5. trauma embah

Upload: muhamadkamil385

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 5. Trauma Embah

    1/2

    Trauma Embah

    Sinopsis

    Untuk menjaga kesihatan, ibu memakan pelbagai jenis vitamin. Ibu berasa gembira

    apabila anak dan cucunya pulang ke kampung. Untuk mengisi masa terluang, ibumenjalankan perniagaan dari jam 3.00 petang hingga 6.00. Perniagaan berbentuk partiserbaneka dijalankan tanpa asas perniagaan. Ibu belajar setakat darjah enam dandisuruh kahwin dengan abah yang bertugas sebagai guru.

    Ketika muda, datuk bekerja sebagai penoreh getah. Manakala embah akan membantumengutip getah susu. Embah tidak mengabaikan tugasnya membesarkan lima oranganak kandung dan empat orang anak tiri. Datuk meninggal dunia kerana sakit tua.

    Apabila datuk meninggal, embah dijaga oleh anaknya, mak cik penulis. Sejak embahtiada, ibu terasa kehilangan dan rumah embah dirobohkan.

    Embah pulang ke kampung kerana rindukan kampung halaman. Kemudian embah keKuala Lumpur lagi dan tinggal di rumah anaknya. Apabila embah sakit, ibu berulang alikke Kuala Lumpur. Seterusnya, apabila suami mak cik meninggal dunia, embah dibawapulang ke rumah ibu di kampung, setelah hampir 20 tahun tinggal di kota.

    Ibu menjaga embah dengan penuh kasih sayang. Pada satu malam, embah mengigaudan menyebut budak itu. Sebenarnya embah masih trauma tentang kematian duaanaknya dahulu;seorang berusia tiga tahun diserang demam panas dan seorang lagiberusia dua tahun terjatuh ke dalam kolam. Embah menyimpan penderitaan di dalam

    jiwa kerana datuk melarang embah menangis. Kesabaran ibu telah menginsafkanpenulis untuk menjadi seorang anak yang dapat menjaga ibunya satu hari nanti.

    Nilai Murni

    Nilai murni cerpen ialah kasih sayang, contohnya ibu menjaga embah yang uzurdengan penuh kasih sayang.

    Selain itu berdikari, contohnya ibu tidak terlalu mengharapkan wang daripadasuaminya, sebaliknya berniaga untuk menambahkan pendapatan.

    Seterusnya tanggungjawab, contohnya datuk bekerja sebagai penoreh getah untukmenyara keluarganya.

    Akhir sekali ketaatan, contohnya embah akur dengan kata-kata datuk dan tidak sesekalidia membantah.

    Pengajaran

    Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menjaga ibu kita dengan penuh kasihsayang, contohnya ibu menjaga embah yang nyanyuk dengan penuh kasih sayang.

  • 7/29/2019 5. Trauma Embah

    2/2

    Seterusnya kita hendaklah mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah, contohnyaibu berniaga dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang untuk menambahkanpendapatan.

    Selain itu kita wajib mengutamakan pendidikan, contohnya yang ditunjukkan oleh datuk

    yang merang ibu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah janganlah diikuti.

    Akhir sekali kita perlu menjadikan pengalaman sebagai penduan hidup, contohnyapenulis menginsafi akan pengorbanan ibunya menjaga embah dan berazam untukmenjaga ibunya dengan baik satu hati kelak.