pengisian

Click here to load reader

Post on 15-Dec-2015

85 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PENGISIAN KURIKULUMKBSR /KSSR

  • Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai,kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai ,pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Tambahan KSSR ialah Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK.

  • ILMUIlmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • Tujuan penyerapan ilmu

    Meningkatkan daya kreativiti muridMenambahkan pengetahuan sedia ada muridMendorong minat murid dalam bidang ilmu yg khususSebagai bukti Bahasa Melayu merentas kurikulumMelahirkan murid yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu

  • CONTOH PENYERAPAN ILMU HP 8.4 : Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.Aras 3 : i. Menulis karangan dengan menggunakan ayat topik dan ayat huraian yang lengkapAktiviti: Membina satu karangan lengkap berkenaan alam sekitar . Ilmu: Kajian Tempatan, Geografi

  • HP 7.1 : Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.Aras 2 : i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik

    Cth Aktiviti: rantaian makanan

    Maksud tersirat:Walaupun ular berbisa tetapi dapat dikalahkan dan dimakan oleh helang.Ular akan bertambah banyak dan mengancam kehidupan kerana bisanya, jika tidak dimakan oleh helanIlmu: Sains

  • Nilai bermaksud sifat baik dan adabmulia dalam diri manusia.Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak yang mulia.

    NILAI

  • Berdasarkan kepada aspek-aspek utama dalam FPK tersebut, nilai-nilai murni yang hendak diterapkan dalam rancangan Kurikulum Bersepadu SR (KBSR) ialah:

    Baik hatiBerdikariBerhemah tinggiHormat-menghormatiKeadilanKeberanianKebebasanKejujuran

    Rasional KesyukuranKerjasamaKebersihanKerajinanSemangat bermasyarakatPatriotismeKesederhanaanKasih Sayang

  • HP 1.1 : Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

    Aras 3 (i) : Menerima teguran dengan hati yang terbuka dalam perbualan.

    Contoh Aktiviti : 1. Menyatakan keakraban hubungan yang terjalin antara saudara mara. 2. Membuat rajah salasilah keluarga.

    Nilai : 1. Hormat Menghormati 2. Kerjasama

    CONTOH PENYERAPAN NILAI

  • HP 1.5 : Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.

    Aras 1 (i) : menjelaskan isi yang tersurat dan tersirat berdasarkan sesuatu topik yang dibualkan.

    Contoh Aktiviti : 1. Meneliti dan menceritakan tentang gambar permainan tradisional. 2. Menulis karangan mengenai permainan tradisional yang diminati.

    Nilai : baik hati, patriotisme dan kerajinan.

  • HP 7.2 : Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada teks sastera dan bukan sastera yang dapat kesan tertentu kepada pembaca.

    Aras 3 (i) : Mengklasifikasikan pelbagai jenis ayat yang memberikan kesan dengan mengemukakan alasan.

    Contoh Aktiviti : Membaca dan menghayati teks Cerita kanak-kanak : 1. Pak Pandir2. Si Tanggang

    Nilai : hormat-menghormati dan kesyukuran.

  • Peraturan sosiobudayaPeraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan berbahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

  • Kesantunan Berbahasa Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, setaraf atau lebih rendah kedudukannya.

  • Contoh Aplikasi Kesantunan Berbahasa HP 1.1 : Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.Aras 1: Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.Cth aktivti : berlakon dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai ikut situasi: - Majlis perhimpunan ( Yang berusaha,Yang berbahagia, Yang Amat Berhormat)

  • HP 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.Aras 1 : - Menjawab untuk menjelaskan sesuatu perkara yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang santun.

    Cth. aktiviti : Memberikan penjelasan yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan.

  • Laras bahasaAsmah (1987) Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaanya. Ia mencakupi pemilihan kata, frasa, dan ayat sama ada yang dituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara kita berhubung dan bidang pengkhususan.

  • Contoh Aplikasi Laras Bahasa HP 5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.Aras 3 : Membaca teks pelbagai laras degan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.Cth. Aktiviti : Menyebut diksi yang sesuai dengan laras teks yang dibaca.Contoh :Laras Sains : Kondensasi, polaLaras Matematik : mengumpul semula, membundarkanLaras Sastera : Hikayat (bermaksud cerita)

  • HP 6.2 : Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan.Aras 2 : Menyatakan perbezaan penggunaan laras bahasa yang terdapat dalam pelbagai genre.Cth. Aktiviti : - Membandingkan sajak dengan pantun. - Mengesan penggunaan laras bahasa dalam sajak yang dibaca.

  • KewarganeraanPenyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen terhadap bangsa dan negara.

  • Contoh Aplikasi Elemen KewarganegaraanHP 7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

    Aras 1: Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat yang tersurat.

    Cth. Aktiviti : Membuat inferens berdasarkan maklumat tersurat atau data yang terdapat dalam teks yang berkaitan dengan kemerdekaan.

  • Cth aktiviti lain:

    1) Penulisan karangan yang boleh meningkatkan semangat patriotisme seperti karangan yang bertajuk Keranamu Malaysia.2) Penghasilan sajak-sajak yang mempunyai nilai patriotisme.3) Membaca puisi-puisi yang mempunyai nilai patriotisme.

  • Sains dan TeknologiPenerapan empat unsur sains dan teknologi dalam mata pelajaran lain dilaksanakan melalui kandungan, aktiviti dan bahan atau prasarana. Antara unsurnya ialah pengetahuan sains dan teknologi. kemahiran saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

  • Pendidikan Alam SekitarPendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam.

  • Kreativiti dan Inovasi Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi membangun dan mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan individu murid. Selain itu, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baharu. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasi idea, serta kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi perlu digandingkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan modal insan yang dihasratkan.

  • KeusahawanElemen keusahawanan merentas kurikulum merupakan satu pendekatan membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan pembentukan sikap keusahawan serta amalan nilai moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diaplikasikan dan diintegrasikan supaya murid dapat belajar mengenai perkakasan dan perisian. Selain itu, guru dan murid menggunakan TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar. Murid juga belajar melalui TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK seperti internet dan lain-lain untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.