w. ialah seorang guru yang terbaik untuk diikuti. Baginda s.a.w. telah mendidik dan membimbing para sahabat r.a. sehinggalah mereka menjadi bintang-bintang yang membawa pertunjuk kepada dunia yang berliku-liku ini. Mereka menerangi dunia dengan cahaya iman dan cahaya Islam. Mereka adalah sebaik-baik generasi dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berjihad seperti singa pada siang hari dan menangis seperti anak kecil kerana takutkan Allah s.w.t. pada malam hari. Mereka adalah golongan yang tegas dengan orang kafir namun berlemah lembut kepada orang mukmin. Mereka redha dengan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. redha akan mereka.

Inilah contoh tauladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mendidik dan membimbing sahabat-sahabatnya. Baginda s.a.w. bukan sahaja seorang muallim yang mengajar tetapi Baginda s.a.w. juga merupakan seorang murabbi yang mendidik dan membimbing kerohanian para sahabat r.a sehinggalah apabila mereka keluar dari madrasah tarbiyah Rasulullah s.a.w. ini, mereka sangat rapat dengan Allah s.w.t. Dengan kekuatan tarbiyah hasil didikan Rasulullah s.a.w. inilah yang akhirnya memacu roh perjuangan mereka dan dengan izin Allah s.w.t. mereka telah meruntuhkan kerajaan besar yang zalim dan sombong ketika itu, iaitu kerajaan Rom dan Parsi.

Mereka telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menjadi anak murid kepada Rasul-Nya yang paling utama daripada kalangan rasul-rasul-Nya dan makhluk-makhluk yang paling mulia daripada sekalian makhluk-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru itu, kita mestilah mengambil pengajaran daripada sirah tersebut iaitu kita mestilah hidup dengan bimbingan guru soleh yang mampu membina roh perjuangan Islam dalam jiwa umat seperti mana sahabat-sahabat r.a. yang dibimbing oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun sekarang sudah tiada lagi Nabi dan Rasul untuk membimbing kita semua tetapi Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada umatnya dengan bersabda yang bermaksud :

Ulama’ itu pewarisnya Nabi

5

Page 14: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Tarbiyah Ruhiyyah

Maka hendaklah kita mencari ulama’ pewaris Nabi s.a.w. untuk membimbing kita dalam mendalami ilmu dan menjadikan kita beramal dengan ilmu-ilmu tersebut. Orang yang hidup tanpa bimbingan guru sudah bercanggahan dengan apa-apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Carilah guru terutama sekali guru yang mursyid. Imam al-Ghazali r.a. menjelaskan di antara sifat guru yang mursyid ialah mereka yang berpaling daripada mencintai dunia dan pangkat. Mereka juga telah berjaya mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum mendidik orang lain.

Guru yang mursyid juga sudah semestinya seorang guru yang ‘alim dalam ilmu syariat Islam dan berpegang teguh dengannya. Amatlah susah untuk mencari guru-guru yang benar-benar mursyid pada akhir zaman kini seperti ibarat oleh Imam al Ghazali r.a. seperti mencari belerang merah. Kebanyakannya hanyalah guru-guru biasa yang belum sampai pada tahap mursyid oleh murid-muridnya. Akhlak guru yang mursyid melambangkan cahaya kenabian. Alangkah bertuahnya kita jika berada bawah bimbingannya kerana mereka merupakan ulama’ pewaris nabi sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

Jika kita tidak menemui guru yang mursyid seperti yang digambarkan oleh ulama’ namun kita tetap wajib menuntut ilmu. Carilah guru-guru yang berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah dan berpegang kuat dengan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka adalah guru yang tidak khianat dengan ilmunya, justeru berhati-hatilah dalam memilih guru kerana para ulama’ menyatakan:

Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu mengambil ilmu agama kamu

Dalam pengalaman para penuntut ilmu, kita dapati ilmu-ilmu yang dipelajari daripada kulit ke kulit daripada kitab-kitab ulama’ terdahulu yang dipanggil kitab kuning oleh orang-orang tua adalah lebih terpelihara kesahihannya dan tinggi keberkatannya serta sanad ilmu terjamin. Kitab kuning atau kitab thurath ini tidak dapat tidak mesti dipelajari dengan berguru (bertalaqqi) oleh golongan awam. Pengajian cara ulama’ terdahulu ini masih dipraktikkan di pondok-pondok oleh guru-guru yang benar-benar ‘alim dan ahli dalam pengajian kitab thurath.

Page 15: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 1 | Kepentingan Ilmu Membimbing Hati

Ulama’-ulama’ yang terdahulu yang mengarang kitab-kitab thurath ini sangat berdisplin dalam ilmu dan amal. Mereka adalah ulama’ yang muktabar. Nasihat Syeikhul kabir tuan guru haji hashim rah. ,’kalau hendak akan ilmu mengajilah di pondok,kalau hendak harta , kahwin’.

Sesiapa yang menuntut ilmu pasti akan mengenali nama-nama mereka seperti Imam as-Syafie r.a., Imam an-Nawawi r.a., Imam al-Ghazali r.a., Imam ar-Rafie r.a., Imam Malik r.a., Imam Ahmad r.a., Imam Abu Hanifah r.a., Imam Abu Hassan Asy’ari r.a., Imam Ibnu Hajar r.a., Imam Bukhari r.a., Imam Muslim r.a., Imam Tarmizi r.a., Imam Sayuthi r.a., Imam Fakhrulrazi r.a., Imam Ibnu Kathir r.a. ,Imam Ibnu Hajar Al Haitami serta ramai lagi jika hendak disebutkan semuanya di sini. Mereka semua adalah para ulama’ umat ini yang sebaiknya diikuti, kerana mereka adalah ulama’-ulama’ besar yang berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah serta mementingkan akan sanad ilmu yang bersambung dan berantai sehingga nabi saw.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mencuba semampu mungkin untuk mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat r.a. dan juga para ulama’. Beramallah dengan ilmu-ilmu mereka dan berjihadlah untuk menegakkan hukum-hakam Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Selagi tidak tertegaknya hukum-hukum Allah s.w.t, selagi bumi ini tidak ditadbirkan oleh undang-undang Allah s.w.t maka selagi itulah umat Islam akan hidup dalam keadaan yang hina. Jika kita meninggalkan jihad maka Allah s.w.t. akan mencabut kegerunan terhadap umat Islam daripada hati-hati musuh-musuh Islam.

Carilah pemimpin-pemimpin daripada kalangan ulama’-ulama’ dan para pejuang yang soleh lagi ikhlas dalam perjuangan dan lapangan jihad. Bersama-samalah dengan jemaah mereka dan bantulah mereka semampu mungkin dalam meneruskan perjuangan para anbiya’ a.s. Sebaliknya janganlah kita memencilkan diri daripada jemaah Islam di atas muka bumi ini. Sayyidina Ali r.a. telah berpesan bahawa kotor di dalam jemaah adalah lebih baik daripada jernih seseorang diri di luar tanpa ikatan bersama jemaah. Maka carilah para ulama’ pewaris Nabi s.a.w dan para pejuang yang soleh sebagai pembimbing yang mana mereka itu adalah penolong, penyokong dan pembantu jemaah Islam.

7

Page 16: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Tarbiyah Ruhiyyah

Page 17: Tarbiyyah Ruhhiyah New

BAHAGIAN 2 Mengenali Hati Sendiri

Nabi s.a.w. bersabda

هأ �ذا صلحت صلح الجسد كل �ن ف�ي الجسد� مضغة ، إ ال وإه ، أال وه�ي القلب �ذا فسدت فسد الجسد كل ، وإ

Ketauhilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut

keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah hati.

(Shahih Muslim : 1599)

Setiap manusia mempunyai hati masing-masing, tetapi sedikit sahaja yang mengenali hatinya sendiri. Maka sedikit pula yang tahu untuk mengubati hatinya sendiri, bahkan terlalu ramai yang langsung tidak tahu mengubati hatinya yang sedang merintih kepada Allah s.w.t.

Ramai yang tidak menyedari bahawa makhluk yang bernama hati inilah yang membimbing tubuh manusia samada ke syurga ataupun neraka. Hati ini jugalah yang mengawal amalan manusia samada ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t atau riak menginginkan pujian manusia.

Imam al-Ghazali menceritakan dalam tulisannya tentang HATI di dalam Minhajul Abidin Ila Jannati Rabbil ‘Alamin

) شرح عجائب القلب (وقد ذكرنا نبذة م�نها ف�ي �تاب� ، ) إحياء علوم الدين (م�ن ك

Sesungguhnya telah kami (Imam al-Ghazali) menceritakan sedikit daripadanya (tentang hati) di dalam kitab Syarhu ‘Aja’ibil Qalbi

(Penjelasan Keajaiban Hati) dipetik daripada kitab Ihya’ Ulumiddin,

9

Page 18: Tarbiyyah Ruhhiyah New

ة� ع�الج�ها ف�ي �ها وكيف�ي �تفاص�يل وأتينا على شرح� جم�يعها ب�تاب� ك

،) أسرار معامالت الدين ( dan kami (Imam al-Ghazali) menulisnya dengan penjelasan tentang hati keseluruhannya, perinciannya, dan kaedah mengubatinya di dalam kitab

Asraru Mu’amalati ad Din (Rahsia-rahsia komunikasi Agama),

�ه� �دة� ، وال ينتفع ب �يم الفائ ه� ، عظ �نفس� �تاب مستق�ل ب وهو ك� اآلخ�رة� ، خون ف�ي ع�لم اس� فحول العلماء� الر �ال إ

(Kitab tersebut) adalah kitab yang khusus (menceritakan tentang hati), besar faedahnya, dan ia tidak dapat diambil manfaatnya melainkan

golongan ilmuan tertentu yang mendalami ilmu tentang akhirat.

�ه� المبتد�ي والمنته�ي �تاب� أن ينتف�ع ب وموضوع هذا الكوالقو�ي والضع�يف

Dan tajuk perbahasan kitab ini (Minhajul Abidin) boleh diambil manfaatnya oleh golongan permulaan (mengenal agama) dan pakar. Ia

juga memberi manfaat kepada orang yang kuat dan lemah.

Penulisan ulama’-ulama’ tentang hati sangatlah banyak. Jutaan helaian telah ditulis untuk menjelaskan tentang hati dan sifat-sifatnya. Namun, peringatan demi peringatan tersebut, tidak diingati, bahkan ditinggalkan, dibiarkan bersepahan di perpustakaan-perpustakaan.

Hati yang amat payah untuk dikenali ini, tersorok di dalam tubuh kita. Bayangkanlah sekiranya hati itu adalah racun yang mendiami tubuh seseorang. Maka pasti kehadiran hati tersebut akan menyebabkan individu tersebut mati keracunan.

Umpamanya seseorang yang menghidapi penyakit kanser. Sekiranya dibiarkan, sudah pasti seseorang tersebut akan mati kerana penyakit tersebut. Oleh itu, penyakit kanser itu mesti dibuang sesegera mungkin. Bagaimanakah pula untuk mengelakkan hati anda daripada mengidap keracunan syaitan? Maka sudah pasti anda perlu mengenalnya terlebih dahulu.

10

Page 19: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 2 | Mengenali Hati-hati Sendiri

Pertama :Hati Kita Diketahui Oleh Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman

Allah s.w.t. mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan

jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati

(Surah al-Ghafir : 19)

Apabila seseorang itu mengetahui bahawa Allah s.w.t. mengetahui apa-apa yang berada di hatinya, sudah pasti dia takut untuk menyimpan sesuatu yang diharamkan oleh-Nya.

Contohnya, seorang ketua negara memberi amaran kepada rakyatnya dengan mengatakan “Sesiapa yang didapati menyimpan dadah, akan dihukum gantung!”. Maka tiada siapalah yang sanggup menyimpan dadah di rumahnya, melainkan mereka yang bodoh.

Hakikatnya, Allah s.w.t. melarang hamba-Nya menyimpan di dalam hatinya benda yang diharamkan-Nya dan Dia mengulanginya beberapa kali di dalam al-Quran, dan mengancam sesiapa sahaja yang mengingkarinya dengan azab yang pedih. Kenapalah masih ada orang-orang yang degil?

Buanglah benda yang diharamkan oleh Allah s.w.t. daripada rumah (hati) anda. Anda takut dengan hukuman gantung, tetapi tidak pula takut dengan azab yang lebih dahsyat daripada itu!

11

Page 20: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Allah s.w.t. berfirman

Dan tidakkah mereka ketahui bahawa Allah s.w.t. mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka pamerkan?

(Surah al Baqarah : 77)

Kedua :Hati Adalah Tempat Yang Dipandang Oleh Allah s.w.t.

Nabi s.a.w. bersabda

�ن ينظر �كم ، ولك �لى صور�كم وأموال �ن الله ال ينظر إ إ�كم �كم وأعمال �لى قلوب إ

“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memandang pada rupa dan harta kamu, tetapi Allah s.w.t. memandang hati kamu dan amalan kamu”

(Musnad Imam Ahmad : 7814)

Maka hati itu adalah tempat yang dipandang oleh Tuhan sekelian alam. Allah s.w.t., Tuhan bagi si raja, si menteri, si kaya, si miskin dan sebagainyalah yang memandang hati kita.

Sangat rugilah bagi mereka yang menjaga muka, pakaian, gaya dan bentuk badannya untuk pandangan manusia. Puluhan juta dihabiskan untuk bersolek dan berfesyen, tetapi semua itu langsung tidak dipandang oleh Allah s.w.t.

Jadilah seperti mereka yang sentiasa menjaga hati, membersihkannya dan membuang perkara-perkara yang kotor daripadanya ibarat membuang kotoran daripada pakaian daripada dilihat oleh manusia. Mereka yang menjaga hati sudah pasti mengetahui bahawa Allah s.w.t. yang mencipta manusia pasti memandang hati mereka sepanjang masa.

Page 21: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 2 | Mengenali Hati-hati Sendiri

Oleh itu, mengapakah si miskin dan si fakir bersedih? Berapakah harga benda yang disedihkan itu? Adakah benda-benda itu lebih mahal daripada cinta kepada Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki?

Allah s.w.t. berfirman

Dan katakanlah (wahami Muhammad) : “beramallah kamu (dengan apa-apa yang diperintahkan), maka Allah s.w.t., Rasul-Nya dan orang-orang

yang beriman yang melihat apa-apa yang kamu amalkan

(Surah at-Taubah : 105)

Ketiga :Hati Adalah Raja Yang Ditaati

Nabi s.a.w. bersabda

هأ �ذا صلحت صلح الجسد كل �ن ف�ي الجسد� مضغة ، إ ال وإه ، أال وه�ي القلب �ذا فسدت فسد الجسد كل ، وإ

Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut

keseluruhannya, apabila daging itu rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.

(Shahih Muslim : 1599)

Hati adalah raja yang ditaati dan pemimpin yang diteladani. Segala anggota pada tubuh anda adalah pengikut bagi raja tersebut. Maka apabila elok raja tersebut, maka eloklah pengikutnya.

Siapakah pula yang membentuk raja itu, kalau bukan empunya hati? Sangat rugilah mereka yang tidak dapat mengawal hatinya sendiri,

13

Page 22: Tarbiyyah Ruhhiyah New

bahkan tidak dapat mendidiknya. Lebih teruk, dia sendiri tidak mengenali hatinya sendiri.

Kenalilah hati anda dengan belajar, beramal dan mendampingi ulama’serta orang soleh. Didiklah hati anda dengan al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Berilah hati anda makanan dengan berzikir mengingati Allah s.w.t. Peliharalah hati anda daripada serangan hasutan syaitan.

Allah s.w.t. berfirman

Maka alangkah eloknya sekiranya mereka berdoa kepada Kami dengan

merendah diri ketika mereka ditimpa azab daripada Kami? Tetapi sebenarnya hati mereka keras, dan syaitan pula memperelokkan

pandangan mereka terhadap apa yang mereka lakukan

(Surah al-An’am : 43)

KeempatHati Adalah Khazanah Barangan Yang Mahal

Imam al-Ghazali menyebut dalam Minhajul Abidin Ila Jannati Rabbil Alamin bahawa barangan yang mahal yang disimpan itu ialah :

1. Mengenal Allah s.w.t.

Mengenal Allah s.w.t. adalah barang yang termahal. Ia hanya terdapat dalam hati yang suci dan bersih sahaja. Hal inilah yang menjadikan hati itu bernilai pada sisi Allah s.w.t..

Ibnu Hajar al-Asqolani menukilkan kata-kata Imam Bukhari dalam Fathul Bari Bi Syarhi Shahihil Bukhari

�ه� تعالى �قول ) ولكنأن المعر�فة ف�عل القلب� ل يؤاخذكم بما كسبت قلوبكم (

Page 23: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 2 | Mengenali Hati-hati Sendiri

Bahawasanya mengenal Allah s.w.t. (makrifatullah) itu adalah perbuatan hati berdasarkan firman-Nya :

tetapi Allah s.w.t. menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu

(Surah al Baqarah : 225)

2. Pandangan Hati

Pandangan hati ialah mereka yang mampu menggunakan hati mereka untuk memandang dengan pandangan yang baik sebagaimana yang Allah s.w.t. kehendaki. Hal ini juga jarang terdapat dalam hati yang kotor. Apabila terdapat cahaya di dalam rumah, maka mudahlah untuk melihat. Rumah yang gelap-gelita gagal memperlihatkan suasana yang ceria dan harmoni. Begitulah juga keadaannya dengan hati yang sentiasa dirudung gelisah dan keluh kesah.

Nabi s.a.w. bersabda

�نور� الله� ه ينظر ب �ن قوا ف�راسة المؤم�ن� ، فإ اتHendaklah kamu percaya dengan firasat orang beriman,

sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah s.w.t.

(at-Tirmizi : 3127)

3. Niat yang ikhlas

Niat juga ‘barang’ yang sering dicuri oleh syaitan. Syaitan cukup suka mengotorkan hati manusia dengan keraguan, memikirkan tentang dunia dan sebagainya. Peliharalah hati anda daripada dikotori oleh tipu daya syaitan walaupun sedetik.

Abu Sulaiman ad-Daraniy berkata dalam Madariju as-Salikin

�ذا أخلص العبد انقطعت عنه كثرة الوساو�س� إياء� والر

15

Page 24: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Apabila seseorang hamba itu ikhlas, terputuslah daripadanya banyak keraguan dan riak

4. Ilmu dan hukum

Ilmu juga adalah cahaya. Ilmu juga merupakan ‘barang’ yang mahal untuk diperolehi. ‘Barang’ inilah yang mudah dicuri ketika kita banyak makan, banyak bercakap dan banyak tidur. Semuanya akan membuka kunci peti hati anda dan menyebabkan mudah dicuri.

Nabi s.a.w. bersabda

�د يطان� م�ن ألف� عاب فق�يه واح�د أشد على الشSeorang yang berilmu lebih sukar bagi syaitan (untuk

menyesatkannya) berbanding 1000 orang ahli ibadah (yang tidak berilmu)

(Imam as Sayuti, Jami’ as Saghir : 5896)

5. Akhlak yang mulia

Akhlak yang mulia jarang didapati pada hati yang kotor atau peti yang tidak berkunci. Seseorang akan berakhlak dengan perangai syaitan disebabkan hatinya yang sudah pun kehilangan ‘barangan’ ini (akhlak) dan menjadikan hatinya tempat kediaman syaitan.

Dalam Adabu ad-Dunya Wa ad-Din, sebahagian ahli bahasa berkata

اسالحسن الخلق ه� ف�ي راحة ، والن م�ن نفس�م�نه ف�ي سالمة

ء الخلق ي اس م�نه ف�ي بالء ، وهو م�نوالس النه� ف�ي ع�ناء نفس�

Akhlak mulia ialah meletakkan diri dalam kerehatan, dan meletakkan manusia dalam keadaan selamat,

Page 25: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 2 | Mengenali Hati-hati Sendiri

Akhlak yang buruk ialah meletakkan orang lain dalam bencana, dan meletakkan diri sendiri dalam kepayahan,

6. Akal yang bersih

Akal yang bersih tidak terdapat dalam diri manusia yang bersifat dengan sifat mazmumah. Pastikan supaya akal yang bersih ini tidak dicuri oleh syaitan dan manusia sepertinya.

Ibnu Manzur menukilkan dalam Lisanul Arab

�ذا فاطنتنا ف�ي الحد�يث� تزهزهت إ�ح �ليها قلوب ، دونهن الجوان إ

Apabila kami cerdik dalam pertuturan, akan berggoncanglah hati (si pendengar),

7. Ciri-ciri kebaikan

Hilangnya ‘barang’ berharga di dalam peti hidup seseorang boleh disedari apabila seseorang sudah tidak suka kepada kebaikan. Apabila sahaja dia melihat kebaikan, dia akan mula merasakan perkara tersebut kolot dan ketinggalan zaman.

Mereka ini, peti hidup mereka telah dihancurkan oleh syaitan dan manusia yang jahat sehinggakan peti itu tidak dapat lagi melindungi akhlak dan kebaikan yang asalnya ada pada mereka melainkan diubati dengan penawar taubat. Rebutlah tempoh keinginan untuk bertaubat ketika peluang itu datang, dan apabila peluang itu berjauhan daripada kita, maka panggillah ia.

Dalam al-Fawa’id, Ibnu Mas’ud r.a. berkata

�ها �موها ع�ند شهوت �دبارا ، فاغتن �لقلوب� شهوة وإ �ن ل إ�دبار�ها �ها وإ �ها ، ودعوها ع�ند فترت �قبال وإ

17

Page 26: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Hati itu mempunyai keinginan dan tiada keinginan, maka rebutlah kebaikan ketika hati itu berkeinginan, dan panggillah

kebaikan itu ketika hati itu tidak berkeinginan

Allah s.w.t. berfirman

Berjayalah bagi orang membersihkan dirinya dan amat rugilah bagi mereka yang mengotorkannya.

(Surah asy Syams : 9-10)

Telah menjadi sebuah kejayaan bagi mereka yang membersihkan hatinya. Adakah kejayaan kebendaan di dunia boleh mengatasi kejayaan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t. dalam ayat ini? Berapa ramaikah orang yang telah berjaya dalam urusan dunianya tetapi telah ternyata gagal dalam membersihkan hatinya?

Kelima :Hati Mempunyai 5 Keadaan

Imam al-Ghazali menyebutkan dalam Minhajul Abidin Ila Jannati Rabbil Alamin bahawa keadaan-keadaan yang biasa terjadi dalam hati manusia ialah :

1. Permusuhan

Permusuhan kerap terjadi dalam hati. Permusuhan terjadi apabila dijangkiti ‘kuman’ dengki. Apabila dijangkiti penyakit dengki ini, keadaan hati itu akan berubah daripada kasih-mengasihi kepada benci dan terbakar dengan permusuhan. Apatah lagi apabila diapi-apikan oleh sang syaitan laknatullah dan manusia sepertinya.

Al-Jurjani berkata dalam at Ta’rifat

Page 27: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 2 | Mengenali Hati-hati Sendiri

�ضرار�� ن ف�ي القلب� قصد اإل العداوة : أن يتمك� �قام واالنت

Permusuhan itu ialah terdapat dalam hati tujuannya untuk membahayakan dan menyakitkan.

2. Bercelaru

Akal dan nafsu merupakan dua makhluk yang sering bergaduh. Apabila akal kalah dengan nafsu, maka nafsu akan menyebabkan seseorang bertindak luar akalnya. Pergaduhan inilah yang menyebabkan hati kita bercelaru. Janganlah anda lalai daripadanya supaya akal anda sama sekali tidak dikalahkan oleh nafsu.

Dalam al-Isti’ab ‘ala Hamisyi al-Isobah

�ذا رغبتها فس راغ�بة إ والن�يل تقنع �لى قل �ذا ترد إ وإ

Nafsu itu berkeinginan apabila kamu yang membawa kepada keinginan tersebut,

Sedangkan apabila kamu kembali kepada (memadai dengan) sedikit, ia akan memadai baginya (nafsu)

3. Terdedah

Keadaan terdedah ini akan menyebabkan hati anda dimasuki, terutamanya panahan syaitan laknatullah. Rumah yang terdedah pada hari hujan yang lebat akan membasahkan ruang tamu. Begitu jugalah hati yang terdedah disebabkan iman yang lemah, kurang diberi makanan zikir dan sebagainya akan mendedahkan hati kepada tipu daya syaitan laknatullah. Suburkanlah hati dengan iman supaya hati anda tidak terdedah.

Ibnu Qayyim menukilkan kata-kata Ibnu Abbas r.a. dalam al-Wabil As-Shoyyib, Minal Kalimi at-Thoyyib

19

Page 28: Tarbiyyah Ruhhiyah New

�ذا سها �م على قلب� ابن� ادم ، فإ يطان جاث الش�ذا ذكر الله تعالى خنس وغفل وسوس ، فإ

Syaitan itu berpaut pada hati anak Adam a.s., maka apabila seseorang itu leka dan lalai, dia (syaitan) akan meragu-

ragukannya. Tetapi, apabila dia berzikir mengingati Allah s.w.t., syaitan itu akan lari mencari perlindungan.

4. Susah diubati

Kita hendaklah sering mengubati hati ini, tanpa mengira masa dan tempat. Apabila hati ini terluka, segeralah mengubatinya. Ketahuilah bahawa hati ini mudah diserang penyakit, tetapi susah untuk diubati. Apabila seseorang itu terlupa untuk mengubati hatinya, lama-kelamaan hatinya akan mati. Perhatikan hati anda supaya tidak dijangkiti ‘kuman’.

�بارا فوس ك �ذا كانت� الن وإتع�بت ف�ي مراد�ها األجسام

Apabila jiwa itu berasa besar (menyombong), jasad itu akan menjadi penat untuk mencapai kehendaknya

5. Cepat berubah

Hati mudah berubah, dan dinamakan hati (القلب) kerana sifat hati yang mudah berubah dan dibolak-balikkan. Berdoalah kepada Allah s.w.t. supaya hati anda tidak cenderung kepada kejahatan dan keburukan. Syaitan tidak mampu mengubahnya, tetapi syaitan akan sedaya-upaya berusaha mengubahnya dengan meragu-ragukan manusia.

Allah s.w.t. berfirman

Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan

Page 29: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 2 | Mengenali Hati-hati Sendiri

(Surah an-Nur : 37)

Kesimpulannya, hati mestilah dikenali terlebih dahulu. Manusia sering bergaduh dengan seseorang kerana tidak mengenali hatinya. Bagaimanakah pula dengan diri kita sendiri? Kita sendiri tidak mengenali hati kita sendiri, masakan pula kita ingin mengenali hati orang lain.

Bukankah hati ini yang menjadi raja tubuh kita semua? Sangat rugilah mereka yang tidak mengenali ‘ketulan darah’ ini yang berada dalam tubuh badan sendiri. Lihatlah manusia yang rugi ini, hati manusia lain suka untuk dibusukkan, tetapi busuknya hati sendiri tidak pula dihidunya.

Abu Nuaim menukilkan kata-kata Abdullah bin Mas’ud dalam Hiliyati al-Auliya’

�ك شيء ، فدعه �ز القلوب� ، وما حز ف�ي قلب اكم وحزائ �ي إ“Hendaklah kamu berjaga-jaga dengan keraguan hati, dan apa-apa yang meragukan hati kamu terhadap sesuatu, maka tinggalkan keraguan itu”

Tinggalkan apa yang meragukan kamu, kerana itulah perangai hati. Ingatlah keraguan itu datangnya daripada syaitan yang cuba merosakkan hati kamu yang diibaratkan sebagai peti.

Abu Nuaim menukilkan kata-kata Munzir dalam Hiliyati al-Auliya’

من استطاع م�نكم أن يجعل كنزه حيث ال يأكلهالسوس ،

جل� مع كنز�ه� �ن قلب الر راق ، فليفعل ، فإ وال تناله السSesiapa daripada kalangan kamu yang mampu untuk menjaga ‘peti’ kamu supaya tidak dimakan binatang, dan tidak dapat dicuri, maka lakukanlah (menjaga), sesungguhnya hati seseorang itu bersama dengan petinya itu

(disimpan di dalamnya)

21

Page 30: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Ingatlah bahawa hati juga mudah berubah-rubah sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Oleh itu berdoalah kepada Allah s.w.t. supaya hati kita tetap di atas landasan perintah Allah s.w.t.. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah dilantik menjadi nabi Allah s.w.t. pun sentiasa berdoa supaya ditetapkan hati baginda, apatah lagi kita?

Saidatina Aisyah r.a. pernah berkata bahawa Nabi s.a.w. kerap berdoa dengan doa ini :

�ك �ك وطاعت �ي على د�ين ت قلب ب القلوب� ثب يا مقلWahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas

agama-Mu dan ketaatan terhadap-Mu

(Musnad : 26011)

Page 31: Tarbiyyah Ruhhiyah New

BAHAGIAN 3 Kunci Pintu-pintu Hati Anda

Setiap rumah pasti ada pintunya. Sekiranya penghuni rumah hanya membiarkan pintu rumahnya terbuka, pasti akan dimasuki oleh pencuri. Begitu jugalah hati kita. Hati kita juga mempunyai pintunya, sekiranya tidak dijaga akan masuklah kejahatan-kejahatan dari luar.

Sedangkan pintu rumah kita pun kita sangat menjaganya, apatah lagi bagi pintu ‘seketul daging’ yang merajai seluruh tubuh manusia. Tidak bimbangkah anda sekiranya diri anda dimasuki oleh musuh-musuh yang akan merosakkan diri anda sendiri, sepertimana pencuri yang menceroboh masuk rumah anda?

Al-Harith bin Asad al-Muhasabi telah menukil kata-kata hukama’ dalam Risalah al-Mustarsyidin

ة أبواب ، فاحذر أن ال ت مثل القلب� م�ثل البيت� له س�د عليك يدخل عليك أحد م�ن هذ�ه� األبواب� شيئا ، فيفس�

البيت ،Perumpamaan seketul hati itu ibarat sebuah rumah yang mempunyai

enam pintu, berjaga-jagalah supaya langsung tidak dimasuki oleh sesiapa pun melalui pintu-pintu tersebut, (sekiranya dimasuki) ia akan

memusnahkan rumah tersebut

فتان فالقلب هو البيت ، واألبواب ; العين واللسان والش�ح باب م�ن هذ�ه� م ، فمتى فت جالن والش واليدان والر

�غير� ع�لم ، ضاع البيت ة� ب ت األبواب� السMaka hati itu ialah rumah, dan pintu-pintunya ; mata, lidah, dua bibir,

dua tangan, dua kaki dan hidung (menghidu). Apabila dibuka salah satu daripada pintu-pintu yang enam tersebut tanpa ilmu, hancurlah rumah

itu.

23

Page 32: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Pintu-pintu tersebut ialah penglihatan, percakapan, menghidu, tangan dan kaki. Bagaimanakah hendak menjaganya daripada dimasuki seseorang yang berniat jahat? Sudah pasti anda perlu mengenali setiap satunya, siapakah yang hendak memasukinya.

ن حب أحمد ف�يه� جسد تمك�يه� �ن األرض ال تبل تالله� إ

Jasad yang terdapat di dalamnya cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w., demi Allah s.w.t., sesungguhnya bumi ini tidak akan memamahnya,

راب �يه� الت أو كيف يبل�ه� ومد�يحه ف�ي ف�يه� ه ف�ي قلب وحب

Bagaimanakah pula tanah boleh memamahnya? Sedangkan cinta berada dalam hatinya dan pujian (kepada Baginda s.a.w.) bermain pada lidahnya

Letakkan cinta kita semua terhadap Nabi s.a.w. dalam hati kita semua, semoga insya-Allah kecintaan ini akan menerangi dan memandu hati kita semua.

Pintu Pertama :Mata (Penglihatan)

Nabi s.a.w. bersabda

�يس� �بل � إ هام ظرة سهم م�ن س� النPenglihatan itu salah satu anak panah daripada panahan iblis

(at-Tabrani, Mu’jam al-Kabir : 10363)

Inilah panahan syaitan. Jangan biarkan panahan syaitan ini mempengaruhi iman anda. Kita semua memang sangat suka untuk melihat perkara-perkara yang haram, sedangkan itulah yang akan merosakkan hati

24

Page 33: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 3 | Kunci Pintu-pintu Hati Anda

dan meruntuhkan iman kita. Di manakah nilai jasad tanpa hati yang bersih dan iman yang murni kepada Allah s.w.t.?

Syaitan laknatullah sentiasa berusaha sedaya upaya merosakkan hati dan iman anda, tetapi malang sekali bagi sebahagian daripada kita yang menjemput syaitan memasuki ‘rumah’nya. Mata inilah yang akan memanggil syaitan-syaitan untuk bergayut pada hati dan kepalanya.

Imam al-Qurtubi menyatakan dalam al-Jami’ Li Ahkami al-Quran

�لى القلب� البصر هو الباب األكبر إحذ�ير م�نه ... ووجب الت

Penglihatan adalah pintu yang paling besar menuju kepada hati ... dan wajib berjaga-jaga dengannya

Pintu yang terbuka luas kebiasaannya jarang dimasuki pencuri, akan tetapi pintu ini lebih mudah dimasuki oleh penjenayah yang terlalu jahat. Pencuri adalah penakut tetapi penjenayah itu lebih berbahaya! Lebih sukar untuk dijaga.

Ibnu Abi ad-Dunya telah menukilkan kata-kata Abdullah bin Mas’ud dalam al Wara’

ح�فظ البصر� أشد م�ن ح�فظ� اللسان�Menjaga penglihatan lebih sukar berbanding menjaga lidah

Mulakanlah hari anda dengan menjaga ‘pintu’ ini. Bermula daripada awal pagi lagi, elakkanlah daripada ‘pintu’ ini dimasuki oleh penjenayah pecah rumah.

Ibnu Abi ad-Dunya menukilkan kata-kata Imam Wakie’ bin al-Jarrah dalam al-Wara’

25

Page 34: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Ketika aku keluar bersama-sama Sufyan as-Sauri ketika Hari Raya, beliau berkata

�ه� ف�ي يوم�نا غض البصر� �ن أول ما نبدأ ب إSesungguhnya perkara pertama yang kami mulakan setiap hari ialah

menjaga pandangan

Lihatlah betapa waspadanya ulama’-ulama’ kita dalam menjaga hatinya sepertimana seseorang yang bersungguh-sungguh menjaga rumahnya. Sekiranya mereka yang telah bertaraf ulama’ begitu menjaga hati mereka sebegitu rupa, bagaimanakah pula kita yang hati kita sentiasa dicemari?

Pintu Kedua :Mulut (Percakapan)

Lidah merupakan satu anggota yang paling mudah untuk melakukan kejahatan. Dengan lidah inilah juga sering digunakan oleh syaitan untuk menggelapkan hati-hati manusia. Lidah inilah juga lebih mudah untuk dimasuki oleh penjahat.

Imam al-Ghazali menukilkan dalam Ihya’ Ulumiddin

Muhammad bin Wasi’ berkata kepada Malik bin Dinar

اس� م�ن ح�فظ� يا أبا يحيى ، ح�فظ اللسان� أشد على الن� الدينار� والدرهم

Wahai bapa Yahya, menjaga lidah itu lebih susah bagi manusia berbanding menjaga dinar dan dirham

Dalam bab-bab lain telah menjelaskan tentang kesan banyaknya bercakap, tetapi dalam tajuk ini akan menjelaskan tentang bercakap perkara-perkara yang haram walaupun sedikit. Bercakap bukan sahaja akan menggelapkan hati, bahkan akan mematikannya. Bayangkanlah,

Page 35: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 3 | Kunci Pintu-pintu Hati Anda

disebabkan lidah, keperibadian seseorang boleh binasa. Apatah lagi apabila kerana sekerat lidah inilah, berlakunya pertumpahan darah, pembunuhan dan sebagainya. Percakapan yang tidak berbatas bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri, tetapi juga akan membunuh masyarakat yang ramai!

Imam an-Nawawi r.a. telah menukilkan sebuah syair dalam al-Azkar

ها اإلنسان �سانك أي احفظ له ثعبان �ن ك إ ال يلدغن

Jagalah lidah kamu wahai manusia, Janganlah kamu dipatuk, sesungguhnya ia adalah ular

Ibnu Manzur telah menukilkan dalam Lisanul Arab

�الذنب� سع ب �الفم ، ولل دغ ب اللPatukan itu dengan menggunakan mulut (ular), sengatan itu dengan

menggunakan ekor (kala jengking)

Wahai manusia yang mempunyai lidah, peliharalah lidah anda sebaik mungkin. Janganlah kerana lidah, hati anda mati daripada mentaati Allah s.w.t.. Jangan juga kerana lidah, diri anda musnah. Ingatlah, kerana lidah itu juga yang akan menjadi perhitungan oleh Allah s.w.t. pada hari akhirat kelak.

Adakah manusia merasakan bahawa dia berhak berkata apa-apa sahaja? Adakah dia berhak membunuh manusia dengan lidahnya?

Allah s.w.t. berfirman

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang

dilakukannya) melainkan ada pada sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (meneriman dan menulisnya)

27

Page 36: Tarbiyyah Ruhhiyah New

(Surah Qaf : 18)

Pintu Ketiga :Telinga (Pendengaran)

Pintu yang ketiga ini ialah pendengaran. Pendengaran adalah susulan daripada penjagaan penglihatan dan percakapan.

Imam al-Harith al-Muhasabi telah menyatakan dalam Risalah al-Mustarsyidin

ظر� ، � والن �لكالم مع� تبع ل وفرض السDan kewajipan bagi pendengaran itu ialah susulan daripada percakapan

dan penglihatan,

�ليه� ، ظر إ �ه� والن فكل ما ال يح�ل لك الكالم ب�ه� لذذ ب �ماعه وال الت ال يح�ل لك است

Maka setiap perkataan yang diharamkan untuk menuturkannya, atau sesuatu yang diharamkan untuk melihatnya, maka haramlah

mendengarnya dan seronok dengannya

Imam an-Nawawi menukilkan dalam al-Azkar

�يح� ماع� القب وسمعك صن عن س��ه� طق� ب كصون� اللسان� عن الن

Dan pendengaran kamu, peliharalah ia daripada mendengar perkara yang buruk, sepertimana kamu menjaga lidah daripada bertutur

dengannya (buruk)

Imam al-Harits al-Muhasabi menukilkan kata-kata Abdullah bin Umar dalam Risalah al-Mustarsyidin

Page 37: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 3 | Kunci Pintu-pintu Hati Anda

�ماع� م�يمة� واالست �ماع� لها ، وعن الن نه�ينا عن الغ�يبة� واالستلها

Kami dilarang daripada mengumpat dan mendengarnya (umpatan), dan kami juga dilarang daripada mereka-reka cerita dan mendengarnya

(cerita yang direka)

�ه� - م�ن �سان ا على العبد� - بعد ل فليس جار�حة أشد ضر�لى القلب� ، وأقرب وقوعا ه أسرع رسول إ سمع�ه� ألن

ف�ي الف�تنة�Maka tiadalah kecederaan yang lebih parah pada seseorang itu selepas

lidahnya, daripada pendengarannya. Hal ini kerana pendengaran adalah sepantas-pantas utusan kepada hati, dan sehampir-hampir cetusan

kepada fitnah

Beliau menukilkan lagi kata-kata Imam Wakie’ al-Jarrah

�زالتها م�ن �يع إ �مة منذ ع�شر�ين سنة ، ما أستط سم�عت كل�ئال يسمع �ذا أتاه مبتد�ع سد أذنيه� ، ل أذني وكان طاووس إ

كالمهAku mendengar satu perkataan daripada pelaku bid’ah dua puluh tahun dahulu dan sehingga hari ini aku tidak mampu untuk menghilangkannya daripada telingaku. Tawwus ketika datang kepadanya pelaku bid’ah, dia

menutup telinganya supaya tidak mendengar kata-katanya (pelaku bid’ah)

Pintu Keempat :Hidung (Menghidu)

Apakah kaitannya dengan hidung ini? Hidung yang digunakan untuk menghidu merupakan antara pintu-pintu yang boleh sampai kepada

29

Page 38: Tarbiyyah Ruhhiyah New

hati. Menghidu sesuatu yang haram, sudah pasti akan merobohkan rumah anda (hati).

Benarkah begitu? Adakah terdapat sesuatu yang haram dihidu? Kenapakah ulama’ begitu mengambil berat tentangnya?

Imam al-Harith al-Muhasabi telah menyatakan dalam Risalah al-Mustarsyidin

مع� والبصر� ، �لس م تبع ل وفرض الشماعه ، فكل ما حل لك نظره وس�

جاز لك شمهDan kewajipan menghidu itu susulan daripada mendengar dan melihat,

maka setiap perkara yang boleh dilihat, dan mendengarnya, maka bolehlah dihidu.

�م�سك ، �ي ب ه أت وقد رو�ي عن عمر بن� عبد� العز�يز� : أنفأمسك على أنف�ه� ،

Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Umar bin Abdul Aziz : bahawa telah dihulurkan kepadanya wangian, lalu dia meletakkannya

pada hidungnya,

�ه�؟! �راحت �ال ب �ك ، فقال : وهل ينتف�ع م�نه إ فق�يل له ف�ي ذلMaka ditanyakan pandangannya (berkenaan wangian tersebut), lalu dia

berkata : Adakah wangian ini boleh diambil manfaat darinya selain daripada baunya?!

Menghidu perempuan yang “tertumpah minyak wangi” boleh memberi kesan kepada hati. Dengan wangianlah syaitan boleh datang menggoda dan begitu juga dengan mendengar. Kedua-duanya boleh membangkitkan syahwat.

Sesebuah hidangan itu dikatakan sedap berdasarkan bau dan rasanya. Walaupun masih di dapur, kita sudah boleh menjangka

Page 39: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 3 | Kunci Pintu-pintu Hati Anda

kesedapannya. Inilah antara pintu-pintu yang boleh mengajak syaitan bertandang ke rumah anda!

Pintu Kelima & Keenam :Tangan dan Kaki

Dua pintu terakhir ini tidak kurang bahayanya. Tangan dan kaki kerap menyebabkan rumah anda terdedah kepada kemusnahan iaitu apabila tangan dan kaki anda ringan untuk membuat kejahatan.

Allah s.w.t. berfirman

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri

(Surah Ali Imran : 182)

Tangan dan kaki bukan sahaja akan memusnahkan rumah (hati) sendiri, bahkan turut akan menjahanamkan rumah orang lain. Untuk apakah digunakan kaki dan tangan tersebut?

Allah s.w.t. berfirman

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia

(Surah ar-Rum : 41)

Nabi s.a.w. bersabda

�ه� ويد�ه� �سان �مون م�ن ل �م المسل المسلم من سل

31

Page 40: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Orang Islam itu adalah mereka yang menjaga orang Islam lain daripada lidah dan tangannya

(Shahih Muslim : 161, Tuhfatul Asyraf : 2837)

Bukankah dosa besar itu dilakukan oleh tangan dan kaki? Mensyirikkan Allah s.w.t. dengan perbuatan atau kata-kata, mengingkari ibu bapa dengan perbuatan dan kata-kata dan membunuh juga disebabkan oleh tangan dan kaki.

Dalam (Shahih Muslim : 256, Shahih Bukhari : 2510) Nabi s.a.w. menyatakan tentang dosa besar,

فس� ، وقول �دين� ، وقتل الن �الله� ، وعقوق الوال الشرك بور� الز

1. Mensyirikkan Allah s.w.t.

2. Mengingkari Ibu bapa

3. Membunuh

4. Saksi palsu

Apakah tidak cukup bagi kita pengajaran-pengajaran terhadap kisah-kisah sebelum ini? Bagaimanakah teruknya perbuatan Abu Lahab sehinggakan namanya diburukkan dalam al-Quran kerana perbuatan-perbuatannya?

Allah s.w.t. berfirman

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama

(Surah al Masad : 1)

Allah s.w.t. berfirman

Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan

Page 41: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 3 | Kunci Pintu-pintu Hati Anda

(Surah an-Nur : 24)

Allah s.w.t. berfirman

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang

mereka telah usahakan.

(Surah Yaasin : 65)

Kesimpulan

Inilah keenam-enam pintu yang digunakan oleh sesiapa sahaja yang cuba merosakkan rumah (hati) anda. Sudah pasti ada yang memiliki rumah yang cantik dan mewah tetapi jika tiada sistem keselamatan, rumah itu akan mudah dicerobohi. Itulah perumpamaan bagi mereka yang tekun beramal tetapi beramal denga jahil tanpa ilmu. Sangat rugilah orang-orang seperti ini. Mereka tidak dikenali sebagai orang berilmu, bahkan dikatakan jahil, kerana umpamanya rumah yang sudah siap sedia dengan sistem keselamatan, tetapi tidak digunakannya!

Ada pula sesetengah daripada kita yang memiliki rumah yang besar, cantik, tenang hati melihatnya dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan, ia diumpamakan sebagai sebuah hati yang terang dengan nur Allah s.w.t.. Inilah rumah yang dicari-cari oleh syaitan laknatullah dan manusia yang dipenuhi hasad dengki untuk dimusnahkan. Berjaga-jagalah sentiasa kita terhadap mereka.

Ada pula sesetengah daripada kita yang memiliki rumah yang buruk dan langsung tiada sistem keselamatan, bahkan penjenayah-penjenayah sedikit pun tidak terlintas pada fikiran mereka untuk

33

Page 42: Tarbiyyah Ruhhiyah New

menceroboh rumah tersebut, ia diumpamakan seperti mereka yang langsung tidak beramal dengan ilmu mereka bahkan lalai dengan kehidupannya!

Allah s.w.t. berfirman

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam ramai daripada kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu

memahami dengannya (ayat-ayat Allah s.w.t.), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah s.w.t.) dan

yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);

mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai

(Surah al-A’raf : 179)

Page 43: Tarbiyyah Ruhhiyah New

BAHAGIAN 4 Cara Menjaga Pintu Hati Dengan Selamat

Hati kita diumpamakan sebagai sebuah rumah yang mempunyai 7 pintu, sudah pasti terdapat cara-cara tertentu untuk menjaganya dengan selamat. Bukankah kita takut sekiranya rumah kita dimasuki oleh anasir-anasir yang tidak elok? Takutlah kita kepada Allah s.w.t. yang amat murka kepada mereka yang memiliki hati yang rosak.

Bukankah kita berasa khuatir dengan keselamatan rumah kita apabila pintu dibiarkan pintunya terbuka luas tanpa berkunci? Berwaspadalah kita daripada pencuri-pencuri yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar!

Imam al-Ghazali telah menyebutkan dalam Mukasyafatul Qulub tentang kaedah-kaedah untuk menjaga hati

�ه� ، رت ر العبد ف�يما مضى م�ن عمر�ه� ف�ي طلب� اخ� �ذا تفك وإر غسل القلب� فك كان هذا الت

Apabila seseorang itu berfikir tentang apa-apa yang telah berlalu dalam hidupnya, bertujuan merebut akhiratnya, maka berfikir

tentang perkara tersebut, adalah pencuci bagi hati

Inilah antara salah satu cara yang disyorkan oleh Imam al-Ghazali, bahawa menyesali perbuatan-perbuatan yang lalu adalah antara kaedah-kaedah untuk mencuci hati kita.

Imam al-Ghazali telah menukilkan kata-kata Abu al-Laith r.a. di dalam Mukasyafatul Qulub

عالمة الخوف� الله� تظهر ف�ي سبعة� أشياء :

35

Page 44: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Tanda takutnya seseorang kepada Allah s.w.t. terzahir pada 7 perkara : lidah, hati, mata, perut, tangan, kaki dan ketaatan.

Penjagaan Pintu Pertama :Lidah

لها ( ) أوم�يمة� والبهتان� �سانه ، فيمنعه م�ن الكذب� والغيبة� والن ل�الوة� �ذ�كر� الله� تعالى وت � الفضل� ويجعله مشغوال ب وكالم

.� القران� ومذاكرة� الع�لمLidah, maka dia menahan lidahnya daripada menipu, mengumpat, batu

api, menuduh dan berlebihan (banyak bercakap).

Dan menjadikan lidahnya lazim dengan berzikir mengingati Allah s.w.t., membaca al-Quran dan pembelajaran ilmu

Hindarilah lidah anda daripada membuat sesuatu perkara yang haram. Lidah adalah anggota yang ringan dan paling mudah untuk melakukan maksiat dengannya. Sebaliknya, gunakanlah lidah anda untuk mengingati Allah s.w.t., membaca al-Quran dan mendalami ilmu.

Menyanyikan lagu-lagu yang melalaikan seolah-olah memberikan satu kad jemputan bagi syaitan untuk bertandang ke rumah kita. Adakah pencuri yang menceroboh masuk ke rumah kita atas dasar jemputan daripada tuan rumahnya sendiri?

Allah s.w.t. berfirman

Adakah ia menyangka bahawa tiada sesiapa pun yang melihatnya?

(Surah al Balad : 7)

36

Page 45: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 4 | Cara Menjaga Pintu Hati Dengan Selamat

Tidakkah Kami telah menciptakan untuknya dua biji mata (untuk

memerhati kekuasaan Kami?). Dan lidah serta dua bibir?

(Surah al Balad : 8-9)

Penjagaan Pintu Kedua :Hati

) والثاني ( قلبه ، فيخرج م�نه العداوة والبهتان وحسد اإلخوان� ، ألن الحسد يمحو الحسنات� كما قال صلى الله عليه�

م : وسل ) الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب

)�يمة� ف�ي القلوب� وال واعلم أن الحسد م�ن األمراض� العظ

� والعمل� �الع�لم �ال ب تداوى أمراض القلوب� إHati, maka dia mengeluarkan daripada hatinya permusuhan, menuduh

dan dengki.

Hal ini kerana hasad dengki itu memadam kebaikan seperti hadith Nabi s.a.w. :

“Hasad itu memakan (menghapuskan) kebaikan-kebaikan sepertimana api memakan kayu api”

37

Page 46: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Dan ketahuilah, sesungguhnya hasad dengki itu antara penyakit yang berbahaya pada hati, dan tidak boleh diubati melainkan dengan ilmu dan

amal (pelaksanaan)

Hati yang berpenyakit sering sahaja memudharatkan tuan badan, bahkan juga akan memudharatkan orang lain. Hati yang berpenyakit akan merosakkan badan seumpama asap rokok mereputkan paru-paru.

Dalam Adabu ad-Dunya Wa ad-Din menukilkan kata-kata Ibnu al-Mu’tazz

الحسد داء الجسد�Hasad adalah penyakit jasad

Cara yang terbaik untuk menjaga hati ialah jauhkan daripada kuman-kuman hasad, menuduh dan dengki. Maka, hati yang banyak penyakit akan merosakkan anggota tubuhnya, bahkan hati yang berpenyakit itu juga mungkin merosakkan orang lain. Ketahuilah bahawa kuman hasad adalah satu wabak yang boleh berjangkit.

Penjagaan Pintu Ketiga :Penglihatan

) والثالث (رب� � م�ن األكل� والش �لى الحرام نظره ، فال ينظر إ

غبة� ، بل يكون �لى الدنيا بالر والك�سوة� وغير�ها ، وال إ�لى ما ال يح�ل له �بار� ، وال ينظر إ نظره على وجه� االعت

م : كما قال صلى الله عليه� وسل ) من مأل عينيه من الحرام مأل الله تعالى يوم

القيامة عينيه من النار (

Page 47: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 4 | Cara Menjaga Pintu Hati Dengan Selamat

Penglihatan, maka dia tidak melihat kepada benda-benda yang haram daripada makanan, minuman, pakaian dan lain-lain, dan tidak melihat

juga kepada dunia dengan keinginan (ingin kepada dunia),

Tetapi, pandangannya digunakan dalam bentuk mengambil pengajaran, dan tidak melihat kepada benda-benda yang tidak halal baginya.

Sepertimana sabda Nabi s.a.w. :

“Sesiapa yang memenuhkan kelopak matanya dengan benda-benda haram, Allah s.w.t. akan memenuhkan kelopak matanya dengan api”

Mata pula digunakan untuk melihat kebesaran Allah s.w.t., menjaga pandangan, melihat perkara-perkara yang perlu sahaja, dan hindarilah daripada melihat perkara yang haram. Adakah penglihatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. digunakan untuk melakukan larangan-Nya? Siapakah yang lebih mulia di antara si buta yang bertaqwa dengan si celik yang buta hatinya?

Imam Busairi r.a. berkata,

واستفر�غ� الدمع م�ن عين قد امتألت� دم مية الن � والزم ح� م�ن المحار�م

Dan air mata akan mengering disebabkan mata telah penuh dengan perkara-perkara haram. Maka perbanyakkanlah kesedihan dan benci

daripada melakukannya.

Penjagaan Pintu Keempat :Perut

ابع ( ) والر�ير �ثم كب ه إ �ن بطنه ، فال يدخ�ل بطنه حراما فإ

39

Page 48: Tarbiyyah Ruhhiyah New

م : كما قال صلى الله عليه� وسل ) إذا وقعت لقمة من الحرام في بطن ابن آدم

ماء ما دامت لعنه كل ملك في األرض والستلك اللقمة في بطنه ،

وإن مات على تلك الحالة فمأواه جهنم (Perutnya, maka dia tidak memasukkan pada perutnya sesuatu yang

haram, kerana sesungguhnya ia adalah dosa yang besar,

Sepertimana sabda Nabi s.a.w.

“Sekiranya terpalit sebiji daripada (benda) yang haram di dalam perut anak Adam, setiap malaikat di langit dan bumi melaknatnya selagi

mana biji tersebut masih berada di dalam perutnya dan sesiapa yang mati dalam keadaan demikian, maka nerakalah tempat baginya”

Peliharalah perut anda, kerana perut adalah sarang maksiat. Makanan yang haram akan menjadi darah daging dan mengalir di dalam badan manusia. Bagaimanakah hati (segumpal darah) ingin bersih kalau darahnya daripada makanan-makanan yang haram?

Imam Busairi r.a. berkata,

بع �س م�ن جوع وم�ن ش� واخش الدسائ� خم فرب مخمصة شر م�ن الت

Berwaspadalah daripada bahaya yang tersembunyi ini dengan berlapar dan mengenyang. Kerana berkemungkinan terpaksa mengosongkan perut

itu disebabkan kesan penyakit perut.

Ulama’–ulama’ begitu menjaga makanan dan minuman mereka, apatah lagi kita? Mereka yang sudah memiliki hati yang bersih, begitu bersungguh-sungguh mencucinya, tetapi sangat malang bagi kita kerana mengambil acuh tidak acuh terhadap perkara sepenting ini.

Page 49: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 4 | Cara Menjaga Pintu Hati Dengan Selamat

Penjagaan Pintu Kelima :Tangan

) والخامس (�لى ما ف�يه� � بل يمدها إ �لى الحرام يده ، فال يمد يده إ

طاعة الله� تعالىه قال : أن الله خلق دارا ورو�ى عن كعب� األحبار� ، أن

م�ن زبرجدة خضراء ف�يها سبعون ألف� دار ، ف�ي كل دار�ال رجل يعرض عليه� الحرام سبعون ألف� بيت ال ينز�لها إ

فيتركه م�ن مخافة� الله� تعالىTangannya, maka dia tidak menggunakan tangannya untuk melakukan perbuatan yang haram, akan tetapi menggunakannya untuk melakukan

perbuatan taat kepada Allah s.w.t..

Tangan boleh digunakan pada banyak perbuatan-perbuatan kebaikan. Kenapakah sebahagian daripada kita masih menggunakan tangan yang Allah s.w.t. pinjamkan itu untuk melakukan keburukan-keburukan yang hina itu? Para petani bersusah-payah setengah mati untuk mencari rezeki yang halal sedangkan pencuri-pencuri pula bermati-matian untuk mencari makan dari sumber yang haram.

Allah s.w.t. berfirman

Azab yang demikian ini adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak sekali-kali berlaku zalim kepada

hamba-hamba-Nya (Surah al-Hajj : 10)

41

Page 50: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Penjagaan Pintu Keenam :Kaki

ادس ( ) والس ق�دمه ، فال يمش�ي ف�ي معص�ية� الله� بل يمش�ي ف�ي�لى صحبة� العلماء� والصلحاء� �ه� ور�ضاه ، وإ طاعت

Kakinya, maka dia tidak berjalan untuk pergi melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.,

Akan tetapi, dia berjalan untuk pergi melakukan ketaatan dan keredhaan kepada-Nya, dan dia juga pergi untuk mendampingi ulama’ dan orang

soleh.

Gunakanlah kaki anda untuk mencari keredaan Allah s.w.t., mendampingi para ulama’ dan mencari cahaya-cahaya bimbingan mereka untuk menyuluhi hati anda.

Apalah gunanya kaki itu sekiranya digunakan sebagai alat untuk mencari dosa. Seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi bertaqwa kepada Allah s.w.t. adalah lebih mulia daripada seseorang yang mempunyai kaki tetapi digunakan untuk melakukan maksiat.

Imam Ahmad r.a. berkata dalam Madariju as-Salikin

راب� ، � والش �لى الطعام � أحوج م�نهم إ �لى الع�لم اس إ الن(Keperluan) manusia terhadap ilmu lebih tinggi berbanding (keperluan)

mereka terhadap makanan dan minuman.

ة � مر راب� ف�ي اليوم � والش �لى الطعام جل يحتاج إ ألن الره� �عدد� أنفاس� � ب �لى الع�لم تين� ، وحاجته إ أو مر

Hal ini kerana seseorang itu memerlukan kepada makanan dan minuman dalam masa sehari sebanyak sekali atau dua sahaja. Tetapi, keperluannya

terhadap ilmu sebanyak mana jiwanya (selama mana ia hidup)

Page 51: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 4 | Cara Menjaga Pintu Hati Dengan Selamat

Oleh kerana itu, gunakanlah kaki anda untuk pergi menuntut ilmu. Ilmu menjadi keperluan yang sangat penting melebihi keperluan seseorang manusia terhadap makanan. Sekiranya seseorang itu bekerja keras untuk mendapat makanan jasadnya, kenapakah dia tidak bekerja keras untuk mencari makanan bagi hatinya?

Penjagaan Pintu Ketujuh :Ketaatan

ابع ( ) والس�وجه� الله� تعالى ويخاف �صة ل �ه� ، فيجعل طاعته خال طاعتذ�ين قال �ك فهو م�ن ال �ذا فعل ذل فاق� ، فإ ياء� والن م�ن الر

الله تعالى ف�ي حقه�م :Ketaatannya, maka dia menjadikan ketaatannya semata-mata kerana

Allah s.w.t., dan khuatir terhadap riak dan munafik

Apabila dia melakukan ketaatan seperti itu, maka dia berada dalam kalangan mereka yang disebut oleh Allah s.w.t. tentang hak mereka di

dalam al-Quran :

Dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Surah az-Zukhruf : 35)

وقال ف�ي اية أخرىdan firman-Nya dalam ayat yang lain

43

Page 52: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya

(Surah al Hijr : 45)

وقال الله تعالىdan firman-Nya lagi

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, ditempatkan dalam taman-

taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya)

(Surah at-Tur : 17)

وقال الله تعالىdan firman-Nya lagi

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat

tinggal yang aman sentosa

(Surah ad-Dukhan : 51)

ار� هم ينجون يوم الق�يامة� م�ن الن ه تعالى يقول أن كأنSeolah-olah Allah s.w.t. mengatakan bahawa mereka ini mendapat

kejayaan dan terhindar dari siksa api neraka pada hari kiamat

Inilah tanda-tanda yang akan terlihat pada mereka yang menjaga dirinya daripada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.. Namun hal ini juga adalah sebahagian cara-cara untuk menjaga pintu hati anda daripada dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa membisikkan kejahatan kepada manusia. Gunakanlah pintu-pintu tersebut untuk melakukan kebaikan, menerima tetamu, menjemput para ulama’ dan sebagainya.

Perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. itu sedikit sahaja jika dibandingkan dengan perkara-perkara yang syariat Islam

Page 53: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 4 | Cara Menjaga Pintu Hati Dengan Selamat

benarkan. Sesiapa yang mengutip kejahatan yang sedikit inilah, yang akan diazab oleh Allah s.w.t.!

Allah s.w.t. berfirman

Sesungguhnya Allah s.w.t. hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang

disembelih tidak kerana Allah s.w.t.

(Surah al-Baqarah : 173)

Dr. Wahbah Zuhaili menyatakan dalam at-Tafsir al-Munir Fil Aqidah Wal Fiqhi Wal Manhaji

م ( �عه) إنما حر تة وتواب �ال المي أي لم يحر�م عليكم إIaitu tidak diharamkan ke atas kamu melainkan bangkai dan selepasnya

(seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran)

Dalam penggunaan Bahasa Arab, (إنما) bermakna hanya dan dengan itu bukankah bermaksud perkara-perkara yang haram hanyalah sedikit sahaja? Semua perkara adalah halal, melainkan apa-apa yang disebutkan dalam al-Quran. Kenapakah perkara yang sedikit dan haram, bahkan memudaratkan itu lebih disukai oleh kebanyakan manusia?

Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan dalam al-Halal Wal Haram

�باحة األصل ف�ي األشياء� اإلAsal sesuatu adalah harus (dibenarkan)

(Kaedah Fiqh)

45

Page 54: Tarbiyyah Ruhhiyah New

ار�ع� ما ورد نص صح�يح صر�يح م�ن الش �ال وال حرام إ�تحر�يم�ه� ب

Tiada yang haram, melainkan apa yang dinyatakan daripada nas yang jelas dan shahih daripada syara’ yang mengatakannya haram

Allah s.w.t. berfirman

Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan-Nya ke atas kamu

(Surah al-An’am : 119)

Perkara yang haram sangatlah sedikit dan sesiapa yang melakukannya akan dibalas dengan keburukan. Manakala selain daripada apa-apa yang diharamkan itu adalah halal dan mereka yang melakukan perkara-perkara yang diizinkan syara’ akan dibalas dengan pahala, keampunan dan rahmat Allah s.w.t..

Tetapi mengapakah kejahatan yang sedikit itu masih lagi dicari-cari? Mengapakah balasan keburukan itu yang teramat sangat diingini? Mereka inilah yang ditimpa penyakit hati. Jadikanlah hati anda dipandu oleh kebenaran, bukannya dengan kehendak nafsu yang tidak dibimbing oleh syariat Allah s.w.t..

Sekiranya kehendak nafsu jahat itu semuanya dituruti, bagaimanakah hati ini dapat dididik dengan iman? Didiklah hati anda dengan mengikut perintah-Nya semata-mata.

Page 55: Tarbiyyah Ruhhiyah New

BAHAGIAN 5 Banyak Berkata-kata, Menggelapkan Hati

Nabi s.a.w. bersabda

من كثر كالمه كثر سقطه ، ومن كثر سقطه كثرت�ه� ار أولى ب ذنوبه ، ومن كثرت ذنوبه كانت الن

Sesiapa yang banyak berkata-kata, maka banyaklah salahnya. Sesiapa yang banyak salahnya, maka banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak

dosanya, maka nerakalah lebih layak baginya.

(Imam As-Sayuti, Jami’ As-Saghir : 8990)

Hati yang gelap, disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya ialah dengan banyak berkata-kata dan apabila kita banyak berkata-kata maka kita akan cenderung untuk berkata-kata sesuatu yang akan menjerumuskan kita kepada dosa. Oleh kerana itulah mereka yang banyak dosanya, akan gelaplah hatinya. Bagaimanakah kita hendak mengharapkan kejayaan daripada Allah s.w.t. dengan hati yang gelap?

Allah s.w.t. berfirman

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri

daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia

(Surah al-Mukminun : 1-3)

Imam Sayuti telah menukilkan dalam ad-Darrul Manthur Fi Tafsiri Bil Ma’thur :

47

Page 56: Tarbiyyah Ruhhiyah New

“Maksud daripada ayat yang ke-3 tersebut ialah maksiat”

Nabi s.a.w. bersabda

�غير� � ب �ن كثرة الكالم �غير� ذ�كر� الله� ، فإ �روا الكالم ب ال تكثاس� م�ن الله� �ن أبعد الن �لقلب� ، وإ ذ�كر� الله� تعالى قسوة ل

القلب القاس�ى Janganlah perbanyakkan kata-kata selain daripada berzikir mengingati

Allah s.w.t., maka sesungguhnya banyak kata-kata selain berzikir kepada Allah s.w.t. akan mengeraskan hati. Dan sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah s.w.t. ialah manusia yang hatinya keras

(at Tirmizi : 2413)

Bagaimanakah kita hendak menerangi hati kita dengan nur Allah s.w.t. sedangkan hati kita jauh daripada mengingati dan berzikir kepada-Nya?

Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberikan oleh Allah s.w.t.

(Surah az-Zumar : 22)

Ibnu ‘Ato’illah as-Sakandari telah menyatakan dalam al-Hikam

من كثر لغطه ، كثر غلطهSesiapa yang banyak suaranya, maka banyaklah silapnya

Al-Munawi telah menukilkan dalam Faidhul Qadir Syarhul Jami as Saghir

Imam al-Ghazali berkata :

د عليك وشأنك �سانك ، فيفس� ال تبسطن لJanganlah kamu ringankan lidah kamu, lalu lidah itu akan merosakkan

kamu dan paras kamu

48

Page 57: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 5 | Banyak Berkata-kata, Menggelapkan Hati

Ibnu Mubarak berkata :

�ه �لى المرء� ف�ي قتل �ن اللسان سر�يع إ �سانك إ احف�ظ لPeliharalah lidah kamu, sesungguhnya lidah itu segera membawa kepada

pembunuhan seseorang

جال على عقل�ه �يل الفؤاد� يدل الر �ن اللسان دل وإDan sesungguhnya lidah itu petunjuk bagi hati, menunjukkan kepada akal

seseorang

Saidina Umar berkata kepada al-Ahnaf :

من كثر كالمه كثر سقطه ، ومن كثر سقطه قل حياؤهDan sesiapa yang banyak kata-katanya, maka banyaklah salahnya. Dan

sesiapa yang banyak salahnya, kuranglah sifat malunya

Keaiban seseorang terserlah kerana lidahnya, akal seseorang diukur dengan kata-katanya dan kemuliaan seseorang terhina kerananya. Dengan kata-kata juga menjadi alat yang sangat ampuh bagi syaitan laknatullah untuk merosakkan umat manusia.

Lidah juga merupakan nikmat bagi manusia, kerana dengannya manusia boleh berkata-kata, berkomunikasi dan sebagainya, tetapi jangan dilupakan bahawa dengan berkata-kata itu jugalah digunakan oleh syaitan laknatullah sebagai senjata untuk merosakkan umat manusia.

Imam al-Ghazali telah menyatakan dalam Ihya’ Ulumiddin

، � � الله� العظ�يم �عم �ن اللسان م�ن ن إ�غواء� اإلنسان� يطان� ف�ي است �لش ه أعظم الة ل �ن .... وإ

Sesungguhnya lidah itu adalah antara nikmat-nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang besar, ..... dan sesungguhnya lidah itu adalah secanggih-

canggih alat bagi syaitan untuk menghasut manusia

49

Page 58: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Hati yang penuh dengan kekotoran kerana disebabkan lidahnya akan menutup ruang untuk mendapat hidayah daripada Allah s.w.t.. Bagaimanakah syurga boleh dijamin baginya?

Nabi s.a.w. bersabda

�حييه� وما بين ر�جليه� ، أضمن له من يضمن ل�ي ما بين لالجنة

Sesiapa yang menjamin untukku (untuk menjaga) apa-apa yang ada di antara dua janggutnya (lidah), dan dua kelangkangnya (kemaluan), aku

jamin baginya syurga

(Shahih Bukhari : 6474)

Bagaimanakah Menerangkan Hati Dengan Menjaga Lidah?

Setelah kita mengenali dan memahami bahawa dengan banyak berkata-kata boleh menggelapkan hati, bagaimanakah pula tindakan kita untuk memastikan hati kita sentiasa selamat daripada hasutan syaitan yang sentiasa membisikkan kejahatan?

Dr. Abu Bakar Ismail telah menukilkan kata-kata Ibnu Arabi dalam Wasoya ar-Rasul

�يرة ة كث �ي ة ، وتفارع القول �ي ة وف�عل �ي فس� قول أمراض النتها محصورة ف�ي أمرين� : ) األول ( أن للها وأداو�ي �ن ع� لك�ال م إ �ي( أن ال تتكل ان م )الث �ذا اشتهيت أن تتكل م إ ال تتكل

�ال فال �ن سكت عنه عصيت ، وإ ف�يما إSesungguhnya penyakit jiwa ialah berbentuk kata-kata dan perbuatan,

dan pembahagian dalam bentuk kata-kata itu banyak, akan tetapi punca dan ubatnya hanya dua :

Page 59: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 5 | Banyak Berkata-kata, Menggelapkan Hati

Pertama

Tidak berkata apabila ingin berkata-kata

Kedua

Tidak berkata-kata melainkan ketika mana sekiranya kamu diam daripada berkata-kata ia dikira sebagai maksiat

Berkata-katalah sekiranya berdiam diri itu dikatakan sebagai maksiat. Kenapakah manusia berdiam diri apabila melihat kejahatan tetapi sebaliknya antara kalangan yang menggunankan kata-kata untuk kemaksiatan? Disebabkan inilah ada pepatah yang menyebut “lidah itu petunjuk bagi hati”.

Imam al-Ghazali telah menceritakan dalam Ihya’ Ulumiddin

�ه� نا على عمل ندخل ب �ع�يسى عليه� السالم : دل ق�يل ل�ك ، ة. قال : ) ال تنط�قوا أبدا ( قالوا : ال نستط�يع ذل الجن

�خير ( �ال ب فقال : ) فال تنط�قوا إDikatakan kepada Isa a.s. : Tunjukkan kepada kami, amalan yang

membawa kami ke syurga.

Nabi Isa menjawab :

“Jangan berkata selama-lamanya”

Mereka berkata :

“Kami tidak mampu untuk (melakukan) demikian”

Nabi Isa berkata :

“Maka janganlah kamu berkata melainkan dengan kebaikan”

Nabi Sulaiman bin Daud a.s. berkata

كوت م�ن ذهب �ن كان الكالم م�ن ف�ضة ، فالس إ

51

Page 60: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Sekiranya berkata-kata itu adalah perak, maka berdiam diri itu adalah emas

Mereka yang jernih hatinya lebih bernilai daripada mereka yang kotor hatinya. Nilai emas lebih tinggi daripada perak selama-lamanya. Manakah yang akan anda pilih, emas atau perak? Atau adakah anda akan memilih kedua-duanya sekali? Atau anda tidak suka kedua-duanya?

Berdiam diri lebih selamat daripada berkata-kata jika tidak ada sesuatu kebaikan yang hendak kita perkatakan kerana lidah yang ringan ini tidak mampu dikawal oleh empunya dirinya sendiri ketika berkata-kata.

Mereka yang menjaga hatinya, akan menjaga lidahnya. Hal ini kerana mereka khuatir sekiranya kata-kata mereka akan membawa mereka kepada kesalahan dan dosa. Mereka inilah antara orang-orang yang beruntung.

Kenapakah barang-barang yang ternyata langsung tidak berfaedah masih disimpan? Bahkan barang-barang yang membahayakan terus diguna pakai. Lidah umpama permata, dan seharusnya lidah dijaga dengan seelok-eloknya sesuai dengan nilainya yang sangat mahal dan bukannya dibiarkan bersepah-sepah di merata-rata tempat.

Imam al-Ghazali menukilkan daripada Abdullah bin Amru r.a. dalam Ihya’ Ulumiddin

�يك ، دع ما لست م�نه ف�ي شيء ، وال تنط�ق ف�يما ال يعن�سانك كما تخزن ور�ق�ك واخز�ن ل

Tinggalkan apa yang tidak memberi faedah kepada kamu, jangan berkata-kata tentang apa-apa yang tidak perlu bagimu, dan simpanlah lidah kamu

sepertimana kamu menyimpan emasmu

Banyak berkata-kata akan mengurangkan akal. Bukankankah mereka yang berakal adalah mereka yang menjaga lidahnya? Gunakanlah ubat penerang hati dengan berdiam diri untuk mengubati penyakit suka banyak berkata-kata perkara yang sia-sia.

Page 61: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 5 | Banyak Berkata-kata, Menggelapkan Hati

Keelokan kata-kata anda mencerminkan kejernihan akal anda. Maka buruknya tutur-kata seseorang itu bermakna akalnya juga agak kecelaruan dan kusam dengan maksiat sebagaimana lidahnya.

Al-Hassan bin Hani’ berkata dalam al-Adabu asy-Syar’iyyah

ما العاق�ل من �ن إ �جام �ل ألجم فاه ب �داء� الصمت� خي رلذ ب

� ر لك م�ن داء� الكالمOrang yang berakal hanyalah mereka yang,

Memateri mulut mereka dengan pateri,

Paterilah ia dengan ubat “berdiam diri”, ia lebih baik,

Bagimu daripada penyakit banyak berkata

Apabila seseorang pesakit sudah memperolehi ubat daripada doktor, sudah pasti dia akan segera menggunakannya walaupun ubat tersebut lebih pahit daripada hempedu. Oleh sebab ubat bagi penyakit banyak bercakap ialah berdiam diri, maka gunakanlah perbuatan berdiam diri itu walaupun begitu susah untuk dilaksanakan dan pastikan kita hanya bercakap apabila betul-betul satu keperluan untuk syariat Allah s.w.t.. Semoga Allah s.w.t. memelihara kita semua daripada melakukan kemaksiatan kepada-Nya. Insya-Allah.

Gunakanlah Lidah Sebagai Penerang Hati

Lidah yang diberikan oleh Allah s.w.t. perlulah digunakan sebaik-baiknya. Elakkan diri daripada melakukan fitnah, mengumpat, mengeji

53

Page 62: Tarbiyyah Ruhhiyah New

dan sebagainya yang telah dijelaskan sebelum ini. Hati yang mati adalah disebabkan hati tidak diberikan makanan.

Apakah makanan bagi hati kalau bukan dengan berzikir kepada Allah s.w.t.? Hati sifatnya sentiasa gelisah dan tidak tenteram.

Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia

(Surah ar-Ra’du : 28)

Berzikir bukanlah hanya dengan menggunakan lidah, bahkan berzikirlah bersama-sama dengan hati. Lembutkanlah hati anda dengan pelbagai cara yang termudah bagi anda.

Abu al-Farj Ibnu al-Jauzi berkata dalam Nuzhatul A’yun an-Nawazhir

الذكر يقال على وجهين� :�السان� �ي الذكر ب ان . والث �القلب� أحدهما الذكر ب

Zikir itu dikatakan terdapat dua bentuk :

1. Pertama : berzikir dengan hati

2. Kedua : berzikir dengan lidah

Imam an-Nawawi telah menyatakan dalam al-Azkar

�اللسان� ، �القلب� ويكون ب الذكر يكون ب�القلب� واللسان� جم�يعا واألفضل م�نه ما كان ب

Zikir itu adakala dengan menggunakan hati, dan adakala dengan menggunakan lidah. Dan yang paling baik adalah yang dilakukan dengan

menggunakan hati dan lidah sekaligus.

�ن اقتصر على أحدهما فالقلب أفضل ثم ال ينبغ�ي أن فإ�ه� �اللسان� مع القلب� خوفا م�ن أن يظن ب يترك الذكر ب

الرياء

Page 63: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 5 | Banyak Berkata-kata, Menggelapkan Hati

Sekiranya digunakan salah satu daripadanya, maka (zikir menggunakan) hati adalah terbaik. Kemudian tidak patut ditinggalkan zikir

menggunakan lidah bersama dengan hati dibimbangi akan disangka dengan berzikir itu adalah riak

Beliau menukil lagi kata-kata Abu Ali al-Fudhail bin Iadh r.a.

اس� اس� ر�ياء ، والعمل ألجل� الن ترك العمل� ألجل� النرك ش�

Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riak, dan beramal kerana manusia adalah syirik

Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menukilkan kata-kata al-Fakhru Razi dalam Fathul Bari

�يح� سب �ذ�كر� اللسان� األلفاظ الدالة على الت المراد بمج�يد� حم�يد� والت والت

Yang dimaksudkan dengan berzikir menggunakan lidah itu ialah (menyebut) perkataan-perkataan yang menunjukkan kepada as-Tasbih, at-

Tahmid dan at-Tamjid.

ة� الذات� والصفات� ، وف�ي ر ف�ي أد�ل فك �القلب� الت والذكر ب�ع على أحكام�ها ل هي� حتى يط �يف� م�ن األمر� والن كال ة� الت أد�ل

وف�ي أسرار� مخلوقات� الله�Dan zikir menggunakan lidah pula ialah berfikir pada bukti-bukti zat-Nya dan sifat-sifat-Nya, dan mengkaji petunjuk-petunjuk pentaklifan daripada aspek suruhan dan larangan, sehinggalah menerjahkan kepada hukum-

hakam-Nya, dan mengkaji rahsia ciptaan Allah s.w.t.

Dalam usaha kita untuk cuba mempraktikkan zikrullah, tidak perlu bersusah-payah mengamalkan sebanyak-banyaknya sehinggakan susah untuk kita mengekalkan amalan tersebut. Oleh itu, pilihlah yang paling sesuai untuk diri anda walaupun sedikit tetapi kerap dilakukan adalah yang terbaik.

55

Page 64: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Imam an-Nawawi r.a. berkata di dalam al-Azkar

�يح� سب اعلم ، أن فض�يلة الذكر� غير منحص�رة ف�ي الت�ير� ونحو�ها ، بل كل عام�ل لله� كب حم�يد� والت �يل� والت هل والت

�ر لله �طاعة فهو ذاك تعالى بKetahuilah, bahawa kelebihan berzikir itu bukanlah hanya terhad pada

at-Tasbih, at-Tahlil, at-Tahmid, at-Takbir atau sebagainya, bahkan setiap perbuatan kerana Allah s.w.t. dengan ketaatan, maka dia juga adalah

orang yang berzikir kepada Allah s.w.t..

Perbanyakkanlah berzikir mengingati Allah s.w.t. untuk menerangkan hati kita yang kian malap dari sehari ke sehari. Berilah hati kita makanan yang sesuai dengannya iaitu dengan zikrullah dan janganlah lidah anda yang menuturkan kata-kata tanpa batas syarak menjadikan hati anda gelap-gulita.

Allah s.w.t. berfirman

Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah s.w.t. sebanyak-banyaknya serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah

s.w.t. sebanyak-banyaknya, Allah s.w.t. telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar

(Surah al-Ahzab : 35)

Apabila mereka yang mengingati Allah s.w.t. dalam apa-apa jua perbuatannya, hati mereka akan berasa tenang. Apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka akan bersabar dengan ujian-ujian tersebut. Hal ini kerana mereka sentiasa bertenang dan yakin bahawa segalanya ketentuan Allah s.w.t..

Inilah penerang hati. Hati yang gelap sentiasa bersangka buruk walaupun orang ramai berbuat baik kepadanya. Mereka yang terang

Page 65: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 5 | Banyak Berkata-kata, Menggelapkan Hati

hatinya sentiasa berfikiran positif dalam bertindak dan cemerlang dalam membuat keputusan. Inilah yang dikatakan sebagai pelembut hati.

Bukankah Allah s.w.t. sendiri yang telah menciptakan manusia yang sewajibnya lebih mengetahui akan hamba-hamba-Nya? Maka Allah s.w.t. berfirman, menjelaskan ubat penerang hati itu.

Allah s.w.t. berfirman

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka

dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia

(Surah ar-Ra’du : 28)

Berikutnya, untuk kita sentiasa melazimi mengingati Allah s.w.t. ialah dengan mengenali Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w.. Orang yang mencintai seseorang yang lain, sudah pasti hatinya sentiasa mengingati orang yang dicintai tersebut.

Bagaimanakah untuk seseorang itu berasa suka untuk berzikir kepada Allah s.w.t. sekiranya di dalam hatinya tidak merasakan betapa enaknya dengan zikir tersebut? Adakah kita berzikir semata-mata hanya pada lidah dan bukannya sekali dengan hati?

57

Page 66: Tarbiyyah Ruhhiyah New

BAHAGIAN 6 Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

Banyak tidur yang disebut ini ialah penyakit malas. Pepatah sering menyebutkan, “orang yang malas selalu rugi”. Tidur adalah ibadat, tetapi apabila berlebihan akan menjadikan badan kita lemah dan susah untuk bertaubat.

Ilmu adalah cahaya dan tidak mungkin didapati dengan sikap malas. Bagaimanakah ilmu sebagai cahaya untuk menerangi hati yang gelap sekiranya sikap malas sentiasa membaluti diri kita? Adakah manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. untuk mengisi hidupnya dengan tidur? Bukankah tidur itu merupakan satu bentuk kematian?

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghudah menukilkan kata-kata Imam Yahya bin Abi Kathir dalam Shafahat Min Sabril Ulama’

� �راحة� الج�سم ال يستطاع الع�لم بIlmu tidak dapat dicapai dengan kerehatan tubuh badan

Bagaimanakah untuk menyedarkan diri kita yang sedang tidur kalau bukan dengan peringatan? Sikap lalai dengan kehidupan dunia dan selesa dengan keempukan bantal hartanya mestilah segera diubati dengan peringatan sepanjang masa agar hati kita kembali bersinar dengan wangian syurga Ilahi.

Ibnu Manzur menukilkan kata-kata Umar bin Abdul Aziz melalui Lisanul Arab

ا اس� من يع�يش شق�ي وم�ن النيل� غاف�ل اليقظة� ج�يفة الل

Dan dalam kalangan manusia, ada yang hidup menderita,

Dalam bangkai malam dan (dalam) kelalaian ketika berjaga,

59

Page 67: Tarbiyyah Ruhhiyah New

�ذا كان ذا حياء ود�ين فإيل� غاف�ل اليقظة� راق�ب الل

Sekiranya dia mempunyai sifat malu dan beragama,

Dia akan menghampiri Allah s.w.t. dan bertaqwa

Al-Izziy berkata dalam Tahzibu Madariji as-Salikin

�رؤية� �ذا نهض م�ن ورطة� الغفلة� ، استنار قلبه ب �ن العبد إ إ�يه� نب نور� الت

Sesungguhnya seseorang itu apabila dibangkitkan daripada penyakit kelalaian, dia boleh diterangi dengan memandang kepada cahaya

peringatan

Beliau berkata lagi

�ليه� ، اعلم أن العبد قبل وصول الداع�ي إ�م وطرفه يقظان� ، � الغفلة� ، قلبه نائ ف�ي نوم

جاح� اص�ح وأسمعه داع�ي الن �ه� الن فصاح بحمن� : �ه� مؤذن الر الةوأذن ب حي على الص

Ketahuilah, sesungguhnya seseorang itu, sebelum sampai kepadanya pendakwah, dia berada dalam tidur kelalaian, hatinya tidur sedangkan anggotanya berjaga. Maka datanglah orang yang memberi nasihat dan dan memperdengarkan seruan kejayaan, lalu bilal melaungkan azan :

“Marilah menuju kejayaan”

Kejayaan apakah yang akan mendatangkan keuntungan kepada si tidur? Di dunia anda hidup bukannya mati. Bukankah tidur selepas kematian adalah tidur yang lebih panjang bahkan selama-lamanya?

Mereka yang gemar tidur adalah mereka yang terlupa bahawa mereka akan tidur lebih lama setelah kematian menjenguk tiba. Seolah-

60

Page 68: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 6 | Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

olah mereka berkata “Lebih baik aku tidur seenak-enaknya sebelum mati”. Percayalah, bagi orang yang gemar tidur, kematian bagi mereka adalah sebuah mimpi ngeri.

Dr. A’idh al-Qarni menukilkan sebuah syair dalam La Tahzan :

يا رف�يق الف�راش� أكثرت نوما�ن بعد الحياة� نوما طو�يال إ

Wahai penggemar katil, banyaknya kamu tidur,

Sesungguhnya selepas kehidupan adalah tidur yang panjang!!

Tidur adalah suatu bentuk ibadah sekiranya dijadikan sebagai waktu rehat. Tetapi tidur juga akan melalaikan kita apabila kita tidur bukan pada waktunya, bahkan terkadang sehingga berlebih-lebihan. “Apalah gunanya hidup kalau hanya diisi dengan kematian (tidur)?”.

Abu Nu’aim menukilkan daripada Soleh al-Mariy dalam Hiliyatil Auliya’

�ي ات مير�ي منذ زمن طو�يل ، قال : أتان قال ل�ي ز�ياد الن قم يا زياد إلى عادتك منف�ي منام�ي ، فقال :

د ، وحظك من قيام الليل ، فهي والله التهجر خير لك من نومة ، توهن بدنك ، ويتكس

قلبك ،Ziad An-Numairi berkata kepadaku semenjak dahulu, dia berkata : seseorang datang kepadaku ketika aku mimpi, lalu orang tersebut

berkata:

“Bangun wahai Ziad, sepertimana kamu biasa bertahajjud, dan ketekunan kamu terhadap qiamullail. Demi Allah s.w.t., ia lebih baik

bagi kamu daripada tidur, (tidur itu) meletihkan badan kamu, dan merosakkan hati kamu”

61

Page 69: Tarbiyyah Ruhhiyah New

�ك ، �ي ذل وم ، فأتان �ي والله� الن فاستيقظت فزعا ، ثم غلبن قم يا زياد ، فال خير في الدنياأو غيره ، فقال :

للعابدين ، قال : فوثبت فزعاإالLalu aku tersentak, kemudian aku tertidur kembali, lalu orang itu datang

lagi dan berkata,

Bangun wahai Ziad, tiadalah (bagi sesiapa) kebaikan di dunia melainkan mereka yang beribadah.

Aku tersentak..

Sekiranya para ulama’ yang kesolehan, ibadah dan keilmuan mereka jauh mengatasi kita pun memperuntukkan kebanyakan masa mereka untuk mentaati Allah s.w.t., inikan pula dengan kita yang sebaliknya menghabiskan banyak masa untuk tidur?

Tidur Membazirkan Umur

Masa seharian yang diisi dengan tidur hanyalah membuang masa. Masa yang diberikan oleh Allah s.w.t. untuk bekerja diisi dengan sia-sia. Waktu malam sepatutnya digunakan untuk berehat dan waktu siang dimanfaatkan dengan bekerja.

Allah s.w.t. berfirman

Dan (bukankah) Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) – masa untuk mencari rezeki

(Surah an-Naba : 11)

Nabi s.a.w. bersabda

�جسد�ك عليك حقا ، �ن ل �ر ، فإ �م ، وصم وأفط قم ون�ك عليك حقا �عين �ن ل وإ

Page 70: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 6 | Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

Bangun dan tidurlah, berpuasa dan berbukalah, sesungguhnya badan kamu mempunyai haknya, dan mata kamu juga mempunyai hak

(Shahih al-Bukhari : 6134)

Jagalah hak badan dan mata dengan tidur dan berjaga (tidak tidur), berpuasa dan juga berbuka. Islam tidak mendesak sesiapa supaya berjaga sepanjang malam, tetapi membenci mereka yang tidur sepanjang siang.

Nabi s.a.w. bersabda

�م خمسا قبل خمس : شبابك قبل هرم�ك ، وص�حتك اغتن�ك ، قبل سقم�ك ، وغ�ناك قبل فقر�ك ، وف�راغك قبل شغل

�ك وحياتك قبل موتGunakanlah 5 perkara sebaik-baiknya sebelum datang 5 perkara :

Masa muda kamu sebelum datangnya tua,

Masa sihat kamu sebelum datangnya sakit,

Masa kaya kamu sebelum datangnya miskin,

Masa lapang kamu sebelum datang kesibukan,

Masa hidup kamu sebelum datangnya kematian.

(Imam Sayuti, Jami’ As-Saghir : 1215)

Dr. Aidh al-Qarni menukilkan kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal dalam La Tahzan

احة ؟ قال يقول أحمد بن حنبل ، وقد ق�يل له : متى الر:

ة� ، ارتحت �ذا وضعت ق�دمك ف�ي الجن إSeseorang bertanya kepada Imam Ahmad : “Bilakah waktu rehat?”

63

Page 71: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Imam Ahmad berkata : “Apabila kamu berpijak di syurga, maka rehatlah”

Beliau menukilkan lagi sebuah cerita

ير�يا وكان رجال صاح�ب �يج� ة م�ن ن �ي زم�يل د�راس� أخبرنير� ، لث� األخ� �ي أن أمه كانت توقظه ف�ي الث أمانة ، أخبرن

�يال. قالت : احة قل قال : يا أماه ، أر�يد الرة فارتح �ذا دخلت الجن �ك ، يا بني إ �راحت ل �ال ما أوقظك إSeorang rakan pengajianku dari Nigeria telah menceritakan kepadaku :

Seorang lelaki empunya amanah, menceritakan kepadaku bahawa ibunya menggerakkannya (daripada tidur) pada sepertiga malam, dia (lelaki

tersebut) berkata : “Aku hendak berehat sebentar”. Dia (ibunya) berkata : “Aku tidak menggerakkan kamu melainkan supaya kamu

dapat berehat, wahai anakku, apabila kamu masuk syurga, rehatlah”

Dr. Muhammad Bakar Ismail menukilkan dalam Wasoya ar-Rasul Wa Atharuha Fi Taqwimi al-Fardi Wal Mujtami’

الواج�بات أكثر م�ن األوقات�Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu

Apakah seburuk-buruk penyesalan berbanding penyesalan pada hari akhirat? Ketika itulah hari yang mana penyesalan tidak lagi lansung berguna. Umur yang panjang dihabiskan begitu sahaja tanpa amalan yang mencukupi sebagai bekalan di sana kelak.

Allah s.w.t. berfirman

Ia akan berkata : “Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!”

(Surah al-Fajr : 24)

Bukankah anda berasa terlalu rugi sekiranya terlepas satu peluang keemasan dalam hidup anda? Tetapi kita jarang memanfaatkan peluang

Page 72: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 6 | Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

hidup yang diberi oleh Allah s.w.t. ini sebagai sebuah peluang keemasan. Apabila kematian sudah menjemput kita, barulah kita berasa rugi dengan setiap saat ketika hidup dibazirkan begitu sahaja.

Pernahkah anda mendengar rintihan seorang tua, yang berkata “Alangkah bagusnya kalau aku kembali muda” ataupun rintihan seorang yang gagal dalam hidupnya; “Alangkah bagusnya sekiranya aku bersungguh-sungguh ketika mula lagi”. Ingatlah, masa tidak akan berundur dan sekiranya kita terlambat, masa tetap akan meninggalkan kita!

Kaedah Memanjangkan Umur

Umur yang panjang menjadi igauan kehendak semua manusia. Akan tetapi mereka lupa bahawa kematian mungkin akan menjenguk mereka pada hari esok. Sebaliknya bagi seseorang yang merasakan umurnya pendek, maka dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan sikap seperti inilah yang dikatakan sebagai orang yang cerdik. Namun bagi seseorang yang merasakan umurnya masih panjang akan menjadikan mereka bermalas-malasan dan bertangguh-tangguh sehinggakan mereka yang seperti ini dikatakan orang yang tak berguna. Hakikatnya, tidak ada sesiapa pun yang mengetahui tarikh kematiannya.

Nabi s.a.w. bersabda

�ها من بعده ، ة حسنة فعم�ل ب من سن سن�ها كان له أجرها وم�ثل أجر� من عم�ل ب

Sesiapa yang mengamalkan perkara yang baik, lalu orang selepasnya beramal dengannya (mencontohinya), baginya ganjaran amalannya

(sendiri) dan (ganjaran) orang yang beramal dengannya (mencontohinya)

(Imam Ahmad, Musnad : 19100)

65

Page 73: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Inilah antara cara-cara memanjangkan umur kita iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang baik dan perbuatan-perbuatan tersebut seterusnya dicontohi oleh orang ramai. Apalah untungnya sekiranya orang yang kuat tidur itu dicontohi pula tabiat buruknya? Bangunlah daripada lena, lakukanlah tiga perkara ini.

Nabi s.a.w. bersabda

�ال م�ن ثالثة� : إ �ال �نسان ، انقطع عنه عمله إ �ذا مات اإل إ�ح يدعو له �ه� ، أو ولد صال صدقة جار�ية ، أو ع�لم ينتفع ب

Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah (pahala) amalan daripadanya, melainkan tiga perkara (yang tidak putus pahalanya) :

Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya (Imam Ahmad, Musnad : 8830)

Mana mungkin seseorang hendak mengajar anak berqiamullail dan mendoakan untuk si bapa, kalau si bapa terus enak dengan tidurnya? Apakah lagi cara-cara memanjangkan umur?

Sayyid Badi’uzzaman an-Nursi berkata dalam Rasa’ili an-Nur

�ي �نسان ! أتر�يدون تحو�يل عمر�كم القص�ير الفان ها اإل أي� �م �المغان �لى عمر باق طو�يل مد�يد ، بل مثم�ر ب إ

والمناف�ع� ؟Wahai manusia, adakah kamu ingin menukarkan umur kamu yang pendek

dan akan habis kepada umur yang kekal dan panjang, bahkan menguntungkan dan memberi manfaat?

ة� ، �ي �نسان فما دام الجواب : )س( نعم ، وهو مقتضى اإل�يل� الباق�ي ، �ذن عمركم ف�ي سب فاصر�فوا إ

�ه� يات يا م�ن تجل �لى الباق�ي ينل تجل ما شيء يتوجه إ ألن أي

Page 74: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 6 | Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

Maka sudah pasti jawapannya : Ya! Itulah kehendak manusia, maka gunakanlah umur kamu pada jalan Yang Maha Kekal, kerana mana-

mana perkara yang dilakukan kerana Yang Maha Kekal, ia akan mendapat kemuliaan daripada kemuliaan-Nya yang kekal

Umur yang ada harus digunakan dengan sebaik mungkin. Masa akan terus berjalan tanpa henti. Lihatlah pada amalan-amalan mereka ini yang diteruskan sehingga kini dan insya-Allah ganjaran pahala bagi mereka juga berterusan walaupun jasad mereka sudah lama pergi meninggalkan kita.

Rugilah bagi sebahagian daripada kita meskipun berumur sehingga 500 tahun, tetapi pada sisi Allah s.w.t mereka hanya berusia beberapa tahun kerana sedikitnya masa yang mereka benar-benar manfaatkan untuk Islam! Inilah satu kerugian yang nyata, langsung tidak dapat dimanfaatkan.

Ringkasan daripada petua memanjangkan umur ini ialah :

1. Banyakkan beramal soleh

2. Bersedekah

3. Belajar dan mengajar dengan ilmu yang bermanfaat

4. Mendidik anak dengan syariat Islam

5. Melakukan amalan kerana Allah s.w.t.

Bagaimanakah hendak kita lakukan semua ini sekiranya kita tidak memanfaatkan masa dengan sebetulnya? Bangunlah daripada lena yang berpanjangan kerana insya-Allah, masa yang digunakan dengan bekerja, beribadat dan menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. akan menjadikan umur kita lebih bermanfaat.

Allah s.w.t. berfirman

67

Page 75: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-

pesanan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

(Surah al-Asr)

Amat rugilah bagi mereka yang tidak beriman, tidak beramal soleh dan tidak berpesan-pesanan. Kehidupan mereka hanya umpama habuk yang berterbangan. Apalah gunanya hidup dengan umur yang panjang sekiranya tidak diisi dengan amal soleh. Jika begitulah keadaannya, maka mungkinkah kematian itu pilihan yang lebih baik? Oleh itu marilah kita sama-sama melaksanakan ketiga-tiga tuntutan tersebut supaya kehidupan kita lebih terarah dan bermanfaat tanpa sebarang sesalan pada hari akhirat kelak. Insya-Allah.

BAHAGIAN 7 Banyak Ketawa, Menggelapkan Hati

Abu Nu’aim menukilkan kata-kata Hasan al-Basri r.a. dalam Hiliyatil Auliya’

كثرة الضحك� تم�يت القلب�Banyak ketawa mematikan hati

Ketawa yang berlebih-lebihan sangatlah dipandang jelek, apatah lagi ketawa antara perbuatan-perbuatan yang menyebabkan hati menjadi gelap. Hal ini kerana, dengan ketawa akan melupakan manusia kepada mengingati mati. Oleh sebab itu, sekadar manakah keperluan kita terhadap ketawa? Allah s.w.t. yang Maha Pencipta yang menjadikan manusia

Page 76: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 6 | Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

dengan penuh kesempurnaan juga menciptakan manusia bersama-sama dengan perasaan duka dan gembira.

Allah s.w.t. berfirman

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira), tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita)

menangis;

(Surah an-Najm : 43)

Abu Nu’aim menukilkan kata-kata Abi Ali ar-Razi dalam Hiliyatil Auliya’

�ين سنة ما رأيته ضاح�كا صحبت الفضيل بن� ع�ياض ثالث�ك �ي فقلت له ف�ي ذل يوم مات ابنه عل �ال ما إ وال مبتس�

�ن الله يح�ب أمرا فأحببت ما أحب الله فقال : إAku mendampingi al-Fudhail bin Iadh selama 30 tahun, tidak pernah aku melihatnya ketawa, walaupun senyum, kecuali ketika kematian anaknya

Ali. Lalu aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut, lalu dia menjawab: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai sesuatu perkara, maka

aku menyukai apa yang disukai oleh Allah s.w.t.

Ketika kita tertawa berdekah-dekah, ingatkah kita bahawa akan sampai suatu saat kita akan menyusuli dengan tangisan? Selama manakah kegembiraan kita dengan tertawa itu akan bertahan? Mana mungkin kita boleh merasakan selesa dengan pahala yang entah tidak seberapa dan dosa yang bertimbun-timbun? Tidak takutkah kita sekiranya sikap kita yang terlalu berkehendakkan senda-gurau tanpa kenal erti keseriusan dalam menggalas amanah Allah s.w.t. sebegini akan dibenci oleh Allah s.w.t.?

Abu Nu’aim menukilkan kata-kata Abi Ja’far dalam Hiliyatil Auliya’

�ي هم ال تمق�تن �ذا ضحك ، قال : الل ه كان إ أن

69

Page 77: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Sesungguhnya dia (Muhammad bin Ali al-Baqir) apabila ketawa, dia berdoa : “Ya Allah, janganlah engkau membenciku”

Ibnu Manzur menukilkan kata-kata al-Laith dalam Lisanul Arab tentang perkataan ( المقت )

المقت أشد البغض�itu ialah sangat benci ( المقت )

Muhammad bin Ali al-Baqir bimbang sekiranya ketawanya itu akan dibenci oleh Allah s.w.t.. Apakah keuntungan yang bakal diperolehi sehingga menyebabkan kita terlalu gembira dengan ketawa berdekah-dekah? Bukankah mata yang menangis kerana takutkan Allah s.w.t. itu lebih menguntungkan? Bahkan ketawa yang berlebih-lebihan itu akan merugikan dan menjadi sesalan bagi kita pada hari akhirat kelak kerana ketawa yang keterlaluan akan mematikan hati.

Abu Nuaim menukilkan kata-kata Sufiyan at-Thauri dalam Hiliyati al Auliya’

ها تقس�ي القلب. واكظ�موا الغيظ وال �ن �طنة ، فإ اكم والب �ي إه يم�يت القلوب �ن �روا الضحك فإ تكث

Hendaklah kamu berjaga-jaga dengan kekenyangan yang melampau, sesungguhnya ia mengeraskan hati, tahanlah diri daripada marah, dan elakkanlah daripada banyak ketawa, sesungguhnya ia mematikan hati.

Nabi s.a.w. bersabda

عه بيته ، وبكى على �من ملك نفسه ، ووس� طوبى ل�ه� خط�يئت

Beruntunglah bagi sesiapa yang memiliki jiwanya, luas rumahnya dan menangisi kesalahan lalu

(at-Targhib Wat Tarhib)

Nabi s.a.w. bersabda

Page 78: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 6 | Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

ار : عين بكت م�ن خشية� الله� ، وعين ها الن عينان� ال تمس�يل� الله� باتت تحر�س ف�ي سب

Dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka : mata yang menangis takut kerana Allah s.w.t. dan mata yang berjaga kerana jalan

Allah s.w.t.

(At-Tirmizi : 1639)

Nabi s.a.w. bersabda

ي يص�يب من ذكر الله ففاضت عيناه م�ن خشية� الله� حتاألرض م�ن دموع�ه� لم يعذبه الله تعالى يوم الق�يامة�

Sesiapa yang mengingati Allah s.w.t., lalu mengalir air matanya takut kerana Allah s.w.t., sehinggakan membasahi bumi, mereka ini tidak

diazab oleh Allah s.w.t. pada hari akhirat

(at-Tirmizi : 1669)

Tidak rugi untuk mengalirkan air mata pada tempat yang sepatutnya. Bahkan itulah yang lebih disukai oleh Allah s.w.t. dan tersangatlah rugi bagi mereka yang tidak menangis kerana Allah s.w.t..

Imam al-Qurtubi telah berkata dalam al-Jami’ Li Ahkami al-Quran tentang perbezaan jenis tangisan, samada disukai atau dibenci.

المفروض أن يكون البكاء خشية م�ن الله� تعالى ،�ه� ، فهذا هو البكاء وخوفا م�نه ، وطمعا ف�ي رحمت

ماع� القران� وما ف�يه� المحمود ، أو أن يكون البكاء م�ن س��يل كما �ي نب �نسان �معنى إ �ه� ، أو أن يكون ل ر�ه� وتأمل بعد تدبم ح�ين مات ابنه د البشر� صلى الله عليه� وسل فعل سي

ه م�ن البكاء� المحمود� المشروع� �براه�يم ، وهذا كل إPerkara (tangisan) yang difardhukan ialah :

71

Page 79: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Tangisan yang takut kepada Allah s.w.t. dan merebut rahmat-Nya, inilah tangisan yang dipuji.

Ataupun tangisan disebabkan mendengar bacaan al-Quran dan isi kandungannya setelah menghayati dan menelitinya

Ataupun disebabkan naluri kemanusiaan sepertimana yang dilakukan Nabi s.a.w. ketika kematian anaknya Ibrahim

dan semua ini adalah tangisan yang dipuji.

�ثبات� ص�دق� �ك إل ع� وما ف�يه� ، سواء كان ذل صن أما بكاء الت�خوة يوسف ، �ك كما فعل إ �لى ذل قول أو دعوى أو ما إه ال يكاد يدل على ص�دق� � ، ألن فهذا م�ن البكاء� المذموم

�ه� �ه� أو ف�عال �نسان� ف�ي ف�عل اإلAdapun tangisan yang dibuat-buat dan seumpamanya, samada digunakan

untuk menguatkan kebenaran kenyataan, dakwaan atau sebagainya sepertimana yang dilakukan oleh adik-beradik Nabi Yusof a.s..

Ini adalah kesedihan yang dicela kerana ia seolah-olah menampakkan bahawa seseorang itu ingin membenarkan kata-kata dan perbuatannya.

Beliau menukilkan lagi

�ذا اشتبكت دموع ف�ي خدود� إن من بكى م�من تباكى تبي

Apabila mengalirnya air mata pada pipi,

Jelaslah siapa yang menangis dan mereka yang buat-buat menangis

Ibnu Qayyim al-Jauziah berkata dalam Zadul Ma’ad

اس يبكون ألمر جل الن بكاء الموافقة� ، وهو أن يرى الرورد عليه�م ، فبكى معهم ، وال يدر�ي ألي شيء يبكون ..

Page 80: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 6 | Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

Tangisan yang dilakukan bersama-sama : ialah apabila seorang lelaki melihat manusia sedang menangisi sesuatu kejadian ke atas mereka, lalu

(lelaki itu) turut menangis bersama-sama mereka, dan tidak pula mengetahui sebab tangisan mereka...

باكى وهو نوعان� : محمود ، ومذموم : وهذا الت�خشية� الله�. �ر�قة� القلب� ول �ب ل فالمحمود ، أن يستجل

�ب ألجل� الخلق� والمذموم ، أن يجتلDan tangisan yang dibuat-buat ini, terbahagi kepada dua bahagian :

Dipuji :

Bertujuan mendapatkan kepiluan hati dan untuk takutkan Allah s.w.t.

Dibenci :

Bertujuan kerana manusia semata-mata

Hakikatnya tidak sama. Apalah gunanya air mata yang ditangisi bukan kerana Allah s.w.t.. Perbezaan ini dijelaskan lagi oleh Abu Nu’aim nukilan daripada kata-kata Thaur dalam Hiliyyatil Auliya’

�ه� �ه� ، وبكاء المناف�ق� ف�ي عين بكاء المؤم�ن� ف�ي قلبTangisan orang beriman pada hatinya,

dan tangisan orang munafik pada matanya (semata-mata)

Mencontohi Cara Nabi s.a.w. Bersedih

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah berkata dalam Zadul Ma’ad

م فكان م�ن ج�نس� وأما بكاءه صلى الله عليه� وسل�شه�يق ورفع� صوت ، كما لم يكن ضحك�ه� ، لم يكن ب

73

Page 81: Tarbiyyah Ruhhiyah New

ى تهمال ، �ن كانت تدمع عيناه حت �قهقهة ، ولك ضحكه ب�صدر�ه� أز�ير ويسمع ل

Adapun kesedihan Baginda s.a.w. adalah serupa dengan ketawanya, tidak meraung dan meninggikan suara sepertimana tidak terjadi berdekah-

dekah ketika ketawanya. Akan tetapi, kesedihannya dengan linangan air mata sehingga mengalir dan didengari sedunya.

�ه� ت� ، وتارة خوفا على أمت �لمي وكان بكاءه تارة رحمة لماع� وشفقة عليها ، وتارة م�ن خشية� الله� ، وتارة ع�ند س�

القران� ،Kesedihannya juga kadangkala memberi rahmat kepada mayat, kadangkala bimbangkan umatnya dan gusar terhadap mereka.

Kadangkala pula, takutkan Allah s.w.t., dan kadangkala ketika mendengar bacaan al-Quran.

�لخوف� �جالل ، مصاح�ب ل ة وإ �ياق ومحب وهو بكاء اشتوالخشية� ،

Dan dia (Baginda s.a.w.) bersedih dengan kesedihan yang menyelami, cinta dan mulia. Dan diiringi dengan ketakutan (terhadap Allah s.w.t.).

�براه�يم دمعت عيناه ، ولما مات إ�ه� ونفسها تف�يض ، �حدى بنات وبكى لما شاهد إ

Ketika kematian Ibrahim (anak Baginda s.a.w.), mengalir air matanya dan menangisi sebagai tanda kasih sayang terhadapnya. Dan Baginda

s.a.w. turut menangis ketika menyaksikan kehilangan anak perempuannya.

ساء� ، وبكى لما قرأ عليه� ابن مسعود سورة النوبكى لما مات عثمان بن مظعون ،

Page 82: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 6 | Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

Dan Baginda s.a.w. menangis ketika Ibnu Mas’ud membacakan Surah an-Nisa, juga ketika kematian Uthman bin Mazh’un.

مس ، وصلى صالة الكسوف� ، وبكى لما كسفت الش�ى �ه� ، وكان يبك �حدى بنات وبكى لما جلس على قبر� إ

يل� أحيانا ف�ي صالة� اللDan turut menangis ketika terbitnya matahari dan mengerjakan solat

Kusyuf, juga ketika duduk di kubur salah seorang anak perempuannya, dan turut menangis ketika solat malam (qiamullail)

Inilah tangisan seorang Nabi s.a.w., ketika kematian anaknya. Apakah kita lebih baik daripada Baginda s.a.w. dengan menangis berlebih-lebihan ketika kematian seseorang?

Siapakah yang terbaik tangisannya, Baginda s.a.w. atau kita? Bersabar itu adalah kuncinya. Adakah setelah kita mati dan menemui Allah s.w.t., baru terasa ingin menangis sepuas-puasnya kerana takutkan Allah s.w.t.? Tangisan seperti itu pada saat itu tiada gunanya lagi.

Mencontohi Cara Nabi s.a.w. Bergembira

Syeikh ahmad Mustafa at-Tahtowi berkata dalam Sifatu Dhahki Wa Buka’i An-Nabi

ر �ما يتأث ر ب م رق�يق القلب� يتأث وكان صلى الله عليه� وسل�ى .. �ه� البشر فيحزن ويفرح ، بل قد يبك ب

Hati Nabi s.a.w. adalah hati yang lembut, Baginda s.a.w. terkesan dengan apa-apa yang terkesan oleh manusia biasa, maka Baginda s.a.w. bersedih

dan bergembira, bahkan kadang-kadang menangis..

75

Page 83: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Di sana, sahabat-sahabat Baginda s.a.w. telah menceritakan ciri-ciri ketawa yang selayaknya.

Daripada Saidina Umar r.a.

م وكان م�ن ضح�ك رسول الله� صلى الله عليه� وسلاس� ثغرا أحسن� الن

Rasulullah s.a.w. ketawa, dan Baginda s.a.w. adalah sebaik-baik manusia yang senyum (menampakkan gigi hadapannya)

(Shahih Ibnu Hibban : 6257)

Daripada Saidatina Aisyah r.a.

م قط ما رأيت رسول الله� صلى الله عليه� وسلما كان �ن ى أرى م�نه لهواته ، إ مستجم�عا ضاح�كا حت

م يبتس�Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. ketawa sehingga

menampakkan lelangitnya sedikit pun, Baginda s.a.w. hanya senyum

(Shahih Bukhari : 4828)

Daripada Jabir bin Samrah r.a.

�ال م ال يضحك إ كان رسول الله� صلى الله عليه� وسلما تبس

Rasulullah s.a.w. tidak ketawa melainkan hanya sekadar senyum

(Musnad Imam Ahmad)

Daripada Abu Zar r.a.

ى م ضح�ك حت لقد رأيت رسول الله� صلى الله عليه� وسلبدت نواج�ذه

Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. ketawa sehingga menampakkan gerahamnya

Page 84: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 6 | Banyak Tidur, Menggelapkan Hati

(Shahih Muslim)

Daripada Abdullah bin Abi Juz’

�ال م إ ما كان ضح�ك رسول الله� صلى الله عليه� وسلما تبس

Tiadalah ketawa Rasulullah melainkan sekadar senyum

(Sunan at-Tirmizi : 3641)

Demikianlah beberapa cara Nabi s.a.w. bergembira. Bagaimanakah pula dengan kita? Letakkan muka anda pada tempat yang sepatutnya ketika anda sedang bergembira dan elakkan menzalimi muka dan juga maruah anda.

Syeikh Ahmad Mustafa at-Tahtowi menukilkan pandangan Ibnu Hajar al-Asqolani dalam Sifatu Dhahki Wa Buka’i An-Nabi

�ب ضحك� رسول� الله� والمتأمل ف�ي األحاد�يث� يج�د أن غالم ، وف�ي بعض� األحوال� بس م كان الت صلى الله عليه� وسل

ى تبدو نواج�ذه ما ضح�ك حت ربDan melalui pemerhatian terhadap hadith-hadith, akan ditemui bahawa

kebiasaan ketawa Nabi s.a.w. hanyalah senyum, dan pada beberapa keadaan, kemungkinan Baginda s.a.w. ketawa sehingga ternampak

gerahamnya.

Bagaimanakah seseorang boleh bergembira pada saat kehidupannya yang hampir menemui Tuhannya? Bagaimanakah seseorang boleh bersuka-suka dengan kehidupan yang sementara sekiranya esok ditakdirkannya dia akan berada di Alam Barzakh?

Imam Sayuti r.a. telah menukilkan kata-kata Abu Darda’ r.a. dalam Syarhu as-Sudur Bi Syarhi Ahwalil Mauta Wal Qubur

77

Page 85: Tarbiyyah Ruhhiyah New

�الموت� واع�ظا ، �يغة وغفلة سر�يعة ، كفى ب موع�ظة بلقا ، اليوم ف�ي الدور� وغدا ف�ي القبور� �الدهر� مفر وكفى ب

Peringatan yang memberi kesan dan kelalaian yang segera datang, memadailah dengan kematian sebagai pemberi peringatan, dan

memadailah dengan masa (umur) sebagai pemutus, hari ini dalam bilik, esok di dalam kubur

Kematian sering berlaku di sekitar kita semua tetapi adalah sangat menyedihkan apabila sangat jarang daripada kalangan kita yang mengambil pengajaran. Memang sedih apabila seseorang yang disayangi meninggalkan kita, tetapi pernahkah anda bersedih sekiranya satu hari nanti, anda akan meninggalkan mereka pula.

Tidakkah anda suka untuk meninggalkan mereka dalam keadaan anda bergembira untuk bertemu dengan Allah s.w.t. berbekalkan segala persiapan yang secukupnya di dunia lagi? Semoga Allah s.w.t. membimbing kita semua dengan hidayah-Nya. Insya-Allah.

Page 86: Tarbiyyah Ruhhiyah New

BAHAGIAN 8 Jernihkan Hati Supaya Ia Terang

Sebuah bilik yang penuh dengan barang-barang dan bersepah-sepah pasti akan menyakitkan pandangan mata. Tetapi bilik yang bersih daripada sampah-sarap dan dipenuhi dengan cahaya, itulah yang lebih diinginkan.

Said Badi’uzzaman an-Nursi berkata dalam Rasa’il an-Nur

�ية ، �أشياء فان فليس م�ن العقل� ف�ي شيء ربط القلب� بMaka tidak masuk akallah pada sesuatu yang mengikat hati dengan

benda-benda yang musnah!

؟ �ما ال يصاح�بك ف�ي سفر� البرزخ� بل فكيف بBahkan bagaimanakah (bodohnya mengikat hati) dengan benda yang

tidak dapat mendampingi kamu ketika perjalanan di barzakh

واترك ما ال يقتد�ر أن يراف�قك ف�ي سفر� األبد� والخلود�Dan tinggalkan apa-apa yang tidak dapat untuk bersamamu ketika

perjalanan yang panjang dan selamanya

Beliau menyatakan lagi

�لة سر�يعا ائ ك ترى الدنيا الز �ن ع�يد الغاف�ل ، إ ها الس اعلم أي�مة ال تمت ها دائ ، ، كأن

Ketahuilah wahai orang-orang yang bergembira dan lalai! Sesungguhnya kamu melihat dunia yang hilang itu bergerak pantas, (tetapi kamu

melihatnya) seolah-olah ia (dunia) kekal, tidak binasa.

79

Page 87: Tarbiyyah Ruhhiyah New

ك هذا � شعور�ك وغلط� ح�س �ن مثلك ف�ي خطأ ، إSesungguhnya perumpamaan bagimu (menerangkan) kesalahanmu

terhadap tanggapanmu (yang mengatakan dunia itu kekal) dan kesilapanmu terhadap deria kamu ini,

�ه من ف�ي يد�ه� م�راة تواج�ه قصرا أو بلدا أو حد�يقة ، يشبSeperti seorang yang ada pada tangannya cermin yang dihadapkan ke

sebuah istana, negeri atau taman (dunia),

�لبلد� أو الحد�يقة� ف�يها ، �لقصر� أو ل ة� ل �ي م صورة الم�ثال ترتس�كت الم�راة أدنى حركة �ذا ما تحر ، فإ

dan kamu melukis sebuah gambar seumpama istana, negeri atau taman tersebut (mengikut garisan-garisannya) pada cermin itu. Maka apabila

bergeraklah (berubah) cermin tersebut sedikit sahaja, maka akan berubahlah (lukisan tersebut) sedikit perubahan.

�لك ر ، فسيحدث الهرج والمرج ف�ي ت رت أقل تغي وتغية� �ي الصورة� الم�ثال

Maka akan terjadilah kacau-bilau dan kerosakan (yang teruk) pada lukisan (pada cermin) tersebut.

Lihatlah dunia ini umpama lukisan mengikut garisan-garisannya pada cermin lutsinar. Atau anda menekap kertas pada gambar untuk meniru garisan gambar tersebut. Apakah yang akan terjadi sekiranya kertas lukisan tersebut beralih sedikit sahaja?

Sudah pasti lukisan tersebut akan rosak kesemuanya. Inilah dunia yang akan berubah dengan cepat walaupun anda merasakan hidup di dunia ini dalam tempoh yang terlalu lama.

Inilah yang melalaikan manusia daripada mengingati mati. Inilah yang menggelapkan hati manusia daripada melihat kebesaran Allah s.w.t..

Allah s.w.t. berfirman

80

Page 88: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 8 | Kosongkanlah Hati Supaya Ia Terang

Katakanlah (wahai Muhammad) : “Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan

lenyap)

(Surah an-Nisa : 77)

Dr. Ahmad Mahmud Abdul Sattar menyatakan dalam Az-Zillul Hurur Minal Mauti Ilal Qubur

�ي وم�ثل الدنيا كمثل� راك�ب� سار ما م�ثل �ن �لدنيا : إ ما ل�ي ول�ف ه –ف�ي يوم صائ فرفعت له– شد�يد صيفه وحرها –شجرة فقال تحتها ساعة ثم راح– استظ�ل ف�ي ظ�ل

وتركApa-apa yang ada padaku dan dunia : Perumpamaanku dan dunia hanya

seperti penunggang yang berjalan jauh pada musim panas, kemudian ditumbuhkan sepohon pokok untuknya, lalu dia berkata “Aku berteduh di

bawah teduhannya selama sejam”, kemudian pergi meninggalkannya.

Beliau menukilkan kisah ketika Nabi Nuh a.s. yang telah hidup selama 950 tahun, ketika matinya, apabila ditanyakan tentang dunia beliau mengumpamakan,

وجدتها كدار لها بابان� ، دخلت م�ن أحد�ه�ما وخرجت م�ناآلخر�

Aku mendapatinya (dunia) seperti bilik yang mempunyai dua pintu, aku masuk melalui salah satu daripada (pintu tersebut), dan aku keluar

dengan satu yang lain

Beliau menukilkan kata-kata al-Fudhail bin Iadh r.a.,

لو كانت الدنيا م�ن ذهب يفنى ، واآلخ�رة م�ن خرف يبقى لكان ينبغ�ي على العاق�ل� أن يختار الخرف الذ�ي

ذ�ي يفنى ، ... يبقى على الذهب� ال

81

Page 89: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Sekiranya dunia itu daripada emas yang tidak kekal, sedang akhirat itu daripada tembikar yang kekal, mestilah orang yang berakal akan memilih

tembikar yang kekal tersebut berbanding emas yang tidak kekal..

�نا وقد اختارنا الدنيا وه�ي الخرف الذ�ي يفنى �حال فكيف بعلى اآلخ�رة� وه�ي الذهب الذ�ي يبقى

Bagaimanakah dengan kita, kami memilih dunia sedang ia adalah tembikar yang tidak kekal berbanding akhirat yang merupakan emas yang

kekal!!

Allah s.w.t. berfirman

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal

(Surah al-A’la : 17)

Bodohlah manusia yang lebih menyukai sesuatu yang tidak bernilai bahkan tidak kekal berbanding sesuatu yang lebih bernilai dan ia adalah kekal. Dunia itu umpama sampah dan anjing merupakan antara haiwan yang suka merobek sampah-sarap!

Dr. Ahmad Mahmud Abdul Sattar menukilkan kata-kata hukama’ dalam Az-Zillul Hurur Minal Mauti Ilal Qubur

الدنيا ج�يفة ، وطالبها ك�البDunia itu sampah dan pemburunya adalah anjing

Nabi s.a.w. bersabda

الدنيا دار من ال دار له ، ولها يجمع من ال عقل لهDunia itu adalah bilik bagi mereka yang tidak mempunyai bilik, dan di

dalamnya berkumpullah mereka yang tiada akal

(Imam Ahmad, Musnad : 24300)

Mereka yang tergila-gilakan biliknya di dunia akan merempat tidak bertempat di akhirat kelak. Maka, binalah bilik anda di akhirat ketika di dunia lagi.

Page 90: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 8 | Kosongkanlah Hati Supaya Ia Terang

Dr. Hasan Abdul Hamid Watad menukilkan sebuah syair dalam Aqbasun Min Huda al-Quran al-Karim

�متالن �ي على الدنيا وقد عل فس تبكالمة ف�يها ترك ما ف�يها أن الس

Jiwa menangisi terhadap dunia, sesungguhnya aku telah ketahui, sesungguhnya kesejahteraan di dalamnya ialah meninggalkan apa yang

ada padanya,

�لمرء� بعد الموت� يسكنها ال دار ل�يها �ي كان قبل الموت� يبن ت �ال ال إ

Tiada tempat kediamanlah bagi seseorang selepas kematian, melainkan mereka yang telah membina (kediaman) sebelum kematiannya

Beruntunglah bagi mereka yang membina kediaman mereka di syurga ketika di dunia lagi. Akhirat bukanlah tempat untuk membina kediaman, tetapi untuk mendiami kediaman tersebut. Maka, mereka yang tidak membina kediaman mereka ketika di dunia lagi, di manakah tempat bagi mereka di akhirat kelak?

Imam al-Ghazali r.a. menukilkan sebuah syair daripada seorang Arab Badawi dalam Mukasyafatul Qulub

ما الدنيا كظ�ل بنيته �ن أال إ�ل ك زائ وال بد يوما أن ظ�ل

Ketahuilah, dunia itu hanyalah satu teduhan yang kamu bina, sudah pasti teduhan itu akan musnah satu ketika nanti

83

Page 91: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Nabi s.a.w. bersabda

�ال ما كان م�نها لله� عز الدنيا ملعونة ، ملعون ما ف�يها إوجل

Dunia itu dilaknat, dilaknat apa-apa yang ada di dalamnya melainkan apa-apa yang daripada (dunia) kerana Allah s.w.t.

(Imam al-Baihaqi, Jami’ Li Syu’abil Iman : 10031)

Sekiranya seseorang itu berebut-rebut untuk mendapatkan dunia sehinggakan lupa kepada akhirat, bermakna dia telah berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu yang menyebabkan dia dilaknat. Kenapakah laknat itu yang direbut sedangkan keredhaan Allah s.w.t. amatlah luas?

Imam al-Qurtubi menukilkan kata-kata Abdullah bin Umar r.a. dalam al-Jami’ Li Ahkami al-Quran

ك تع�يش أبدا �دنياك كأن ، احر�ث لك تموت غدا رتك كأن واعمل آلخ�

Bekerjalah kamu untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan beramallah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan

mati keesokannya

Dr. Hasan Abdul Hamid Watad menukilkan sebuah doa dalam Aqbasun Min Huda al-Quran al-Karim

�نا اللهم اجعل الدنيا ف�ي أيد�ينا ، وال تجعلها ف�ي قلوبYa Allah, letakkanlah dunia itu pada tangan kami, janganlah letakkan ia

dalam hati kami

Bagaimanakah anda ingin menjernihkan hati anda daripada kecintaan kepada dunia ini? Antara jutaan cara-cara yang telah digariskan oleh ‘alim ulama’ salah satu daripadanya adalah dengan berfikir. Fikirlah tentang ciptaan, keagungan Allah s.w.t..

Dr. Ahmad Mahmud Abdul Sattar menyatakan dalam Az-Zillul Hurur Minal Mauti Ilal Qubur

Page 92: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 8 | Kosongkanlah Hati Supaya Ia Terang

�عين� الف�كر� تأمل ف�ي الوجود� ب�يئة كالخيال� ترى الدنيا الدن

Berfikirlah tentang kewujudan dengan pemikiran,

Kamu akan melihat dunia yang hina seperti khayalan,

Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata hukama’ dalam Mukasyafatul Qulub

ن� على ما فاته م�ن الدنيا ، حز ب على الت �ن العبد يحاس� إ�ذا قدر عليها �فرح�ه� ف�ي الدنيا إ ب ب ويحاس�

Sesungguhnya seseorang itu menghitung kesedihan terhadap apa-apa yang terlepas daripada (peluang di) dunia, dan menghitung

kegembiraannya dengan (nikmat) dunia, sekiranya dia mendapatnya

Malanglah bagi mereka yang menyangka kesedihan itu adalah kerana disebabkan terlepas sesuatu di dunia ini. Begitu juga tersenyum kegembiraan ketika memperolehinya.

Berfikir Boleh Menenangkan Hati

Rumah yang penuh dengan barang-barang akan menyempitkan ruang di dalam rumah untuk tuan rumah bergerak ke sana dan ke mari. Semakin banyak barang-barangnya, ruang di dalam rumah akan semakin sempit. Hatta barang-barang perabut yang mahal tetapi apabila terlalu banyak tetap akan menyusahkan kita dan lebih memeningkan kepala.

Syeikh ‘Ato’illah as-Sakandari telah menyatakan dalam al-Hikam al-‘Atoiyyah

85

Page 93: Tarbiyyah Ruhhiyah New

�ها م�يدان ف�كرة ما نفع القلب م�ثل عزلة ، يدخل بTiada yang dapat (menandingi dari sudut) memberi manfaat pada hati

sama seperti dengan mengosongkan (nya), masuk ke dalam ruang berfikir dengan (cara mengosongkan hati itu)

Menjernihkan hati daripada kecintaan kepada dunia amat berkait dengan pemikiran seseorang. Pemikiran yang bersih melambangkan hati yang terang. Hati yang jernih meningkatkan pemikiran.

Ir. Abdul Wahab Abdul Mun’eim berkata dalam syarahannya terhadap hikmah yang ke-12 daripada al-Hikam

، � �لطعام نة ل فالعزلة ه�ي كح�ماية� المر�يض� م�ن ألوان معيوالف�كرة له كالدواء� ،

Maka mengosongkan hati itu seperti pesakit yang berpantang daripada beberapa jenis makanan, dan pemikiran itu pula seperti ubat.

� � الطعام �دون� تنظ�يم وال ينفع الدواء بDan ubat tidak bermanfaat sekiranya tidak berpantang (menjaga

makanan) ...

Inilah ubat penerang hati. Berfikirlah, gunakan pemikiran dengan sebaiknya, pemikiran yang cemerlang bermula daripada hati yang terang. Pemikiran yang baik adalah daripada cahaya yang menerangi hati. Oleh itu, bagaimanakah untuk seseorang berfikir dengan nur Islam sekiranya tiada di dalam jasadnya seketul hati manusia yang jernih dengan sinaran iman?

Ibnu Qayyim berkata dalam al-Fawa’id

ر� فك ر م�ن ق�بل� الت أصل الخير� والشAsal punca kebaikan dan keburukan bermula daripada pemikiran

Imam al-Ghazali berkata dalam Ihya’ Ulumiddin

�بصار� ... أن الف�كر هو م�فتاح األنوار� ، ومبدأ االست

Page 94: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 8 | Kosongkanlah Hati Supaya Ia Terang

Sesungguhnya pemikiran itu kunci bagi cahaya, dan permulaan penghayatan

Berfikir juga adalah ibadah, bahkan merupakan sebaik-baik ibadah. Sentiasalah berfikir dengan pemikiran yang bersih, bukan dihiasi dengan kotoran maksiat. Ubat yang beracun akan menambahkan sakit bukannya menyembuhkan penyakit.

Buanglah racun yang tersimpan dalam pemikiran anda supaya anda sentiasa dibimbing oleh hidayah Allah s.w.t.. Rugilah bagi mereka yang hanya menghitamkan lagi kotoran pada badan mereka, langsung tidak membersihkannya.

Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Ibnu Abbas r.a. dalam Ihya’ Ulumiddin

�ال قلب � ليلة ب ر خير م�ن ق�يام ركعتان� مقتص�دتان� ف�ي تفكDua rakaat yang bertujuan untuk berfikir (berfikir sejenak) lebih baik

daripada bangun malam (qiamullail) tanpa hati

Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Umar bin Abdul Aziz dalam Ihya’ Ulumiddin

� الله� عز وجل م�ن أفضل� الع�بادة� �عم الف�كرة ف�ي نBerfikir terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. merupakan antara sebaik-

baik ibadah

Beliau juga telah menukilkan lagi kata-kata al-Hassan r.a. dalam kitab tersebut

� ليلة ر ساعة خير م�ن ق�يام تفكBerfikir sejenak lebih baik daripada bangun malam (berqiamullail)

Ibnu Mubarak menukilkan kata-kata al-Hassan r.a. dalam az-Zuhud

87

Page 95: Tarbiyyah Ruhhiyah New

ر فك �ن م�ن أفضل� العمل� الورع والت إSesungguhnya antara sebaik-baik ibadah ialah wara’ dan berfikir

Bagaimanakah dengan berfikir boleh menerangkan hati? Bukankah kita sudah memerhatikan bahawa berfikir dengan jiwa yang dibimbing oleh hidayah Allah s.w.t. itu merupakan cahaya yang akan menerangi umat secara keseluruhannya? Nyalakanlah cahaya ini dalam hati anda.

Imam as-Sayuti menukilkan kata-kata para sahabat Nabi s.a.w. dalam ad-Darrul Manthur Fi Tafsiri Bil Ma’thur

ر فك �يمان� الت �يمان� أو نور اإل �ن ض�ياء اإل إSesungguhnya lampu iman atau cahaya iman adalah dengan berfikir

Dengan berfikir juga, anda mampu mengenali kebaikan dan keburukan yang telah kamu lakukan supaya tidak melakukannya lagi. Sangat teruklah bagi sesiapa yang terjatuh ke dalam lubang biawak sebanyak dua kali. Dua kali melakukan kesalahan yang sama adalah suatu kerugian yang amat sangat.

Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata al-Fudhail bin Iadh dalam Ihya Ulumiddin

ئاتك الف�كر م�راة تر�يك حسنتك وسيBerfikir itu adalah cermin yang memperlihatkan kepadamu kebaikan dan

keburukanmu

Setelah kita mampu mengenal keburukan, seterusnya hendaklah kita pastikan diri kita sentiasa menjauhkan diri daripada segala sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan buruk itu. Hal ini akan menghindarkan diri anda daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.. Bukankah maksiat itulah yang menjadi penyebab utama hati anda menjadi gelap?

Kerana disebabkan hati yang gelap inilah, kita gagal mengenali kebesaran Allah s.w.t. yang terdapat pada diri kita sendiri. Umpama seorang buta yang lansung tidak mengenali erti siang dan malam.

Page 96: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 8 | Kosongkanlah Hati Supaya Ia Terang

Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Bisyru bin al-Harith al-Hafi dalam Ihya Ulumiddin

اس ف�ي عظمة� الله� ، ماعصوا الله ر الن لو تفكSekiranya manusia berfikir tentang keagungan Allah s.w.t., mereka tidak

akan sekali-kali melakukan maksiat kepada-Nya

Selain itu, Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Ibnu Abbas r.a. dalam Mukasyafah al-Qulub

�ه� ، �لى العمل� ب ر ف�ي الخير� يدعوا إ فك الت�ه� �لى ترك ر يدعوا إ � على الش دم والن

Berfikir tentang kebaikan boleh mendorong kepada beramal dengannya, dan menyesali terhadap keburukan mendorong supaya meninggalkan

keburukan tersebut.

Antara cara-cara yang sesuai untuk mendorong seseorang untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan, ialah dengan berfikir. Sekiranya hati sentiasa berfikir untuk melakukan kejahatan, maka jasad akan terdorong untuk melakukan kejahatan dan begitulah sebaliknya.

Imam al-Ghazali telah menukilkan syair daripada Sufyan bin ‘Uyainah dalam Mukasyafah al-Qulub

�ذا المرء كانت له ف�كرة إفف�ي كل شيء له ع�برة

Apabila seseorang itu mempunyai pemikiran, maka pada setiap perkara, baginya terdapat pengajaran

Imam al-Ghazali juga telah menukilkan kata-kata Qadhi Fudhail dalam Mukasyafah al-Qulub

�ك ئات �ك وسي الف�كرة م�راة تر�يك حسنات

89

Page 97: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Pemikiran itu adalah cermin yang memperlihatkan kebaikan dan keburukan kamu

Oleh itu, cerminlah diri anda dengan ukuran pemikiran yang betul. Anda akan menemui kuncinya. Insya-Allah.

Page 98: Tarbiyyah Ruhhiyah New

BAHAGIAN 9 Ubat Penerang Hati

Hati manusia sering dirudung kerungsingan, gelisah dan sebagainya. Namun, kebanyakan mereka tidak menyedari bahawa ubat bagi kerungsingan tersebut sudah sedia ada pada diri masing-masing.

Tidak perlu berjumpa dengan doktor pakar, motivator dan sebagainya. Hanya perlu melakukan beberapa perkara sahaja sudah memadai. Kadangkala kita terlalu sibuk memikirkan tentang sesuatu, sehinggakan terlupa kepada perkara-perkara lain dan inilah ubat yang telah disyorkan oleh doktor hati.

Seorang pesakit pening memikirkan bagaimanakah untuk mengubati penyakitnya, sedangkan dia terlupa bahawa penyakit tersebut ‘dibuat’ oleh Allah s.w.t., tetapi masih lagi mengharapkan kepada ubat hospital semata-mata. Tidak sedarkah dia bahawa Allah s.w.t. yang telah mengujinya dengan penyakit tersebut supaya dia sentiasa mengingati-Nya, bukannya ujian tersebut bermaksud Allah s.w.t. semakin melupakannya.

Nabi s.a.w. bersabda

�ه� خيرا ، يص�ب م�نه من ير�د� الله بSesiapa yang Allah s.w.t. kehendaki baginya kebaikan, Allah s.w.t. akan

mengujinya

(Riwayat Imam Ahmad, Musnad : 7234)

Allah s.w.t. berfirman

Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan penyakitku; (Surah asy-Syu’ara’ : 80)

Dalam penulisan ringkas ini, akan dihuraikan tentang ubat penerang hati yang telah pun dijelaskan oleh ulama’-ulama’ kita yang

91

Page 99: Tarbiyyah Ruhhiyah New

terdahulu. Dr. Aidh al-Qarni telah menukilkan daripada Imam Ibnu Qayyim dalam La Tahzan bahawa ubat penerang hati tersebut ialah :

Ubat Pertama :Tauhid

Apabila seseorang tersebut mentauhidkan Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya, dia pasti akan mendapati bahawa hatinya lebih luas daripada bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya.

Lihatlah, apabila seseorang tersebut mengenali Allah s.w.t., maka dia akan lebih menghargai dan mengasihi makhluk-makhluk-Nya yang lain. Apabila seseorang tersebut mengenal erti cinta kepada Allah s.w.t., maka dia lebih mengenal erti cinta terhadap makhluk-makhluk-Nya yang lain.

Apabila seseorang tersebut mengetahui bahawa Allah s.w.t. lebih berautoriti untuk menerima doa, maka dia akan berasa bosan untuk meminta-minta kepada manusia. Apalah sangat kuasa yang ada pada manusia biasa sepertinya.

Allah s.w.t. berfirman

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya

(Surah an-Naml : 62)

Sekiranya Allah s.w.t. mampu untuk menyembuhkan penyakit hamba-hamba-Nya yang kafir, apatah lagi bagi hamba-hamba-Nya yang mengikut perintah-Nya. Sekiranya Allah s.w.t. mampu memberikan kejayaan kepada si kafir yang pemalas, apatah lagi bagi mereka yang beriman dan rajin?

Allah s.w.t. berfirman

92

Page 100: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 9 | Ubat Penerang Hati

Maka sesiapa yang Allah s.w.t. kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membukakan

hatinya) untuk menerima Islam

(Surah al-An’am : 125)

Ubat Kedua :Ilmu Bermanfaat

Orang yang berilmu ialah orang yang paling terang hatinya dan mampu menerangi orang lain. Hal ini kerana merekalah yang mewarisi warisan Nabi Muhammad s.a.w.. Bukankah seorang anak pendekar akan digeruni oleh ramai kerana kehebatan ayahnya?

Apatah lagi bagi mereka yang mewarisi kehebatan seorang manusia yang teragung dan terbaik dalam kalangan seluruh manusia yang ada? Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. lebih mulia daripada arasy-Nya dan segala macam makhluk-makhluk yang lain?

Imam Ibnu Qayyim menyatakan dalam Madariju As-Salikin :

�ياء� وتراثهم ، وأهله عصبتهم الع�لم هاد ، وهو تر�كة األنباثهم ، وهو حياة القلوب� وور

Ilmu itu adalah petunjuk, dan ia adalah tinggalan dan warisan para nabi. Dan orang yang berilmu adalah generasi dan pewarisnya, dan dia (ilmu)

adalah penghidup hati ..

Imam Syafie mengadu kepada Imam Wakie’ sepertimana yang dinyatakan dalam ad-Diwan

�يع� سوء ح�فظ� �لى وك شكوت إ�لى ترك� المعاص�ي �ي إ وأرشدن

93

Page 101: Tarbiyyah Ruhhiyah New

aku mengadu kepada Imam Waki’e tentang buruknya hafalanku, lalu dia memberitahu kepadaku supaya meninggalkan maksiat

�أن الع�لم نور �ي ب وأخبرن�عاص�ي ونور الله� ال يهدى ل

dia memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya,

dan cahaya Allah s.w.t. tidak masuk ke dalam hati-hati orang yang melakukan maksiat

Apabila seseorang tersebut berilmu, maka dia mengetahui penyelesaian bagi banyak masalah yang dihadapinya. Bukankah ilmu itu sebagai penerang hati, penyelesai masalah dan pengubat gelisah?

Orang yang tidak berilmu tidak akan tahu untuk menyelesaikan masalah yang ada pada dirinya apatah lagi menyelesaikan masalah yang ada pada orang lain. Bahkan penyelesaian oleh orang yang tidak berilmu akan menambahkan lagi masalah kepada orang lain. Si jahil itu menggelapkan, bahkan menggelapkan orang lain.

Imam al-Ghazali menukilkan kata-kata Imam asy-Syafie r.a. dalam Mukasyafah al-Qulub

م القران ، عظمت ق�يمته ، من تعلSesiapa yang mempelajari al-Quran, tinggilah nilainya,

م الف�قه ، جل م�قداره ، ومن تعلDan sesiapa yang mempelajari Fiqh, mulialah kedudukannya,

م الحد�يث ، قو�يت حجته ، ومن تعلDan sesiapa yang mempelajari Hadis, kuatlah hujahnya

Page 102: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 9 | Ubat Penerang Hati

Ubat Ketiga :Amalan Soleh

Seseorang yang banyak amalan kebaikannya, hatinya akan diterangi dengan amalan-amalannya. Segala masalah-masalah hati hendaklah diselesaikan juga dengan amalan-amalan soleh, bukan dengan ilmu semata-mata.

Apabila seseorang tersebut sudah mengetahui penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi, dia hendaklah berusaha sedaya upaya mungkin untuk “melaksanakan” penyelesaian tersebut. Bukankah ilmu itu adalah cahaya dan apalah gunanya cahaya sekiranya tidak digunakan untuk menyuluh?

Sangatlah bodoh bagi mereka yang keluar pada malam yang gelap-gelita tanpa sebatang lilin yang menyala sekalipun, sedang dia memilikinya dan dibiarkan tersimpan kemas di rumahnya.

Khatib al-Baghdadi menukilkan kalam Qadhi Fudhail bin Iadh dalam Iqtidha’ul Ilmi Wal Amal :

�يل العمل� � العمل ، والع�لم دل ما يراد م�ن الع�لم �ن إApa yang dikehendaki daripada ilmu hanyalah amalan, dan ilmu itu adalah petunjuk amalan (amalan itu dalil adanya ilmu seseorang).

Allah s.w.t. berfirman

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk

(Surah al-Bayyinah : 7)

Bukankah orang yang beramal soleh dengan ilmunya itu sebaik-baik manusia? Bukankah manusia yang terbaik (Nabi Muhammad s.a.w.)

95

Page 103: Tarbiyyah Ruhhiyah New

mempunyai hati yang terang sepertimana firman-Nya dalam Surah al-Insyirah?

Mereka yang beramal soleh juga akan mendapat kasih sayang orang lain, lebih-lebih lagi kasih sayang dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Apakah kerungsingan yang ada apabila kita mendapat kasih sayang dan rahmat daripada Allah s.w.t. dan manusia yang lain?

Allah s.w.t. berfirman

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah s.w.t. yang melimpah-limpah rahmat-Nya akan menanamkan bagi mereka

dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.

(Surah Maryam : 96)

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah s.w.t. dengan sikap yang tidak tetap, iaitu sekiranya beroleh kebaikan (daripada ibadahnya),

tenanglah hati dengannya (kebaikan yang dilakukan tersebut). Dan sekiranya ditimpa kesusahan, kembalilah (kepada kekufuran)

(Surah al-Hajj : 11)

Ubat Keempat :Keberanian

Page 104: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 9 | Ubat Penerang Hati

Mereka yang berani adalah hanya mereka yang sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam hati mereka. Manusia yang penakut sering berasa rungsing dan gelisah.

Syeikh Abdul Rahman bin Nasir as-Sa’di berkata dalam Ar-Riadhu an-Nadhirah, Wal Hada’iqin Niratiz Zahirah Fil Aqa’idi Wal Fununil Mutanawwi’atil Fakhirah :

اف�ع� �قدام على األمور� الن بات واإل ه�ي الصبر والثKeberanian ialah sabar, tetap (hati), dan mendahulukan perkara-perkara

bermanfaat ...

Bukankah dengan bersabar, tetap pendirian dan melakukan perkara-perkara bermanfaat ialah penerang kepada hati? Seseorang yang bersabar kebanyakannya pandai dalam mengawal emosi.

Orang yang tetap pendirian, tidak ragu-ragu dalam perbuatan akan menyebabkan hatinya sentiasa terang daripada keraguan. Orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang bermanfaat itulah orang yang pandai dalam menangani masalah hati.

Dalam Safwatul Akhbar :

�لى عدوه� ، والجبان مبغض حتى ب حتى إ جاع محب الش�لى أمه� إ

Keberanian (orang yang berani) itu disukai sehinggalah kepada musuhnya, dan penakut itu dibenci walaupun oleh ibunya sendiri

Dr. Sa’ad Jamal Mahmud Juma’ah berkata dalam Dirasat Fi ‘Ilmi al-Akhlak tentang kefahaman keberanian yang sebenar.

جاع� ما ينبغ�ي أن جاعة� أن يخاف الش � الش م�ن تماميخاف

Antara tanda lengkapnya keberanian ialah orang yang berani itu berasa takut terhadap apa-apa yang perlu untuk ditakuti

97

Page 105: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Ubat Kelima :Menjauhi Maksiat

Maksiat ialah kekeruhan dan akan mengeruhkan hati. Bagaimanakah mungkin untuk seorang yang keruh hatinya ingin mendapatkan penerang bagi hatinya? Bukankah maksiat juga merupakan suatu penutup bagi hati dan bagaimanakah orang yang tertutup hatinya ingin menerangi hatinya?

Allah s.w.t. berfirman

ما يصعد قا حرجا كأن ره ضي ع ص ه ي ۥومن ير� أن يض�ل ي� ي� ي� ۥ ي�م�نون ذ�ين ال ي ل س على لر ه لل عل �ك ي ما كذل لس ي�ف�ي ٱ ي� ٱ ٱ ي� � ء ٱ

١٢٥Dan sesiapa yang Allah s.w.t. kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah s.w.t. menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

(Surah al-An’am : 125)

Adakah anda mengenali racun? Apakah tindakan anda apabila mengetahui bahawa makanan yang dihadapkan di hadapan anda mengandungi racun? Pastinya anda akan membuang makanan tersebut supaya makanan beracun tersebut tidak memudharatkan diri anda.

Ibnu Qayyim berkata dalam al-Jawab al-Kafi :

م�ما ينبغ�ي أن يعلم : أن الذنوب والمعاص�ي تضر ،� ف�ي موم وال بد أن ضررها ف�ي القلب� كضرر� الس

األبدان� .....ة� ، ... فما الذ�ي أخرج األبوين� م�ن الجن

Page 106: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 9 | Ubat Penerang Hati

Antara perkara-perkara yang perlu diketahui : Sesungguhnya dosa dan maksiat memberikan mudharat, mestilah mudharatnya pada hati seperti

mudharatnya racun pada badan. ... Apakah yang menyebabkan Adam dan Hawa terkeluar daripada syurga? .....

Racun yang menyerang seseorang boleh menyebabkan seseorang tersebut mati. Begitu juga maksiat, mampu mematikan hati seseorang. Apabila hati sudah mati, bagaimanakah mungkin hati yang mati menerangi hidup?

Bertaubatlah daripada melakukan maksiat kerana dengan taubat sahajalah hati yang mati mampu dihidupkan semula.

Dr. A’idh al-Qarni menukilkan sebuah syair dalam La Tahzan :

رأيت الذنوب تم�يت القلوب�دمانها وقد يور�ث الذل إ

Aku melihat dosa itu mematikan hati,

Sesungguhnya mewarisi kecelakaan itu adalah kesannya

Maka hati yang mati akan mewarisi kecelakaan. Adakah dengan hati yang mati, kita ingin berjumpa dengan Allah s.w.t. yang menyuruh supaya kita membersihkannya? Seseorang yang dikatakan celaka ialah mereka yang hatinya mati.

Ubat Keenam :Menjauhi Perkara Sia-sia

Perkara yang sia-sia termasuklah dengan bercakap, makan, tidur yang banyak dan sibuk dengan dunia. Bercakap banyak akan membawa kepada kesalahan yang banyak, dan memperbanyakkan dosa, lalu akan menyebabkan hati kita mati.

99

Page 107: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Ibnu Abi ad-Dunya telah menukilkan kata-kata Saidina Umar al-Khattab r.a. dalam As-Shomtu

من كثر كالمه كثر سقطهSesiapa yang banyak kata-katanya, maka banyaklah kesilapannya

Orang yang tidak berhati-hati dalam pemanduannya di jalan raya, berkemungkinan akan terlibat dengan kemalangan jalan raya. Begitu juga dengan orang yang tidak berhati-hati dalam berkata-kata, akan menyebabkan dirinya terlibat dengan kata-kata keji kerana lidahnya.

Makan terlalu banyak pula, bukan sahaja merupakan perkara yang sia-sia, bahkan dikeji.

Nabi s.a.w. bersabda

�ن كثرة األكل� شؤم إSesungguhnya banyak makan itu keji

(Jami’ Li Syuabil Iman, Imam al-Baihaqi : 5273)

Banyak tidur pula akan merosakkan amalan, kerana amalan itu sempurna dengan kesungguhan, bukan dengan kemalasan. Terlalu banyak tidur akan membawa kemalasan.

Pernahkah anda menghitung hari anda? berapakah tempoh yang anda lena dalam mimpi yang enak? Kemudian bandingkan dengan diri anda yang ingin bergelar ahli syurga.

Nabi s.a.w. bersabda

ة� وم أخو الموت� ، وال يموت أهل الجن النTidur itu adalah saudara kematian, dan tidak matilah ahli syurga

(Imam Sayuti, Jami’ as-Saghir : 9325)

Dr. A’idh al-Qarni menukilkan sebuah syair dalam La Tahzan :

يا رف�يق الف�راش� أكثرت نوما

Page 108: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 9 | Ubat Penerang Hati

�ن بعد الحياة� نوما طو�يال إWahai penggemar katil, banyaknya kamu tidur,

Sesungguhnya selepas kehidupan adalah tidur yang panjang!!

Kematian memutuskan kelazatan, begitu juga dengan tidur. Kematian memutuskan amalan akhirat bagi seseorang, dan mereka yang bergelar ahli syurga bukanlah orang yang kuat tidur.

Sibuk dengan urusan keduniaan juga akan menggelapkan hati. Apabila seseorang tersebut sudah meletakkan dunia dalam hatinya, maka bagaimanakah mungkin untuk cahaya hidayah Allah s.w.t. untuk memenuhi ruang hatinya?

Cintakan dunia menjadi punca kepada segala kesalahan. Oleh itu hindarkan diri kita daripada cintakan dunia dan berwaspadalah dengan cubaan dunia supaya anda tidak tersalah langkah yang akan menjadi sesalan berpanjangan pada hari akhirat kelak.

Nabi s.a.w. bersabda

حب الدنيا رأس كل خط�يئةCintakan dunia adalah punca segala kesalahan

(Imam Sayuti, Jami’ as-Saghir : 3662)

Nabi s.a.w. bersabda

اس� يعمى ويصم ناء� م�ن الن حب الثCintakan pujian manusia, memekakkan dan membutakan

(Imam Sayuti, Jami’ as-Saghir : 3663)

Oleh itu, perhatikanlah sendiri jika perbuatan yang sia-sia ini ada pada diri anda maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjauhkan diri anda daripadanya. Hal ini kerana perbuatan yang sia-sia akan menggelapkan hati. Apabila sudah pekak dan buta dengan pujian manusia,

101

Page 109: Tarbiyyah Ruhhiyah New

tiada lagi tempat untuk amalan soleh yang dipuji oleh Allah s.w.t. untuk mengisi hatinya.

Kesimpulannya, gunakanlah keenam-enam ubat ini sebagai penerang bagi hati kita semua. Seringkali kita terlupa bahawa kita sebenarnya sudah pun memiliki semua ubat-ubatan ini. Ingatlah, penyakit hati sering mencari hati manusia untuk dijangkiti. Itulah kuman hawa nafsu yang sering kali sahaja mencari helah-helah jahat untuk merosakkan tubuh manusia melalui hatinya.

Imam al-Ghazali menukilkan sebuah syair dalam Mukasyafah al-Qulub

ك لن تسود ولن ترى واعلم أنبعت هواكا �ذا ات شاد� إ طرق الر

Ketahuilah bahawa kamu tidak mungkin menyelusuri dan tidak mungkin boleh melihat lorong-lorong petunjuk, sekiranya kamu mengikut hawa

nafsu kamu

Maka berhati-hatilah dengan hati anda dan berjaga-jagalah dengan hawa nafsu. Janganlah mengikut kata hati sekiranya hati anda dikotori. Basuhlah hati anda dengan taubat dan amal soleh supaya hati anda sentiasa disinari dengan cahaya hidayah Ilahi.

Page 110: Tarbiyyah Ruhhiyah New

BAHAGIAN 10 Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Semasa hidup di dunia inilah kita dapat menilai dengan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita. Apakah bekalan yang akan kita bawa ke negeri akhirat yang kekal abadi? Apakah kita bakal mendapat rahmat atau azab di alam barzakh dan di alam akhirat nanti? Jika kita termasuk dalam golongan yang bakal mendapat azab, maka tidak berguna segala sesalan pada waktu itu. Walaupun kita menangis mengeluarkan air mata darah sekalipun, kita tidak akan lagi diberi peluang untuk hidup kembali ke alam dunia ini.

Oleh sebab itu, sepatutnya kita sentiasa mengingati mati, kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda mengingatkan umatnya:

Perbanyakan olehmu mengingati perkara yang memutuskan kesedapan iaitu mati

Nabi Muhammad s.a.w. telah mengingatkan kita supaya jangan kita lalai dengan kesedapan dunia sehingga kita melupakan mati. Mengingati mati itu akan memutuskan segala kelazatan dunia. Jika kita melupakan mati, kita juga akan melupakan persiapan dan bekalan yang akan kita bawa sesudah mati. Mengingati mati adalah di antara ubat yang mujarab untuk kita sentiasa dalam keadaan bermuhasabah diri dan bersedia untuk mencari bekalan untuk dimanfaatkan sesudah mati.

Mengingati mati juga akan menjadikan kita insan yang tidak tamakkan dunia dan haloba serta berkejar-kejaran mengumpulkannya. Segala angan-angan panjang untuk meluaskan kekayaan diri dipendekkan dan segala cita-cita rakus untuk mengejar segala perkara yang boleh mendatangkan lalai kepada perintah Allah s.w.t. dibataskan. Dengan itu, kita mengharapkan agar penyakit cintakan dunia tidak menghinggapi hati kita.

103

Page 111: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Kenali Dunia Agar Tidak Tertipu Dengannya

Dunia itu ialah sesuatu yang seharusnya dimanfaatkan untuk akhirat. Adalah amat rugi bagi seseorang itu sekiranya anggota zahirnya bergelumang dengan keasyikan dunia dan dia tidak menyangkakan bahawa kecintaan kepada dunia itu tidak akan memberikan kesan kepada hatinya. Orang yang menyangkakan seperti ini adalah orang yang tertipu walaupun dia beramal dengan amalan apa-apa sekalipun. Walaupun kita sering kali tertewas dalam peperangan melawan nafsu, tetapi kita mesti memahami bahawa setiap perkara maksiat itu akan mengelapkan hati. Kita mestilah menerima hakikat ini walaupun kerap kali terkena pada diri kita sendiri.

Jatuh bangun dalam perjalanan menjadi hamba Allah s.w.t. yang bertakwa adalah satu lumrah yang mesti ditempuhi bagi orang-orang yang berjalan menuju akhirat. Janganlah kita berasa ujub dengan amalan sendiri tetapi terimalah hakikat bahawa kita hanyalah makhluk yang tidak dapat tidak mesti bergantung harap kepada al-Khalik, iaitu Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w. s.a.w. bersabda :

Jikalau dunia itu menyamai di sisi Allah S.W.T. dengan sebelah sayap nyamuk, nescaya tidak akan diberi minum orang–orang kafir walau

seteguk air

Hadis ini telah menggambarkan betapa hinanya dunia ini pada sisi Allah s.w.t.. Sesiapa yang mengambilnya sekadar hajat untuk menyempurnakan ibadah kepada Allah s.w.t., maka dia tidak tertipu dengan dunia dan barangsiapa yang mengambilnya secara berlebih-lebihan daripada kadar hajatnya sehingga dia dilalaikan daripada beribadat kepada Allah s.w.t. maka dia adalah orang yang tertipu dengan dunia.

Dunia ini terlalu memperdayakan manusia kerana keelokan rupa zahirnya. Tidaklah para anbia’ dan aulia’ mengambil dunia melainkan sekadar menolong mereka untuk beribadah kepada Allah s.w.t..

Maka, marilah kita sama-sama berusaha sedaya upaya untuk mencontohi kehidupan para anbia’ dan aulia’ yang mana telah mereka jadikan dunia itu hanyalah sebagai alat bukannya matlamat. Oleh sebab itu, kita perlulah sedar bahawa pada hujung kehidupan ini adalah kematian. Kematian yang entah bila akan muncul. Jika kita sentiasa sedar

104

Page 112: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

bahawa pada hujung kehidupan ini adalah kematian, kita tidak akan menjadi orang yang terlalu sibuk menghimpunkan harta dan tidak terlalu tamak terhadap dunia.

Ingatlah empat perkara yang menjadi racun pembunuh dan ingatlah ubat-ubatnya.

Sesungguhnya :

1. Dunia itu racun yang membunuh, zuhud itulah ubatnya.2. Harta itu racun yang membunuh, zakat itu adalah ubatnya. 3. Berkata-berkata yang sia-sia itu racun yang membunuh, taat

itulah ubatnya. 4. Sekalian tahun itu racun yang membunuh, bulan Ramadhan

itulah ubatnya.

Jika kita dapat menggunakan ubat-ubat ini dengan baik maka kita akan berjaya melepaskan diri daripada racun-racun yang membunuh itu.

Bisa racun-racun itu akan merosakkan jiwa dan seterusnya akan membunuhnya. Sehinggalah akhirnya hati akan menjadi mati dan kusam. Apabila hati sudah mati maka kesudahannya kebenaran dan kebatilan adalah sama sahaja pada sisinya. Sesudah itu, tidak ada lagi bezanya di antara dosa dan pahala yang penting hanyalah untuk memuaskan nafsu syahwat semata-mata. Inilah antara gambaran dunia yang fana ini. Moga Allah s.w.t. mencampakkan ke dalam hati kita sifat zuhud agar tidak terpedaya dengan godaan dunia yang melekakan kebanyakan daripada kita.

Para ulama’ menyatakan jika kita berada di rumah, biarlah rumah itu kekal di atas tapaknya dan tidak pula masuk ke dalam hati kita. Begitu juga kalau kita memiliki kereta, biarlah kereta itu disimpan di bangsalnya dan tidak pula masuk ke dalam hati kita dan kalau kita diberikan Allah s.w.t. harta yang melimpah-ruah, biarlah harta itu di tempatnya dan tidak masuk ke dalam hati kita.

Itulah yang dimaksudkan dengan zuhud. Orang-orang berharta juga boleh berzuhud dengan hartanya selagi mana hartanya itu tidak

105

Page 113: Tarbiyyah Ruhhiyah New

menjadi segala tumpuan utamanya dalam kehidupan di dunia ini melainkan sebagai suatu alat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Oleh kerana itulah, maka zuhud itu ialah berpangkal pada hati. Semoga Allah s.w.t. membimbing kita semua dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini untuk kita semua menempuh perjalanan yang jauh dan kekal abadi pada hari akhirat nanti.

Sabar Menghadapi Ujian

Sebelum kita menemui kematian, kita akan tempuhi pelbagai ujian dan dugaan di dunia ini. Dunia ini adalah tempat ujian. Tidak ada manusia yang tidak akan menempuhinya. Maka kesabaran adalah senjata utama dalam menghadapi segala ujian di dunia ini. Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang sabar.

Sabar adalah menahan diri daripada perasaan marah kepada sesuatu yang tidak kita sukai seperti ditimpa musibah. Sabar juga adalah kemampuan untuk kita menahan lidah daripada mengadu sesuatu kesusahan kepada orang lain terlebih dahulu sebelum mengadu kepada Allah s.w.t.. Antara penghalang kepada seseorang untuk bersabar adalah sifat membesarkan diri atau ego. Orang yang bersifat ego ini tidak akan mampu untuk bersabar. Contohnya seseorang yang berjawatan tinggi, apabila kedudukannya digantikan oleh orang lain, dia tidak akan boleh menerimanya kerana menganggap dirinya lebih layak. Maka dia tidak akan mampu bersabar.

Sayyidina Ali r.a. menyatakan bersabar itu ada tiga jenis :

Pertama : sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Kedua : sabar dalam menahan diri daripada melakukan maksiat

Ketiga : sabar ketika menerima musibah

Sesiapa yang bersabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. akan memberikan kepadanya seratus darjat yang mana setiap darjat jauhnya antara langit dan bumi. Demikian jugalah sabar dalam meninggalkan maksiat dan ketika menerima musibah, maka Allah

Page 114: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

s.w.t. akan mengurniakannya pahala yang tidak terhitung. Semua kurniaan ini akan kita dapati pada hari akhirat kelak.

Biarlah kita susah sedikit di dunia ini, bersabar sedaya upaya yang kita mampu, kerana kita tidak akan mampu bersabar dengan azab Allah s.w.t. di dalam kubur dan di alam akhirat kelak. Sungguh penting sekali sifat sabar bagi kita yang sedang berjalan menuju ke alam akhirat, kerana dalam perjalanan ini kita akan berdepan dengan ranjau dan duri serta halangan-halangan yang boleh merosakkan diri dan jiwa kita. Bersama-samalah kita memohon pertolongan Allah s.w.t.

Melalui Pintu Alam Barzakh

Telah disebut dalam satu riwayat, apabila seseorang hamba Allah s.w.t. dalam keadaan nazak, maka dibisukan lidahnya. Datanglah empat orang malaikat kepadanya. Berkatalah malaikat yang pertama, “Assalamualaikum wahai hamba Allah s.w.t., aku adalah malaikat yang mewakili rezeki engkau. Aku tuntut di dalam dunia antara timur dan barat. Maka aku tidak dapati rezeki engkau sesuatu hinggalah sekarang”. Maka berkatalah malaikat yang kedua, “Assalamualaikum wahai hamba Allah s.w.t., aku adalah malaikat yang mewakili dengan minuman engkau. Aku tuntut di dalam dunia antara timur dan barat. Maka aku tidak dapati sesuatu minuman engkau hinggalah sekarang”. Maka berkatalah malaikat yang ketiga, “Assalamualaikum wahai hamba Allah s.w.t., aku adalah malaikat yang mewakili dengan nafas engkau. Aku tuntut di dalam dunia antara timur dan barat. Maka aku tidak dapati nafas engkau hinggalah sekarang”. Kemudian berkatalah malaikat yang keempat, “Assalamualaikum wahai hamba Allah s.w.t., aku adalah malaikat yang mewakili dengan ajal engkau. Aku tuntut di dalam dunia antara timur dan barat. Maka aku tidak dapati satu saat juapun untukmu sekarang.”

Kemudian masuklah pula malaikat Kiraman Katibin dari kanan dan kiri untuk dibentangkan kepadanya segala amalan yang dilakukan semasa di dunia. Malaikat di sebelah kanan diwakili dengan amal kebajikan akan mengeluarkan sahifah bercahaya. Orang yang melihat

107

Page 115: Tarbiyyah Ruhhiyah New

buku catatan amalannya dipenuhi dengan amalan kebaikan akan gembira dan akan manis mukanya. Orang yang melihat buku catatan amalannya dipenuhi dengan amalan kejahatan akan ditunjukkan oleh malaikat di sebelah kiri kerana tidak mahu menanggung sahifah yang gelap itu. Malaikat itu pun menggulung dan mencampakkan sahifah gelap itu ke mukanya.

Apabila ruh seseorang yang nazak sampai ke halkum, akan dicabutlah nyawanya oleh Malaikat Maut. Jika si mati itu termasuk dalam kalangan orang yang mendapatkan rahmat Allah s.w.t., maka ruhnya akan diambil oleh Malaikat Rahmat dengan wangi-wangian yang amat harum baunya, keadaannya ketika itu amatlah menyenangkan. Tetapi jika si mati itu termasuk dalam kalangan orang yang mendapat azab, maka ruhnya akan diambil oleh Malaikat Azab dengan bau yang amat busuk, melebihi busuknya bau bangkai, keadaannya ketika itu amat menyeksakan. Menurut pendapat Ibnu Abbas r.a. bahawa Malaikat Maut itu mempunyai pembantu-pembantu daripada kalangan para malaikat-malaikat yang lain.

Ibnu Abbas r.a. telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa malaikat pencabut nyawa akan menyerupai seperti seorang pemuda yang sangat cantik rupa parasnya. Pakaiannya amatlah baik dan harum wanginya. Nabi Ibrahim a.s. berkata “Jikalau seseorang yang beriman itu melihat wajah malaikat pencabut nyawa yang cantik rupa parasnya ketika hampir hendak mati, sudah cukup untuk menggembirakan orang itu”. Kenikmatan melihat nikmat-nikmat syurga bagi orang-orang mukmin sudah cukup untuk mengurangkan kesakitan sakratul maut yang dirasai. Malaikat yang cantik rupa paras itu mencabut nyawa dengan lemah-lembut dan berhati-hati.

Bagi orang-orang kafir, munafik, dan orang-orang yang sesat yang menentang hukum-hukum Allah s.w.t. dan sunah Rasulullah s.a.w mereka past akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan yang sangat menyiksakan lagi menghinakan. Malaikat Maut akan menyerupai rupa yang bengis lagi menakutkan. Nyawa mereka akan direntap kasar tanpa belas kasihan. Mereka adalah golongan yang amat rugi sekali. Berlindunglah kita kepada Allah s.w.t. daripada termasuk dalam kalangan yang demikian itu.

Tidak ada sesiapa pun yang akan melepaskan diri daripada kematian kerana Allah s.w.t. telah berfirman :

Page 116: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

نا �ل وإ ن ر� ف� خ ر و �لش لوكم ب م ون �قة ذائ ي�كل ن �� ة ي� ي� ي� ٱ ٱ ي � ت ي� ي� ٱ س ي�جعون ٣٥ي�ت

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-

benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

(Surah al-Anbiya’ : 35)

Kita Mahukan Kubur Yang Terang dengan Amalan Soleh

Ketahuilah sesungguhnya kubur itu gelap dan sempit. Kubur itu tempat menghuninya cacing-cacing, ulat-ulat dan serangga-serangga. Di dalamnya sudah tidak ada lagi kemegahan dan kemewahan. Di dalamnya juga akan tersingkaplah, siapakah sebenarnya yang bijak dan siapakah pula yang bodoh. Kebodohan dan kecerdikan tidak boleh diukur dengan pangkat dan sijil-sijil semasa di dunia. Tetapi semuanya berdasarkan sejauh mana ketaatan hamba terhadap Allah s.w.t.. Seorang petani yang bekerja di sawah adalah bijak jika dia seorang yang bertakwa di sisi Allah s.w.t.. Seorang cendekiawan lulusan universiti adalah bodoh jika dia kufur kepada Allah s.w.t..

Imam Abu Lait Rahimahullah telah berkata, “Hamba Allah s.w.t. perlulah melazimkan empat perkara dan menjauhi empat perkara. Empat perkara yang perlu dilazimkan ialah:

1. Memelihara solat2. Bersedekah3. Membaca al-Quran 4. Membanyakkan bertasbih

Keempat-empat perkara ini akan menerangkan kubur yang gelap dan meluaskan kubur yang sempit.

109

Page 117: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Empat perkara yang perlu kita jauhi pula ialah

1. Berdusta2. Khianat3. Mengadu domba 4. Tidak beristibrak setelah membuang air kecil.

Berhati-hatilah dengan empat perkara tersebut kerana kubur itu tempat penderitaan yang memedihkan.

Imam Abu Hanifah Rahimahullah menyatakan, ramai orang yang tertanggal imannya ketika waktu nazak. Antara sebabnya ialah kerana godaan syaitan laknatullah. Syaitan akan datang ketika anak Adam dalam keadaan nazak dan akan berusaha menyesatkan anak Adam sehinggalah kepada peringkat tertanggal imannya.

Imam Abu Hanifah Rahimahullah ditanyakan apakah dosa yang menyebabkan tertanggalnya iman seseorang? Beliau menjawab ada tiga jenis dosa iaitu:

1. Meninggalkan syukur akan nikmat Allah s.w.t.2. Meninggalkan sifat takut dan bimbang sekiranya mati dalam

kekufuran 3. Berlaku zalim terhadap hamba Allah s.w.t.

Seseorang yang memiliki dan melakukan tiga perkara tersebut dan tidak bertaubat lazimnya akan meninggal dunia dalam keadaan tertanggal imannya. Antara pendapat ulama’ yang menyatakan seseorang itu akan mati dalam keadaan su’ul khotimah ialah kerana suka meringan-ringankan solat, meminum arak, menderhakai ibu bapa.

Kita Mahu Terhindar Daripada Kepedihan Azab Neraka

Sesungguhnya api neraka itu adalah tempat kembali yang amat hina. Berlindunglah kita semua kepada Allah s.w.t. daripadanya. Suatu hari, Malaikat Jibrail Alaihissalam datang kepada Rasulullah s.a.w. dan menceritakan hal keadaan neraka. Malaikat Jibrail a.s. menyatakan

Page 118: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan neraka. Kemudian dinyalakan api neraka tersebut selama seribu tahun sehinggalah apinya menjadi sangat merah. Kemudian dinyalakan lagi selama seribu tahun sehinggalah apinya menjadi hitam. Apinya tidak akan padam.

Di dalam neraka itu terdapat ular-ular sebesar leher unta. Gigitannya amat menyakitkan sehingga dirasai selama empat puluh tahun. Neraka itu adalah tempat yang sangat derita. Sekiranya pakaian ahli neraka digantungkan di antara langit dan bumi, nescaya mati semualah segala penduduk bumi kerana kepanasannya yang teramat panas. Sesungguhnya bahan bakarnya daripada manusia dan batu. Minumannya daripada air mendidih, darah dan nanah. Makanannya daripada buah yang berduri yang mana apabila dimakan akan menghancurkan isi-isi badan sehingga terburai segala urat-urat perut. Keadaan wajah ahli neraka pula tersangat hitam. Kepala mereka sangat besar sehingga tubuh mereka tidak mampu untuk menampungnya. Semua ini hanyalah sebahagian kecil cerita daripada azab-azab neraka. Banyak lagi azab-azab yang akan ditempuhi oleh orang-orang yang bakal menjadi ahli neraka. Hanya orang yang benar-benar beriman dengan perkara-perkara ghaib sahajalah yang akan dapat merasakan ketakutan kepada azab Allah s.w.t.. Bagi orang yang mati hatinya, tidak akan dapat merasakan apa-apa apabila mendengar tentang azab Allah s.w.t.. Hati yang mati diselaputi dengan cinta kepada dunia yang akan menjadi dinding penghadang kepada hati daripada memandang kepada perkara-perkara ghaib yang wajib diimani.

Ingatlah Para Saksi Yang Akan Bersaksi Atas Perbuatan Kita

ن�ي ا ب ه� شه�ي لل � سال� ق كفى ب ت م ذ�ين كفروا ل ل ي�ويقول �� د ٱ ي� ء� ي� ي� ٱ�تب� ك م وم ع�نده ع� نك ي�وب ٱ ي� ۥ ي� �ي ٤٣ي�

Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah s.w.t. menjadi saksi antaraku dan

kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu al-Kitab"

111

Page 119: Tarbiyyah Ruhhiyah New

(Surah ar-Ra’d : 43)

Wahai orang yang bermaksiat! Ingatlah pada hari yang mana para saksi bersaksi atas segala perbuatanmu di atas muka bumi ini.

Allah s.w.t. berfirman

ملون �ما كانوا ي جلهم ب د�يه� وأ نته وأ س� ه� أ هد عل م ت ي�ي ي� �ي ي� �ي ي� �ي ي� �ي ي�٢٤

pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan

(Surah an-Nur : 24)

Mata berkata : “Ya Allah, aku telah digunakan untuk melihat perkara-perkara yang haram”

Telinga berkata : “Ya Allah, aku telah digunakan untuk mendengar perkara-perkara yang haram”

Lidah berkata : “Ya Allah, aku telah digunakan untuk mengatakan perkara-perkara yang haram”

Tangan berkata : “Ya Allah, aku telah digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang haram”

Kaki berkata : “Ya Allah, aku telah digunakan untuk melangkah menuju perkara-perkara yang haram”

Kulit berkata : “Ya Allah, aku telah terluka kerana digunakan pada perkara-perkara yang haram”

Maka ke manakah kita ingin melarikan diri? Siapakah yang dapat menyelamatkan kita? Dan ke manakah tempat untuk kita mencari perlindungan? Padahal, ketika itu para saksi semuanya daripada diri kita sendiri.

Allah s.w.t. berfirman

�ما صره وجلودهم ب عه وأ ه� س �ذا ما جاءوها شه�د عل ى إ ي�حت ي �ي �ي �ي ي�ملون قالوا أنطقنا٢٠ي�كانوا ي ن عل �م شه�دت �جلود�ه� ل ة� وقالوا ل ي� �ي � ي

جعون ه� ت �ل أول مر وإ ذ�ي أنطق كل ش وهو خلقك ل ه ي�لل ي� س� �ي س� ء ي� ٱ ٢١ٱ

Page 120: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

وال جلودك صرك وآل أ عك س ك هد عل �رون أن ي تت ت ي�وما كنت �ي ي �ي �ي �ي ي� �ي ي� � يملون �يرا مما ت لم كث ه ال ي لل أن �ن ظننت ي�ولك �ي ٱ �كم٢٢ي ظن �ك ي� وذل

ر�ين خس� تم من ب فأ دىك أ ك �رب ذ�ي ظننتم ب ي�ل ٱ ي� ي �ي ي� �ي ٢٣ٱ �روا ب �ن ي ي فإ�ين تب م �بوا فما هم من ت ت �ن ي ه وإ وى ل ار م لن ي�ف ي� ٱ �ي ي� �ةي ي! ٢٤ٱ

20. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa-

apa yang telah mereka kerjakan

21. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah s.w.t. yang

menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali pertama

dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan"

22. Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi daripada kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira

bahwa Allah s.w.t. tidak mengetahui kebanyakan dari apa-apa yang kamu kerjakan

23. Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu

termasuk orang-orang yang rugi

24. Jika mereka bersabar (menderita azab) maka nerakalah tempat diam mereka dan jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka tidaklah

mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya

(Surah al-Fussilat : 20-24)

Muhasabah Buat Kita

Wahai orang yang keluar pada pagi hari dan pulang pada petang harinya dalam keadaan lalai

113

Page 121: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Sampai bilakah engkau menganggap baik segala keburukan yang engkau lakukan?

Sudah berapa lamakah bahkan sampai bilakah engkau sentiasa berasa tidak takut tentang bagaimana keadaanmu pada Hari Kiamat nanti?

Pada hari itu Allah s.w.t. meminta anggota-anggota tubuhmu untuk berbicara sebagai saksi

Bagaimanakah keadaanmu kelak ketika engkau menerima buku-buku amalanmu yang telah engkau penuhi dengan keburukan dan kemaksiatan?

Bagaimana engkau boleh berlapang dada menjadi seorang yang rugi, pada hari orang yang beriman beruntung meraih kejayaan?

Daripada Jabir r.a., dia menuturkan

“Pada saat orang-orang yang berhijrah dengan menyeberangi lautan pulang ke Madinah menemui Rasulullah s.a.w., Baginda s.a.w. berkata: “Sudikah kiranya kalian menceritakan kepadaku tentang kejadian yang

paling mengagumkan yang telah kalian lihat di negeri Habsyah?” Seorang pemuda daripada rombongan tersebut menceritakan, “Baiklah ya Rasulullah. Ketika kami sedang beristirahat, telah datang di hadapan kami seorang wanita tua, wanita tua itu merupakan seorang ahli ibadah yang pada saat itu beliau sedang membawa sedikit air di atas kepalanya. Kemudian wanita tua tersebut yang merupakan ahli ibadah itu tadi lalu di

hadapan salah seorang pemuda bangsa tersebut, pemuda itu pun menggangu wanita tua itu dengan meletakkan salah satu tangannya ke

pundak si nenek, dan akhirnya si wanita tua itu tersungkur sambil berlutut pada kedua lututnya, lalu tumpahlah air yang dibawanya . Ketika wanita tua itu bangkit, dia menoleh ke arah si pemuda itu seraya berkata, “Kelak kamu akan mengetahui wahai anak kurang ajar, apabila Allah s.w.t. telah

meletakkan Kursi-Nya, mengumpulkan orang-orang terdahulu dan terkemudian, tangan-tangan dan kaki-kaki menceritakan apa yang telah mereka perbuat, kelak kamu akan mengetahui bagaimana perkaraku dan

perkaramu di sisi-Nya kelak”.

Jabir berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“ Engkau telah mengkhabarkan perkara yang benar. Engkau telah berkata benar. Bagaimana Allah s.w.t. akan mensucikan suatu umat

Page 122: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

yang tidak menghukum orang-orang kuat dikalangan mereka untuk memberikan keadilan bagi orang-orang lemah dikalangan mereka?”

Justeru ingatlah kita akan hari ketika Allah s.w.t. menutup semua mulut, walaupun kita bersumpah kepada Allah s.w.t. :

�فون لك ل �فون له كما ي ل ه جم�يعا في لل عثهم م ي ي�ي ي� ۥ ي� ٱ ي ي�كذ�بون ه هم �ن ه على ش أآل إ سبون أن ي�وي ٱ �ي �" ء ي� �ي ١٨ي�

(Ingatlah) hari (ketika) mereka semua dibangkitkan Allah s.w.t. lalu mereka bersumpah kepada-Nya (bahawa mereka bukan musyrikin)

sebagaimana mereka bersumpah kepadamu; dan mereka menyangka bahwa mereka akan memperoleh suatu (manfaat). Ketahuilah, bahawa

sesungguhnya merekalah orang-orang pendusta

(Surah al-Mujadilah : 18)

Orang yang celaka di antara mereka berkata kepada Allah s.w.t. s.w.t. : “Demi Allah s.w.t., aku tidak mengetahui, tidak berkata dan tidak berbuat”. Saat itulah semua anggota tubuhnya berkata-kata, dan diperlihatkan semua keburukannya.

�ما جلهم ب هد أ د�يه� وت منا أ وه�ه� وتكل �م على أ ت م ن ي�ي �ي �ي ي� �ي ي# ي$ ي� ي� ٱبون س� ٦٥ي%كانوا ي

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa-apa

yang dahulu mereka usahakan

(Surah Yaasin : 65)

Daripada Anas bin Malik r.a., dia menuturkan :

“Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba beliau tertawa dan berkata, “Apakah kalian mengetahui mengapa aku tertawa?” . Kami

menjawab, “Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku tertawa kerana pembicaraan seorang

hamba kepada Rabb-Nya, hamba itu berkata, “Wahai Rabbku, bukankah engkau akan menyelamatkanku daripada kezaliman?” Allah s.w.t.

115

Page 123: Tarbiyyah Ruhhiyah New

berfirman, “Benar.” Hamba itu berkata. “Aku tidak merelakan seorang pun bersaksi kepadaku kecuali diriku sendiri.” Allah s.w.t. berfirman,

“Cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu dan para malaikat yang mulia (di sisi Allah s.w.t.) yang mencatat

(pekerjaanmu itu) sebagai saksi.” Kemudian bibirnya dikunci mati dan dikatakan kepada anggota-anggota tubuhnya, “Berbicaralah!” Maka

anggota-anggota badan itu berbicara menceritakan apa saja yang telah ia perbuat diatas muka bumi”.

Maka mari kita sama-sama renungkan, kita bermaksiat kepada Allah s.w.t. dengan menggunakan anggota badan yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t., lalu kita akan datang pada Hari Kiamat dalam keadaan anggota-anggota tubuh ini menjadi saksi ke atas kita.

Ingatlah Tempat Yang Akan Menjadi Saksi Atas Perbuatan Kita

Ingatlah pula tempat di mana kita bermaksiat kepada Allah s.w.t.. Pada hari Kiamat tempat itu akan datang menjadi saksi atas perbuatan kita. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Maka daripada rumah kalian jejak kalian akan dicatat”.

Allah s.w.t. berfirman

نه ص ء أ تب ما قدموا وءاثره وكل ش تى ون م ي� ن ن ا ن �ن ي�إ ي� ي� �ءي ي% ي� ي� ٱ ي� ي��ي �ما مب س�ف�ي إ �١٢س

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa-apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab

Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh)

(Surah Yaasin : 12)

Kerana itu para ulama’ menerangkan : “Sesungguhnya , apabila kita bermaksiat kepada Allah s.w.t. pada suatu tempat maka berbuat taatlah di tempat tersebut, kerana kelak pada Hari Kiamat tempat itu akan menjadi saksi atas apa-apa yang anda lakukan”.

Page 124: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Allah s.w.t. berfirman

ن ه� حسنت� ي �ن إ ل هار� وزلفا من لن لصلوة طرفي� � يوأق�م ي& ي� ٱ ' ء ي) ٱ ٱ ٱ�ر�ين �لذك رى ل �ك ذ� ا ذل ي ي%لس � ء ١١٤ٱ

Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya

perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat

(Surah Hud : 114)

Inilah berita yang disampaikan oleh bumi pada Hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata :

“Rasulullah s.a.w. membaca; “Pada hari itu bumi menceritakan beritanya”. (Az-Zalzalah : 4). Beliau bersabda, “Apakah kalian

mengetahui apakah beritanya?” Para sahabat menjawab, “Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Rasulullah bersabda, “Berita yang ia sampaikan iaitu pada hari ia menjadi saksi atas setiap hamba

atau umat terhadap amal-amal yang telah mereka perbuat di mana tempat tinggalnya dulu, maka bumi akan berkata, “Orang ini berbuat ini dan itu

pada hari ini dan itu. Inilah dia beritanya”.

Ingatlah Waktu Yang Akan Menjadi Saksi Atas Perbuatan Kita

Imam Hasan al-Bashri r.h. menuturkan, “Tiada hari yang mendatangi anak cucu Adam melainkan hari itu akan berkata, “Wahai anak cucu Adam, aku adalah ciptaan yang baru dan aku kelak pada Hari Kiamat akan menjadi saksi atas segala perbuatanmu, untuk itu berbuat baiklah pada saat-saatku, sehingga aku akan menjadi saksi atas kebaikanmu. Sesungguhnya apabila aku telah berlalu, maka engkau tidak akan melihatku keesokan harinya”.

117

Page 125: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Ingatlah, sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa memantau kita dan demikian juga dengan para malaikat yang mulia yang sentiasa mencatat segala pekerjaan kita di atas muka bumi ini.

علون لمون ما ت ي#ي �١٢يMereka mengetahui apa-apa yang kamu lakukan.

(Surah al-Infitar : 12)

Ingatlah para malaikat sentiasa melihat kita sementara kita tidak dapat melihat mereka, mereka mengetahui apa-apa yang kita katakan dan kerjakan sementara kita tidak menyedari dan merasakan keberadaan mereka dan pada Hari Kiamat mereka akan menjadi saksi atas apa-apa yang telah kita katakan dan kerjakan.

Allah s.w.t. berfirman

ملون م� ءا وال ت ه م�ن ق لوا م� ي�وما تكون ف�ي ش وما ت �ي س� ي� ي� ي� س� �) يزب عن � تف�يضون ف�ي وما ي شهودا إ ك ا عل �ال كن ي�عمل إ * ء ي& �ي ي�

غر م�ن ماء� وآل أ لس ض� وال ف�ي أ قال� ذر ف�ي ك م�ن م ب ي ر ٱ ي� ي� ٱ س� ي!�ين مب �ت �ال ف�ي ك بر إ �ك وآل أ سذل ٦١ي%

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad s.a.w.) dalam menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau

sesuatu ayat dari al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu daripada sehalus-halus atau

seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil daripada itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya

tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.

(Surah Yunus : 61)

Saidina Uthman bin Affan r.a. berkata ketika menafsirkan firman Allah s.w.t.

� وشه�ي معها سائ د�وجاء كل ن د, س ي� ٢١ي�

Page 126: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi)

saksi;

(Surah Qaf : 21)

Malaikat pengiring yang menggiring mereka menuju Allah s.w.t. dan malaikat penyaksi yang menjadi saksi atas perbuatan yang telah mereka lakukan di atas muka bumi.

Kemanakah Kita Ingin Lari?

Maka ke manakah, ke manakah kita akan melarikan daripada semua saksi-saksi di atas?

Waktu seluruhnya menjadi saksi ke atas diri kita

Tempat seluruhnya menjadi saksi ke atas diri kita

Seluruh anggota badan semuanya menjadi saksi ke atas diri kita

ه� شه�يدا لل � هدو وكفى ب �كة ي ملئ ٱو �� ء �ي ي� ١٦٦ٱ dan malaikat juga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah s.w.t. menjadi

saksi (akan kebenaran al-Quran ini)

(Surah An-Nisa : 166)

Justeru apabila nafsu membisikkan kepada kita supaya melakukan maksiat dan perbuatan dosa, maka katakanlah kepadanya, aku sentiasa beriman dengan firman Allah s.w.t.

�تبا نه ك ص ء أ ي�وكل ش ي� ٢٩ي�

119

Page 127: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Dan tiap-tiap sesuatu daripada bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis

(Surah an-Naba’ : 29)

Ingatlah Perhitungan Dan Pencatatan Yang Sangat Teliti

تطر �ي م ي�وكل صغ�ي وكب س� ٥٣س�Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatat

(Surah al-Qamar : 53)

Hati kita akan merana dan sentiasa dalam kedukaan, kesedihan, dan terbakar oleh api kesengsaraan serta kepedihan ketika dihamparkan lembaran-lembaran yang dipenuhi dengan amalan yang menghinakan. Kita akan diperlihatkan semua catatan amalan-amalan yang telah kita lakukan ketika di dunia dahulu yang sebelumnya telah kita lupakan. Kita memang telah melupakannya tetapi Allah s.w.t. mencatatnya, firman Allah s.w.t. :

ه ونسو لل صىه �ما عم�لو أ ئهم ب ه جم�يعا فينب لل عثهم م ي -*ي ء ٱ ي� �. ء ٱ ي ي�ه على كل ش شه�يد لل س�و ي� ٦ٱ

Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah s.w.t. (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan, Allah s.w.t. telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah s.w.t.

menjadi saksi akan tiap-tiap sesuatu.

(Surah Al-Mujadilah : 6)

Allah s.w.t. Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. Setiap amalan yang telah kita lakukan dahulu itu akan kita lihat kembali pada hari akhirat kelak yang merupakan hari penyesalan bagi hamba-hamba yang berdosa. Pada waktu itu, segala kenikmatan dan keselesaan hidup telah lenyap dan berganti dengan kesengsaraan dan penderitaan yang kekal abadi.

Page 128: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Ingatlah wahai orang yang bermaksiat, sebuah buku akan dibuka dan dihamparkan di hadapan kita dan segalanya yang telah kita lakukan ada tertulis di dalamnya.

Allah s.w.t. berfirman

ف�ق�ين م�ما ف�يه� ويقولون ر�م�ين م م ك�تب فترى ي�ووض�ع ي� ي� ٱ ي� ٱصىه �آل أ �يرة إ ك�تب� ال يغاد�ر صغ�يرة وال كب لتنا مال� هذا ء�يو ي� ي� ٱ ي�

ك أحدا �م رب ل ي/ووجدوا ما عم�لوا حاض�ر وال ي ٤٩ت�Dan kitab-kitab amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa-apa yang

tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya?” Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati

segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.

(Surah al-Kahfi : 49)

Lembaran-lembaran amal kita akan dihampar. Pada hakikatnya, kita sendiri yang mengisinya atas kehendak hati kita sendiri dan apabila kita meninggal dunia, lembaran-lembaran amal itu ditutup dan ketika kita dibangkitkan kembali pada hari akhirat kelak, lembaran-lembaran tersebut akan dibuka semula untuk memperlihatkan kepada kita apa-apa yang telah kita kerjakan di atas dunia sewaktu kita hidup dahulu.

Allah s.w.t. berfirman

�تبا ق�يمة� ك م ر�ج له ي �ره ف�ي عنق�ه� ون نه طئ ز ن أ �نس ي�وكل إ ٱ ي� ۥ ي$ ۦة ۥ �ي ي�قىه منشورا ١٣ي�ي

يبا ك حس� م عل ي ك س� �ن �تبك كفى ب ي�ر ك ي� ي� ٱ ي# �) ي ي, ١٤ٱ13. Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalungkan bahagian nasibnya

pada lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk

ditatapnya).

121

Page 129: Tarbiyyah Ruhhiyah New

14. (Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung

terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan).

(Surah al-Isra’ : 13-14)

Amalkan dan ucapkanlah sesuatu yang kita senang melihatnya pada hari pertemuan kita dengan Allah s.w.t., iaitu pada hari yang mana ditegakkan timbangan-timbangan amal dan diberikan lembaran-lembaran amal. Maka pada hari itu ada yang mengambil buku catatan amalnya dengan tangan kanannya dan ada yang mengambil buku catatanya dengan tangan kirinya.

Allah s.w.t. berfirman

�ي �تب رءوا ك �ه� فيقول هاؤم �يم�ين �تبه ب �ي ك ي*فأما م أوت ي, ٱ ۦ ۥ ي١٩ي� �ن إ �ي ي ملق ح�ساب ٢٠ي*ظننت أن اض�ي س� فهو ف�ي ع�يش ر ف�ي٢١س�

�ي ة عال ٢٢س�جن �ي ٢٣د� قطوفها دان ت ل �ما أ ا ب � ربوا هن ي� كلوا و ي# ي� 1)� ي)د �ي ٱ�ية� خال � ام أي ي�ف�ي ٱ ي� �ه� فيقول٢٤ٱ مال �ش� �تبه ب �ي ك ۦ وأما م أوت ۥ ي�

�ي �تب أوت ك �ي ل تن ي*يل �ي ٢٥ي� �ي ر� ما ح�ساب أ ي* ول ي� �تها كانت�٢٦ي ي� يلي�قاض�ية ٢٧ٱ �ي ي مال نى عن هي* ما أ ٢٨ي4 �ي طن ي س ي* هلك عن ٢٩ي�

“Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: “Ambillah,bacalah kitabku (ini)”.

Sesungguhnya aku yakin,sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai, dalam syurga yang tinggi,buah-buahnya dekat, (kepada mereka dikatakan),

“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu”. Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya,maka dia berkata: “Alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini). Dan aku tidak

mengetahui apa hisab terhadap diriku. Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang

menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku

daripadaku”.

(Surah al-Haqqah: 19-29)

Page 130: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Ya Allah, diri kami telah melampaui batas dan sungguh Engkau telah mengetahui dengan pasti

Sesungguhnya Engkau telah menghitung dengan teliti segala apa-apa yang telah kami lakukan di atas muka bumi

Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah

Selamatkanlah kami dari sambaran api neraka

Imam Hassan al-Bashri Rahimahullah berkata, “ Wahai anak cucu Adam,telah dihamparkan lembaran amal dan dikirimkan kepadamu dua malaikat yang mulia, salah satunya berada di sebelah kanan dan yang lain berada di sebelah kirimu. Malaikat yang berada di sebelah kanan menjaga kebaikanmu (dengan mencatatnya), adapun malaikat yang berada disebelah kirimu menjaga segala kesalahan (dengan mencatatnya) , maka itu beramallah sesuka hatimu, sedikit ataupun banyak sampai ketika engkau meninggal, lembaran amalmu ditutup dan dipikulkan pada tengkukmu menemanimu di dalam kuburmu sampai engkau keluar dari kuburmu pada Hari Kiamat”.

Allah s.w.t. berfirman

ملون ت خ ما كنت تنس� ا ن ا كن �ن ح إ � كم ب �تبنا ينط�ق عل ي�هذا ك �ي ي� ,5 ء ي� ٱ ي�٢٩

Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan

malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!

(Surah al-Jatsiyah : 29)

Oleh itu ingatlah bahawa setiap lafaz yang kita lafazkan,setiap perbuatan yang kita kerjakan, setiap gerakan yang bersumber daripada diri kita akan dicatat dan kita akan melihatnya di hadapan mata kita sendiri pada hari akhirat kelak .

123

Page 131: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Berdasarkan kenyataan inilah maka para pendahulu kita yang soleh (as- salafus soleh) selalu mengawasi perkataan dan perbuatan mereka, tidak ada satu pun gerakan mereka yang tidak dipagari dengan muhasabah dan tidak satu perbuatan mereka pun yang tidak diiringi oleh pengawasan.

Allah s.w.t. berfirman

نه ص ء أ تب ما قدموا وءاثره وكل ش تى ون م ي� ن ن ا ن �ن ي�إ ي� ي� �ءي ي% ي� ي� ٱ ي� ي��ي �ما مب س�ف�ي إ �١٢س

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu suratan) yang jelas nyata.

(Surah Yaasin : 12)

Pada suatu hari ar -Rabi’ bin Khutsaim bersama sekelompok laki-laki. Dia didatangi oleh puteri kecilnya dan berkata “Wahai ayahandaku, bolehkah aku pergi bermain?” Ar-Rabi’ menjawab, “Pergilah dan katakanlah yang baik-baik saja”

Maka sekelompok lelaki itu bertanya, “Semoga Allah s.w.t. memperbarui segala urusanmu, mengapakah engkau mengatakan demikian padanya?” Ar-Rabi’ menjawab, “Aku tidak ingin perkataan buruknya akan tercatat di dalam lembaran amalku”.

Allah s.w.t. berfirman:

�ي �كل ع من رى ل ص�رة وذ� ست س6 ي7 ي% ٨ي(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah s.w.t. yang mahu kembali kepada-Nya (dengan taat dan berbakti).

(Surah Qaf : 8)

Daripada ar- Rabi’ bin Khaitsam, apabila waktu pagi menjelma, dia merasakan bahawa pada dirinya malaikat yang mencatat segala yang akan dia katakan dan kerjakan.

Page 132: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Allah s.w.t. berfirman

لحف�ظ�ين ك �ن عل ي�وإ �ين ١٠ي� �ب �راما كت علون١١ك لمون ما ت ي#ي � ي١٢

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di

sisi Allah s.w.t.), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan

(Surah al- Infitihar: 10-12)

Diceritakan tentang Imam Ahmad Rahimahullah, ketika beliau sedang mengalami sakaratul maut, beliau merintih, lalu beliau mendengar hadis yang melarang merintih menahan rasa sakit, kerana kerintihan itu akan dicatat. Kemudian beliau mendiamkan diri, tidak terdengar rintihanya sehinggalah Allah s.w.t. mencabut ruhnya, dan akhirnya beliau meninggal dunia.

Allah s.w.t. berfirman

حق وه ال � ينط�ق ب �ت نا ك عه ولد �ال و سا إ ف ن ي�وال نكل ي� ٱ د ي� ء� ي� ي#لمون ٦٢ي/ي

Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa-apa yang terdaya olehnya dan pada sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang

menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.

(Surah al-Mu’minun : 62)

Ingatlah Kematian Dan Su’ul Khatimah

Allah s.w.t. berfirman

125

Page 133: Tarbiyyah Ruhhiyah New

�لى ثم تردون إ ه ملق�يك �ن ه فإ ون م� ذ�ي تف�ر ل ت م �ن ةي�ق إ ۥ ي� ٱ ي� ي� ٱ ي�ملون ت �ما كنت ئكم ب هدة� فينب لش ب� و غ � �م ي�عل �ي ٱ ي� ي� ٨ٱ

Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu;

kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan

kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

(Surah al-Jumu’ah : 8)

Ingatlah, biasanya seseorang akan meninggal dunia dalam keadaan sedang melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan hidupnya sehari-hari dan dalam keadaan itulah pada hari kiamat dia akan dibangkitkan .

Dalam kondisi perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan kerana hebatnya penderitaan ketika akan mati dan ketakutan akan meninggalkan dunia untuk menghadapi akhirat.

Ketika kematian menjemputnya, manusia yang masih hidup ketika itu hanya akan berbicara tentang perkara-perkara yang sentiasa menyibukkan kita semasa kita hidup. Kerana itu, saat sakaratul maut terbongkarlah banyak perbuatan buruk. Kita pergi meninggalkan dunia ini dan pada masa yang sama perkara-perkara berkaitan diri kita masih diperbualkan. Oleh sebab itulah disebutkan dalam al-Quran yang bersumberkan daripada yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, firman-Nya :

�ال وأنتم �ه� وال تموتن إ ه حق تقات لل قوا ت ذ�ين ءامنوا ل ها ۦيأي ٱ ٱ ٱ�مون ل ١٠٢ي�م

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan

dalam keadaan Islam.

(Surah Ali Imran : 102)

Maknanya adalah wajib bagi kita untuk taat kepada Allah s.w.t. dan janganlah kita bermaksiat kepada-Nya, bersyukurlah kepada-Nya dan jangan mengingkari nikmat-Nya, ingatlah kepada-Nya dan jangan

Page 134: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

melupakan-Nya, dan tetaplah pada jalan ketaatan kepada-Nya, kerana itu adalah syarat yang akan menyelamatkan kita dari su’ul khotimah. Terus-meneruslah berada dalam ketaatan kepada-Nya yang merupakan ekspedisi kematian atas keimanan.

Oleh kerana itu, Rasul kita yang mulia Nabi Muhammad s.a.w. telah mendorong kita untuk bersegera melakukan kataatan sebelum datangnya kematian.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Bergegaslah dalam beramal soleh sebelum datang tujuh perkara : Apakah kalian ingin menantikan kefakiran yang akan membuat kalian

terkulai lemas kerana lapar, atau kekayaan yang membuat kalian melampaui batas, bermaksiat, dan melanggar segala larangan Allah

s.w.t., atau sakit yang merosakkan badan kerana parahnya atau merosakkan agama kerana kemalasan yang dihasilkannya, atau hari tua

yang melemahkan akal sehingga kalian tidak menyedari lagi apa-apa yang kalian katakan atau kematian yang datang secara tiba-tiba tanpa didahului oleh sakit ataupun usia lanjut; seperti tenggelam, terbunuh,

tertimpa runtuhan dan yang lain-lainnya, atau keluarnya dajal; makhluk yang sangat tidak disukai kehadirannya, atau Hari Kiamat; hari yang

lebih dahsyat dan lebih pahit?”.

Allah s.w.t. telah menjadikan sebahagian daripada kita terus istiqamah di atas jalan Rabbnya. Mereka tidak mencampur-adukkan keimanan dengan kekusutan hati yang bergelumang dengan dosa. Mereka tetap teguh dengan pendirian sebagai orang yang beriman dan berpegang teguh dengan tuntutan-tuntutannya. Mereka sama sekali tidak bersikap seperti serigala yang berjalan ke sana dan ke mari yang bebas melakukan apa-apa saja yang sesuai dengan seleranya dan meninggalkan apa-apa sahaja yang tidak sesuai dengan seleranya. Mereka dijanjikan keteguhan dan kekuatan pada hari orang-orang yang kuat berpaling daripada-Nya.

Firman Allah s.w.t.

�كة أال ملئ ه�م ل عل تقموا تتنز ه ثم لل نا ذ�ين قالوا رب ل �ن ي�إ ٱ ي� ي� ٱ ٱ ٱ توعدون �ي كنت ت ل ة� جن � روا ب ش� زنوا وأ ي�تخافوا وال ت ٱ ي� ٱ ي ٣٠ي�

127

Page 135: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah s.w.t., kemudian mereka tetap teguh di

atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu

berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

(Surah al-Fuusilat : 30)

Sunan at-Tarmidzi, no. 2306; daripada Abu Hurairah

Adapun orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri dengan menimbunkan dosa dan mendatangkan berbagai keburukkan di hadapan

mereka yang membuatkan sebuah gunung tidak mampu memikulnya, maka Allah s.w.t. akan mengancam mereka dengan penyesatan pada hari

yang mana mereka sangat memerlukan peneguhan dan pertolongan. Balasan itu setimpal dengan perbuatan mereka, barangsiapa yang

menolong Allah s.w.t. ke atas dirinya sendiri semasa kuat dan tegarnya, maka balasannya adalah Allah s.w.t. akan menolongnya mengalahkan

musuhnya ketika masa ia lemah, fakir dan memerlukan.

Allah s.w.t. berfirman

ن س � إ �ال ن� إ س � إ ي�ه جزاء ي� ٱ ي� ي� ٱ ٦٠ي�Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang

baik juga?

(Surah ar-Rahman : 60)

Hendaklah kita khuatiri andai syaitan laknatullah menguasai diri kita dan menduduki hati kita ketika akal kita sihat berfungsi, fizikal kita dalam keadaan kuat, panca-indera kita elok sempurna dan kecerdikan kita cerdas berfungsi, lalu kita menggunakannya sesuai dengan apa-apa yang diperintahkan oleh syaitan laknatullah berupa perbuatan maksiat dan dosa, maka bagaimanakah pula ketika kekuatan kita melemah, hati kita sibuk dengan apa-apa yang sedang menimpa kita berupa rasa sakit tercabutnya ruh, sakaratul maut dan beratnya kepedihan dan malapetaka? Bimbangilah kita akan saat ketika kita sedang lemah tidak berdaya menghadapi sakaratul maut, ketika itulah syaitan laknatullah akan

Page 136: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

mengumpulkan seluruh kekuatannya untuk menyesatkan kita, mendatangkan tipu muslihatnya dan belenggu-belenggunya kepada kita. Syaitan akan menyeru kepada para menterinya dan pengikut-pengikut bawahannya dengan berkata, “kalian harus mengawalnya, kerana jika kalian kehilangan dia, kalian tidak akan menjumpainya, sesungguhnya ini adalah tugas terakhir”. Pada saat itu ketika kita tersangat lemah, sangatlah dikhuatiri andai kita tertewas kepada bisikan jahat syaitan laknatullah dan seteru-seterunya dan jadilah kita antara orang-orang yang menyesal dengan sepenuh sesalan.

Allah s.w.t. berfirman

يا وف�ي لد حيوة� �ت� ف�ي اب لث ل� ق � ذ�ين ءامنوا ب ل ه لل ت ي�يثب ٱ ي� ٱ ٱ ي� ي� ٱ ٱ ٱه ما يشاء لل عل �م�ي وي لظل ه لل ٱأخ�ر ويض�ل ي# �� ء ٱ ٱ � ة ي� ٢٧ٱ

Allah s.w.t. menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah s.w.t. menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah s.w.t. berkuasa melakukan apa-apa yang dikehendaki-

Nya.

(Surah Ibrahim : 27)

Janganlah kita tanyakan tentang siapa yang akan binasa dan bagaimanakah dia akan selamat kerana tidak ada sesiapa yang akan binasa di hadapan Allah s.w.t. kecuali yang ditakdirkan binasa atas pilihan mereka sendiri.

Sesungguhnya telah banyak kita dengar tentang cerita-cerita orang-orang yang sengsara pada akhir kehidupan. Pada kondisi mereka terdapat pengalaman yang dapat diambil dan pada cerita mereka terdapat peringatan yang seharusnya wajib dijadikan pengajaran. Orang yang cerdik adalah orang yang menghinakan nafsunya dan memaksanya menghambakan kepada Allah s.w.t.. Maka bersungguh-sungguhlah untuk beramal soleh ketika masih hidup di dunia ini sebagai persedian untuk

129

Page 137: Tarbiyyah Ruhhiyah New

menghadapi saat kematian dan hari perhitungan yang akan menjenguk tiba.

Jadikanlah diri kita sebagai orang yang sentiasa mengambil pengajaran daripada kisah-kisah yang berlaku kepada mereka yang terdahulu daripada kita, wahai hamba Allah s.w.t.. Sebaliknya, janganlah pula anda yang menjadi pengajaran kepada orang-orang yang akan datang.

Inilah kisah seorang pemuda yang sedang berada pada awal usia mudanya. Dia merupakan seorang pemuda yang berpaling daripada Allah s.w.t., lalai daripada Pencipta dan Pelindungnya. Suatu ketika, pemuda itu terlibat dengan kemalangan jalanraya. Berlumuran darah pada seluruh jasadnya dan pada ketika itu, dia berada dalam kondisi yang sangat teruk. Seseorang bergegas mendekatinya namun individu itu mendapati pemuda itu tadi sedang berada dalam keadaan yang sangat nazak. Sakitnya sakaratul maut bukan kepalang. Pada saat itu, individu itu tadi cuba untuk menyebutkan kepada pemuda tersebut kalimah syahadah agar dia dapat mengulanginya dengan harapan pemuda tersebut mengakhiri hidupnya dengan kebahagiaan sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan melalui sabdanya:

“Talqinkan orang sedang dicabut nyawanya di antara kalian dengan laila haillallah,”

Silsilah al-Ahadiths ash-Shahihah, karya Syaikh al-Albani, no. 2151, hal. 5; daripada Abdullah

Shahih Ibnu Majah, karya Syaikh al-Albani, no. 1185; daripada Abu Hurairah

“barangsiapa yang akhir perkataannya La ilahaillallah, niscaya dia masuk syurga”

Shahih al-Jami’, no. 6479, dan kitab al-Ahkam al-Jana’iz , keduanya karya Syaikh al-Albani, no. 34; daripada Mu’adz bin Jabal.

Individu itu perlahan-lahan berkata kepada pemuda tersebut, “Katakanlah La ilaha illallah”. Maka pemuda itu mengangkat kepalanya sementara darahnya menyembur keluar, dia berkata menggunakan bahasa pergaulan , “Aku tidak pernah solat dan.... malaknat agamamu!” Setelah itu si pemuda itu tadi menghembuskan nafasnya yang terakhir. Renungkanlah, semoga Allah s.w.t. merahmati dan menyelamatkan kita

Page 138: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

daripada pengakhiran kehidupan sebagaimana pemuda itu. Padahal individu yang cuba membimbingnya untuk menyebutkan kalimah syahadah tidak pun menyuruhnya mengerjakan solat dan akhirnya dia mati dalam keadaan mengucapkan kata-kata yang mengandungi kekufuran. Kita berlindung kepada Allah s.w.t. daripada pengakhiran kehidupan yang tragis. Ameen.

Selain itu, ada seorang lagi pemuda yang mengalami kecelakaan kereta. Kemudian seorang lelaki mendatanginya dan mendapatinya mengeluh yang teramat sangat disebabkan deritanya saat tercabutnya ruh daripada dirinya. Orang itu, lelaki itu cuba menyebutkan kepadanya kalimah syahadah agar dia dapat mengulanginya tetapi si pemuda itu tadi memberikan jawapan, “Saya ada di dalam neraka Saqar... saya ada di dalam neraka Saqar...”. Akhirnya pemuda itu mati dalam keadaan sedemikian.

Kemudian, lelaki itu bertanyakan tentang siapakah ahli keluarga kepada si mayat itu tadi. Maka dia ditunjukkan kepada keluarga si mayat. Lelaki itu bertanyakan kepada mereka tentang kisah silam pemuda itu tadi dan kemudiannya mereka memberitahu, “Sesungguhnya dia dahulu tidak pernah mengerjakan solat”.

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman dengan benar ketika Dia mengkhabarkan tentang orang-orang yang derhaka:

ف�ي سقر ين ٤٢ي�ما سلكك مصل نك م�ن ي� قالوا ل ٱ �٤٣ي“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar

(neraka)? Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat”.

(Surah al-Muddaththir: 42-43)

Terdapat juga sebuah kisah tentang seorang pemuda yang sedang mengalami sakaratul maut, dia terus menerus bernyanyi dan mengulang-ulang nyanyian seorang penyanyi wanita; “Adakah orang-orang yang mabuk cinta seperti kami melihat cinta?” dan kemudiannya pemuda itu meninggal dunia. Dia hidup atas kebiasaan mendengar muzik dan

131

Page 139: Tarbiyyah Ruhhiyah New

menyanyikan lagu-lagu dan akhirnya dia mati dalam keadaan demikian, dan dalam keadaan demikian itu jugalah dia akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak.

Renungkanlah, apabila seseorang daripada kita didatangi oleh kematian, dalam keadaan bagaimanakah kematian itu akan mendatangi kita? Setiap daripada kita sedang menunggu-nunggu saat kematian datang menjenguk kita kerana itulah takdir yang telah ditentukan sejak kita lahir ke dunia ini. Apakah kematian itu akan datang pada saat kita sedang berada atas ketaatan kepada Allah s.w.t. atau sebaliknya? Ataukah kematian itu akan datang dalam keadaan kita sedang melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.?

Ingatlah Istidraj Daripada Allah s.w.t.

ث ال ر�جهم م ح ت حد�ي سن �هذا �ي ومن يكذب ب ن ي�فذ ي� ي� ي� ! ة ي� ٱ ي�لمون ٤٤ي�ي

�ين د�ي مت �ن ك ل�ي له إ ي�وأ �ءي �٤٥يBiarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang

mendustakan keterangan al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak

mengetahuinya.

Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulit-Ku (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah

kuat kukuh.

(Surah al-Qalam : 44-45)

Ingatlah bahawasanya, Allah s.w.t. memberikan penangguhan hukaman-Nya di atas dunia ini atas kekufuran yang dilakukan bukannya bermaksud Allah s.w.t. membiarkan kita begitu sahaja.

Rasulullah s.a.w. bersabda

Page 140: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

“Sesungguhnya Allah s.w.t. memberi tangguh kepada orang yang melakukan aniaya sehingga saat Allah s.w.t. mengambil ruhnya. Dia tidak

akan dibebaskan dan ditinggalkan sampai hukumannya dihabiskan”

Allah s.w.t. akan menyiksa hamba-hamba-Nya yang durhaka dengan siksaan oleh yang Maha Perkasa dan yang Maha Memiliki. Mereka yang Allah s.w.t. tangguhkan siksaan di dunia ini dengan kenikmatan yang sementara sehinggakan mereka terus-menerus berseronok berada dalam kemaksiatan dan kesalahan dengan menyangka bahawa mereka memiliki kemuliaan dan kedudukan pada sisi Allah s.w.t. padahal mereka telah pun tersungkur dan terhina pada pandangan Allah s.w.t..

Allah s.w.t. berfirman :

�ين �ه� م�ن ما وبن ما نم�دهم ب سبون أن س�أي ۦ ٥٥ي�Adakah mereka menyangka bahawa apa-apa yang Kami berikan kepada

mereka daripada harta benda dan anak-pinak itu.

(Surah al-Mu’minun : 55)

Rasulullah s.a.w. bersabda

“Apabila engkau melihat Allah s.w.t. memberikan seseorang hamba berupa segala-gala yang dia sukai daripada perkara-perkara dunia atas kemaksiatannya, maka ketahuilah bahawa itu adalah penangguhan ke

arah kebinasaan”

Lalu Baginda s.a.w. membacakan firman Allah s.w.t.

ى ء حت وب كل ش ه� أ نا عل �ه� فت روا ب ي�فلما نسوا ما ذك ي �ي ي� ي� ۦ�سون ل �ذا هم م تة فإ نهم ب �ما أوتوا أخ �ذا فر�حوا ب يإ ي4 ٤٤ي&

Kemudian apabila mereka melupakan apa-apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala

kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami

timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang

133

Page 141: Tarbiyyah Ruhhiyah New

membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).

(Surah al-An’am : 44)

Sebahagian daripada kalangan Salafus Shalih berkata,

“Apabila engkau melihat Allah s.w.t. menurunkan nikmatnya secara beruntun kepadamu sementara engkau melakukan kemaksiatan

secara beruntun, maka takutlah akan hal itu, kerana itu merupakan penarikan secara beransur-ansur ke arah kebinasaan”.

Allah s.w.t. berfirman

لمون ث ال ي ر�جهم م ح ت �نا سن � ايت ذ�ين كذبوا ب ل ي�و ي� ي� ي� ي� ١٨٢ٱ�ين د�ي مت �ن ك ل�ي له إ ي�وأ �ءي �١٨٣ي

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang

mereka tidak mengetahuinya.

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasan-Ku amatlah teguh.

(Surah al-A’raf : 182-183)

Abdurrahman bin Auf r.a. pernah didatangkan makanan ketika hampir waktu berbuka puasa, lalu dia mengangkat makanan itu untuk disuapkan ke dalam mulutnya, kemudian dia bergegas menurunkannya semula seraya berkata, “Mush’ab bin Umair terbunuh di medan perang dan dia lebih mulia daripadaku, sementara dia dikafani oleh kain burdahnya : apabila kepalanya ditutupi dengan kain itu, maka tersingkaplah kedua kakinya, dan apabila kedua kakinya ditutupi kain itu terbukalah bahagian kepalanya. Hamzah r.a. telah terbunuh di medan perang dan dia lebih mulia daripada aku. Setelah itu pintu-pintu dunia dibukakan kepada kita yang sebelumnya tidak pernah dibuka. Kami takut pahala-pahala kebaikan telah disegerakan untuk kami di kehidupan dunia”. Kemudian beliau menangis sehingga meninggalkan makanannya.

Page 142: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Bahagian 10 | Kematian Sebagai Muhasabah Hati

Penangguhan azab siksaan buat manusia yang suka bermaksiat adalah sebuah perencanaan dan penarikan secara beransur-ansur ke arah kebinasaan bagi mereka sehingga dengan penangguhan tersebut dosa-dosa mereka semakin bertambah.

Allah s.w.t. berfirman

ل�ي ما ن �ن ه� إ نفس� ل�ي له خ أل ما ن ذ�ين كفروا أن ل سبن ي�وال ي �ءي د8 ي) �ي �ي ٱ ي�م وله عذا مه�ي � دادوا إ �ي د�له ل د �ي ة� ي! ي9 �١٧٨ي

Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana

sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghinakan

(pada hari akhirat kelak)

(Surah Ali Imran : 178)

Sebagian daripada kalangan Salafus Shalih menuturkan,

“ Berapa ramai orang yang ditarik secara beransur-ansur ke arah kebinasaan dengan diberikan nikmat kepadanya, sementara dia tidak menyadarinya”.

Dikatakan kepada Imam Hassan al-Bashri Rahmatullah, “Kami melihat anda menangis lama”. Beliau menjawab, “Aku takutkan Allah s.w.t. melemparkanku ke dalam neraka sementara Allah s.w.t. tidak memperdulikanku. Tidak ada yang takut kepada Allah s.w.t. kecuali orang yang beriman dan tidak ada yang berasa aman daripada-Nya kecuali orang yang munafik”.

Justeru apabila nafsu kita membisikan untuk bermaksiat dan bertekad melakukan perbuatan dosa, maka katakanlah kepadanya :

ث ال ر�جهم م ح ت حد�ي سن �هذا �ي ومن يكذب ب ن ي�فذ ي� ي� ي� ! ة ي� ٱ ي�لمون ٤٤ي�ي

�ين د�ي مت �ن ك ل�ي له إ ي�وأ �ءي �٤٥ي

135

Page 143: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit

demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulit-Ku (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah

kuat kukuh.

(Surah al-Qalam : 44-45)

Page 144: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Penutup

Penutup

Kita memohon kepada Allah azza wa jalla segala kebaikan-Nya.

علم�ين ه� رب �ل د ل ح وىه أن� ي�وءاخ�ر د ٱ �ي ي� ٱ �ي �١٠ي“Dan penutup doa mereka ialah: “Alhamdulillahi Rabbil alamin”

(Surah Yunus:10)

Wa ba’du

Setelah kaki anda tergelincir dan terjatuh dalam kemaksiatan, terperangkap dalam jeratan kesalahan dan kekeliruan, maka apakah jalan keluar terbaik daripada bara api kejahatan itu?

Adakah di sana terdapat seseorang yang akan menyelamatkan kita daripada segala kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan? Takutilah kerana siksaan Allah s.w.t. merupakan suatu kebinasaan yang berpanjangan dan memeritkan.

Sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa memberi peluang untuk hamba-hamba-Nya bertaubat dengan dibukakan pintu taubat seluas jarak antara timur dan barat.

Nabi s.a.w bersabda

“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengadakan sebuah pintu untuk orang-orang yang bertaubat di tempat terbenamnya matahari; lebar pintu

tersebut sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Pintu itu tidak akan ditutup sehingga matahari terbit dari arahnya”

Itulah pintu taubat, pintu untuk pulang dan kembali tunduk kepada-Nya. Allah s.w.t. sentiasa membuka pintu itu untuk orang-orang yang hendak bertaubat kepada-Nya yang masih mengingati bahawa mereka mempunyai Rabb yang akan menyiksa atas segala dosa dan

137

Page 145: Tarbiyyah Ruhhiyah New

kesalahan yang mereka telah lakukan. Menyedari bahawa akan adanya hari perhitungan amal yang setiap perbuatan baik dan buruk akan diperhitungkan seadil-adilnya, maka bersegerlah kita untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. selagi peluang masih terbuka luas.

لم ما ات� وي ي لس فوا عن� باد�ه� وي بة ع ع� لت بل ذ�ي ي ل ي�وهو ٱ �ي ۦ ي� ي� ٱ ي, ٱعلون ٢٥ي#ت

Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka

lakukan) dan Dia mengetahui akan apa-apa yang kamu semua kerjakan

(Surah ash-Shura : 25)

Tidak ada tempat berlindung daripada-Nya kecuali kepada-Nya dan tidak ada tempat untuk kita melarikan diri daripada siksaan-Nya kecuali dengan berdiri menghinakan diri di hadapan-Nya.

Allah s.w.t. berfirman

ه لل ه يج�د� لل ف�ر� ت سه ثم ي � ن ل ي م سوءا أ ٱومن ي ٱ ي4 ي� ۥ ي# �ي ي/ ي� ي� � يح�يما ١١٠غفورا ر

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah

s.w.t., nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

(Surah an-Nisa’ : 110)

Jika mereka bertaubat kepada-Nya maka mereka adalah para kekasih Allah s.w.t.. Dan apabila mereka menyesal atas perkara–perkara maksiat yang telah mereka lakukan, Allah s.w.t. yang Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya. Jika mereka mendatangi Allah s.w.t. pada malam hari, Dia akan menerimanya. Apabila mereka menghadapkan kepada-Nya pada siang hari, maka Dia tetap akan menerimanya. Jika mereka mendekatkan diri kepada-Nya sejengkal, maka Dia akan mendatangi mereka sehasta dan apabila mereka mendatangi-Nya sehasta, maka Dia akan mendatangi mereka sedepa. Begitulah juga sekiranya mereka datang kepada-Nya dengan berjalan, maka Allah s.w.t. akan datang kepada hamba-hamba-Nya dengan berlari.

Page 146: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Penutup

Apabila mereka meminta ampun kepada-Nya, maka Allah s.w.t. akan mengampuninya. Jika mereka meminta sedikit kepada-Nya, maka Allah s.w.t. akan menyedikitkannya. Apabila mereka bertaubat kepada-Nya, maka Allah s.w.t. akan menerima taubatnya. Jika mereka datang menghadap kepada-Nya, maka Allah akan menyambutnya dari kejauhan.

Apabila mereka meninggalkan sesuatu kerana-Nya, Allah s.w.t. akan mengggantikannya sesuatu yang lebih baik daripadanya. Mereka melalui malam hari dan menghadap kepada Allah s.w.t. dengan penuh hina. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. sentiasa menjaga mereka ketika mereka di tempat–tempat tidurnya dan sentiasa memberikan kepada mereka apa-apa yang terbaik untuk mereka. Maka siapakah yang paling besar rahmat dan kasih-sayangnya melebihi Allah s.w.t. yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih?

Allah s.w.t. menyeru setiap orang yang berpaling daripada-Nya, setiap orang yang menyimpang dari jalan-Nya, setiap orang yang menjauhkan diri dari titian-Nya; Allah menyeru mereka padahal Dia tidak berkehendakkan kepada mereka sedikit pun tetapi kitalah yang sentiasa memerlukan bimbingan dan rahmat Allah s.w.t..

Allah s.w.t berfirman dalam hadits qudsi :

“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang hari, dan Aku Maha mengampuni dosa-dosa seluruhnya; untuk itu mintalah ampun kepada-Ku niscaya Aku akan

mengampuni kalian”

Wahai orang–orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah s.w.t. dengan taubatan nasuha ( taubat yang ikhlas ). Semoga Rabbmu menutupi kesalahanmu dan memasukanmu ke surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.

Wahai orang yang bermaksiat, jalan untuk sampai menuju taman dan sungai-sungai tersebut adalah jalan mendaki lagi sukar untuk didaki, tempat memijak yang sangat licin yang tidak akan dapat mendakinya selain orang kurang melakukan perbuatan dosa dan kesalahan serta kekeliruan.

139

Page 147: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesungguhnya di hadapan kalian ada sebuah jalan yang mendaki lagi sukar untuk didaki. Tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang

menyedikitkan ( perbuatan dosa dan sebab-sebab meraih kenikmatan dunia”

Syurga adalah milik Allah s.w.t yang sangat mahal dan akan diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang taat dengan maharnya adalah iman yang benar dan amal soleh. Takutlah daripada setiap kesalahan dosa dan mengharapkan dengan amal soleh yang bersungguh-sungguh tanpa bosan.

Rasulullah s.a.w bersabda

“Barangsiapa yang takut (kepada Allah s.w.t.), maka dia akan berjalan (beribadah) pada akhir malam, nescaya dia akan sampai ke tujuannya. Ketahuilah, perniagaan Allah s.w.t. itu sangatlah mahal. Ketahuilah,

perniagaan Allah s.w.t. itu adalah syurga”

Page 148: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Penutup

Doa

�رون ع ب ت ذ�ين ي ل �ن إ تج� لك �ي أ عون كم ي�وقال رب ي% ي� ٱ �ءي ي ي� ي� ٱم داخ�ر�ين خلون جهن �ي سي بادت ٦٠ي�ع�

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk

Neraka Jahannam dalam keadaan hina.

(Surah Ghafir : 60)

Ya Allah, sesungguhnya hamba menaati-Mu dengan kenikmatan yang telah Engkau berikan kepada hamba pada perkara yang paling Engkau sukai iaitu beriman kepada-Mu.

Dan hamba tidak bermaksiat kepada-Mu dengan rahmat-Mu pada perkara yang paling Engkau benci iaitu menyekutukan dengan sesuatu daripada makhluk-Mu.

Ya Allah, ampunilah hamba di antara keduanya.

Ya Allah, sesungguhnya hamba menanti-Mu dengan menggunakan nikmat-Mu dan segala kurniaan hanya milik-Mu.

Dan hamba melakukan kemaksiatan kepada-Mu dengan ilmu-Mu sedangkan hujjah hanya milik-Mu.

Hamba memohon kepada-Mu dengam perantara keredaan-Mu yang telah mendahului kemarahan-Mu, dengan kefakiran hamba kepada-Mu dan ketiadaan membutuhkannya diri-Mu akan hamba, kecuali Engkau mengampuni dan merahmati hamba.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah memerintahkan kepada dengan sesuatu yang hamba tidak mampu melaksanakannya kecuali dengan pertolongan-Mu.

141

Page 149: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Engkau telah melarang hamba daripada sesuatu yang hamba tidak kuasa untuk meninggalkannya kecuali dengan kedermawaan dan kemuliaan-Mu.

Berikanlah kepada hamba segala yang engkau sukai pada diri hamba dan hindarkanlah hamba daripada segala yang telah Engkau larang hamba darinya.

Ya Allah, bila Engkau telah mengampuni maka Engkau adalah sebaik – baik penyayang dan jika Engkau menyiksa maka Engkau tidaklah berbuat zalim.

Ya Allah, janganlah Engkau menyiksa lisan yang menunjukkan kepada-Mu

Jangan pula hati yang mencintai-Mu dan jasad yang bersujud kepada-Mu

Pergunakanlah hamba pada ketaatan-Mu

Jalankanlah hamba pada keredaan-Mu

Terimalah daripada hamba amalan terbaik yang telah hamba kerjakan

Ampunilah hamba atas segala keburukan yang telah hamba perbuat

Ampunilah hamba, kedua orang tua hamba, siapa saja yang telah berbuat baik kepada hamba, siapa saja yang memintakan ampunan untuk hamba dan untuk orang-orang yang beriman.

Masukkanlah kami dengan rahmat-Mu dalam rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Page 150: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Glosari

Glosari

143

Page 151: Tarbiyyah Ruhhiyah New

Rujukan

Rujukan

145