5. strategikekalkantahapkesihatan

4
6.0 STRATEGI MENGEKALKAN TAHAP KESIHATAN Mengikut takrifan oleh WHO, kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit, cacat dan cedera tubuh badan sahaja. Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran ( Dubos R., 1968). Kesihatan berkait rapat kepada siapa kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain, persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan seharian. 6.1 Tubuh Badan Pengambilan makanan yang lebih sihat adalah dianggap asas dalam mendapatkan kesihatan yang baik. Seperti mana pepatah yang pernah kita dengar, kita adalah apa yang kita makan (We are what we eat). Ramai yang telah menerima hakikat iaitu, makanan yang kita ambil berkait rapat dengan status kesihatan kita. Oleh itu, menjaga kualiti dan kuantiti pemakanan kita merupakan batu asas kepada penjagaan dan pengekalan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik. Manakala, dalam aspek kecergasan fizikal pula, kita boleh kekal sihat dan sejahtera tanpa perlu berlari marathon, tetapi melakukan senaman yang memadai telah dikenalpasti sebagai

Upload: nurul-husna

Post on 15-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: 5. StrategiKekalkanTahapKesihatan

6.0 STRATEGI MENGEKALKAN TAHAP KESIHATAN

Mengikut takrifan oleh WHO, kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi

fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit, cacat dan cedera tubuh

badan sahaja. Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan

kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R.,

1968). Kesihatan berkait rapat kepada siapa kita sebagai individu, bagaimana kita memberi

maklum balas terhadap orang lain, persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan seharian.

6.1 Tubuh Badan

Pengambilan makanan yang lebih sihat adalah dianggap asas dalam mendapatkan

kesihatan yang baik. Seperti mana pepatah yang pernah kita dengar, kita adalah apa yang kita

makan (We are what we eat). Ramai yang telah menerima hakikat iaitu, makanan yang kita

ambil berkait rapat dengan status kesihatan kita. Oleh itu, menjaga kualiti dan kuantiti

pemakanan kita merupakan batu asas kepada penjagaan dan pengekalan tahap kesihatan dan

kesejahteraan hidup yang baik.

Manakala, dalam aspek kecergasan fizikal pula, kita boleh kekal sihat dan sejahtera tanpa

perlu berlari marathon, tetapi melakukan senaman yang memadai telah dikenalpasti sebagai

bahagian yang penting dalam gaya hidup sihat. Menjauhi bahan dan tabiat yang berisiko negatif:

menjauhkan diri dari mengambil bahan-bahan dan tabiaat yang mempunyai risiko kesihatan yang

negatif seperti bahan tembakau, alkohol, dadah, sebaliknya mengamalkan budaya dan tingkah

laku yang lebih positif seperti mengekalkan budaya keluarga yang intim, penggunaan krim

pelapis sinaran matahari dan patuh kepada undang-undang jalan raya boleh menjamin

kesejahteraan hidup yang lebih optimum.

6.2 Intelektual

Seseorang dengan kesihatan intelek adalah bebas dari penyakit yang menyerang otak dan

sistem lain yang boleh menjejaskan fungsi otak untuk berfikir. Seseorang yang mempunyai

Page 2: 5. StrategiKekalkanTahapKesihatan

kesihatan intelek, secara automatiknya juga mempunyai kecergasan intelek. Manakala,

kesejahteraan intelek adalah keupayaan seseorang untuk belajar dan menggunakan maklumat

untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimum. Seseorang dengan

kecergasan intelek umumnya dicirikan sebagai berpengetahuan, berbanding dengan yang jahil.

Oleh itu, antara strategi yang perlu dilaksanakan dan diamal dalam kehidupan seharian

untuk mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik dari segi pemikiran atau kognitif ialah sentiasa

berfikiran positif. Berfikiran positif akan membuat tubuh lebih sihat. Melihat segala sesuatu dari

sudut pandang yang lebih membahagiakan. Sebagai contoh, kita merasakan bahawa hidup ini

adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka kita

perlu berkata, “Ini memang sukar tapi kita dapat melakukannya.” Selain itu, pemikiran yang

kritis, kreatif dan inovatif juga merupakan salah satu strategi untuk mendapatkan kesihatan

kognitif.

6.3 Emosi

Seseorang yang mempunyai kesihatan emosi adalah bebas daripada penyakit emosi-

mental atau tidak mengalami keadaan seperti kemurungan klinikal, juga mempunyai kestabilan

emosi. Kesejahteraan emosi adalah keupayaan seseorang untuk menangani keadaan seharian dan

untuk mengurus perasaan peribadi secara positif, optimis, dan konstruktif. Seseorang yang

mempunyai kesejahteraan emosi umumnya dicirikan dengan kegembiraan, berbanding dengan

tertekan.

Tiada siapa yang boleh mengawal secara keseluruhan emosi seseorang. Walau

bagaimanapun, orang yang mempunyai emosi yang sihat berupaya untuk mengekalkan

keseimbangan psikologi dan tahu bila untuk meluahkan emosi dengan tepat dan selesa. Mereka

juga dapat menunjukkan hormat dan minat pada yang lain. Dalam menghadapi keadaan emosi

yang tidak stabil, mereka boleh mendapatkan pertolongan dari golongan yang profesional atau

mendapat sokongan dari kumpulan tertentu. Adakah tersurat di mana-mana bahawa kehidupan

seharusnya serius dan mudah diramalkan? Kelucuan (berjenaka, bermain-main) telah

dikenalpasti sebagai dadah yang hanya akan mengakibatkan keseronokkan sebagai hasil

Page 3: 5. StrategiKekalkanTahapKesihatan

sampingan. Kuantiti kelucuan dan kelawakan yang sihat akan menambahkan keseronokkan pada

kehidupan seharian.

(548 patah perkataan)