tarbiyyah ijtimaiyyah

43
TARBIYYAH IJTIMAIYYAH Membangun Asas dan Jaringan Sosial Dakwah Oleh: Shamsul Ma’arif Hj Ismail 2011

Upload: smhi64

Post on 30-Jun-2015

136 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Membangun Asas dan Jaringan Sosial Dakwah

Oleh: Shamsul Ma’arif Hj Ismail2011

Page 2: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dalil Utama –Al-Quranة� م�� أ ير� خ� ل�لن�اس� ك�نت�م ت ر�ج� خ

ون� أ� ر� م�ت�أ

ن�ون� ت�ؤم� و� نك�ر� الم� ع�ن� ون� ت�نه� و� وف� عر� ب�الم�م ل�ه� ا ير& خ� ل�ك�ان� الك�ت�اب� هل�

أ� آم�ن� ل�و و� ب�الل�ه�ون� ) ق� اس� الف� ه�م� كث�ر�

� أ و� ن�ون� ؤم� الم� م� نه� (١١٠م�Al-Imran : 110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Page 3: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dalil 2 Al-Quran Surah Nuh

• ا ن�وح& لن�ا س� رأ� �ن�ا ه� إ وم� ق� �ل�ى نذ�ر إ

� أ أ�نل�يم9 � أ ع�ذ�اب9 م ت�ي�ه�

ي�أ أ�ن بل� ق� م�ن وم�ك� ق�ب�ين9( ١) م� ن�ذ�ير9 ل�ك�م �ن<ي إ وم� ق� ي�ا ال� (٢)ق�

1. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab Yang tidak terperi sakitnya".

2. Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya Aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran Yang nyata;

Page 4: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dalil 3 Surah Al-Hujurat

ة9 و� إ�خ ن�ون� ؤم� الم� ا �ن�م� يك�م إ و� خ�أ� ب�ين� وا ل�ح� ص

أ� ف�م�ون� ) ح� ت�ر ل�ع�ل�ك�م الل�ه� وا ات�ق� (١٠و�

• Al-Hujurat: 10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Page 5: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dalil 4 Surah Al-Baqarahك�ذ�ل�ك� الن�اس� و� ع�ل�ى د�اء� ه� ش� ل�ت�ك�ون�وا ط&ا و�س� ة& م�

أ� ع�لن�اك�م ي�ك�ون� ج� و�إ�ال ا ع�ل�يه� ك�نت� ال�ت�ي بل�ة� الق� ع�لن�ا ج� ا م� و� يد&ا ه� ش� ع�ل�يك�م ول� س� الر�ك�ان�ت إ�ن و� ب�يه� ع�ق� ع�ل�ى ل�ب� ي�نق� م�م�ن ول� س� الر� ي�ت�ب�ع� م�ن ل�ن�عل�م�

إ�ن� ان�ك�م إ�يم� يع� ل�ي�ض� الل�ه� ك�ان� ا م� و� الل�ه� ه�د�ى ال�ذ�ين� ع�ل�ى إ�ال ة& ل�ك�ب�ير�يم9 ) ح� ر� ء�وف9 ل�ر� ب�الن�اس� (١٤٣الل�ه�

• 143. dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

• •

Page 6: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dalil Hadith

“ Almukminu allazi yukhalitunnaasa wayasbira ala azaahum a’zamu ajran minalmukmini alllazi la yukhalitunnaasa wala yusbiru ala azaahum” Hadith Riwayat Tarmidzi, Ibnu Majah)

Orang mukmin yang bergaul dengan manusia yuhalitun naas) dan sabar atas gangguan mereka (ala azaahum), lebih baik daripada (a’zamu ajran) daripada orang mukmin yang tidak bergaul (yuhalitun naas) dengan manusia dan tidak bersabar (wala yasbiru) atas gangguan mereka

Page 7: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dalil Hadith 2

• “Seorang mukmin itu akrab dan mudah diakrabi (almukminu ya’lafu wayu’laf) dan tidak ada kebaikan orang yang tidak akrab dan mudah diakrabi dan sebaik-baik orang ialah yang paling bermanfaat bagi orang lain (Wakhairunnaasi anfaahum lilnaasi) HR Tabrani

Page 8: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Tuntutan Dakwah

• Pendakwah harus tampil di tengah masyarakat• Tujuannya ialah untuk menyampaikan risalah• Mengarahkan pemikiran masyarakat setempat kepada Islam• Menumbuhkan kesedaran• Membuka pintu hati-hati mereka dengan lemah lembut dan

penuh kesenian dan adab yang tinggi• Dan akhirnya membela Islam dan pendakwah yang

membawa Risalah• Muncul dari kalangan mereka aktivis Dakwah yang akan

menambah bilangan kekuatan kepada dakwah

Page 9: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Membina wilayah dakwah?

• Para Daie perlu “memetakan wilayah dakwah”• Wilayah atau kekuasaan Dakwah yang didokong umat

setempat akhirnya akan menjadi binaan dan asas kepada dakwah yang lebih menyeluruh

• Acheh misalnya dulu dikenal sebagai Serambi Mekkah. Hingga Belanda gagal menakluk Acheh kerana rakyatnya yang tegar melawan dan mempertahankan Islam dan maruahnya.

• Ringkasnya para Daie perlu berusaha membina dan mengolah kawasan atau wilayah di bawahnya menjadi asas kepada binaan dakwah yang sebaik-baiknya

Page 10: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

• Membina Peribadi Muslim –Fard Muslim• Membina Keluarga Muslim – Baitul Muslim

• Membina Mujtamak Muslim

• Membebaskan tanah air dari kekuasaan asing• Memperbaiki kerajaan agar lebih baik (islahul hukumah) hingga menjadi

negara yang dapat menegakkan dan melaksanakan hukum dan ahkam Islam dan menjamin keamanan dan keadilan

• Menyatukan negara-negara Islam –khilafah yang satu,satu ummah• Ustaziatul Alam – memberi bimbingan kepada seluruh manusia,

membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia, membuka pintu rahmah, kebenaran dan seluruh manusia tunduk kepada kedaulatan Ilahiyyah

Membina Mujtamak Muslim

Sejenak bersama Maratibul amal..

Page 11: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Fokus dalam fasa Ijtimaie/kemasyarakatan…Bagaimana?

• Tugasnya setelah menjadi peribadi Muslim yang soleh, berkeluarga dia hidup di tengah masyarakat setempatnya.

• Tugas utamanya ialah – Mengubah keperibadian masyarakat– Mempengaruhi– Berinteraksi sesama jiran, kawan, sekampung– Berintegrasi bersama masyarakat dan mengarahkannya kepada

makruf– Jika di dalam kampungnya ada pencerobohan dia turut serta

melawan– Jika negaranya ada pencabulan asing dia turut membebaskannya– Dia ada susuk peribadi mithali, yang setia,yang berani,jujur dan

bersungguh-sungguh membantu bangsanya dan keistimewaannya dapat dilihat oleh semua manusia

Page 12: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Tarbiyyah Ijtimaiyyah?

• Tarbiyyah yang disusun dan fokus pada usaha-usaha peningkatan kemampuan para aktivis atau kader dakwah bagi mengubah keperibadian masyarakat, menyampaikan risalah, membentuk publik opinion (pandangan umum) mendapatkan sokongan, meraih simpati, mendapat para penyokong dan pendokong baru yang dapat disusun dalam binaan dakwah yang baru.

Page 13: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Tugas utama

• Menghilang kan syubahat (salah faham terhadap Islam (syubahah haulal Islam)

• Menerangkan pengertian Islam (takrifuddin)• Menerangkan hukum dan peraturan Islam dan

kebaikan kepada manusia• Menjadikan Islam sebagai penyelesaian – al-

Islam huwal hal (Islam sebagai solusi)• Mewujudkan kesatuan (wehdah) dan

menjauhkan perpecahan

Page 14: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Masyarakat adalah landasan…

• Kapal terbang tanpa landasan tidak mampu terbang• Dakwah yang unggul juga memerlukan landasan

tempat ianya berpijak• Tanpa landasan dakwah akan hilang • Dakwah perlu didokong oleh masyarakat…• Dakwah tanpa sokongan bermakna tiada perubahan…• Nabi s.a.w mengirim sahabah ke Habsyah adalah untuk

mendapatkan sokongan dan meneroka hubungan• Kaum Ansar adalah penyokong dakwah yang menjadi

asas kepada kemenangan Islam

Page 15: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Bai’ah Aqobah sebagai asas mempertahankan Nabi –landasan dakwah disokong oleh masyarakat

• Petikan Sirah Ibnu Hisham…Pada tahun Ke-10 musim Haji, Nabi menemui 6 orang Khazraj. Mereka menerima seruan Nabi kerana orang-orang Yahudi telah memaklumkan akan kelahiran seorang Nabi Akhir Zaman dan mereka mahu mendahului mereka. Nabi berkata kepada mereka “ Saya tidak membenci kalian sedikitpun. Barangsiapa yang redha dengan apa yang aku dakwahkan, maka itulah dakwahku dan barangsiapa yang tidak menyukainya aku tidak akan memaksanya. Aku hanya ingin kalian mahu melindungiku dari orang yang ingin membunuhku, sehingga aku dapat menyampaikan Risalah Rabb Ku, sehingga Allah putuskan pada ku dan para pengikut ku seperti yang dikehendakiNya”

• Dakwah perlukan pelindung dan penyokong yang kukuh

Page 16: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Sokongan Kaum Ansar

• Pada tahun ke -12 Kerasulan 12 orang Ansar menemui Rasulullah dan berbaiah dan pulang bersama Mus’ab bin Umair

• Pada Tahun ke-13 Kerasulan 70 orang lelaki dan 2 perempuan berbaiah untuk menolong dan menyokong dakwah Nabi

• Selepas Hijrah Rasulullah mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin dan antara suku Aus dan Khazraj

Page 17: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Madinah adalah asas kepada sosial dakwah

• Rasulullah s.a.w mewujudkan PIAGAM MADINAH yang menjadi teras perhubungan sesama masyarakat muslim dan bukan muslim

• Berpaksikan aqidah Islam• Semua akan mempertahankan Yasrib @ Madinah

dari sebarang pencerobohan• Madinah tegak di atas “izzah Islam”• �م�ون� �ع�ل ي ال �اف ق ين� �م�ن ال �ك ن� و�ل ين� �م�ؤ�م ن ل و�ل ه ول س� ر� و�ل ة� �ع ز� ال �ه ل (٨)و�ل … Al-Munafiqun (8)……padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi

RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

Page 18: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Rasulullah mengadakan perdamaian dan gencatan senjata di yastrib

• Kestabilan dan keamanan adalah penting bagi dakwah• Di Yastrib Rasulullah s.a.w tidak menambah lagi front

permusuhan . Sebaliknya Nabi mengadakan gencatan senjata dan perdamaian selagi mana mereka menerima Nabi ( Antaranya Kaum Yahudi, bani Dhamrah dan perdamaian dengan Daumatul Jandal)

• Piagam Madinah menjadi paksi dan memenimumkan sebarang permusuhan dan mewujudkan kesepakatan bersama

• Musuh utama waktu itu ialah Kaum Quraisy di Mekkah

Page 19: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Bani Dhamrah adalah Quraisy yang menetap di Madinah..Nabi mengadakan perjanjian pada 2

Hijrah• Demi menguatkan lagi asas kekuatan Islam di Madinah

Nabi mewujudkan perjanjian dengan Quraisy yang menetap di Yathrib melalui Amirnya Amr bin Makhsy

• Isi Perjanjian itu ialah “ …Inilah perjanjian dari Muhammad Rasulullah bagi Bani Dhamrah. …Bahawa mereka dan harta-hartanya dalam keadaan aman…Mereka akan dibela bila dianiaya manakala mereka juga membela agama Allah. Mereka harus datang ketika dipanggil Nabi untuk berperang.”

• Rujukan Sirrah Ibnu Hisyam

Page 20: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Berhenti sejenak…

• Dakwah pada peringkat awal secara sirriyah..ketika belum kuat

• Jamaah mengambil iktibar darinya. Memberi fokus dan penekanan kepada pembinaan kader duat dan anggota yang indhibat dalam amal jamai.

• Namun dakwah tidak berhenti disitu• Dakwah adalah untuk semua manusia• Dakwah harus masuk dalam masyarakat atau

dipanggil harus dikelola dalam masyarakat umum (Ria’ayah jamahiriyyah)

Page 21: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dalil dakwah harus terbuka

ع�ن� عر�ضأ� و� ر� ت�ؤم� ا ب�م� د�ع اص ف�ر�ك�ين� ) (٩٤الم�ش

• Al-Hijr: 94. oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

Page 22: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dakwah ke Taif dan Habsyah..

• Dakwah Nabi ke Taif dan Habasyah adalah demi mendapatkan tapak atau asas sosial dakwah

• Namun Allah SWT menentukan Yastrib (kemudiannya Madinah) sebagai terasnya

Page 23: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Mengenal demografi Yastrib..• Struktur Yatsrib terdiri dari penduduk Yahudi yang berpindah dari

tekanan bangsa Rom khususnya selepas pengusaan Rom di Mesir dan Syria lebih-lebih lagi selepas pemberontakan Yahudi gagal menentang Rom pada 70M.

• Mereka mahu menyendiri jauh dari penguasaan Rom dan berpindah ke Semenajung Tanah Arab.

• Yahudi terdiri dari Bani Nadhir, Quraizah, Qainuqa. (suku utama)• Bangsa Arab pula datang ke Yastrib dari Azd dan Yaman pada 207M

d gurun yastrib. Suku Aus menetap di kawasan tanah tinggi dan Suku Khazraj di kawasan rendah.

• Dalam istilah hari ini Yatsrib adalah multi faith atau multi religion dan multi cultural city. Ini tidak menjadi penghalang kepada Dakwah Nabi.

Page 24: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Belajar dari Ibnu Khaldun• Namanya Waliyuddin Abdul rahman bin Muhammad Bin Al Hassan Bin Jabir Bin

Muhammad Bin Ibrahim Bin Abdul rahman bin Khaldun (732H Lahir Tunisia dan meninggal 808H Mesir)

• Beliau pakar Perubahan Sosial• Dalam teorinya manusia adalah makhluk sosial-politik iaitu saling memerlukan,

manusia perlukan pembelaan dari bahaya dan juga memerlukan adanya authority yang boleh memimpin dan memutuskan satu perkara

• Mengikut beliau ada 2 fundamental atau kelompok manusia ; satu badawah (masyarakat yang jauh dari kota dan tdak terpengaruh dengan hawa nafsu) dan satu lagi hadharah –masyarakat bandar dan terdedah kepada kekayaan dan hawa nafsu

• Jika adanya kesepaduan sosial terhadap seorang pemimpin maka akan wujudlah kedaulatan, yang kan menyatukan kekuatan dan kesatuan tujuan di atas sokongan sosialnya. Jika kesepaduan sosial satu kaum lemah, maka solidarity sosial baru akan mengambil alih seperti kejatuhan khilafah abbasiyyah kepada kaum Turki.

Page 25: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Intipati Ibnu Khaldun..• Pelajari sejarah satu kaum adalah metod terbaik untuk memahami

perubahan sosial• Perubahan sosial boleh berlaku jika ada perubahan mendasar dalam

politik, sosial, ekonomi ataupun geografi• Manusia adalah makhluk sosial politik yang sifatnya saling memerlukan• Apabila satu satu kelompok terbentuk di sini asas kepada satu peradaban.

Pemimpin yang menonjol akan menjadi pemimpin kelompok ini yang akhirnya diberi autority atau kepercayaan. Biasanya pengikut tempatan lebih diutamakan menjadi pemimpin kaum tersebut dan bukan orang luar

• Masyarakat terbahagi dua segmen iaitu bandar dan desa. Pendekatan masyarakat bandar tidak sama dengan pendekatan masyarakat desa atau kampung (badawah)

• Dari kelompok sosial ini akhirnya akan terwujudnya kedaulatan bila wujudnya pembelaan dan mengalahkan musuh-musuhnya

Page 26: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Iktibarnya…• Jika mahu melakukan perubahan sosial kaji sejarah masyarakat tersebut, latar

belakang, budaya, pola berfikir dan bagaimana satu kelompok masyarakat tersebut membuat keputusan

• Perubahan masyarakat sangat dinamik dan sangat kompleks• Salah satu pendekatan perubahan ialah melakukan pendidikan. Yang

dimaksudkan ialah mendidik masyarakat berfikir, membentuk emosi dan perilaku baru

• Perubahan masyarakat boleh berlaku dengan adanya kurikulum Islamiyyah dalam sistem pendidikan negara. Fikrah ini akan membentuk satu pola berfikir yang baru.

• Pendidikan sebenarnya juga adalah penentu kepada politik masa depan yang akan melahirkan ahli Parlimen dan Presiden.

• Satu tanda tangan seorang Presiden boleh memberi kesan besar kepada sesebuah negara dan keputusan anggota dewan atau parlimen akan merubah dasar sesebuah negara

Page 27: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Lagi…

• Teori Ibu Khaldun lagi ialah perubahan sosial berlaku akibat wujudnya organisasi sosial. Maksudnya jika ada organisasi pendidikan ianya akan mempengaruhi medan pendidikan. Jika organisasi ekonomi akan mempengaruhi golongan ekonomi. Dengan ini pembentukan wajihah amal dalam pelbagai bidang boleh membentuk pengaruh di medan masing-masing.

Page 28: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Langkah membentuk Asas Sosial Dakwah

• Dakwah dalam masyarakat tidak akan berubah jika para pendakwahnya bersifat Eklusif atau hidup sesama mereka sahaja.

• Nasihat Saidina Ali k.w “ Wahai anakku carilah teman sebelum perjalanan. Bergaullah dengan manusia hingga jika kalian hidup dalam pergaulan itu manusia akan menyayangi kalian dan jika kalian mati mereka akan menangisi kalian…”

Page 29: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Pintu-pintu masuknya dakwah..

• Pintu itu ialah berlakunya interaksi.• Bergaul dan berbaur dengan masyarakat• Berlaku akrab dalam masyarakat• Memberi kebaikan atau manfaat• Saling melindungi masyarakat dari bahaya• Mengetahui masalah masyarakat setempat• Beramal dalam masyarakat adalah dakwah

dan masuknya ke dalam pintu masyarakat

Page 30: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dakwah bermula melalui silaturrahim

“ La tadkhulul jannah hatta tu’minuu. Wala Tu’minu hatta tahabbu. Awwala adullukum ala syai’ Iza faaltumuhu tahababtum? Afyussalam bainakum.

“Kalian tidak akan masuk syurga sebelum kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman sehinggalah anda semua berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan sesuatu perbuatan yang jika kamu lakukan anda semua akan kasih mengasihi? Iaitulah sebarkan salam di antara kalian (HR Muslim)

Page 31: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Visi Tarbiyyah Ijtimai’yyah

• Menjaga indentiti Islam dalam masyarakat• Pembinaan masyarakat sebagai proses

kebangkitan umat• Mewujudkan interaksi sosial dalam

masyarakat berpaksikan Islam

Page 32: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Misi Tarbiyyah Ijtima’iyyah

• Menumbuhkan perasaan kasih sayang dalam masyarakat

• Menyahut keperluan masyarakat• Bersikap positif terhadapa masyarakat• Mengembangkan keadilan dalam masyarakat• Melakukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam

masyarakat dengan nilai-nilai mulia

Page 33: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Karakter Dai yang diperlukan dalam masyarakat

• Menguatkan ikatannya dengan masyarakat dengan mewujudkan hubungan• Antaranya hadir dalam majlis masyarakat seperti kenduri kendara, gotong

royong, mesyuarat Taman, Mesyuarat Masjid dan Surau, Majlis Forum,menziarahi jiran yang sakit dan saling kunjung mengunjung

• Menjadi ajk dalam semua aktiviti• Menyelesaikan permasalahan setempat dengan penyelesaian yang bijak

melalui sokongan jamaah• Menolong warga yang susah• Memenuhi jemputan• Memberi nasihat dalam situasi yang sesuai• Membuang “Rasa malu!”• Menggunakan kepakaran spt kemahiran IT• Jauhi menyebelahi satu kelompok

Page 34: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Akhlak Dalam bersosial bersama masyarakat

• Sabar dengan kerenah• Amanah dalam janji • Jujur• Menjaga rahsia • Ceria• Dada lapang dengan teguran• Bersikap optimis dan positif• Suka berkhidmat (khidmah)• Perkataan sama dengan perbuatan• Aktif dalam kegiatan setempat• Boleh penjadi problem solver dalam masyarakat• Bijak berbicara dengan penuh hikmah• Mampu melihat potensi dalam masyarakat• Pandai mengambil peristiwa bagi kepenting dakwah• Menghormati perasaan orang lain• Memberi tidak mengharapkan balasan• Menjauhi ghibah atau suka mengumpat dan mencerita keburukan orang• Membalas keburukan dengan kebaikan

Page 35: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Tempat-tempat bersama masyarakat

• Surau• Masjid• Dewan orang ramai• Pasar• Balai Polis• Tempat Kenduri –Majlis Perkahwinan• Tempat jiran meninggal dunia –Takziah• Tempat sukan dan permainan• Tempat kuliah pengajian• Rasulullah sering ke Darul Nadwah untuk berdakwah dan

tempat kemah mereka datang menunaikan Haji

Page 36: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Seni dalam berinteraksi dalam masyarakat

• Memahami waqi’ setempat• Kampung tak sama dengan bandar• Saling memberi hadiah walaupun sekecil mana• Sentiasa bermuka ceria dan gembira • Menghormati tatasusila dan adat kampung serta status quo dalam kampung

atau tempat• Menjauhi bahasa kasar• Suka memberi salam dan mendahului dari orang lain• Saling mengucapkan tahniah melalui sms, kad ucapan, hadiah dll• Pandai bergurau yang tidak menyakitkan hati orang• Beri gelaran dengan tepat seperti YB, dato’, Sheikh…• Jauhkan ayat-ayat menghukum• Tahu istilah-istilah penduduk tempatan yang lucu dll• Mengetahui kebiasaan mereka…

Page 37: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Ketahui kebiasaan masyarakat setempat

• Makanan? Melayu, jawa, banjar, pedalaman,india, cina…

• Hiburan?• Gelaran?• Aktiviti? • Istilah?• Bahasa? Melayu, jawa, bugis, nogori, Penang• Tempat ?

Page 38: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Musuh interaksi ialah “MALU”

• Berdoa kepada Allah dan menetapkan niat ikhlas

• Membangun sikap yang positif• Lihat orang lain melakukannya • Ajak teman yang pandai berbicara atau orang

lama yang dah biasa di tempat tersebut• Berlatih dan berlatih hingga hilang rasa malu

atau segan!

Page 39: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Guna peluang untuk interaksi

• Hadir awal dalam majlis untuk guna kesempatan berkenalan

• Memperkenalkan diri• Memancing tajuk atau dialog• Persahabatan dan perkenalan untuk

dimulakan dengan usaha.• Jadikan Dai yang memulakan satu

perhubungan

Page 40: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

5 kaedah membuat orang dihargai

1. Rasakan orang itu sangat penting2. Jangan terlalu kerap3. Mengalah bila perlu khususnya dalam

perbicaraan4. Ajak berbincang atau bermesyuarat5. Membincangkan peraturan atau regulation

bersama mereka

Page 41: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Dai selalu ungkapkan pada orang lain “Dia sebuk atau tiada masa!

• Ubah kepada “Saya akan cari masa!”• Perlu ada Pengurusan masa yang baik• Adakah Perancangan Tahunan, Bulanan dan

harian yang cekap• Elakkan dalih tiada masa• Masa sentiasa ada Cuma ianya perlu diurus

dengan baik

Page 42: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Akhir nya … ikhlaskan niat anda

• Selalu melakukan syura bersama sahabat• Bekerja dalam satu pasukan• Banyak berdoa• Mengikhlaskan niat agar semua amal

mendapat keredhaan Allah SWT dan kebaikan bagi masyarakat kita

Page 43: TARBIYYAH IJTIMAIYYAH

Rujukan• Terjemahan Al-Quran• Riyadus Solihin• Majmuk Rasail, Imam Syahid Hassan Al-Banna• Tarbiyyah Ijtimai’yyah, Membangun Basis Sosial

Dakwah; Seri Madah Tarbiyyah; Hadi Munawar, Pt Era Adicitra Intermedia, Solo, Indonesia

• Pengalaman penulis dalam rangka kerja projek dakwah Bil Hal di Kg Rudan Pedalaman Sarawak oleh peserta Latihan Kader Duat Musleh 2010